Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN GABUNGAN BADAN BERUNIFORM DAN AKADEMIK


ANJURAN UNIT KOKURIKULUM DAN UNIT KURIKULUM
DENGAN KERJASAMA PIBG SMK DHMR
1.0

PENDAHULUAN
Perkhemahan bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum bersepadu dengan
kurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum bersama dengan Unit Kurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Mohd Redza, Seremban dengan kerjasama erat
PIBG SMK Dato Hj Mohd Redza. Sebelum ini aktiviti perkhemahan serta Seminar
Teknik Menjawab Soalan untuk subjek-subjek SPM dijalankan secara berasingan di mana
perkhemahan memang dijalankan diluar sekolah manakala seminar dijalankan di dalam
sekolah. Tahun 2014 ini pihak sekolah ingin mencuba idea baru di mana kedua-duanya
digabungkan dan diadakan di satu tempat yang sesuai untuk menjalankan kedua-dua
aktiviti berkenaaan. Sebagaimana yang sedia dimaklumi pelajar-pelajar tingkatan 5 perlu
mendapatkan markah yang baik untuk aktiviti kokurikulum mereka supaya peluang
mereka ke universiti lebih cerah. Jadi perkhemahan seumpama ini adalah satu aktiviti
yang sangat baik di mana selain mereka mendapat markah untuk aktiviti kokurikulum
mereka juga mendapat ilmu yang berguna iaitu pendedahan mengenai teknik menjawab
soalan-soalan Subjek SPM selain membina katahanan dan keyakinan diri. Pengalaman
yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan gabungan ini diharapkan mereka mendapat
manfaat untuk kebaikan diri, ibubapa , sekolah dan negara amnya.

2.0

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah serampang dua mata iaitu memberi pendekatan berkaitan
kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar di samping mendapat input
cara-cara yang betul untuk menjawab soalan soalan bagi subjek Bahasa Melayu dan
Matematik. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dan
kerjasama serta disiplin dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mendatang.
Program ini juga diselitkan dengan dengan aktiviti kerohanian/ moral untuk membina
keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang
seimbang selaras dengan pembangunan negara.

3.0

OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai
program pendidikan luar
3.2 Membentuk pelajar yang berdaya tahan dan berazam untuk mencapai
kejayaan.
3.3 Melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi, tolong menolong dan
menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri.
3.5 Memupuk semangat kerjasama antara individu serta mengikis sikap
mementingkan diri.
3.6 Memberi pengetahuan berguna kepada pelajar mengenai teknik-teknik
menjawab soalan.
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan
sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN


4.1 Tarikh dirancang ialah 19 dan 20 Apr 2014 iaitu hari Sabtu sehingga Ahad
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1malam.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.
4.4 Tentatif program adalah seperti lampiran.
5.0 TEMPAT
Lokasi yang dicadangkan adalah di Kem DAgroloka, Kuala Kelawang , Jelebu.
Rasionalnya:
5.1 Kawasan perkhemahan dengan kemudahan yang agak lengkap seperti
dorm, dewan ceramah yang besar,dewan makan, surau, bilik urusetia,
tandas yang mencukupi, rumah penginapan urusetia, bilik LDK serta
kawasan letak kereta yang luas.
5.2 Ada kolam untuk melakukan aktiviti water confidence
5.3 Kawasan kem terletak 1 km jauhnya dari jalan besar bermakna jauh dari tumpuan
orang ramai
5.4 Bebas daripada sebarang gangguan luar dan pelajar boleh memberikan
tumpuan sepenuhnya pada aktiviti mereka.

6.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn Hjh Rokiah bt Kamarudin (Pengetua Cemerlang)
Timbalan Pengerusi : En Ismail b Othman
Naib Pengerusi 1: En Abdul Hadi B Yusof
Naib pengerusi 2: En Mohd Isa B Noh
Penyelaras : En Zulkifli B Mohd Sahaini
Setiausaha: Pn Mariah Bt Md Rais
Bendahari: Pn Faridah Bt Deraman

JAWATANKUASA KERJA
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
7.1 Jumlah peserta : 80 orang iaitu pelajar tingkatan 5A, 5B, 5C dan 5D ( yang juga
merupakan ahli kepada pasukan badan beruniform iaitu Pengakap, BBSM, Pandu
Puteri, Puteri Islam, Kadet Polis, Kadet Bomba, Kadet Pertahanan Awam, dan Kadet
Remaja Sekolah )
7.2 Jumlah fasilitator : 15 orang
8.0 TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN GABUNGAN
TARIKH/HARI

HARI
PERTAMA
19.4.2014
(SABTU)

MASA

AKTIVITI

8.00 AM
9.30 AM
10.30AM 1.00 PM

BERTOLAK DARI SMK DHMR


PENDAFTARAN
SEMINAR TEKNIK JAWAB SOALAN
MATEMATIK
MAKAN TENGAHARI DAN SOLAT ZUHUR
AKTIVITI LASAK : WATER CONFIDENCE
MINUM PETANG, SOLAT ASAR, KEMAS DIRI
MAKAN MALAM
SOLAT MAGHRIB, TAZKIRAH & SOLAT ISYAK
SEMINAR TEKNIK JAWAB SOALAN BAHASA
MELAYU
AKTIVITI BERJALAN MALAM
TIDUR

1.00-2.30PM
2.30- 6.00 PM
6.00 7.00 PM
7.00 PM
7.30 9.00 PM
9.00 11.30 PM
11.30 2.30 AM
2.30 5.30 AM

HARI KEDUA
20.4.2014
(AHAD)

05.30 06.45 PG
06.45 07.00 PG
07.00 08.00 PG
08.00 08.30 PG
08.30 11.30 PG
12.00 TGH
1.00 TGH
2.00 PTG

9.0

BIL

SOLAT SUBUH DAN TAZKIRAH


KEMAS DIRI
SENAMAN PAGI
SARAPAN PAGI
AKTIVITI LASAK : WATER CONFIDENCE /
NATURE HUNT
MEMBERSIHKAN DIRI DAN MENGEMAS
BARANG
PERASMIAN PENUTUPAN & MAKAN TGH
SOLAT ZOHOR DAN BERANGKAT PULANG

ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Pakej Perkhemahan yang terdiri


daripada 5 x makan, penginapan
asrama, penggunaan segala
kemudahan di dalam kem serta
aktiviti
Bayaran Jurulatih untuk 3 aktiviti

RM 55 x 1 x 95 orang

3 x RM 100
2 x RM 700

Pengangkutan
Bayaran Penceramah Teknik
Menjawab Soalan

2 x RM 200

5225.00 (3910.00
Tunai & 1315.00 LO)
300.00 (Tunai)
1400.00 (LO)
400.00 (Tunai)
30.00 (Tunai)

Cenderahati Tetamu

60.00(Tunai)

Dakwat / Toner (untuk sijil)

100.00(Tunai)

Kain rentang

285.00(Tunai)

Perbelanjaan rencam
10 x RM 20

Token untuk guru


JUMLAH

200.00 (Tunai)
8000.00

SUMBER KEWANGAN
1. Pelajar : RM 40 x 80 = RM 3200
2. PIBG : RM 2000 ( RM 1000 adalah daripada sumbangan YB Dato Yunus Rahmat
sempena perkhemahan tahun 2011)
3. Peruntukan Kokurikulum (Badan Beruniform): RM 2715

10.0

PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang diizinkan Allah dan dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu yang disampaikan atau diperolehi di dalam
program perkhemahan bersepadu ini meninggalkan impak kepada pelajar terutama untuk
menghadapi peperiksaan SPM dan masa depan yang semakin mencabar ini. Oleh itu

kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
(ZULKIFLI B MOHD SAHAINI)
Penyelaras,
Perkhemahan Gabungan
Badan Beruniform & Akademik
SMK Dato Hj Mohd Redza
70400 Seremban
Disahkan oleh ,

..
(ISMAIL BIN OTHMAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Dato Hj Mohd Redza

.
(HJH ROKIAH BT KAMARUDIN)
Pengetua Cemerlang
SMK Dato Hj Mohd Redza

Anda mungkin juga menyukai