Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Setiap individu mempunyai sifat dan sikap tersendiri yang berubah mengikut usia, emosi,
sosial, fizikal dan juga rohani. Perubahan ini menjadikan tingkah laku setiap individu berbeza di
antara satu sama lain. Manusia adalah satu ciptaan Allah S.W.T yang sangat hebat tiada tolok
bandingnya. Ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila manusia yang mempunyai warna rambut
yang sama tetapi kelakuannya berbeza dari segenap segi. Jantina, budaya, bangsa dan
sebagainya menjadi suatu perkara yang sangat ketara perbezaannya. Perbezaan-perbezaan
individu ini berkait rapat dengan proses pembelajaran setiap pelajar. Oleh itu, menurut Suppiah
Nachiappan (2008), perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian
tingkah laku dalam bilik darjah.

Kewujudan perbezaan individu dalam setiap bilik darjah menjadikan satu perkara yang
mencabar bagi setiap pendidik. Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia
dan haiwan belajar dan memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran (Noriati,
Boon & Sharifah, 2009). Peranan seorang guru adalah memastikan setiap proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) menjadi lebih berkesan dengan cara mengenal pasti perbezaan yang
terdapat pada setiap individu di dalam sesebuah bilik darjah atau kelas.

2.0 KONSEP PERBEZAAN INDIVIDU

Perbezaan individu adalah meliputi aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial dan tingkah laku.
Setiap konsep memberi penerangan tentang perbezaan individu yang dapat dilihat melalui
pemerhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

2.1 KOGNITIF

Perbezaan kognitif dapat dikesan melalui kebolehan menggunakan bahasa,


kebolehan bertindak, kebolehan akal menerusi imaginasi dan penaakulan, keupayaan
belajar, pengetahuan sedia ada pada pelajar, pengalaman dan juga latar belakang
seseorang individu. Pencapaian pelajar lelaki lebih baik berbanding pelajar perempuan
bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Sukan. Manakala pencapaian pelajar
perempuan adalah baik dalam mata pelajaran masakan dan jahitan. Ianya dibuktikan
melalui kajian yang telah dijalankan oleh Santrock (2001).

2.2 TINGKAH LAKU

Perbezaan tingkah laku sangat jelas diperlihatkan melalui aspek perhubungan


sesama makhluk, pergaulan, unsur-unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap, ketegasan
dalam sesuatu tindakan, bekerjasama, kebolehan bertanggungjawab dan juga tingkah
laku semasa proses interaksi menerusi bahasa dan gaya seseorang. Menurut Mok Soon
Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dilihat dari aspek interaksi, pergaulan,
dan aktiviti sosial. Misalnya, apabila wujud peluang atau galakan yang positif maka akan
wujudnya tingkah laku seseorang itu ke arah positif dan juga melalui pengaruh
persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya, media massa dan
kebudayaan.

2.3 EMOSI

Perbezaan emosi pula merangkumi aspek-aspek kebolehan menanggung


kekecewaan, kesabaran, kawalan emosi, ketenteraman dan kebolehan individu untuk
menyesuaikan sesuatu emosi seperti cinta, benci, suka, duka, kasih sayang, takut,
gembira dan lain-lain.

2.4 SOSIAL

Perbezaan sosial ini mempengaruhi kehidupan setiap kanak-kanak sejak mula


dilahirkan mengandungi aspek-aspek yang boleh dilihat melalui kelas sosial, status
ekonomi, latar belakang, kebudayaan dan sejarah. Kajian yang dihasilkan oleh Guilford
mengatakan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu keperibadian yang
akan menentukan individu itu sama ada permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup,
gelisah, atau impulsif. Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta gaya
perilaku juga turut mempengaruhi seseorang individu.

2.5 FIZIKAL

Perbezaan yang boleh dilihat dengan jelas dari segi kemahiran fizikal ialah jantina,
susuk badan, kebolehan kerja tangan dan paras rupa. Pelajar dari keturunan India lebih
gelap warna kulitnya berbanding pelajar keturunan Cina atau Melayu. Aspek warna mata,
warna rambut, bentuk badan, bentuk hidung dan bentuk mata adalah ciri-ciri perbezaan
yang dapat dilihat pada diri seseorang.
3.0 ANALISIS MURID

Pemerhatian dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang


dikendalikan oleh saya di dalam kelas Tahun 4. Saya memilih 2 orang murid yang mempunyai
latar belakang keluarga dan pencapaian pelajaran yang berbeza. Maklumat mengenai responden
boleh dirujuk pada lampiran. Responden pertama murid lelaki bernama Haikal dan responden
ke-2 murid perempuan bernama Gladys sebagai responden. Haikal adalah murid yang sentiasa
mendapat kedudukan teratas di dalam kelas. Ibu bapanya bekerja sebagai guru dan berkhidmat
di tempat saya bertugas. Gladys pula adalah seorang murid yang sentiasa mendapat kedudukan
terkebawah dan berasal daripada keluarga yang kurang stabil. Bapanya adalah seorang buruh
kasar di kem pemprosesan balak dan ibunya tidak bekerja.

Pernyataan diatas dapat dilihat bahawasanya faktor latar belakang dan tahap
sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi perbezaan setiap individu. Menurut pemerhatian
saya, Haikal mempunyai alatan belajar yang lengkap dan ia banyak membantu melancarkan
proses pembelajaran beliau. Manakala Gladys pula tidak mempunyai alatan belajar yang
mencukupi dan ia sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran kerana terpaksa
meminjam alatan daripada rakan atau menunggu rakannya selesai menggunakan alatan
tersebut. Ini berdasarkan pemerhatian saya semasa mengajar subjek Dunia Seni Visual di kelas
responden.

Dari sudut perbezaan kognitif, apabila diajukan soalan di dalam kelas, didapati Haikal
lebih banyak mengambil peluang untuk menjawab soalan di dalam kelas berbanding Gladys. Ini
kerana faktor latar belakang keluarga yang membantu pembelajaran mereka di rumah seperti
yang kita sedia maklum, proses pembelajaran tidak tertumpu di sekolah sahaja.

Perbezaan tingkah laku dapat diperhatikan dari aspek pergaulan, tingkah laku berinteraksi
(bahasa dan gaya), perhubungan, unsur-unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan
bertindak, bekerjasama dan kebolehan bertanggungjawab. Setiap pelajar mempunyai gaya
tingkah laku yang berbeza. Jika dilihat dari pemerhatian, Haikal lebih berkeyakinan berbanding
Gladys.

Aspek perbezaan sosial pula telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

 Introvert
 Eksovert
 Ambivert.
Hasil kajian menunjukkan Gladys mewarisi personaliti ambivert apabila sentiasa
menundukkan wajah dan sentiasa berasa malu, banyak diam semasa proses PdP dan menjadi
cemas apabila disoal oleh guru. Namun beliau seorang yang sentiasa petah dan bersosial
bersama rakan-rakan sekelas. Haikal pula mempunyai personaliti Ekstrovert kerana dilihat
mudah didekati dan senang untuk dibawa berbincang di samping sentiasa riang juga gembira di
dalam kelas.

Pelajar yang berasal daripada keluarga mendapat asuhan ibu bapa yang baik akan
menghasilkan emosi yang stabil. Pelajar seperti ini tentu dapat memberi tumpuan yang baik di
dalam kelas. Ini akan membolehkan pelajar berkenaan memperoleh pencapaian akademik yang
baik dalam pelajaran. Sebaliknya, pelajar yang berasal daripada keluarga yang kucar kacir atau
ibu bapa yang terlalu sibuk, sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang
dan perhatian. Emosi yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan mereka di dalam kelas.
Keadaan ini sudah pasti akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. Hasil pemerhatian
didapati Gladys kurang memberi perhatian ketika diberikan latihan di dalam kelas. Setelah
ditemubual, beliau menceritakan tentang bapanya yang jarang berada di rumah kerana faktor
kerja.

4.0 KESIMPULAN

Sesungguhnya setiap individu mempunyai perbezaan tersendiri yang telah ditetapkan


oleh Allah S.W.T. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan masing-masing dan ini
menyebabkan terjadinya perbezaan individu. Justeru, guru seharusnya memahami perbezaan
individu ini kerana ianya menjadi perkara penting bagi membantu meningkatkan lagi prestasi dan
mutu sesuatu pembelajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik agar boleh
meransang minda pelajar untuk berfikir. Proses berfikir dapat membantu pelajar menjadi lebih
kreatif dan inovatif dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Banyak strategi dihasilkan untuk membantu guru menangani masalah perbezaan individu
di kalangan pelajar, termasuklah memahami dan mengetahui perbezaan murid dari segi fizikal,
mental, emosi dan sebagainya. Sedikit sebanyak dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.
Seterusnya, memahami tingkah laku pelajar, meramal tingkah laku pelajar, mengesan perbezaan
gaya kognitif dan gaya belajar, menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP),
menggunakan pendekatan yang menarik, strategi yang berkesan, kaedah dan teknik yang
pelbagai, mempelbagaikan alat bantu mengajar,menyediakan program pemulihan dan perlu
sentiasa bertolak ansur serta bertoleransi dengan pelajar dalam apa jua keadaan bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai