Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 5

Bilangan Jurnal : 5 / 12

Minggu Praktikum : Kelima

Tarikh/ peristiwa : 2 – 6 Ogos 2021

Tajuk Jurnal : Murid mudah bosan terhadap PDPR

1. MASALAH / PERISTIWA

Seperti sedia maklum bahawa minggu ini adalah minggu yang kelima saya
berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Jus, Selandar, Melaka. Di antara pemerhatian saya
ialah setakat ini sesi pengajaran dan pembelajaran saya adalah seperti yang telah
dirancangkan dengan baik dan lancar. Tetapi terdapat masalah yang telah saya perhatikan
iaitu ada segelintir murid berasa cepat bosan. Hal ini demikian ketika saya sedang mengajar
secara di atas talian saya mendapati bahawa murid tersebut hadir di dalam pembelajaran
tetapi mereka senyap apabila saya memberikan soalan kepadanya. Ketika awal
pembelajaran tersebut, saya mendapati semua murid bersemangat untuk mengikuti sesi
PDPR tersebut tetapi pada pertengahan pembelajaran saya mendapati murid sudah mula
berasa bosan kerana saya hanya menerangkan isi pembelajaran tersebut. Walaupun
penglibatan murid dikawal dengan baik namun kelemahan iaitu murid mudah bosan nampa
dengan ketara perbezaanya. Perkara ini membuatkan saya berasa amat bimbang sekiranya
mereka sudah bosan maka akan mereka tidak akan dapat menguasai isi pembelajaran
tersebut. Justeru, saya perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini.

2. ANALISIS MASALAH

Selepas saya membuat pemerhatian terhadap masalah ini ialah saya mendapati
bahawa murid saya sudah merasa bosa kerana mereka tidak dapat memahami proses pe
belajaran tersebut secara tidak langsung mereka akan mudah menjadi bosan. Dengan
adanya halangan iaitu tidak dapat bersemuka seperti dahulu perkara ini amat menyukarkan
saya untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam faktor murid tersebut bosan terhadap
proses pembelajaran ini. Setelah saya bertanya kepada guru pembimbing berkaitan perkara
ini, guru pembimbing memberi maklum kepada saya bahawa murid tersebut akan mudah
cepat bosan sekiranya mereka tidak mempunyai aktiviti di dalam kelas. Saya telah
mendapati bahawa mereka akan lebih gemar untuk melakukan aktiviti berbanding untuk
belajar tentang pembelajaran tersebut. Dengan itu, antara cadangan saya ialah dapat
mempelbagaikan dan mengimbangi antara penerangan daripada pembelajaran tersebut
serta aktiviti di dalam PDPR.

3. CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1) Menggunakan strategi berpusatkan murid.

Saya akan mengubah strategi pengajaran dari berpusatkan guru kepada berpusatkan murid
dengan menyediakan rancangan pengajaran harian yang menekankan “pupils centered”
agar murid-murid dapat melibatkan diri sepenuhnya ke dalam aktiviti yang saya laksanakan.
Murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka dan keadaan ini menggalakkan
lebih banyak penglibatan murid dalam aktiviti bilik darjah (Giam Kah How, 2000). Impaknya,
murid-murid tidak akan pernah bosan semasa proses PdP dilaksanakan.

2) Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

Saya juga perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran seperti permainan atau
aktiviti yang melibatkan pergerakan agar murid tidak tetap di satu tempat sahaja. Hal ini
demikian kerana Normah Ali (2003) berpendapat bahawa belajar melalui bermain adalah
satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.

3) Pembahagian kumpulan meliputi pelbagai aras kognitif

Selain itu, saya juga akan memastikan pembahagian kumpulan yang dibuat meliputi murid-
murid daripada pelbagai aras bagi membolehkan murid-murid yang pandai dapat membantu
murid-murid yang pasif. Penglibatan murid dalam setiap aktiviti kumpulan memberi ruang
kepada mereka untuk berinteraksi secara langsung dan seterusnya mewujudkan
persefahaman serta nilai kerjasama dapat diterapkan. Inilah yang harus dipupuk dan dijaga
sebaik mungkin kerana murid merupakan bakal pemimpin Negara (Tan Sri Muhyiddin
Yassin).

4. TEMPOH MASA DAN TINDAKAN SUSULAN

Tempoh : 9 Ogos 2021 hingga 13 Ogos 2021

Antara tindakan saya ialah saya akan menumpukan perhatian kepada murid yang
lemah dan bermasalah di dalam bilik darjah terlebih dahulu agar mereka bersama-sama
untuk mengikuti aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya apa yang saya
lakukan pada tempoh masa tersebut ialah dengan membuat aktiviti peneguhan setiap kali
selepas penerangan agar mereka akan lebih fokus dengan pembelajarannya serta saya
akan membuat analisis tentang pencapaian mereka dan akan menambahbaikkan aktiviti
pembelajaran pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :……………………………… Tandatangan :………………………………


Nama : ……………………………... Nama :……………………………..
Tarikh : ……………………………… Tarikh :……………………………..

Anda mungkin juga menyukai