Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

Tarikh : 21 September 2011 Tingkatan : 4 Uthman


Masa : 8.00-9.20 pagi Bilangan Murid : 35

Tajuk Umum : Adab dan Akhlak Islamiyyah

Tajuk Pelajaran : Adab Menjaga Orang Sakit

Objektif : Pelajar akan dapat menghayati dan mengaplikasi adab menjaga orang sakit dalam kehidupan seharian.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pelajaran dan pembelajaran, pelajar dapat :

1. Memahami tuntutan dalam menjaga orang sakit dalam Islam.

2. Mengetahui adab-adab menjaga orang sakit.

3. Menyatakan akibat tidak beradab kepada orang sakit dan hikmah beradab dengan orang sakit.

Kemahiran Berfikir : Pelajar dapat menghubungkan kewajipan menjaga orang sakit dengan konsep mengeratkan silaturrahim sesama saudara
Muslim.

Penyerapan Nilai : 1. Menyedari tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam menunaikan fardhu kifayah dengan mempelajari adab
menjaga orang sakit.

2. Mengingatkan penyakit itu adalah ujian yang datang daripada Allah untuk menguji hambaNya.
Penggabung Jalinan : 1. Kesihatan

 Menjaga kesihatan dengan baik untuk mencegah daripada penyakit

2. Kerohanian
 Mengingatkan tentang kematian

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Pengalaman pelajar menjaga orang sakit sebelum ini.

Bahan Bantu Mengajar : 1. Laptop dan LCD


2. Kad Manila
3. Papan putih

Penghayatan dan Penyerapan Nilai : 1. Sentiasa menjaga kesihatan dengan baik.


2. Bersyukur dengan segala nikmat yang ada.
3. Tidak lupa kepada pencipta yang memberikan keadaan kesihatan yang baik.

LANGKAH/ ISI AKTIVITI P&P CATATAN/ALAT


MASA
Pendahuluan  Bacaan doa sebelum belajar  Guru dan pelajar bersama-sama  Tujuan : Untuk memohon
(2 minit) membaca doa sebelum belajar yang keberkatan
‫"اللهم افتح علينا حكمتك‬ diketuai oleh Ketua Kelas.
‫وانشر علينا من خزائن رحمتك‬
"‫یآ أرحم الراحمين‬
Set Induksi  Guru menunjukkan gambar orang  Guru bertanya khabar kepada pelajar BBM :
(5 minit) sakit kepada pelajar  Guru mempamerkan gambar orang  Video
 Guru menyoal pelajar tentang sakit kepada pelajar dan bertanya  Laptop/LCD
gambar tersebut. kepada pelajar apa yang mereka dapat TEKNIK :
 Soal jawab
jelaskan daripada gambar tersebut.
 Penerangan guru
 Pelajar memberikan idea masing-
masing tentang gambar yang
dipaparkan.
 Guru mengaitkan jawapan pelajar
dengan tajuk pembelajaran.
 Guru memperkenalkan tajuk
pembelajaran ‘Adab Menjaga Orang
Sakit’ kepada pelajar.

Langkah 1  Tuntutan menjaga orang sakit  Guru menerangkan kepada pelajar BBM :
(10 minit) dalam Islam : tentang tuntutan adab menjaga orang  LCD/Laptop
-Hukumnya Fardhu Kifayah sakit dalam Islam kepada pelajar.  Buku Teks
 Hadis yang diriwayatkan oleh  Guru dan pelajar bersama-sama
Bukhari daripada Abu Hurairah, TEKNIK :
membaca hadis Rasulullah yang
 Penerangan guru
Rasulullah bersabda, maksudnya: menuntut umat Islam supaya menjaga
“Hak seorang Islam terhadap orang sakit.
seorang Islam yang lain adalah
sebanyak enam perkara: Apabila
engkau berjumpa hendaklah
memberi salam kepadanya,
apabila dia menjemput hendaklah
diterima jemputannya itu, apabila
dia minta nasihatmu maka
nasihatilah dia, apabila dia bersin
dan memuji Allah maka
hendaklah engkau doakan pujian
itu dengan berkata Yarhamkallah,
apabila dia sakit lawatilah dan
apabila dia meninggal dunia
iringilah jenazahnya.”

Langkah 2  Panduan dan Adab Menjaga  Guru bertanya secara rawak kepada BBM:
(15 minit) Orang Sakit : pelajar tentang pengalaman pelajar  LCD/Laptop
i-Rohani: ketika menjaga orang sakit.  Buku Teks
-Mendoakan pesakit cepat  Beberapa orang pelajar menjawab
sembuh soalan guru dengan memberithu
TEKNIK :
pengalaman masing-masing bagi
‫ت‬‫ف أتنن ت‬
‫َ انش ف‬،‫س‬ ‫ب انلبفأن ت‬
‫س أتنذفه ف‬‫ب الننا ف‬ ‫اللنههنم تر ن‬  Penerangan guru
pelajar yang pernah menjaga orang  Perbincangan guru dan
‫ت فشتفامء لت یهتغافدهر تسفتمما‬ ‫التشاففي لت تشاففتي إفلن أتنن ت‬
sakit. pelajar
“Ya Allah, Rabb sekalian
 Guru mula menerangkan adab-adab  Hafalan
manusia, yang menghilangkan
menjaga orang sakit kepada pelajar  Soal jawab
segala petaka, sembuhkanlah,
dari segi emosi, rohani dan fizikal.
Engkaulah Yang Maha
 Guru dan pelajar bersama-sama
Penyembuh, tak ada yang bisa
membaca doa untuk orang sakit dan
menyembuhkan kecuali Engkau,
menghafalkannya
sebuah kesembuhan yang tidak  Pelajar membaca adab dan panduan
meninggalkan penyakit.” yang terdapat dalam buku teks secara
(HR. Al-Bukhari) beramai-ramai.
ii-Emosi:
-Bersabar dengan setiap kerenah
pesakit yang dihadapi.
iii-Fizikal:
Sentiasa memastikan pesakit
mempunyai rehat tubuh badan
yang cukup.

Langkah 3  Perkara yang dilarang ketika  Guru membahagikan pelajar kepada 3 BBM:
(20 minit) menjaga orang sakit kumpulan.  Laptop/LCD
-Tidak menggunakan bahasa yang  Pelajar membuat perbincangan dalam  Kad Manila
kasar kepada pesakit. kumpulan dan menyenaraikan perkara  Pen Marker
-Tidak membuat bising yang yang dilarang dan hikmah beradab
boleh menambahkan derita TEKNIK :
ketika menjaga orang sakit dalam
pesakit.  KBKK pelajar
kumpulan masing-masing.
 Hikmah menjaga orang sakit  Penerangan guru
 Selepas 10 minit, setiap kumpulan
-Mengeratkan silaturrahim diminta membentangkan hasil
sesama Islam. perbincangan kumpulan masing-
-Melahirkan sifat prihatin kepada
masing.
golongan yang lemah.  Maklum balas dari guru terhadap
-Memberi keinsafan supaya
pembentangan daripada pelajar dan
mensyukuri nikmat dan kesihatan
menambah isi-isi yang tidak disebut
sendiri.
oleh pelajar.

Langkah 4  Sebab perlunya beradab ketika  Guru menerangkan kepada pelajar BBM:
(10 minit) menjaga orang sakit mengapa kita perlu beradab ketika  LCD/Laptop
menjaga orang sakit.  Buku Teks
 Guru bertanya kepada pelajar, TEKNIK :
sekiranya mereka adalah pesakit,
bagaimana layanan yang dimahukan  Penerangan guru
 Pelajar memberi maklum balas kepada  Perbincangan guru dan
guru secara rawak. pelajar
 Guru mengarahkan pelajar menyalin  Soal jawab
nota daripada slaid yang dipaparkan
kepada mereka.

Langkah 5  Latih tubi  Pelajar menulis semula doa dan nota BBM:
(10 minit) untuk orang sakit dalam buku latihan  LCD/Laptop
masing-masing dan menghafal doa  Buku Teks
tersebut di hadapan guru
TEKNIK :
 Hafalan
 Latih tubi

Penutup  Refleksi dan Rumusan  Guru membuat rumusan semula


(10 minit) terhadap tajuk yang telah dipelajari.
 Soal jawab semula bersama pelajar
tentang tajuk yang dipelajari.
 Guru mengingatkan pelajar tentang
kepentingan dalam menjaga orang
sakit dalam Islam.
 Tayangan video sebagai muhasabah
diri

Anda mungkin juga menyukai