Anda di halaman 1dari 12

PENGGUNAAN KAEDAH PADA HURUF MAD ASLI

DALAM SURAH HAFAZAN AL-QURAN MENGIKUT KURIKULUM TAHUN LIMA


Oleh :
NUR FARAH AIN BINTI CHE HASSAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PENDAHULUAN
Umat Islam dituntut untuk mempelajari Al-Quran dan memahami isi kandungannya. Dalam
membaca Al-Quran, ilmu tajwid adalah satu ilmu yang penting dalam memperelokkan
bacaan Al-Quran. Bacaan Al-Quran mempunyai peraturan dan kaedah yang mesti diikuti
dengan betul dan tepat. Arahan membaca Al-Quran dengan tepat ini adalah daripada Allah
Subhanahu Wa Taala melalui firmanNya dalam surah Al-Muzammil ayat 4 :

4. ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
Terdapat pelbagai cara yang digunakan dalam mempelajari dan mendalami ilmu AlQuran. Salah satu kaedah dan cara yang diamalkan untuk mempelajari Al-Quran ialah
dengan kaedah hafazan. Kaedah hafazan ini memerlukan kepada pengamalnya mengingat
semua fakta dan isi pelajaran dan lebih khusus lagi ayat-ayat al-Quran yang dipelajari.
Kaedah ini diaplikasikan dan diguna pakai oleh semua penghafaz Al-quran dan institut
pengajian Al-Quran seluruh dunia. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) hafalan merupakan
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan ingatan secara
langsung. Kaedah ini dianggap penting untuk menguat dan mengembangkan ingatan.
Melalui kaedah ini, apa yang dipelajari dapat dikeluarkan semula dengan lengkap. Kaedah
ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingatkan apa yang telah dipelajari
melalui lisan dan bertulis.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang dua belas minggu pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Model Enam Bulan Khatam Al-Quran bagi murid tahun 5, pengkaji mendapati bahawa muridmurid kerap melakukan kesilapan semasa menyebut kalimah yang mengandungi hukum
Mad Asli. Murid tidak mengaplikasikan bacaan yang tepat iaitu bacaan panjang dua harakat.
Ada di antara murid-murid ini membaca dengan bacaan yang pendek dan ada pula yang
membaca dengan bacaan panjang yang melebihi dua harakat. Murid murid juga kerap
melakukan kesilapan bacaan (hukum tajwid) yang sama. Mereka tidak mengambil berat atas
bacaan yang diperbetulkan oleh guru. Malah, semakin merosot apabila mereka dapat
menyatakan panjang bacaan hukum Mad Asli secara teori sahaja, akan tetapi gagal
mengaplikasikan di dalam bacaan Al-Quran. Terdapat beberapa orang murid tidak
memberikan perhatian pada potongan ayat yang diperdengarkan oleh guru. Mereka hanya
sekadar mengulang semula bacaan guru tanpa mengambil berat terhadap sebutan huruf
dah hukum tajwid serta tidak mempedulikan di mana kedudukan ayat yang dibaca.
Hasil perbincangan tersebut, pengkaji telah mencuba pendekatan baharu dalam
memperbaiki amalan pedagogi pengkaji ini pada minggu pertama Internship. Pengkaji telah
meminta murid-murid untuk menggunakan naskah Al-Quran yang telah disediakan oleh
pihak sekolah. Semasa proses PdP Al-Quran menggunakan naskah Al-Quran yang hukum
tajwid tidak diwarnakan, pengkaji dapati tiada perubahan terhadap sikap dan tingkah laku

murid. Bacaan hukum Mad Asli mereka masih silap. Namun, apabila mereka menggunakan
naskah Al-Quran yang hukum tajwidnya telah diwarnakan, pengkaji dapati murid-murid
dapat membaca dengan tepat tanpa pengkaji perlu memperdengarkan bacaan terlebih
dahulu. Melalui kajian tindakan, guru tidak akan mudah berpuas hati dengan apa yang
mrereka lakukan (Chow, 2011).
Melalui peristiwa tersebutlah pengkaji bertekad untuk membuat kajian lanjutan
mengenai penggunaan kaedah pada hukum tajwid terhadap mutu bacaan
murid. Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011) menerangkan bahawa kajian tindakan
merupakan kajian sistematik terhadap usaha untuk menambahbaik amalan pendidikan oleh
sekumpulan pendidik melalui tindakan praktik serta refleksi terhadap kesan amalan mereka.
Bagi memastikan keberkesanan kajian, pengkaji hanya menumpukan kepada hukum bacaan
Mad Asli ketika menghafaz surah-surah Hafazan mengikut kurikulum buku teks tahun lima
memandangkan ianya merupakan rujukan rasmi murid-murid semasa menjalani sesi PdP.

2.0

FOKUS KAJIAN

Kajian ini berfokus terhadap usaha meningkatkan mutu hafazan murid-murid tahun 5
dalam hukum tajwid Mad Asli dengan menggunakan persembahan multimedia. Huruf-huruf
Mad Asli dalam surah-surah ini akan diwarnakan dengan warna merah bagi memudahkan
murid mengingati serta mengaplikasikan bacaan secara bertajwid. Pemilihan fokus ini dibuat
berdasarkan kepada hasil tinjauan awal yang diperolehi lembaran kerja yang telah diberikan.
Berdasarkan hasil tinjauan awal, masalah murid-murid tahun 5 ini adalah tidak dapat
mengenal pasti apakah huruf-huruf Mad asli dan kadar panjang bacaannya. Mereka juga
gagal mengenal pasti hukum ini dalam surah-surah hafazan menyebabkan hafazan mereka
tidak dihafaz secara bertajwid. Pemerhatian penyelidik dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) pertama bertarikh 14 Februari jelas menunjukkan murid belum dapat
menguasai hukum bacaan dua harakat Mad Asli dengan baik. Masalah ini dilihat melalui
bacaan secara kelas dan individu.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :
Membantu memperbaiki mutu hafazan Al-Quran melalui penggunaan kaedah
pada hukum tajwid Mad Asli.
Objektif Khusus :
1. Mengenal pasti tahap penguasaan bacaan murid dalam menghafaz surah yang
mengandungi hukum Mad Asli dengan tepat melalui penggunaan kaedah
pada huruf-huruf Mad.
2. Mengkaji minat murid apabila menghafaz surah yang mengandungi hukum Mad Asli
melalui penggunaan kaedah pada huruf-huruf Mad.
3. Menerangkan persepsi murid terhadap pengaplikasian ilmu tajwid Mad Asli semasa
menghafaz Al-Quran berdasarkan pengajaran melalui penggunaan kaedah
.
Persoalan Kajian
1. Adakah penggunaan kaedah pada huruf-huruf Mad Asli dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam menghafaz surah yang mengandungi hukum
Mad Asli dengan bacaan yang tepat?

2. Apakah penggunaan kaedah pada huruf-huruf Mad Asli dapat


meningkatkan minat murid dalam menghafaz surah yang mengandungi hukum Mad
Asli dengan bacaan yang tepat?
3. Sejauh manakah penggunaan kaedah pada huruf-huruf Mad Asli dapat
mengubah persepsi murid bahawa ilmu hukum tajwid adalah sukar untuk
diaplikasikan semasa menghafaz Al-Quran kepada sesi menghafaz Al-Quran yang
lebih menarik dan mudah untuk dipelajari?

4.0

CARA PENGUMPULAN DATA

Proses pengumpulan maklumat dan data-data kajian dijalankan melalui beberapa kaedah
yang dikenal pasti dapat membantu iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Awal serta Akhir,
Pemerhatian dan Temu Bual. Kaedah-kaedah ini bertujuan mengkaji dan mengumpul data
mengenai peningkatan murid dalam menghafaz sebelum dan selepas kaedah
digunakan.
4.1

Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Awal serta Akhir

Dalam mengumpul data berkaitan, keputusan dari semua ujian yang dijalankan dari
semasa ke semasa sepanjang proses kajian dijalankan amat diutamakan. Ujian ini bertujuan
untuk mentukan ketepatan data-data yang diperoleh dari semua peserta kajian. Antara ujian
yang telah dijalankan ke atas murid ialah Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Hafazan Awal dan
Akhir bagi ketiga-tiga surah, surah Al-Bayyinah, surah Al-Qadr dan surah Al-Alaq.
Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Hafazan Awal ini dijalankan adalah untuk mengenal
pasti kelemahan sebelum melaksanakan strategi manakala Ujian Bertulis dan Lisan Hafazan
Akhir dijalankan bagi melihat perubahan dan peningkatan mutu hafazan Al-Quran murid
selepas kaedah diperkenalkan. Ujian bertulis ini bertujuan untuk mengetahui
tahap pemahaman murid terhadap hukum tajwid Mad Asli sebelum kaedah
digunakan. Manakala, bagi ujian lisan hafazan ini digunakan untuk mengetahui tahap
penguasaan dan pengaplikasian hukum tajwid Mad Asli ketika murid menghafaz ketiga-tiga
surah tersebut. Kedua-dua ujian ini dijalankan sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas
tindakan dijalankan ke atas murid. Ujian ini bertujuan menjelaskan penguasaan murid
setelah kaedah baru digunakan.
Bagi ujian lisan, satu senarai semak kalimah-kalimah yang mengandungi hukum Mad
Asli disediakan bagi menyemak mutu hafazan murid pada kalimah-kalimah tersebut. Pada
setiap peringkat, peserta kajian akan memperdengarkan hafazan surah Al-Bayyinah, Al-Qadr
dan Al-Alaq kepada pengkaji. Pengkaji akan mendengar hafazan surah peserta kajian dan
seterusnya menyemak senarai kalimah yang mengandungi hukum Mad Asli yang terdapat
pada surah tersebut. Setiap kali peserta kajian dapat menghafaz dengan tepat dan
mengikut hukum tajwid Mad asli yang betul, pengkaji akan menandakan ( / ) dan ( x )
sekiranya hukum tajwidnya tidak dijaga dengan elok.
4.2

Pemerhatian

Antara kaedah lain yang digunakan ialah kaedah pemerhatian. Kaedah pemerhatian ini
dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dalam kaedah
ini pemerhatian ini, minat dan reaksi murid adalah menjadi fokus utama pengkaji.
Pemerhatian adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang
termasuk pemikiran, sikap, nilai, dan pendapatnya. Melalui temu bual, penyelidik dapat
memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu (Chow Fook
Meng dan Jaizah Mahamud, 2011).

Choong Lean Keow (2011) pula menyatakan secara umumnya, pemerhatian ialah proses
mengutip maklumat secara langsung dan terbuka dengan melihat sendiri apa yang
sebenarnya sedang berlaku; bukannya mendengar daripada pihak ketiga. Dengan kata lain,
pengkaji menggunakan kesemua pancaindera untuk mengkaji individu dalam seting atau
situasi semulajadi.
Kartini (2012) pula menyatakan kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah pengumpulan
data yang amat berguna untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang aktiviti atau situasi
yang dikaji serta kaya dengan makumat yang terperinci dan mendalam.
Terdapat dua cara pengumpulan data menggunakan kedah pemerhatian iaitu berstruktur
dan tidak berstruktur. Jenis pemerhatian yang dijalankan untuk kajian tindakan ini adalah
secara berstruktur. Proses pemerhatian dilaksanakan pada setiap sesi Pengajaran dan
Pembelajaran bidang Asuhan Tilawah Al-Quran. Senarai semak pemerhatian digunakan
dalam memerhati tingkah laku murid dan minat mereka terhadap sebelum dan selepas
penggunaan kaedah ini. Pengkaji menjalankan pemerhatian berdasarkan itemitem yang telah ditetapkan agar tidak menyimpang daripada objektif utama kajian. Hasil
pemerhatian direkodkan pada senarai semak yang disediakan.
4.3

Temu Bual

Kaedah pengumpulan data yang ketiga ialah temu bual. Temu bual yang dijalankan ialah
berbentuk temu bual berstruktur. Responden hanya dikehendaki menjawab mengikut lima
soalan yang telah distruktur oleh pengkaji. Temu bual yang dijalankan mengambil masa
lebih kurang lima minit seorang dan dijalankan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran.
Rubin dan Rubin (1995) dalam penulisan Chow Fook Meng dan Jaizah Mahamud (2011)
mencadangkan supaya pengkaji membuat satu garis panduan yang menggariskan tajuk
utama, fokus spesifik dan mungkin isu-isu yang berbangkit untuk memandu menjalankan
temu bual. Cara ini boleh membantu pengkaji mengenal pasti responden-responden yang
akan memberi maklumat berpandukan garis panduan tadi. Dengan ini, pengkaji dapat
menggunakan maklumat daripada pelbagai responden.

5.0

ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

5.1

Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Awal serta Akhir

Set ujian bertulis dan lisan awal mengandungi 3 bahagian sahaja. Ujian tersebut
menghasilkan jumlah markah sebanyak 100% markah. Markah-markah ujian dibahagikan
kepada empat skala tahap, iaitu cemerlang (80%-100% markah), baik (50%-70% markah),
sederhana (30%-40% markah) dan lemah (0%-20% markah) seperti berikut. Ujian ini telah
dijalankan kepada murid-murid tahun lima sebelum dan selepas pengkaji menggunakan
kaedah pada huruf-huruf Mad Asli di dalam tiga surah hafazan tersebut. Melalui
ujian ini, pengkaji dapat melihat pemahaman mereka terhadap penguasaan hukum tajwid
Mad Asli. Ujian ini dijalankan di bilik darjah tahun lima. Berikut adalah hasil dapatan
perbandingan bagi Ujian Bertulis dan Ujian Lisan Awal serta Akhir :
Jadual 1 : Tahap Markah Ujian Bertulis & Ujian Lisan Awal serta Akhir
Markah Ujian Bertulis
Peratusan Murid
Peratusan Murid
dan Ujian Lisan Awal
(Ujian Awal) (%)
(Ujian Akhir) (%)
(%)
Cemerlang (80-100)
20.83
29.17
Baik (50-70)
25.00
33.33
Sederhana (30-40)
33.33
37.50

(+/-)
(%)
+ 8.34
+ 8.33
+ 4.17

Lemah (0-20)

20.83

-20.83

Ujian Bertulis dan Lisan Awal serta Akhir

Peratusan Murid (%)

40
35
30
25
20
15
10
5
0

37.5
29.17 33.33
33.33
25
20.83
20.83
Awal

Akhir
Awal

Akhir

Markah Ujian Bertulis dan Lisan Awal serta Akhir (%)

Rajah 1 : Graf Hasil Perbandingan Ujian Bertulis dan Lisan Awal serta Akhir

Berdasarkan kepada jadual dan rajah di atas, bagi tahap cemerlang menunjukkan
peningkatan sebanyak 8.34 peratus. Tahap baik menunjukkan peningkatan sebanyak 8.33
peratus dan tahap sederhana sebanyak 4.17 peratus. Bagi tahap lemah menunjukkan
penurunan sehingga 0 peratus. Ini menunjukkan penggunaan kaedah dapat
membantu pengkaji dalam memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di
dalam kelas.
5.2

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian juga telah dijalankan dalam mengumpul data-data yang berkaitan.
Pemerhatian yang dijalankan ialah pemerhatian berstruktur dijalankan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapatan yang diperoleh dari hasil pemerhatian
dapat diringkaskan dalam jadual di bawah :
Jadual 2 : Hasil Senarai Semak Pemerhatian Sebelum Menggunakan kaedah
BIL.

ASPEK

REAKSI MURID

1.

Murid
dalam
PdP

beminat
menjalani

Murid tidak menunjukkan minat kepada


proses PdP.
Murid kelihatan bosan
Kawalan kelas tidak teratur

2.

Kesediaan murid
semasa PdP

Murid membaca dengan tidak fasih


Murid membaca tidak lancar dan tersekat-

KETERLIBATA
N
18/24
Orang
murid

15/24
murid

Orang

sekat
Murid melanggar hukum tajwid sesuka
hati
3.

Murid bermotivasi
mengikuti PdP

Murid malu dengan guru


Murid kurang memberi respon terhadap
soalan guru
Murid bersikap pasif

12/24
murid

Orang

4.

Keberanian murid
memperdengarka
n hafazan

Murid
tersipu-sipu
apabila
diminta
membaca surah hafazan
Murid membaca dengan suara yang
perlahan
Murid
tiada
keyakinan
diri
dalam
memperdengarkan hafazan

9/24
murid

Orang

5.

Kelihatan
murid
gembira
semasa
PdP hafazan

Murid mempamerkan aksi yang tidak


seronok
Murid tidak gembira ketika sesi hafazan
berlangsung
Murid mengelak untuk menghafaz

17/24
murid

Orang

Jadual 3 : Hasil Senarai Semak Pemerhatian Selepas Menggunakan kaedah


BIL.

ASPEK

REAKSI MURID

1.

Murid
beminat
dalam
menjalani
PdP
Kesediaan murid
semasa PdP

Murid ceria dan seronok untuk PdP.


Suasana kelas harmoni
Kawalan kelas memuaskan
Murid dapat membaca dengan fasih
Murid membaca dengan lancar
Murid cuba menepati hukum tajwid

3.

Murid bermotivasi
mengikuti PdP

4.

5.

2.

KETERLIBATA
N
23/24
Orang
murid
17/24
murid

Orang

Murid segera mengangkat tangan untuk


memberi respon
Murid menjawab semua persoalan guru
dengan baik walaupun jawapan salah
Murid bersikap aktif

15/24
murid

Orang

Keberanian murid
memperdengarka
n hafazan

Murid berani memperdengarkan hafazan


di hadapan kelas
Murid membaca surah hafazan dengan
jelas
Murid bertambah keyakinan diri dalam
memperdengarkan hafazan

18/24
murid

Orang

Kelihatan
murid
gembira
semasa
PdP hafazan

Murid mempamerkan aksi seronok ketika


menghafaz
Murid gembira ketika sesi hafazan
berlangsung
Murid berebut-rebut untuk menghafaz

19/24
murid

Orang

25
20
15
10
Bilangan Murid (24 Orang)

23
18

18

17
15

19
17

15
12
9

Sebelum

Selepas

Aspek Pemerhatian

Rajah 2 : Hasil Senarai Semak Pemerhatian (Sebelum & Selepas)

Berdasarkan kepada hasil senarai semak pemerhatian seperti yang telah direkodkan di atas,
bagi aspek 1 iaitu minat murid semasa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran
mencatatkan peningkatan seramai 5 orang murid menjadikannya jumlah seramai 23 orang.
Kesannya dapat dilihat apabila murid kembali ceria dan seronok untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran selepas penggunaan kaedah warna dijalankan terhadap
murid-murid.
Dapatan hasil bagi aspek kedua untuk kesediaan murid semasa PdP menunjukkan
bilangan seramai 17 orang murid yang dapat membaca dengan fasih dan lancar serta cuba
untuk menepati hukum tajwid. Bagi aspek seterusnya iaitu aspek 3 yang menekankan
kepada motivasi murid terhadap guru mencatatkan 15 orang murid daripada 24 orang
murid. Tingkah laku murid diperhatikan berdasarkan kepada respon murid yang segera
mengangkat tangan untuk memberi respon, menjawab semua persoalan guru dengan baik
walaupun jawapan salah dan murid bersifat lebih aktif.
Aspek yang keempat diperhatikan terhadap keberanian murid memperdengarkan
hafazan kepada guru mahapun di hadapan kelas adalah seramai 18 orang. Murid berani
memperdengarkan hafazan di hadapan kelas dan membaca surah hafazan dengan suara
yang lebih jelas serta menunjukkan keyakinan diri yang tinggi semasa menghafaz.
Tambahan lagi, aspek yang terakhir ialah murid gembira apabila berada di dalam sesi PdP
hafazan menunjukkan bilangan sebanyak 19 orang.

5.3

Temu bual

Di samping itu, kaedah temu bual juga dijalankan bagi mengenal pasti tahap persepi murid
terhadap penggunaan kaedah pada huruf-huruf Mad Asli dalam ketiga-tiga
surah tersebut. Ini kerana tidak semua maklumat yang terkandung dalam dokumendokumen pelajar dapat menggambarkan keadaan sebenar murid.
Temu bual yang dijalankan ialah berbentuk temu bual berstruktur dan mengandungi
lima soalan yang telah disediakan oleh pengkaji selepas menggunakan kaedah .
Berikut adalah dapatan yang diperolehi hasil daripada temu bual yang dijalankan :
Jadual 4 : Hasil Temu bual Berstrukrur
BIL

SOALAN

Adakah kamu sukar untuk menghafaz AlQuran?


Adakah sukar untuk menghafaz Al-Quran
dengan menjaga hukum tajwid dengan
baik?

KEKERAPAN
YA
14/24
Orang
murid
22/24
Orang
murid

KEKERAPAN
TIDAK
10/24 Orang murid
2/24 Orang murid

Apakah kaedah yang guru


gunakan
semasa
mengajar
dapat
memudahkan kamu menghafaz ketiga-tiga
surah hafazan?

21/24
murid

Orang

3/24 Orang murid

Apakah kamu seronok apabila guru


menggunakan kaedah semasa
sesi PdP?

23/24
murid

Orang

1/24 Orang murid

Adakah penggunaan kaedah


membantu
kamu
dalam
menghafaz
kalimah yang terkandung hukum tajwid
Mad Asli di dalam Al-Quran?

21/24
murid

Orang

3/24 Orang murid

Hasil Temu Bual Berstruktur


Kekerapan Ya
22

Kekerapan Tidak
23

21

21

14
10

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

1
Soalan 4

Soalan 5

Rajah 3: Graf Hasil Temu Bual Berstruktur

Berdasarkan kepada hasil dapatan soalan temu bual berstruktur yang dilakukan ke atas 24
orang murid bagi mengetahui persepsi mereka terhadap pengaplikasian ilmu tajwid Mad Asli
ketika menghafaz ketiga-tiga surah adalah direkodkan seperti berikut. Untuk soalan 1,
kekerapan murid yang suka menghafaz Al-Quran adalah seramai 14 orang manakala
seramai 10 orang yang tidak suka menghafaz Al-Quran.
Bagi soalan 2 berkenaan dengan kesukaran murid dalam menghafaz Al-Quran
dengan menjaga tajwid dengan betul mencatatkan seramai 22 orang manakala selebihnya
menyatakan tidak sukar untuk menjaganya. Seterusnya, untuk soalan ketiga yang
mengambil kira kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar dalam membantu
murid untu menghafaz Al-Quran dengan sempurna menunjukkan seramai 21orang murid
mengatakan ya dan 3 orang murid tidak.
Manakala bagi soalan keempat yang ingin mengetahui perasaan murid yang seronok
apabila guru menggunakan kaedah adalah seramai 23 orang yang seronok dan
selebihnya tidak seronok. Bagi soalan 5, berkaitan dengan penggunaan warna yang
dikatakan dapat membantu murid dalam menghafaz Al-Quran dengan bertajwid
menunujukkan bilangan 21 orang murid mengatakan ya dan 3 orang murid mengatakan
tidak.

6.0

RUMUSAN SELEPAS DAPATAN

Dapatan tersebut mendapati bahawa bilangan murid yang cemerlang semakin meningkat
selepas kaedah digunakan dan bilangan murid yang lemah semakin
berkurangan. Kesemua peserta kajian mengakui bahawa penggunaan warna merah pada
huruf-huruf Mad Asli membantu mereka memahami hukum tersebut dengan betul. Selain
itu, penggunaan warna pada huruf-huruf Mad membantu murid mengesan kewujudan

hukum Mad asli dan seterusnya mengingatkan mereka untuk membaca dengan bacaan
panjang 2 harakat. Ini menunjukkan bahawa sebilangan besar murid dapat memahami,
menguasai dan mengaplikasikan hukum bacaan tajwid Mad Asli apabila menghafaz kalimah
yang mengandungi huruf-huruf Mad Asli dengan betul apabila kaedah warna digunakan.
Manakala selebih daripadanya pada mulanya tidak dapat menguasai dengan baik kepada
boleh menguasai dengan baik walaupun peningkatannya tidaklah terlalu ketara.
Ini menunjukkan tingkah laku murid terkesan dan berubah ke arah positif apabila
penggunaan kaedah dijalankan ke atas mereka. Murid-murid mendapat
keyakinan dan motivasi yang tinggi dalam pemupukan minat terhadap penghafazan ayatayat Al-Quran dengan pengaplikasian ilmu tajwid yang betul dan tepat dalam kehidupan
seharian. Dengan berlakunya peningkatan pencapaian bilangan murid-murid yang
cemerlang dalam bacaan ketiga-tiga surah ini, murid-murid merasakan bahawa pelajaran
Tajwid adalah tidak sukar untuk dipelajari dan diaplikasikan.
Penggunaan pendekatan kaedah ini telah membantu murid dalam
menyedari kewujudan hukum Mad asli di dalam ayat Al-Quran yang dibaca. Apabila murid
menyedari kewujudan hukum Mad Asli, secara tidak langsung mereka akan terus membaca
bahagian kalimah tersebut dengan bacaan panjang dua harakat. Hal ini seterusnya
mengurangkan kadar kesalahan bacaan hukum Mad asli. Murid bukan sahaja dapat
menyatakan maksud hukum Mad asli, dan menghafaz dengan tepat malah mereka dapat
mengenal pasti kewujudan hukum Mad Asli dalam sesebuah ayat Al-Quran. Perkara ini jelas
terbukti melalui teori pengamatan yang sering dikaitkan dengan warna dan seni. Menurut
Hajijah Hassan (2008) menyatakan bahawa pengamatan adalah salah satu cara
mendapatkan ilmu pengetahuan.
Perkara ini mendorong mereka untuk menyukai pelajaran hafazan Al-Quran khasnya.
Secara keseluruhan, peserta kajian mempunyai persepsi yang positif terhadap sesi
pembelajaran Al-Quran khususnya ilmu Tajwid. Persepsi yang baik terhadap pembelajaran
Al-Quran akan mendorong murid untuk suka terhadap bidang ini. Dengan adanya rasa suka,
murid akan belajar dalam keadaan gembira dan harmoni. Hal ini akan membina motivasi
dalam diri murid untuk mencintai Al-Quran secara tidak langsung. Guru haruslah sedar
bahawa mengajar Al-Quran bukan sahaja bermaksud pelajar boleh membaca Al-Quran,
tetapi memupuk perasaan cinta terhadap Al-Quran serta menjadikan hati mereka jinak
dengan Al-Quran (Muhammad Nazir, 2013).

Kesimpulannya, hasil daripada tindakan yang dilaksanakan, data-data dikutip dan


dianalisis telah menunjukkan penggunaan kaedah ini telah dapat mengubah
amalan pengajaran pengkaji dan membantu murid dalam menghafaz Al-Quran tanpa
mengabaikan hukum tajwid yang terdapat di dalamnya serta dapat mencapai objektif dan
menjawab persoalan kajian secara positif.

RUJUKAN

Al-Quran.
Ahmad Mohammad Salleh. (2008). Siri Pendidikan Guru Pengajian Agama Islam dan j-QAFMetadologi dan Pedagogi Pendidikan KPLI. Shah Alam : Penerbitan Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur. Percetakan Seasons
Sdn. Bhd.
Hajijah Hasan. (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima. Kajian
Tindakan Sempena Hari Profesionalisme SMK Majakir Papar.
Muhammad Nazir Mohammed Khalid. (2013). Belajar Tajwid Dengan Berkesan. Shah Alam :
Ultimate Print Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai