Anda di halaman 1dari 6

FASA 1 - PROGRAM ORIENTASI

Program ini merupakan program pertama yang melibatkan kepada pengukuhan disiplin, Program ini
adalah selama 3 bulan. Program ini adalah diwujudkan bagi memberi pemahaman dan penyesuaian diri
terhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan yang perlu dipatuhi dan hak-hak mereka sebagai penghuni
dan aktiviti pemulihan yang perlu dilalui oleh mereka.

Dalam program orientasi ini,

a) Induksi – 7 hari

i) penerimaan
ii) pendaftaran orientasi
iii) sesi temuduga
iv) sesitaklimat
v) sesi pemeriksaan kesihatan
vi) kebersihan
vii) sukan & rekreasi

b) Orientasi – 75 hari

i) latihan fizikal
ii) aktiviti kenegaraan
iii) aktiviti kemahiran sosial
iv) kerohanian
v) kaunseling
vi) ujian air kencing
vii) ujian HIV/ AIDS
viii) kebersihan
ix) sukan & rekreasi

c) Penilaian – 7 hari

i) modul fizikal
ii) modul ketata negaraan
iii) modul kemahiran sosial
iv) modul kerohanian
v) modul kaunseling
vi) kebersihan
vii) modul sukan dan rekreasi
viii) disiplin diri
FASA 2 - PENGUKUHAN SAHSIAH ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

i) Modul kerohanian

Penghuni yang majoriti beragama Islam akan dibimbing oleh pegawai Penjara yang telah dilantik.
Pegawai yang berkebolehan akan ditugaskan secara rutin untuk mengajar penghuni yang berkenaan.

Selain itu, penghuni juga akan diajar di kelas agama seperti Kelas Iqra’, Kelas Tahsin, Kelas Taranum,
dan Kelas Tafsir Al- Quran.

Penghuni akan dibimbing oleh Pembantu Pengajar Agama mengikuti kelas yang dibahagikan kepada 3
peringkat pengetahuan agama iaitu, peringkat rendah, peringkat menengah, dan peringkat tinggi.
Pendekatan agama yang diberikan adalah pendidikan agama berdasarkan kepada Kurikulum Pendidikan
Islam Jabatan Penjara Malaysia meliputi Fekah, Aqidah, Syariah, Akhlak, Al-Quran, Hadith, dan Sirah
Nabawiyah dan aktiviti tambanhan sepertio Zikir , tahlil dan doa.

Penghuni yang beragama lain seperti Buddha, Hindu atau Kristian akan mengikuti kelas atau ceramah
keagamaan oleh penceramah sukarela. Jadual kelas atau ceramah adalah sekurang-kurangnya sekali
seminggu.

Program-program agama adalah secara intensif meliputi sepanjang tempoh tahanan penghuni di sini.
Program yang dianjurkan di bawah seliaan Pegawai Penjara adalah seperti Kelas Fardhu Ain dan Fardhu
Kifayah, Sembahyang berjemaah, bacaan surah Yasin, Doa diwaktu pagi dan malam, Kelas membaca Al
Quran, kelas tajwid dan Tayangan Video (kaunseling agama).

*Kelas Fardu Ain


Kelas ini diadakan 5 kali seminggu. Sasaran utama ialah penghuni baru
yang menjalani program orientasi.
Kelas ini bermula jam 2.30 petang – 3.30 petang.

*Tayangan Video
Melibatkan semua penghuni Islam. Diadakan 2 kali sebulan.

*Sembahyang Berjemaah.
Sembahyang berjemaah melibatkan (5) waktu solat iaitu Subuh hingga solat Isyak. Imam-imam
dipilih oleh guru agama dari kalangan penghuni, yang layak dan betul sebutan/ bacaannya dalam
solat. Mereka dilatih dan digilirkan setiap hari supaya mereka dapat membawa makmum dengan cara
yang betul. Amalan yang dilakukan pada setiap bulan Ramadhan ialah berpuasa dan solat terawih
dan witir selepas solat Isyak dan berpuasa.

*Bacaan Surah Yasin


Dibuat selepas solat Maghrib dilakukan oleh semua penghuni bagi meningkatkan keimanan dan
sebagai amalan mingguan.

*Doa Pagi/Malam & zikir harian


Doa pagi /malam akan dilakukan oleh penghuni setiap hari mengikut rutin yang ditetapkan seperti
waktu beratur pagi, makan, selepas solat jemaah, dan lain-lain. Zikir harian dibaca pada setiap waktu
solat

*Solat Sunat Mengiring Solat Fardu (Qabliah dan Baqdiah).


Solat Sunat Taubat dan Hajat
Solat Sunat Dzuha

*Kelas membaca Al-Quran.


Kelas membaca al Quran diadakan 5 kali seminggu. Kelas ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga
11.30 pagi. Tadarus Al Quran pula diadakan sepanjang Bulan Ramadhan. Kelas Bimbingan Tajwid
pula diadakan seminggu sekali pada hari Rabu dari Jam 2.30 – 3.30 petang oleh Ustaz Mohd Asri Bin
Ibrahim dari Unit Agama dan Ustaz Abu Samah Bin Abd Wahab (Pusat Pemulihan Akhlak).

*Majlis mengingati Hari-Hari Kebesaran Islam


Majlis diadakan mengikut hari – hari yang dirai seperti awal Muharrram, Doa Awal Tahun dan Doa
Akhir Tahun, Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Ehya’ Rejab, Syaaba, & Ramadhan, Nuzul
Quran, Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.

ii) Modul Kaunseling


Penghuni-penghuni akan dibimbing oleh seorang pegawai kaunseling terlatih berpangkat Inspektor
Penjara. Pegawai ini adalah bertugas khas untuk memberi bantuan kaunseling kepada penghuni dalam
sesi kaunseling individu, kaunseling kumpulan atau kelompok , motivasi dan kanseling keluarga.

iii) Modul Akademik


Penghuni-penghuni digalakkkan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil
Peperiksaan Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). SHGW juga telah menerima 4 orang
guru kader DG 29 pada tahun 2005. Kelas diadakan seperti sekolah biasa iaitu, setiap hari Isnin hingga
Jumaat bermula jam 8.00 pagi – 1.45 tengahari. Bagi tahun 2007 serama (8) penghuni menduduki
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan (2) penghuni menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah.
iv) Modul Sukan & Rekreasi
Penghuni akan diberi peluang mengikuti aktiviti sukan dan rekreasi sejam setiap hari bekerja manakala
enam jam pada hari cuti dan kelepasan am. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah indoor game dan out
door game seperti bola jaring, ping pong dan bola tampar.
FASA 3 - KEMAHIRAN ( 6 BULAN – 1 TAHUN)

A. LATIHAN VOKASIONAL DI SEKOLAH HENRY GURNEY (W) BATU GAJAH PERAK.


1. Latihan Vokasional di Sekolah Henry Gurney Wanita meliputi (4) buah bengkel. Selain itu, terdapat
sebuah kantin dan dapur penghuni. Butir-butir dibawah adalah berdasarkan maklumat pada Januari
2005.

2. Jenis-jenis Bengkel:

o Bengkel Jahit
o Bengkel Kraftangan
o Bengkel Batik
o Bengkel Bakeri
o Kantin
o Dapur

3. Kedudukan Muster Bengkel Pada 9 Ogos 2007

JENIS BENGKEL DAN JUMLAH PENGHUNI (ORANG)


Bengkel Jahit - 04 orang
Bengkel Kraftangan - 01 orang
Bengkel Batik - 02 orang
Bengkel Bakeri / kantin - 01 orang
Dapur - 01 orang
Akademik - 10 orang

4. Latihan atau Kemahiran yang disediakan dalam setiap bengkel adalah seperti berikut :

4.1 Bengkel Jahit

Kakitangan terlibat merupakan seorang Sarjan Penjara dan seorang Pembantu Latihan Vokasional
J 22 Puan Rokiah binti Deraman. Bagi tahun 2007 terdapat (4) penghuni yang didaftarkan dalam
persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pengkhususan dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita
tahap satu. Penghuni di dalam bengkel ini akan diberikan latihan teori dan praktikal seperti
menjahit dan mengunting pelbagai polar pakaian wanita, uniform kakitangan, pakaian penghuni,
cadar, langsir dan lain-lain. Penghuni juga diajar cara menjahit sama ada menggunakan mesin
jahit atau pun jahitan tangan. Disini juga terdapat kemahiran mempelajari jahitan sulaman
daripada mesin sulaman.

Jenis-jenis Mesin yang terdapat di SHG(W) sehingga Ogos 2007

Jenis Mesin dan jumlah mesin


Mesin Jahit Tepi Elektrik - 10 Buah
Mesin Eletrik (Brother) - 01 Buah
Mesin Lubang Butang - 02 Buah
Mesin Sulaman Elektrik - 16 Buah
Mesin Jahit Biasa (Juki) - 01 Buah
Mesin Sulam Berkomputer - 02 Buah
4.2 Bengkel Kraftangan

Bengkel ini menempatkan penghuni yang baru masuk iaitu, seramai (01) orang. Kebanyakan
penghuni baru masuk akan ditempatkan di sini. Bengkel ini menyediakan kemahiran asas seperti
mengait, menjahit crostich, membuat alas kaki dan membuat kain selimut jahitan tangan daripada
perca kain, dan kemahiran lain yang mudah dipelajari. Selain itu, bengkel ini menghasilkan hasil
kraf daripada kertas. Kakitangan bertugas merupakan seorang Wader Penjara.

4.3 Bengkel Batik

Secara rasminya Bengkel ini telah mula beroperasi pada Mac 2002. Bengkel ini melibatkan (2)
orang penghuni. Penghuni dipilih, dilatih dan dibimbing oleh kakitangan yang bertugas teknik
membuat batik. Penghuni diajar semua proses membuat batik dari mencanting hingga ke proses
memasak dan menjahit. Antara produk dari bengkel ini ialah kaftan, baju kurung, kemeja dan
frem batik. <

4.4 Bengkel Bakeri dan Kantin Sekolah

Kantin Sekolah Henry Gurney Wanita melibatkan (1) orang penghuni sahaja. Ianya menerima
tempahan masakan serta menyediakan latihan kemahiran memasak kepada penghuni. Di sini,
penghuni akan diberi latihan seperti penyediaan kuih-muih, biskut, memasak lauk-pauk serta
penyediakan hidangan. Kakitangan terlibat merupakan seorang Wader Penjara. Pada 14. 09.
2005, Kelab Sahabat Penjara telah memberi sumbangan sebanyak RM 5 000.00 kepada Sekolah
Henry Gurney Wanita untuk mewujudkan Bengkel Bakeri. Peruntukan tersebut telah digunakan
sebagai permulaan untuk membeli sebuah ketuhar dan sebuah alat pengadun untuk membuat
roti.

4.5 Dapur

Terdapat (1) orang penghuni yang bertugas harian di sini. Menyediakan makanan untuk semua
penghuni mengikut diet yang ditetapkan. Kakitangan terlibat adalah (2) pegawai yang bergilir iaitu
seorang Kopral Penjara dan seorang Warder Penjara.

FASA 4 - PRA BEBAS ( 6 BULAN HINGGA 1 TAHUN SEBELUM BEBAS )

1) Pada peringkat Fasa 4, kemudahan akan diberi kepada penghuni yang berada di SHGW setelah selama
dua tahun dalam tahanan. Mereka akan dipertimbangkan untuk diberi Cuti Sementara (Parole Leave).
Penghuni yang berpeluang untuk Bercuti Sementara akan berpeluang untuk di bebaskan awal daripada
tarikh bebas sebenar. Antara tujuan diberi cuti selama (7) hari itu adalah untuk :

i) Memberi peluang pelajar merapatkan hubungan dengan ibu/ bapa /keluarga/ penjaga setelah lama
terpisah.
ii) Melatih mereka bergaul dengan masyarakat luar
iii) Menggalakkan mereka berkelakuan baik dan rajin bekerja.
iv) Melatih mereka mempercayai diri sendiri.
v) Memberi peluang mereka mencari pekerjaan apabila dibebaskan kelak.

2) Penghuni juga diberikan beberapa sesi ceramah yang bersesuaian seperti ceramah motivasi, ceramah
kerjaya, dan ceramah kemahiran sosial seperti ceramah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ,
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai