Anda di halaman 1dari 9

SEMESTER 2 SESI 2017/2018 (FEB 2018)

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


DENGAN KEPUJIAN
(Kumpulan 1)
Muhammad Izzat Zafireen Bin Muhammad Zabudin (D20151071524)
Mohamad Asyraf Bin Zainuddin (D20151071531)
E-mail: mohamadasyrafzainuddin@gmail.com
ITEM PENERANGAN
BAHAGIAN TUBUH Elbow
SUKAN Badminton
KECEDERAAN Golfer’s elbow merupakan kesakitan pada benjolan tulang di
bahagian dalam siku ia disebut sebagai medial epicondylitis.
ANATOMI FUNGSIAN Membantu membengkokkan pergelangan tangan
JENIS KECEDERAAN Kecederaan secara tidak lansung, kronik dan repetitive injuries
FASA PENYEMBUHAN Fasa remodelling
MEKANISME 1. Kecederaan golfer elbow disebabkan penggunaan yang
KECEDERAAN berlebihan mengakibatkan kecederaan kesakitan dalam tisu.
2. Pergerakan berulang membengkokkan pergelangan tangan
terutama ketika melawan bebanan atau daya.
3. Boleh terjadi apabila pemain merejam bulu tangkis.
4. Melakukan aktiviti berulang untuk tempoh yang lama
5. Boleh berlaku disebabkan tendon otot pergelangan tangan
6. Boleh berlaku disebabkan tendon otot, pergelangan tangan pada
bahagian dalam siku menjadi radang dan sakit.
TANDA DAN GEJALA 1. Rasa sakit ketika disentuh pada bahagian yang timbul
2. Sakit ketika menggenggam tangan
3. Sakit ketika membengkokkan pergelangan tangan ke bawah
sambil melawan bebanan
4. Sakit ketika memusingkan pergelangan tangan
5. Terjadi secara berperingkat dan menyebabkan ketidak selesaan
dengan kekerapan kelakuan yang berlaku sebelum ia menjadi
sakit dan hilang fungsi
MATLAMAT REHABILITI A) Matlamat jangka pendek
1. Mengurangkan kesakitan (ice theraphy)
2. Mengurangkan tindak balas keradangan terhadap trauma.
3. Kembali melakukan pelbagai gerakan yang aktif dan
bebas rasa sakit (regangan)
4. Mengurangkan kebengkakan
5. Mengekalkan kekuatan otot tangan
B) Matlamat jangka panjang
1. Meningkatkan kekuatan otot, daya dan kuasa.
2. Mengembalikan fungsi asal dalam melakukan aktiviti
tanpa gejala kecederaan pada peringkat pra-kecederaan.
3. Latihan kemahiran spesifik (Sport specific skill).
STARATEGI INTERVENSI Fasa akut: 72jam pertama
 Menggunakan Rawatan terapi ais dan taping
Fasa proliferasi / fibroplastik
 Urutan kneading dan sliding, ultrasound
Fasa remodelling
 Latihan regangan, senaman eksentrik, daya tahan otot,
kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, ketangkasan,
imbangan, kuasa, kordinasi badan dan masa tindak balas
MODALITI TERAPEUTIK Fasa akut: 72jam pertama
 Menggunakan Rawatan terapi ais, straping dan taping,
Fasa proliferasi / fibroplastik
 Urutan kneading dan sliding, taping dan straping, massage
Fasa remodelling
 Latihan Terapeutik (Latihan regangan, senaman eksentrik,
daya tahan otot, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular,
ketangkasan, imbangan, kuasa, badan dan masa tindak balas)

Rujuk lampiran 1*
SENAMAN TERAPEUTIK/ Fasa akut: 72jam pertama
SENAMAN PELAZIMAN 1. Meningkatkan julat pergerakan lengan (pergerakan aktif)
Fasa proliferasi / fibroplastik
1. meningkatkan daya tahan kardiovaskular
2. meningkatkan kekuatan
3. meningkatkan ketangkasan
Fasa remodelling
1. meningkatkan kelajuan
2. meningkatkan ketangkasan
3. meningkatkan masa tindak balas
4. meningkatkan kuasa
Lampiran 1

Terapi ais

Faedah Rawatan Terapi Ais

Terapi ais membantu mengurangkan keradangan dan boleh memberikan kelegaan


kesakitan pada kawasan yang cedera. Dengan mengecutkan aliran darah, rawatan ais
dapat membantu mengurangkan bengkak. Ais paling berkesan untuk kecederaan akut dan
harus digunakan sehingga enam kali dalam 48 jam pertama selama 15 hingga 20 minit
pada satu masa. Jangan letakkan pek ais terus pada kulit. Balut dengan tuala untuk
mengelakkan kerosakan tisu.

Bila Menggunakan Terapi Ais,

Terapi ais atau terapi sejuk, atau cryotherapy, adalah lebih berkesan dan merawat
tendonitis apabila gejala pertama berkembang, menurut Edward R. Laskowski, pakar
perubatan dan pemulihan fizikal di Mayo Clinic. Ais membantu menghalang pembuluh
darah untuk mengurangkan pembengkakan dan keradangan akibat kecederaan tisu.
Terapi sejuk juga boleh mengurangkan kekejangan otot dan kesakitan. Terapi sejuk
termasuk menggunakan pek sejuk, beg ais atau cecair seperti etil klorida. Sentiasa
letakkan kain nipis di antara kulit anda dan pek ais untuk mengelakkan kerosakan tisu.
Hadkan masa terapi sejuk untuk 15 hingga 20 minit pada satu masa, kerana tisu otot yang
terdedah dengan ais terlalu lama juga boleh menyebabkan kerosakan pada tisu otot.
Seperti mana-mana kecederaan disebabkan penggunaan otot secara berlebihan, sangat
penting untuk mendapatkan rawatan untuk siku pemain dengan cepat.Letakkan ais ke siku
selama 15-20 minit tiga hingga empat kali sehari.Rehatkan siku yang cedera dari aktiviti
yang boleh memburukkan lagi kecederaan dan bincangkan dengan pakar perubatan sukan
anda untuk menghadkan tekanan kepada tendon yang terlibat.
Ultra-sound

Gelombang bunyi membantu penyembuhan pada tendon dengan memanaskan kawasan


tersebut, terutama apabila gelombang bunyi diaplikasikan secara berterusan semasa sesi
rawatan. Ianya memberi kesan merangsang aliran darah, mengurangkan persepsi rasa
sakit, meningkatkan kadar metabolik badan, yang mempercepat penyembuhan;
merangsang sistem imun; dan memecahkan tisu rosak. Apabila gelombang bunyi
dihentikan, kesan pemanasan berkurang, tetapi gelombang terus berfungsi dalam
penyembuhan pada tendon.

Rawatan

Dalam rawatan ultrasound, gel digunakan pada kulit untuk membantu gelombang bunyi
menjangkau tendon yang cedera. Kepala mesin ultrasound perlu sentiasa bergerak untuk
menghindari getaran yang tidak stabil pada sel yang dapat mengakibatkan kerosakan pada
siku. Kepala mesin ultrasound dengan penetapan 3 MHz biasanya digunakan untuk
merawat siku golfer pemain.

Kekerapan

Ultrasound perlu digunakan untuk tendon yang cedera sekurang-kurangnya dua kali
seminggu bergantung kepada kecederaan pada tendonitis. Semakin kerap penggunaan
ultrasound digunakan, semakin cepat tendon akan sembuh. Ultrasound boleh digunakan
sehingga tiga kali sehari. Rawatan itu perlu berlangsung selama tiga hingga lima minit.
Mesin ultrasound peribadi boleh didapatkan bagi membolehkan pesakit merawat dirinya
sendiri di rumah.
Kinesiology Tape Untuk Golfer’s Elbow

Kinesiology taping dikenali sebagai K-tape. Rawatan yang boleh digunakan untuk
mengurangkan kesakitan pada bahagian golfer elbow, menghalang kekejangan otot,
atau memudahkan kontraksi otot-otot dan pada otot pergelangan tangan yang betul.

Langkah 1

1. Sebelum memulakan penggunaan pita kinesiology, pastikan kulit anda bersih


dan kering serta bebas dari sebarang losyen. Jika anda mempunyai sedikit
rambut di lengan anda, anda mungkin boleh mencukurnya untuk mendapatkan
aplikasi yang lebih baik

2. Pertama potong pita sepanjang 5 hingga 6 inci panjang. Potong secara


melengkung pada tepi pita dengan menggunakan gunting, dan potong 2 hingga 3
inci di tengah pita untuk membentuk lengan "Y."

Langkah 2

1. Lekatkan pita pada bahagian lengan, tepat di atas siku dan epicondyle sisi.
Gosokkan pita dengan lembut untuk memastikan ia melekat dengan betul.
Langkah 3

1. Lekatkan pita membentuk Y strip


2. Tekan dan gosokkannya untuk melekatkan pita pada lengan
URUTAN

Urutan sliding dan kneading boleh dilakukan pada kecederaan golfer elbow pada fasa
proliferasi (hari ke 4-8)

KNEADING

 Kneading merupakan teknik urut yang baik untuk melegakan otot.

 Meningkatkan kelancaran peredaran darah pada bahagian yang tercedera.

SLIDING

 Memberikan keselesaan pada bahagian yang tercedera.


 Memberi relaksasi kepada pesakit.

Senaman Terapeutik

Anda mungkin juga menyukai