Anda di halaman 1dari 16

Penghargaan

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan yang


ikhlas kepada beberapa pihak yang berganding bahu bersama saya untuk
menyiapkan kerja kursus pendek Pemakanan dan kesejahteraan ini dengan
sempurna dan baik.Terlebih dahulu saya menyusun sepuluh jari saya untuk
bersyukur kepada Tuhan kerana dengan kurnianya saya dapat menyiapkan kerja
kursus pendek yang mencabar ini dengan begitu baik sekali.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya. Beliau telah
memberi banyak pertolongan secara langsung untuk menyempurnakan kerja kursus
pendek ini. Dalam masa yang sama, saya juga amat terhutang budi kepada rakan-
rakan seperjuangan yang banyak mengorbankan masa dan tenaga bersama saya
untuk memproses dan menyempurnakan kerja kursus pendek ini.

Tidak dapat dilupakan, kedua-dua orang tua saya yang turut menyumbang
sedikit sebanyak yang termampu dalam membantu saya menamatkan kerja kursus
ini dengan jayanya. Akhir kata, ingin saya meminta maaf atas segala kesulitan yang
telah saya berikan kepada mereka yang berkenaan secara langsung mahupun tidak
langsung sepanjang tugasan projek ini.

Sekian terima kasih.

1.0 PENGENALAN

1
Gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan
dan pencegahan jangkitan penyakit. Makanan yang dipilih dengan betul boleh
membekalkan nutrien makanan yang cukup bagi memenuhi keperluan badan.
Pemakanan ialah suatu proses membekal dan menerima makanan yang diperlukan
untuk kesihatan dan pertumbuhan. Corak pengambilan makanan yang teratur
sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “Diri Anda Ialah
Apa Yang Anda Makan” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Sekiranya
seseorang itu tidak mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, maka ia akan
memudahkan individu tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit khususnya obesiti
yang semakin membimbangkan pada masa kini. Pada zaman modenisasi kini, kita
dapat lihat bahawa rakyat mudah mendapat pelbagai penyakit akibat terlalu makan
dengan berlebihan lalu kurang melakukan aktivit fizikal sehingga mengundang
kepada masalah obesiti yang semakin membimbangkan negara
Malaysia.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai
risiko penyakit pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia
mempunyai berat badan berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi
seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak melakukan
senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti
serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara
umumnya, tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang
melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil lagi.
Menurut Graciella Regina (2012), “Obesiti adalah keadaan di mana tenaga-
tenaga di dalam badan yang di simpan, dibiarkan berkumpul dalam tisu-tisu lemak di
dalam badan sehingga melebihi tahap kesihatan”. Pengumpulan lemak yang
berlebihan ini akan mengakibatkan risiko kesihatan untuk mendapat penyakit
berbahaya selain obesiti. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia(WHO) pada tahun 2016, kajian tersebut telah mencatatkan
bahawa Malaysia merupakan negara yang mempunyai bilangan paling ramai
penduduk yang gemuk di Asia Tenggara dan berada di tempat yang keenam di
seluruh Asia (dipetik dalam Lembaga Promosi Kesihatan 2011). Dengan ini kita

2
boleh mengambarkan bahawa rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang tidak
sihat dan makan secara berlebihan. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran
tentang kesan negatif yang akan datang jika seseorang tidak mengamalkan
pemakanan yang sihat dan seimbang.
Justeru itu, kita perlu menyedari akan bahayanya obesiti ini terhadap kesihatan
sepanjang hayat mereka. Hal ini kerana masalah obesiti ini juga merupakan salah
satu penyumbang kepada penyakit Non-Communicable Diseases(NCD) seperti
diabetes, sakit jantung, hipertensi, kanser serta penyakit respiratori seperti asma dan
emfisima (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2010). Oleh hal yang demikian, langkah
yang bijak untuk mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan aktif diambil
dengan menggunakan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan untuk
mendapatkan pemakanan yang sihat. Melalui pengamalan diet yang sihat, maka
segala nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh badan akan dapat diperoleh agar
kita sentiasa sihat dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

2.0 OBESITI

Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang


menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit
dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Menurut Dictionary of Biology,
obesiti adalah lebihan berat badan. Di mana obesiti adalah hasil daripada lebihan
simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang akan menyebabkan
peningkatan jisim badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World of Health obesiti
adalah berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal seseorang. Selain itu,
obesiti juga merujuk kepada masalah lemak yang berlebihan di dalam badan.
Berdasarkan enjin pencarian, obesiti merupakan pengumpulan lemak secara
berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Walau bagaimanapun
penilaian peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu boleh
dikategorikan sebagai obes sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25
peratus bagi lelaki dan 35 peratus bagi wanita (Clinical Practice Guidelines on
Management of Obesity, 2004). Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius.

3
Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan adalah
masalah kian meningkat di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak obes lazimnya
mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan
dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak
yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Mereka
yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya
dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat
badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya.
Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa
penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetis serta mereka yang gagal
mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet
yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang


disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai
masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang
mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka
sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan
pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu
dan rendah diri. Selain daripada itu, masalah obesiti ini juga akan menyababkan
seseorang itu terhad untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dan sosial dan juga
boleh menyebabkan jangka hayat seseorang itu juga menjadi singkat. Kajian ada
menunjukkan bahawa kadar obesiti di Malaysia kini berada di dalam tahap yang
membimbangkan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan),
Encik Sufaat Tumin berkata, Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia dalam
Rancangan Malaysia ke- 10 (RMK-10) telah mendapati kadar kegemukan kanak-
kanak meningkat daripada 6.6% kepada 13.6%. Kajian juga menunjukkan 25
daripada 100 orang pelajar di negara ini dikhuatiri akan mengalami masalah
kegemukan pada tahun 2020.

4
3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI

PERUBATAN

AKTIVITI LANGKAH-
PEMAKANAN
FIZIKAL LANGKAH
MENGATASI
MASALAH
OBESITI

PSIKOLOGIKAL KELUARGA

GAMBAR 1: LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI

3.1 Perubatan

Tujuan utama rawatan perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan


obesiti. Perkara berikut perlu dilakukan secara berterusan, iaitu memantau
ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI), tekanan darah dan penentuan
parameter makmal secara berterusan.(kolesterol, trigliserida, High Density
Lipoprotein(HDL), Low Density Lipoprotein(LDL), Very Low Density
Lipoproetein(VLDL), elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic Transaminase(GPT),
Glutamyl Oxaloacetic Transaminase(GPT), apolipoprotein A1 dan B, hematologi, dan

5
perbezaan kiraan darah), pengukuran parameter vaskular, dan penilaian kriteria
dalam kes-kes sindrom ovari polisistik terhadap kanak-kanak perempuan.

3.2 Pemakanan

Dalam usaha menangani masalah obesiti dalam kalangan kanak-


kanak,pemilihan makanan yang baik memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan kanak-kanak. Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat perlu
diterapkan dalam diriindividu terutamanya kanak-kanak. Hal ini demikian kerana,
makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin
dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan kanak-kanak. Ibu bapa
perlulah mengetahui infoberkenaan bahan yang digunakan apabila menyediakan
makanan untuk anak-anak. Makanan yang bergoreng dan mempunyai kandungan
gula dan garam yang tinggi, perlulah dikurangkan dalam usaha menangani masalah
obesiti ini. Justeru itu, ibubapa perlulah menunjukkan contoh yang baik dalam
mendidik dan menerapkanamalan memakan makan yang seimbang dan berkhasiat
dalam diri anak-anak. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah
ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang
lain seperi ikan. Kita juga hendaklah mengelakkan penggunaan minyak untuk
menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau
merebus.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2010), Panduan Diet Malaysia


mencadangkan bahawa seseorang individu perlu mengambil pelbagai jenis makanan
berpandukan Piramid Makanan Malaysia untuk mengamalkan amalan pemakanan
yang sihat (Rajah 1). Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa
tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi
ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana
tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh
badan. Terdapat empat aras dalam piramid makanan yang perlu diambil dalam kadar
yang ditetapkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat (Suriah Abd Rahman &
Tengku Aizan Hamid, 2001).

6
RAJAH 1: PIRAMID MAKANAN

3.3 Psikologikal

Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan


mungkin sepanjang hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan
ini bagi mencapai matlamat rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah
untuk mencari bersama-sama dengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku
individu yang membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.
Pengurusan konflik yang berbeza membantu menghadapi situasi yang berpotensi
bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang baru dan
disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu
perlu berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan
kawalan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif (Suriah
Abd Rahman & Tengku Aizan Hamid, 2001).

3.4 Aktiviti Fizikal

Umum mengetahui bahawa senaman dapat menyihatkan badan


sekaligusdapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Aktiviti
senaman ini turut diakui oleh pakar perubatan kerana mempunyai banyak faedah
antaranya ialahmembina kekuatan otot, jantung dapat bekerja dengan baik,

7
membantu mengawal lipid darah yang tidak normal dan menguatkan tulang serta
meningkatkan imbangan. Aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan seseorang lebih ceriadan sihat. Kanak-kanak patut dilibatkan dengan
aktiviti fizikal yang menyeronokkan seperti senaman berpasukan, yoga, berenang,
berbasikal, menari ataupun berjalan-jalan pada waktu petang dan selepas makan
malam. Senaman yang dilakukan tidak semestinya senaman yang terlalu berat
ataupun memenatkan.

Senaman yang baik ialah senaman yang melibatkan pergerakan sendi dan
penggunaan otot untuk menggalakkan pembinaan otot. Kanak-kanak yang masih
kecil pula perlu digalakkan dengan bermain di taman permainan atau melakukan
aktiviti di luar rumah. Dalam konteks ini, sekiranya amalan bersenam diamalkan oleh
kanak-kanak, masalah obesiti dapat dikurangkan sekaligus dapat mengelakkan diri
kanak-kanak daripada penyakit berbahaya. Bersenam perlu diamalkan sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi.
Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar,
organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat
menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan
berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan
dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen.

3.5 Keluarga

Dengan mengambil kira rawatan obesiti kanak-kanak, kemasukan ahli


keluarga terdekat merupakan satu parameter yang penting dalam menentukan
kejayaan rawatan obesiti. Didikan ibu bapa perlu membawa kepada penubuhan
persekitaran rumah yang sihat dimana pemakanan yang sihat disediakan, gaya
hidup yang aktif dilakukan dan mengelakkan faktor yang menggalakkan obesiti
seperti menonton televisyen. Galakan yang positif daripada ibu bapa sangat
membantu kanak-kanak bagi menghadapi semua cabaran.

8
4.0 MANFAAT PIRAMID MAKANAN DALAM MENCEGAH OBESITI

Masalah obesiti di Malaysia merupakan satu penyakit yang membahayakan


kesihatan seseorang dan kini meningkat yang menjadikan negara kita berada di
kedudukan tertinggi di rantau asia pasifik yang mempunyai masalah ini. (Utusan
Malaysia, 15 Nov 2011). Seseorang individu dikatakan mengalami obesiti apabila
Indeks Jisim Tubuh (BMI) mereka melebihi 30. Noorsyarzielah Salleh (2013) pula
menyatakan bahawa obesiti juga berpunca akibat sikap individu yang suka makan
dengan berlebihan melebihi jumlah sajian yang dicadangkan di piramid makanan.
Oleh hal yang demikian, piramid makanan telah dibina untuk dijadikan sebagai
panduan kepada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang di samping
membantu individu untuk mengamalkan diet yang baik agar masalah obesiti ini dapat
dicegah daripada awal. Justeru, setiap individu perlu mengambil pelbagai jenis
makanan dalam piramid makanan dengan kuantiti yang betul untuk mendapatkan
nutrien yang lengkap. Terdapat beberapa kumpulan makanan dalam piramid
makanan yang boleh membantu dalam pencegahan obesiti. Antaranya ialah
karbohidrat, vitamin, protein dan lemak.
Sebahagian besar dari kalori yang terdapat di dalam tubuh manusia berasal
dari karbohidrat, yang biasa disebut zat tepung. Karbohidrat berfungsi untuk
membekalkan sumber tenaga yang utama dalam menyediakan keperluan glukosa
untuk penyimpanan glikogen (Maryama, 2015). Piramid Makanan menyarankan
untuk mengambil karbohidrat antara 4-8 sajian dalam sehari bergantung kepada
jumlah tenaga, saiz badan dan jenis senaman yang dilakukan. Manakala,
pengambilan makanan berglisemik tinggi seperti roti putih dan nasi putih diletakkan
pada puncak Piramid Makanan dan diambil dalam kuantiti yang sedikit. Antara
contoh karbohidrat yang terdapat dalam piramid makanan ialah nasi, roti, bijirin, dan
mi. Walau bagaimanapun, Hark dan Deen (2005) menyarankan untuk memilih
karbohidrat yang berserat tinggi seperti roti mil penuh, beras perang dan oat
berbanding memilih karbohidrat yang mempunyai kanji dan kandungan gula yang
tinggi seperti nasi putih, roti putih dan mi.
Hal ini demikian kerana makanan karbohidrat berbijirin penuh mempunyai
kandungan serat yang tinggi, vitamin, mineral dan protein untuk membantu

9
membekalkan sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan serta membantu
menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam badan. Ia juga membantu
membuang kolesterol yang berbahaya dari dalam badan berbanding makanan
berglisemik tinggi seperti roti putih dan nasi putih. Oleh itu, ia sangat membantu
dalam menurunkan berat badan bagi penghidap obesiti. Kajian juga menunjukkan
bahawa pengambilan makanan seperti nasi putih, mi dan roti putih secara berlebihan
telah menyumbang kepada peningkatan kadar penyakit diabetes dan obesiti di
seluruh dunia kerana ia mempunyai kandungan kanji dan gula yang tinggi. Oleh itu,
sangat penting untuk memilih makanan yang terbaik dan diambil dalam saiz
hidangan yang sedikit dan tidak berlebihan bagi mengelakkan seseorang individu
mempunyai kecenderungan untuk menghidap obesiti. Hal ini kerana, makan secara
berlebihan merupakan salah satu penyebab kepada masalah obesiti. Obesiti pula
akan menyebabkan individu mudah berasa lesu dan lemah dalam melakukan
pergerakan yang aktif.
Seterusnya, vitamin juga tidak kurang pentingnya dalam amalan pemakanan
yang sihat. Sumber vitamin ini kebanyakannya boleh diperolehi dalam sayur-sayuran
dan buah-buahan. Kumpulan makanan ini terdapat dalam piramid makanan dan
diletakkan pada aras kedua piramid serta perlu diambil secara pukal (banyak).
Panduan Diet Malaysia juga mencadangkan bahawa makan sekurang-kurangnya 3
hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari kerana ia melindungi tubuh
daripada menghidap pelbagai penyakit kronik (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2010). Sayur-sayuran dan buah-buahan bukan sahaja mengandungi vitamin,
malah ia juga mengandungi serat yang tinggi, mineral dan rendah lemak.
Kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak ini tidak mempunyai kalori
dan membantu seseorang untuk berasa kenyang dengan cepat (Holford, 2008). Oleh
hal yang demikian, ia membantu individu mengurangkan risiko daripada makan
secara berlebihan daripada saiz hidangan yang dinyatakan dalam piramid makanan.
Justeru, sayur-sayuran dan buah-buahan ini memainkan peranan penting dalam
membantu pengawalan berat badan sekaligus dapat mencegah kadar obesiti
daripada terus meningkat. Selain itu, kita digalakkan untuk memakan sayuran
mentah seperti timun, saderi, lobak dan sebagainya serta menggunakan kaedah
memasak yang sihat seperti merebus, mencelur atau mengukus bagi
meminimumkan kehilangan nutrien. Hark dan Deen (2005) pula mencadangkan
bahawa buah-buahan pula sebaik-baiknya dimakan dengan kulit berbanding ia

10
digunakan untuk membuat jus untuk mendapatkan kandungan nutrien yang
optimum disamping dapat mencegah pelbagai penyakit kronik dan obesiti.
Protein pula terdapat dalam piramid makanan. Sumber protein boleh diperoleh
daripada kekacang, ikan, ayam, daging, telur, susu dan produk tenusu. Pada Piramid
Makanan protein diletakkan di aras ketiga dan dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu susu dan produk tenusu serta ikan, ayam, itik, daging dan kekacang. Jumlah
sajian yang perlu diambil adalah 1-2 sajian dan 2-3 sajian masing-masing. Protein
mengandungi banyak manfaat terhadap sistem tubuh badan yang berfungsi untuk
membaiki tisu dan otot serta menguatkan tulang dan gigi. Ia juga berfungsi untuk
membekalkan tenaga apabila karbohidrat dan lemak tidak mencukupi di dalam
badan (Mohd Sani Madon, 2017). Dalam usaha untuk mencegah obesiti, kita
digalakkan untuk mengambil protein daripada sumber tumbuhan seperti kekacang
dan sumber haiwan seperti ayam, ikan, kerang dan telur. Pengambilan daging merah
seperti daging lembu, kambing dan khinzir adalah tidak digalakkan untuk diambil
secara kerap.
Oleh hal yang demikian, Piramid Makanan meletakkan sumber protein seperti
daging merah berada di puncak piramid yang menunjukkan bahawa ia perlu diambil
secara sedikit. Hal ini kerana daging merah mempunyai kandungan lemak tepu dan
kolesterol yang tinggi walaupun ia kaya dengan sumber protein. Ini boleh
mengakibatkan kepada penyakit kardiovaskular dan obesiti sekiranya ia diambil
secara berlebihan. Panduan Diet Malaysia 2010 juga mencadangkan untuk
mengambil protein daripada ikan, ayam, kekacang, susu dan produk tenusu kerana
ianya mengandungi rendah lemak dan pelbagai nutrien yang penting untuk kesihatan
dan kecergasan. Di samping itu, obesiti dapat dicegah dengan mengambil
sumber protein yang mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah, tiada
kolesterol dan mempunyai sumber nutrien yang lain.
Tambahan lagi, susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt merupakan
sumber protein yang sangat membantu dalam pengurangan berat badan kerana
sumber ini mengandungi kalsium. Kajian menunjukkan bahawa
pengambilan kalsium dalam pengamalan diet telah meningkatkan proses
pemecahan lemak dan menurunkan jumlah penghasilan lemak dalam badan
(Bowen, Noakes, & Clifton, 2004). Penghidap obesiti dewasa yang mengamalkan
diet yang tinggi dengan kalsium menyebabkan pengurangan berat badan dan lemak
dengan lebih cepat berbanding mereka yang mengikuti amalan diet yang kurang

11
dengan kalsium. Oleh itu, pengamalan diet yang baik berdasarkan sumber protein
yang kaya dengan mineral ini sangat membantu dalam pencegahan obesiti daripada
terus meningkat.
Selain itu, lemak juga berperanan penting dalam tubuh manusia. Lemak
berfungsi untuk mengawal atur suhu badan, melindungi organ dalaman,
membekalkan vitamin larut lemak dan asid lemak serta bertindak sebagai penebat
haba untuk melindungi badan daripada kesejukan (Mahadiah Muda, 2013).
Walaupun lemak memberi banyak kebaikan tetapi piramid makanan mencadangkan
bahawa lemak, minyak, gula dan garam perlu diambil dalam kadar yang sedikit.
Dalam pengamalan diet yang sihat, elakkan pengambilan makanan yang tinggi
dengan lemak tepu seperti mentega, ayam goreng, burger dan sebagainya.
Sebaliknya, amalkan pengambilan lemak daripada sumber lemak tidak tepu seperti
minyak zaitun, minyak ikan, minyak sayuran dan lain-lain. Pengambilan diet yang
sihat ini sesuai dengan Piramid Makanan yang meletakkan sumber minyak
tumbuhan dan minyak ikan pada aras keempat piramid dan perlu diambil antara 1-2
sajian.
Kita perlu memahami bahawa pengambilan lemak secara berlebihan akan
mengundang kepada masalah berat badan seterusnya kepada masalah obesiti.
Dalam usaha menangani masalah obesiti, pengambilan makanan yang tinggi dengan
lemak dan berminyak dalam penyediaan makanan perlu dikurangkan. Sekiranya
seseorang sudah mencapai tahap obesiti, maka kecenderungan untuk
menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung dan
darah tinggi amat tinggi. Di Mediterranean, mereka mengamalkan diet yang
rendah lemak tepu dan menggantinya dengan sumber lemak tidak tepu dalam
pemakanan. Misalnya, gandum, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, minyak
zaitun dan mengehadkan pengambilan gula dan daging merah. Ini menjadikan
negara mereka merupakan negara yang paling rendah tahap kolesterol dan kadar
penyakit kardiovaskular dan obesiti (Norhidayah Hasan Basari, 2011). Namun begitu,
sumber lemak ini juga tinggi dengan kalori dan akan menyumbang kepada kenaikan
berat badan. Oleh itu, seseorang perlu melakukan aktiviti senaman dan aktiviti fizikal
sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu untuk mengamalkan berat badan yang
ideal. Justeru, pengamalan diet yang sihat perlu diamalkan berpandukan piramid
makanan agar dapat mencegah obesiti dan menjamin kesihatan sepanjang hayat.

12
4.0 JUSTIFIKASI DAN KESIMPULAN

Gaya hidup Tabiat masyarakat yang suka makan mengikut selera tanpa memikirkan
kesan kepada kesihatan adalah satu masalah yang perlu diambil berat. Kadang-kala,
tabiat ini diamalkan di dalam institusi kekeluargaan yang mana, anak-anak turut
sama menjamu selera pada waktu yang tidak sepatutnya. Ia lebih ketara berlaku di
bandar- bandar besar memandangkan kekangan masa ibu bapa di dalam
penyediaan makanan. Apabila masa yang singkat menjadi pengukur, penjaga
mencari jalan mudah dengan memilih makan makanan segera sebagai menu
makanan terutamanya untuk hidangan makan malam (Norfazlinda, Nurul Ain,
Suzieliana, & Farah Zuli, 2012). Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan
pada waktu yang tepat akan menyebabkan badan kita tidak letih dan lebih
bertenaga. Sekiranya keadaan ini tidak diikuti ini boleh mendatangkan obes dan
makanan tidak dapat dihadam dengan baik terutamanya kepada kanak-kanak yang
sedang mengalami proses tumbesaran fizikal.

Ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk amalan gaya hidup
sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk dilaksanakan agar
kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu,
langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin
generasi akan datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara. Semua rakyat Malaysia haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya
penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya
dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini. Dengan kata lain, segala
kelemahan perlu ditangani sebelum padi di sawah menjadi lalang, sebelum ayam di
reban disambar helang. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang sihat bak kata pepatah
hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Kesimpulannya, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal


kadar obesiti dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam
pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti

13
yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan
tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk
menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan
badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu, amalan
pengambilan makanan yang sihat berpandukan Piramid Makanan Malaysia perlu
dititikberatkan untuk mengekalkan berat badan yang ideal serta mengelak daripada
obesiti dan penyakit berbahaya yang lain untuk kesihatan sepanjang hayat.

14
5.0 RUJUKAN

Error: Reference source not found

15
16

Anda mungkin juga menyukai