Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENUTUPAN MPPPB AMBILAN JUN 2020

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK


3 SEPTEMBER 2020
IKMAL & AIN
TEKS PENGACARA MAJLIS

ATURCARA TEKS SAPAAN CATATAN


Peringatan * Cue: Peringatan kepada semua hadirin
*ulang dua kali start _11_ am
Semua hadirin diminta berdiri sebaik sahaja Pengacara Majlis
mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.

Kerjasama sidang hadirin amatlah kami hargai.

Terima kasih.

Ketibaan Pengarah * Cue: Apabila cue diberikan tetamu tiba.


IPGKTAR dan VIP Mengumumkan, ketibaan…
yang lain
Yang Berbahagia, Puan Anis Alisya Binti Abdullah,
Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak.

Diiringi oleh,

Yang Berusaha,
Cik Zaliha Binti Musa, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun
Abdul Razak

Yang Dihormati,
Puan Hjh Safiah Bt Shain, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Tun Abdul Razak,

Yang Dihormati,
Encik Abu Bakar Sham Jamil, Ketua Unit Kihdmat
Pengurusan IPG Kampus Tun Abdul Razak

Dan, Yang Dikasihi saudara Muhammad Faiz Hazanuar,


Yang Dipertua Pelajar IPG Kampus Tun Razak.

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu


“Negaraku, lagu “Ibu Pertiwiku”, lagu “IPGKTARku Gemilang”
dan lagu “Aku Negaraku”.

* Cue: Selepas VIP sedia untuk duduk

Sidang hadirin dipersilakan duduk


Kata alu-aluan * Cue: Selepas usher memberikan buku program kepada
tetamu kehormat.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt, Salam


Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Rumah Limas Anjung Selatan,


Bunga Kemuning Tumbuh di muara,
Awal Bismillah kami mulakan,
Selamat datang pembuka bicara.

Yang berbahagia, Puan Anis Alisya Binti Abdullah, Pengarah


IPG KampusTun Abdul Razak, Yang berusaha Cik Zaliha
Binti Musa, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul
Razak, Yang Dihormati, Puan Hjh Safiah Bt Shain, Ketua
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Yang dihormati Encik Abu Bakar Sham Jamil, Ketua Unit
Khidmat Pengurusan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Yang
Dikasihi Muhammad Faiz bin Hazanuar, Yang Dipertua
Pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit serta Pensyarah
mentor bagi pelajar ambilan jun 2020

Selamat datang ke
MAJLIS PENUTUPAN MPPPB AMBILAN JUN 2020
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL
RAZAK.
Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada pagi ini, majlis


mempersilakan

Saudara Khairil Azfar Bin Saifuddin bagi memimpin bacaan


doa.

Majlis Dipersilakan.

 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.
Bacaan Ikrar Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis kita pada petang ini, majlis


mempersilakan

Saudara Mohamad Dzul Amin bin Hidzamuddine bagi


memimpin bacaan ikrar.

Majlis mempersilakan.

 Cue: Setelah selesai bacaan ikrar.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ikrar


sebentar tadi.
Selayang pandang Hadirin yang dihormati,

Majlis kita akan diteruskan dengan persembahan selayang


pandang dan aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung
sepanjang MPPP bagi pelajar-pelajar Ambilan Jun 2020.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih

Persembahan Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan Patriotik memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan ini, majlis mempersilakan saudara Malvin Johanson


anak James dari kelas PPISMPPSV 1620 untuk
mendeklamasikan sebuah sajak patrioritik yang bertajuk
“Perwira Tanpa Nama”. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas


persembahan yang memukau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Saudari Nur
Jihan Binti Ismail dari PPISMPBM 1620 dan Saudari
Annabelle Rinjap Anak Brin dari PPISMPBI 1620 bagi
menyampaikan lagu patriotik yang bertajuk “Bahtera Merdeka
@ Warisan ”.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas


persembahan yang menarik sebentar tadi.
Ucapan Wakil
Pelajar Seterusnya, Majlis menjemput saudara Chew Soon Hieng
selaku penghulu bagi Ambilan Jun 2020 untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan


sebentar tadi.
Ucapan Pengarah
Dara rupawan tersenyum manis,
Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.

Dengan ini, majlis menjemput


Yang berbahagia, Puan Anis Alisya Binti Abdullah, Pengarah
IPG Kampus Tun Abdul Razak, untuk menyampaikan ucapan
penutupan. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan


sebentar tadi.
Penutup
Leka bersiap si anak dara,
Teruna tekun memasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan izin Allah SWT maka Alhamdullilah, majlis kita telah


sampai ke kemuncaknya. Sesungguhnya, yang baik itu
datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan itu
datangnya daripada kami sendiri.

Kami akhiri majlis ini denga lafaz yang mulia wabillahi taufiq
walhidayah assalammualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai