Anda di halaman 1dari 3

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT (SET 11)

TUGASAN INDIVIDU 2: PERBINCANGAN ISU PENDIDIKAN


PENSYARAH: DR ROSLI BIN HASSAN
NAMA PELAJAR: ADZFA HANANIE BINTI KERISIM (P128793)
Soalan 1: Sejauhmana ko-kurikulum di sekolah boleh dijadikan platform untuk
meningkatkan modal sosial

Penglibatan secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dapat menjadi platform untuk
meningkatkan modal sosial pelajar dan guru. Dimana, peranan guru yang aktif dalam
membimbing aktiviti ko-kurikulum membantu pelajar untuk turut aktif dalam ko-kurikulum
dan secara tidak langsung dapat meningkatkan modal sosial. Terdapat tiga jenis aktiviti ko-
kurikulum di sekolah iaitu persatuan, unit beruniform, dan permainan dan olahraga. Secara
umumnya setiap pelajar harus melibatkan diri dalam setiap jenis ko-kurikulum tersebut. Jika
seorang pelajar itu, menyandang jawatan dalam mana-mana persatuan secara tidak langsung
akan dapat mengasah bakat kepimpinan pelajar tersebut.
Selain itu, aspek kerjasama dalam kumpulan dapat diterapkan seperti menyelesaikan
masalah melalui perbincangan. Tambahan aktiviti ko-kurikulum dapat mendisiplinkan pelajar
contohnya, dalam pertandingan kawad kaki yang memerlukan keseragaman dan gerakan
tertentu sekaligus melatih kepekaan pelajar terhadap arahan. Seterusnya, ko-kurikulum dapat
menguji aspek komunikasi pelajar semasa aktiviti dalam kumpulan dan menambah kenalan.
Tambahan, Menurut Putnam (2000), terdapat tiga jenis modal sosial iaitu bonding
social capital, bridging social capital dan linking social capital yang dapat menerapkan jenis
modal sosial dalam diri pelajar dan guru. Contohnya, jika sebelum pelajar mengikuti aktiviti
ko-kurikulum kenalannya hanya terdiri daripada kawan rapat. Tetapi apabila melibatkan diri
dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah pelajar tersebut akan dapat membina hubungan
dengan orang yang lebih ramai seperti menambah kenalan pelajar dari kelas lain yang
mungkin terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Tambahan dari aspek lingking social
capital pula contohnya hubungan pelajar tingkatan satu dan tingkatan lima yang mempunyai
jawatan dalam persatuan.
Jelaslah ko-kurikulum di sekolah boleh dijadikan platform untuk meningkatkan modal
sosial. Dimana pengalaman yang diperoleh oleh pelajar semasa aktiviti ko-kurikulum atau
pembelajaran di luar bilik darjah dapat membantu pelajar meningkatkan modal sosial mereka
yang akan berguna pada masa akan datang. Contohnya, dapat mengasah bakat, memupuk
sikap kepimpinan, komunikasi, sikap bekerjasama, kemampuan mendengar dan menerima
pendapat. Begitu juga dengan penglibatan guru sebagai pembimbing dalam aktiviti ko-
GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT (SET 11)
TUGASAN INDIVIDU 2: PERBINCANGAN ISU PENDIDIKAN
kurikulum secara tidak langsung dapat meningkatkan profesionalisme perguruan dan modal
sosial seorang guru.
Soalan 2: Isu pembangunan pendidikan negara (Infrastruktur persekolahan)

Infrastruktur adalah keperluan konteks dalam keseluruhan sistem pendidikan yang membantu
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Walaupun demikian, terdapat juga isu
pembangunan pendidikan negara dari segi infrastruktur persekolahan.
Isu infrastruktur persekolahan yang pertama ialah, dari segi kemudahan makmal
komputer. Terdapat sekolah yang langsung tidak mempunyai kemudahan makmal komputer
terutamanya sekolah yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. Manakala, bagi
sekolah di kawasan bandar, terdapat prasarana makmal komputer yang tidak lengkap dan
terdapat peralatan yang telah lama dan tidak sesuai digunakan pada masa kini.
Selain itu, terdapat sekolah yang menghadapi masalah infrastruktur komunikasi iaitu
rangkaian internet yang lemah. Hal ini menyebabkan pengaplikasian pembelajaran digital
tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. Kesannya, teknologi tidak dapat dimanfaatkan
contohnya, pendedahan bahan pembelajaran digital melibatkan elemen multimedia serta
elemen gamifikasi contohnya melalui Kahoot dan Quizizz yang sememangnya memberi nilai
tambah kepada pembelajaran pelajar tidak dapat dilaksanakan.
Seterusnya, isu infrastruktur persekolahan seperti sekolah daif. Sebagai contoh,
bangunan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tansau, Putatan Sabah berdepan masalah
bangunan sekolah daif dan uzur. Menurut Izwan (2023), satu blok bangunan konkrit dua
tingkat di sekolah tersebut menempatkan kelas murid diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan
Kerja Raya pada tahun 2015 dan 2022. Bagi sekolah di kawasan bandar mengalami masalah
jumlah kelas tidak dapat menampung jumlah murid. Hal ini menyebabkan murid terpaksa
dipindahkan ke sekolah lain.
Akhir sekali, isu infrastruktur persekolahan ialah dari segi kemudahan jalan raya.
Sekolah di kawasan bandar berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas. Hal ini
memberi impak kepada kehadiran pelajar dan guru ke sekolah. Manakala, masalah jalan
perhubungan yang terdapat di kawasan luar bandar seperti di Sekolah Kebangsaan Nanga
Kian Balleh Kapit, Sarawak ialah murid-murid terpaksa menggunakan perahu atau sampan
untuk ke sekolah. Hal ini memberi isu kepada keselamatan pelajar dan masalah
ketersampaian mereka ke sekolah.
Kesimpulannya, isu infrastruktur persekolahan memberi kesan kepada konsentrasi
pelajar dalam pelajaran. Isu infrastruktur persekolahan ini memberi cabaran kepada Pelan
GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT (SET 11)
TUGASAN INDIVIDU 2: PERBINCANGAN ISU PENDIDIKAN
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 iaitu anjakan pertama dan anjakan
ketujuh. Namun isu pembangunan ini masih dapat diperbaiki dengan kerjasama semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai