Anda di halaman 1dari 8

 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

Cadangan intervensi masalah disiplin murid

BAB 6: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK


DARJAH
KONSEP PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
  sebarang bentuk mendisiplinakan murid mestilah ke arah
mendatangkan matlamat kepada murid
  kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam bilik darjah secara
dasarnya boleh ditangani melalui teguran nonverbal, mengalihkan tingkah
laku atau menukarkan rentak p&p
kitaran pengurusan disiplin
  merancang
  menyediakan pelan pengurusan, strukur organisasi dan pendekatan
yang akan digunakan
  melaksanakan dan mengurus
  mengawasi dan membuat refleksi
PERANAN DAN TINDAKAN GURU SEMASA MENGURUS MASALAH DISIPLIN BILIK
DARJAH
  guru berperana sebagai pembimbing
  apabila guru tidak dapat menangani atau menyelesaikan masalah
tersebut boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau jawatankuasa
disiplin sekolah
  cadangan untuk menangani disiplin:-

 
o
tidak panik dan jangan bertindak melulu
o   elakkan daripada mencabar murid
o  semak semula cara pengajaran
o  jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawalan sendirian
o  berbincang dengan guru lain yang lebih mahir
o  ikuti budaya disiplin sekolah
HALANGAN KEPADA PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
1.  hubungan ibu bapa
2.  pengaruh rakan sebaya
3.  keadaan persekitaran bilik darjah
4.  masalah perkembangan murid
5.  salah laku yang tidak dijangka
INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN
1.  PASTORAL CARE
2.  BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3.  TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU
pastoral care
  merupakan satu bentuk bimbingan yang diberikan oleh guru untuk

menjaga kebajikan murid-muridnya.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 1/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

  bentuk bimbingan ini meliputi bidang dan isu yang luas seperti
kesihatan, sosial, pendidikan agama dan moral, pengurusan tingkah laku dan
sokongan emosi murid.
bimbingan dan kaunseling
  bimbingan merupakan suatu proses yang dirancang oleh guru-guru
untuk membantu murid-muridnya mengetahui dan menyedari tentang
kebolehan dan kelemahan diri serta membantu murid membuat penyesuaian
dengan persekitaran.
  kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu
murid memahami dirinya yang sebenar
  matalamat bimbingan dan kaunseling:-
o  mengenal potensi murid
o  membina kemahiran pengurusan diri
o  kemahiran penyelesaian masalah

 
o
pengurusan tingkah laku
o   memajukan diri murid
o  penilaian kendiri
  prinsip bimbingan dan kaunseling:-
o  untuk semua murid
o  murid perlu sukarela untuk dibimbing
o  murid bertanggungjawab terhadap perkembangan masing-
masing
o  bimbingan adalah proses pencegahan

 
o
penggunaan kemahiran asas bimbingan
o   bantuan menyeluruh
o   bersikap terbuka
   etika bimbingan
o   menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi
o   kerahsiaan murid
o   bertanggungjawab
   kemahiran bimbingan
o   memberikan perhatian
o  kemahiran mendengar dengan aktif
o  kemahiran berempati
teknik modifikasi tingkah laku
  menggunakan prinsip peneguhan
o  tingkah laku dipengaruhi oleh akibat
o  tingkah laku boleh dibentuk, dikekalkan, diteguhkan atau
dilemahkan
o  bertindak berdasarkan kepada tingkah laku yang diberi
ganjaran akan diulang manakala yang tidak diberi ganjaran dilupus

 
o
peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada
dendaan

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 2/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

   sistem modifikasi tingkah laku yang berstruktur


o   sistem kontrak tingkah laku
o   sistem token
   pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid

 
o
tetapkan tingkah laku murid
o   beri kesedaran kepada murid
o   matla

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 3/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

Cadangan intervesi

>INTERVENSI DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN


PELAJAR:

INTERVENSI DALAM MENANGANI


MODEL PENDEKATAN MASALAH DISIPLIN PELAJAR:
KAUNSELING

Ab. Aziz Mohd Yatim


Md. Noor Saper
Nor Junainah Mohd Isa

Jabatan Bimbingan dan Kaunseling


Universiti Pendidikan Sultan Idris

Gejala disiplin di sekolah merupakan isu antarabangsa yang masih menjadi perbahasan
semua peringkat sama ada ahli politik, ahli akademik mahupun masyarakat biasa. Isu pelajar
sekolah membuli, merokok, bergaduh, memukul guru, dan yang paling mengejutkan, iaitu
membunuh rakan sebaya menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat
memandangkan gejala ini semakin hari menjadi semakin serius. Pelbagai pendekatan
digunakan oleh pihak sekolah termasuk melaksanakan konsep dendaan, sistem hukuman
dan bimbingan, namun masalah ini masih tidak berjaya dibendung. Berdasarkan pengalaman
praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, terdapat beberapa alternatif yang
boleh dilakukan oleh guru-guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin
seperti penerapan konsep „agape love”, kursus “Fajar”, kursus “Galus”, dan mewujudkan
“networking”. Intervensi ini yang berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat
mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah. Penulis berharap agar kertas kerja ini
dapat dijadikan sebagai salah satu sandaran ke arah penambahbaikan sistem yang sedia
ada di sekolah bagi menangani masalah disiplin.

1. Pendahuluan
Hasrat kerajaan untuk mewujudkan “sekolah tiada kecacatan”, iaitu sekolah yang tidak
mengalami masalah dari segi pencapaian akademik, persekitaran sekolah, mahupun disiplin
pelajar telah lama diwar-warkan (Mohd Saleh, 1998). Usaha ke arah memupuk dan
meningkatkan disiplin sekolah ini bertujuan untuk menjamin keselesaan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah (Azizah, 2002). Ini kerana selain menjadi unsur penting dalam
proses sosialisasi dan pembentukan peribadi pelajar, disiplin sekolah juga merupakan sistem
kawalan yang membolehkan pengajaran berlaku dengan berkesan (Docking dalam Azizah,
2002).
Sekolah yang mempunyai disiplin guru, kakitangan dan pelajar yang tinggi secara tidak
langsung dapat mewujudkan persekitaran yang aman dan selamat untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Suradi (1996), ketiadaan disiplin adalah satu penyakit dalam
sistem pendidikan yang boleh menyebabkan proses pendidikan para pelajar menjadi tidak
lengkap, dan seterusnya menimbulkan masalah disiplin di kalangan mereka.

2. Pelajar dan Masalah Disiplin


Merujuk pada Buku Rekod Salah Laku Masalah Disiplin yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia pada tahun 1990, terdapat beberapa kategori salah laku disiplin, iaitu
tingkahlaku jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak mementingkan masa, kurang sopan dan
biadab, laku musnah, tidak jujur, dan ponteng. Kesalahan yang dianggap berat pula
termasuklah merosak harta benda sekolah, bergaduh atau bertumbuk di sekolah, memukul
atau mengancam pelajar atau guru, dan memeras ugut.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati para pelajar terlibat dengan masalah disiplin
disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap guru yang kurang prihatin terhadap
pelajar, kurang mesra dan menakutkan pelajar (Azizah, 2002), pergaulan dan pengaruh
rakan sebaya yang bersifat negatif, kesan media elektronik, pengaruh budaya asing, dan

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 4/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

kegagalan didikan ibu bapa (Asmah dan Zulekha, 2004). Selain itu, kadangkala guru-guru
telah mendidik para pelajar dengan nilai yang baik tetapi nilai yang diperolehi dari dunia luar
membatalkan usaha baik guru-guru di sekolah (Iloyd dan Asmah, 1987).
Bagi ahli-ahli psikologi pula, tingkahlaku bermasalah di kalangan pelajar yang merupakan
golongan remaja dikaitkan dengan perkembangan tahap remaja yang dilalui oleh mereka.
Pada tahap remaja, individu mudah mengalami konflik pemikiran dan gangguan moraliti.
Remaja mengalami krisis identiti (Allen, 2000), iaitu dari segi mencari identiti yang sesuai
dengan mengambil kira aspek tingkah laku, sikap dan kepercayaan (Tucker, 1990). Apabila
remaja gagal menyelesaikan krisis, mereka akan mempamerkan tingkah laku bilazim dan
nakal (Erikson, 1968).
Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 April 2006 mendedahkan kenyataan yang dibuat
oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkaitan masalah disiplin di kalangan
pelajar. Menurut beliau, pada tahun 1995 kira-kira 1.74% daripada 5.5 juta pelajar di Malaysia
terlibat dengan kes disiplin. Walaupun statistik menunjukkan penurunan berbanding tahun
sebelumnya tetapi beliau berpendapat masalah ini tidak boleh dipandang ringan.
Pada tahun 2006, negara sekali lagi digemparkan dengan beberapa kes salah laku disiplin.
Antaranya ialah:
1. Mac 2006 – kes seorang pelajar perempuan menyerang dua orang gurunya di sebuah
sekolah menengah (Utusan Malaysia, 3/3/06).
2. April 2006 – seorang pelajar darjah 5 berada dalam keadaan kritikal dengan kedua-dua
buah pinggangnya rosak dipercayai selepas dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah
(Utusan Malaysia, 7/4/06).
3. Mei 2006 – 10 orang pelajar sekolah menengah melakukan perbuatan khianat dengan
membakar buku, menconteng dan merosakkan kemudahan sekolah berpunca daripada
perasaan tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka (Utusan
Malaysia, 19/5/06).
4. Jun 2006 – kes seorang pelajar tingkatan 1 dibelasah oleh 12 orang pelajar tingkatan 1
dan tingkatan 2 kerana enggan menyertai kumpulan samseng (Utusan Malaysia, 27/6/06).
Kes-kes yang dipaparkan di atas sudah cukup untuk memberi gambaran bahawa
persekitaran sekolah tidak lagi selamat sehingga memaksa pihak polis untuk campur tangan.
Malah, pihak Kementerian Pelajaran terpaksa menggunakan alternatif dengan memasang
kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah bagi menangani masalah disiplin termasuk buli dan
gangsterisme (Utusan Malaysia, 1/5/06).
Situasi ini menunjukkan bahawa hukuman yang selalunya dikenakan terhadap kesalahan
disiplin yang berat seperti rotan, gantung sekolah, dan dibuang sekolah sudah tidak praktikal
lagi untuk dilaksanakan pada masa sekarang. Para pelajar bukan sahaja tidak mengambil
pengajaran apabila melihat rakan-rakan mereka dihukum, malah tidak merasa insaf apabila
diri mereka sendiri menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Rentetan itu, pelbagai persoalan timbul. Adakah bentuk hukuman yang sedia ada masih
belum mencukupi untuk membuatkan mereka patuh kepada undang-undang sekolah?
 Adakah mereka perlu dihukum dengan lebih “berat”? Adakah hukuman berbentuk “kekerasan”
ini yang membuatkan para pelajar terus memberontak dan menjadi seorang yang delinkuen,
atau adakah keadaan ini perlu diselami semula untuk mengetahui di mana pucuk pangkalnya
permasalahan disiplin berlaku?

3. Pendekatan Kaunseling Dalam Mengangani Isu Disiplin


Kaunseling adalah “satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai
dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperoleh kestabilan intelek dan emosi yang
dengannya dia boleh menyelesaikan msalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan
memperoleh kepuasan kendiri yang lebih tinggi” (Suradi, 1996: 249). Melalui pendekatan
kaunseling yang antaranya bersifat menerima klien tanpa syarat, berempati, tulen, dan
berkeinginan untuk menolong, para pelajar dapat dibantu untuk memupuk tingkahlaku yang
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Kesedaran untuk melahirkan para pelajar yang berdisiplin merupakan antara matlamat
Kementerian Pelajaran seperti mana tertera dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Dasar Pelajaran Malaysia (1979), iaitu penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh
dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Usaha ini dilakukan salah satunya dengan cara
meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Di Malaysia, objektif am perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antara lainnya
bertujuan untuk 1) memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 5/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang
selaras dengan kemampuan dan potensi, 2) memberi khidmat pencegahan iaitu
menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak
berdisiplin, penggunaan dadah, merokok, laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan
haram dan tingkah laku anti sosial yang lain, dan 3) memberi khidmat bersifat pemulihan
(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,
pelajaran, kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah
mereka (Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, 2000).
Pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini menunjukkan bahawa
kerajaan berusaha untuk menangani masalah disiplin dengan cara mendidik. Prinsip disiplin
mendidik ini yang menekankan aspek pemerhatian dengan kasih sayang, prihatin, dan ingin
membantu ditimbulkan kembali oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
baru-baru ini memandangkan gejala disiplin masih tidak dapat dibendung. Selain itu, kerajaan
 juga menganjurkan kursus jati diri bagi pelajar bermasalah supaya akhlak pelajar tersebut
dapat dibina semula (Utusan Malaysia, 23/4/06).
Persoalannya, apa yang menyebabkan salah laku pelajar masih tidak dapat ditangani
sedangkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang bercirikan kasih-sayang telah
dilaksanakan sejak lebih 30 tahun yang lalu? Apa yang menyebabkan isu mendisiplin pelajar
dengan cara mendidik disuarakan semula, walhal isu ini telah lama diutarakan? Adakah
terdapat perbezaan antara prinsip disiplin mendidik pada 30 tahun dahulu dengan prinsip
disiplin mendidik yang dikemukakan sekarang?
Persoalan-persoalan di atas mungkin boleh terjawab dengan dapatan kajian yang salah
satunya dikemukakan oleh Suradi (1992). Beliau yang mengkaji tentang masalah
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah mendapati para
pelajar menganggap perkhidmatan ini tidak berfaedah. Guru bimbingan dan kaunseling pula
mengalami masalah tidak cukup masa, masalah kemahiran, masalah kerjasama, masalah
sambutan pelajar, masalah kemudahan, masalah kewangan dan sebagainya. Mereka juga
mempunyai beban tugas yang banyak, tidak tahu mengendalikan perkhidmatan, ketiadaan
bahan atau maklumat untuk mengendalikan perkhidmatan, dan kurang mendapat kerjasama
daripada pentadbir, guru-guru dan ibu bapa.
Ini menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian
perlu ada bagi seseorang guru terutamanya guru bimbingan dan kaunseling untuk
mengimplementasi pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah.
Justeru, Penulis ingin mengemukakan beberapa alternatif yang boleh dilakukan oleh guru-
guru terutamanya kaunselor dalam menguruskan isu disiplin seperti penerapan konsep
„agape love”, kursus “Fajar”, kursus “Galus”, dan mewujudkan “networking”. Berdasarkan
pengalaman praktikal Penulis sebagai pengamal kaunseling di sekolah, intervensi ini yang
berasaskan pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di
sekolah.

4. Intervensi Dalam Menangani Masalah Disiplin


Secara umumnya, pendekatan yang digunakan ialah kasih-sayang. Pendekatan ini
diterapkan dalam diri guru-guru dan para pelajar melalui program-program secara
berkumpulan atau kelompok yang menekankan soal perkembangan, pembinaan dan
pencegahan. Ini bertujuan untuk membina hubungan yang unik antara guru dengan pelajar,
dan antara pelajar dengan rakan pelajar yang lain.
Hubungan baik antara pelajar dengan rakan sebaya ditekankan kerana Penulis bersetuju
dengan pendapat ahli psikologi seperti Powell (1963) yang beranggapan bahawa tingkah laku
remaja dianggap hasil daripada hubungan dengan orang lain berdasarkan desakan budaya,
sosial, biologikal dan fizikal. Penulis percaya melalui pertautan (attachment) yang wujud di
kalangan pelajar dengan pelajar, dan pelajar dengan guru, sedikit sebanyak mempengaruhi
tingkahlaku yang dibentuk dalam kumpulan pelajar tersebut.
Berikut merupakan beberapa program yang dijalankan di sekolah dan memperlihatkan hasil
yang positif di mana masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan:
1. Penerapan Agape Love
Setiap tahun, satu kursus yang paling penting dilaksanakan di sekolah ialah Kursus
Kepimpinan. Kursus ini dianggotai oleh pengawas, pembimbing rakan sebaya dan majlis
pelajar. Di dalam kursus ini, pemimpin-pemimpin pelajar akan diterapkan dengan konsep
“Agape Love”, iaitu satu konsep kasih sayang yang jarang diketahui umum. Ia merupakan
satu penerapan nilai kasih sayang tanpa syarat. Pelajar diterapkan dengan nilai menyayangi

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 6/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, caragaya hidup yang
berbeza dan sebagainya. Melalui penerapan konsep ini, isu pelajar di‟ragging‟ tidak lagi
timbul kerana pelajar yang telah diberi kursus memahami tentang perbezaan manusia.
Pelajar ditekankan tentang uniknya manusia dan mereka haruslah memberi kasih sayang
tanpa syarat supaya kehidupan mereka di asrama dan di sekolah lebih bermakna. Pelajar
dapat merasakan keseronokan hidup bersama setelah mereka mengamalkan konsep `agape
love‟ ini. Konsep `agape love‟ ini diambil daripada kehidup an yang diamalkan pada zaman
Red-Indian semasa dalam pemerintahan ketua mereka yang hebat iaitu White Eagle.
Daripada penceritaan kisah White Eagle ini memberi impak yang besar di kalangan pelajar
agar mencontohi budaya hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh masyarakat Red Indian
ketika itu. Sesi dua jam sudah mencukupi bagi pelajar mendapat iktibar agar mereka juga
perlu mengamalkan konsep kehidupan masyarakat yang sebegitu. Kita akan merasai
kehidupan yang berkasih sayang antara abang dan adik, pelajar serta guru, pekerja dan juga
kehidupan bermasyarakat di sekolah dan di asrama akan menjadi lebih harmoni.

2. Mewujudkan kumpulan „trainers‟ 


Kumpulan pemimpin yang diterap dengan konsep Agape Love kemudiannya dilatih untuk
menjadi fasilitator. Mereka didedahkan dengan cara-cara untuk menjalankan sesebuah
program seperti program motivasi, program kemahiran belajar, dan program kerjaya.
Kumpulan trainers ini bertindak membimbing pelajar-pelajar lain dengan kemahiran yang
mereka miliki. Secara tidak langsung, pihak sekolah berjaya menerapkan nilai kasih-
mengasihi, hormat-menghormati, cintakan ilmu dan bekerjasama di kalangan para pelajar
tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi sosial. Ini juga dapat mengelakkan
perasaan iri hati dan benci-membenci di kalangan para pelajar. Kumpulan Trainers ini yang
pada dasarnya adalah terdiri daripada Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya, Biro Asrama,
Majlis Perwakilan Pelajar dan sebilangan pelajar yang berisiko tinggi yang dikenalpasti dapat
membantu mewujudkan keadaan harmoni di sekolah. Apabila pelajar tingkatan empat
mendaftarkan diri, kumpulan inilah yang akan menjalankan program untuk mereka. Mereka
akan menjadi abang dan kakak angkat kepada pelajar baru ini. Mereka diajar dengan
pelbagai kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, asas-asas fasilitator yang berkesana,
kemahiran belajar, kemahiran asas kaunseling dan seumpamanya. Layanan yang diberikan
oleh mereka membuatkan pelajar tingkatan empat merasai diri mereka dibela. Hubungan
mereka menjadi rapat dan seterusnya mewujudkan intimasi yang tinggi di kalangan mereka.
Kumpulan trainers ini akan mempastikan kes-kes pelacoan tidak berlaku. Mereka juga
selepas itu akan mengajar adik-adik mereka bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Ini
bermakna hubungan mereka adalah dipantau sepanjang tahun hinggalah pelajar tingkatan
lima keluar dari sekolah tersebut.

3. Kursus FAJAR
FAJAR adalah membawa konotasi bahawa seseorang yang hendak berjaya hendaklah
memulakan kerjanya awal pagi. Kursus ini dilaksanakan untuk para pelajar berisiko tinggi.
Selalunya, kami mengumpulkan seramai 40 orang pelajar yang sering melakukan kesalahan
disiplin. Mereka yang kami istilahkan sebagai high risked undercover (HRU) akan diberi
layanan yang istimewa dari kami iaitu kaunselor dan guru disiplin. Melalui program ini,
mereka akan menjadi lebih rapat dengan kaunselor, guru disiplin dan pihak sekolah. Malah,
akhirnya mereka akan sedar kesilapan yang telah dilakukan dan cuba untuk membantu pihak
sekolah dalam mengurangkan permasalahan disiplin. Mereka juga menjadi orang tengah di
antara rakan-rakan pelajar yang bermasalah dengan pihak sekolah. Tidak boleh dinafikan
bahawa pelajar ini mempunyai karisma yang tersendiri dan amat berpengaruh. Oleh itu,
sekiranya mereka didekati oleh pihak kaunselor dan guru disiplin dan diberikan tugasan yang
mereka sukai, maka mereka tidak akan membuat kacau dan masalah di sekolah. Apa yang
penting kita membuatkan mereka terasa dihargai dan sentiasa memberi mereka
penghargaan tentang apa yang mereka lakukan. Jelas daripada apa yang dilihat mereka
nampak memberi kesan yang tinggi kepada penurunan kes permasalahan disiplin di sekolah.

4. Kursus GALUS
Kursus ini merupakan kursus yang dilaksanakan untuk pelajar yang lemah dalam
peperiksaan. GALUS merupakan singkatan daripada Gagal Lulus, atau lebih tepat lagi pelajar
yang berada dalam golongan antara gagal dan lulus. Di dalam program ini, pelajar yang

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 7/8


 

5/20/2018 Ca da nga n Inte r ve nsi Ma sa la h Disiplin Mur id - slide pdf.c om

lemah dalam akademik akan diberi tumpuan dan layanan yang sepatutnya. Kami melakukan
kursus dari kemahiran belajar hinggalah ke motivasi serta mewujudkan rangkaian
pembelajaran mengikut kaedah sinergi iaitu berpasukan. Bagi kami semakin banyak mereka
diberi perhatian maka semakin bersemangat mereka untuk berjaya. Hasilnya, didapati
pencapaian sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin meningkat.
Malah, jumlah pelajar yang mendapat Sijil Am Pelajaran (SAP) dalam peperiksaan SPM
semakin berkurangan.
5. Kursus motivasi
Bagi para pelajar yang tidak dipantau, kursus motivasi dijalankan untuk mereka di peringkat
sekolah. Pesertanya adalah terdiri daripada para pelajar yang tidak terlibat dengan apa-apa
kursus sebelum ini. Melalui kursus motivasi yang dijalankan, mereka akan diberi pengisian
kemahiran belajar, komunikasi berkesan, motivasi dan penerapan konsep agape love.
Dengan ini kesemua pelajar akan mendapat pengisian yang sama untuk menjadikan mereka
mengamalkan satu budaya yang sama atau shared value yang setara. Ini memudahkan pihak
sekolah terutamanya kaunselor pelajar dan guru disiplin untuk mencorakkan pelajar. Mereka
mempunyai matalamat yang sama dan mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang
mereka patut lakukan kepada pihak sekolah. Mereka juga sedar sekiranya masalah yang
mereka lakukan maka akan melambatkan proses untuk mereka berjaya kerana banyak masa
diambil bagi menangani sesuatu permasalahan yang dilakukan oleh mereka sendiri.
6. Mewujudkan „networking‟ di sekolah  
Selain daripada menjadikan pelajar sebagai penghubung antara guru-guru dan pelajar-pelajar
yang lain, kami juga menyediakan tong aduan kilat di tempat-tempat yang mudah untuk
pelajar memasukkan aduan mereka seperti di kantin, di pusat sumber dan di bilik kaunseling
sendiri. E-mail aduan juga diwujudkan, iaitu azizmysmtk@hotmail.com sebagai alternatif
untuk para pelajar meluahkan permasalahan mereka. Portal dalam internet turut ditubuhkan,
iaitu http://www.techboard.cjb.net/  bertujuan untuk membolehkan para pelajar berinteraksi
dan berbalas informasi antara satu sama lain. Melalui cara ini, kaunselor dapat mengetahui
cara pelajar berpolitik di dalam asrama dan sekolah. Kaunselor pelajar juga dapat
mengetahui isu-isu sulit pelajar melalui portal ini dengan membuat penyamaran. Isu yang
dibuat oleh kaunselor sebenarnya tidak langsung dapat dihidu oleh pelajar kerana kaunselor
menggunakan nama samaran yang mereka anggapkan pelajar. Kaunselor dapat mengetahui
isu-isu seperti pelacoan, pergaduhan, pelajar lelaki memasuki asrama pelajar puteri, keluar
malam dan sebagainya. Dengan adanya networking yang melibatkan trainers, pelajar
merasakan bahawa mereka tidak boleh melakukan permasalahan disiplin kerana tindakan
mereka pasti akan dapat dihidu oleh pihak kami.

5. Cadangan dan Kesimpulan


Kursus-kursus seperti Kursus kaunseling bagi pelajar asrama, kursus Trainers, kursus Fajar
bagi pelajar berisiko tinggi, kursus motivasi pada semua pelajar, program minggu silaturrahim,
kursus fasilitator adalah antara kursus yang amat penting bagi pelajar mengikutinya. Bagi
kaunselor pelajar sekiranya boleh mereka sendiri yang menjalankan kursus tersebut di
sekolah. Ini amat penting kerana selepas itu merekalah yang akan memantau selepas setiap
program dijalankan. Sekiranya kursus dijalankan oleh pihak luar, ia akan menjadi kurang
berkesan kerana masalah pemantauan. Pelajar pula merasakan diri mereka tidak komited
dengan program yang telah mereka lalui dengan orang luar itu.
Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana yang harmoni di asrama dan di sekolah serta
untuk menjaminkan pelajar berasa seronok belajar di sekolah berkenaan, pihak kaunselor
pelajar dan guru disiplin haruslah bekerjasama dan sama-sama memikirkan kaedah yang
paling sesuai untuk dilaksanakan di sekolah. Sebenarnya terlalu banyak perkara yang mesti
dilakukan oleh kedua-dua personel yang penting di sesebuah sekolah itu. Ini memberi
implikasi bahawa mereka perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran terutamanya
kemahiran dalam mengendalikan program supaya ianya sesuai dan dapat memikat hati
pelajar bagi mengikuti program tersebut.
pelajar.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/c a da nga n-inte r ve nsi-ma sa la h-disiplin-mur id 8/8

Anda mungkin juga menyukai