Anda di halaman 1dari 6

Kesan masalah sosial murid

Masalah sosial yang sering berlaku dalam kalangan murid sudah tentunya memberikan kesan
kepada diri murid itu sendiri, sekolah, dan juga turut kepada komuniti masyarakat. Masalah
sosial dalam kalangan murid kini juga dipandang sebagai suatu masalah yang serius kerana
jika masalah ini bertambah parah dalam kalangan murid, maka akan menyebabkan kesan
yang teruk dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, disini saya akan memfokuskan kesan
masalah sosial kepada diri murid itu sendiri, kepada sekolah tempat ia belajar dan juga
kepada masyarakat.

Kesan masalah sosial kepada murid

1. Keruntuhan akhlak

Kesan pertama masalah sosial kepada murid ialah akan menyebabkan seseorang murid itu
keruntuhan akhlak. Jika seseorang murid itu sering terlibat dengan masalah sosial, maka ia
akan selalu mempraktikkan tingkah laku yang kurang sopan kerana sudah terlalu sebati
dengan masalah sosial. Murid itu juga akan menjadi kurang sopan apabila dia berkomunikasi
dengan dengan orang di sekelilingnya. Sebagai contoh disini, jika seseorang pelajar itu
sentiasa terlibat dengan kes buli, maka dia akan terdorong untuk membuli orang lain apabila
bertemu dengan pelajar lain dan inilah yang dikatakan sebagai keruntuhan akhlak dan pelajar
yang keruntuhan akhlak biasanya amat sukar untuk dididik semula menjadi seperti biasa dan
selalunya memerlukan tempoh yang lama untuk mengubah perangai pelajar tersebut.

2. Prestasi murid merosot

Kesan masalah sosial yang kedua kepada murid adalah akan menyebabkan prestasi murid
merosot. Murid yang selalu mempunyai masalah disiplin biasanya tidak akan fokus di dalam
kelas kerana ia mudah terganggu dan terjebak untuk melakukan masalah sosial yang lain.
Sebagai contoh, jika pelajar itu selalu ponteng kelas, maka ia akan selalu tidak hadir ke dalam
kelas apabila sesi pembelajaran bermula. Ini akan menyebabkan pelajar itu ketinggalan dan
tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan seterusnya prestasi akademiknya
menjadi merosot.

3. Imej murid merosot

Kesan masalah sosial yang terakhir kepada murid adalah akan menjadikan imej seseorang
murid itu merosot. Murid yang sering terlibat dengan masalah sosial biasanya akan selalu
dipanggil untuk berjumpa dengan unit bimbingan dan kaunseling dan inilah yang akan
menjadikan ramai murid lain tahu bahawa murid tersebut bermasalah serta dipandang rendah
oleh orang lain.

Kesan masalah sosial kepada sekolah

1. Prestasi sekolah merosot

Fokus kita yang kedua pula adalah pada kesan masalah sosial kepada sekolah. Masalah sosial
murid yang semakin meningkat menyebabkan prestasi sekolah menjadi merosot. Murid yang
sering melakukan masalah social kesalahannya akan direkodkan dalam buku disiplin sekolah.
Oleh itu, sekolah yang mempunyai rekod masalah sosial yang tinggi dan peritus murid
bermasalah sosial yang tinggi selalunya akan memberi kesan yang teruk kepada carta
kedudukan sekolah di antara daerah. Sudah tentunya, sekolah yang merekodkan masalah
sosial yang tinggi akan berada pada kedudukan yang bawah dan ini menyebabkan prestasi
sekolah sedikit terjejas kerana para ibu bapa pasti akan berfikir dua tiga kali sebelum
menempatkan anaknya di sekolah berkenaan.

2. Sistem pengurusan sekolah kurang cekap

Kesan masalah sosial murid kepada sekolah juga adalah akan menyebabkan sistem
pengurusan sekolah menjadi kurang cekap. Hal ini adalah berkaitan dengan sistem
pengurusan disiplin di sekolah berkenaan dimana, apabila semakin banyak masalah sosial
direkodkan, maka sistem akan menjadi kurang cekap. Pihak sekolah akan terlalu
menumpukan tentang penyelesaian kepada masalah social murid sehingga pengurusan
kepada bahagian lain akan terganggu. Nanti akan berlakulah masalah dimana pihak sekolah
berkenaan akan gagal untuk melaporkan tentang kes-kes sosial dan salah laku dengan jujur
kerana sekolah berkenaan cuba untuk menyembunyikan masalah sosial di sekolah masing-
masing.

Kesan masalah sosial kepada masyarakat

1. Gejala sosial

Murid yang mempunyai masalah sosial selalunya akan mudah terjebak dengan perbuatan
yang tidak bermanfaat. Apabila pelajar itu sudah menamatkan zaman persekolahan, ia akan
mula melibatkan diri dengan dunia luar. Jadi, apa-apa yang dilihatnya berlaku pada hari ini
dalam masyarakat pasti akan menjadi ikutan mereka dan mereka pasti akan terpengaruh
untuk melakukannya. Contohnya, jika masa sekolah pelajar itu sering mencuri, tidak mustahil
apabila ia berada di luar ia akan melakukan perbuatan yang sama lebih-lebih lagi apabila ia
ternampak kejadian itu berlaku di depan mata dan pastinya mereka turut terpengaruh. Mereka
yang mempunyai masalah disiplin sejak sekolah akan mudah terjebak dengan gejala sosial
seperti merompak, mencuri, menyamun, vandlisme, rogol, buang bayi, melepak, berlumba
haram dan sebagainya.

2. Perpaduan dalam masyarakat terjejas

Apabila seseorang individu itu sudah terjebak dengan gejala sosial, sudah tentu perpaduan
dalam kalangan masyarakat sukar untuk dicapai. Mereka yang mempunyai masalah sosial ini
akan sukar untuk berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan orang di luar sana
yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Gejala sosial yang semakin berleluasa dalam
kalangan mereka yang tidak mempunyai disiplin akan memparahkan lagi seperti kejadian
pergaduhan sesama ahli kongsi gelap semakin berleluasa, masalah pecah rumah, rompak
yang semakin kerap berlaku akan menimbulkan kecurigaan antara satu sama lain dalam
masyarakat dan perkara inilah yang akan menyebabkan perpaduan sukar untuk dicapai dalam
kalangan masyarakat.

3.0 Kesan masalah disiplin pelajar di sekolah

3.1 Kesan ke atas murid.

Sepertimana yang kita sedia maklum, apabila tingkah laku bermasalah atau masalah disiplin
berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Intensiti
gangguan terhadap persekitaran pengajaran dan pembelajaran mempunyai perkaitan dengan
jenis kekerapan dan tempoh berlaku tingkah laku tersebut. Selain itu, ia juga mempengaruhi
keselamatan psikologikal murid-murid, kesediaan mereka untuk belajar, dan tingkah laku
masa depan mereka.

Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah akan menyebabkan banyak masa P&P
terluang di sebabkan perkara yang amat kecil sahaja. Menurut hasil penyelidikan melaporkan
bahawa ada sesetengah guru menghabiskan sebanyak 30 hingga 80 peratus masa pengajaran
dan pembelajaran untuk menangani masalah disiplin. Contohnya pelajar yang suka
berkumpul dan bersembang sebelum guru masuk mereka akan bersembang sehingga
memakan masa sedalam lima minit atau lebih masa pembelajaran, dalam tempoh tersebut
guru akan mengarahkan pelajar agar berada di tempat duduk masing-masing. Sebaliknya jika
mereka segera bersurai sebaik sahaja guru masuk guru tersebut boleh memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran engan segera.

Kesan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah yang kedua ialah menunjuk-nunjuk,
bermakna bahawa murid-murid akan mempelajari salah laku melalui pemerhatian tingkah
laku bermasalah murid-murid yang lain. Masalah disiplin seseorang pelajar boleh tersebar
terhadap rakan-rakan lain yang akan menyebabkan bilangan masalah disiplin semakin
meningkat. Terdapat banyak faktor para pelajar menjadi terikut-ikut masalah disiplin pelajar
lain antaranya adalah sikap ingin mencuba, ajakan kawan dan perasaan tidak puas hati akibat
masalah disiplin yang dilakukan olah sahabat lain terhadap diri seseorang pelajar tersebut.

Kebiasaannya para pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah mempunyai pretas
akademik yang tidak memberangsangkan. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya
perhatian mereka di dalam kelas dan minat yang kurang dalam pembelajaran. Pelajar-palajar
seperti ini sememangnya gemar melakukan salah laku di sekolah seperti ponteng kelas,
gaduh, merokok dan sebagainya.

3.2 Kesan ke atas pihak sekolah

Sekolah merupakan institusi yang bakal menerima impak negatif jika masalah disiplin pelajar
berlaku dengan berleluasa. Hal ini kerana, peningkatan beban yang diberikan kepada
golongan guru oleh ibu bapa yang mengharapkan golongan ini dapat mendidik anak-anak
mereka dengan sebaik mungkin. Namun begitu, akibat daripada masalah disiplin yang
dilakukan oleh pelajar, pihak sekolah khususnya guru tidak dapat untuk mengajar dengan
baik disebabkan gangguan.

Para pelajar yang sememangnya tidak terlibat dengan gejala ini pula terdedah kepada
persekitaran yang tergugat yang boleh menyebabkan emosi mereka terganggu seterusnya
menyebabkan mereka tidak dapat fokus terhadap pelajaran. Hal ini sudah semestinya
menyekat minat pelajar untuk belajar. Suasana sekolah yang huru-hara pula sudah semestinya
umpama kata perpatah, “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” yang akan menjejaskan
imej sekolah bukan saja di mata masyarakat setempat malahan di seluruh negara. Pengaruh
imej adalah amat penting sebagai faktor pemilihan pelajar untuk belajar di sesebuah sekolah
tersebut.
Masalah disiplin dalam bilik darjah juga mempunyai kesan ke atas keberkesanan guru.
Kebanyakan guru adalah komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka di mana mereka
menghabiskan banyak masa dalam membuat persediaan mengajar yang rapi. Oleh itu, apabila
usaha mereka dibalas dengan sifat murid-murid yang tidak berminat dan enggan menyiapkan
tugas yang diberi, sudah pasti mereka akan berasa kecewa. Kekecewaan tadi boleh
melahirkan sikap negatif yang mempengaruhi layanan yang mereka berikan kepada dua jenis
murid, iaitu mereka yang beramasalah dan yang berkelakuan baik. Layanan yang berbeza
akan meningkatkan lagi tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid yang bermaslah tadi.
Akhirnya, guru akan tidak menghiraukan pelajar yang bermasalah tadi yang akan
menyebabkan masalah disiplin pelajar meningkat pengabaian ini boleh menjadi serius
sehingga ke tahap guru mahu membalas dendam.

Selain itu, masa dan tenaga yang digunakan oleh guru untuk menangani tingkah laku
bermasalah amat meletihkan guru dari segi fizikal dan emosi. Tekanan yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah merupakan satu faktor utama dalam menentukan sama ada guru
permulaan berhenti atau kekal dengan profesion perguruan. Tambahan pula, masalah disiplin
juga dkatakan sebagai pemangkin kepada keadaan putus asa dalam kalangan guru. Guru
perlulah mempunyai sikap yakin dengan kebolehan mereka untuk meningkatkan prestasi
murid-murid mereka. Perasaan sedemikian akan membawa penambahbaikan kepada proses
pengajaran dan pembalajaran serta kepuasan kerja yang akhirnya akan membawa kepada
peningkatan terhadap pencapaian akademik murid-murid.

3.3 Kesan terhadap negara

Negara dapat didefinisikan sebagai tempat yang mana mempunyai sempadan, pemerintah,
warganegara dan juga kedaulatan. Imej baik sesebuah negara itu dapat dilihat melalui sifat,
tingkah laku serta akhlak wargenegaranya dalam kehidupan seharian. Sesuatu perlakuan serta
masalah yang berlaku bakal membantutkan hasrat negara bagi mencapai negara maju
menjelang tahun 2020. Sebagaimana yang kita tahu, tamadun yang maju adalah sebuah
tamadun yang bukan sahaja tinggi pencapaian serta pembangunannya akan tetapi maju juga
dari aspek rohani serta sahsiah warganegaranya.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan yang negatif kepada negara mengenai
pandangan dunia luar. Para pelancong tidak akan datang ke negara yang mempunyai masalah
sosial. Hal ini kerana, mungkin mereka akan bimbang akan keselamatan mereka. Apabila
keadaan ini belaku, ia akan men jejaskan institusi perlancong negara tersebut seterusnya
menjejaskan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai