Anda di halaman 1dari 19

http://terusanilmu.blogspot.

my/2013/12/ka
jian-kes-kanak-kanak-pintar-
cerdas_10.html

Kajian Kes: Kanak-kanak Pintar Cerdas,


Berbakat dan Kreatif

1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak era millenium di zaman teknologi maklumat yang serba canggih ini
didapati terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit
sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal,
kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama dikalangan mereka yang dikenali sebagai
pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta
melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas
(gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang
tinggi dalampelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan
potensi danbakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan
khusus amat diperlukan.
Berdasarkan kajian-kajian lepas, didapati bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas
kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan
jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Kamus Dewan edisi keempat telah
mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam
membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik,
pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud
mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat
merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.
Walaupun demikian, ini mungkin menimbulkan masalah dalam diri mereka dan
masyarakat sekelilingnya. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik
yang ada pada diri rnereka. Antaranya ialah konsep kendiri, fobia,perkembangan nilai atau
moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalahkemahiran bersosial dan masalah
mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sama,faktor persekitaran seperti rnasalah
komunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini,masalah keluarga, masalah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan sistempersekitaran, dan pandangan orang lain terhadap mereka
menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah.
Sebenarnya, golongan seperti ini memerlukan program pembelajaran yang
berbeza dengan atau perkhidmatan yang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan
program-program yang dianjurkan oleh sekolah untuk pelajar-pelajar normal yang
biasa. Program yang khusus adalah perlu bagi menyedari sumbangan mereka terhadap
diri sendiri dan negara.Kanak-kanak yang mempunyai pencapaian yang cemerlang
termasuk individu yang berpotensi serta berkebolehan dalam manamana enam bidang
kecerdasan yang dinyatakan. Bagi definisi kecerdasan berdasarkan sekolah yang baru
pula mencadangkan kecerdasan seorang kanak-kanak pintar cerdas berlaku
dalam kalangan seluruh masyarakat dalam pelbagai budaya dan tidak semestinya
berpandukan keputusan peperiksaan semata mata, tetapi secara dilihat dalam
kebolehan individu tersebut yang tinggi dalam intelektual, kreatif dan artistik alam.
Artikel ini akan menelusuri lebih lanjut akan konsep pintar cerdas, berbakat dan
kreatif ini bersama dengan kajian kes terhadap responden yang dipilih berdasarkan
kriteria yang ditetapkan. Pelbagai aspek termasuk perkembangan fizikal,emosi, kognitif,
sosial dan tingkah laku akan dikenalpasti dan dengan ini kita dapat mengkategorikan
responden samaada benar-benar tergolong dalam kategori pintar cerdas atau hanya
tergolong dalam kategori berbakat atau kreatif. Pada masa yang sama,segala isu dan
cabaran yang dihadapi oleh responden juga akan diperlihatkan dan kita dapat melihat
sejauhmana murid ini dapat dibantu melalui sistem pendidikan khas di negara ini.

2.0 KONSEP DAN DEFINISI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF


a) Pintar Cerdas
Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud,
bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas
IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran
dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap
dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K. S.,
kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya
menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and
talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi
untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan
kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Kanak-
kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau
memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik
yang khusus.
Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud tambahan iaitu lebih
kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan kebolehan perkembangan
(Jane Piirto, 1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu
kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih
keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara
yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

b) Berbakat
Pintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas
merujuk kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan
manusia menjadi lebih sempurna. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh
boleh berkembang secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan,
penamaan, psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004).
Gardner, 1993, mengganti istilah bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori
kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang cukup banyak dipakai. Sebilangannya
ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logical
mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodily-kinesthetic,
interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner ini
menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak
dapat dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol
pada dirinya.

c) Kreatif
Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini
bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan
kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya
bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat
semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan
atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat
dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik
ataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006).
Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini
bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru
berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.
Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang
lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang
menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai
menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.[1]

2.1 CIRI-CIRI PINTAR, CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses


maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan
hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada
bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu
sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.
1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak
2. Kewujudan golongan individu luar biasa
3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti
4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan
5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal
6. Disokong dari kajian psikologi
7. Disokong oleh penemuan psikometrik
8. Kerentanan untuk mengekod sistem symbol

Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara
berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat
yang akan diproses ( Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto
(1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga
aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah
yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi
sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah
kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan
kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep
sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada
dunia).

Terdapat ahli professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor


kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas 130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada
normal (norm), atau 2.5% daripada populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli
Lembaga Indiana Association for the Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang
boleh diterima oleh semua pihak. Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan
kekeliruan dalam kalangan orang ramai tentang maksud PC.[2]. Justeru, untuk
menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan
istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.

Menelurusi sedikit sebanyak asal usul pintar cerdas ini, Istilah PC telah digunakan
buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang merujuk pada orang
dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu (con: ahli kimia
yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk menjadi orang
dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis Terman
memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada tahun
1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan
mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC.
Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan
seseorang pada zaman dewasa.

Jika hendak disenaraikan ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini adalah terlalu banyak.
Namun demikian ia boleh dikategorikan kepada dua ciri utama iatu ciri-ciri kognitif dan
juga ciri-ciri afektif.
2.1.1 Ciri-Ciri Kognitif

Kognitif adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental yang terlibat dalam beberapa
keupayaan untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah, menaakul, menganalisis, dan
membentuk konsep. Biasanya keupayaan kognitif kanak-kanak dalam golongan pintar
cerdas ini dapat dikenalpasti seawal peringkat bayi lagi. Perkembangan kanak-kanak ini
dapat diperhatikan dan dipantau oleh ibu bapa kerana biasanya mereka akan menunjukkan
perkembangan yang lebih jauh berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Sebagai ibubapa
yang perihatin mereka akan memberikan sokongan dan tumpuan yang lebih bagi
membantu perkembangan kanak-kanak ini. Tahap kebolehan kognitif kanak-kanak boleh
diuji menggunakan ujian IQ.
Kanak-kanak pintar cerdas biasanya akan mencapai tahap pencapaian sebanyak 140,
namun kadangkalanya mereka boleh mencapai sehingga 170 mata. Namun demikian,
kesahihan ujian ini masih boleh dipertikaikan kerana ada yang mengatakan perbezaan
tahap umur akan menjejaskan perbandingan pencapaian dalam ujian IQ ini. Di bawah ini
akan disenaraikan beberapa ciri kognitif[3] kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;
a) Daya tumpuan yang tinggi dalam melakukan sebarang kerja atau aktiviti.
Contohnya kanak-kanak yang diberikan permainan blok dan puzzle akan berusaha
sedaya upaya bagi melengkapkannya. Mereka akan meninggalkan atau tidak menghiraukan
orang atau keadaan sekeliling mereka kerana daya tumpuan mereka terhadap aktiviti yang
menarik minat mereka yang terlalu tinggi. Mereka juga kurang berminat dengan permainan
yang dimilki oleh rakan mereka. Dalam proses pembelajaran pula, mereka akan memberi
sepenuh tumpuan mereka kepada bidang yang mereka minati.
b) Boleh dan mempunyai minat membaca diusia yang muda.
Biasanya kanak-kanak ini akan mula boleh membaca dalam usia kurang daripada 5
tahun. Mereka juga akan fasih bercakap disamping boleh menggunakan laras bahasa dan
kosa kata yang tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang seusianya.
c) Mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam mengingat sesuatu.
Dengan kelebihan yang mereka ada, mereka tidak perlu menghafal sesuatu fakta atau
ilmu yang mereka pelajari. Mereka hanya perlu memahami isi kandungan dan akan
meluahkan semula menggunakan bahasa sendiri. Kelebihan yang ada juga dapat
membolehkan mereka membaca dengan cepat dan cepat memahami apa yang mereka
ingati.
d) Perasaan ingin tahu
Disebabkan perasaan ingin tahu mereka yang kuat, kanak-kanak pintar cerdas
biasanya akan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang mencabar dan inovatif yang
mana kadangkalanya pemikiran mereka diluar jangkauan akal kanak-kanak normal. Pada
peringkat kanak-kanak lagi sifat ini boleh dikenalpasti, contohnya mereka akan membuka
kereta mainan mereka untuk mengetahui komponen-komponen yang ada dalam kereta
tersebut. Kadangkalanya sifat ini akan dikenalpasti sebagai perosak oleh ibubapa yang
kurang memahami anak mereka yang pintar cerdas.
e) Kebolehan membuat rumusan, menganalisa dan menaakul
Kanak-kanak pintar cerdas bukan sahaja mampu untuk memahamai pelajaran malah
mereka juga boleh membuat rumusan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran serta
boleh menganalisa dan memberi alasan kepada keputusan yang diambil selepas sesuatu
analisa dibuat.

2.2.2 Ciri-Ciri Afektif


Ciri kedua yang akan dibincangkan di sini ialah ciri-ciri afektif kanak-kanak pintar
cerdas. Menurut kamus Dewan edisi keempat, afektif adalah berkaitan dengan perasaan
dan emosi dan bukannya fikiran atau daya berfikir. Untuk memperkembangkan minat dan
motivasi di kalangan kanak-kanak ciri-ciri afektif haruslah berkembang serentak dengan
ciri-ciri kognitif mereka. Manakala menurut Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) iaitu
orang pertama yang menggunakan terminology afektif telah menemukan satu lagi domain
penting adalam perkembangan manusia iaitu afektif.[4]Antara ciri-ciri afektif kanak-kanak
pintar cerdas ialah;
a) karismatik
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya mempunyai gaya tersendiri dan personaliti
yang agak berbeza daripada orang lain. Oleh itu biasanya mereka akan menjadi bintang di
sekolah dimana mereka akan menjadi perhatian dalam masyarakat di sekelilingnya.
b) Mementingkan kesempurnaan (Perfectionist)
Kanak-kanak pintar cerdas ini akan melakukan kerja-kerja dengan penuh minat dan
mereka amat mementingkan kesempurnaan. Walaupun mereka dapat menyiapkan kerja-
kerja mereka namun masih mementingkan kepada kesempurnaan dan sikap ini akan
menyebabkan mereka meluangkan banyak masa terhadap apa jua kerja yang dilakukan.
Kadangkalanya mereka akan melakukannya sehingga berulang kali bagi mendapatkan hasil
yang benar-benar memuaskan hati mereka. Sikap ini juga kadangkalanya akan
menimbulkan kemarahan dan ketidak puasan hati mereka terhadap orang lain atau rakan-
rakan mereka kerana mereka juga akan menjangkakan hasil yang sama seperti yang
dilakukannya daripada orang lain.
c) Berasa tertekan dan mudah sensitif
Sebagai seorang yang bersikap teliti dan mempunyai matlamat sendiri semenjak dari
awal lagi, mereka akan mudah rasa tertekan dalam usaha untuk mengatasi orang lain. Sikap
ini juga menunjukkan bahawa mereka takut kalah kepada orang lain dan akan mencetuskan
kesan sosio emosi yang lain seperti cemburu. Kanak-kanak pintar cerdas biasanya
mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Mereka akan berfikir di luar jangkauan kanak-
kanak normal dan ini akan menyebabkan mereka mudah terangsang. Contohnya ketika
tidur, mereka mudah terjaga kerana terlalu memikirkan imaginasi mereka. Mungkin bila
menonton cerita seram, mereka mula memikirkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan
rentetan cerita tersebut. Berikutan dengan sikap ini mereka mungkin akan menjadi fobia
kepada bencana seperti kegelapan dan kematian kerana mereka akan sentiasa memikirkan.
Contohnya mereka akan selalu bertanya mengenai soal kematian, apa yang berlaku kepada
manusia selepas mati, boleh tak kalau manusia tak mati. Persoalan-persolan seumpama ini
akan menyebabkan mereka menjadi terlalu sensitif dan fobia kepada sesuatu kejadian.

4.0 KAJIAN BIOGRAFI


4.1 BIODATA KANAK-KANAK

Nama : Abdul Khoir bin Sulaiman


Umur : 12 Tahun
Tarikh Lahir : 22 Jun 2001
Tempat Lahir : Hospital Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang
Bil. adik beradik : 7 orang
Anak yang ke :3
Nama Bapa : Ahmad Sulaiman b. Pariman
Pekerjaan : Juru teknik
Nama Ibu : Khalijah bt M. Yusof
Pekerjaan Ibu : Penyelia Asrama
Alamat : Lot 1099, Lorong Ros Biru, Kampung Tebuk Pulai, Sabak
Bernam, Selangor
Pendidikan Awal : Tadika Kemas Simpang Lima, Sungai Besar (4 Tahun)
Tadika Kemas Tebuk Pulai (5 Tahun)
Hobi : Bermain futsal, melayari internet, bermain permainan video
Cita-cita : Pemain Bola Sepak Professional
4.2 LATAR BELAKANG MURID DAN KELUARGA

Adik Abdul Khoir adalah anak ke tiga daripada tujuh adik-beradik. Beliu dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang berpendapatan sederhana di mana bapanya bekerja sebagai
juru teknik di sebuah kilang manakala ibunya merupakan seorang penyelia asrama.
Memandangkan kedua ibu bapanya bekerja, kehidupan mereka dilihat sangat berdikari dan
saling membantu antara satu sama lain. Kakaknya yang sulung berusia 19 tahun manakala
adik lelakinya yang bongsu berusia 2 tahun. Kini, adik Abdul Khoir berada di darjah enam
di Sekolah Kebangsaan Tun Doktor Ismail Tebuk Pulai, Sabak Bernam dan baru sahaja
selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun ini.

Gambar 3.2.1 Adik Abdul Khoir bersama penulis

Dalam sejarah tokoh-tokoh yang terdahulu, telah mencatatkan banyak individu


yang mengatasi kekangan persekitaran seperti penindasan, kemiskinan dan
menyerlahkan bakat mereka pada peringkat lewat hidup mereka. Kecerdasan yang
terpendam akan berkembang pada masanya. Ini tidak bermakna pendidikan tidak
penting dan kecerdasan hanyalah akibat faktor biologi semata-mata. Begitulah yang
berlaku kepada adik Khoir. Bakatnya dalam sukan bola sepak mula terserlah semenjak
beliau berada di darjah empat dan terus menerus bersinar sehingga mendapat tempat
untuk mewakili negeri Selangor.Hal ini tidak berlaku kepada adik beradiknya yang lain
walaupun enam daritujuh adik beradiknya ialah lelaki. Semenjak kecil bakatnya tidak
langsung dihidu oleh ibu dan bapanya dan hanya menyangka kesukaan adik Khoir
dalam bidang sukan hanya hobi semata-mata.
Menyentuh latar belakang ibu dan ayah adik Khoir, ibunya, Puan Halijah bt M
Yusof merupakan ibu yang sangat penyayang dan memahami setiap kelebihan dan
kekurangan anak-anaknya. PuanHalijah dilihat sangat membantu dan menyokong
minat Khoir. Ini dibuktikan apabila Puan Halijah membenarkan Khoir untuk pergi
berlatih bersama kawan-kawan, membelikannya peralatan sukan yang diminta dan
sering bertanyakan perkembangan Khoir kepada guru kelas dan guru sukannya.
Sementara itu, ayah Khoir merupakan seorang yang sangat tegas namun cukup
memberi sokongan yang padukepada Khoir kerana En Sulaiman percaya bidang yang
diceburi oleh Khoir merupakan aktiviti yang sihat yang dapat membantu dalam
perkembangan mental, sosial dan meningkatkan keyakinanan diri anaknya itu.

4.3 DAPATAN MURID DARIPADA GURU, IBU BAPA


Melontarkan persoalan berkenaan masa depannya, kanak-kanak ini bercita-cita
untuk menjadi seorangpemain bola sepak antarabangsa apabila dewasa nanti. Ini
menunjukkan adik Khoir merupakan seorang yang berpandangan jauh dan pandai
mengeksplotasi bakatnya sebagai salah satu jalan untuk mebina karier satu hari nanti. Di
sekolah, beliau menyukai pelajaran Matematik, Sains dan Pendidikan Agama Islam. Beliau
menamatkan pembacaan al-Quran secara rasmi pada bulan April tahun 2009. Walaupun
begitu, beliau masih meneruskan pembelajaran al-Quran dengan guru-guru agama di
Sekolah Rendah Agama Tebuk Pulai.
Selain itu, kanak-kanak ini selalu membantu ibu membuat kerja-kerja rumah seperti
mencuci pinggan mangkuk di dapur. Beliau sedar ibunya perlu dibantu di rumah setelah
penat bekerja mencari rezeki dari pagi hingga ke petang. Kerja-kerja pembersihan rumah
dan membeli barang-barang keperluan di kedai berhampiran juga turut dibuatnya dengan
rela. Pendek kata, kanak-kanak ini menjadi orang kanan ibunya pada ketika ayahnya berada
di luar kawasan.
Gambar 3.3.1Temubual yang dilakukan bersama ibu Abdul Khoir

Majalah sukan dan kereta serta komik detektif conan sering menjadi bahan bacaannya.
Selain itu, siri kartun Phineas and Ferb turut menjadi pilihannya. Tidak ketinggalan siaran
Buletin Utama yang disiarkan oleh sebuah stesen terkemuka menjadi tontonannya.
Menurutnya, kanak-kanak perlu mengetahui hal ehwal yang berlaku di dalam negara
mahupun di luar negara dalam usaha menjadi ahli masyarakat yang berpengetahuan dan
bermaklumat.
Sebagai anak lelaki, adik Khoir ini tampil mewakili ayahnya menyertai aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di tempat tinggalnya. Pada usia seawal 9 tahun,
kanak-kanak ini sudah melibatkan diri secara aktif dengan masyarakat setempat dalam
melaksanakan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan kenduri-kendara. Beliau
tidak culas dan tidak segan menyapu sampah, membuang sampah, dan membersihkan
longkang yang sudah pasti baunya amat tidak menyenangkan. Kanak-kanak ini juga tampil
menghulur khidmat dalam usaha membanteras denggi di kawasan tempat tinggalnya.
Beliau sedar persekitaran yang kotor mengundang banyak masalah kepada ahli masyarakat
umumnya dan ahli keluarga khususnya.
Hasil didikan agama yang baik daripada orang tuanya, kanak-kanak ini turut mengimarah
surau di tempat tinggalnya. Beliau meluangkan masa untuk bersolat fardhu Maghrib dan
Isya secara berjemaah tatkala kanak-kanak lain leka menonton televisyen dan melayari
internet di rumah. Suaranya juga sering berkumandang di ruang udara melaungkan azan
mengingati umat Islam agar segera menunaikan perintah Allah subhanahuwataala.
Kesedaran ini timbul kerana beliau sering mengikuti ayahnya sejak kecil lagi menunaikan
solat secara berjemaah di masjid ataupun di surau. Pada bulan Ramadhan pula, kanak-
kanak ini tidak melepaskan peluang menggandakan pahalanya secara sukarela menjadi bilal
bagi solat sunat Tarawih. Di sekolah pula, kanak-kanak ini selalu ke hadapan mengetuai
bacaan doa dalam perhimpunan rasmi mingguan sejak berada dalam tahun empat lagi.
Gamba
r 3.3.2
Ibu
Abdul
Khoir
membe
rikan
maklu
mat
berken
aan
penglib
atan
adik
Khoir
dalam
sukan yang diceburinya

5.0 KEISTIMEWAAN MURID YANG DIPILIH


Perlu diketahui bahawa , kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki ciri-ciri kepandaian
berfokus iaitu hanya pandai dalam sesuatu bidang tetapi mempunyai kepandai yang normal
untuk bidang-bidang lain. Dalam bidangakademik, responden sangat menguasai subjek
teras iaitu bahasa Malaysia, Pendidikan Islam, dan bahasa inggeris. Responden mendapat
markah tinggi dalam subjek berkenaan, namun kurang memuaskan dalam subjek
matematik. Selain itu, pemilihan adik Khoir adalah disebabkan pencapaiannya yang
konsisten dalam bidang kokurikulum iaitu sering memegang trofi juara dalam setiap acara
yang disertainya dan turut diseimbangkan dengan kebijaksanaannya dalam bidang
akademik. Berdasarkan keputusan percubaan UPSR yang lalu, adik Khoir telah mendapat
keputusan 4A 1 B dan merupakan antara pencapaian terbaik diperingkat sekolah.
Pencapaiannya dalam kedua-dua bidang tersebut diserikan lagi dengan keterampilan yang
ditunjukkan adik Khoir sebagai Pengawas Sekolah yang berdisiplin dan disenangi para guru
dan rakan-rakan.

5.1 Perkembangan Tingkah Laku


Perkara ini dinamakan asynchronous yang bermaksud tidak sekata atau tidak
berlaku mengikut peringkat atau kadar yang sepatutnya bersama-sama dengan perkara
lain. Ain Hazwani et.al (2011) menjelaskan kanak-kanak pintar cerdas berkembang
secara asynchronous iaitu perkembangan yang tidak selari dengan domain-domain lain.
Sebagai contoh, kanak-kanak berusia 7 tahun mempunyai keupayaan intelektual seperti
kanak-kanak berusia 12 tahun, berkeupayaan sosial seperti kanak-kanak berusia 9 tahun
dan memiliki keupayaan emosi seperti umur sendiri. Rumusannya, perkembangan kanak-
kanak pintar cerdas dari segi intelektual, emosi dan sosial adalah lebih cepat berbanding
kanak-kanak biasa. Namun begitu, individu yang dikategorikan dalam pintar cerdas juga
mempunyai beberapa kelemahan.
Dengan kata lain, mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan
cara yang lebih berkesan. Antara strategi pembelajaran adalah seperti: kalau saya tidak
mengaplikasi apa yang dipelajari, saya akan lupa. Imkplikasinya: mengaplikasi konsep
yang baru dipelajari dengan sebanyak mungkin dalam situasi baru. Metakognisi yang
matang ini juga bermakna mereka melatih diri. Mereka mencari peluang dan persekitaran
untuk perkembangan diri. Mereka mengoptimalkan perkembangan intelek sendiri dengan
intelek yang sedia ada! Begitulah adik Khoir, beliau bersikap matang dan menurut ibunya,
Khoir sering menyiapkan kerja sekolah tanpa perlu disuruh oleh ibu bapanya.

5.2 Perkembangan Fizikal


Perlu diketahui, bahawa unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan
badan seseorang dan kapasiti untuk mengendali objek mahir. Kecerdasan ini merupakan
kemampun menggunakan seluruh tubuh untuk mengekspresikan idea dan perasaan seperti
penari, atlet dan pelakon. Keterampilan menggunakan tangan untuk menciptakan atau
mengubah sesuatu, seperti tukang batu, ahli makenik dan doktor bedah. Kecerdasan ini
meliputi kemampuan fizikal yang lebih spesifik seperti koordinasi, keseimbangan,
keterampilan, kekuatan, kelenturan, kecepatan atau kemampuan menerima rangsangan.
Howard Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini
juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan
keuayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi refleks.
Berbalik kepada pencapaian adik Khoir, penglibatan beliau secara serius bermula
pada tahun 2011 apabila memenangi pingat di peringkat sekolah, peringkat MSSD dan
MSSS. Beliau telah dipilih untuk mewakili Selangor dalam Kategori Bawah 12 Tahun untuk
Kejohanan Bola Sepak Selangor. Kekerapan memenangi pingat emas dalam sukan bola
sepak telah banyak mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Dr Ismail,
sama ada di peringkat daerah, negeri. Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian
beliau, dan beliau telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum
peringkat sekolah selama 2 tahun berturut-turut mulai tahun 2011-2012.
Selain bola sepak, adik Khoir juga turut aktif dalam sukan sepak takraw, balapan olah
raga dan seringkali berjaya bermain melepasi peringkat sekolah. Beliau seringkali mencatat
kemenangan dalam kejohanan sepaktakraw di peringkat MSSD setiap tahun sepanjang
penglibatan beliau dalam sukan ini. Berikut adalah senarai penglibatan adik Khoir
semenjak tahun 2009.
1. Pengawas Pusat Sumber Sekolah (2009-2013)
2. Schools Got Talent-Online 2010
(Sekolah-Sekolah Program Fasilitator School Net&Tm Eschol Wilayah Tengah
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Kementerian Pelajaran,Dan
Telekom Malaysia Berhad
3. Pertandingan Bola Sepak Tunas Cemerlang Bank Rakyat 2012
4. Pertandingan Seven Soccer Kidz (Johan)
5. Kejohanan Bola Sepak MSSD (R)Sabak Bernam 2012-2013
6. Kejohanan Sepak Takraw (R) MSSD Sabak Bernam 2012
7. Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam 2013
8. Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Sabak Bernam 2012
Ciri- ciri fizikal dalam ciri-ciri fizikal ini kanak-kanak pintar cerdas tidak begitu
ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa tetapi secara keseluruhannya
perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Berat badan yang lebih
tinggi semasa lahir. Jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan
kesihatan, keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kadar
penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah.
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, namun baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Jika diperhatikan fizikal adik Khoir, didapati responden adalah
berbadan kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait
fenotaip iaitu lebih mengikut ibunya. Responden merupakan antara salah seorang murid
yang menyerlah di sekolah dan berjaya meningkatkan prestasi beliau dalam seni
mempertahankan diri Tae Kwan Do . responden juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti
olahraga terutamanya dalam sukan lumba lari. Responden juga berhasrat untuk dapat
bekerja setelah selesai sekolah. Namun bapanya tidak membenarkan kerana usaha
responden yang masih muda di samping bimbang akan keselamatan responden.

5.3 Pencapaian Akademik


Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait
dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor
personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh
diketepikan. Dalam akademik, kanak-kanak itu akan suka berpandangan bahawa keputusan
mereka dalam sesuatu matapelajaran tidak akan bagus dan akan mendapat keputusan yang
kurang baik. Potensi yang tinggi yang ditunjukkan mereka dalam akademik sudah
semestinya membuatkan para ibubapa kanak-kanak tersebut berasa gembira dan bangga,
serta menganggap mereka mampu menguasai semua matapelajaran yang kemudiannya
akan memberi tekanan kepada mereka.
Kebolehan kanak-kanak yang pintar cerdas yang mampu menyiapkan tugasan lebih
awal daripada rakan yang lain akan menyebabkan mereka berasa bosan, dan kemudiannya
akan mengganggu rakan-rakan yang lain di dalam kelas. Walaupun mereka sentiasa
cemerlang dalam akademik, tetapi kebanyakkan rakan-rakan di sekeliling selalunya akan
menganggap golongan pintar cerdas ini menunjuk-nunjuk dengan kehebatan mereka.
Berbeza dengan adik Khoir,walaupun prestasi akademik adik Khoir baik, namun adik Khoir
sering membantu rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, rakan-rakan berasa selesa
untuk mendekati adik Khoir. Ini merupakan contoh terbaik yang ditunjukkan oleh
adikKhair sebagai murid yang berbakat.

5.4 Perkembangan Kognitif


Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Mampu
memahami konsep yang canggih, abstrak dan kompleks. Ahli falsafah, contohnya adalah
golongan yang tinggi kecerdasan. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak.
Pengetahuan atau skemata yang luas. Memahami banyak konsep yang tidak difahami
kanak-kanak yang sebaya. Meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan
ingatan, scrabble, silang kata, catur dan permainan komputer yang tertentu. Tumpuan
tinggi, membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Tidak suka diganggu, menjadi
geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya.
Melalui kaedah pemerhatian saya mendapati responden dapat memahami manakah
isu yang penting, idea yang teras, prinsip asas yang penting. Palajar yang biasa hanya
memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. Contohnya semasa melakukan
hasil seni, responden mementingkan menghasilkan kerja yang tercantik, walaupun tidak
mengikut cara yang dicadangkan oleh saya(mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir
oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya, bukan kaedahnya.
Melalui pemerhatian hasil kerja yang ditunjukkan saya mendapati responden mampu
memikirkan sesuatu perkara dengan terperinci. Sebagai contoh apabila responden melukis
perahu yang memperincikan pandangan di dalam perahu.
Pelajar yang biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting.
Contohnya semasa melakukan hasil seni, mereka mementingkan menghasilkan kerja yang
tercantik, walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin
menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Menyedari nilai hasil seni terletak
pada kecantikannya, bukan kaedahnya.Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih
maju, menggambarkan dia memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan
sebaya. Ini boleh dilihat dari tingkah laku kanak-kanak lain menanyakan maksud perkataan
yang digunakan olehnya.

5.5 Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi


Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan terhadap kanak-kanak PC. Kriteria yang
ketara yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas ini adalah dari segi keupayaan
berbahasanya dan kebolehannya melebihi kanak-kanak yang normal. Yahya Don (2005)
menyatakan bahawa pintar cerdas adalah kebolehan luar biasa, suka mengemukakan
soalan bertalu-talu dan tidak perlu tunjuk ajar ketika belajar. Hassan Mohammad Ali
(2006) menyatakan bahawa kanak-kanak PC mempunyai kebolehan awal yang dapat
dikesan iaitu kebolehan mengguna bahasa dengan fasih pada usia awal dan kebolehan
membaca pada usia empat tahun.
Mahani, Ramlah dan Shabuddin (2006), turut mengulas kecerdasan bahasa
merangkumi pembacaan, penulisan dan penggunaan bahasa sendiri dan bahasa asing.
Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh mengeja perkataan dan membaca
dengan mudah dan tepat, juga suka membaca buku jika ada masa terluang. Mohd.
Shahrani Ahmad ( 2004: 67), merumuskan kecerdasan bahasa adalah kebolehan umum
belajar dan memahami bacaan dengan baik dan cekap bersosial.
Dengan kata lain, kecerdasan bahasa yang diketengahkan oleh pakar di atas sangat
berhubungkait dengan kajian yang dijalankan.

5.6 CABARAN YANG DIHADAPI


Antara cabaran yang dihadapi oleh adik Khoir ini ialah mereka boleh memahami
secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani
perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah
kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang
lain.Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara
atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah
kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu
global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran
mereka diambil oleh seseorang.
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan.
Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa
perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul
sengguh pun mereka itu bijak. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang
dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu
mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk
pandai terhadap ibu bapa dan guru.
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif.
Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga
mereka menjadi seorang yang putus asa. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap
sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari
jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial. Sikap sensitivity dan juga
perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan,
kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan
isu-isu ini mereka akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah
existential depression.

6.0 KESIMPULAN

Pelajar pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara.Kegagalan
membantu pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka
adalah satu kerugian yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya
penekanan sebegini tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensidan bakat pelajar pintar
cerdas ini akan terbantut dan lambat berkembang. Pengajaranguru yang tidak mencabar
pemikiran mereka akan menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya
akan menghilangkan minat belajar. Personaliti terutamawatak, perangai, tingkah laku dan
cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami olehguru bagi merancang strategi pengjaran
yang sesuai.
Jika dipupuk bakat yang adatentu dapat memperkemas dan memantapkan
keistimewaan yang dikurniakan kepadamereka. Selain guru, ibu bapa juga memainkan
peranan penting dalam usaha melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu
mempunyai kemahiran serta keyakinan yang membolehkan mereka mempraktikkan
amalan-amalan mendidik anakpintar cerdas. Salah satu kemahiran yang perlu digarap oleh
ibu bapa adalah mengisiruang kasih sayang sekeluarga.
Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoniadalah antara perkara dan
keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongankepada anak-anak pintar cerdas.
Situasi seperti inilah yang saya perhatikan berada di sekeliling Khoir/ Pengetahuan
terhadap personaliti dan gaya pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas sebenarnya
memberikan lebih ruang kepada guru untuk memberi sokongan perkembangan jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Ini membantu masyarakat sekeliling juga untuk menyedari
bahawa kanak-kanak pintar cerdas harus dilayan seperti kanak-kanak biasa lain tetapi
kelebihan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut dipupuk dan dijaga supaya memberi
manfaat kepada semua manusia.

7.0 BIBLIOGRAFI

Abd Majid Mohd Isa.1994. Keberkesanan Raven SPM dalam mengenalpasti kanakkanak
Melayu pintar cerdas. Pertanika. J. Soc. Sci Hum 2(1): 63-68.

Abdul Rahim M. Ali. (1991). Personaliti dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik
Murid-Murid Sekolah Rendah Luar Bandar. Laporan Penyelidikan M.Ed. Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Che Mah Yusof dan Mariani Mohd Nor. (2001). Personaliti pelajar pintar dan hubungannya
dengan pencapaian akademik. Prosiding konferensi kebangsaan Kajian Pasca Siswazah
(Greduc.), Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Chua, T. T. & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor


personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar MRSM. Tesis Phd. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Nik Azis Nik Pa. (1999). Mitos dan realiti tentang pelajar pintar cerdas. Jurnal Kebajikan,
16(2), 87112, Disember 1994.

Ng Seng Fa. (2005). Rahsia Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terman, Lewis M. (1930). Genetic studies of genius: Mental and physical traits of a
thousand gifted children (Vol 1). Stanford, CA: Standford University Press

[1] Banyak pendapat menyatakan bahawa pencapaian akademik seorang pelajar berkait
dengan faktor kecerdasan mental pelajar, namun peranan faktor lain seperti faktor
personaliti, faktor persekitaran, faktor psikologi dan sosiologi tidak boleh diketepikan.
[2] Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu persetujuan kerana
mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza
[3] Kita biasa mendengar pelajar dikelaskan sebagai "baik" atau "tidak baik" berdasarkan
kebolehan kognitif atau kebolehan akademik mereka. Sebenarnya kebolehan kognitif yang
dipunyai oleh seseorang pelajar tidak semestinya membuat pelajar tersebut menjadi
individu yang baik atau tidak baik
[4] Mereka telah mengkategorikan afektif kepada 3 ciri iaitu penerimaan (receiving),
tindakbalas (responding), menghargai dan menilai sesuatu idea (valuing), menyelaraskan
sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang
kompleks (characterization).
Posted by Norul eyena at 1:32:00 p.m.
Email This

Anda mungkin juga menyukai