Anda di halaman 1dari 11

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

(UHMS 1182-04)

TAJUK:
INTEGRITI DAN PLAGIAT

KUMPULAN 6
AHLI KUMPULAN NO MATRIK

KHAIRUL ANWAR ABDUL WAHAB A21BE0105

JACELYN JONG PHANG FOO MING A21BE0096

LIM TENG HONG A21BE0130

TAN WEI YONG A21BE0333

FATHIN AL NAJLA BINTI MOHD A21BE0067


NIZAM

PENSYARAH : DR. YUSMA FARIZA BINTI YASIN

SKEMA PEMARKAHAN (DIISI OLEH PENSYARAH)


KRITERIA MARKAH

PENDAHULUAN /5

ISI /15

KESIMPULAN /5

RUJUKAN /5

JUMLAH /30
KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 FAKTOR
2.1 SIKAP MANUSIA YANG MALAS BERFIKIR
2.2 WUJUD KEMAJUAN TEKNOLOGI
2.3 BEBAN KERJA YANG BANYAK
2.4 KURANG PEMAHAMAN DALAM SESUATU TOPIK

3.0 KESAN
3.1 MARUAH DAN IMEJ DIRI TERCEMAR
3.2 KEKURANGAN PENJANAAN IDEA BAHARU
3.3 KEHILANGAN ETIKA DALAM PROSES PEMBELAJARAN

4.0 CARA MENGATASI


4.1 MEMPUNYAI KESEDARAN DALAM DIRI MEREKA TENTANG ORIGINALITY
(PENULIS)
4.2 MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KESALAHAN PLAGIARISME
SERIOUS DALAM AKADEMIK DUNIA (PELAJAR)
4.3 MEMBERIKAN PANDUAN DAN BIMBINGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN
1.0 PENDAHULUAN

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini, banyak maklumat
yang sangat mudah diperolehi melalui Internet dan masalah integriti dan plagiarisme telah
menjadi amalan biasa di seluruh dunia. Kita hanya perlu menekan dua butang sahaja artikel
yang melebihi seribu perkataan akan keluar secara automatik iaitu salin dan tampal (copy
and paste). Tetapi anda tahu ia adalah satu kesilapan besar dan memberi kesan negatif untuk
masa depan kita sendiri kerana terdapat isu integriti dan plagiarisme.

Apakah integriti? Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi integriti
merujuk kepada kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Selalunya Integriti akan
dimanfaatkan semasa kewujudan kandungan plagiarisme. Kegiatan plagarisme ini sudah
tentu melanggar prinsip integriti. Walaupun pelajar tahu bahawa plagiarisme adalah aktiviti
yang tidak bermoral, mereka masih sanggup melakukannya untuk menggembirakan mereka.
Contohnya, sesetengah pelajar malas membuat kerja tertentu, untuk menyiapkan kerja khusus
mereka sanggup mendapatkan hasil kajian daripada Internet dan kemudian menyalin semula
bab tersebut hasil kerjanya. Fabrikasi tersebut telah melanggar rekaan integriti iaitu pelajar
tersebut tidak dapat memegang prinsip nilai etika teras, iaitu menjelaskan seseorang itu mesti
jujur dan telus dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Plagiat ini dilakukan oleh orang
yang tidak berakhlak, mereka telah melupakan ajaran ibu bapa dan guru yang mengajar
mereka untuk berlaku jujur sejak kecil. Plagiarisme merupakan masalah etika yang telah
wujud sejak awal 1600-an (Hansen, 2003).
2.0 FAKTOR

2.1 SIKAP MANUSIA YANG MALAS BERFIKIR

Semua manusia mempunyai sikap buruk mereka tersendiri. Salah satunya yang tidak
dapat dielakkan adalah sikap malas yang hadir dalam diri setiap manusia. Sikap malas
datang apabila seseorang itu tiada tenaga untuk melakukan sesuatu kerja akibat tiada
motivasi dalam dirinya, keraguan dan tiada tujuan hidup yang spesifik. Disebabkan
faktor-faktor ini, manusia malas untuk memikirkan idea baru yang datang dari diri sendiri
dan mengambil idea orang yang telah sedia ada di mana-mana bahan rujukan yang
mudah didapati. Mereka akan menggunakan hasil kerja orang lain dan menggunakannya
untuk menyiapkan kerja mereka. Kebanyakan daripada mereka akan melakukan perkara
tersebut tanpa rasa bersalah dan hanya memikirkan tentang kerja mereka dapat disiapkan
dengan cepat.

2.2 WUJUD KEMAJUAN TEKNOLOGI

Manusia suka mengambil jalan yang mudah dalam melakukan kerja. Lebih-lebih lagi
apabila dunia kita sudah berada dalam era yang maju dengan teknologi canggih dan
menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk melakukan kerja. Kemudahan seperti
internet yang hanya memerlukan sedikit tenaga untuk mencari maklumat pula
menyebabkan manusia mengambil jalan mudah untuk melengkapkan kerja terutamanya
dalam golongan pelajar. Pelajar mempunyai banyak tugasan yang memerlukan mereka
untuk mencari maklumat di dalam internet dan juga di dalam buku-buku rujukan. Bagi
pelajar yang mengambil jalan mudah, mereka akan secara lanjutnya menggunakan ayat-
ayat yang terdapat dalam bahan rujukan tersebut dan tiada inisiatif untuk menukar atau
menambah ayat yang sedia ada dan hanya meniru bulat-bulat ayat tersebut untuk
melengkapkan tugasan mereka.
2.3 BEBAN KERJA YANG BANYAK

Manusia memang tidak akan lari dari memikul tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Apabila seseorang itu menangguhkan kerja dan tidak menyiapkan kerja dengan lebih
awal, semakin lama semakin banyak beban kerja yang perlu dipikul dan akhirnya tidak
mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja yang sedia ada. Ini menyebabkan
mereka akan mencari jalan yang mudah untuk menyiapkan kerja dengan cepat bagi
menjimatkan masa supaya dapat melakukan kerja-kerja lain. Dengan itu, mereka akan
mengambil hasil kerja orang lain supaya kerja mereka dapat disiapkan dengan cepat
tanpa perlu membazir masa. Lebih-lebih lagi, tenaga mereka juga tidak terbeban kerana
mereka tidak perlu membazir tenaga untuk memikirkan ayat.

2.4 KURANG PEMAHAMAN DALAM SESUATU TOPIK

Dalam melakukan sesuatu kerja, kita perlulah mempunyai pemahaman yang mendalam
dalam sesuatu topik tersebut supaya dapat menghasilkan kerja yang sangat baik. Apabila
seseorang itu tidak begitu memahami tentang topik tersebut, maka mereka akan mencari
maklumat di dalam internet atau bahan rujukan yang sedia ada supaya dapat
meningkatkan pemahaman dalam topik yang perlu dikaji. Sekiranya mereka masih tidak
memahami apa yang dibaca oleh mereka, kemungkinan besar untuk mereka melakukan
plagiat adalah tinggi kerana tidak dapat menghasilkan ayat sendiri akibat kurang pasti
dengan pemahaman yang sedia ada dan takut tersilap dengan pemahaman tersebut.
Mereka juga kurang faham dengan topik tersebut dan untuk menghasilkan kerja yang
sangat baik, mereka menggunakan ayat orang lain.
3.0 KESAN

3.1 MARUAH DAN IMEJ DIRI TERCEMAR

Perbuatan plagiat dalam menghasilkan apa-apa kerja merupakan satu perbuatan yang
dipandang rendah dan dilarangi sama sekali. Perbuatan plagiat menunjukkan sikap
seseorang yang malas dan tidak beretika dalam proses pemikiran dan tindakan. Maruah
dan imej seseorang akan tercemar jika didapati terdapat perbuatan plagiat kerana kerja
yang dibuat bukan asli dari orang tersebut tetapi hasil tiruan dari orang lain. Hal ini akan
menyebabkan seseorang tersebut kehilangan kepercayaan daripada orang lain dan tiada
orang akan bekerjasama dengan orang itu lagi. Orang yang plagiat dianggap kehilangan
integriti dan kredibiliiy dan ini akan mencemarkan maruah dan imej orang tersebut.

3.2 KEKURANGAN PENJANAAN IDEA BAHARU

Perbuatan plagiat yang asyik berlaku akan menyebabkan idea yang sama sentiasa diguna
atau dipetik dan digelar sebagai idea sendiri. Perbuatan menukar kosa kata atau menukar
struktur ayat tanpa menjana idea yang baharu merupakan salah satu contoh perbuatan
plagiat yang sering berlaku terutamanya di dalam kalangan pelajar. Hal ini akan
menghalang penjanaan idea baharu kerana kebanyakan orang lain bergantung harap
kepada maklumat-maklumat yang didapati atas talian tanpa memproseskan isu atau idea
tersebut. Lama-kelamaan, sikap malas akan muncul dan perbuatan plagiat akan berulang
lagi dan semakin kurang idea baharu akan dijana.
3.3 KEHILANGAN ETIKA DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Etika yang harus dipupuk dalam proses pembelajaran seperti ikhlas dalam belajar dan
sabar dalam belajar semakin hari semakin pupus akibat perbuatan plagiat. Kebanyakan
orang menganggap perbuatan plagiat sebagai satu jalan pintas untuk menghabiskan kerja
dan tidak lagi mementingkan proses pembelajaran. Proses pembelajaran yang
memerlukan penuh ikhlas hati dan kesabaran telah dianggap sebagai proses yang
menyusahkan kerana memerlukan masa yang lebih panjang dan lebih banyak usaha untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan. Perbuatan plagiat telah menyenangkan kerja untuk
dihabiskan kerana seseorang tersebut hanya perlu meniru atau memetik idea orang lain
tanpa memikir dan membuat pertimbang yang memerlukan masa yang lebih panjang. Hal
ini telah menyebabkan kehilangan etika dalam proses pembelajaran.
4.0 CARA MENGATASI

Secara umumnya, mempunyai rujukan dan bibliografi adalah sesuatu amalan yang perlu
disertakan di dalam sesuatu penyelidikan. Rujukan dan bibliografi dapat mendatangkan
banyak kebaikan kepada kita tetapi dalam masa yang sama ia juga akan mendatangkan
keburukan jika kita tidak menggunakan dengan betul. Apabila kita dapat mengatasi
keburukannya, ia akan membantu kita menyelesaikan sesuatu dengan lancar. Misalnya,
sebagai satu pelajar architecture kajian terdahulu membantu kita mengecilkan idea dan
konsep reka bentuk anda kepada konsep primer dan sekunder. Kemudian menggunakan
inspirasi ini dan bukannya menyalin langsung, kita boleh mencipta elemen atau konsep
baharu untuk menyelesaikan masalah reka bentuk kita.

4.1 MEMPUNYAI KESEDARAN DALAM DIRI MEREKA TENTANG


ORIGINALITY (PENULIS)

Sebagai seorang penulis, mereka perlulah mempunyai kesedaran diri sendiri tentang
keaslian sebuah karya yang dihasilkan oleh seseorang. Hal ini kerana mereka dapat rasa
terhadap kepentingan integriti dan plagiat apabila karya mereka ditiru oleh orang lain.
Sebagai contoh, reka bentuk daripada seseorang terdapat hak ciptanya. Sebagai seorang
penulis dapat rujuk tetapi tidak boleh salin bulat-bulat. Mereka sewajarnya lebih bersifat
jujur tentang keaslian dan bertanggung jawab terhadap karya mereka. Mereka juga
perlulah mahir dalam merujuk karya orang lain dan melakukan parafrasa dengan pandai
tetapi dalam proses menyusun semula kata perkataan juga perlu memastikan tidak lari
makna sebenarnya. Oleh itu, penulis seharusnya mempunyai integriti dan kesedaran yang
tinggi tentang keaslian karya dan ini dapat mengurangkan plagiarisme berlaku.
4.2 MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KESALAHAN
PLAGIARISME SERIOUS DALAM AKADEMIK DUNIA (PELAJAR)

Bagi peringkat pelajar, kesedaran tentang plagiarisme amat penting dan mempunyai
kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan sebarang plagiat. Mereka perlulah
mempunyai kesedaran tentang kesalahan plagiarisme ini serius dalam dunia akademik.
Mereka sepatutnya perlu lebih menghargai sumber penulisan yang dirujuk dalam tugasan
akademik mereka. Contohnya, ada seseorang ambil secara terus hasil penulisan mereka
tanpa menyebut nama mereka sebagai orang penulis. Hal ini dapat memberi kesedaran
kepada pelajar apabila mereka menjadi mangsa plagiat. Oleh itu, dalam proses
menyiapkan kerja mestilah bersifat jujur, tanggungjawab dan integriti supaya dapat
menunjukkan kesedaran yang tinggi tentang plagiarisme.

4.3 MEMBERIKAN PANDUAN DAN BIMBINGAN KEPADA


PELAJAR-PELAJAR

Sebagai pihak, mereka memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kesedaran
tentang plagiarisme dan tidak sewenang-wenangnya memandang enteng terhadap isu
tersebut. Mereka perlulah lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini kerana mereka
akan menjadi model insan kepada pelajar yang belum matang. Ini akan membawa
implikasi yang teruk kepada akhlak plagiat tersebut. Sebagai contoh, profesor-profesor
sepatutnya memberikan panduan kepada pelajar mereka dalam melakukan sesuatu
tugasan yang diberikan. Mereka perlukan memberi arahan yang jelas dan terperinci
dalam menerangkan sebarang perlakuan plagiat adalah dilarang dan kesan teruk yang
dihadapi. Mereka perlu memberi pelajar-pelajar mengetahui plagiat adalah dipandang
serius oleh pensyarah dalam bidang akademik.
5.0 KESIMPULAN

Sebagai penggulung kata, kegiatan plagiarisme adalah sesuatu perbuatan yang amat dikeji
dalam aliran pendidikan dan kerja. Perbuatan ini telah menjejaskan integriti individu dan
hasil-hasil kerja dari pelbagai sektor terutama sekali sektor pendidikan. Walaubagaimanapun,
semua golongan masyarakat berperanan dalam membanteras kegiatan plagiarisme dalam
sektor-sektor pendidikan, kerja dan lain-lain. Masyarakat wajar mempertingkatkan integriti
diri dan mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada sia-
sia. Dengan langkah-langkah yang diambil kita dapat melahirkan masyarakat yang jujur,
amanah dalam menjalankan tanggungjawab mereka di sektor-sektor penting negara seperti,
politik, ekonomi dan sosial.

Teknologi-teknologi yang ada kini, dapat membantu setiap individu untuk mengelakkan
diri daripada melakukan perbuatan plagiarisme dalam menghasilkan kerja-kerja mereka.
Selain itu, teknologi juga dapat mengesan hasil kerja yang telah diplagiat. Integriti diri
seorang yang menghasilkan suatu kerja itu dapat dikaji dengan menggunakan teknologi yang
ada. Oleh itu, kita sewajarnya berharap agar segala maklumat-maklumat yang dihasilkan oleh
anggota masyarakat mahupun anggota akademik dapat dihasilkan dengan baik tanpa
sebarang plagiarisme. Hal ini akan menyebabkan negara kita dipandang tinggi oleh
masyarakat dunia atas komitmen kita memperbaiki integriti kerja dan integriti diri serta
membanteras kegiatan plagiarisme.
SUMBER RUJUKAN

Arifin, M. A. M., & Ahmad, A. H. (2016). Kepentingan budaya integriti dan etika kerja
dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Geografia, 12(9).

Bahtiyar Kurambayev (2020).The Causes and Consequences of Plagiarism by Journalists in


Central Asia, 691-708

HS, D. R. (2017). Plagiarisme dan Korupsi Ilmu Pengetahuan. Kordinat: Jurnal Komunikasi
antar Perguruan Tinggi Agama Islam, 16(2), 271-292.

Judith Gullifer , Graham A. Tyson (2010). Exploring university students' perceptions of


plagiarism: a focus group study, 463-481

Mustapha, R., Hussin, Z., & Siraj, S. (2017). Ketidakjujuran akademik dalam kalangan
mahasiswa muslim di Malaysia: Analisis perbandingan tahun 2014-2015. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(1), 41-55.

Pon, Y., & Othman, Z. (2010). Pembangunan integriti di Malaysia.

Rosman, A. S., Hassan, A. M., Suratman, A. S., Ripin, M. N., & Marni, N. (2008). Persepsi
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme. Sains Humanika, 48(1).

Singh, M. K. M., & Ganapathy, M. (2018). Understanding Plagiarism from the Lens of First
Year Tertiary Level Students. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities.

Anda mungkin juga menyukai