Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGONG PIBG SK KING EDWARD VII (2) TAIPING PENGUMUMAN KETIBAAN.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia .. diiringi oleh dif-dif kehormat. LAGU NEGARAKU Majlis dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku..Hadirin dan hadirat sekalian diminta berdiri dan bersama sama menyanyikan Lagu Negaraku. Terima kasih atas nyayian sebentar tadi.Hadirin dipersilakan duduk. Lenggang bertapak seni memandang Silat sendeng menyusun jari Salam Sembah selamat datang Sudi Tuan ke majlis kami.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berhormat Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SK King Edward VII (2) Prof Dr Azmi B. Zainon Abidin dan barisan kepimpinan PIBG

Yang Berusaha Tn Hj Mustafa B. Dahalan Guru Besar SK King Edward VII (2) dan barisan pentadbir

Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa , para hadirin seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK King Edward VII (2) 2012.Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah ,penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua.

Bagi pihak ahli jawatankuasa kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato ..ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 34 bagi tahun 2012. Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang berkesempatan hadir pada hari ini.Pastinya pertemuan pada hari ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak kita khususnya dalam bidang akademik dan dunia pendidikan bagi anak-anak dan seterusnya.menjulang nama SK King Edward VII (2) sama ada di bidang kurikulum,kokurikulum mahupun sahsiah pelajar . BACAAN DOA Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Md Rosli B. Hamsin memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Md Rosli B. Hamsin atas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing Kita umpama aur dengan tebing itulah yang ibaratkan Ibubapa dan guru saling perlu memerlukan. Pelbagai usaha telah dan akan dicernakan Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi Jika kita bersatu hati. UCAPAN ALUAN Bukan keris tanpa ulunya Bukan majlis tanpa ucapannya. Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Mustafa B. Dahalan Guru Besar SK King Edward VII (2) merangkap Penasihat PIBG SK King Edward VII (2) untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn Hj Mustafa B. Dahalan, Guru Besar SK King Edward VII (2). Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Pergi ke kedai membeli gula Gula di bawa berhati-hati Yang Dipertua kami mempersila Ucapan diberi kita hayati. UCAPAN YDP PIBG Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Naib Yang DiPertua PIBG SK King Edward VII (2), Yang Berusaha Mejar (B) Ali B. Ibrahim untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SK King Edward VII (2), Yang Berusaha Mejar (B) Ali B. Ibrahim . Terima kasih diucapkan.

UCAPAN PERASMIAN Menjemput Dato untuk berdiri, Memberikan ucapan kepada kami Kepada Dato ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK King Edward VII (2) kali ke 34, 2012. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Majlis ini dengan rasa terhutang budi dan kasih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato ., kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI Orang berbudi, Kita berbahasa. Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Naib Yang DiPertua PIBG SK King Edward VII (2), Yang Berusaha Mejar (B) Ali B. Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato .Majlis mempersilakan. . Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SK King Edward VII (2), 2012. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato. dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Yang Berhormat Dato dan para tetamu jemputan khas diiringi Tn Hj Mustafa B. Dahalan, Guru Besar SK King Edward VII (2), untuk menikmati juadah yang disediakan di Bilik Jamuan.Dipersilakan. Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera.. Majlis kita berhenti untuk seketika.Majlis akan disambung selepas jamuan ini. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, SELEPAS KUDAPAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Selamat kita berhimpun sekali lagi di Dewan SK King Edward VII (2) untuk Mesyuarat Agong Tahunan PIBG, SK King Edward VII (2) 2012. Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK King Edward VII (2) akan dipengerusikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG SK King Edward VII (2), Yang Berusaha Mejar (B) Ali B. Ibrahim. Majlis mempersilakan Mejar (B) Ali untuk majlis seterusnya. CABUTAN BERTUAH Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan acara yang ditunggu-tungguiatu acara cabutan bertuah. Untuk itu dipersilakan En untuk menyempurnakan acara. Sebelum kita akhiri majlis kita pada malam ini mewakili barisan jawatankuasa pelaksana majlis memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang berlangsungnya majlis ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan sudi memeriahkan majlis.

Anda mungkin juga menyukai