Anda di halaman 1dari 4

ELEMEN UTAMA DALAM MEMBANGUNKAN KURIKULUM MURID PINTAR CERDAS

KURIKULUM
Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan
luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau juga telah mengklasifikasikan
kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di
sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas
dan kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu
atau berkumpulan.
Menurut Taba (1962) kurikulum adalah satu perancangan pembelajaran manakala Saylor et. al
(1981) pula mengatakan bahawa kurikulum adalah perancangan yang dibuat untuk menyediakan set
pembelajaran untuk memberi peluang kepada seseorang untuk berpendidikan. Bushoff et. al pula
memberikan definisi kurikulum dengan lebih lengkap iaitu kurikulum adalah perancangan pendidikan
yang menerangkan:

Tujuan, matlamat dan objektif tindakan pendidikan

Cara, maksud dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut

Kaedah dan instrumen yang diperlukan untuk menilai kejayaan sesuatu tindakan

Daripada beberapa takrifan kurikulum di atas, dapat disimpulkan bahawa kurikulum adalah satu
perancangan pendidikan yang dibuat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kurikulum juga
dirangka dengan meletakkan beberapa perkara penting yang menjadi panduan kepada mereka yang
menggunakannya.
Namun, kurikulum biasa tidak dapat memenuhi keperluan murid pintar cerdas. Beberapa keperluan
penting yang perlu dipenuhi oleh murid pintar cerdas adalah seperti kelajuan (Saccuzzo, Johnson dan
Guertin, 1994), keupayaan untuk belajar lebih mendalam (Davis dan Rim, 2003), keupayaan untuk
memanipulasi pengetahuan sedia ada secara konsepsual (Sternberg, 2003), canggih, rumit dan kompleks
(Gallagher dan Gallagher, 1994) dan keperluan kepelbagaian dan cabaran dalam pengalaman
pembelajaran (VanTassel-Baska, 2003).

CIRI-CIRI KURIKULUM DAN PENGAJARAN BERKUALITI TINGGI


Dalam menilai elemen utama berhubung dengan kurikulum kanak-kanak pintar, salah satu daripadanya
ialah dari segi prinsip yang harus diberi perhatian untuk diterjemahkan secara teori ke dalam amalan
yang baik secara menyeluruh sehingga isu pendidikan untuk kanak-kanak ini selesai dan tidak
dihapuskan.

Keperluan murid pintar cerdas


Murid pintar cerdas belajar pada tahap yang berbeza dari murid biasa. Murid pintar cerdas juga
memerlukan arahan yang berbeza dari murid biasa. Mereka juga perlukan cabaran dan stimulasi semasa
mereka berada di sekolah.Aktiviti dan programyang diperuntukkan kepada murid pintar cerdas ini
perlulah bersesuaian dengan kepintaran mereka.

Kemahiran berfikir
Elemen berfikir penting bagi pendedahan awal dalam usaha meningkatkan kemahiran menganalisis dan
kreatif. Kemahiran berfikir dapat membantu murid pintar cerdas ini menonjolkan potensi diri.
Kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah berfikir kritis, berfikir secara kreatif, kemahiran
menyelesaikan masalah, penyelidikan dan keputusan. Setiap kemahiran ini harus dihubungkan langsung
ke domain kandungan. Dengan demikian, pelajar pintar cerdas ini dapat menyelesaikan masalah dalam
matematik, berfikir secara kritikal dalam sastera dan membuat keputusan dalam sejarah.
Kemahiran berfikir membabitkan kemahiran memberi tumpuan kepada maklumat yang relevan,
kemahiran mengumpul data dari pelbagai sumber, kemahiran mengingat, kemahiran mengurus,
kemahiran analisis, kemahiran menghasilkan idea yang bermakna, kemahiran membuat hubungkait dan
kemahiran membuat penilaian.

Konsep pembelajaran
Pendekatan konseptual digunakan dalam pembelajaran murid pintar cerdas. Pendekatan ini berfokus
kepada tema organisasi dan isu-isu dalam merangka kurikulum di tahap yang sesuai.Pendekatan ini
mengaplikasikan pelbagai domain secara maksimum. Beberapa konsep utama sering digunakan dalam
membangunkan kurikulum ialah perubahan, system, model, pola, keaslian, tanda dan symbol dan kuasa.

Pembangunan produk
Penekanan dalam murid pintar cerdas berfokus kepada kehidupan di dunia sebenar. Ciri utama tersebut
membezakan kurikulum mereka di sekolah (Renzulli 1975, 1995) dan model yang amat popular
(Delcourt, 1994;Moon & Feldhusen 1994). Pemilihan individu atau saling berunding mengenai projek
antara guru dan pelajar akan menghasilkan produk bermakna dan terbaik dapat dilihat dalam isi
kandungan kurikulum dan pengalaman pelajar. Pelajar boleh menggunakan ideal dan peluang untuk
mereka sendiri sesuatu projek, melaksanakan dan memperluaskan idea-idea yang dipelajari di dalam
kelas.

Hal ini dapat dicapai jika kita memfokuskan pada unsur asas seperti:
1. Penekanan kepada struktur bagi konsep dan prinsip asas dalam sesuatu mata pelajaran dan bukan
kepada aktiviti hafalan dan ingatan sahaja.
2. Penekanan kepada cara bagaimana sesuatu prinsip atau algoritma itu diterbitkan dan bukan kepada
apa yang diterbitkan sahaja.
3. Penekanan kepada pengembangan sesuatu kurikulum secara meluas dan mendalam.
4. Penekanan kepada kaedah pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek, simulasi, memain
peranan, kajian kes, inkuiri secara individu atau kelompok dan reka cipta.
5. Penekanan kepada integrasi teknik pembelajaran berseorangan, bekerjasama dan bersaing
konstruktif.
Umumnya, kurikulum bagi murid pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum asas bagi murid biasa.
Namun, terdapat beberapa perkara yang membezakan kedua-dua kurikulum iaitu:

Pengayaan kurikulum asas (kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan kaedah pengayaan
yang berfokus pada bidang yang diminati murid).

Kaedah dan teknik pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek, simulasi, kajian kes,
main peranan, penyelidikan, rekacipta dan pelbagai kaedah lain yang melibatkan aktiviti koperatif dan
komunikasi secara individu atau berkumpulan. Suasana pembelajaran adalah berbentuk pertandingan
dan persaingan konstruktif.

Kaedah dan pengajaran guru yang khusus (kaedah kemahiran belajar, kemahiran berfikir,
pembelajaran masteri, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran berarah kendiri, pembelajaran
koperatif dan lain-lain).

Bahan-bahan rujukan dan bahan-bahan bacaan bertahap tinggi yang memberi fokus pada bidangbidang yang diminati oleh murid seperti sukan, drama, seni dan lain-lain.
Terdapat beberapa ciri-ciri kurikulum yang berkualiti tinggi dan perlu diambilkira dalam pembentukan
kurikulum untuk murid pintar cerdas. Antaranya ialah lebih fokus kepada fakta-fakta penting,
kefahaman dan kemahiran dalam bidang ilmu yang bernilai tinggi dan menyediakan peluang untuk
pelajar membina pemahaman yang lebih mendalam. Selain itu, kurikulum hendaklah diselaraskan
supaya semua tugas murid sejajar dengan matlamat untuk memahami lebih mendalam. Kurikulum juga
seharusnya menyokong keperluan murid seperti membina idea, menyeronokkan, melibatkan kolaborasi
bermakna, melibatkan kehidupan seharian, segar, mengujakan, berguna kepada murid, kaya dan padat.
Kurikulum yang baik untuk murid pintar hendaklah mengambil kira ciri-ciri murid pintar iaitu keupayaan
mereka, minat dan keutamaan pembelajaran. Rekabentuk kurikulum perlulah menyediakan pengalaman
pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran pembelajaran
kendiri, komunikasi dan kegigihan untuk menghadapi cabaran. Apabila mereka mengikuti kurikulum

sebegini, mereka akan membina keupayaan yang unik, mempertahankan kecintaan mereka terhadap
pembelajaran dan mempunyai peluang untuk menyumbangkan sesuatu yang positif untuk sekolah,
masyarakat dan negara.
Kurikulum untuk pelajar pintar adalah berbeza daripada pelajar biasa. Walaupun terdapat persamaan
dari beberapa segi terutamanya rangka kurikulum tetapi penekanan terhadap kandungan kurikulum dan
strategi pengajaran dan pembelajaran mengandungi perbezaan yang ketara.

Anda mungkin juga menyukai