Anda di halaman 1dari 25

KERTAS KERJA JAMUAN TAHUNAN DAN LAWATAN

KE MELAKA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT

KERTAS KERJA
JAMUAN TAHUNAN DAN LAWATAN KE MELAKA

TARIKH: 14 & 15 DISEMBER 2023


HARI: KHAMIS & JUMAAT

ANJURAN: BADAN PENGAWAS DAN DISIPLIN

KERTAS KERJA
JAMUAN TAHUNAN DAN LAWATAN BADAN
PENGAWAS

1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan


yang berlaku di
luar bilik darjah dan dapat memberi pengetahuan yang
diperlukan oleh murid dalam
situasi harian mereka. Sehubungan dengan itu, kemantapan
fizikal, mental dan pengukuhan nilai-nilai murni yang
diterapkan dapat membantu perkembangan
individu murid-murid. Lawatan ini merupakan salah satu
daripada teknik pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dimana ia sangat memberi impak
positif yang mendalam kepada murid-
murid. Oleh sebab itu, program lawatan sambil belajar
diadakan untuk murid-murid supaya mereka
mendapat pengalaman baharu daripada lawatan tersebut.

Aktiviti lawatan sambil belajar memberi peluang kepada


murid-murid terutama badan pengawas untuk mempraktikkan
segala kemahiran luar yang mereka miliki. Aktiviti-aktiviti
yang dilakukan dapat memberi ruang yang lebih kepada guru-
guru dan murid-murid untuk mendalami ilmu mereka dan
menimba pengalaman yang terbaharu untuk mereka. Program
ini merupakan satu program yang dapat menarik minat murid
dan berguna untuk mengembangkan minda di samping
menjadi asas untuk membina keyakinan diri dalam
menghadapi pelbagai situasi.

Bagi melaksanakan program tahunan ahli Badan Pengawas


iaitu Jamuan Tahunan sambil mengendalikan program
lawatan sambil belajar di kawasan luar.

2.0 RASIONAL

Melalui aktiviti lawatan sambil belajar ini, diharap dapat


melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran di
samping dapat memberi pendedahan kepada
Ahli Badan Pengawas dan Disiplin tentang tempat-tempat
bermanfaat dan sudah semestinya bakal membantu untuk
masa depan khususnya ahli pengawas Tingkatan 5 dan 4.

Aktiviti lawatan ini juga diharap dapat mewujudkan sikap


murni seperti tolong menolong, bekerjasama,
berketrampilan,keberanian,kemahiran kepimpinan,
berkerjasama,mensyukuri alam ciptaan Allah,
bertanggungjawab dan dapat menambah ilmu dan
pengalaman.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Merealisasikan pengetahuan dalam PdP dengan
pengalaman yang sebenar.
3.2 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ….
3.3 Memberi nilai tambah kepada pengetahuan am murid-
murid tentang tempat-tempat berfaedah untuk mengisi masa
lapang bersama keluarga
3.4 Menerapkan amalan-amalan nilai murni seperti mencintai
alam sekitar, menjaga kebersihan dan keindahan serta
mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara dan
mengekalkan alam sekitar.
3.5 Menjana idea kreatif dan sikap positif di kalangan ahli
Badan Pengawas.
3.6 Melihat senibina bangunan-bangunan lama yang menarik
dan cantik untuk dijadikan panduan.

4.0 MATLAMAT

Matlamat lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada ahli


Badan Pengawas tentang Melaka merupakan Bandar
Bersejarah dimana terdapat banyak sejarah silam yang harus
kita pelajari.Malah, terdapat juga pelbagai Institusi Pengajaran
Awam dan Institusi Pengajian Swasta yang mempunyai
pelbagai bidang pengajaran yang boleh kita menjadikan
sebagai panduan untuk kemasukkan university di kemudian
hari, khususnya ahli pengawas Tingkatan 4 dan 5.

5.0 TEMA, TARIKH, HARI & TEMPAT


Tema : Lawatan Pengawas berserta Jamuan Tahunan

Tarikh : 14 & 15 Disember 2023

Hari : Jumaat & Sabtu

Tempat : 1. Universiti Melaka (UNI-MEL)


2 .Pantai Pengkalan Balak

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Dua hari dan Satu malam bermula jam 7.00 pagi (15
Disember 2023) sehingga 4.00 petang (16 Disember 2023)

7.0 KUMPULAN SASARAN & BILANGAN


PENYERTAAN

Ahli Badan Pengawas Tingkatan 2 (7 orang murid)

Tingkatan 3 (4 orang murid)

Tingkatan 4 (17 orang murid)


Tingkatan 5 (12 orang murid )

Guru Pengiring Terdiri daripada 5 orang guru

JUMLAH : 40 orang peserta + 5 orang guru

(Rujuk Lampiran 1)

8.0 ATURCARA PROGRAM

15 Disember 2023 (Jumaat)


Masa Aktiviti

7.00 pagi Berkumpul di Sekolah Menegah Kebangsaan Tun


Mamat

8.00 pagi Membaca doa dan bergerak ke Melaka

9.30 pagi sampai di Universiti Melaka

10.00 pagi aktiviti melawat universiti dan mengenali bidang


yang ada dalam Universiti Melaka

12.00 tengah hari tamat lawatan.


12.30 (Persiapan kendiri, solat zohor dan solat Jumaat
berjemaah & makan tengah hari di perkarangan UNIMEL)
1.45 petang bertolak keluar UNIMEL
2.00 petang Tiba di D’Nelayan Resort
3.00 petang (pelajar rehat dan tidak dibenarkan keluar bilik)
3.30 petang minum petang disediakan
5.00 petang aktiviti sukaneka diadakan
6.30 petang aktiviti sukaneka tamat (pelajar diarahkan masuk
bilik dan bersiap untuk jamuan )
8.20 malam pelajar berkumpul
8.30 malam pendafaran jamuan
8.45 malam ucapan dari Pengerusi Pengawas/HEM/Pengetua
9.00 malam jamuan mula
10.00 malam aktiviti bersama pelajar (persembahan, dialog
luahan, menceritakan pengalaman dan cabaran semasa
menjadi pengawas,pengajaran dan nilai yang dapat diperolehi
semasa menjadi pengawas, etc..)
11.00 malam majlis bersurai
11.30 malam (pelajar diwajibkan telah berada dalam bilik dan
tidur)

16 DISEMBER 2023
6.00 pagi pelajar diarahkan bangun
7.00 pagi pelajar berkumpul
7.30 pagi sarapan
8.00 pagi aktiviti air dan pantai ( volleyball air, sukan air
scissor-paper-rock, etc..)
10.30 pagi aktiviti air tamat
12.00 tengah hari makan tengah hari di D’nelayan dan check
out
1.00 petang bergerak ke Dataran Pahlawan
2.30 petang sampai ke Dataran Pahlawan
4.30 petang tamat membeli belah di Dataran Pahlawan
6.00 petang tiba di SMK Tun Mamat

9.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN


PERBELANJAAN
9.1 Sumber Kewangan

1. Yuran Lawatan Peserta 40 x RM 150


RM6000
Tabung Bulanan Pengawas RM 45 x 40 = RM 1800

2. Yuran Lawatan Guru Pengiring 5 x RM200=RM1000


3. Peruntukan Dari BADAN PENGAWAS -
4. Harga Penginapan-RM148/pax(x 40 +5) =RM 6660
5. Cendrahati untuk pihak UNIMEL=RM200
Jumlah Wang Keseluruhan=RM8800
Baki wang = RM1946

9.2 Anggaran Perbelanjaan


Bil Perkara Maklumat Jumlah

a. Pengangkutan pergi dan balik Daripada pihak sekolah

1. Pengangkutan disediakan oleh pihak sekolah


Dewasa – 5 x RM 8 =
RM 40
Bas b. Minyak
Murid – 40 x RM 5 =200
c. Upah Pemandu Bas RM 150

Makan:
I . sarapan dimakan sebelum bertolak

ii. Makan Tengah hari – Nasi bajet + air cordial = RM6 x 45


= RM 270

iii. Makan petang (pihak D’Nelayan)


iv. Jamuan/Makan Malam (pihak D’Nelayan)
v. Sarapan pagi (16 DIS 2023) (pihak D’Nelayan)
vi. Makan Tengah Hari (pihak D’Nelayan)

JUMLAH RM 420

a. Hadiah dan 4 x RM 10 = RM 40

JUMLAH RM 40

a. Peti Kecemasan Percuma / Sumbangan


4. Keselamatan dari Persatuan
b. Insurans 45 x RM 5 = RM 225
c. Plastik sampah 1 plastik sampah – RM2

JUMLAH RM 227

JUMLAH KESELURUHAN RM 1107

……………………………………………………….
10.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
10.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM LAWATAN
SAMBIL BELAJAR

Penaung (Guru Besar)


Penasihat (GPK Kokurikulum)
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

10.2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


LAWATAN SAMBIL BELAJAR

AJK PENDAFTARAN (Guru)


(Peserta)
(Peserta)

AJK (GURU)
(Peserta)
(Peserta)

AJK PROTOKOL & (guru)


PERHUBUNGAN (Peserta)
(Peserta)

AJK HADIAH DAN guru


CENDERAMATA (Peserta)
(Peserta)

AJK KESELAMATAN (guru)


& PENGANGKUTAN (Peserta)
(Peserta)

AJK MAKANAN (guru)


(Peserta)
(Peserta)

AJK FOTOGRAFI (Peserta)


(Peserta)

(Rujuk Lampiran 3 untuk bidang tugas)

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan lawatan ini dapat dijayakan dengan
jayanya dan berjaya
mencapai objektif yang telah digariskan. Sehubungan dengan
itu, kejayaan program
ini amatlah bergantung kepada peranan dan tanggungjawab
masing-masing bagi
memastikan aktiviti program berjalan dengan lancer dan
berkesan. Semoga aktiviti
lawatan ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang
terlibat. Diharapkan agar
apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Oleh itu,
kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak amatlah
dihargai serta memperoleh
keberkatan daripada Allah SWT.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

______________________ ___________________
(SETIAUSAHA)
Setiausaha Pengerusi
Program Lawatan XXXXXXXXX
Ke XXXXXXX
Sekolah Menengah Kebangsaan XXXXXXXX

DISAHKAN OLEH: DILULUSKAN OLEH:

______________________ ___________________
(PENGETUA/PKHEM/GPK1/GPK KOKO)
PENGETUA/PKHEM/GPK1/GPK KOKO
SMK XXXXXXX

LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA GURU PENGIRING YANG


MENGIKUTI PROGRAM XXXXXX

Bil Nama No KP No Telefon

SENARAI NAMA AHLI PERSATUAN SEJARAH YANG


MENGIKUTI LAWATAN
SAMBIL BELAJAR KE KUALA KANGSAR

LAMPIRAN 2

SENARAI SEMAK LAWATAN XXXXXXX


Bil Senarai Semak Semakan
Ya Tidak
1. Membuat kertas kerja yang terperinci
2. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Ke Melaka
(kepada JPN)
3. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil
Belajar Ke MELAKA
4. Surat Permohonan Mengadakan Lawatan Ke
XXXX(tmpt,akt,etc)
5. Surat Pengakuan Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
6. Surat Permomohon Mengadakan Lawatan Ke XXXX
7. Surat Memohon Kebenaran Lawatan Sambil Belajar
8. Surat Memohon Mengadakan Lawatan Ke XXXX(tmpt
tido)
9. Surat Permohonan Bas
10. Tag nama untuk 40 ahli yang terlibat
11. Buku Program untuk 40 ahli rombongan
12. Borang pendaftaran dan borang kehadiran peserta
13. Makanan sarapan pagi dan tengah hari
14. Pengangkutan bas
15. Membawa kamera
16. Hadiah cenderahati kepada pihak yang ingin dilawati
17. Sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat
18. Membawa peti kecemasan
19. Membawa plastik sampah
20. Membeli insurans kepada peserta sebagai keselamatan

*PNTING SNGT YE JGN BGI DORANG LPS TGN*


*BUANG YG MNE TK PRLU*
LAMPIRAN 3

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

Bil NAMA AJK BIDANG TUGAS

• Mengadakan mesyuarat bersama ahli-

ahlijawatankuasa program lawatan.

• Bertanggungjawab dalam menguruskan hal

berkaitan lawatan.

• Memberikan arahan yang tepat dan jelas

kepada jawatankuasa dalam melaksanakan

tugas atau aktiviti.

• Menjadi orang tengah dalam mengemukakan

1. PENGERUSI cadangan atau usul ahli kepada pihak yang

berkenaan.

• Bertanggungjawab menentukan hala

tujulawatan.
• Memberi taklimat lawatan kepada murid-murid

• Memantau segala persiapan dan persediaan

setiap ahli jawatankuasa

• Memastikan perjalanan sebelum, semasa dan

selepas program berjalan lancar

• Membantu pengerusi dalam pelaksanaan

program
2. NAIB PENGERUSI

• Membantu menguruskan bersama dalam hal

ehwal keselamatan

• Membuat surat memohon kebenaran ibu/bapa

murid.

• Memanggil ahli jawatankuasa untuk

bermesyuarat berkaitan dengan lawatan


3. SETIAUSAHA

• Bersama pengerusi menentukan tempat, masa,


Tarikh dan agenda mesyuarat.

• Menyediakan kertas kerja yang diperlukan

untuk program

• Menyediakan dan menyiapkan segala jenis


surat yang diperlukan oleh jawatankuasakerja
untuk perjalanan program

• Merancang tentatif perjalanan program


• Membuat hebahan tentang perjalanan program
• Membuat laporan selepas program dijalankan
• Mendapatkan tajaan dari VIP dan sebagainya
• Mengumpul duit bagi menjayakan lawatan
• Membuat kutipan bayaran daripada peserta

program dan menyerahkan kepada


gurupenasihat.
• Memastikan semua peserta membuat bayaran
4. BENDAHARI
penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan.
• Membuat perjalanan akaun program
• Menyimpan segala kutipan wang.
• Membuat penyata Perbelanjaan/ Akaun
Kejohanan.
• Menyimpan semua resit yang berkaitan.
• Menyediakan borang pendaftaran dan
kehadiran peserta
• Menyediakan tag nama untuk peserta pakai
sepanjang program lawatan ini dijalankan
5. AJK PENDAFTARAN • Menyediakan buku program
untuk diberi kepada
peserta bagi menambah maklumat tambahan
berkaitan tempat lawatan
• Membuat anggaran perbelanjaan untuk
peralatan yang digunakan
• Menyediakan kamera bagi lawatan ini
6. AJK FOTOGRAFI • Mengambil gambar bagi setiap sesi
lawatan dan
semasa program lawatan ini dijalankan

• Menyerahkan gambar-gambar kepada

Setiausaha program bagi membuat laporan

program

• Berhubung atau berjumpa dengan tempat yang

akan di lawati untuk memohon kebenaran

7. AJK PROTOKOL & melawat

PERHUBUNGAN • Menyenaraikan tempat dan nombor


telefon

yang mudah dihubungi bagi tujuan melawat di

tempat

• Menyediakan perbelanjaan untuk hadiah dan


cenderamata

• Menguruskan cenderamata yang sesuai untuk

diberi kepada pihak yang dilawati


AJK HADIAH DAN
8. • Memastikan hadiah & cenderamata mencukuoi
CENDERAMATA

bagi setiap lawatan yang mempunyai sesi

bersua muka

• Menyediakan sijil penyertaan kepada peserta

yang terlibat

• Mengawasi keselamatan peserta sepanjang

lawatan berjalan

• Menyediakan peti kecemasan

• Menghubungi pihak bas dengan menetapkan

9. AJK KESELAMATAN tarikh lawatan

& PENGANGKUTAN • Memastikan pihak bas mengandungi


permit dan
insurans

• Memastikan semua peserta berada di tempat

duduk yang betul dengan bilangan kerusi yang

tepat

• Menguruskan makan dan minum peserta

sepanjang lawatan
10. AJK MAKANAN

• Menyediakan sarapan pada waktu pagi dan

tengah hari

LAMPIRAN 4
*nie cnth je tau ble ikut tpi jgn sme*

Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.
__________________________________________________
_________________________

Guru Besar, 22 Mei


Sekolah Keangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.
2021

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL


BELAJAR KE KUALA
KANGSAR

Saya bagi pihak Persatuan Sejarah sekolah ini ingin


memaklumkan bahawa persatuan kami
bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala
Kangsar (tempat-tempat
bersejarah) pada 24 Julai 2021, jam 9.30 pagi.

2. Rombongan kami terdiri daripada 30 pelajar dan enam guru


pengiring. Tujuan kami
mengadakan lawatan ini untuk mengetahui maklumat tempat-
tempat sejarah yang terdapat di
Kuala Kangsar.

3. Oleh itu, saya berharap permohonan ini akan diluluskan


oleh pihak tuan.
4. segala kerjasama tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian, dimaklumkan.

Yang benar.

Shaniah
…………………………………………

(Khoirul Nur Shaniah Binti Noor Azmi)


Setiausaha
Persatuan Sejarah
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Pengarah Pendidikan Perak. 25 Mei


Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Sektor Pengurusan Sekolah)
2021

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL


BELAJAR

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk,


2. Persatuan Sejarah sekolah kami akan mengadakan lawatan
sambil belajar bagi ke
tempat-tempat ersejarah di Kuala Kangsar pada 24 Julai 2021.
Kuala Kangsar tempat dipilih
kerana pelagai tempat bersejarah disana disamping lokasinya
tidak jauh dari lokasi sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon


kebenaran melaksanakan
program sambil belajar ini daripada pihak tuan. Bersama-
sama ini dilampirkan kertas kerja
program lawatan tersebut untuk makluman pihak tuan.

4. Antara objektif program ini adalah untuk membuka minda


murid disamping menima
ilmu daripada lokasi-lokasi yang dilawati.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Roslan
………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Roslan Bin Lee


Sekolah Keangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.

Muzium Diraja Kuala Kangsar, 3 Julai


Istana Lama Bukit Chandan,
33000 Kuala Kangsar
Perak
2021

Tuan,

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE MUZIUM


DIRAJA KUALA
KANGSAR

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa


pelajar Sekolah Kebangsaan Slim
Village akan mengadakan lawatan ke Muzium Diraja Kuala
Kangsar. Lawatan ini akan
diadakan bagi memenuhi aktiviti persatuan pelajar.

2. Lawatan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2021

Masa : 3.00 petang

Jumlah Murid : 30 oarang

Jumlah Guru : 6 orang

3. Pihak kami memilih tempat tuan kerana ingin menambah


pengetahuan murid-murid.
Ilmu pengetahuan sejarah dapat digunakan dalam mata
pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu dan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaan.

4. Tujuan lawatan ini diadakan kerana ingin memberikan


pendedahan kepada para
pelajar. Pelajar diajar dengan aktiviti mencatat, mengambil
nota dan menemu bual.

5. Pelajar akan dapat menegtahui tentang sejarah Istana


Kenangan serta reka bentuk yang
digunakan. Di saping itu, murid dapat menambah pengalaman
masing-masing.

6. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan dapat


mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami
ucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

Roslan
………………………………
(Hj Roslan bin Lee)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Slim Village,
35800 Slim River,
Perak.
Tarikh : 17 Julai 2021

Nama Ibu Bapa/Penjaga :

No Kad Pengenalan :

Alamat :

No. Telefon :

Anda mungkin juga menyukai