Anda di halaman 1dari 6

TEKS MC

PROGRAM LAWATAN KERJA KETUA POLIS KELANTAN


KE SK PULAU BELURU 2022

BIL AGENDA TEKS


Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
1.
KETUA POLIS KELANTAN bersama rombongan dari IPK Kelantan dan IPD Tumpat
diiringi oleh
YANG BERUSAHA ENCIK AZMAN BIN HUSAIN ,
GURU BESAR SK PULAU BELURU serta barisan pentadbir SK Pulau Beluru.

Nyanyian
Marilah sama- sama kita menyanyikan lagu kebangsaan Negara kita
2. Lagu diikuti dengan lagu negeri Kelantan
Negaraku dan
- Nyanyian –
Selamat
Sultan Hadirin dipersilakan duduk

Persembahan
3. Senamrobik
dan Dikir
Barat

4. Ucapan alu- Bismillahhir Rahmannir Rahim...


Alhamdulillah hirrabil alamin
aluan
Wassola tu wassala muala asrafil anbiya iwal mursalim
Pengerusi Waala alihi wasohbihi ajmain
Majlis Assalamualaikum wbt.

YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN

YANG BERBAHAGIA
DATIN ZAIRIHAN BINTI CHE HARON ,
PENGERUSI PERKEP KELANTAN

YANG DIHORMATI
KETUA-KETUA JABATAN DARI IPK KELANTAN
YANG DIHORMATI
SUPERINTENDEN MOHD AZMIR BIN DAMIRI
KETUA POLIS DAERAH TUMPAT

YANG BERBAHAGIA
PUAN...................................................................................................................
PENGERUSI PERKEP DAERAH TUMPAT

YANG DIHORMATI,PEGAWAI-PEGAWAI KANAN POLIS IPK KELANTAN

YANG
DIHORMATI ..........................................................................................................
....................
KETUA POLIS IPD TUMPAT

YANG BERUSAHA ENCIK AZMAN BIN HUSAIN ,


GURU BESAR SK PULAU BELURU

YANG BERUSAHA BARISAN PENTADBIR SK PULAU BELURU

AHLI JAWATANKUASA PERKEP KELANTAN

BARISAN PEMIMPIN MASYARAKAT

GURU –GURU SK PULAU BELURU

SERTA PARA IBUBAPA SEKALIAN

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Selamat datang ke, Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru

Alhamdulillah
Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, kerana
dengan limpah dan kurniaNYA, diberikan ruang dan peluang oleh
Allah SWT untuk sama sama kita berkumpul di Dewan SK Pulau
Beluru ini .

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat datang


kepada para tetamu kehormat yang sudi menjejakkan kaki ke SK
Pulau Beluru dalam agenda lawatan kerja oleh Ketua Polis Kelantan
bersama rombongan dari IPK Kelantan dan IPD Tumpat..

5. Hadirin yang dihormati,


Bacaan Doa
Lebat Kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati pertemuan kita pada petang ini , marilah kita


semua, selaku insan kerdil sifat dan upaya, dengan sanubari yang
bersih, minda yang jernih, menghimpunkan segala harapan dan
hasrat, dengan bait-bait doa serta munajat.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadhil


Ustaz ……………………………………………………………………….
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Aamin, Amin, Ya Robbal ’Aalamiinn..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih, kepada Al Fadhil Ustaz


………………………………………….., atas pimpinan doa itu tadi.

6.
Ucapan Aluan Hadirin sekalian
Guru Besar
Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Azman Bin Husin Guru


Besar SK Pulau Beluru untuk menyampaikan kata – kata aluan.
……………………………………………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada En Azman Bin Husin di atas ucapan


sebentar tadi.
7.
Ucapan Ketua Pencak silat cantik berseni,
Tersadung kaki langkahnya ralat,
Polis
Majlis kita takkan berseri,
Kelantan Tanpa ucapan tetamu kehormat.

Untuk itu majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN untuk menyampaikan ucapan.dipersilakan.

( UCAPAN Dato’ Ketua Polis Kelantan )

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YANG DIHORMATI


KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT
Di atas kesudian menyampaikan bingkisan kata buat kita semua.

8. Gimik ………….Muzik gimik dimainkan………………………………………….


Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN diiringi oleh YANG BERUSAHA ENCIK AZMAN BIN
HUSAIN ,
GURU BESAR SK PULAU BELURU untuk menandatangani
……………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………

9. Penyampaian Hadirin yang dimuliakan..


Sumbangan Alhamdulillah akhirnya kita telah sampai ke kemuncak acara iaitu
penyampaian sumbangan yang telah disumbangkan oleh pihak IPK
Kelantan untuk warga terpilih iaitu para ibubapa murid-murid SK
Pulau Beluru. Bagi menyempurnakan acara ,Majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan
YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN diiringi oleh YANG BERUSAHA ENCIK AZMAN BIN
HUSAIN ,
GURU BESAR SK PULAU BELURU untuk menyampaikan sumbangan kepada para
penerima. Dipersilakan.
- Baca Senarai –

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG DIHORMATI


KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT di atas kesudian
menyampaikan sumbangan kepada para penerima.
10.
Penutup Kata  orang  lama,
.
Kok berkayuh dah sampai ke muara,
Kok berenang dah sampai ke tepian,
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan berakhirnya majlis penyampaian sumbangan maka


berakhirlah majlis pertemuan kita pada hari ini bersempena dengan
Lawatan Kerja Ketua Polis Kelantan bersama rombongannya dari IPK
Kelantan dan IPD Tumpat ke Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.

Terbang sekawan si burung merbah,


Batang selasih di Tanjung Dara,
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


YANG DIHORMATI
KOMISIONER POLIS DATO’ SHAFIEN BIN MAMAT,
KETUA POLIS KELANTAN bersama para rombongan diringi oleh barisan
pentadbir SK Pulau Beluru untuk ke
………………………………………... bagi menikmati hidangan

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada para
tetamu kehormat yang hadir pada hari ini.
Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika terdapat
sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini
berlangsung.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Wabillah Hil Taufik Wal Hidayah wassalamualaikum Warahmatullah


Hiwabarokatuh.
Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai