Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAJLIS

PENUTUP PROGRAM RAPAT MAHASISWA TAMPIN

BIL CUE / TEKS PENGACARA


ATURCARA
1 Pengumuman Assalamualaikum W.B.T
Para hadirin diminta bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi

2 Ucapan Bismillah…..
pembukaan dan Assalamualaikum wbt DAN Salam sejahtera,
alu-aluan
Jambangan bunga cantik dikarang,
Dihias indah si anak dara
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berbahagia, Dato' Romli b. Ishak, Pengarah


MB Incorporation.

Yang berbahagia, Encik Muhammad Anwar Zharif


Bin Mahmud, Bendahari Majlis Bandaraya Tampin.

Yang berusaha, Saudara Hanapi Jamaluddin,


Presiden Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan
Muda (KAGUM)

Barisan ahli jawatankuasa, seterusnya hadirin sekalian.

3 Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi, kerana dengan izin dan limpah
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam majlis penutup
Pemantapan sahsiah Jati diri Pemimpin muda
Sk Parit Penghulu

4 Ucapan jemput Sidang hadirin sekalian


pembaca doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Untuk maksud itu, majlis dengan sukacita mempersilakan


________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

5 Ucapan terima Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.


kasih kepada
pembaca doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ________________
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

1
6 Ucapan Untuk makluman hadirin sekalian, Program Rapat Mahasiswa Tampin ini
pengenalan dianjurkan oleh Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Ahli
program Parlimen Tampin dan Pertubuhuhan Belia Kerapatan Graduan Muda
(KAGUM).

Program ini disertai anak-anak kelahiran Tampin yang terdiri daripada


pelajar tingkatan enam, mahasiswa IPTA dan IPTS. Program ini
melibatkan seramai 120 orang peserta bagi tujuan membangunkan iltizam
bersama menyumbang untuk kesejahteraan daerah tercinta ini khususnya
meliputi pembangunan prasarana intelektual melalui pendidikan dan
khidmat.

7 Ucapan 1 Hadirin yang dihormati sekalian,

Adat berbahasa menyampaikan pesan,


Adat majlis menyampaikan ucapan.

Sebagai tirai pembuka bicara, majlis mempersilakan


…………………………………………………………………..
Presiden Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


…………………………………………………….. atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

8 Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,


Perasmian Hanya indah serupa mimpi;
Penutup Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk maksud itu,


Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
Yang berbahagia,
Dato' Romli b. Ishak,
Pengarah MB Incorporation.

Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutup


Program Rapat Mahasiswa Tampin.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

____________________________________________
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang berbahagia, Dato' Romli b. Ishak atas kesudian menyampaikan ucapan
sebentar tadi. .

9 Penyampaian Sebagai tanda terima kasih kami di atas kesudian Yang berbahagia,
hadiah dan Dato' Romli b. Ishak, merasmikan majlis dengan segala hormatnya
cenderamata mempersilakan ______________________________ untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan kepada Dato’ Romli.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

**Bagi Cenderamata**

2
10. Penutup
Saya mewakili pihak penganjur, mengucapkan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita
pada hari ini.

Semoga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-NYA dan tiada


untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir
memeriahkan program kita pada hari yang penuh keberkatan.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat dan terima kasih

Wa Billahi Taufiq walHidayah


Wassalamu ‘Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

3
4
5

Anda mungkin juga menyukai