Anda di halaman 1dari 14

PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1. Pelantikan Guru Penasihat

1.1 Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996


1.2 Penalti yang dikenakan adalah berdasarkan :
Peraturan 2 dalam peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 seperti dalam Akta Kerajaan Jilid 42/no
11(tambahan No 41) Perundangan (A)P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei
1998.
Penalti yang dikenakan tidak melebihi RM50 000 atau 2 tahun
penjara
1.3 Semua peraturan tentang pengurusan kokurikulum sekolah
hendaklah dirujuk pada dokumen/surat pekeliling yang
dilampirkan/ yang telah sedia ada.
1.4 “Perintah Am”
Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak
menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/ takwim adalah dianggap
telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.

Perlanggaran Tata Kelakuan di bawah Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)1993:

4(2) Seseorang pegawai tidak boleh……


(g) Tidak bertanggungjawab;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa
cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.

2. Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan. Sila rujuk dan


gunakan garis panduan yang disertakan.

2.1 Semua sekolah diminta untuk menggunakan garis panduan


pengurusan kokurikulum seperti dalam lampiran 1.25
perkara yang dinyatakan dalam lampiran berkenaan
hendaklah dipatuhi.(Rujuk Peraturan-peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan
Jil.42/No.11 (Tambahan No.41) Perundangan ( A ) 196 bertarikh
21 Mei 1998.

1
2.2 Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan pendaftarannya
dikira tidak sah dan segala implikasi undang-undang adalah di
bawah tanggungjawab Pengetua/Guru Besar.
2.3 Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama
Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi Surat

Pekeliling Ikhtisas 9/2000(Kelulusan mestilah daripada Pengarah


Pelajaran selaku Pendaftar).

2.4 Kutipan Yuran/Derma

2.4.1 Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya digantikan


dengan istilah derma atau sumbangan.
2.4.2 Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta
1996 dan di bawah pengawasan Pengetua/Guru
Besar.

2.5 Aktiviti

2.5.1 Aktiviti yang dirancang mestilah berorientasikan


pendidikan,pengetahuan dan keperluan semasa.

2.5.2 Aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan nilai dan tatasusila


hendaklah dielakkan.

2.5.3 Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang


tahun,tiada pengecualian bagi kelas peperiksaan,namun
begitu pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah
memantapkan dan mengukuhkan kurikulum.

2.6 Pemantauan Penyeliaan Aktiviti Kokurikulum

2.6.1 Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah dilakukan oleh


pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan
keberkesanan pengurusan sesuatu badan
beruniform/kelab/persatuan.

2.7 Pelaporan/Dokumentasi

2.7.1 Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi dan


penilaian bagi setiap program yang dijalankan disekolah.

3. Takwim Sekolah

3.1 Berdasarkan takwim yang dikeluarkan oleh JPS/PPD.


2
3.2 Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas Desa, Sukan
Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam Takwim Sekolah.3
jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di peringkat sekolah.

3.3 Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim Sekolah ke


PPD pada atau sebelum 31 Januari 2005
(U.P : Penyelia Kokurikulum)

4. Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Kokurikulum dan


Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

4.1 Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah


berdasarkan SPI / 1985

4.2 Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua.

4.3 Ahli-Ahli Jawatankuasa boleh dilantik di kalangan Penolong


Kanan,Guru Penyelaras Persatuan,Badan Berunifom dan Setiausaha
Sukan.

4.4 Fokus,misi dan visi kokurikulum sekolah hendaklah dibentangkan


dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa.

4.5 Satu mesyuarat penyelarasan bersama dengan jawatankuasa


kurikulum sekolah hendaklah diadakan pada awal tahun untuk
memastikan program sekolah bersifat bersepadu dan mempunyai
halatuju yang sama.

4.6 Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.

5. Seni Mempertahankan Diri

5.1 Semua Kelab Seni Mempertahankan Diri/Bela Diri


dimasukkan dalam Badan Beruniform.

5.2 Perlantikan personel atau jurulatih luar mestilah mengikut prosedur


yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran JPS.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS 7780 – Panduan Penubuhan
Dan Pengurusan Kelab TaekwonDo/Seni Mempertahankan Diri.

5.3 Kebenaran Jurulatih Luar hendaklah diperbaharui setiap tahun.

3
5.4 Sekolah berhak menggantung akademi yang gagal mengikut
memorandum persefahaman yang telah ditandatangani antara
pihak sekolah dengan akademi tersebut.
Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS.77280 – Panduan Penubuhan dan
Pengurusan Kelab Taekwon Do/Seni Mempertahankan Diri.

Seni Mempertahankan Diri

1. Penubuhan Persatuan taekwando/Silat


1.1 Sila patuhi prosedur mengikut keperluan Akta Pendidikan 1996.

2. Panduan menerima jurulatih luar melatih Persatuan Taekwando sekolah.

2.1 Jurulatih luar menghantar permohonan rasmi bersama dokumen


sokongan untuk melatih ahli-ahli persatuan kepada pihak sekolah.

2.2 Pihak sekolah menyediakan memorandum persefahaman yang


dipersetujui kedua-dua pihak.

3. Surat permohonan jurulatih bersama-sama dokumen persefahaman


dihantar ke PPD(Unit Pendaftaran).

4. PPD akan memberi kelulusan untuk melatih dan sah laku


sehingga 31.12.2005 sahaja.

5. Persatuan dan jurulatih tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

5.1 Persatuan mempunyai rekod yang menunjukkan telah ditubuhkan


dan didaftarkan di sekolah serta mempunyai sistem pengurusan
yang teratur.(Rujuk Akta Pendidikan 1996:Peraturan-peraturan
Pendidikan(Persatuan Sekolah) 1998*,

5.2 Setiap murid yang menjadi ahli persatuan ini adalah dengan
kerelaan sendiri dan hendaklah mendapat kebenaran bertulis
daripada ibu bapa/penjaga.

5.3 Tiada unsur paksaan kepada mana-mana pihak.

5.4 Murid tidak boleh menjadi ahli secara langsung kepada badan luar
yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.Sehubungan
dengan itu,mereka tidak boleh dilibatkan dengan aktiviti badan
induk jurulatih.

4
5.5 Yuran pendaftaran bagi tujuan yuran bersekutu dengan badan
induk Jurulatih tidak dibenarkan untuk dikutip.

5.6 Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan


melainkan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Bila
menyertai mana-mana pertandingan /aktiviti yang dianjurkan oleh
pihak luar,hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengetua/Guru Besar dan PPD.
5.7 Murid bagi sesuatu kumpulan atau unit latihan hendaklah dalam
lingkungan umur yang tidak banyak bezanya.Di peringkat sekolah
rendah,murid Tahap Satu dan Tahap Dua hendaklah berada di
kumpulan berasingan.Sebaik-baiknya mereka hendaklah diasingkan
kepada kelompok mengikut jantina (lelaki/perempuan).

5.8 Kurikulum Seni Bela Diri Taekwando hendaklah jelas dan terancang
serta mampu menyediakan para pelajar untuk menyertai
pertandingan yang diiktiraf oleh MSSM,SUKMA,SUKAN SEA dan
peringkat dunia (OIC).

5.9 Kurikulum seni bela diri Taekwando juga perlu jelas dalam hal-hal
mengenai peringkat pencapaian dan pensijilan.Pihak sekolah
hendaklah mengatur kebenaran untuk tujuan yang berkenaan.

5.10 Pihak sekolah sahaja yang dibenarkan membuat kutipan wang


daripada murid.

5.11 Pendaftar sekolah-sekolah berhak menyemak Imbangan


Kewangan Kelab dari masa ke semasa mengikut peruntukan
“The Schools (Societis) regulation,1956(7)(2).

5.12 Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan oleh
PPD/JPN sahaja yang boleh menjalankan aktiviti di sekolah.

5.13 Jurulatih dilarang mewakilkan kepada orang lain untuk melatih


murid sekolah berkenaan.

5.14 Seorang Jurulatih akan hanya mengendalikan latihan kepada suatu


kumpulan ahli yang tidak melebihi 25 orang pada setiap sesi latihan
supaya pengawasan dan proses latihan dapat dijalankan dengan
berkesan.

5.15 Pihak sekolah dan Jurulatih hendaklah mematuhi Panduan


Menerima Jurulatih Luar dan kandungan Surat Persefahaman(MoU)
antara pihak persatuan dan pihak jurulatih,termasuk bayaran

5
perkhidmatan kejurulatihan sebanyak RM60.00 (Ringgit Malaysia :
Enam Puluh Sahaja) sejam.

5.16 Jurulatih hendaklah menjaga etika sebagai seorang


pendidik,sentiasa berbudi pekerti dan berpakaian kemas serta
mematuhi segala peraturan,arahan yang sedang berkuatkuasa.

5.17 Sesi latihan tidak akan mengganggu kelicinan proses pengajaran


dan pembelajaran di sekolah.

5.18 Setiap sesi latihan meestilah dihadiri dan diawasi oleh guru
penasihat persatuan/kelab supaya tidak berlaku unsur-unsur
pencabulan kehormatan murid dalam apa bentuk pun,secara
langsung atau tidak langsung.Pastikan keselamatan pelajar
terjamin.

5.19 Latihan yang dijalankan hanya melibatkan murid sekolah berkenaan


sahaja.

5.20 Semua sesi latihan hendaklah diadakan di premis sekolah


berkenaan sahaja,melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada
PPD.

5.21 Melatih murid dari beberapa sekolah yang digabungkan adalah


dilarang,melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada PPD.

5.22 Suatu sesi latihan tidak melebihi dua jam,iaitu pada


………………….dari jam …………………… hingga ……………… seperti
yang dipohon.

5.23 Pihak sekolah diingatkan bahawa latihan yang dibuat di hari-hari


cuti umum adalah dilarang sekiranya/kerana guru
penasihat/bertugas tidak dapat hadir bersama untuk tugas
penyeliaan dan pengawasan.

5.24 Guru,murid dan premis sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan


adalah dalam kawalan kerajaan.Pihak sekolah/PPD berhak
menamatkan perkhidmatan atau membatalkan kebenaran kepada
mana-mana jurulatih sekiranya terbukti telah melanggar syarat-
syarat dan panduan yang tersebut di atas.

5.25 Pihak sekolah/persatuan hendaklah mematuhi Akta Pendidikan


1996;Peraturan-Peaturan Pendidikan (Persatuan / Kelab) 1998.
Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil.9/2000;Panduan Keselamatan Diri
Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
6
serta Kegiatan kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar
Kawasan Sekolah.

5.26 Sila patuhi peraturan keselamatan bagi aktiviti yang berisiko


tinggi.

5.27 Untuk kepentingan semua pihak,akademi seni mempertahankan


diri yang digunakan pihak sekolah mesti akur dengan segala syarat
dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Ini
termasuk penggunaan premis,latihan,yuran bulanan,jadual latihan
(Penjadualan-dari segi pelaksanaan bilangan minit yang
diperuntukkan hendaklah dipatuhi)dan kehadiran guru penasihat.

6. Penilaian Aktiviti Kokurikulum

6.1 Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah berdasarkan garis


panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.2 Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap pencapaian


hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan.

6.3 Sila ambil kira kes pelajar yang tidak dapat menyertai ketiga-tiga
aktiviti kerana terlibat dengan latihan bermusim/pusat apabila
mewakili negeri/negara.Pelajar-pelajar berkenaan hendaklah
dibantu agar sekurang-kurangnya mendapat markah C secara
keseluruhan.

6.4 Sekolah diingatkan untuk merekodkan markah tertinggi pelajar


dalam tahun yang dinilai.Sebagai contoh : markah pelajar semasa
di Tahun 5 / Tingkatan 4 digunakan,walaupun pelajar tersebut
kurang/tidak mahu menyertai aktiviti kokurikulum semasa berada
di Tahun 6/Tingkatan 5.Perkara ini tidak harus diumumkan kepada
para pelajar.

6.5 Berdasarkan analisis markah penilaian kokurikulum,pihak sekolah


diminta mengkaji semula keberkesanan setiap program/aktiviti
yang dijalankan.

6.6 Setiap sekolah hendaklah menghantar laporan keputusan penilaian


kokurikulum setiap tahun selewat-lewatnya pada atau sebelum 15
November setiap tahun.

7. Kegagalan/Enggan Menghadiri Aktiviti Kokurikulum.

7
7.1 Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti kokurikulum
berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Pihak sekolah akan berhadapan
dengan masalah apabila ibu bapa enggan membenarkan anaknya
menyertai aktiviti kokurikulum atas alasan-alasan tertentu.

7.2 Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini mestilah


dimasukkan dalam Peraturan Kokurikulum Sekolah.

7.3 Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai wajibnya


menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan yang
sedia ada.

7.4 Ibu bapa menjawab masih tidak mahu anaknya menyertai aktiviti
kokurikulum dan sanggup menerima apa sahaja bentuk tindakan.

7.5 Pihak sekolah memaklumkan secara rasmi bahawa anaknya akan


mendapat pangkat E atau gagal dalam Sijil Penilaian Kokurikulum
dan akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah.
(Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan
(Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta
kerajaan jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan

8. Cuti Umum / Hari Sabtu Minggu Pertama dan Ketiga.

8.1 Pihak sekolah hendaklah menghormati keputusan kerajaan yang


telah menetapkan cuti pada hari Sabtu pertama dan ketiga.
Seboleh-bolehnya tidak diadakan sebarang aktiviti sekolah.

8.2 Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan


pelaksanaannya pada hari Sabtu berkenaan, hendaklah mendapat
persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu bapa.

9. Kelas Fardhu Ain/Sekolah Agama Rakyat(SAR) Pada Setiap Hari


Rabu.

9.1 Persetujuan membenarkan murid sekolah rendah keluar pada hari


Rabu untuk aktiviti kokurikulum telah dipersetujui oleh JAIS,Surat
makluman daripada JAIS telah dihantar kepada semua SAR.

9.2 Semua aktiviti yang dirancang dan tidak dapat dielakkan


pelaksanaannya pada hari Sabtu yang berkenaan hendaklah
mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu bapa.

10. Majlis Rasmi Sekolah/Pengendalian Majlis Rasmi.

8
10.1 Pihak sekolah diminta menubuhkan jawatankuasa protokol sekolah
yang dipengerusikan oleh pengetua/guru besar.
10.2 Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Penolong-Penolong Kanan,
guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa,Guru Agama dan melantik
secara rasmi dua orang juruacara sekolah.

10.3 Pihak sekolah diminta melengkapkan keperluan protokol seperti


rostrum sekolah,troli hadiah dan walkie-talkie.

10.4 Dalam mengebdalikan majlis rasmi yang melibatkan tetamu


kehormat,sila dapatkan khidmat nasihat dari PPD/JPS.

10.5 Protokol di PPD/JPS adalah di bawah Unit Perhubungan Awam.


Rujuk SPI Bil.10/1989

11. Peruntukan Khas Kokurikulum/Motivasi Tahun 2005

11.1 Semua sekolah diminta untuk menghantar satu salinan


perbelanjaan peruntukan kokurikulum 2005 ke Pejabat Pelajaran
Daerah (U.P : Penyelia Kokurikulum) pada atau sebelum 30 Mei
2005 dan 30 September 2005.

11.2 Perbelanjaan peruntukan ini mestilah mengikut garis


panduan/peraturan yang ditetapkan oleh Unit Kewangan,JPS.

11.3 Dimaklumkan peruntukan khas untuk kokurikulum


tahun 2005 akan diteruskan.Pihak sekolah diminta untuk
membelanjakan peruntukan ini sehingga akhir tahun.

12. Perlantikan Sebagai Pengerusi Aktiviti Peringkat Daerah.

12.1 Sila gunakan borang pelantikan/surat yang telah disediakan oleh


Pejabat Pelajaran Daerah.

12.2 Pengerusi diminta memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kecil dan


memastikan bidang tugas dilaksanakan mengikut perancangan
yang telah ditetapkan.

12.3 Jika tarikh pelaksanaan aktiviti peringkat daerah tidak begitu


sesuai,Jawatankuasa berhak membuat pindaan dan memaklumkan
kepada PPD.Sebaik mungkin,tarikh berkenaan hendaklah
bersesuaian dengan tarikh peringkat negeri.

9
13. Pertandingan / Aktiviti Peringkat Daerah.

13.1 Pihak sekolah sepatutnya telah membuat perancangan awal


dan latihan untuk menyertai pertandingan peringkat daerah.

13.2 Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti beberapa aktiviti yang


menjadi teras utama pasukan sekolah.Persiapan,latihan dan
pembentukan pasukan hendaklah dibuat perancangan
secara sistematik dan tidak secara ‘ad-hoc’.

13.3 Sekolah dikehendaki menentukan target pencapaian untuk


melahirkan pasukan yang bekualiti.

13.4 Kebajikan guru/murid yang menyertai pertandingan peringkat


daerah mestilah diambil kira/diberi keutamaan.

14. Data Kokurikulum.

14.1 Sila lengkapkan borang yang diberi dan kembalikan ke Pejabat


Pelajaran Daerah pada atau sebelum 31 Januari 2005
(U.P : Penyelia Kokurikulum)

14.2 Sekolah juga boleh menghantar data berkenaan dalam bentuk


disket mengikut format borang yang disediakan.

15. Permohonan Cuti Tanpa Rekod / Surat Pelepasan

15.1 Badan NGO memohon cuti tanpa rekod untuk guru/kakitangan


sekolah mestilah menghantar permohonan tersebut kepada
JPS(Unit Kokurikulum).
15.2 Cuti latihan pasukan sukarela.
15.3 Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan
pertubuhan/persatuan
15.4 Cuti kursus-kursus lain.
15.5 Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama.
15.6 Cuti untuk masuk peperiksaan
15.7 Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas.
15.8 Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan.
(Rujuk Perintah Am Kerajaan (Bab C) – 41-43 dan 44-47.)
15.9 Sekolah yang inginkan surat pelepasan dari PPD untuk guru- guru
bertugas dalam aktiviti kokurikulum dikehendaki mengemukakan
salinan nama guru-guru yang terlibat seminggu sebelum tarikh
aktiviti dijalankan.

10
16. Tuntutan Perjalanan/Harian/Elaun Makan Dalam Aktiviti
Kokurikulum

16.1 Guru-guru/pegawai yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum layak


membuat tuntutan perjalanan,elaun harian,elaun makan,lojing
berdasarkan kelayakan dan pekeliling sedia ada.

16.2 Semua tuntutan hendaklah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan


dihantar terus ke Jabatan Pelajaran Selangor mengikut prosedur
biasa.

17. Garis Panduan / Peraturan Dalam Aktiviti Kokurikulum

17.1 Semua sekolah diminta menyediakan garis panduan/peraturan


keselamatan secara bertulis melibatkan aktiviti-aktiviti berikut :
a. Perkhemahan.
b. Lawatan sambil belajar/pelancongan.
c. Penggunaan alatan sukan yang berisiko tinggi.
d. Aktiviti-aktiviti lasak.
e. Aktitiviti yang melibatkan air.

18. Akta Pelancongan 1957.

18.1 Pihak sekolah yang ingin membuat lawatan/melancong mesti


mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

18.2 Lima orang pelajar,satu kenderaan,satu destinasi


mestilah memenuhi keperluan Akta Pelancongan 1957.

18.3 Peraturan keselamatan dan langkah-langkah


keselamatan secara bertulis hendaklah diberi kepada
pelajar-pelajar sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.

18.4 Sebarang lawatan rasmi anjuran sekolah perlu buat


makluman rasmi kepada pihak ibu bapa/penjaga murid.

19. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa

19.1 Frasa yang menyatakan ‘pihak sekolah tidak bertanggungjawab’


tidak boleh digunakan lagi.Sila Rujuk surat pekeliling.

19.2 Aktiviti yang memerlukan tindakan segera,borang kebenaran boleh


ditandatangani oleh warden(sekolah berasrama penuh)Bagi sekolah
harian biasa,borang kebenaran yang telah ditantangani hendaklah
dibawa hari program/aktiviti dijalankan.
11
19.3 Walau bagaimanapun,borang berkenaan tidak dianggap sebagai
dokumen yang sah dari sudut undang-undang.

19.4 Sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan borang kebenaran


ibubapa/penjaga yang membenarkan anaknya menyertai aktiviti
kokurikulum dalam tempoh tahun berkenaan.

19.5 Semua pelajar mestilah menyertai Skim Insuran Takaful.

20. Tunas Kadet Remaja Sekolah / Kadet Ramaja Sekolah

20.1 Organisasi ini kepunyaan dan dilahirkan oleh Kementerian Pelajaran


Malaysia.

20.2 Setiap sekolah diminta untuk menubuhkan Pasukan Kadet


Remaja/Tunas Kadet Remaja.

20.3 Sila rujuk dengan Pengerusi Teknik KRS Daerah untuk


mengemaskini pengurusan dan pentadbiran KRS/TKRS
sekolah.

20.4 Pihak sekolah diminta untuk memastikan sistem kenaikan pangkat


pelajar sehingga ke Pegawai Waran.

20.5 Pemakaian pangkat dan gelaran dalam KRS/TKRS-sila rujuk


panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

21. Penubuhan Kelab Setia / Kelab Rukunegara.

21.1 Sekolah diminta menubuhkan Kelab Setia (Kementerian


Penerangan)/Kelab Rukunegara (Jabatan Perdana Menteri).

22.2 Sila dapatkan garis panduan penubuhan kelab ini melalui PPD.

22.3 Kelab ini bertujuan menyemai semangat cinta dan sayangkan


Negara.

22. Program Terima Kasih , Integrasi Pelajar dan


Perpaduan(RIMUP).

22.1 Pihak sekolah diminta memasukkan ketiga-tiga unsur ini


dalam semua program yang diadakan disekolah.

12
22.2 Penekanan kepada kedua-dua unsur ini amat penting dan
perlu ditegaskan dan diterjemahkan untuk meningkatkan
sahsiah pelajar.

23. Program Pra Khidmat Negara – peranan pihak sekolah

23.1 Program ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit Kokurikulum setiap


sekolah.Setiap sekolah wajib melaksanakan progran ini.
23.2 Kumpulan Sasaran ialah pelajar tingkatan 4 yang tidak aktif
dalam aktiviti kokurikulum .
24.3 Pihak sekolah hendaklah mengesahkan penyertaan pelajar dalam
program Pra Khidmat Negara dalam Sijil Berhenti Sekolah.

25. Pusat Kokurikulum Negeri (PKN)

25.1 Penggunaan Pusat Kokurikulum Negeri – berhubung terus dengan


PKN (salinan kepada PPD) dan membuat tempahan awal
serta bergantung kepada kekosongan.

25.2 Semua aktiviti yang dijalankan di PKN perlu menitikberatkan aspek


keselamatan.

25.3 Penggunaan tapak dan khemah adalah percuma.Walau


bagaimanapun,sumbangan sebanyak RM 5 setiap peserta akan
dikenakan.

25.4 Maklumat PKN /permohonan:


Penolong Pengarah : En.Ibrahim b. Saad.(019-3022450)
Pusat Kokurikulum N.Selangor
Kem Tekali,Hulu Langat.

26. Penghargaan dan Pengiktirafan Guru/Personel kokurikulum

26.1 Penghargaan adalah wajib diberikan kepada guru dan pelajar yang
telah memberi sumbangan dalam aktiviti kokurikulum.

26.2 GPK Kokurikulum dikehendaki memberi sumbangan kepada guru


dan personel yang terlibat secara aktif dalam meningkatkan kualiti
pendiddikan.

27. Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah

27.1 Hari Kokurikulum boleh dijadikan acara tahunan sekolah.

13
27.2 Setiap sekolah perlu menetapkan hari di mana pelajar perlu
memakai pakaian badan beruniform yang disertai.

27.3 Pihak sekolah boleh menggunakan sedikit peruntukkan


Kokurikulum/Motivasi untuk tujuan ini.

28. Majlis Pemuafakatan PK Kokurikulum

28.1 GPK Kokurikulum digalakkan menubuhkan majlis pemuafakatan ini.

29. Pelantikan Pengerusi Pengelola Pertandingan Kokurikulum

29.1 PPD akan mengeluarkan surat pelantikan rasmi kepada pihak


sekolah yang akan menjadi pengelola aktiviti kokurikulum

anjuran PPD.

30. Pelantikan Pegawai Teknik Kokurikulum Daerah

30.1 Mulai tahun 2005,PPD akan cuba melantik pegawai teknik bagi
setiap aktiviti kokurikulum terutamanya badan berunifom.

31. Pengelolaan Aktiviti Peringkat Daerah Dan Negeri

31.1 Semua sekolah yang dilantik menjadi Pengerusi Pengelola


dikehendaki menubuhkan jawatankuasa dan merujuk kepada garis
panduan yang disediakan.

14

Anda mungkin juga menyukai