Anda di halaman 1dari 62

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan latar belakang kajian, penyataan masalah,


objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, Batasan Kajian dan definisi
operasional. Bahagian ini adalah sebagai langkah awal bagi membantu memudahkan
pemahaman pembaca tentang kajian yang hendak dijalankan.

1.2 Latar belakang kajian

Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima adalah sangat diperlukan


bagi atlet-atlet dalam memastikan prestasi sukan mereka pada keadaan yang terbaik.
Bukan itu saja, bagi masyarakat umum pula, kesihatan serta kecergasan yang optima
adalah diperlukan dalam kehidupan seharian. Dengan memiliki kesihatan yang baik
maka mutu kerja atau prestasi sesuatu perkara akan menghasilkan perkara yang
positif. Masyarakat moden kini secara puratanya tidak memiliki serta mencapai tahap
2

kesihatan dan kecergasan yang terbaik. Hal ini disebabkan oleh gaya pemakanan
serta gaya hidup masyarakat itu sendiri yang tidak memikirkan kesan kesihatan
mereka pada masa hadapan. Oleh itu kerajaan Malaysia kini telah memfokuskan
untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti pada masa hadapan adalah lebih baik
jika dilentur pada zaman sekolah lagi, ini seiring dengan wasasan 2020 yang telah
diilhamkan pada 28 Februari 1991 oleh mantan perdana menteri Malaysia iaitu Tun
Dr Mahathir Mohamad.

Memiliki kesihatan dan kecergasan yang optimum di kalangan pelajar adalah


penting di dalam merealisasikan hasrat ini. Bersenam dan melakukan aktiviti sukan
adalah satu cara untuk memiliki keadan fizikal dan mental yang baik. Namun sering
kali kita melihat aktiviti sukan di kalangan pelajar dilakukan tanpa di dahului dengan
aktiviti pemanasan badan serta di akhiri dengan penyejukkan badan. Kebanyakan
kajian-kajian yang telah dibuat dalam bidang ini menunjukkan bahawa memanaskan
badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor. Sebaliknya aktiviti tanpa
sesi pemanasan badan serta penyejukkan badan dapat menggundang kecederaan yang
tidak di ingini.

Memanaskan badan atau warming up sebelum melakukan sesuatu aktiviti


sukan adalah perkara penting. Memanaskan badan adalah bertujuan untuk
memastikan keadaan fizikal dan mental pelajar di dalam keadaan yang bersedia di
samping dapat mengelakkan sebarang kecederaan yang serius. Memanaskan badan
merangkumi beberapa aktiviti kardivaskular dan sebarang gerakan aerobic yang
mudah. Menurut Olsen et al. (2012) sesi pemanasan badan sebelum latihan intensif
dapat mengurangkan kerosakan otot yang terjadi kepada seseorang pelajar. Oleh itu
ternyata aktiviti ini dapat membantu para pelajar menggelakkan kecederaan berlaku
semasa melakukan aktiviti. Antara tujuan memanaskan badan ialah dapat
meningkatkan suhu badan dan suhu dalam otot pelajar. Melakukan aktiviti ini dapat
mengurangkan ketegangan dalam otot dan menjadikan otot itu berkeadaan relaks.
Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang bola dan belari
pecut. Aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan kumpulan otot besar dalam
tempoh yang singkat, di susuli dengan regangan maksimum otot-otot tersebut.
3

Aktiviti menyejukkan badan pula adalah satu aktiviti di mana para pelajar
akan mengembalikan suhu badan serta kadar denyutan jantung kembali kepada
keadaan asal. Aktiviti menyejukkan badan ini dapat mengelakkan pelajar itu sendiri
daripada mengalami kelenguhan otot dan membantu di dalam proses pemulihan.
Merujuk Peter A. Farrell et al. (2011), aktiviti menyejukkan badan dalam masa 5
hingga 10 minit dengan melakukan regangan dapat mengembalikan atlet kedalam
kedaaan asal dan dapat menyediakan keadaan fizikal atlet bersedia untuk aktiviti
yang seterusnya. Oleh itu penyejukkan badan di kalangan pelajar dapat memberikan
manfaat yang berguna untuk aktiviti yang seterusnya tanpa mengalami sebarang
kecederaan dan keletihan otot. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga akan membantu
pelajar atau atlet untuk mengekalkan prestasi sesuatu sukan bagi latihan atau
perlawanan yang seterusnya.

Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah tingkatan 4 dan 5


juga telah menyediakan pembelajaran tentang pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman asas Sains. Di antara objektif sukatan pelajaran ini adalah memahami
dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan
sukan. Oleh itu pengamalan aktiviti pemanasan badan seharusnya tidak asing lagi di
kalangan pelajar kerana di dalam sukatan kurikulum itu sendiri telah menitikberatkan
aspek kepentingan keselamatan diri. Guru pendidikan jasmani seharusnya
bertanggungjawab dalam memastikan semua sukatan pelajaran disampaikan dengan
baik kepada para pelajar. Ilmu tentang kepentingan keselamatan diri boleh mencetus
kesedaran di kalangan pelajar. Menurut Rimal & Lipinski (2009), mereka
menyatakan bahawa kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan gaya hidup
manusia, maka komunikasi tentang kesihatan mempunyai peranan besar untuk
menyampaikan pelbagai maklumat agar individu dapat mengamalkan gaya hidup
sihat dan seterusnya mempunyai tahap kesihatan yang baik. Kenyataan ini disokong
dengan Bandura (2001) yang menyatakan bahawa, bagi membawa perubahan dalam
sikap serta gaya hidup individu adalah melalui input maklumat yang akan
mencetuskan pengetahuan.
4

1.3 Peryataan masalah

Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan adalah antara komponen yang


penting di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk memastikan
pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan atau keletihan otot yang terlampau
semasa dan selepas bersukan. Akan tetapi, terdapat segelintar murid yang mengambil
ringan atau mengambil mudah akan kepentingan sesi memanaskan dan menyejukkan
badan. Sifat tidak endah ini mungkin disebabkan oleh kurang ilmu pengetahuan
mengenai fisiology mereka sendiri, kurang penekanan daripada guru PJK yang
terlibat atau hanya sikap sambil lewa yang telah ada di dalam diri.

Kebiasaanya pelajar menjalani latihan tanpa melakukan pemanasan badan


dengan betul dan terdapat juga tanpa melakukan pemanasan badan sama sekali.
Situasi ini seharusnya dielakkan kerana kesilapan meninggalkan aktiviti
memanaskan badan atau memanaskan badan atau melakukan 'ala kadar' sahaja akan
mengakibatkan pelbagai masalah kepada individu sama ada dalam jangka masa
pendek mahupun panjang. Sebenarnya aktiviti memanaskan badan adalah langkah
paling awal untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa melakukan sebarang
aktiviti sukan. Oleh itu memanaskan badan penting dilakukan sebelum mula
melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana bermanfaat kepada
persediaan fizikal dam mental pelajar.

Kebanyakan kajian-kajian yang telah dibuat dalam bidang ini menunjukkan


bahawa memanaskan badan memberi kesan yang positif terhadap lakuan motor.
Menurut Norlaila Binti Razali, (2011) kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor
merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan
bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan,
daya tahan, ketangkasan dan juga koordinasi dengan lebih cekap. Oleh itu, adalah
penting untuk pelajar melakukan sesi memanaskan badan supaya dapat mencapai
tahap kecergasan fizikal yang optimum bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sukan.
5

Oleh itu, atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, penyelidikan ini telah
dijalankan agar dapat menilai sejauh mana tahap kesedaran pelajar UTM terhadap
kepentingan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan sebelum melakukan
sebarang aktiviti fizikal. Selain itu tahap amalan pelajar UTM terhadap kepentingan
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan sebelum melakukan sebarang aktiviti
fizikal juga dikaji.

1.4 Objektif Kajian

Berikut merupakan objektif kajian ini:-

1.4.1 Untuk mengukur tahap kesedaran pelajar UTM mengenai kepentingan


memanaskan dan menyejukkan badan.

1.4.2 Untuk mengukur tahap amalan pelajar UTM untuk melakukan


memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum aktiviti sukan
mereka.

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, persoalan yang akan dikaji ialah :-


6

1.5.1 Mengukur tahap kesedaran pelajar mengenai kepentingan memanaskan


dan menyejukkan badan.

1.5.2 Mengukur tahap amalan pelajar untuk melakukan memanaskan badan


dan menyejukkan badan sebelum aktiviti sukan mereka.

1.6 Hipotesis kajian

Ho1 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap kesedaran


aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ha1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap kesedaran
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ho2 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori umur terhadap


kesedaran aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.

Ha2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori umur terhadap
kesedaran aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.

Ho3 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap amalan aktiviti
memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
7

Ha3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina terhadap amalan
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ho4 Terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori umur terhadap amalan
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Ha4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori umur terhadap
amalan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.

1.7 Kepentingan kajian

Di dalam kajian ini, terdapat beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan


oleh pihak-pihak tertentu.

1.7.1 Pelajar

Maklumat mengenai aktiviti memanaskan badan serta menyejukkan badan


amat penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang
kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti pemanasan serta penyejukkan
badan semasa bersukan.
8

1.7.2 Guru

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru-guru pendidikan


jasmani di sekolah untuk merancang atau melaksanakan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran serta sukan berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hasil kajian dapat memberi input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia


untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti pada masa hadapan di mana
pelajar yang cergas dan cerdas mampu menjadi modal insan yang berkualiti
dan dapat menggantikan tampuk kepimpinan yang sedia ada sekarang.

1.7.4 Ibu bapa

Kajian ini diharap dapat memberi informasi yang berguna kepada ibu bapa
dalam memberi pantauan kepada anak-anak semasa bersukan ketika berada di
luar daripada sekolah.

1.7.5 Penyelidik akan datang

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada penyelidikan


mengenai tahap kesedaran pelajar tentang aktiviti memanaskan badan serta
menyejukkan badan semasa bersukan. Diharapkan ia akan menjadi salah satu
bahan rujukan untuk penyelidik lain yang berminat untuk membuat kajian
lanjutan.
9

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Berikut merupakan skop dan batasan kajian ini:

1.8.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada sampel yang terdiri daripada 100 orang
pelajar UTM sahaja. Seramai 43 orang pelajar perempuan dan 57 orang
pelajar lelaki akan menjadi sampel untuk kajian ini.

1.8.2 Fokus kajian ini adalah untuk untuk mengukur tahap kesedaran pelajar
mengenai kepentingan memanaskan dan menyejukkan badan setra
mengetahui faktor-faktor di sebalik keengganan pelajar untuk melakukan
memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum aktiviti sukan mereka.
Di samping itu juga kajian ini adalah untuk untuk mencadangkan cara-cara
alternatif untuk memaklumkan dan memastikan pelajar menjalankan prosedur
yang betul apabila ia datang untuk memanaskan badan dan menyejukkan
badan.

1.9 Definisi Operasional

1.9.1 Kesedaran

Terdapat beberapa difinisi yang boleh diutarakan untuk mengambarkan


maksud kesedaran ini. Antaranya difinisi yang terdapat di dalam Cambridge
International Dictionary Of English (1995) yang menyatakan bahawa
kesedaran adalah satu keadaan di mana individu itu memahami tentang apa
yang terjadi terhadap dirinya. Selain itu juga kesedaran didifinisikan sebagai
10

semua perasaan dan pendapat serta pengatahuan tentan diri serta keberadaan
dirinya. Oleh hal yang dimikian, kesedaran sememangnya memerlukan
penglibatan kefahaman diri serta pendapat diri terhadap perkara-perkara yang
baru. Dengan penilaian diri terhadap sesuatu rangsangan, maka perkara yang
memberi manfaat akan diguna pakai dalam kehidupan seharian.

1.9.2 Memanaskan Badan (warm up)


Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan
mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman
kalistenik seperti regangan adalah untuk menyediakan badan bagi
menghadapi latihan sukan atau sukan yang lebih berat. Pemanaskan badan
adalah untuk memastikan keadaan fizikal dan mental di dalam keadaan yang
bersedia disamping dapat mengelakkan sebarang kecederaan yang serius.
Memanaskan badan dengan melakukan regangan dinamik adalah lebih sesuai
untuk mengurangkan kekejangan otot berbanding dengan regangan otot
secara statik. Menurut kajian yang dijalankan oleh Hadden et al. (2014),
terdapat kesan yang berbeza di antara rengangan otot dinamik dan statik
untuk sukan berat seperti sukan pecut, regangan dinamik memberi kesan
positif dan statik menjukkan kesan negatif terhadap prestasi atlet.

1.9.3 Penyejukkan Badan


Penyejukkan badan pula adalah satu aktiviti di mana para pelajar akan
mengembalikan suhu badan serta kadar denyutan jantung kembali kepada
keadaan asal. Aktiviti menyejukkan badan ini dapat mengelakkan pelajar itu
sendiri daripada mengalami kelenguhan otot dan membantu didalam proses
pemulihan. Menurut McNair et al. (2000), penyejukkan badan adalah proses
mengurangkan suhu badan dan mengeluarkan bahan buangan daripada otot
yang sudah digunakan. Hasil kajian daripada McNair (2000) dan Knudson
(2001), mereka mendapati bahawa untuk aktiviti menyejukkan badan adalah
lebih sesuai dengan melakukan regangan static manakala untuk aktiviti
pemanasan badan adalah sesuai menggunkan aktiviti regangan dinamik.
11

1.10 Penutup

Bab 1 telah membincangkan tentang latar belakang masalah, penyataan


masalah, objektif kajian, persoalanan kajian, kepentingan serta skop dan batasan
kajian, dan difinisi istilah. Hal ini secara tidak langsung membantu dalam proses
untuk mengkaji perkara lain di bab yang seterusnya.
BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Di dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dengan lebih teperinci


tentang kesedaran individu serta lebih mendalam tentang kesedaran, aktiviti
memanaskan badan dan aktiviti menyejukkan badan serta aktiviti fizikal. Selain itu
kajian-kajian lepas yang berkaitan juga akan dibincangkan di dalam bab ini.

2.2 Kesedaran

Kesedaran individu terhadap sesuatu perkara terjadi apabila seseorang itu


mendapat ransangan daripada sesuatu. Kesedaran ialah kepekaan serta sensitiviti
terhadap sesuatu perkara, kejadian, objek, perlakuan dan juga tindak balas terhadap
kesan. Menurut Landy (1987) kesedaran didefinisikan sebagai semua unsur-unsur
mental dalam keadaan sedar pada sebarang masa. Sementara Kamus Dewan (1993)
13

mentakrifkan kesedaran sebagai perihal keadaan sedar atau siuman atau ingatan.
Dalam konteks sukan pula, kesedaran memanaskan serta menyejukkan badan adalah
penting untuk seseorang individu bergiat aktif disamping dapat mengelakkan
kecederaan.

Kesedaran melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan


adalah penting dalam sesuatu sukan, dengan kesedaran yang baik boleh mengelakkan
sesuatu yang tidak dingini seperti kecederaan dan mampu meningkatkan prestasi.
Selain itu juga, dengan kesedaran sesuatu akan dicapai sekiranya ransangan yang
diterima diamalkan. Menurut Rogers (1974), beliau menyatakan bahawa, seseorang
yang menerima pakai sesuatu perilaku baharu, atau mengamalkan sesuatu yang
baharu adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah kesedaran. Kesedaran
yang dimaksudkan oleh Rogers (1974) adalah seseorang itu menyedari dan
memahami ransangan terlebih dahulu. Sebaliknya tanpa kesedaran ini maka sesuatu
ransangan atau tingkah laku baharu tidak akan diamalkan oleh individu tersebut.
Oleh itu, kesedaran aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan oleh pelajar
dapat membantu mereka untuk mengamalkan aktiviti ini sebelum melakukan
sebarang aktiviti fizikal atau bersukan.

Terdapat beberapa difinisi yang boleh diutarakan untuk mengambarkan


maksud kesedaran ini. Antaranya difinisi yang terdapat di dalam Cambridge
International Dictionary Of English (1995) yang menyatakan bahawa kesedaran
adalah satu keadaan dimana individu itu memahamu tentang apa yang terjadi
terhadap dirinya. Selain itu juga kesedaran didifinisikan sebagai semua perasaan dan
pendapat serta pengatahuan tentan diri serta keberadaan dirinya. Oleh hal yang
dimikian, kesedaran sememangnya memerlukan penglibatan kefahaman diri serta
pendapat diri terhadap perkara-perkara yang baru. Dengan penilaian diri terhadap
sesuatu rangsangan, maka perkara yang memberi manfaat akan diguna pakai dalam
kehidupan seharian.
14

Kesedaran sememangnya diperlukan dalam diri individu dimana ia akan


menjadi panduan terhadap diri dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan ini amalan
terhadap sesuatu yang mendatangkan kebaikkan akan dilakukan oleh seseorang.
Kamus Dewan (2003) mendefinisikan kesedaran sebagai peka atau mengambil tahu
tentang sesuatu perkara atau peristiwa. Menurut Soekanto (1982) pula, beliau
menyatakan bahawa terdapat empat petunjuk yang terlibat dalam kesedaran
seseorang. Pertama pengatahuan dan pemahaman, kedua sikap, ketiga pola dan yang
keempat adalah perilaku atau tindakan. Teori yang diyatakan oleh Soekanto (1982)
disokong dengan teori Benyamin Bloom(1956) yang menyatakan bahawa perilaku
manusia terbahagi kepada tiga iaitu kognitif, afektif serta psikomotor yang membawa
kepada pengatahuan, sikap dan tindakan oleh seseorang individu.

Sepertimana kita tahu bahawa aktiviti fizikal atau bersukan dapat


menyihatkan badan serta dapat mencergaskan minda. Namun tanpa ilmu tentang
sukan ia juga dapat mendapatkan kecederaan. Kesedaran tentang kebaikkan sukan
adalah penting untuk masyarakat dalam melahirkan rakyat Malaysia yang sihat.
Menurut Rimal & Lipinski (2009), mereka menyatakan bahawa kebanyakan penyakit
berpunca daripada amalan gaya hidup manusia, maka komunikasi kesihatan
mempunyai peranan besar untuk menyampaikan pelbagai maklumat agar individu
dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mempunyai tahap kesihatan
yang baik. Kenyataan ini disokong oleh Lederberg, Shope & Oakes (1992) yang
menyatakan punca utama penularan penyakit adalah kerana amalan kesihatan yang
tidak sihat terutamanya amalan pemakanan yang tidak sihat, tidak melakukan aktiviti
fizikal. Bagi mengatasi masalah ini, ilmu serta pengatahuan tentang kepentingan
aktiviti besukan dengan mengamalkan sesi memanaskan badan dan meyejukkan
badan hendaklah disampaikan dengan baik kepada masyarakat. Bandura (2001)
menyatakan bagi membawa perubahan dalam sikap serta gaya hidup individu adalah
melalui input maklumat yang akan mencetuskan pengetahuan.
15

2.3 Memanaskan Badan

Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan


mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Dengan aktiviti ini, tubuh badan
sesorang akan menjadi lebih bersedia untuk melakukan aktiviti yang akan dijalankan.
Aktiviti memanaskan badan penting kerana ia akan memberikan isyarat kepada
badan supaya untuk bersedia sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan. Setelah
menerima isyarat maka tubuh badan akan bersedia untuk mengubah kadar denyutan
jantung daripada kadar semasa rehat kepada kadar yang optimun untuk bersukan.
Regangan otot-otot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi
yang dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat. Menurut Woods
K et al. (2007), memanaskan badan dapat mengurangkan tekanan pada jantung dan
otot, ia juga dapat meningkatkan kadar pernafasan secara perlahan-lahan, kitaran
denyutan darah dan suhu badan.

Terdapat beberapa jenis aktiviti memenaskan badan yang biasa dilakukan


oleh atlet khususnya. Namun untuk masyarakat umum pula memanaskan badan
secara dimanik biasa digunakan sebelum mereka melakukan sebarang aktiviti sukan.
Menurut McNair (2000) dan Knudson (2001), mereka mencadangkan senaman
secara dinamik untuk aktiviti menaskan badan manakala senaman bebentuk statik
untuk aktiviti menyejukkan badan. Menurut Faigenbaum et al. (2006) pula, senaman
dinamik adalah salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kekuatan
anarobik serta earobik.

Dewasa ini, aktiviti memanaskan badan adalah satu aktiviti yang bukan lagi
janggal diamalkan, namun terdapat juga segelintir masyrakat dan juga sebilangan
atlet yang memandang enteng senaman ini. Bahkan, ada juga yang mengabaikan
senaman memanaskan badan sebelum melakukannya sebarang aktiviti sukan.
Mungkin bagi mereka durasi masa memanaskan badan yang singkat iaitu lingkungan
5 hingga 10 minit adalah membazir namun dengan memanfaatkan masa 5 hingga 10
minit itu dapat memberikan banyak faedah. Menurut Mary D. et al. (2012)
16

menyatakan senaman memanaskan badan selama 5 hingga 10 minit dapat


memberikan banyak faedah seperti menyediakan badan untuk melakukan fasa
aktiviti seterusnya.

Faktor utama kepentingan senaman memanaskan badan ini ialah untuk


mengelak diri daripada kecederaan. Tubuh badan kita umpama seperti sebuah enjin
kenderaan yang memerlukan masa untuk memanaskan enjinnnya bagi perjalanan
jarak jauh. Begitu juga manusia yang perlu menyediakan diri sebelum melakukan
aktiviti bagi mengelak kecederaan ringan atau serius seperti kecederaan ACL.
Peraliran darah dalam badan yang meninggkat juga dapat membuat seseorang
menjadi lebih fokus dimana ia sangat membantu atlet untuk meningkatkan prestasi
permainan

2.4 Menyejukkan Badan

Aktiviti menyejukkan badan adalah aktiviti yang dilakukan selepas sahaja


melakukan sebarang aktiviti sukan atau fizikal dimana ia bertujuan untuk
menurunkan suhu serta kadar denyutan jantung. Ia perlu dilakukan sama seperti
proses memanaskan badan untuk menurunkan kadar nadi kembali kepada keadaan
biasa dan mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Terdapat beberapa kepentingan
aktiviti menyejukkan badan antaranya, menurunkan suhu badan secara beransur-
ansur, menjajar semula otot-otot, mengurangkan kesakitan dan kesengalan selepas
senaman, menggalakkan pengaliran darah ke jantung membantu mengeluarkan bahan
buangan dari badan. dan mententeram atau merelakskan tubuh badan.
17

Selain itu, aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung
dan pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot,
mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot. Ini disokong dengan McNair (2000)
dan Knudson (2001) yang menyatakan kebaikan memanaskan badan adalah seperti
berikut, membantu dalam membuang sisi-sisa yang tidak diguna pakai oleh badan
seperti asid laktik, dapat mengurangkan potensi untuk mendapat DOMS,
mengurangkan peratusan untuk pening atau pengsan disebabkan oleh pengumpulan
darah vena di kaki, mengurangkan tahap adrenalin dalam darah dan membolehkan
kadar jantung untuk kembali ke kadar peredaran normalnya.

Prosedur untuk melakukan aktiviti memanakan badan adalah dalam masa


lebih kurang 5 hingga 10 minit. Ia di lakukan dalam masa ini bagi memastikan hasil
senaman menyejukkan badan berhasil. Pastikan semua anggota badan terlibat semasa
aktiviti menyejukkan badan. Hal ini kerana sekiranya terdapat anggota badan yang
tidak terlibat maka berkemungkinan besar atot yang tidak terlibat akan mengalami
kelesuan ataupun cedera. Seterusnya ulang semula aktiviti semasa sesi memanaskan
badan. Pastikan setiap regangan cooling down dilakukan selama 10-15 saat. Menurut
Peter A. Farrell et al. (2011) pula, aktiviti menyejukkan badan dalam masa 5 hingga
10 minit dengan melakukan regangan dapat mengembalikan atlet kedalam kedaaan
asal dan dapat menyediakan keadaan fizikal atlet bersedia untuk aktiviti yang
seterusnya.

2.5 Aktiviti Fizikal

Malaysia ialah sebuah negara yang pesat membangun dan bercita-cita untuk
mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Mantan Perdana Menteri pernah
menyatakan bahawa untuk mencapai sebuah Negara yang maju, Negara hendakalah
dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi. Salah satu faktor yang
18

mendorong kepada pengeluaran modal insan yang berkualiti adalah taraf kesihatan
rakyat yang tinggi.

Terdapat beberapa teori yang telah dikemukan oleh pengkaji-pengkaji lepas


mengenai kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal rnengikut Heyward (1991) , ialah
keupayaan diri atau individu melaksanakan suatu pekerjaan harian dengan baik dan
berkesan, serta rnernpunyai tenaga yang rnencukupi untuk berekreasi dan dapat
rnelakukan akt iviti harian tanpa berasa letih. Manakala Corbin dan Linsay (1994)
mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai kecergasan keseluruhan organisma
manusia berfungsi dengan efisien dan berkesan. Aktiviti fizikal sememangnya dapat
memberikan kesan yang positif kepada individu seperti mendapat tahap kesihatan
yang baik serta daya pemikiran yang cardas. Hal ini disokong dengan hasil kajian
yang telah dijalankan oleh Raurama (1994) yang menyatakan bahawa tabiat
melakukan aktiviti fizikal mempunyai kesan positif terhadap kecergasan fizikal.

Aktiviti fizikal secara kasarnya bermaksud tingkah laku badan melakukan


sesuatu. Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan
sejumlah tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekrasi, bersenam dan
bersukan. Dalam konteks sukan aktiviti fizikal adalah merujuk kepada sukan yang
dilakukan oleh seseorang individu, termasuklah aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan. Menurut Falls (1980), kecergasan Fizikal memberi maksud
‘kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi
fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada
ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,
kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula
merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti
sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan
sebagainya.”

Mengikut Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad (2000), ada beberapa faktor
yang mempengaruhi kecergasan fizikal individu iaitu baka, alam sekitar dan
19

tingkahlaku. Baka membezakan saiz tubuh, personaliti kendiri serta kepandaian


seseorang individu. Boleh dihujahkan bahawa baka menentukan limitasi potensi
individu. Walaubagaimanapun, kecergasan fizikal dan kesihatan individu bergantung
kepada tahap amalan senaman atau aktiviti fizikal yang mampu dilakukan dan
berkait rapat juga dengan sikap individu itu sendiri terhadap akitiviti kecergasan
fizikal.

Selain itu kecergasan fizikal juga dapat ditingkatkan melalui latihan fizikal
tubuh badan dan dapat meningkatkan kualiti dari segi prestasi dalam sesuatu aktiviti
atau sukan yang ingin diceburi. Menurut Dick, (2002) yang menyatakan kecergasan
fizikal dan kekuatan otot memainkan peranan penting bagi mencapai sesuatu prestasi
dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti pergerakkan tubuh badan,
penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan diri daripada berlakunya kecederaan.

2.6 Kajian Lepas

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan aktiviti memanaskan


serta menyejukkan badan. Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh:

Law RY1 dan Herbert RD (2007) dengan kajian yang bertajuk Warm-up
reduces delayed onset muscle soreness but cool-down does not: a randomised
controlled trial. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana aktiviti
memanaskan badan serta menyejukkan badan ketika melakukan aktiviti sukan dapat
melambatkan proses kecederaan otot atau keletihan otot. Seramai lima puluh dua
orang sampel digunakan untuk kajian ini di mana kesemua sampel adalah dalam
lingkungan 17 hingga 40 tahun. Seramai 23 sampel lelaki dan 29 sampel wanita yang
sihat diguna untuk kajian ini. Kesemua 52 sampel di bahagikan kepada 4 kumpulan
dan setiap kumpulan akan dibahagikan tugas samada akan melakukan aktiviti fizikal
20

dengan melakukan pemanasan badan dan penyejukkan badan atau tampa melakukan
aktiviti memanaskan badan serta penyejukkan badan. Hasil kajian menunjukkan
sampel yang melakukan aktiviti pemanasan badan dan penyejukkan badan telah
dapat melambatkan proses kesakitan otot iaitu selama 48 jam selepas aktiviti fizikal.

Selain itu terdapat juga kajian yang melibatkan aktiviti memanaskan badan
dan menyejukkan badan. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh Ingham SA1,
van Someren KA, dan Howatson G (2010) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
sama ada aktiviti memanaskan badan secara berpusat dapat mendorong perubahan
pada kekuatan otot, julat pergerakkan serta kesakitan otot. Hasil kajian menunjukkan
aktiviti memanaskan bandan sepusat dapat melambatkan pengurangan kuasa otot,
julat pergerakkan serta melambatkan kesakitan otot. Aktiviti memanaskan badan
sepusat juga dapat membenarkan atlet untuk melaksanakan sukan yang lebih berat.

Selain itu kajian Olav Olsen et al. (2012) dengan tajuk kajian The Effect of
Warm-Up and Cool-Down Exercise on Delayed Onset Muscle Soreness in the
Quadriceps Muscle: a Randomized Controlled Trial. Kajian ini bertujuan untuk
menggakaji sejauh mana keberkesanan memanaskan serta menyejukkan badan dapat
mengurangkan kesakitan otot pada otot Quadriceps. Seramai 36 sampel digunakan
untuk kajian ini iaitu 21 sampel perempuan dan 15 sampel lelaki. Kesemua sampel
dikehendaki untuk melakukan aktiviti yang memfokuskan otot kaki iaitu Quadriceps.
Kesemua sampel dibahagikan kepada 3 kumoulan dimana kumpulan pertama akan
melakukan aktiviti ergometer selama 20 minit dengan didahulukan aktiviti
memanaskan badan. Kumpulan kedua pula akan melakukan aktiviti berbasikam
ergometer juga selama 20 minit dan diakhiri dengan aktitviti menyejukkan badan.
Kupulan ke-3 pula akan melakukan aktivit tanpa dimulakan dan diakhiri dengan
aktiviti memanaskan serta menyejukkan badan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan dapat melambatkan proses kesakitan
otot semasa melakukan aktiviti fizikal namun ia tidak mengghalang daripada proses
kesakitan otot.
2.7 PENUTUP
21

Bab ini telah membincangkan dengan teliti tentang kesedaran individu,


aktiviti memanaskan badan, aktiviti menyejukkan badan, aktiviti fizikal serta kajian-
kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan oleh penyelidik. Bab
seterusnya akan membincangkan tentang metodologi kajian oleh penyelidik.
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesedaran pelajar UTM
terhadap kepentingan memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan
sebarang aktiviti sukan. Selain itu juga tahap amalan aktiviti memanaskan serta
menyejukkan badan juga akan dikaji. Dalam bab ini juga mengandungi reka bentuk
kajian, tempat kajian, peserta kajian, teknik pengumpulan data, dan kaedah analisis
data.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan untuk


mengkaji tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan
23

menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti sukan. Kajian ini dilakukan dengan
menggunakan kaedah soal selidik sepenuhnya. Pengumpulan data dijalankan melalui
borang soal selidik yang akan diisi oleh pelajar-pelajar UTM yang terpilih. Pemilihan
sola selidik ini adalah ia memudahkan urusan kajian dimana penyelidik dapat
mengumpul data sampel dengan mengambil masa yang singkat sahaja. Kesemua data
yang diperoleh akan memberikan penerangan tentang persoalan kajian yang terdapat
dalam kajian.

Soal selidik dalam kajian ini dibahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A
iaitu latar belakang diri sampel, bahagian B iaitu tahap kesedaran sampel terhadap
aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semsa melakukan aktiviti
fizikal. Seterusnya bahagia C iaitu tahap amalan sampel dengan aktiviti memanaskan
badan dan menyejukkan badan semasa aktiviti fizikal.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar UTM Skudai
Johor Bharu sendiri. Serama 100 sampel yang terdiri daripada 43 pelajar lelaki dan
seramai 57 pelajar perempuan akan menjalani proses pegumpulan data melalui soal
selidik yang diedarkan.
24

3.4 Tempat kajian

Berikut adalah merupakan tempat kajian dijalankan dimanan kajian ini kajian
ini hanya tertumpu kepada sampel yang terdiri daripada 100 orang pelajar UTM
sahaja. Seramai 57 orang pelajar perempuan dan 43 orang pelajar lelaki akan menjadi
sampel untuk kajian ini.

3.5 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, insrumen yang digunakan adalah soal selidik. Borang soal
selidik ini umpama nadi kajian ini di mana seolah-olah mengantikan diri penyelidik
dalam tujuan pengumpulan data. Tujuan pengkaji memilih Instrumen ini kerana
pengendaliannya agak mudah berbanding dengan cara lain. Borang soal selidik
adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan terutama populasi yang besar Mohd
Majid (1994). Borang soal selidik adalah borang yang mneyediakan soalan-soalan
yang mnerangkumi latar belakang responden dan soalan yang dikehendaki. Soalan ni
adalah bertujuan untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informasi
mengenai kajian yang dilakukan, mengukur pembolehubah yang ingin dikaji,
membantu pencapaian objektif kajian, dan membantu proses analisis data.

Soalan yang dibina adalah berkenaan tahap kesedaran pelajar UTM terhadap
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan serta tahap amalan pelajar UTM
dengan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. Soalan yang digunakan adalah
soalan tertutup, hal ini kerana soalan berbentuk tertutup dapat memberikan jawapan
yang memiliki keseragaman dan senang diproses. Menurut Bailey (1992), soalan
tertutup memberi kelebihan dan kemudahan kepada penyelidik untuk dikodkan dan
menganalisis data terus dari borang soal selidik ia juga menjimatkan wang dan masa.
25

Soalan yang terdapat dalam soal selidik adalah menggunakan skala likert
lima markah. Skala ini dipilih kerana cara ini adalah satu cara yang dapat
menggambarkan pengukuran tahap dengan lebih berkesan. Skala Likert berdasarkan
seperti pilihan di bawah.

5 = Sangat Setuju
4 = Setuju
3 = Tidak Pasti
2 = Tidak Setuju
1 = Sangat Tidak Setuju

Alat kajian ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu:

3.5.1 Bahagian A: (latar belakang responden) Bahagian ini mempunyai lima item
iaitu bangsa, jantina, umur, keaktifan sukan dan peringkat tertinggi sukan
yang pernah ceburi. Rujuk pada lampiran A.

3.5.2 Bahagian B : Bahagian ini dibina bertujuan mengenalpasti tahap kesedaran


pelajar UTM mengenai kepentingan memanaskan badan dan menyejukkan
badan semasa melakukan sebarang aktivit sukan. Bahagian ini mengandungi
11 soalan yang dikehendaki dijawab oleh semua responden. Rujuk pada
lampiran A.
26

3.5.1 Bahagian C : Bahagian ini dibina bertujuan mengenalpasti tahap amalan


pelajar UTM mengenai kepentingan memanaskan badan dan menyejukkan
badan semasa melakukan sebarang aktivit sukan. Bahagian ini mengandungi
11 soalan yang dikehendaki dijawab oleh semua responden. Rujuk pada
lampiran A

3.6 Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Secara amnya, apabila memeriksa instrumen yang akan digunakan di dalam


kajian, beberapa aspek perlu diambil kira. Antaranya adalah mengenai kesahan dan
keboleh percayaan instrumen tersebut. Apabila kesahan dan kebolehpercayaan ini
diperolehi, kita akan lebih mengetahui tentang ketepatan intrumen yang digunakan
dan sama ada boleh digunakan dalam menghasilkan kesimpulan awal mengenai
sampel dan populasi kajian. Kesahan dan keboleh percayaan sesuatu sesuatu
intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai
dan tidak dipersoalkan Kerlinger & Lee, (2001). Kesahan kandungan iaitu soal
selidik adalah mengukur apa yang sepatutnya diukur dalam sesuatu kajian.

3.7 Kajian Rintis

Kesemua borang soal selidik yang telah dijawab oleh sepuluh responden yang
terdiri daripada lelaki dan perempuan telah dianalisis dengan menggunakan IBM
SPSS Statistics data editor 20. Hasil kajian rintis yang telah dijalankan, mendapati
nilai Reliability Statistics Cronbach's Alpha adalah 0.938. Oleh itu, dapat
27

disimpulkan bahawa set soalan ujian ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
dan soalan ujian boleh diterima pakai untuk kajian sebenar.

Kajian rintis ini dilakukan adalah untuk mengesan keberkesanan instrument


yang digunakan dan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar
dijalankan. Hal ini adalah untuk memastikan perjalanan kajian berjalan dengan
sempurna tanpa sebarang masalah yang tidak diingini. Selesai sesi kajian rintis ini
maka penyelidik akan meneruskan kepada kajian sebenar dimana 100 responden
yang terdiri daripada pelajar UTM lelaki dan perempuan akan dijalankan.

3.8 Prosedur Kajian

Terdapat beberapa proses yang perlu ditempuhi oleh penyelidik dalam


melaksanakan kajian ini. Hal ini kerana, proses-proses yang ditempuhi adalah untuk
memastikan segala yang dirancang oleh penyelidik berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah yang dingini. Pertama, penyelidik telah menyediakan satu set
borang soal selidik untuk digunakan dalam kajian ini. Borang soal selidik ini
seterusnya disahkan oleh penyelia di dalam satu perbincangan. Kesemua soalan ini
telah disusun bagi memenuhi keperluan kajian iaitu bagi mengkaji tahap kesedaran
pelajar UTM terhadap kepentingan memanaskan dan menyejukkan badan semasa
melakukan sebarang aktiviti sukan dan tahap amalan aktiviti memanaskan serta
menyejukkan badan dikalangan pelajar UTM.

Setelah set borang soal selidik dipersetujui maka satu kajian rintis dilakukan
untuk mengenal pasti kebolehpercayaan soalan kajian dan kekurangan yang terdapat
dalam borang soal selidik ini. Kajian rintis ini dilakukan adalah untuk mendapatkan
28

nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian rintis ini telah dijalankan kepada 10
orang responden yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Seterusnya, kajian sebenar akan dilakukan keatas 100 responden yang terdiri
daripada 43 pelajar UTM lelaki dan 57 pelajar UTM perempuan. Satu set borang
soalan selidik yang merangkumi bahagian A, B, dan C diedarkan kepada responden.
Kesemua borang soal selidik akan dikumpul untuk proses pengambilan data yang
akan diproses dan dianalisis.

3.8.1 Carta Alir

Membuat satu set borang soal selidik


yang merangkumi bahagian A, B,
dan C.

Mendapatkan kesahan kandungan

Membuat kajian rintis untuk


mendapatkan kebolehpercayaan

Kajian sebenar dijalankan keatas 100


orang pelajar UTM. (43 lelaki dan 57
perempuan)

Analisis Data
29

Hasil Kajian

Rajah 3.1 Carta alir.

3.9 Analisis Kajian

Setelah borang soal selidik dijawab oleh kesemua 100 orang responden,
penyeldik akan mengambil kesemua data untuk proses pengrekodan dan analisis.
Data-data yang telah dikumpul akan dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS Statistics 20). Dalam kajian ini penyelidik
akan melakukan analisis diskriptif dan analisis inferensi untuk melakukan analisis.
Analisis diskriptif akan meningkatkan dapatan kajian dalam bentuk min (m) dan
sisihan piawai (sp) bagi setiap item dalam boring soal selidik.

Ujian inferensi yang digunakan adalah ujian t sampel tidak bersandar dimana
akan mendapatkan perbezaan yang signifikan untuk kesedaran dan amalan
melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan antara pelajar lelaki
dan perempuan UTM.

Ujian inferensi yang digunakan adalah ujian t sampel tidak bersandar dimana
akan mendapatkan perbezaan yang signifikan untuk kesedaran dan amalan
melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan antara kategori umur
20 tahun hingga 24 dan 25 tahun dan ke atas.
30

Hasil kajian akan menggambarkan keadaan sebenar tahap kesedaran dan


amalan para pelajar UTM sekarang ini.

3.10 Penutup

Bab ini telah membincangkan tentang reka bentuk kajian dimana kajian ini
adalah berbentuk kantitatif sepenuhnya. Selain itu juga, populasi dan persempelan
juga dibincangkan dalam bab ini. Terdapat juga kajian rintis dan hasil daripada
penganalisisan data kajian rintis yang telah dianalisis oleh penyelidik.

Bab seterusnya iaitu bab empat akan menganalisa data sebenar kajian yang
diperoleh daripada soal selidik ke atas responden-responden terpilih berkenaan tahap
kesedaran dan amalan pelajar UTM terhadap aktiviti memanaskan dan menyejukkan
badan semasa melakukan sebarang aktiviti.
BAB 4

PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini memberi tumpuan kepada analisis data mentah hasil daripada soal
selidik yang telah dijalankan. Data-data mentah tersebut diperolehi melalui soal
selidik ke atas 100 orang responden yang terlibat dalam proses pengisian borang soal
selidik. Perisian IBM Statistic Package of Social Science (SPSS) data editor Version
SPSS 20 telah digunakan untuk analisis data yang diperolehi dalam kajian soal
selidik yang dijalankan.

4.2 Analisis Diskriptif

Analisis ini melibatkan item soal selidik dimana seramai 100 orang
responden telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Maklumat mengenai
latar belakang responden diperlukan oleh pengkaji sebelum menganalisis item-item
yang lain yang terdapat dalam borang soal selidik.
32

4.2.1 Bilangan subjek berdasarkan jantina.

Rajah 4.1

JANTINA
60

50

40

30

20

10

0
LELAKI PEREMPUAN

Rajah 4.1 menunjukkan seramai 100 orang responden yang terlibat dalam
kajian ini iaitu 43 responden pelajar lelakin UTM dan 57 responden pelajar
perempuan pelajar UTM menggikuti kajian ini. Oleh itu ini bermakna pelajar lelaki
mewakili 43% dan 57% diwakili oleh pelajar perempuan daripada jumlah
keseluruhan. Responden di ambil secara rawak.
33

4.2.2. Jadual bilangan responden mengikut umur.

Rajah 4.2

UMUR
70

60

50

40 JUMLAH

30

20

10

0
20- 24 25 KE ATAS

Bedasarkan Rajah 4.2 di atas, di dapati respoenden adalah terbahagi kepada


dua kategori umur di mana umur 20 hingga 24 tahun dan 25 tahun ke atas. Bagi umur
20 hingga 24 tahun, terdapat seramai 61 orang pelajar iaitu mewakili 61% daripada
jumlah responden yang berumur 20 hinnga 24. Manakala sebanyak 39% responden
lagi adalah berumur 25 tahun dan ke atas.
34

4.2.3 Jumlah responden mengikut kaum.

Rajah 4.3

KAUM
100
90
80
70
60 JUMLAH
50
40
30
20
10
0
MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN

Berdasarkan rajah 4.3 di atas, kaum melayu adalah jumlah tertinggi yang
melibatkan diri dalam kajian ini dimana seramai 87 orang pelajar iaitu mewakili
untuk 87% untuk jumlah keseluruhan responden. Kaum kedua tertinggi pula adalah
kaum cina iaitu seramai 6 peratus bersamaan dengan 6 orang pelajar. Seterusnya 2%
diwakili oleh kaum india dan 5% lagi diwakili oleh kaum lain-lain di mana 2 orang
pelajar kaum india dan 5 orang pelajar kaum lain-lain mewakili kaum masing-
masing.

4.2.4 Maklumat keaktifan responden dalam aktiviti fizikal


35

Rajah 4.4

AKTIF BERSUKAN
70

60

50

40 JUMLAH

30

20

10

0
YA TIDAK

Berdasarkan rajah 4.4 di atas, di dapati sebanyak 63% daripada jumlah


responden adalah aktif dan 37% adalah tidak aktif dalam melakukan aktiviti fizikal.
Kumpulan pelajar ini adalah diwakili oleh kedua-dua jantina iaitu lelaki dan
perempuan.

4.2.5 Peringkat tertinggi sukan yang diceburu oleh responden.


36

Rajah 4.5

PERINGKAT SUKAN
40
35
30
25
20
15
10
5
0
sekolah daerah negeri negara

Rajah 4.5 di atas menunjukkan peringkat tertinggi yang pernah diceburi oleh
responden semasa berukan. Peringkat sekolah menunjukkan peratusan tertinggi yang
pernah responden wakili dalam aktiviti sukan iaitu sebanyak 38%. Seterusnya
peringkat daerah adalah peratusan peringkat tertinggi kedua yang selepas peringkat
sekolah yang pernah diwakili oleh responden iaitu 35% manakala peringkat negeri
mewakili 22% daripada jumlah keseluruhan responden. Seterusnya peratusan
terendah adalah peringkat negara yang pernah diwakili oleh responden iaitu 5%
sahaja.

4.3 Purata dan Sisihan Piawai


37

Setelah data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistic


Package of Social Science (SPSS) data editor Version SPSS 20. Maka hasil untuk
data purata dan sisihan piawai adalah seperti berikut.

4.3.1 Bahagian B purata dan sisihan piawai antara jantina

Jadual 4.1 : Analisis Statistik Diskriptif Skor Min Dan Sisihan Piawai Kajian Bagi
item tahap kesedaran pelajar terhadap aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan antara jantina.

Jadual 4.1

JANTINA N MIN SD
LELAKI 43 4.5539 .30269
PEREMPUAN 57 4.3046 .05940

Jadual 4.1 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan


terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi
setiap soalan bagi item pertama iaitu tahap kesedaran pelajar terhadap aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan. Daripada jadual di atas didapati skor
min dan sisihan piawai bagi jantina lelaki (M = 4.5539, SD = 0.30269), dan jantina
(M = 4.3046, SD = .05940). Hasil daripada analisis ini maka dapat disimpulkan
bahawa responden lelaki adalah lebih memiliki tahap kesedaran berbanding
responden perempuan.
38

4.3.2 Bahagian B purata dan sisihan piawai antara umur.

Jadual 4.2 : Analisis Statistik Diskriptif Skor Min Dan Sisihan Piawai Kajian Bagi
item tahap kesedaran pelajar terhadap aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan antara umur.

Jadual 4.2

UMUR N MIN SD
20 – 24 61 4.4396 .40797
25 KE ATAS 39 4.3683 .41448

Jadual 4.2 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan


terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi
setiap soalan bagi item pertama iaitu tahap kesedaran pelajar terhadap aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan. Daripada jadual di atas didapati skor
min dan sisihan piawai bagi umur 20 tahun hingga 24 tahun (M = 4.4396, SD =
0.40797), dan umur 25 tahun dan ke atas (M = 4.3683, SD = 0.41448). Hasil
daripada analisis ini maka dapat disimpulkan bahawa responden berumur 20 tahun
hingga 24 tahun adalah lebih memiliki tahap kesedaran berbanding responden
berumur 25 tahun ke atas.
39

4.3.3 Bahagian C purata dan sisihan piawai antara jantina

Jadual 4.3 : Analisis Statistik Diskriptif Skor Min Dan Sisihan Piawai Kajian Bagi
item tahap amalan pelajar terhadap aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan antara jantina.

Jadual 4.3

JANTINA N MIN SD
LELAKI 43 4.2922 .69556
PEREMPUAN 57 3.9027 .73892

Jadual 4.3 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan


terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi
setiap soalan bagi item kedua iaitu tahap amalan pelajar terhadap aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan. Daripada jadual di atas didapati skor
min dan sisihan piawai bagi jantina lelaki (M = 4.2922, SD = 0.69556), dan jantina
(M = 3.9027, SD = 0.73892). Hasil daripada analisis ini maka dapat disimpulkan
bahawa responden lelaki adalah lebih mengamalkan aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal berbandin responden
perempuan.
40

4.3.4 Bahagian C purata dan sisihan piawai antara umur

Jadual 4.4 : Analisis Statistik Diskriptif Skor Min Dan Sisihan Piawai Kajian Bagi
item tahap amalan pelajar terhadap aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan antara umur.

Jadual 4.4

UMUR N MIN SD
20 – 24 61 4.1851 .75987
25 KE ATAS 39 3.8904 .68641

Jadual 4.4 menunjukkan hasil analisis statistik diskriptif yang dijalankan


terhadap skor mentah untuk mendapatkan skor min (M) dan sisihan piawai (SD) bagi
setiap soalan bagi item kedua iaitu tahap amalan pelajar terhadap aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan. Daripada jadual di atas didapati skor
min dan sisihan piawai bagi umur 20 tahun hingga 24 tahun (M = 4.1851, SD =
0.75987), dan umur 25 tahun dan ke atas (M = 3.8904, SD = 0.68641). Hasil
daripada analisis ini maka dapat disimpulkan bahawa responden yang berumur 20
tahun hingga 24 tahun adalah lebih mengamalkan aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal berbanding responden yang
berumur 25 tahun ke atas.
41

4.4 Analisis Inferensi

Analisis inferensi dibuat bagi melihat penerimaan dan penolakan hipotesis


yang telah diketengahkan. Bagi ujian sampel ujian t tidak bersandar dan tahap
signifikan adalah pada aras 0.05 digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan
di antara jantina dan kategori umur bagi setiap bahagian soalan borang soal selidik
yang telah dijalankan.

Tahap kesedaran palajar UTM tehadap aktiviti memanaskan dan


menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal dan tahap amalan
memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal
merupakan item-item yang dikaji.

4.4.1 Bahagian B perbezaan antara jantina.

Jadual 4.5

Jantina Min Sisihan t Df p


piawai
Lelaki 4.5539 0.30269

Perempuan 4.3046 0.44850 3.143 98 0.002

Jadual 4.5 di atas menunjukkan perbandingan di antara jantina pelajar iaitu


pelajar lelaki dan pelajar perempuan UTM. Berdasarkan jadual di atas, terdapat
perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi item tahap kesedaran pelajar UTM
tentang aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan
aktiviti fizikal dengan nilai (t = 3.143, p = 0.002). Hasil dapatan menunjukkan
42

terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina di mana pelajar lelaki (min =
4.5539, SP = 0.30269) manakala pelajar perempuan (min = 4.3046, SP = 0.44850)
terhadap item tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

4.4.2 Bahagian B perbezaan antara umur.

Jadual 4.6

Umur Min Sisihan t Df P


piawai
20 - 24
4.4396 0.40797

25 tahun ke 0.848 98 0.339


4.3683 0.41448
atas

Jadual 4.6 di atas menunjukkan perbandingan di antara umur pelajar iaitu


pelajar yang berusia 20 tahun hingga 24 tahun dan 25 tahun dan ke atas.
Berdasarkan jadual di atas, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
kategori umur bagi item tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan
badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal dengan nilai (t =
0.848, p = 0.339). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara umur di mana pelajar yang berumur 20 tahun hingga 24 tahun
(min = 4.4396, SP = 0.40797) manakala pelajar yang berumur 25 tahun dan ke atas
(min = 4.3683, SP = 0.41448) terhadap item tahap kesedaran pelajar UTM tentang
aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.
43

4.4.3 Bahagian C perbezaan antara jantina.

Jadual 4.7

Jantina Min Sisihan t Df p


piawai
Lelaki
4.2922 0.69556

Perempuan 2.676 98 0.009


3.9027 0.73892

Jadual 4.7 di atas menunjukkan perbandingan di antara jantina iaitu pelajar


lelaki UTM dan pelajar perempuan UTM. Berdasarkan jadual di atas, terdapat
perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi item tahap amalan pelajar UTM
tentang aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan
aktiviti fizikal dengan nilai (t = 2.676, p = 0.009). Hasil dapatan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina di mana pelajar lelaki (min =
4.2922, SP = 0.69556) manakala pelajar perempuan (min = 3.9027, SP = 0.73892)
terhadap item tahap amalan pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
.
44

4.4.4 Bahagian C perbezaan antara umur.

Jadual 4.8

Umur Min Sisihan t Df p


piawai
20 - 24
4.1851 0.75987

25 tahun ke 1.963 98 0.053


3.8904 0.68641
atas

Jadual 4.8 di atas menunjukkan perbandingan di antara umur pelajar iaitu


pelajar yang berusia 20 tahun hingga 24 tahun dan 25 tahun dan ke atas.
Berdasarkan jadual di atas, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
kategori umur bagi item tahap amalan pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan
badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal dengan nilai (t =
1.963, p = 0.053). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan di antara umur di mana pelajar yang berumur 20 tahun hingga 24 tahun
(min = 4.1851, SP = 0.75987) manakala pelajar yang berumur 25 tahun dan ke atas
(min = 3.8904, SP = 0.68641) terhadap item tahap amalan pelajar UTM tentang
aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti
fizikal.

4.5 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan tentang hasil daripada analisis
yang telah dibuat secara terperinci. Analisis dikskriptif dan analisis inferensi telah
digunakan untuk membuat keseimpulan terhadap takah kesedaran dan tahap amalan
45

responden yang terdiri daripada pelajar UTM. Hasil kajian akan diterjemahkan bagi
menjawab persoalan kajian dan perkara ini akan dibincangkan lebih terperinci di
dalam bab lima.
BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini perbincangan lebih menumpukan kepada dapatan kajian yang
telah dianalisis. Perbincangan dan rumusan adalah merangkumi hasil dapatan
keseluruhan berdasarkan objektif kajian yang telah dikemukan sebelumnya. Pada
akhir perbincangan, cadangan akan dikemukankan bagi proses menambahbaikan
kajian dan meningkatkan mutu kajian bagi pengkaji yang berminat untuk
melanjutkan kajian ini pada masa akan datang.

5.2 Ringkasan Kajian

Kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif sepenuhnya di mana data-


data responden adalah datang melalui soal selidik yang telah diedarkan. Kajian yang
berlandaskan kepada dua objektif kajian telah diterjemahkan kepada dalam bentuk
soalan di mana semua responden dikehendaki memjawab semua soalan yang telah
47

disediakan. Tahap kesedaran memanaskan badan dan menyejukkan badan dan tahap
amalan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan adalah objektif kajian yang
ingin dikaji. Proses analisis telah dilakukan dengan menggunakan perisian
Stastistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 20.0 bagi mendapatkan
purata dan sisihan piawai serta Perbandingan. Seterusnya adalah kesimpulan yang
menyeluruh bagi hasil dapatan kajian yang dibuat.

5.3 Perbincangan

Kajian ini dikaji berdasarkan objektif kajian yang ditetapkan oleh penyelidik
dimana penyelidik ingin mengenalpasti tahap kesedaran pelajar UTM tentang
kepentingan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan serta tahap amalan
pelajar UTM berkenaan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan. Berikut
merupakan hasil daripada keputusan analisis berdasarkan data yang diperoleh
melalui soalselidik yang telah diedarkan kepada responden.

5.3.1 Tahap kesedaran pelajar UTM terhadap aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Hasil kajian menunjukkan perbandingan di antara jantina pelajar iaitu pelajar


lelaki dan pelajar perempuan UTM. Berdasarkan hasil yang diperolehi, terdapat
perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi item tahap kesedaran pelajar UTM
tentang aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan
aktiviti fizikal dengan nilai (t = 3.143, p = 0.002). Hasil dapatan menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina di mana pelajar lelaki (min =
4.5539, SP = 0.30269) manakala pelajar perempuan (min = 4.3046, SP = 0.44850)
terhadap item tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
48

Gaya hidup di antara jantina mungkin menjadi pemankin kepada perbezaan


kesedaran ini walaupun kesedaran di antara jantina menunjukkan terdapat sedikit
perbezaan. Sering kali kita dapat melihat kebanyakkan golongan lelaki adalah lebih
aktif berbanding dengan perempuan dan ianya terbukti dengan jumlah pelajar yang
riadah di waktu petang. Gelangan- gelangang dan padang biasanya dipenuhi dengan
pelajar lelai berbanding perempuan. Selain itu faktor motivasi juga mempengaruhi
kesedaran pelajar dalam memahami tentang kebaikkan aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan ini. Menurut Azizan, Abd Wahab and Nurhaziyanti, Mohamad
Khalid (2007), faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik amat berperanan dalam
mempengaruhi minat pelajar untuk melibatkan diri dalam bersukan. Baker, Heinrich,
and Miller (2000) dalam tinjauan terhadap 108 pelajar universiti, juga mendapati
pelajar lelaki adalah lebih ramai meminati aktiviti olahraga, kecergasan dan aktiviti
permainan sukan berbanding dengan pelajar perempuan. Pelajar perempuan juga
didapati kurang terlibat dalam aktiviti sukan walaupun mereka mempunyai tahap
kesedaran yang tinggi tentang faedah bersukan. Penglibatan dalam sukan dapat
memudahkan lagi kefahaman pelajar tentang kebaikkan amalan memanaskan dan
menyejukkan badan ini.

5.3.2 Tahap kesedaran pelajar UTM terhadap aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Hasil kajian menunjukkan perbandingan di antara umur pelajar iaitu pelajar


yang berusia 20 tahun hingga 24 tahun dan 25 tahun dan ke atas. Berdasarkan hasil
kajian yang diperolehi, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori
umur bagi item tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan
dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal dengan nilai (t = 0.848, p
= 0.339). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara umur di mana pelajar yang berumur 20 tahun hingga 24 tahun (min = 4.4396,
SP = 0.40797) manakala pelajar yang berumur 25 tahun dan ke atas (min = 4.3683,
SP = 0.41448) terhadap item tahap kesedaran pelajar UTM tentang aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal
49

Golongan remaja sememangnya aktif dalam pelbagai bidang khususnya


bidang sukan. Hal ini kerana faktor fisiologi golongan ini adalah lebih baik dengan
golongan yang lebih berusia. Oleh itu tidak hairanlah kebanyakkan golongan atlet di
seluruh dunia adalah berusia muda. Menurut Butler (1996), aspek psikologi
merupakan salah satu faktor utama selain fizikal, teknikal dan strategi yang
diperlukan oleh atlet untuk mencapai kejayaan dalam sukan. Hasil dapatan bagi
kategori umur ini di sokong lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Helen
Jones, Peter Millward (2011) di mana hasil dapatan kajian mereka mendapati
golongan masyarakat berumur 16-24 tahun adalah lebih aktif dan gemar menceburi
dalam pelbagai jenis sukan berbanding katogori 25 tahun dan ke atas iaitu sebanyak
73.7%.

5.3.3 Tahap amalan pelajar UTM terhadap aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Hasil kajian menunjukkan perbandingan di antara jantina iaitu pelajar lelaki


UTM dan pelajar perempuan UTM. Berdasarkan hasil dapatan kajian yang
diperolehi, terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi item tahap
amalan pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
semasa melakukan aktiviti fizikal dengan nilai (t = 2.676, p = 0.009). Hasil dapatan
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina di mana pelajar
lelaki (min = 4.2922, SP = 0.69556) manakala pelajar perempuan (min = 3.9027,
SP = 0.73892) terhadap item tahap amalan pelajar UTM tentang aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Terdapat pelbagai faktor yang berkemungkinan mempengaruhi hasil kajian


bagi item ini. Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi meninjau tentang
minat sukan di kalangan perempuan. Raymond& John (2002) dalam kajian mereka
di Manchester mendapati bahawa seramai 65% pelajar perempuan meminati sukan,
21% kurang meminati sukan dan 14% tidak meminati sukan. Manakala, Baker,
Heinrich, & Miller (2000) dalam tinjauannya terhadap 382 orang pelajar perempuan
50

di universiti mendapati majoriti pelajar perempuan tidak berminat melibatkan diri


dalam sukan di Kolej. Ini juga menunjukkan ramai daripada pelajar perempuan
yang dikaji tidak berminat kepada aktiviti sukan. Oleh itu faktor minat juga
mempengaruhi individu dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Sekiranya minat
untuk bersukan mempengaruhi diri maka segala keperluan untuk bersukan akan
dilaksanakan termasuklah aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan
semasa melakukan aktivti fizikal.

Terdapat pelbagai kemungkinan di mana ia merupakan faktor atau penyebab


utama yang menghalang mereka untuk terlibat dengan kegiatan fizikal. Tinjauan
oleh oleh Nadhratul Wardah (2000) mendapati, terdapat beberapa faktor yang
menghalang golongan perempuan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal. Antaranya
ialah di sebabkan oleh faktor kekurangan masa kerana terlalu sibuk bekerja atau
belajar. Sejak kebelakangan ini kebanyakan perempuan berkerjaya. Selain itu
kekurangan pengetahuan bersukan, minat yang kurang terhadap sukan dan pakaian
yang tidak sesuai untuk bersukan menjadi penghalang wanita untuk terlibat secara
aktif dalam aktiviti tersebut.

5.3.4 Tahap amalan pelajar UTM umur terhadap aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Hasil kajian menunjukkan perbandingan di antara umur pelajar iaitu pelajar


yang berusia 20 tahun hingga 24 tahun dan 25 tahun dan ke atas. Berdasarkan
dapatan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kategori umur
bagi item tahap amalan pelajar UTM tentang aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal dengan nilai (t = 1.963, p =
0.053). Hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara umur di mana pelajar yang berumur 20 tahun hingga 24 tahun (min = 4.1851,
SP = 0.75987) manakala pelajar yang berumur 25 tahun dan ke atas (min = 3.8904,
SP = 0.68641) terhadap item tahap amalan pelajar UTM tentang aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal.
51

Faktor usia sememangnya mempengaruhi seseorang itu untuk bersukan.


Sekiranya seseorang itu sering melakukan riadah atau sukan maka pengamalan
untuk memanaskan badan dan menyejukkan badan ketika melakukan aktiviti fizikal
akan bertambah. Berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan oleh Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia-UPM mendapati bahawa belia yang
berumur 19 tahun hingga 22 tahun melakukan aktiviti fizikal selama 235 minit untuk
kaum lelaki dan 115 minit untuk kaum perempuan. Manakala belia yang berumur 23
tahun hingga 27 tahun melakukan 184 minit untuk kaum lelaki dan 104 minit untuk
kaum perempuan. Ternyata peningkatan usia mempengaruhi seseorang untuk
melakukan sesuatu sukan dan pengamalan aktiviti memanaskan badan dan
menyejukkan badan ketika aktiviti fizikal.

5.4 Kesimpulan dapatan kajian

Secara keseluruhannya penyelidik dapat merumuskan bagi semua item atau


objektif kajian di mana tahap kesedaran dan amalan pelajar UTM dalam
melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan ketika aktiviti
fizikal. Oleh itu penyelidik akan merumuskan hasil dapatan kajian dengan lebih
jelas.

Tahap kesedaran pelajar tentang aktiviti memanaskan badan dan


menyejukkan badan ketika aktiviti fizikal. Secara keseluruhan bagi item ini, pelajar
lelaki telah menunjukkan tahap kesedaran yang lebih baik berbanding perempuan
walaupun terdapat sedikit sahaja perbezaan iaitu skor min dan sisihan piawai bagi
jantina lelaki (M = 4.5539 + SD = 0.30269), dan jantina (M = 4.3046 + SD
= .05940). Manakala bagi kategori umur pula hasil dapatan menujukkan bahawa
responden yang berumur dalm lingkungan 20 tahun hingga 24 tahun adalah lebih
memiliki tahap kesedaran berbanding responden berumur 25 tahun ke atas iaitu skor
min dan sisihan piawai bagi umur 20 tahun hingga 24 tahun (M = 4.4396 + SD=
52

0.40797), dan umur 25 tahun dan ke atas (M = 4.3683 + SD = 0.41448). Oleh itu
secara gambaran yang boleh digambarkan oleh penyelidik terhadap tahap kesedaran
pelajar UTM adalah tahap kesedaran pelajar lelaki adalah lebih baik daripada pelajar
perempuan dan palajar yang muda adalah lebih baik daripada pelajar yang sedikit
berusia.

Seterusnya tahap amalan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan


badan ketika aktiviti fizikal. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan
responden lelaki adalah lebih mengamalkan aktiviti memanaskan dan menyejukkan
badan semasa melakukan aktiviti fizikal berbanding responden perempuan. skor min
dan sisihan piawai bagi jantina lelaki (M = 4.2922 + SD = 0.69556), dan jantina (M
= 3.9027 + SD = 0.73892). Manakala tahap amalan kategori umur menunjukkan
palajar yang lebih muda iaitu berumur 20 hingga 24 tahun lebih mengamalkan
aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan semasa melakukan aktiviti fizikal
berbanding responden yang berumur 25 tahun ke atas skor min dan sisihan piawai
menunjukkan bagi umur 20 tahun hingga 24 tahun (M = 4.1851 + SD = 0.75987),
dan umur 25 tahun dan ke atas (M = 3.8904 + SD = 0.68641). Oleh itu secara
gambaran yang boleh digambarkan oleh penyelidik terhadap tahap amalan pelajar
UTM adalah tahap amalan pelajar lelaki adalah lebih baik daripada pelajar
perempuan dan amalan palajar yang muda adalah lebih baik daripada pelajar yang
sedikit berusia.

5.5 Cadangan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati terdapat


beberapa kelemahan dan memerlukan penambahbaikkan bagi mendapatkan
keputusan ujian yang lebih baik. Antara cadangan bagi meningkatkan mutu kajian ini
pada masa akan datang ialah seperti berikut:
53

5.5.1 Bilangan subjek

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik hanya melibatkan seramai 100 orang
responden di mana serama 43 orang responden lelaki dan seramai 57 orang
responden perempuan. Penyelidik pada masa akan datang boleh menambahkan
bilangan responden untuk mendapatkan data dan hasil kajian yang terperinci.
Responden yang bertambah dapat menggambarkan suasana sebenar di UTM dengan
tepat lagi.

5.5.2. Penggunaan kaedah kajian

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuntitatif iaitu
berdasarkan analisis data daripada borang soal selidik sepenuhnya. Sekiranya
terdapat penyelidik yang ingin melakukan kajian yang berkaitan dengan objektif
kajian ini, kaedah kajian kualitatif disyorkan agar dapat mendapatkan persepsi
responden tentang aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan ini.

5.5.3 Kajian akan datang

Kajian ini dijalankan hanya untuk pelaja UTM Skudai sahaja. Penyelidik
akan datang bolehlah meluaskan lagi skop responden kepada skala yang lebih besar
untuk mengambarkan sutuasi sebenar masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh skop
responden boleh merangkumi satu dearah di Johor atau mana-mana daerah di
Malaysia.
54

5.5.4 Kategori umur

Kajian ini hanya mensasarkan golongan yang berumur 20 tahun hingga 24


tahun dan 25 tahun dan ke atas sahaja. Bagi penyelidikan akan datang, kategori
umur boleh dipertingkatkan lagi seperti mensasarkan golongan belia di Malaysia.

5.5.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah hanya untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan
tahap amalan pelajar UTM terhadap aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Penyelidik pada masa akan datang boleh
menambahkan lagi objektif kajian di mana penyelidik boleh mengkaji faktor atau
penyebab situasi ini terjadi.

5.6 Penutup

Berdasarkan dapatan analisis, perbincangan mengenai penganalisaan ujian


bagi setiap aspek objektif kajian telah dibincangkan dalam bab ini. Selain itu,
penyelidik juga menyatakan kesimpulan dan beberapa cadangan bagi tujuan
penambahbaikan kajian ini di masa akan datang.
55

Rujukan

Azizan, Abd Wahab and Nurhaziyanti, Mohamad Khalid (2007) Faktor Motivasi


Intrinsik Dan Ekstrinsik Serta Hubungkaitnya Dengan Minat Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Mergong Untuk Melibatkan Diri Dalam
Sukan. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi
http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/view.jsp?
key=piu4yqox3h9ww55sqmpjvgjy4vr8qxbu20090701155743863

Baker,R., Heinrich, M.D., Miller, J.L. (2000). Women’s participation in sport.The


physical Educator, 57, 8-13.

Bandura, A. 2001. Social Cognitive Theory of Mass Communication.


Mediapsychology . 3 : 265-299.http://www.dr-eskandary.org/ download/Social
%20Cognitive%20Theory%20OF%20MASS%20 COMMUNICATIO.pdf.
[11/7/2012]

Bloom, B.S. (Ed.). Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., Krathwohl, D.R. (1956).
Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain.
New York: David McKay Co Inc.

Cambridge International Dictionary of English, (1995): Cambridge ; New York :


Cambridge University Press

Corbin dan Linsay ( 1994 ). Adult Fitness Programs : Planning, Designing,


Managing, . and Improving Fitness Programs. USA: Scott, Foresman and
Company
56

Butler (1996). Sport Psychology In Action. Butterworth-Heinemann: Oxford,


England.

Dick, F.W. (2002). Sport Training Principles. London: Lepus Book.

Faigenbaum, A. D., Kang, J., & McFarland, J. (2006). Acute effects of different
warm up protocols on anaerobic performance in teenage athletes. Pediatr Exerc
Sci., 17: 64-75.

Falls, H. B. (1980). Exercise Physiology New York: Academic Press Inc.

HADDAD, M. et al. (2014) Static stretching can impair explosive performance for at
least 24 hours. The Journal of Strength & Conditioning Research, 28 (1), p. 140-
146

Helen Jones, Peter Millward (Knight, Kavanagh and Page) and Babatunde Buraimo
2011 (University Of Central Lancashire) Adult participation in sport Analysis of
the Taking Part Survey.

Heyward , Pangrasi, Robert ( 1991 ), “Dynamic Physical Education For Elementary


School Children.” Edisi kedua. New York : Macmillan Publishing Company.

Ingham SA1, van Someren KA, Howatson G.(2010) Effect of a concentric warm-up
exercise on eccentrically induced soreness and loss of function of the elbow
flexor muscles.

Kamus Dewan (2003). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kerlinger, F.N. & Lee, H.B. (2001). Foundation of behavioral research. Harcourt
College Publishers: Fort Worth, USA..

Knudson, D et al. (2001) Acute Effects of Stretching Are Not Evident in the
Kinematics of the Vertical Jump, Journal of Strength & Conditioning Research,
15 (1), p. 98-101
57

Landy, J.C (1987). “Psychology : The science of People.” Englewood Cliff : Prentice
Hall Inc

Law RY1, Herbert RD (2007). Warm-up reduces delayed onset muscle soreness but
cool-down does not: a randomised controlled trial.

Lederberg, J., Shope, R., & Oakes, S. (1992). Emerging Infections : Microbial
Threats to Health in The United States. Washington, D.C. : National Academy
Press

Mary D. Nadelen, MA, ATC Basic Injury Prevention Concepts (2012)

MCNAIR, P.J. et al. (2000) Stretching at the ankle joint: viscoelastic responses to
holds and continuous passive motion. Medicine & Science in Sport and
Exercise, 33 (3), p. 354-358

Mohd. Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nadhratul wradah Salman. (2000). Women and sport in Malaysia. Opportunities and
barriers.3 ICHPER. SD Asia Congress 23-26 November 2000.

Norlaila Binti Razali, (2011) Pencapaian Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring
Pelbagai Posisi Melalui Latihan Ketangkasan di Daerah Kinta Utara

Olav Olsen, Mona Sjøhaug, Mireille van Beekvelt, and Paul Jarle Mork (2012) The
Effect of Warm-Up and Cool-Down Exercise on Delayed Onset Muscle
Soreness in the Quadriceps Muscle: a Randomized Controlled Trial

Peter A. Farrell et al. (2011) ACSM's Advanced Exercise Physiology October 06,
(2011)

Raymond, Y. & John, T.R. (2002). Sports interest among girls. London: Routledge.
58

Rimal, R.V. & Lapinski, M.K. 2009. Why health communication is important in
public health. Bulletin of the World Health Organization 87 : 247-247.
Diperoleh daripada doi: 10.2471/BLT.08.056713.[5/7/2012]

Rogers C R (1974). In retrospect: forty-six years. American Psychologist 29:115-123


Sheikh Kamaruddin (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal. 3rd ed. Persatuan
Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan
Malaysia. Kuala Lumpur.

Soekanto, Soerjono, 1982, Sosiologi Suatu Pengantar, CV. Rajawali: Jakarta.


Woods K, Bishop P, Jones E. Warm-up and stretching in the prevention of muscular
injury.
59

Lampiran A

BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK KAJIAN:

TAHAP KESEDARAN DAN AMALAN PELAJAR UTM BERKENAAN


AKTIVITI MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN SEMASA
MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HAZLI HILMI BIN MALIKI

910625-11-5661

A11PP0035

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN

(SAINS SUKAN)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Segala jawapan anda adalah dianggap SULIT dan hanya digunakan untuk
tujuan akademik dan kajian semata-mata.

Kerjasama anda amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.


60

BAHAGIAN A

BIODATA RESPONDEN

ARAHAN: Sila tandakan (/) dalam petak yang disediakan

1. Bangsa : Melayu ( )

Cina ( )

India ( )

Lain-lain (Nyatakan__________) ( )

2. Jantina : Lelaki ( )

: Perempuan ( )

3. Umur : 20 – 24 ( )

: 25 keatas ( )

4. Adakah anda aktif dalam bersukan?

Ya ( )

Tidak ( )

5. Apakah peringkat tertinggi sukan yang pernah anda ceburi.

Sekolah ( )

Daerah ( )

Negeri ( )

Negara ( )
61

Bahagian B

Tahap kesedaran pelajar UTM mengenai kepentingan memanaskan dan


meyejukkan badan semasa melakukan aktiviti sukan.

Arahan:

SS = Sangat Setuju

S = Setuju

TP = Tidak Pasti

TS = Tidak Setuju

STS = Sangat Tidak Setuju

Sila tandakan (/) dalam petak yang disediakan

BIL SOALAN STS TS TP S SS


1 Aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan
kecederaan
2 Aktiviti memanaskan badan dapat meningkatkan
suhu badan
3 Aktiviti memanaskan badan dapat menyediakan
tubuh badan atlet untuk melakukan aktiviti sukan
yang berintensiti tinggi.
4 Aktiviti memanaskan badan perlu dilakukan
sebelum aktiviti fizikal dijalankan.
5 Aktiviti menyejukkan badan dapat menurunkan
suhu badan
6 Aktiviti menyejukkan badan dapat melegakan
otot dan menggurangkan kecederaan otot.
7 Aktiviti menyejukkan badan perlu dilakukan
selepas aktiviti fizikal dijalankan.
8 Aktiviti memanaskan serta menyejukkan badan
dapat meningkatkan prestasi individu.
9 Aktiviti memanaskan serta menyejukkan badan
adalah perlu dilakukan untuk semua jenis sukan
dan aktiviti fizikal
10 Saya berasa lebih cergas selepas melakukan
aktiviti memanaskan badan.
11 Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan
dapat meningkatkan tahap kecergasan individu.
62

Bahagian C

Tahap amalan memanaskan dan meyejukkan badan semasa melakukan aktiviti


sukan di kalangan pelajar UTM.

Arahan:

SS = Sangat Setuju

S = Setuju

TP = Tidak Pasti

TS = Tidak Setuju

STS = Sangat Tidak Setuju

Sila tandakan (/) dalam petak yang disediakan

BIL SOALAN STS TS TP S SS


1 Saya sentiasa melakukan aktiviti memanaskan
badan setiap kali saya terlibat dengan aktiviti
sukan.
2 Saya sentiasa melakukan aktiviti menyejukkan
badan setiap kali saya terlibat dengan aktiviti
sukan.
3 Saya dapat melakukan aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan dengan teknik yang betul.
4 Saya mampu melakukan aktiviti memanaskan
badan secara individu tanpa di ketuai oleh
sesiapa.
5 Saya mampu melakukan aktiviti menyejukkan
badan secara individu tanpa di ketuai oleh
sesiapa.
6 Saya sentiasa melakukan aktiviti memanaskan
badan dengan melakukan aktiviti yang dapat
meningkatkan kadar nadi.
7 Saya melakukan aktiviti regangan selepas aktiviti
meningkat kadar nadi.
8 Saya melakukan aktiviti memanaskan badan
secara statik dan dinamik.
9 Saya melakukan aktiviti memanaskan dan
menyejukkan badan secara individu dan
berkumpulan.
10 Saya melakukan aktiviti memanaskan selama 10
hingga 15 minit sebelum melakukan aktiviti
berintensiti tinggi
11 Saya melakukan aktiviti menyejukkan badan
selama 10 hingga 15 minit selepas melakukan
aktiviti berintensiti tinggi

Anda mungkin juga menyukai