Anda di halaman 1dari 21

MENINGKATKAN INTERAKSI PELAJAR MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBELAJARAN ACHIEVEMENT MATEMATIK. BAB 1 PENDAHULUAN 1.

1 PENGENALAN KOOPERATIF DIVISION MODEL STUDENTS TEAMS

(STAD)

DALAM

PEMBELAJARAN

Sistem pendidikan negara adalah merupakan satu aspek yang penting dalam membentuk individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan di Malaysia diwujudkan selari dengan arus pembangunan negara yang sedang mencapai matlamat wawasan 2020. Individu yang dilahirkan pada masa kini adalah individu yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan dan membangunkan negara untuk setanding dengan negara-negara luar yang sedang gah berdiri di mata dunia. Ini kerana, individu yang dilahirkan ini menjadi pewaris negara dan merupakan bakal pemimpin negara.

Oleh sebab itu, pengajaran dan pembejaran yang diwujudkan dalam sistem persekolahan ini seharusnya berkesan yang dapat memacu seseorang pelajar itu untuk sentiasa mencapai prestasi yang baik. Pendidikan matematik menjadi satu subjek teras yang penting yang wajib diambil oleh semua pelajar. Pencapaian matematik selalunya menjadi kayu ukur dan faktor kepada kejayaan seseorang

pelajar dalam sistem persekolahan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Mengikut NCTM (2000), semua murid harus mendapat peluang yang saksama dan cemerlang dalam program matematik yang menyediakan sokongan untuk pembelajaran dan respon kepada pengetahuan sedia ada, kekuatan intelektual dan minat mereka masing-masing. Pengajaran yang disampaikan oleh guru perlu berkesan kepada semua pelajar. Seperti yang kita tahu, alam pekerjaan masa kini memerlukan individu yang berfikir secara kritikal dan kreatif untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mencari alternatif bagi sesuatu perkara. Menyedari perkara ini, KBSM telah menggalakkan interaksi antara pelajar bermula di peringkat sekolah menengah lagi. Oleh sebab itu, peranan guru pada masa ini lebih kepada fasilitator berbanding pemberi maklumat. Interaksi di dalam bilik darjah mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pelajar itu sendiri.

1.2

PERNYATAAN MASALAH Pendidikan pada masa kini adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu

perubahan ke atas diri seseorang individu. Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Zahid,2000). Oleh sebab itu, tugas pendidik pada masa ini adalah begitu penting untuk meningkatkan prestasi pelajar terutama dalam subjek matematik. Namun begitu, kita boleh lihat, prestasi pelajar masih lagi berada di tahap yang kurang memuaskan. Punca pencapaian rendah dalam subjek matematik bukan hanya memahami dan menyelesaikan masalah tetapi juga

dipengaruhi oleh faktor dalam diri murid sendiri antaranya keyakinan diri, sikap, motivasi dan kebolehan kognitif (Vaughn et al. 2003). Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru matematik ialah, ramai pelajar yang tidak dapat menguasai konsep-konsep asas dalam matematik dengan sebaliknya. Situasi ini telah menyebabkan guru cuba mencari beberapa kaedah atau teknik yang dapat diaplikasikan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya perlu peka tentang bagaimana cara untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di samping untuk meningkatkan interaksi antara pelajar dengan pelajar mahupun pelajar dengan guru. Kaedah pengajaran yang biasa digunakan oleh guru ialah kaedah tradisional yang lebih kepada pengajaran berpusatkan guru. Kaedah pengajaran ini kurang membuatkan pelajar untuk berinteraksi sesama rakan sekelas dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Dilema yang dihadapi oleh kebanyakan guru pada hari ini ialah untuk memilih kaedah pengajaran yang sesuai yang mampu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini kerana, semasa sesi pengajaran dan pemelajaran dijalankan, apa yang dapat diperhatikan, pelajar-pelajar kurang untuk bersama-sama dengan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebaliknya hanya menumpukan sahaja apa yang guru sampaikan. Ini telah menunjukkan bahawa pelajar kurang aktif di dalam kelas. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap interaksi pelajar di dalam bilik darjah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD. Melalui kaedah pembelajaran koperatif ini juga, kajian ini dijalankan untuk melihat pandangan pelajar tentang kaedah yang digunakan ini. Objektif kajian ini dijalankan juga adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di samping untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek matematik. 1.3.2 i) PERSOALAN KAJIAN

Adakah teknik ini dapat membantu meningkatkan interaksi pelajar dalam bilik darjah?

ii)

Apakah pandangan pelajar terhadap pembelajaran koperatif jenis STAD?

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini akan menjelaskan berkaitan dengan keberkesanan interkasi pelajar

menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model (STAD) dalam pembelajaran matematik. Jika dilihat secara menyeluruh, para guru masih lagi menggunakan pengajaran secara tradisional sebagai kaedah utama mereka. Mereka seharusnya menilai sama ada interaksi mereka bersama pelajar berkesan ataupun tidak apabila menggunakan kaedah tradisional. Kajian ini akan membantu para guru untuk lebih mengetahui sejauh mana keberkesanan interaksi pelajar yang dapat dicapai dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif model STAD ini. Kajian ini

juga

akan

memperjelaskan

sedikit-sebanyak

tentang

bagaimana

untuk

mengaplikasikan pelbagai teknik ataupun kaedah pengajaran yang dapat meninggalkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna bagi kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar. Ini mungkin akan dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian prestasi pelajar dalam subjek matematik yang kita boleh lihat, pencapaian ataupun pemarkahan subjek matematik kurang memuaskan. Kajian ini juga akan memperjelaskan kepada para guru tentang pentingnya interaksi bersama pelajar semasa proses pembelajaran demi untuk mewujudakan suasana yang seronok dan juga menjadikan subjek matematik ini menjadi salah satu subjek yang menyeronokkan. Hasil dapatan kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti pencapaian prestasi pelajar dalam topik matematik dan secara tidak langsung akan memberi maklumat kepada pihak sekolah dan guru tentang pembelajaran koperatif model STAD berbanding dengan kaedah tradisional.

1.5

BATASAN KAJIAN Kajian eksperimen yang dijalankan ini adalah untuk melihat pendekatan

kooperatif model STAD terhadap pelajar tingkatan 1 dalam topik Area dan Perimeter di Sekolah Menengah Kebangsaan Muzaffar Shah yang terletak di daerah Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini terbatas kepada kajian terhadap 30 orang pelajar tingkatan 1 yang terdiri daripada pelajar lelaki dan juga

perempuan. Faktor gender tidak diambil kira untuk tujuan kajian dan responden terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Latar belakang keluarga kumpulan responden adalah pelbagai. Ada yang berasal dari keluarga mewah, sederhana dan ada juga yang miskin. Pekerjaan keluarga responden adalah seperti guru, jurutera, peniaga, penjaja, tukang masak, kontraktor, kerani dan lain-lain lagi. Jumlah kumpulan responden ini dianggap mencukupi bagi menjalankan kajian, lagipun peruntukan masa adalah terhad untuk menjalankan kajian yang lebih luas. Pengumpulan data dilakukan melalui tiga kaedah iaitu menebual, borang soal selidik dan juga dengan mengambil video. Pengkaji telah mengumpul maklumat dengan membuat rujukan pada beberapa tesis untuk membuat soalan temu bual dan borang soal selidik. Soalan yang di bina adalah untuk memperolehi ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Penganalisisan data adalah berasaskan respon-respon bertulis daripada pelajar serta sesi temua bual terhadap ujian yang digunakan ini.

1.6

DEFINISI KAJIAN

1. Pembelajaran Menurut Robert M. Gagne dalam bukunya The Condition Of Learning, menyatakan tentang definisi pembelajaran iaitu pembelajaran adalah merupakan suatu perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.

Menurut Anita E. Woolfok dalam bukunya iaitu Educational Psychology, 1995 mendifinisikan bahawa pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

2. Pengajaran Pengajaran adalah merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi perkaraperkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan.

3. Pembelajaran kooperatif Menurut Davidson dan Kroll (1991) mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran yakni pelajar-pelajar

berkongsi idea dan bekerja secara kolaboratif bagi menyiapkan tugasan akademik. Pembelajaran kooperatif juga boleh didefinisikan sebagai mana-mana situasi belajar dalam bilik darjah, di mana pelajar daripada pelbagai aras pencapaian bekerja bersama-sama dalam kumpulan yang berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

4. Pendekatan kooperatif model STAD

Kajian ini menggunakan pendekatan kooperatif model STAD. Menurut Slavin (1982), beliau berbendapat bahawa teknik pembelajaran kumpulan ini adalah terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Ini telah menjelaskan bahawa pembelajaran kooperatif ini ialah pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan

pembelajaran sesama mereka.

5. Interaksi Mengikut kamus A ENGLISH DICTIONARY interaksi bererti proses saling bertindak saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu dibawah konsep pendidikan interaksi yang diwujudkan dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada dua sudut iaitu interaksi diantara individu dengan alam sekitar. Interaksi merupakan perkara yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana para guru akan lebih memahami masalah murid dan berupaya membantu mengatasi masalah sama ada berkaitan akademik mahupun peribadi.

1.7

RINGKASAN

Menerusi kajian ini, adalah diharapkan dapat membantu guru-guru Matematik bagi merangka atau merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dengan mengambil kira kaedah pengajaran yang sesuai dan berkesan.

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.0 PENGENALAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap keberkesanan interaksi pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif model STAD. Bab ini akan membincangkan tentang tinjauan kajiankajian lepas yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu berkaitan dengan penyelidikan ini. Dalam bab ini juga, pengkaji akan menjelaskan secara lebih terperinci dan mendalam tentang pembelajaran kooperatif dalam subjek matematik berdasarkan kepada bacaan dan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh penyelidik lain.

2.1

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Secara keseluruhannya, menurut Slavin (1982), Johnson, Johnson & Holubec (1990) dan Kagan (1992), pembelajaran kooperatif boleh didefinisikan sebagai kaedah pembelajaran di dalam kumpulan kecil yang setiap ahli kumpulannya mempunyai tahap pencapaian yang berbeza dan ahli kumpulan akan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Kejayaan individu itu dipengaruhi

oleh setiap ahli kumpulannya sendiri. Menurut Johnson & Johnson (1990) juga menjelaskan bahawa untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran, setiap ahli kumpulan akan berkerjasama. 2.1.1 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Menurut D.W. Johnson, dan R.T. Johnson (1989) dan Kagan (1992), pembelajaran kooperatif yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut : i) Hubungan saling gantung yang positif Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya, kegagalan seorang ahli kumpulan, (sink or swim together). Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan apabila setiap ahlinya mencapai kriteria yang ditentukan dan setiap ahli kumpulan boleh diberi peranan Kapten, Pelari, Penggalak, dan Pemeriksa.

ii)

Akauntabiliti individu Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan terhadap pencapaian murid sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid atau pemilihan murid secara rawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.

iii)

Interaksi bersemuka Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi antara satu sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi sokongan kepada usaha ahli kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun supaya dapat bersemuka antara satu sama lain.

iv)

Kemahiran sosial Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangat penting. Kemahiran seperti memimpin, membuat keputusan, berkomunikasi, mendengar, memberi galakan dan sebagainya perlu dirancang dengan teliti oleh guru. Kemahiran sosial yang berjaya ini akan mewujudkan interaksi kumpulan yang berkesan.

v)

Pemprosesan kumpulan Kerjasama di dalam satu kumpulan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Oleh itu, setiap kumpulan perlu fokus untuk memberikan yang terbaik, menilai segala kelemahan dan sebagainya.

2.1.2

STRATEGI DALAM PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Menurut Stahl (1994), terdapat beberapa kriteria penting yang perlu dijadikan sebagai panduan kepada para guru untuk melaksanakan pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Antaranya ialah : i) Objektif pembelajaran perlu disampaikan oleh guru kepada pelajar dengan jelas dan teliti.

ii)

Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai sikap yang positif untuk mencapai matlamat pembelajaran.

iii)

Guru perlu memberi arahan yang jelas kepada pelajar tentang sesuatu tugasan yang ingin dilaksanakan.

iv) v) vi)

Ahli kumpulan terdiri daripada pelajar berbeza tahap pencapaian. Guru perlu bersikap adil kepada semua kumpulan Ahli kumpulan perlu bekerjasama kerana mereka saling bergantung antara satu sama lain.

vii) viii) ix)

Kemahiran sosial dan interaksi dalam kumpulan yang positif. Masa yang diperuntukkan mestilah mencukupi. Setiap pelajar bertanggungjawab ke atas kumpulan masing-masing.

2.1.3

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Menurut Kagan (1994), pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut : i) ii) iii) iv) v) vi) Membaiki hubungan sosial Meningkatkan pencapaian Meningkatkan kemahiran kepimpinan Maningkatkan tahap kemahiran aras tinggi Meningkatkan kemahiran teknologi Meningkatkan keyakinan diri 2.1.4 STUDENT TEAMS ACHIEVEMENT DIVISION (STAD)

Menurut Slavin (1990) , beliau berpendapat bahawa pembelajaran kooperatif model STAD ini adalah sesuai digunakan oleh guru untuk matapelajaran yang mempunyai satu jawapan yang tepat seperti di dalam pengiraan matematik, subjek bahasa, konsep dan juga fakta sains. 2.2 KAJIAN BERKAITAN

Kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian lepas untuk mengkaji tahap keberkesanan interaksi menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif terhadap pelajar. Pelbagai kajian yang dijalankan oleh pengkaji berkenaan dengan kaedah pembelajaran kooperatif termasuk di dalam mahupun di luar negara. 2.2.1 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN DI MALAYSIA Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telah wujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Hal ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas kerana ia melibatkan interaksi di antara guru dan pelajar. Zainun Ismaon (2004) dalam kajian beliau yang meninjau keberkesanan kooperatif model STAD ke atas sikap pelajar dalam Matematik KBSR. Dalam hasil kajian beliau telah menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar memberikan reaksi yang positif terhadap pembelajaran kooperatif model STAD. Pendapat ini telah disokong oleh kajian oleh Sazali Yusoff (1996), menjalankan kajian di sebuah sekolah menengah luar Bandar di negeri Perak dengan menggunakan modul bagi menjalankan kajian keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif. Hasil Kajian yang telah diperolehi oleh beliau telah menunjukkan bahawa kaedah

ini dapat menarik minat perlajar untuk lebih mendekati subjek matematik. Meriam Ismail (1997) pula membuat kajian tentang pembelajaran kooperatif ke atas pelajar terhadap Matematik di Sarawak. Hasil kajian beliau pula menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian pelajar tetapi tiada perubahan sikap yang ketara yang boleh dilihat ke atas diri belajar setelah pembelajaran kooperatif diaplikasikan. Selain daripada itu, kajian yang dijalankan oleh Gan (1999) telah mendapati bahawa pelajar yang dikaji menunjukkan minat terhadap cara pembelajaran kaedah berkumpulan dan ini telah meningkatkan pencapaian mereka sendiri. 2.2.2 DAPATAN KAJIAN-KAJIAN LUAR NEGARA Dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan interaksi di dalam bilik darjah tidak dilakukan secara berasingan sebaliknya dilakukan bersam-sama dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran ( Allwright & Bailey 1991). Untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih efektif tidak hanya melibatkan interaksi yang baik bahkan ianya juga amat menitikberatkan tentang kaedah pembelajaran yang digunakan. Menurut David W. Johnson & Roger T. Johnson (1989) dalam bukuya, Cooperative & Competition Theory & Research telah telah membuat kesimpulan berdasarkan kepada beberapa kajian bahawa pembelajaran yang mengunakan kaedah kooperatif ini merupakan pembelajaran yang memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Kejayaan yang dicapai oleh pelajarnya akan mempengaruhi minat, sikap dan daya usaha mereka untuk menguasai sesuatu. Ini juga disokong oleh kajian Campbell (2001). Beliau telah melakukan kajian ke atas kelas yang menjalankan proses penggajaran dengan menggunakan kaedah

koperatif dan tradisional. Berdasarkan kajian beliau, kelas yang menerima pembelajaran koperatif telah mendapat skor yang tinggi dibandingkan dengan tradisional. Menerusi kajian beliau juga, kaedah pembelajaran koperatif ini juga menggalakkan kemahiran sosial dalam kalangan pelajar. Menurut Slavin (1995) kaedah pembelajaran secara kooperatif ini sesuai digunakan bagi semua peringkat pengajian termasuk sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi. Kaedah kooperatif ini juga sesuai digunapakai bagi semua jenis subjek. Kajian yang dijalankan beliau telah membuktikan bahawa pembelajaran menggunakan kaedah kooperatif ini dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif kepada pelajar tidak kira dari segi minat mahupun pencapaian penguasaan pelajar dalam sesuatu topik matematik. Namun begitu, menurut John Tingle dan Ron Good (1990), mereka telah mendapati bahawa tiada perbezaan yang ketara terhadap pelajar yang menajalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif berbanding dengan pelajar yang belajar hanya secara individu sahaja.

2.3

KESIMPULAN

Bab ini telah membincangkan tentang pembelajaran kooperatif model STAD secara lebih mendalam dan terperinci. Berdasarkan kajian-kajian lepas, bab ini telah menjelaskan secara umum tentang dapatan ataupun hasil kajian yang

dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini di Malaysia mahupun luar negara tentang pembelajaran kooperatif serta interaksi dalam bilik darjah. Selain itu, interaksi yang berkesan di antara guru dan pelajar turut mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek matematik. Berdasarkan kajian lepas, jelas menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif banyak memberikan kesan yang positif kepada belajar. Di samping itu, sikap pelajar terhadap subjek matematik juga dapat diubah menjadi suatu pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran kooperatif ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami serta mengukuhkan lagi kemahiran dalam subjek matematik. Ini sekaligus telah dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar. Kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran kooperatif memberikan kebaikan kepada pelajar.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar Tingkatan 1 seramai 30 orang pelajar. Kajian

ini menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif dan bertujuan untuk menguji pencapaian prestasi pelajar, minat dan tahap motivasi pelajar, dan juga penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas pembelajaran kooperatif dijalankan. Kaedah penyelidikan yang akan digunakan ialah soal selidik dan juga ujian. Bab ini akan menerangkan tentang perkara-perkara berikut: a) Rekabentuk kajian b) Sampel kajian c) Instrumen Kajian d) Prosedur pengumpulan data e) Prosedur analisis data

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Kajian ini akan dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan model Kemmis & McTaggart (1988) berikut: Langkah 1 : Merefleksi Pengkaji merakam video suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan guru seperti kaedah tradisional. Berdasarkan video yang dirakam, pengkaji membuat refleksi tentang masalah kelas yang kurang interaksi di antara guru dan pelajar mahupun pelajar dengan pelajar. Langkah 2 : Merancang

Pengkaji merancang untuk menjalankan pembelajaran koperatif jenis STAD yang bertujuan untuk meningkatkan lagi interaksi semua pihak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Pengkaji merancang waktu, pembahagian kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan. Langkah 3 : Bertindak Pengkaji menjalankan pembelajaran koperatif jenis STAD selama 3 minggu berturut-turut. Pengkaji juga merakamkan video semasa sesi pembelajaran koperatif ini dijalankan. Sebelum kajian dijalankan, pengkaji menemuramah 3 orang pelajar untuk mendapatkan pandangan tentang sesi pengajaran yang berlangsung. Selepas 3 minggu, pengkaji menemubual 3 orang responden dan memberikan borang soal selidik kepada 30 orang pelajar yang terlibat dalam pembelajaran koperatif bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang pembelajaran koperatif.

Langkah 4 : Memerhati Berdasarkan video yang dirakam, pengkaji membuat pemerhatian dan pembandingan terhadap kadar interaksi yang berlangsung di dalam kelas semasa menggunakan kaedah tradisional dan juga semasa menggunakan pembelajaran koperatif. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap bagaimana pelajar-pelajar itu menjalankan sesi pembelajaran. Adakah terdapat perbezaan ataupun sebaliknya?

3.3

SAMPEL KAJIAN Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah

Kebangsaan Mudzaffar Shah, Simpang Empat, Semanggol, Perak Darul Ridzuan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 1. Kajian ini akan dijalankan ke atas kumpulan eksperimen ini yang menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan, keadaaan pelajar, jadual waktu dan lain-lain maklumat belum diketahui oleh pengkaji. Pengkaji bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan atau perubahan yang bakal berlaku. 3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, 19 instrumen kajian yang akan digunakan untuk menilai dan menganalis tentang kajian ini ialah: i) ii) iii) Soalan temu bual Borang soal selidik Pemerhatian terhadap Interaksi pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Soalan temu bual adalah bertujuan untuk mengenal pasti reaksi pelajar terhadap interaksi yang berlangsung dalam bilik darjah apabila menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam skala yang kecil. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang pembelajaran kooperatif yang dijalankan. Video semasa dan sebelum pembelajaran koperatif digunakan untuk menilai kadar interaksi pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

3.5

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Satu kumpulan pelajar akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah tradisional. Pengkaji menemubual 3 orang pelajar berkenaan dengan kaedah pengajaran yang berlangsung. Selepas itu, pengkaji menjalankan pembelajaran koperatif jenis STAD ke atas kumpulan pelajar yang sama. Semasa kedua-dua sesi ini berlangsung, pengkaji membuat pemerhatian menggunakan video yang dirakam terhadap interaksi pelajar sebelum dan selepas menjalankan pembelajaran koperatif jenis STAD. Pengkaji menebual 3 orang yang sama untuk mendapatkan reaksi bagaimana mereka menjalankan sesi pengajaran. Borang soal selidik diedarkan pada akhir kajian untuk mendapatkan pendapat pelajar tentang pembelajaran koperatif yang dijalankan. Proses pengumpulan data secara keseluruhannya bagi kajian ini ialah menggunakan Likert-Scale, temubual dan juga pemerhatian.

3.6

PROSEDUR ANALISIS DATA

1) Pemerhatian Data yang digunakan di dalam kajian ini dianalisis melalui pemerhatian pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji membuat pemerhatian terhadap bagaimana interaksi pelajar di dalam bilik darjah. Pemerhatian adalah berdasarkan sikap, respon, penglibatan dan kesungguhan pelajar di dalam bilik darjah.

2) Soal Selidik Data juga diperolehi melalui boring soal selidik yang dijalankan untuk mendapatkan pandangan pelajar tentang pembelajaran koperatif. Soal selidik ini juga dijadikan sebagai hasil dapatan. 3) Temu bual Pengkaji menjalankan temu bual ke atas 3 orang pelajar dengan data yang diperoleh dinalisis menggunakan perbandingan sebelum dan selepas menjalankan pembelajaran koperatif jenis STAD. 4) Video Pengkaji menganalisis data melaui rakaman video pengajaran yang dijalankan sebelum dan semasa pembelajaran koperatif dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai