Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 3 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN TAHFIZ DAN MAHARAT AL-

QURAN

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik pelajar dapat :


Pada akhir topik pelajar dapat :
Menjelaskan tentang definisi konsep
Menjelaskan tentang definisi konsep
Menghuraikan berkenaan penilaian formatif dan sumatif dalam
Menghuraikan berkenaan penilaian formatif dan sumatif dalam
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam
Mengenalpasti bentuk penilaian, contoh dan pelaksanaan
Mengenalpasti bentuk penilaian, contoh dan pelaksanaan
Mengenalpasti bidang pembelajaran yang di uji
Mengenalpasti bidang pembelajaran yang di uji
Mengaplikasi pembinaan item objektif & subjektif
Mengaplikasi pembinaan item objektif & subjektif

Sinopsis

Penilaian melibatkan proses pemikiran pada aras tinggi, memerlukan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif, suatu pemikiran yang sangat kompleks dan sangat berharga dalam sistem
pembelajaran. Penilaian berada pada aras tertinggi dalam hirarki pembelajaran (Bloom, et.,
al. 1956). Penilaian adalah suatu proses dalam mengesan, mendapatkan, menyediakan
maklumat yang berguna untuk pertimbangan sesuatu keputusan alternatif.

3.1 DEFINIS KONSEP

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data


kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu , mendapat dan memberikan
maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang
sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan
cara yang lebih berkesan.

Penilaian adalah untuk menyediakan maklumat atau maklum balas yang berguna
kepada pelbagai kumpulan seperti pelajar, guru, pentadbir, dan individu yang berkaitan

39
dengan pendidikan. Maklum balas selalunya diterima sebagai data yang berharga yang
boleh di gunakan untuk membantu dalam membuat keputusan. Penilaian mempengaruhi
pembuat keputusan atau pembentuk dasar (sesuatu polisi) melalui maklum balas secara
empirikal.

Penilaian juga dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. Tujuannya untuk :

1. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-dalam perkara yang hendak diajar.
2. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai
atau mempelajari perkara yang telah disampaikan
3. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan
peringkat kelas yang sama di sekolah.
4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian
mereka
5. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka.
6. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

3.2 PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Penilaian formatif adalah untuk mengkaji pelaksanaan kurikulum, atau program, atau
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menjelaskan kualiti pelaksanaan,
mentaksiran konteks atau proses sesuatu kurikulum. Penilaian ini digunakan semasa
sesuatu unit kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penilaian sumatif bertujuan mengkaji keberkesanan hasil sesuatu kurikulum.


Peranannya ialah merumus hasil dengan menjelaskan perkara yang berlaku
terhadap pelaksanaan hasil itu. Penilaian ini digunakan pada akhir sesuatu unit
kurikulum, program, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan dari segi
pengertian, tujuan, aktiviti, masa, bentuk sasaran, liputan, rekod dan tindakan.

Berikut merupakan perbandingan perbezaan antara dua jenis penilaian

40
Jenis Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
/Ciri
Pengertian Satu jenis ujian formal atau tak formal Satu jenis ujian formal untuk
untuk mengesan tahap penguasaan mengesan tahap pencapaian
dan kemajuan murid di dalam kelas. dalam sesuatu tap persekolahan.

Tujuan Mengesan penguasaan dan kemajuan Mengesan pencapaian murid


murid untuk membaiki kelemahan berdasarkan beberapa unit
dengan kada segera. pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.
Aktiviti Menjalankan ujian formal atau tidak Menjalankan ujian formal dalam
formal semasa sesi pengajaran dan beberapa waktu berdasarkan
pembelajaran sama ada dibuat secara ketetapan jadual secara individu
individu, kumpulan atau menyeluruh. mengikut kelas.

Masa Semasa sesi pengajaran dilakukan Semasa semester pertama


atau setiap hujung bulan. (pertengahan tahun) dan semester
kedua (akhir tahun).
Bentuk Ujian tidak formal (pemerhatian dan Ujian formal adalah ujian kertas
sesi soaljawab), atau formal (ujian pensel atau ujian, lisan dalam
bulan) melibatkan ujian kertas pensel jangka masa yang ditetapkan
dam masa yang singkat. mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan atau Secara kelas


kelas.

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak Meliputi beberapa unit


formal) atau beberapa kemahiran pembelajaran atau sesuatu tahap
(ujian formal) persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal) dan Penggunaan rekod profil atau
penggunaan senarai semak atau rekod pensijilan.
prestasi (bagi ujian formal)

Tindakan Membetulkan kelemahan dengan Menempatkan murid kumpulan


kadar segera atau menjalankan aktiviti atau kelas yang sesuai.
Merancang dan mengubahsuai
pengayaan atau pemulihan di dalam

41
kelas. pelajaran atau kurikulum.
Memberi sijil berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan

3.3 BENTUK PENILAIAN , CONTOH DAN PELAKSANAAN

Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :


 Penguasaan kemahiran
 penguasaan ilmu
 penghayatan dan amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
 Pemerhatian
 Lisan
 Penulisan

Pemilihan kaedah penilaian pemerhatian, lisan dan penulisan bergantung kepada:


 Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
 Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :


Kaedah penilaian tersebut boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan dan
digunakan untuk:
- Mengesan serta merta
- Mengesan kemajuan
- Mengesan pencapaian
Penilaian yang lebih jelas dan tepat hendaklah menggunakan skoran rubrik dalam proses
menilai untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian
pembelajaran murid.

 Mengesan Serta-Merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam
pengajaran harian
- Menilai hasil pembelajaran berdasarkan objektif pembelajaran dalam pengajaran
harian. Tidak memerlukan instrumen yang khusus.

 Mengesan Kemajuan

42
- Mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid selepas beberapa siri
pengajaran dalam satu-satu tajuk
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian
bertulis

 Mengesan Pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir
program
- perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan
ujian lisan

Apakah Kegunaan Pemerhatian ?

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan
dan penulisan seperti:

- sikap

- perlakuan/amalan

- amali

- kemahiran manipulatif

- kemahiran bersosial

- kemahiran belajar

- kemahiran kinestetik

- kemahiran literasi komputer

- kemahiran mereka cipta

Implikasi perlaksanaan pemerhatian.


- Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan
dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.

- Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran


mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

- Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

43
Apakah Kegunaan Penilaian secara lisan?

Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:


- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:


- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan


Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- mendengar dan memberi respon secara lisan

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.

Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

- Soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah
difahami.
- Aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

44
- Pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan
untuk merangsang murid berfikir.
- Aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian lisan membolehkan guru :

 Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan


bertutur secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Bagaimanana Penilaian Penulisan Dilakukan?

 Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan


dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

Instrumen Penilaian Penulisan

 Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid


yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahankan/menyokong hujah dan
- menyebar idea/buat rumusan/cadangan

45
 Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah
diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan

 Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan objektif
- soalan subjektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan
peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran
murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan
asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk
memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

3.4 BIDANG PEMBELAJARAN YANG DI UJI

Tahfiz
 Hifz al Quran
 Fiqh al Ayat

Maharat Al-Quran
 Tilawah al-Quran
 Tajwid
 Adab al Quran
 Manhaj al Qiraat
 Amali Qiraat
 Rasm Uthmani

46
3.5 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

Pembinaan Item Objektif

Sekiranya anda diminta menyediakan item objektif untuk matapelajaran yang bukan bidang
pengajaran anda? Apakah yang perlu anda lakukan? Apakah implikasi yang anda rasakan
akan berlaku sekiranya anda terus menyediakan item ujian tersebut, tetapi tidak mengajar
matapelajaran tersebut?

Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana
pelajarpelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia
boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau
membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang
digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.
Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah
lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada
kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif
bermaksud item/soalan yang mempunyai jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-
salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan
tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul,
padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

Pembinaan Item Subjektif

Apabila anda terlintas dengan perkataan ‘subjektif’, apakah pemahaman anda tentang
perkataan ini?. Adakah anda merasakan bahawa ia mempunyai pelbagai tafsiran
bergantung kepada pengetahuan, pengalaman dan pembacaan anda?

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik
seperti jawapan kepada item objektif. Item subjektif ini membenarkan subjektiviti dalam
jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman
pengetahuan yang dimiliki. Justeru, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih
tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan,

47
menilai dan membuat keputusan, yang memerlukan kemahiran berfikir. Item subjektif juga
memberi kebebasan kepada pelajar dari segi gaya persembahan jawapan dan juga panjang
atau pendek jawapan tersebut.

Prinsip Am Penyediaan Item Subjektif

Item subjektif ini biasa berbentuk esei, sama ada berjawapan pendek, sederhana atau
panjang. Justeru, prinsip penyediaan item jenis esei ini adalah sama bagi ketiga-tiga
kategori soalan tersebut.

Berikut adalah tujuh prinsip am untuk menyediakan soalan berbentuk esei:


Prinsip Penerangan
1. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran, supaya
soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran
tersebut.
2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada pelajar
perlu menjawab dalam kertas soalan (mengisi ruang kosong) atau dalam
kertas jawapan
3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak “berbunga-bunga”,
supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya
4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi
markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga
5. Soalan perlu ditulis supaya pelajar dapat membayangkan satu kerangka
struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut
6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya
untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat)
daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih
banyak soalan boleh diberikan.

Kata Tugas Item Subjektif

Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang fungsinya ialah
untuk menyatakan tugas yang perlu dibuat oleh pelajar semasa menjawab sesuatu
item/soalan.

Sebelum kita membina item subjektif, kita perlu memahami jenis kata tugas yang sesuai
digunakan untuk membina item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk

48
memberikan jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, pemilihan kata tugas
yang sesuai untuk sesuatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas
yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan
jawapan seperti yang ditentukan dalam peraturan memberi markah. Kata tugas mempunyai
kaitan yang rapat dengan tujuan ujian yang menggunakan item berkenaan. Bagaimanapun,
sesuatu kata tugas itu tidaklah unik bagi satu tujuan ujian sahaja, kerana kata tugas yang
sama boleh menghasilkan jawapan yang berlainan. Terdapat kata tugas yang boleh berdiri
dengan sendiri untuk menyatakan kehendak soalan. Bagaimanapun, terdapat kata tugas
yang memerlukan sokongan daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan kehendak
soalan itu lebih jelas. Jadual berikut menunjukkan beberapa kata tugas dan jawapan yang
diharapkan.

Kata Tugas
Kata Tugas Jawapan yang Diharapkan
Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara
yang dikomunikasikan
Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan keadaan
yang ditetapkn dengan menggunakan satu pengetahuan tertentu
Apakah Memberi maklumat yang khusus atau spesifik
Bagaimanakah Memperihalkan, memberi penerangan tentang cara, keadaan,
langkah atau kejadian
Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
perkara
Berapakah Memberi kuantiti
Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara
Bilakah Menyatakan masa atau waktu
Binakan Membuat sesuatu dengan menggunakan kaedah atau alat tertentu
Bincangkan Memberi penerangan daripada pelbagai aspek.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Pendek

Item jenis ini memerlukan pelajar memberi jawapan pendek (biasanya satu perenggan)yang
memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri. Item
bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman dan aplikasi/penyelesaian
masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir. Soalan esei berjawapan pendek
ini boleh dibina supaya jawapannya menjadi lebih objektif (lihat contoh) daripada soalan esei
berjawapan terbuka. Dengan jawapan yang terbatas ini,pemeriksaannya dapat diselaraskan
dengan mudah, dan ini dapat meningkatkan kebolehpercayaan soalan tersebut. Di sini,
walaupun jawapannya lebih objektif daripada jawapan esei terbuka, jawapan esei pendek
masih lagi agak subjektif/pelbagai. Oleh kerana jawapan esei pendek ini masih pelbagai,

49
maka pembina soalan perlu menyediakan skema jawapan yang merangkumi semua
jawapan yang mungkin.

Contoh Item Esei Berjawapan Pendek:

1. Istiazah dan Basmalah merupakan istilah yang sinonim dengan al-Quran. Nyatakan
sighah-sighah istiazah yang datang daripada Rasuluallah (saw) dan para sahabat.

2. Terdapat banyak hadis Rasulallah saw yang menerangkan tentang kelebihan belajar dan
mengajar al-Quran kepada orang lain.Huraikan dua kelebihan belajar dan mengajar al-
Quran beserta dalilnya.

Pembinaan Item Esei Berjawapan Terbuka

Item bentuk ini membenarkan pelajar merancang dan memberi jawapan secara bebas,
justeru, mengundang pelbagai kemungkinan jawapan daripada mereka. Misalnya, pelajar
bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan, mengorganisasikan idea, membina
hujah yang logis, memberikan penilaian terhadap sesuatu pemikiran atau mengaitkan
pemikiran dengan perasaan.

Oleh itu, jenis item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan
pelajar menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Item jenis ini juga membolehkan pelajar mempamerkan
proses pemikiran kritis dan kreatif. Pelajar juga akan menghadapi masalah semasa
menjawab soalan berjawapan terbuka ini, sebab mereka perlu mengutip dan memilih isi-isi
dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun isi-isi dan idea-idea ini, dan
seterusnya, menulis dengan cara yang logik supaya isi-isi dan idea-idea ini dapat
dikomunikasikan dengan baik.

Oleh sebab jawapannya yang amat terbuka, yang mengandungi isi-isi, idea-idea dan
kreativiti tertentu, maka pembina item bentuk ini perlu menyediakan skema/ peraturan
pemarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh, agar penilaian pencapaian pelajar dapat
dibuat sewajarnya.

50
Sebelum seseorang pelajar tersebut mencapai kematangan dalam menyelesaikan satu-satu
persoalan secara kritis dan kreatif, apakah langkah-langkah yang perlu ada para pelajar
tersebut. Adakah langkah-langkah tersebut perlu diterapkan sebagai sebahagian daripada
pengetahuan mereka?

Walaupun item berjawapan terbuka ini sukar dijawab dan juga diperiksa, ia
mempunyai kekuatan tersendiri, iaitu dapat menggalakkan pelajar:

- menerokai pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah;


- membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat;
- mempamerkan sesuatu idea yang asli mereka;
- mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat; dan
- mengenal pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau
idea dalam bentuk komunikasi bertulis.

Dengan beberapa kekuatan yang ada, item berjawapan terbuka turut mempamerkan
beberapa masalah/kekangan yang tersendiri, iaitu ia memerlukan:
- pemeriksa yang terlatih untuk memerika jawapan;
- masa yang panjang untuk memeriksa jawapan berbanding item objektif;
- masa yang panjang untuk pelajar menulis jawapan; dan
- pelajar menulis secara jelas dan boleh dibaca (readble).

Kekuatan Item-item Objektif:

51
- persampelan kandungan yang luas
- dapat diperiksa secara objektif
- dapat diperiksa oleh mesin
- cepat dan mudah diperiksa

Kelemahan Item-item Objektif


- menggalakkan tekaan
- sukar membina item, terutama bagi peringkat tinggi;
- Persampelan yang meluas bagi ujian yang menggunakan item objektif sahaja,
menyebabkan kesahan ujian menjadi tinggi.

Kekuatan Item-item Subjektif


- keupayaan mengukur objektif
- pengajaran pada peringkat tinggi
- dapat mengelak daripada tekaan
- item mudah dibina.

Kelemahan Item-item Subjektif


- persampelan kandungan agak sempit,
- susah dan lambat diperiksa
- tidak dapat diperiksa secara objektif, dan
- tidak dapat diperiksa oleh mesin

Rumusan

Tujuan Penilaian

 mengetahui keupayaan,kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada


pelajar (dalam perkara yang hendak di ajar)
 menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan amat lemah dalam pencapaian
mereka
 membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran
mereka
 membolehkan guru mengesan kelemahan pada pelajar dalam sesuatau kemahiran
dan segera pula memperbaikinya.

52
Pengalaman : Aktiviti 1

Latihan

Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai,


objektif atau subjektif? Cuba anda bina beberapa item ujian
objektif dan item ujian subjektif.

Pengalaman : Aktiviti 2

Latihan 2

Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek dan


berikan kekuatan dan kekangan soalan bentuk ini.Nyatakan
contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan
dan kekangan tersebut

53
Refleksi 1

Setelah anda melalui pengalaman kendiri melalui internet dan


perbincangan dengan rakan-rakan serta mendapat penerangan dan
tatbiq/latihan daripda tutor anda mengenai Penilaian dan Pentaksiran
ini, cuba anda hasilkan satu set soalan yang sempurna bagi mana-
mana bahagian dalam Maharat al-Quran.

Bincangkan kesahan soalan tersebut dengan tutor anda.

54

Anda mungkin juga menyukai