Anda di halaman 1dari 21

KURIKULUM SESUAI UNTUK MURID PINTAR CERDAS

1.0 PENGENALAN

Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di

dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau juga

telah mengklasifikasikan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program

yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan

dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas dan kurikulum adalah pengisian sepanjang

hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu atau berkumpulan.

Menurut Taba (1962) kurikulum adalah satu perancangan pembelajaran manakala

Saylor et. al (1981) pula mengatakan bahawa kurikulum adalah perancangan yang dibuat

untuk menyediakan set pembelajaran untuk memberi peluang kepada seseorang untuk

berpendidikan. Bushoff et. al pula memberikan definisi kurikulum dengan lebih lengkap iaitu

kurikulum adalah perancangan pendidikan yang menerangkan:

 Tujuan, matlamat dan objektif tindakan pendidikan

 Cara, maksud dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk mencapai

matlamat tersebut

 Kaedah dan instrumen yang diperlukan untuk menilai kejayaan sesuatu

tindakan

Daripada beberapa takrifan kurikulum di atas, dapat disimpulkan bahawa

kurikulum adalah satu perancangan pendidikan yang dibuat untuk mencapai matlamat yang

1
telah ditetapkan. Kurikulum juga dirangka dengan meletakkan beberapa perkara penting

yang menjadi panduan kepada mereka yang menggunakannya.

Kurikulum biasa tidak dapat memenuhi keperluan murid pintar cerdas. Beberapa

keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh murid pintar cerdas adalah seperti kelajuan

(Saccuzzo, Johnson dan Guertin, 1994), keupayaan untuk belajar lebih mendalam (Davis dan

Rim, 2003), keupayaan untuk memanipulasi pengetahuan sedia ada secara konsepsual

(Sternberg, 2003), canggih, rumit dan kompleks (Gallagher dan Gallagher, 1994) dan

keperluan kepelbagaian dan cabaran dalam pengalaman pembelajaran (VanTassel-Baska,

2003).

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIDIKAN PINTAR

CERDAS DI DUNIA

Terdapat beberapa konsep kurikulum telah membentuk pemikiran mereka yang terlibat

dengan murid pintar cerdas. Bermula pada tahun 1919 lagi, kelas khas telah bermula di

beberapa lokasi seperti New York dan Cleveland. Pada masa ini, terdapat perbezaan dalam

pembelajaran seperti isi kandungan dan strategi pengajaran. Tiada peperiksaan dijalankan.

Pada tahun 1950 pula, beberapa program dilaksanakan. Masih menekankan kepada

pembezaan isi kandungan, pelajar pintar cerdas dapat belajar dengan lebih sistematik.

Ward (1961) pula mengembangkan teori pembezaan kurikulum bagi murid pintar

cerdas yang ditetapkan. Meeker (1969) menyatakan bahawa isi kandungan kurikulum yang

khusus dapat mengatasi kelemahan pelajar pintar cerdas terutamanya dalam bidang daya

ingatan, kognitif, pemikiran divergen, pemikiran konvergen dan penilaian. Stanley, Keating
2
dan Fox (1974) menumpukan kepada isi kandungan model pecutan untuk membezakan

program untuk pelajar pintar cerdas. Renzulli (1975) lebih berfokus kepada pembezaan

model kurikulum dengan menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas tidak lagi terikat dengan

aktiviti pengayaan tetapi kepada latihan dalam kemahiran berfikir. Program yang

dicadangkan pula berorientasikan projek menangani masalah sebenar untuk diselesaikan.

Passow (1982) merumuskan tujuh prinsip kurikulum yang akan dibincangkan di

dalam tajuk berikutnya. Van-Tassel Baska (1993b) menggariskan sebanyak dua puluh aspek

kurikulum yang baik untuk pelajar pintar cerdas yang menekankan isi kandungan, proses dan

produk dan konsep dimensi tema. Berikutnya, Van-Tassel Baska bersama Johnson, Huges

dan Boyce (1996) menyatakan bahawa data dari kajian terdahulu telah digunakan untuk

membina kurikulum pelajar pintar cerdas.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

DI MALAYSIA

Sejarah perkembangan kurikulum dan program melibatkan murid pintar cerdas di Malaysia

menyaksikan pelaksanaan beberapa program. Bermula dari tahun 1962 sehingga sekarang,

evolusi kurikulum dan program murid pintar cerdas seperti tidak mempunyai kesinambungan

antara satu sama lain. Setiap satu program yang dilaksanakan hanya berdiri sendiri dan tidak

ada matlamat jangka panjang kecuali program PERMATApintar dan kurikulum yang

dilaksanakan oleh Maktab Rendah Sains MARA.

Kelas Sistem Ekspress dilaksanakan bermula pada tahun 1962 hingga awal tahun

1970-an. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak yang memiliki potensi dan
3
memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya mereka untuk memendekkan

tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun.

Malaysian Mensa Society pula didaftarkan pada 22 Mei 1984 oleh Tan Sri Dato

Yong Poh Kon. Persatuan ini mempunyai tujuan untuk mengumpul individu pintar cerdas di

Malaysia seramai mungkin. Maka, tujuan yang lebih spesifik ialah untuk mengenalpasti dan

mengembangkan kecerdasan manusia. Mereka yang berminat untuk menganggotai persatuan

ini dikehendaki membayar yuran dan menduduki ujian kepintaran. Hanya mereka yang layak

dan mencapai markah tertentu sahaja yang layak mendaftarkan diri sebagai ahli.

Program BAKA dilaksanakan pada tahun 1985 oleh Profesor Madya Azman Wan

Cik iaitu pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Program ini adalah berbentuk

penyelidikan. Ia menggunapakai satu ujian yang dinamakan BAKA untuk mengenalpasti

pelajar pintar cerdas.

Penilaian Tahap 1 diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada

tahun 1996 untuk pelajar darjah 3. Pelajar yang berjaya melepasi ujian ini layak meneruskan

pembelajaran mereka ke darjah 5. Walau bagaimanapun, program ini ditangguhkan pada

tahun 2001 kerana menghadapi beberapa masalah.

Kurikulum Maktab Rendah Sains MARA turut menumpukan pengajaran dan

pembelajaran kepada murid pintar cerdas. Penggunakan Model Pengayaan Seluruh Sekolah

(MPSS) bermula tahun 1988 telah dilaksanakan dimana program ini diadaptasi daripada The

Enrichment Triad Model yang dibina oleh Renzulli (1976). (Sila rujuk Kajian Kes 1 untuk

maklumat lanjut).

4
Terbaru, Program PERMATApintar telah dilancarkan pada 2 Mac 2010 di

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penaung program ini ialah Datin Seri Rosmah

Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Program ini bertujuan membantu kanak-kanak

pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka. (Sila

rujuk Kajian Kes 2 untuk maklumat lanjut).

4.0 CIRI-CIRI KURIKULUM DAN PENGAJARAN BERKUALITI TINGGI

Kurikulum bagi murid pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum asas bagi murid biasa.

Namun, terdapat beberapa perkara yang membezakan kedua-dua kurikulum iaitu:

 Pengayaan kurikulum asas (kaedah pengayaan yang merentas kurikulum

dan kaedah pengayaan yang berfokus pada bidang yang diminati murid).

 Kaedah dan teknik pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek,

simulasi, kajian kes, main peranan, penyelidikan, rekacipta dan pelbagai

kaedah lain yang melibatkan aktiviti koperatif dan komunikasi secara

individu atau berkumpulan. Suasana pembelajaran adalah berbentuk

pertandingan dan persaingan konstruktif.

 Kaedah dan pengajaran guru yang khusus (kaedah kemahiran belajar,

kemahiran berfikir, pembelajaran masteri, pembelajaran akses kendiri,

pembelajaran berarah kendiri, pembelajaran koperatif dan lain-lain).

5
 Bahan-bahan rujukan dan bahan-bahan bacaan bertahap tinggi yang

memberi fokus pada bidang-bidang yang diminati oleh murid seperti

sukan, drama, seni dan lain-lain.

Terdapat beberapa ciri-ciri kurikulum yang berkualiti tinggi dan perlu diambilkira

dalam pembentukan kurikulum untuk murid pintar cerdas. Antaranya ialah lebih fokus

kepada fakta-fakta penting, kefahaman dan kemahiran dalam bidang ilmu yang bernilai

tinggi dan menyediakan peluang untuk pelajar membina pemahaman yang lebih mendalam.

Selain itu, kurikulum hendaklah diselaraskan supaya semua tugas murid sejajar dengan

matlamat untuk memahami lebih mendalam. Kurikulum juga seharusnya menyokong

keperluan murid seperti membina idea, menyeronokkan, melibatkan kolaborasi bermakna,

melibatkan kehidupan seharian, segar, mengujakan, berguna kepada murid, kaya dan padat.

Kurikulum yang baik untuk murid pintar hendaklah mengambil kira ciri-ciri

murid pintar iaitu keupayaan mereka, minat dan keutamaan pembelajaran. Rekabentuk

kurikulum perlulah menyediakan pengalaman pembelajaran yang memerlukan pemikiran

kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran pembelajaran kendiri, komunikasi dan kegigihan

untuk menghadapi cabaran. Apabila mereka mengikuti kurikulum sebegini, mereka akan

membina keupayaan yang unik, mempertahankan kecintaan mereka terhadap pembelajaran

dan mempunyai peluang untuk menyumbangkan sesuatu yang positif untuk sekolah,

masyarakat dan negara.

5.0 PEMBEZAAN KURIKULUM


6
Pembezaan kurikulum adalah kurikulum yang dikhususkan kepada kumpulan murid-murid

tertentu seperti pintar cerdas, pendidikan khas, murid biasa, berdasarkan kebiasaan (habit)

dan cara pembelajaran. Menurut Shahabudddin Hashim, Rohizani Yaakob dan Mohd Zohir

Ahmad (2007), pembezaan kurikulum bukanlah memberi kerja-kerja tambahan kepada

pelajar selepas mereka selesai melakukan aktiviti biasa tetapi lebih merupakan perancangan

strategi yang pelbagai kepada individu, kumpulan dan kelas yang pelbagai.

Menurut VanTassel-Baska (2003a) pula, kurikulum untuk murid pintar perlu

dibezakan pada semua tahap termasuk matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran yang

diinginkan, aktiviti dan projek yang perlu dilaksanakan murid, strategi yang digunakan oleh

guru, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dan cara pentaksiran untuk mengukur

kemajuan pembelajaran murid.

Passow (1982) telah membina tujuh prinsip dalam pembezaan kurikulum yang

perlu diberi perhatian dan menjadi panduan. Prinsip-prinsip tersebut ialah:

1. Kandungan kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah mempunyai berfokus dan

disusun dengan lebih teliti, kompleks, pembelajaran yang mendalam terhadap sesuatu

idea, masalah dan tema yang menggabungkan pengetahuan dan merentasi sistem

pemikiran.

2. Kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah membenarkan pelajar membina dan

mengaplikasikan kemahiran berfikir secara produktif yang membolehkan pelajar

membina semula konsep pengetahuan sedia ada atau membina ilmu pengetahuan

baru.

7
3. Kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah membenarkan murid untuk sentiasa

meneroka ilmu dan maklumat dan membina satu kesedaran bahawa ilmu sangat

mempengaruhi kehidupan mereka.

4. Kurikulum untuk murid pintar hendaklah menggalakkan pendedahan, pemilihan dan

penggunaan sumber yang sesuai dan khusus.

5. Kurikulum untuk murid pintar hendaklah dapat membantu murid untuk meningkatkan

inisiatif kendiri dan perkembangan pembelajaran arah kendiri.

6. Kurikulum untuk murid pintar hendaklah menyediakan keperluan pembangunan

kefahaman terhadap diri sendiri, memahami hubungan antara individu, institusi

sosial, persekitaran dan budaya.

7. Perkembangan kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah dilaksanakan

mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan, menekankan kepada kemahiran

berfikir aras tinggi, kreativiti dan cemerlang dalam pencapaian dan produk.

Terdapat beberapa model dalam pembezaan kurikulum. Namun, penulisan ini

hanya membincangkan model yang popular dan sering digunakan iaitu Model Maker (1982a,

1982b, 1986).

Maker mencadangkan bahawa kurikulum perlu dibezakan mengikut empat

perkara iaitu persekitaran pembelajaran, pengubahsuaian kandungan, pengubahsuaian proses

dan pengubahsuaian produk.

Persekitaran pembelajaran bertujuan untuk mencipta sesuatu persekitaran yang

menggalakkan pelajar untuk menggunakan kebolehan mereka ke tahap yang maksimum,


8
kesanggupan mengambil risiko dam membina ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi

dalam persekitaran yang selamat dan fleksibel. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

iaitu pembelajaran berfokus kepada minat murid, menggalakkan berdikari dan toleransi,

persekitaran yang terbuka, menerima sebarang idea dan pendapat sebelum menilainya,

kompleks iaitu mempunyai pelbagai maklumat, idea, kaedah dan sebagainya dan boleh

bergerak dengan mudah dalam persekitaran pembelajaran.

Pengubahsuaian kandungan bertujuan untuk mengelakkan had pembelajaran

pelajar. Kebolehan pelajar seharusnya digunakan untuk membina asas ilmu pengetahuan

dengan lebih banyak, mempunyai kepelbagaian dan lebih berkesan. Bagi mencapai tujuan

ini, kandungan kurikulum hendaklah diubah dari pembelajaran fakta, definisi dan pernyataan

konsep kepada hubungan antara konsep dan generalisasi. Penekanan terhadap mengkaji

hubungan terhadap sesuatu perkara perlu dibuat berbanding mengkaji sesuatu perkara secara

berasingan. Bahan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan. Pelajar juga boleh membuat

peyelidikan inkuri terhadap sesuatu prosedur bersama orang yang lebih pakar dalam sesuatu

bidang.

Pengubahsuaian terhadap proses pula bertujuan untuk menggalakkan

kemahiran berfikir pada aras kognitif yang lebih tinggi dan menggalakkan pelajar

menggunakan ilmu mereka telah kuasai secara produktif. Ini boleh dilakukan dengan

pelbagai cara. Antaranya ialah menggunakan pengajaran pelbagai aras seperti yang

terkandung dalam Proses Kognitif Bloom’s Taxonomy (1984), membina pemikiran kreatif

yang merangkumi imaginasi dan intuitif, menggalakkan pengambilan risiko yang

munasabah, menekankan bahawa penerimaan jawapan yang fleksibel, menggalakkan

interaksi pelajar, membenarkan pelajar bergerak dalam pemikiran yang lebih laju,
9
menyertakan kepelbagaian cara pembelajaran dan membenarkan pelajar membuat penilaian

sendiri terhadap pemilihan tajuk, kaedah, produk dan persekitaran.

Terakhir ialah pengubahsuaian terhadap produk. Ini bertujuan untuk

menyediakan peluamg kepada murid pintar untuk menghasilkan produk yang dapat dapat

bertindakbalas dengan potensi mereka. Ini boleh dicapai melalui beberapa cara seperti

menggunakan masalah yang sebenar dan releven dengan pelajar dan aktiviti, menggunakan

audien sebenar, dalam tempoh masa yang realistik dan menggunakan sistem pentaksiran

yang sesuai.

5.1 Pemecutan (acceleration)

Kanak-kanak pintar mampu memahami apa yang diajar oleh gurunya dengan lebih cepat.

Maka bagi mengelakkan kebosanan dan merugikan masa murid, strategi pemecutan

diperkenalkan. Murid pintar boleh belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding murid-

murid lain dengan masa yang lebih singkat diperlukan (Colangelo, Assouline dan Gross,

2004). Untuk mengetahui keberkesanan pemecutan, guru boleh membuat pra pentaksiran

untuk mengenal pasti kemahiran dan konsep yang telah mereka ketahui iaitu pengetahuan

sedia ada. Sedikit pengubahsuaian terhadap kurikulum diperlukan kerana kanak-kanak dinilai

daripada penguasaan dan bukannya kurikulum yang seragam dengan murid lain di peringkat

yang sama.

Beberapa cara berbeza digunakan dalam melakukan pemecutan. Di antaranya

ialah murid-murid bersekolah pada fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping). Ada

juga menggunakan kaedah kelas tidak bergred iaitu kanak-kanak dikumpulkan dan belajar

mengikut keupayaan dan pengalaman masing-masing. Ringkasnya, mereka belajar bukan


10
mengikut umur masing-masing tetapi lebih kepada keupayaan individu. Selain itu, guru juga

cuba menyesuaikan kurikulum dengan cara melangkau topik yang mudah dan

menggabungkannya dengan topik yang lain. Grade telescoping pula memerlukan kanak-

kanak menghabiskan sesuatu program dalam tempoh yang lebih cepat.

Di Malaysia, pemecutan dapat dilihat dalam program Kelas Sistem Ekspress

bermula pada tahun 1962 hingga 1970an dan Penilaian Tahap Satu 1996. Walau

bagaimanapun, kedua-dua program ini dihentikan kerana menimbulkan masalah yang sukar

diselesaikan.

5.2 Pengayaan

Menurut Teare (1997), pengayaan adalah kualiti kerja yang tinggi daripada kumpulan umur

yang normal, memahami lebih mendalam, pengalaman pembelajaran yang lebih meluas,

mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi, rangkuman pelbagai perkara dan aktiviti

tambahan dan penggunaan bahan dan alatan sokongan yang melangkau sumber-sumber

dalam julat normal.

Terdapat pelbagai model pengayaan telah dibina seperti Model Taylor (1971),

Model Renzulli (1976), Model Torrance (1978), Model Feldhusen dan Kolloff (1978) dan

Model Terffinger (1978). Namun, penulisan ini akan menghuraikan model yang sering

digunakan di dunia dan di Malaysia iaitu Model Pengayaan Seluruh Sekolah atau The

Schoolwide Enrichment Model (SEM). Menurut Renzulli (1988), SEM telah mengambil

masa untuk menjalankan penyelidikan selama 15tahun dan telah dipraktikkan oleh para

11
pendidik dan penyelidik. Model ini adalah kombinasi Model Pengayaan Triad oleh Renzulli

(1977) dengan The Revolving Door Identification Model oleh Renzulli, Reis dan Smith

(1981). Model SEM mempunyai tiga jenis pengayaan iaitu Type I, Type II dan Type III.

Pengayaan Type I merangkumi pengalaman murid dalam meneroka tajuk, idea

dan bidang ilmu pengetahuan yang baru tetapi tidak dipelajari dalam kurikulum biasa.

Pengayaan Type II pula dirangka untuk menggalakkan pembangunan pemikiran, perasaan,

penyelidikan, komunikasi dan proses metodologi. Terakhir, Pengayaan Type III lebih

menjurus kepada pelajar cuba menjalankan peranan sebagai penyelidik bagi membentuk

pemikiran, perasaan dan bertindak seperti mereka telah professional dalam bidang tertentu.

6.0 KESIMPULAN

Kurikulum untuk pelajar pintar adalah berbeza daripada pelajar biasa. Walaupun terdapat

persamaan dari beberapa segi terutamanya rangka kurikulum tetapi penekanan terhadap

kandungan kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran mengandungi perbezaan

yang ketara.

Program pemecutan ialah pelajar pintar cerdas dikehendaki menghabiskan

pembelajaran dalam tempoh yang lebih pendek. Program pengayaan pula ialah menjalani

pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi dari kumpulan umur pelajar dan pemadatan

kurikulum ialah menghilangkan beberapa topik yang telah dikuasai pelajar.

Di Malaysia, perkembangan kurikulum untuk pelajar pintar cerdas mula mendapat

perhatian bermula dari pembentukan Kurikulum Maktab Rendah Sains MARA dan Program

PERMATApintar.
12
7.0 BIBLIOGRAFI

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009).Permatapintar

negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.

Renzulli, J. S. (1977). The enrichment triad model: A guide for developing defensible programs

for the gifted and talented. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.

Gallagher, J., & Gallagher, S. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston: Allyn &

Bacon.

13
Colangelo, N., & Davis, G. A. (2003). Handbook of gifted education (3rd ed.). Boston: Allyn &

Bacon.

VanTassel-Baska, J. (1986). Effective curriculum and instruction models for talented students.

Gifted Child Quarterly, 30, 164–169.

VanTassel-Baska, J. (2003). Research on curriculum models in gifted education. In J.

VanTassel-Baska (Ed.), Curriculum and instruction planning and design for gifted

learners (pp. 13–34). Denver, CO: Love.

VanTassel-Baska, J., & Stambaugh, T. (2006). Comprehensive curriculum for gifted learners

(3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.

KAJIAN KES 1

KURIKULUM MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Kurikulum MRSM menekankan kepada 3 bidang utama iaitu Program Akademik, Program

Perkembangan Sahsiah dan Program Pembangunan Bakat.

Program akademik bagi pelajar-pelajar MRSM adalah sama seperti Kementerian

Pelajaran Malaysia tetapi mereka dikehendaki mengambil beberapa subjek khas. Bagi pelajar

menengah bawah, subjek-subjek khas yang turut ditawarkan ialah Sains Komputer,

Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar dan Bahasa Arab. Pelajar menengah atas pula

14
ditawarkan subjek-subjek seperti Sains Komputer, Senireka, Keusahawanan, Perkembangan

Kerjaya dan Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar.

Melalui Program Pembangunan Sahsiah pula, aktiviti-aktiviti seperti Program

Pembangunan Diri, Kem Cuti Sains, Kem Astronomi dan Kem Arkeologi Muda

diperkenalkan. Pengenalan aktiviti seperti ini mampu mengoptimumkan keupayaan murid.

Bidang yang terakhir ialah Program Pembangunan Bakat yang merupakan

program pengayaan yang telah diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model (Renzulli,

1976). Terdapat tiga aras pengayaan iaitu Pengayaan Type I, Pengayaan Type II dan

Pengayaan Type III. Pengayaan Type I dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada

pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak

diberikan dalam kelas formal. Antara aktiviti di bawah jenis ini ialah ceramah, dialog,

lawatan-lawatan, tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan sebagainya.

Pengayaan Type II pula memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran

dan emosi afektif. Kemahiran generik diterapkan seperti proses pemikiran aras tinggi, cara

belajar, membuat penyelidikan, komunikasi dan sebagainya. Selain itu, kemahiran khusus

seperti analisis statistik data turut diselitkan sebagai persediaan murid untuk menjalankan

penyelidikan. Pengayaan Type III menjurus kepada aktiviti penyiasatan dan menghasilkan

produk atau perkhidmatan yang memberikan kesan ke atas audien sebenar. Mereka akan

bertindak sebagai seorang penyelidik dan mempratikkan semua kemahiran dan emosi afektif

yang diterapkan dalam pengayaan sebelum ini.

Model Pengayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau Schoolwide Enrichment Model (SEM)

15
Model Pengayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau Schoolwide Enrichment Model (SEM) telah

dilaksanakan di MRSM sejak tahun 1988. Ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu

komponen struktur pendidikan, komponen pemberian perkhidmatan pendidikan dan

komponen organisasi.

Struktur pendidikan diwujudkan untuk memantau pelaksanaan MPSS. Struktur

organisasi diwujudkan dan beberapa jawatan khas untuk melaksanakan program ini seperti

Penyelaras Ko-kurikulum, Penyelaras Homeroom dan Ketua Jabatan Pengajian terkandung di

dalamnya. Aktiviti pengayaan dilakukan secara berkumpulan mengikut mata pelajaran dan

kursus yang dibuat adalah berkaitan dengan kemahiran. Bilik sumber yang mengandungi

semua maklumat yang diperlukan oleh guru dan pelajar untuk melaksanakan MPSS

diwujudkan. Selain itu, bilik kaunseling individu dan berkumpulan diwujudkan untuk murid

yang hilang tumpuan dan bermasalah. Satu kaunseling kerjaya dilaksanakan supaya pelajar

jelas mengenai kerjaya dan bidang yang ingin mereka ceburi. Bimbingan juga diberikan

supaya mereka boleh menghasilkan satu produk rekacipta yang sesuai digunakan pada masa

kini. Pengayaan secara berkumpulan mengikut mata pelajaran dan kursus berkaiatan

kemahiran turut dilakukan. Mata pelajaran yang telah dikuasai juga diajar secara pecutan

manakala mata pelajaran lain diajar mengikut kebolehan murid. Pecutan juga dilaksanakan

secara kelas iaitu kelas yang menunjukkan prestasi yang tinggi dan stabil diberi program-

program lain yang sesuai.

Pemberian perkhidmatan pendidikan menumpukan kepada pelbagai aktiviti

seperti penyediaan portfolio yang komprehensif, pengubahsuaian kurikulum dalam bilik

darjah, pelaksanaan program pengayaan pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik

16
darjah, program peningkatan prestasi, pengiktirafan untuk pelajar yang menunjukkan prestasi

membanggakan dan sebagainya.

Komponen organisasi pula terdiri daripada beberapa jawatankuasa seperti

Jawatankuasa Pemanduan dan Pelaksanaan MPSS dan Jawatankuasa Pembangunan Staf.

Jawatankuasa-jawatankuasa ini diwujudkan untuk pelbagai aktiviti yang menjurus kepada

keberkesanan pelaksanaan MPSS seperti menerbitkan sumber dan bahan maklumat

berkenaan dengan MPSS dan menyediakan jadual program dan aktiviti yang berkaitan

dengan MPSS.

KAJIAN KES 2

PROGRAM PERMATApintar

Program PERMATApintar Negara dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri

Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd

Razak. Program ini dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif

program ini ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar, cerdas dan berbakat seawal mungkin

supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.

Terdapat beberapa program yang dijalankan dibawah Program PERMATApintar.

Di antaranya ialah Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM untuk

pelajar berusia 9 hingga 15 tahun, Program PERMATAinsan yang dikendalikan oleh

Universiti Sains Islam Malaysia untuk pelajar yang berusia 8 tahun dan

17
AkademiPERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas untuk pelajar tingkatan 3

pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 pada tahun 2011.

Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS) diadakan khas buat pelajar

Tingkatan 3 yang telah berjaya melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2. Perkhemahan ini

bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar potensi intelek yang tinggi. Pelajar-pelajar ini akan

ditawarkan mengikuti Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM.

Antara kandungan kursus perkhemahan ini ialah pemantapan kepimpinan, kemahiran

berfikir, kreativiti, kemahiran penyelesaian masalah, sikap proaktif, kemampuan bekerja

dalam satu pasukan, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran

komunikasi, dedikasi, ketabahan dan motivasi.

Program pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM pula

merupakan program pendidikan di UKM. Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah

melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2 dan telah berjaya menyertai sesi perkhemahan

khas. Mereka akan mengikuti sesi persekolahan di UKM untuk Tingkatan 4dan Tingkatan 5.

Mereka dikehendaki menduduki SPM dan peperiksaan lain di peringkat antarabangsa. Sesi

pembelajaran juga adalah lebih mencabar.

Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan semasa Perkhemahan Khas Matematik

dan Sains (PKMS) ialah:

1. Ujian Kecerdasan Emosi

2. Ujian Kompetensi (ujian kecekapan untuk Matematik, Sains,

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

3. Penyelesaian masalah Matematik dan Sains secara kumpulan

18
4. Pembentangan projek mini

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATAPINTAR Negara pula

merupakan program yang dirangka bagi menanpung keperluan pelajar-pelajar pintar dan

cerdas di Negara kita. Program berbentuk pengayaan dan pecutan ini telah diadaptasi dari

Program Musim Panas (Summer Camp) di Centre for Talented Youth, John Hopkins

University. Sama seperti Falsafah Pendidikan Negara, objektif perkhemahan ini adalah untuk

mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar, mengasah potensi pelajar secara

holistik, mengembangkan kemahiran pelajar dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk

kesenian dan sukan, program kerohanian dan lawatan sambil belajar.

Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar.

1. Menjadi saintis

2. Penulisan dan imaginasi

3. Penaakulan mantik

4. Rekacipta

5. Pengenalan kepada robotik

6. Biologi pecutan

7. Bioteknologi

8. Teknologi hujau

9. Kristal dan polimer

10. Kriptologi

11. Kebarangkalian dan teori permainan

19
12. Mengarang penulisan

13. Rekacipta lanjutan

14. Robotic lanjutan

15. Sains penerbangan

Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar pula merupakan

program yang dilahirkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diberi kepercayaan oleh

Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program ini. Pelajar-pelajar yang ditawarkan

adalah terdiri daripada pelajar yang melepasi Ujuan PERMATApintar UKM 1 dan 2 dan

Ujian Kompetensi Matematik dan Sains melalui perkhemahan Sains dan Matematik.

Program ini mengambil masa 2 tahun dan menekankan kepada pembezaan pembelajaran

iaitu pelajar belajar pada aras berbeza mengikut tahap pembelajaran masing-masing.

Penekanan banyak diberikan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Maka, kaedah

pengajaran yang digunapakai adalah seperti kaedah koperatif dan kolaboratif, perbincangan

kumpulan, amali, kajian lapangan, projek penyelidikan, pembinaan folio dan sebagainya.

Terdapat beberapa tujuan program ini dijalankan seperti memberi peluang kepada pelajar

pintar cerdas untuk mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan

bagi membangunkan potensi minda yang kreatif dan inovatif dan menjadi model pendidikan

pintar cerdas yang melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan

suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum

pendidikan peringkat antarabangsa.

20
Satu lagi program yang dijalankan ialah ASASIpintar UKM yang bermula

pada bulan Jun 2010 dengan kohort pertama sebanyak 250 orang pelajar menyertainya.

Bidang pengajian tertumpu kepada Sains, Teknologi dan Matematik. Program ini

menggunapakai kurikulum khas yang mengambil sejumlah 40 jam kredit. Pengendaliannya

melibatkan semua fakulti yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan,

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan, Fakulti

Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar berpeluang bersama-sama pakar

untuk menjalankan penyelidikan melalui pembelajaran berasaskan masalah.

Setelah meneliti kedua-dua proram iaitu Program PERMATApintar dan

Kurikulum Pengajian Pelajar-pelajar MRSM di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa

pendidikan kanak-kanak pintar dan cerdas di Malaysia tidak diabaikan.

21

Anda mungkin juga menyukai