Anda di halaman 1dari 4

Idealisme Kandungan kurikulum: para pendidik memberikan tumpuan yang tinggi terhadap pembentukan kurikulum di mana kurikulum dibuat

merujuk kepada falsafah idealisem iaitu mengandungi subjek pengetahuan am seperti subjek seni halus, moral dan sains. Pemikiran kritis dan logik juga diberi penekanan. Penilaian: dianggap sebagai satu aspek penting dalam proses pendidikan. Bertujuan untuk menghargai tahap penguasaan maklumat yang tinggi oleh para pelajar di mana para pendidik aliran ini mengutamakan fahaman keseluruhan dan komprehensif. Para pelajar harus menguasai dan seterusnya boleh menganalisis dan mengaplikasikan pengetahuan pada peringkat sintesis. Sebagai contoh dalam bidang muzik sendiri di mana para pelajar boleh memahami dan bentuk dan struktur muzik dan seterusnya mencipta muzik sendiri. Kaedah pengajaran: menggunakan kaedah Socrates iaitu dialog dan menyoal secara sistematik. Kaedah melibatkan kedua-dua pihak. Para pelajar mempelajari sesuatu melalui kuliah dan buku dan konsep belajar sendiri diterima sekiranya pelajar berada pada aras berfikiran matang dan berkemahiran tinggi. Peranan pendidik dan pelajar: diberikan keutamaan dalam aliran idealisme ini. Mereka perlu berakhlak tinggi sebagai role model seterusnya membawa imej positif kepada masyarakat dan para pelajar itu sendiri di samping pakar dalam bidang masing-masing seterusnya dapat menarik minat pelajar namun keinginan untuk belajar bergantung pada para pelajar. Disiplin dititik beratkan dan dianggap sebahagian dari kaedah mengajar.

Realisme Kandungan kurikulum: kandungan pelajaran dikawal rapi dan ditetapkan oleh kerajaan kerana dianggap bersesuaian dengan realiti dan norma hidup masyarakat di Negara sosialis dan komunis sementara di Negara demokrasi ditentukan oleh pakar-pakar bidang pendidikan. Namun begitu proses pemerimaan maklumat dipandang berat dalam kedua-dua sistem pemerintahan. Pengalaman secara lansung dianggap cara yang terbaik memperoleh ilmu, kemahiran dan pengetahuan. Kaedah pengajaran: hampir menyerupai aliran idealisme. Sebarang kaedah menyampaikan maklumat, kemahiran, dan pengetahuan kepada pelajar diterima dan merupakan peranan para pendidik. Selain itu, seorang pedidik perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses membentuk peribadi para pelajar yang baik. Pada asasnya pembelajaran melalui sistem kuliah dan pembacaan dan kini dengan adanya teknologi moden seperti komputer turut diterima pakai. Pembelajaran berasaskan sumber adalah digalakkan. Disiplin para pelajar deberikan keutamaan dan merupakan tugas tambahan para pendidik. Penilaian: pendidik aliran realisme sangat menghargai penialain namun lebih menitikberatkan untuk melengkapkan para pelajar degan kemahiran dan maklumat tertentu yang boleh menmberi sumbangan kepada masyarakat. Peranan pendidik dan pelajar: peranan pendidik realisme adalah untuk menyampaikan maklumat, kemahiran dan pengetahuan kepada pelajar.

Pragmatisme Penilaian: penilaian dititik beratkan dalam aliran ini iaitu memementingkan keputusan sama seperti kaedah saintifik yang mengutamakan keputusan bagi sesuatu eksperimen. Namun penilaian tidak tertumpu kepada kandungan pelajaran tetapi bagaimana cara atau proses yang digunakan oleh para pelajar untuk dapatkan jawapan secara kritis atau analitis. Pemikiran seperti ini adalah sangat perlu dalam penyelidikan dan demikian kedua-dua penilaian iaitu formatif dan sumatif diberi keutamaan. Peranan pendidik dan pelajar: golongan pendidik disanjung tinggi dan diberi keutamaan juga dianggap sebagai ejen yang memberi kemahiran hidup dan cara mendapatkan pengetahuan manakala para pelajar pula dilengkapkan dengan kemahiran yang membolehkan mereka menghadapi perkara baru atau biasa dalam kehidupan mereka. Aliran ini tidak mementingkan disiplin para pelajar melainkan perbuatan itu mengganggu atau sengaja mengancam ketenteraman bilik darjah adalah tidak boleh diterima. Kaedah pengajaran: aliran ini meletakkan penekanan yang kuat terhadap proses bagaimana para pelajar bole mendapat kemahiran dan maklumat dimana pengalama dan aktiviti pelajar dianggap penting dalam proses pembelajaran. Oleh disebabkan pengetahuan manusia kurang stabil dan sentiasa berubah penegasan diberikan kepada proses mencari kemahiran, maklumat dan pengetahuan. Seperti dalam pendidikan muzik itu sendiri objektif pembelajaran boleh merupakan sesuatu yang muzikal atau pun boleh dikaitkan degan tajuk lain seperti kesihatan dan sebgainya. Kandungan kurikulum: penegasan kepada proses mencari kemahiran, pengetahuan dan maklumat. Sebagai contoh dalam pendidkan muzik , pembelajaran dikaitkan secara lansung dengan mata pelajaran lain seperti matematik, sejarah dan sebagainya.

Naturalisme Penilaian: soal penialaian tidak dipentingkan kerana bagi mereka matlamat mereka adalah untuk kepentingan masyarakat dan bukan untuk para pelajar. Bagi mereka penilaian sebagai menggalakkan konformiti dan mengurangkan keindividuan dalam kalangan pelajar. Menurut mereka,perkara yang tidak mengambil kira kecenderungan dan minat para pelajar perlu diketepikan. Kandungan kurikulum: pendidik aliran naturalis tidak mementingkan satu kurikulum yang terlalu formal dan mengongkong. Peranan pendidik dan pelajar: menurut pendapat aliran ini, kanak-kanak merupakan organisme yang sedang berkembang maju dan peringkat in merupakan proses yang panjang oleh itu, peranan guru dalam proses pembesaran adalah lebih sebagai seorang penolong dan pendorong dan bukan sebagai pengedar maklumat. Kaedah pengajaran: pendidik aliran ini lebih cenderung untuk membiarkan para pelajar belajar secara individu dengan pengibatan pelajar atau gangguan pendidik dalam proses pembelajaran pada kadar minimum kerana proses pembelajaran adalah tanggungjawab pelajar sendiri bukan pada pendidik. Namun proses pembelajaran perlu mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai