Anda di halaman 1dari 15

CONTOH KERTAS KERJA LAWATAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Di sini CA nak berkongsi kertas kerja yang CA guna pakai sepanjang melaksanakan aktiviti lawatan. Sebenarnya ada banyak contoh lain yang lebih baik tapi ini kk yang biasa CA gunakan.Sekadar berkongsi buat teman2 guru yang bertanyakan CA tentang proses melaksanakan lawatan terutamanya lawatan ke USS. Terima kasih sebab sudi layari blog CA. Dikesempatan ini CA mohon maaf sangat sb tak dapat nak publish kk ni spt yang dijanjikan. CA hadapi pelbagai rintangan sepanjang cuti bersalin ni..yang paling sedih bila baby yang baru lahir dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru2. 2 minggu lepas tu masuk balik wad biasa di HKL. Minta rakan2 yang melayari blog CA mendoakan kesihatan baby Surfina sihat selalu. Tapi harus diingat ini hanya contoh sahaja ia bergantung kepada cara pengetua anda juga. Nanti jangan salahkan CA bila pengetua tak terima kertas kerja anda. Seperti yang dijanjikan CA kongsikan kk yang CA guna pakai:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK RAWANG, KM 25.6 JALAN IPOH 48000 RAWANG, SELANGOR
<!--[if !supportLists]-->1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Rawang telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Singapura. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar. 2.0 RASIONAL Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan berkeperluan khas di negara ini, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. 3.0 OBJEKTIF 1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian. 2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan pengalaman yang baru. 3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.

4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas. 4.0 DESTINASI Singapura & Johor Bharu 5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN Tarikh : 18 - 19 Oktober 2012 Hari : Khamis - Jumaat Masa : 7.00 pagi bertolak 12.30 malam tiba di Rawang 6.0 KUMPULAN SASARAN Program ini disasarkan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan PPM PPKI, SMK Rawang. (Sekiranya tidak mahu meletakkan senarai nama peserta lawatan seperti di bawah anda boleh nyatakan jumlah pelajar dan guru yang mengikuti lawatan tersebut sahaja. Tujuan saya menyenaraikan nama peserta lawatan adalah bagi tujuan penajaan pihak tertentu sahaja). SENARAI NAMA PELAJAR-PELAJAR BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. NAMA PELAJAR Abdul Khalis bin Zainudin Chee Siew Chong Chong Ne Fong Hiran Raj a/l Ganesan Kannan a/l Mumudi Vanten Liew Wei Soing Mohammad Syazwan b Adanan Muhamad Firdaus b Hasim Muhamad Hazrul b Hussin Muhammad Afiq b Abdul Rahman Muhammad Afiq Iqmal b Muhammad Zaini Muhammad Haziq Hafiz b Nor Azizi Muhammad Roszaiman b Hasnol Nur Afiq Hakim b Mohd Aris Sulaiman bin Ismail Syukri bin Sallehudin Wong Jia Herng Wong Leong Chun Yong Wai Keat Ainur Shakira bt. Jamaludin Jamuna a/p Veraiah Nur Hamizah bt. Rosli

23. 24. 25.

Nurizzati bt. Sallehodin Raihana bt. Ahmad Than Kai Qi

SENARAI NAMA GURU & PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


9. 10. 11. 12.

NAMA En. En. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Pn. Norkasani b. Kamar Md. Nawawi b. Hassan Marhaini bt. Dasiron Rosita bt. Mohd Said Nirmala a/p Palaniandy Siti Aishah bt. Khairudin Nur Hidayah bt. Abdul Aziz Mastura bt. Abd Hamid Wan Azita bt. Wan Yahya Noor Jannah bt. Salleh Hairani bt. Harun Asmahani bt. Hussin

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PERKARA KUANTITI Bas (Duit LPBT) 1 x RM 3000.00 Pakej ke Singapura 25 x RM 236 .00 (pel) (Tanggungan Sendiri) 12 x RM 330.00 (guru) Jumlah JUMLAH RM 3000.00 RM 5900.00 RM 3960.00 RM 12860.00

7.1 Pengerusi

AHLI

JAWATANKUASA : Pn. Hamidah bt. Husin (Pengetua SMK Rawang)

PELAKSANA

Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Pengangkutan AJK Dokumentari/Dokumentasi

: En. Norkasani b. Kamar (Pen. Kanan PPKI, SMK Rawang) : Pn. Siti Aishah bt. Khairudin : Pn. Nirmala a/p Palaniandy : Pn. Nur Hidayah bt. Abdul Aziz : Pn. Mastura bt. Abd Hamid Pn. Noor Jannah bt. Salleh

: Pn. Nirmala a/p Palaniandy : Pn. Marhaini bt. Dasiron Pn. Rosita bt. Mohd Said En. Md. Nawawi b. Hassan AJK Keselamatan/kebersihan : Pn. Hairani bt. Harun Pn. Asmahani bt. Hussin 7.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA 1. Setiausaha : Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK. 2. Bendahari : Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk. 3. AJK Pengangkutan : Menghubungi pihak bas sebuah bas, bayaran, memastikan bas mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam bas. 4. AJK Makanan & Minuman : Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan. 5. AJK Dokumentasi/dokumentari : Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, videocam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung. 6. AJK Disiplin : Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan. 7. AJK Keselamatan & Kebersihan : Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan. 7.3 TENTATIF LAWATAN
HARI PERTAMA 7.00 AM BERTOLAK KE JOHOR BHARU 12.00 PM MAKAN TENGAHARI DI JB 1.00 PM CHECK IN HOTEL 2.00 PM LAWATAN SEKITAR JB 7.00 PM BERIADAH DI DANGA BAY 9.00 PM BALIK KE HOTEL HARI KEDUA

AJK Makanan dan Minuman AJK Disiplin

7.00 AM SARAPAN PAGI DI HOTEL DAN CHECK OUT 8.00 AM BERTOLAK KE SINGAPURA 9.30 AM MELAWAT SENTOSA ISLAND 10.00 AM UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE (USS) 7.00 PM BERTOLAK DARI SINGAPURA 12.30 AM DIJANGKA TIBA DI RAWANG

7.4 PENUTUP Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada pelajar-pelajar pendidikan khas SMK Rawang. Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : .. (SITI AISHAH BT. KHAIRUDIN) Setiausaha Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rawang *(Boleh ditukar kepada Setiausaha Program Lawatan) Disahkan oleh : (HAMIDAH BT. HUSIN) Pengetua SMK Rawa

Disemak oleh : (NORKASANI B. KAMAR) Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Rawang

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KAMPUNG BUDAYA KUCHING, SARAWAK 2012

ANJURAN KELAB KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG, KUCHING, SARAWAK

1.0 PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar tahap 2, tahun 5 Sekolah Kebangsaan Batu Lintang. Aktiviti lawatan ini juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan Kelab Kajian Tempatan 2012 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang keunikan masyarakat di negara Malaysia yang berbilang kaum. Di samping itu, aktiviti ini juga ingin memupuk keseronokan, penghayatan budaya, dan semangat perpaduan dalam diri murid-murid. Aktiviti lawatan ini juga tidak keluar daripada standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan. Lawatan ini juga bertujuan untuk pembelajaran tajuk 8 yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh murid-murid dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat. 2.0 LATAR BELAKANG Segala perancangan dan persiapan telah diadakan dengan teliti untuk memastikan semua ahli Kelab Kajian Tempatan dapat mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak kami serta mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang. Lawatan pada tahun 2012, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Kampung Budaya Sarawak. Lawatan ini melibatkan 10 orang guru pengiring bagi mengiringi murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini. Dalam masa yang sama, guru-guru

ini bertanggungjawab untuk menerapkan nilainilai integrasi, perpaduan dan kehidupan yang berintegriti dalam kalangan murid. 3.0 RASIONAL 3.1 Lawatan yang akan dijalankan ini akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan serta Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni. 4.0 MATLAMAT Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

5.0 OBJEKTIF i. Mengenali masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kepercayaan. ii. Menyedari keunikan masyarakat di negara kita. iii. Mengetahui dan menghargai kesenian negara seperti permainan tradisional, makanan tradisional dan seni mempertahankan diri. iv. Memupuk sikap hormat-menghormati dan semangat kerjasama antara satu sama lain ke arah pembentukan masyarakat yang harmoni.

6.0 PELAKSANAAN

6.1 Tarikh Pelaksanaan 6.1.1 Tarikh yang dirancang : 5 April 2012 6.2 Tempoh Pelaksanaan 6.2.1 Tempoh Pelaksanaan : 9.00 pagi hingga 5.30 petang 6.3 Tempat Lawatan 6.3.1 Kampung Budaya Sarawak. 6.4 Pengangkutan 6.4.1 Bas sekolah (2 unit) - Bas sekolah akan ditempah oleh guru pengiring. - Bas yang digunakan ialah bas sekolah sendiri - Sebuah bas dapat memuatkan 40 orang penumpang 6.4.2 Kereta Guru (2 unit) - Kereta akan disediakan oleh guru pengiring itu sendiri. - Rasional untuk 2 unit kereta adalah untuk tujuan sekiranya ada kecemasan.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 7.1 Setiap ahli Kelab Kajian Tempatan diwajibkan mengikuti lawatan sambil belajar ini. 7.2 Kategori pemilihan peserta : 7.2.1 Ahli perlulah aktif dalam semua aktiviti yang pernah dianjurkan oleh kelab. 7.3 Sasaran : Pelajar Tahun 5 7.4 Jumlah peserta : 80 orang 8.0 SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN 8.1 Pihak penganjur perlulah menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk setiap peserta yang menyertai lawatan tersebut. 8.2 Pihak penganjur juga perlulah memastikan

setiap guru pengiring dan peserta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik. 8.3 Murid-murid perlulah menghantar surat kebenaran berserta surat penyataan kesihatan (sekiranya mempunyai penyakit kronik) kepada pihak penganjur

9.0 AHLI JAWATANKUASA

10.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA Bil. Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas 1. Pengerusi Mengetuai jawatankuasa untuk merancang dan melaksanakan program ini. Bertanggungjawab untuk memantau perjalanan program 2. Naib pengerusi Membantu Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa bagi merancang dan melaksanakan program ini. Mengambil alih tanggungjawab pengerusi sekiranya pengerusi ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan. 3. Setiausaha Menyediakan dan menyiapkan kertas kerja program. Menyediakan dan menyiapkan segala jenis surat yang diperlukan oleh jawatankuasa kerja untuk perjalanan program. Mencatat minit mesyuarat dan menyiapkan laporan mesyuarat. Mengambil alih tugas pengerusi atau naib pengerusi sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri. 4. Bendahari Bertanggungjawab untuk membuat perjalanan akaun program. 5. Guru pengiring Mengiringi murid-murid sepanjang lawatan Mengambil tahu tentang kebajikan muridmurid sepanjang lawatan. Menghuraikan dan menjelaskan berkaitan tempat yang dilawat 6. AJK Makanan Menyediakan makanan murid-murid dan guru-guru yang lain untuk aktiviti ini 7. AJK Pengangkutan Memastikan pengakutan

pergi dan balik ada Memastikan bas sekolah mencukupi Menempah bas sekolah (2 buah) Menyediakan pengangkutan sekiranya berlaku kecemasan 8. AJK Kebajikan Menjaga kebajikan para peserta Mengambil tindakan segera sekiranya ada peserta yang mempunyai masalah. Memaklum segera kapada guru penasihat sekiranya ada masalah dan kesulitan 9. AJK Dokumentasi mengambil gambar dan video sepanjang aktiviti Membuat banner/poster menyediakan album untuk program ini pastikan gambar disusun dan disunting dengan baik 10. AJK Keselamatan & Kebersihan pastikan kawasan lawatan selamat memastikan murid-murid tidak membuang sampah sekitar kawasan lawatan memasikan dan memantau keselamatan peserta sepanjang program dan terutama sekali semasa melakukan aktiviti. memastikan kawasan aktiviti berada dalam keadaan bersih memastikan kebersihan kawasan sebelum berangkat pulang

11.0 TENTATIF Tarikh Aktiviti lawatan : 5 April 2012 Masa Perjalanan Aktiviti 7.30 pagi - Berkumpul di dataran SK Batu Lintang - Taklimat keselamatan, disiplin dan etika 9.00 pagi - Bertolak ke Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. 10.00 pagi - Tiba di Kampung Budaya - Minum pagi 10.15 pagi - Lawatan ke Rumah Panjang Iban dan Bidayuh 12.30 tengah hari - Makan Tengahari - Solat Zohor berjemaah di surau berdekatan 2.00 petang - Lawatan ke rumah-tinggi Melanau

dan rumah ladang orang Cina dan Rumah Panjang Orang Ulu 4.00 petang - Minum petang - Solat Asar berjemaah di surau berdekatan 4.30 petang - Persembahan kebudayaan di Auditorium Kampung Budaya 5.30 petang - Bertolak balik ke SK Batu Lintang

12.0 PERATURAN DAN ARAHAN LAWATAN 12.1 Arahan Umum 12.1.1 Lawatan ini adalah aktiviti yang bersifat lawatan formal. Peraturan dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti sepanjang lawatan. 12.1.2 Arahan yang dikeluarkan oleh ketua / guru pengiring adalah menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa lawatan. 12.1.3 Semua guru pengiring dan peserta adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik sahaja mendaftar sehingga akhir / tamat lawatan 12.1.4 Semua peserta perlulah mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa atau pegawai perubatan. 12.1.5 Bagi peserta Islam, solat perlulah dilaksanakan mengikut waktu dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian. 12.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham. 12.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang lawatan. 12.1.8 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan. 12.2 Komunikasi / Alat Komunikasi 12.2.1 Guru pengiring haruslah sentiasa membekalkan alat komunikasi seperti telefon bimbit bagi keperluan semasa kecemasan. 12.2.2 Guru pengiring dibenarkan menggunakan alat komunikasi untuk menghubungi pihak

pengangkutan sebelum atau selepas aktiviti lawatan selesai. 12.2.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit sepanjang aktiviti lawatan berlangsung bagi melancarkan pergerakkan aktiviti. 12.3 Keselamatan 12.3.1 Keselamatan haruslah diutamakan dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengutamakan keselamatan. 12.3.2 Guru pengiring perlu memastikan pesertapeserta lain dalam keadaan selamat. 12.3.3 Peserta dilarang merayau-rayau keluar daripada kawasan aktiviti lawatan. 12.3.4 Jika berlaku kecemasan, guru pengiring akan membawa peserta yang cedera ke hospital dalam kadar yang segera. 12.3.5 Peserta-peserta lain haruslah dipastikan di dalam keadaan selamat. 12.4 Ketetapan Masa / Pergerakan Anggota 12.4.1 Peserta hendaklah tiba di dataran 10 minit sebelum aktiviti bermula. 12.4.2 Peserta tidak dibenarkan pergi ke tempat lain selain daripada kawasan aktiviti lawatan. 12.4.3 Peserta perlulah menepati masa sepanjang aktiviti lawatan ini. 12.5 Pakaian / Tag Nama 12.5.1 Semasa lawatan ini, peserta haruslah memakai pakaian yang telah ditetapkan (formal / semi-formal). 12.5.2 Setiap peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memakai tanda nama bagi tujuan identiti peserta di dalam rombongan lawatan. 12.6 Kebersihan 12.6.1 Peserta dan guru pengiring haruslah sentiasa memastikan tiada sampah di sekeliling kawasan tempat makan. 12.6.2 Dilarang membuang sampah di meratarata tempat. 12.6.3 Mengamalkan kebersihan tangan sebelum makan.

12.6.4 Peserta dan guru haruslah memakai pakaian yang bersih untuk keselesaan bersama.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN Pelajar / Peserta : 80 orang Guru pembimbing : 10 orang Jumlah Keseluruhan yang terlibat : 90 orang 13.1 Yuran kursus 13.1.1 Setiap pelajar yang mengikuti lawatan ini dikehendaki membayar yuran sebanyak RM12.00 sebagai yuran penyertaan. 13.1.2 Guru pengiring turut diwajibkan membayar RM15.00 sebagai yuran penyertaan. Bil. Perkara Anggaran Pendapatan Jumlah 1. Yuran Pelajar = RM12.00 X 80 RM 960.00 2. Yuran Guru = RM15.00 X 10 RM150.00 Jumlah keseluruhan RM1110 13.2 Makanan Bil. Waktu Makan Anggaran Perbelanjaan Jumlah 1. Sarapan = RM3.00 X 90 orang RM270.00 2. Makan Tengahari = RM4.50 X 90 orang RM405.00 3. Minum petang =RM3.00 X 90 orang RM270.00 Jumlah RM945.00

13.3 Tiket Masuk Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan Jumlah 1. Pelajar / peserta = RM6.00 X 80 orang RM480.00 2. Guru pengiring = RM13.00 X 10 orang RM130.00 Jumlah RM610.00 13.4 Jumlah keseluruhan anggaran pendapatan dan perbelanjaan 13.4.1 Anggaran Pendapatan

Bil. Perkara Anggaran Pendapatan 1. Yuran = RM1 110.00 Jumlah keseluruhan = RM1 110.00

13.4.2 Anggaran Perbelanjaan Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan 1. Makanan = RM945.00 2. Tiket Masuk = RM610.00 Jumlah keseluruhan = RM1 555.00 13.5 Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Unit Kokurikulum 13.5.1 Perbelanjaan yang telah dianggarkan ini akan dimohon untuk mendapatkan bajet perbelanjaan daripada unit Kokurikulum. Bil. Perkara Anggaran Perbelanjaan 1. Jumlah Perbelanjaan = RM1 555.00 2. Jumlah Pendapatan = RM1 110.00 Jumlah yang diperlukan = RM445.00 13.5.2 Pihak penganjur akan memohon belanjawan daripada Unit Kokurikulum dengan jumlah sebanyak RM446.00.

14.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi di dalam aktiviti lawatan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

15.0 PERAKUAN PERAKUAN Nama Tandatangan Catatan

Disediakan Oleh:

Dayang Nurshafiqa Abang Ahmad Setiausaha Kelab Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching

Disemak Oleh : En. Roslan Majid Bin Azlan Pengerusi Kelab Kajian Tempatan, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching

Disokong / Tidak Disokong Oleh : En.Asly Majubi Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching

Diluluskan / tidak diluluskan Oleh : Encik Wan Abdul Rahman Wan Abdullah Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching

Anda mungkin juga menyukai