Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM

TAHUN SATU (KSSR)

Tarikh:

03 November 2010

Masa:

9:00 pagi ( 60 minit)

Tahun/Kelas :

1 Iman

Bilangan murid : 30 Orang


1. Standard kandungan
1.1 Kisah penyusuan nabi Muhammad saw.
2. Standard pembelajaran
2.1 Menyebut nama wanita yang menyusukan nabi
Muhammad saw dan tempoh penyusuannya.
2.2 Menyatakan sebab nabi Muhammad saw
disusukan oleh Thuwaibah al Aslamiah dan Halimatus
Sadiah.
3. Standard kandungan TMK:
3.1 Mengunakan TMK secara berhemah.
4. Standard pembelajaran TMK
4.1 Mengunakan tetikus untuk klik dan dwi klik.
5. Objektif
5.1 Murid dapat menyebut nama wanita yang
menyusukan nabi Muhammad saw.

5.2 Murid dapat menyebut tempoh penyusuan nabi


Muhammad saw.
5.3 Murid dapat menyebut sebab nabi Muhammad
disusukan oleh Halimatus Sadiah.
6.Kaedah pengajaran dan pembelajaran
6.1 Sumbangsaran
6.2 Bercerita
6.3 Soal jawab

7.Bahan bantu mengajar

7.1
7.2
7.3
7.4

Klip vedio
LCD
MS PowerPoint
Lembaran kerja

FASA PERSEDIAAN
Set Induksi
( 5 minit )

Guru menayangkan gambar tin susu di hadapan murid.

Guru menyoal murid .


Guru : Apakah yang awak nampak dihadapan?
Guru : Tahukah kamu apa yang ada dalam tin ini?
1.1 Pemerhatian
1.1.1 Guru menayangkan klip video (Muhammad Utusan
Terakhir) untuk menggambarkan keadaan masyarakat
Arab di zaman Nabi Muhammad S.A.W

1.2 Analisis
1.2.1 Guru bersoal meminta murid membanding beza
antara budaya penyusuan di zaman Nabi Muhammad
S.A.W dengan budaya penyusuan di zaman sekarang.

FASA IMAGINASI
1.3 Penjanaan idea.
1.3.1 Guru becerita tentang kisah penyusuan Nabi
Muhammad S.A.W sambil menunjukkan nama-nama ibu
susuan nabi, tempoh dan sebab nabi disusukan oleh ibu
susuan nabi.
1.3.2
Murid menyebut nama-nama ibu susuan nabi,
tempoh dan sebab nabi disusukan oleh ibu susuan.

1.4 Sintesis Idea

1.4.1
Murid dipilih secara rawak untuk menekan
tetikus yang memaparkan nama-nama ibu susuan nabi
yang telah dilinkkan kepada tempoh penyusuan
tersebut.
1.4.2
Murid diminta untuk memberi sumbangsaran
terhadap sebab-sebab nabi disusukan oleh ibu susuan
nabi.
1.4.3
Murid menyebut semula nama-nama ibu susuan
nabi, tempoh dan sebab nabi disusukan oleh ibu susuan
nabi secara latih tubi.

FASA PERKEMBANGAN

1.5 Penambahbaikan.
1.5.1
Guru memaparkan semula nama-nama ibu
susuan nabi, tempoh dan sebab nabi disusukan oleh ibu
susuan nabi kepada murid melalui LCD.
1.5.2
Murid mendengar penerangan guru tentang
nama-nama ibu susuan nabi, tempoh dan sebab nabi
disusukan oleh ibu susuan nabi satu persatu.
1.5.3
Murid menyebut menyebut semula nama-nama
ibu susuan nabi, tempoh dan sebab nabi disusukan oleh
ibu susuan nabi secara kelas, kumpulan dan individu.

1.6 Menilai
1.6.1 Murid diminta untuk menyiapkan lembaran kerja
yang diedarkan guru.

FASA TINDAKAN
1.7 Pelaksanaan
1.7.1
Latih tubi menyebut nama-nama ibu susuan
nabi, tempoh dan sebab nabi disusukan oleh ibu susuan
nabi.
1.7.2
Murid diminta untuk bertanya kepada ibubapa
cara penyusuan yang telah dilalui oleh murid semasa
kecil.

1.8 Amalan berterusan


1.8.1
Guru menggalakkan murid agar mengingati
nama-nama ibu susuan, tempoh dan sebab nabi
disusukan di desa.
1.8.2
Guru meminta murid menghayati sirah
Rasulullah S.A.W.

Anda mungkin juga menyukai