Anda di halaman 1dari 30

1.

2. 3. 4. 5.

http://www.ukm.my/monline/teknik-senamanyang-baik.html http://www.smkevii.edu.my/2012/1m1s/meneng ah/Badminton.pdf http://drblacksps.blogspot.com/2010/07/meman as-dan-menyejukkan-badan-dalam.html http://suwekaprabhayoga.wordpress.com/2012/1 0/27/gerak-anatomis/ http://www.moe.gov.my/bsukan/images/stories/ pdf/badmintonsm.pdf

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN


Aktiviti memanaskan badan penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Aktiviti ini bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan. Latihan pemanasan yang betul akan memberikan pengaruh positif pada proses kerja organ tubuh, mekanisme peredaran darah, dan pernafasan.

Tujuan aktiviti memanaskan badan


meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi) merangsang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf- kontraksi otot menjadi lebih efisyen) mengurangkan masa reaksi meningkatkan koordinasi mengurangkan risiko kecederaan meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi.

Bahagian Kepala
Pergerakan hyperextension Pergerakan yang dilakukan dengan mendongakkan kepala ke atas dan jari-jari tangan menyokong di bahagian mandible. Pergerakan flexsion Pergerakan yang dilakukan dengan menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan kepala dari atas.

Pergerakan rotation Pergerakan yang dilakukan dimana kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian maxilla. Pergerakan circumduction Pergerakan yang dilakukan dengan memusingkan kepala dengan menggunakan sendi putar/paksi.

Bahagian Tangan Dan Bahu


Pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah Pergerakan ini adalah seperti pergerakan extension dan flexsion

Pergerakan lengan ke arah dada Bahagian tulang humerus dirapatkan ke bahagian dada.

Pergerakan membengkokkan lengan di belakang cranium.

Bahagian Pinggang
Pergerakan flexion Membengkokkan pinggang ke hadapan.

Bahagian Kaki
Otot quadricep (bahagian depan paha)
Berdiri tegak. Bengkokkan satu lutut dan berdiri pada sebelah kaki. Bawa kaki yang dibengkokkan ke belakang sehingga mencecah punggung. Tukar kaki dan ulang. Jika anda sukar mengseimbangkan badan, regangan ini boleh dilakukan sambil berbaring pada bahagian sisi.

Otot hamstring (belakang paha/pelipat lutut)


Duduk dan lunjurkan kaki (bentuk V). Lipat sebelah kaki ke bahagian paha kaki bersebelahan. Bengkokkan badan dan cuba sentuh ibu jari kaki yang diluruskan. Tukar kaki dan ulang. Jangan bimbang jika tidak dapat menyentuh ibu jari kaki; bengkokkan badan sejauh yang boleh dan pastikan anda tidak berasa sakit ketika melakukannya.

Pergerakan dorsi fleksi Gerak fleksi pada sendi pergelangan kaki ke arah atas, membawa kaki mendekati tungkai bawah. Pergerakan plantar fleksi Gerak fleksi pada sendi pergelangan kaki ke arah bawah telapak kaki, membawa kaki menjauhi tungkai bawah.

Pergerakan inversi dan eversi Gerak memutar kaki sehingga sisi medial telapak kaki terangkat ke dalam dan ke luar.

Regangan badan boleh dilakukan sebelum bermain badminton tetapi tidaklah sehingga mencederakan otot. Regangan badan patut dilakukan selepas pemanasan badan dilakukan. Terdapat dua jenis senaman regangan, iaitu:
Senaman Regangan Statik Senaman Regangan Dinamik

Senaman Regangan Statik

Senaman Regangan Dinamik

Langkah-langkah melakukan regangan pada bahagian kaki

Langkah pertama, berdiri pada posisi yang betul dengan kedua belah kaki dibuka.

Kedua, bengkokkan kaki sehingga badan mencapai sudut 90 darjah mengikut keselesaan masing-masing.

Ketiga, ulangi langkah pertama dalam kiraan 10-15 kali.

Keempat, otot dan lengan berdiri dengan posisi sama. Bengkokkan sedikit kaki dan luruskan tangan menghala ke belakang.

Kelima, tarik tangan sambil membengkokkan siku sehingga 90 darjah separas dengan pinggang dengan keadaan tangan digenggam dalam kiraan 10-15 kali.

Keenam, tolak hujung kaki ke lantai dan mengangkat tumit ke atas pada sudut 75 darjah. Ulang dengan kiraan 10-15 kali. Lakukan sambil meletakkan tapak tangan ke dinding.

Ketujuh, tanpa memegang dinding angkat tumit pada kedudukan yang selesa sambil menarik nafas perlahan-lahan. Pastikan kdudukan kaki betul bagi mengelakkan kecederaan. Ulang dalam kiraan 10-15 kali.

SEJARAH BADMINTON MALAYSIA


sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Logo lama

Logo baru yang dilancarkan semasa Piala Sudirman 2007

Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Sir George Thomas Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun sekali. Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon.

Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada tahun 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas.

Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain.

Misbun Sidek & Razif Sidek

Punch Gunalan

Silvia Ng

Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia.

Sekarang ini, pasukan Negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

Lee Chong Wei

Wong Mew Choo

Anda mungkin juga menyukai