Anda di halaman 1dari 4

Pertandingan Sahibba dan Deklamasi Puisi Sekolah-sekolah Menengah

Daerah Batang Padang dan Muallim


10 April 2019

ATUR CARA TEKS CATATAN


Mohon Perhatian,

Pihak majlis memohon agar tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian kan
Peringatan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung bagi memastikan majlis
kita berjalan dengan lancar.

Kerjasama para hadirin di dahului dengan ucapan terima kasih.


Ketibaan
Tetamu Mengumumkan ketibaan, Yg Berusaha, Encik Fauzi Bin Mahson, Pegawai
Pendidikan Daerah Batang Padang masuk ke perkarangan majlis.
Kehormat
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Perak.
Para hadirin diminta untuk berdiri,
Nyanyian
*nyanyian lagu
Lagu
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas nyanyian itu sebentar tadi. Para
hadirin dipersilakan duduk.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengans segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan
Saudara ……………………………………….
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Bacaan Doa *bacaan doa

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Saudara………………………………… atas bacaa doa sebentar tadi.

Semoga majlis berjalan dengan lancar dan mendapat berkat.


Hadirin sekalian,

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Alhamduillahi robbil ‘alamin, wassola tuwassalamu ‘ala asyrofil anbiyai wal


mursalin, wa ‘alaa alihi wasohbihi ajma’in.

Aluan (Rujuk Salutasi)


Pengerusi
Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah swt kerana limpah kurnia dan izin-
Nya, kita diberikan kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi
menjayakan Pertandingan Sahibba dan Deklamasi Sekolah-sekolah
Menengah bagi Daerah Batang Padang dan Muallim pada petang ini.

Sebelum meneruskan acara, untuk makluman para hadirin, pertandingan ini


dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk
merasai pengalaman di luar bilik darjah di samping mencungkil bakat yang
terpendam.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Wakil Hakim


Pertandingan untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.
Ucapan Juri
*ucapan wakil hakim pertandingan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Wakil Hakim Pertandingan


atas ucapan dan perkongsian yang disampaikan.
Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yg Berusaha,


En Azizan Bin Jubin, PK Pentadbiran untuk memberikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*ucapan PK Pentadbiran.
Ucapan PK
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Wakil Hakim Pertandingan
Pentadbiran
atas ucapan dan perkongsian yang disampaikan.
Hadirin hadirat sekalian,

Sekarang tibalah masa aturcara penyampaian hadiah yang dinanti-nantikan.


Siapakah yang bakal bergelar johan pertandingan yang dipertandingkan.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Yg Berusaha, Puan Hjh Noraini Binti Kamaruddin, PK
Kokurikulum untuk mengiringi Yg Berusaha, En. Azizan Bin Jubin, PK
Pentadbiran untuk menyempurnakan aturcara penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

1. Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada wakil hakim.

2. Sekarang tibalah masa aturcara penyampaian hadiah yang dinanti-


Penyampaian nantikan. Siapakah yang bakal bergelar johan pertandingan yang
Hadian dipertandingkan.

Kita mulakan dengan penyampaian saguhati kepada para peserta


Pertandingan Sahibba/ Sajak/ Syair

Tempat ke 4
Tempat ke 3
Naib Johan
Johan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha, En. Azizan Bin
Jubin, PK Pentadbiran atas kesudian menyempurnakan aturcara
penyampaian hadiah.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya melabuhkan tirai pertandingan, usai sahaja majlis, sesi


bergambar akan diadakan. Mohon kepada semua peserta dan pemenang serta
para guru untuk turut serta dalam sesi bergambar.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Penutup
Dilain masa bersua lagi.

Saya mewakili ahli jawatankuasa Sekolah Menengah Kebangsaan Felda


Besout menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat kekurangan
sepanjang pertandingan berlangsung.

Sehinga berjumpa lagi, sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,


wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai