Anda di halaman 1dari 5

STORYBOARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(KPD3026-K.KINABALU) BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 Langkah 1 1.

Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti. Contoh : Tangan, dahi, mulut, hidung, jari, leher, badan, mata perut, kaki.

MATA HIDUNG MULUT

DAHI JARI TANGAN

LEHER PERUT

BADAN

KAKI

2. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas.

Langkah 2

1. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan. Contoh :

tangan leher mata dahi hidung perut mulut badan kaki jari

2. Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan bimbingan guru. 3. Murid mengecam perkataan yang didengari lalu menyentuh bahagian yang betul pada tubuh badan masing-masing.

Langkah 3 1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan.

2. Murid diminta mengeja dan mambaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.

3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul.

tangan

kaki

sabun

sikat

Langkah 4 1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.

tangan

kaki

sabun

sikat

2. Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulanginya. 3. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

4. Murid mengelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada lembaran kerja yang diberi.

Langkah 5 1. Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.
Razak budak yang sihat. Dia selalu menjaga kebersihan diri. Setiap hari dia mandi tiga kali sehari. Dia mandi menggunakan sabun supaya badannya bersih. Razak menggosok badannya untuk menghilangkan daki. Selepas mandi, Razak mengelap badannya supaya kering. Dia menyapu bedak untuk menyegarkan badannya. Dia juga sentiasa berpakaian bersih. Razak sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir. 3. Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan. 4. Murid menyebut semula makna perkataan yang dihitamkan. 5. Murid mamadankan perkataan dengan makna yang diberi secara menaip atau klik dan seret MS Word perkataan.

Penaksiran 1. Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

tangan leher mata dahi hidung perut mulut badan kaki jari
2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul.

Pemulihan

1. Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan.

tan gan

ka ki

sa bun

si kat

2. Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengeja serta menyebut perkataan tersebut.

Pengayaan 1. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan. 2. Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna.

3. Murid menyebut frasa yang telah dibina.

Anda mungkin juga menyukai