Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA

PERTANDINGAN KAWAD
PIALA KETUA POLIS DAERAH &
SAMBUTAN HARI KOR KADET POLIS
DAERAH SEREMBAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 30 APRIL 2019


Tempat : DEWAN KOMUNITI MANTIN

BIL ATURCARA CATATAN

1 PEMERIKSAAN KAWALAN KEHORMATAN

 Lapor pemeriksaan baris.

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT


2
*** Baris… Baris sedia

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Superintendent Mohd Nor


Marzukee Bin Besar, Ketua Polis Daerah Nilai, ke Majlis Penutup
Pertandingan Kawad dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis Daerah
Seremban 1 Tahun 2019.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

3 Hadirin mohon terus berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu


NEGARAKU.

4 KETUA DEWAN MELAPOR

*** Senang… diri

SALUTASI

5 Hadirin dipersilakan duduk.


Bismillahir Rahhman ni Rahmin….
Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

** Baca salutasi

1
BACAAN DOA
6
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
memohon keberkatan Yang Maha Agung. Untuk itu, majlis
mempersilakan Kadet Abdul Fattah Ameen bin Mohd Hamidi dari Sek
Men Agama Nilai untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

*** up (turun tangan)

BACAAN IKRAR
7

AMIN, AMIN YA-RABBAL ‘ALAMIN……


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kadet Abdul Fattah
Ameen atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita pada
petang ini mendapat rahmat hingga ke penghujungnya.

Hadirin sekalian,
Majlis kini menjemput Kadet Muhammad Adam Afiq bin Wijaya Kesuma
dari SMK Mantin untuk mempimpin ikrar pasukan Kor Kadet Polis Daerah
Seremban 1. Dipersilakan.

*** Baris….. sedia


*** Up , baca, down

8 UCAPAN PERASMIAN PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada Kadet Muhammad Adam Afiq atas


bacaan ikrar itu tadi.

Pakaian indah Cantik Berseri,


Majlis Keraian berwarna -warni,
Majlis Kita Takkan Berseri,
Tanpa Ucapan Tuan Perasmi.

Hadirin yang dimuliakan,

2
Majlis kini diteruskan dengan ucapan perasmian Penutup Pertandingan
Kawad Piala Ketua Polis Daerah Nilai dan Sambutan Hari Kor Kadet Polis
Daerah Seremban 1/IPD Nilai. Untuk itu, majlis dengan setulus kasih
menjemput Yang Dihormati Superintendent Mohd Nor Marzukee Bin
Besar, Ketua Polis Daerah Nilai untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Kawad Piala
Ketua Polis Daerah Nilai. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

9 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, majlis diteruskan dengan


upacara penyampaian sijil dan hadiah. Untuk itu, majlis sekali lagi
mempersilakan Yang Dihormati Superintendent Mohd Nor Marzukee Bin
Besar, Ketua Polis Daerah Nilai untuk menyampaikan hadiah dan sijil
kepada peserta dan pemenang Pertandingan Kawad Piala Ketua Polis
Daerah Nilai. Dipersilakan.

** rujuk keputusan

10 NYANYIAN LAGU POLIS SEDIA BERKHIDMAT

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati


Superintendent Mohd Nor Marzukee Bin Besar, Ketua Polis Daerah Nilai
atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada anggota Kadet
Polis daerah Seremban 1 sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Polis Sedia
Berkhidmat dan lagu Kadet Terus Maju. Warga dewan dipersilakan
berdiri.

**** Baris… baris sedia

11 LAPOR

Ketua dewan melapor selesai tugas

*** Baris….. senang diri

3
PENUTUP
9
Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang. Semoga kejayaan yang


diperolehi dapat dijadikan pemangkin untuk mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang yang diceburi.

Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa, cuba lagi dalam
pertandingan yang akan datang.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini berakhirlah majlis kita pada pagi ini


Wabilah hi taufik walhidayah
Wassalamualaikum …..w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai