Anda di halaman 1dari 8

EEA7032- KOHORT 8 (A212)

ULANGKAJI UNIT 1-4

SOALAN UNIT 1
a) Huraikan maksud sosiologi dalam pendidikan.
b) Huraikan kepentingan sosiologi dalam bidang pendidikan.

SOALAN UNIT 2
Sekolah berfungsi sebagai sarana untuk bersosialisasi antara team pengajar
dan anak didik. Dengan kata lain, sekolah merupakan tempat sosialisasi,
wadah untuk menimba ilmu bagi si anak, serta merupakan agen perubahan
bagi masyarakat. Berikan pendapat anda.

SOALAN UNIT 3
a) Berikan 1 fungsi tersurat dan 1 fungsi tersirat dalam teori fungsionalisme
beserta contoh.
b) Huraikan 1 kepentingan teori interaksionisme dalam pendidikan.
c) Huraikan 1 kepentingan teori konflik dalam Pendidikan.

SOALAN UNIT 4
a) Apakah program trasnformasi sekolah 2025. Huraikan secara ringkas.

Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

JAWAPAN ULANGKAJI UNIT 1-4

SOALAN UNIT 1
a) Huraikan maksud sosiologi dalam pendidikan.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1985), Sosiologi Pendidikan ialah sains
sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan
dalam sesebuah masyarakat. Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat
kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Kajian yang dibuat adalah
mengenai bangsa, kelas sosial dan beberapa petunjuk sosial yang lain contoh
seperti agama, jantina dan lain-lain yang berupaya mempengaruhi pencapaian
pelajar di sekolah. Sosiologi pendidikan lahir daripada penyatuan di antara
sosiologi dan pendidikan. Bidang sosiologi pendidikan berkembang secara
berasingan oleh para pendidik dan ahli sosiologi.

b) Huraikan kepentingan sosiologi dalam bidang pendidikan.


Antara kepentingan Sosiologi Pendidikan ialah pertamanya untuk
mengkaji bagaimana pendidikan dapat digunakan untuk membantu individu-
individu dan masyarakat. Wujudnya sekolah adalah atas desakan masyarakat,
sosial, keperluan ekonomi dan negara. Sekolah merupakan institusi yang amat
penting kerana tanpa sekolah masyarakat akan menjadi mundur dan buta
huruf. Setiap lapisan masyarakat berhak mendapat pendidikan. Di Brunei,
sekolah Melayu sudah lama ditubuhkan semenjak tahun 1912 lagi, diikuti
pula dengan tertubuhnya sekolah Inggeris bukan kerajaan pada tahun 1931
atas desakan masyarakat Cina di Seria sehinggalah pada tahun 1951 barulah
kerajaan menubuhkan sekolah Inggeris.
Kedua, Sosiologi dalam Pendidikan dapat memberi gambaran yang jelas
kepada semua pihak yang terlibat mengenai organisasi sekolah dan
persekitarannya. Konsep yang digunapakai adalah imaginasi sosiologi. Mills
(1959) memperkenalkan konsep imaginasi sosiologikal yang bermaksud
menyedari perhubungan antara individu, pengalaman dan masyarakat. Ia
tidak boleh dianggap khayalan. Ia berkaitan dengan kebolehan kita dalam
meletakkan diri dalam konteks struktur sosial. Dengan kata lain, kita
menggunakan imaginasi sosiologi untuk memahami kedudukan diri kita dan
juga kedudukan orang lain dalam masyarakat. Dalam setiap sekolah wujud
ahlinya sendiri yang terdiri daripada guru besar selaku pentadbir sekolah,
pelajar dan guru-guru serta kakitangan. Setiap ahli ini memainkan peranan
masing-masing berdasarkan konsep imaginasi sosiologi dalam mewujudkan
suatu aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran.

Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

Ketiga, Sosiologi dalam Pendidikan juga dilihat mampu meningkatkan


penguasaan konsep dan kemahiran para pendidik untuk berhadapan dengan
para pelajar yang mempunyai latar belakang yang berlainan seperti berbeza
dari segi jantina, etnik dan kelas sosial. Kajian tentang masyarakat yang
dijalankan dalam bidang sosiologi sangat bermanfaat dalam bidang
pendidikan. Seperti yang diketahui, tingkah laku seseorang sangat
dipengaruhi oleh pengalaman sekelilingnya. Oleh itu, hasil maklumat tentang
sosio ekonomi, budaya dan adat resam sesuatu kelompok boleh diadaptasi
oleh pendidik sewaktu mengajar di sekolah. Pendidik akan lebih memahami
golongan pelajar di kawasan sekolahnya dan menterjemahkan tingkah laku
pelajar yang dipengaruhi budaya setempat. Masalah-masalah yang timbul
sewaktu proses pendidikan berlangsung akan dapat diatasi melalui
pemahaman pendidik terhadap masyarakat setempat. Pendidik dapat
menganalisis pelajar dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan
tingkahlaku tertentu pelajar sewaktu mendidik. Ini akan menghasilkan sebuah
proses pendidikan yang lebih efektif.
Keempat, Sosiologi dalam Pendidkan adalah penting untuk menguasai
bentuk-bentuk interaksi murid dalam bilik darjah yang seterusnya membantu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melaksanakan
hubungan atau interaksi dalam bilik darjah melalui pengajaran dan kerja
projek.

Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

SOALAN UNIT 2
Sekolah berfungsi sebagai sarana untuk bersosialisasi antara team pengajar
dan anak didik. Dengan kata lain, sekolah merupakan tempat sosialisasi,
wadah untuk menimba ilmu bagi si anak, serta merupakan agen perubahan
bagi masyarakat. Berikan pendapat anda.

Sekolah merupakan media sosialisasi yang lebih luas dari keluarga.


Sekolah mempunyai potensi yang pengaruhnya cukup besar dalam
pembentukan sikap dan perilaku seorang anak, serta mempersiapkannya
untuk penguasaan peranan-peranan baru di kemudian hari di kala anak atau
orang tidak lagi menggantungkan hidupnya pada orang tua atau keluarganya.
Sekolah adalah tempat persinggahan antara keluarga dengan masyarakat.
Dalam sekolah diajarkan lebih luas tentang baik buruk, tentang nilai-nilai dan
norma-norma yang ada di masyarakat yang sebelumnya teleh dikenalkan
dalam pendidikan informal di dalam keluarga. Dalam sekolah individu dilatih
untuk mempraktekan hal-hal yang telah ia pelajari dalam keluarga dan
sekolah itu sendiri. Dengan kata lain nilai-nilai dan norma social yang berlaku
di masyarakat dan telah dipelajari di keluarga dan sekolah telah diterapkan
sebagai latihan sebelum secara penuh terjun dan berperan dalam masyarakat.
Sekolah memegang peranan penting dalam sosialisasi, walaupun
sekolah hanya salah satu lembaga yang bertanggung jawab atas pendidikan
seorang anak. Anak mengalami perubahan perilaku sosialnya setelah ia
masuk sekolah. Di keluarga ia hanya bergaul atau berinteraksi dengan
anggota keluarga lain atau dengan tetangga dekat yang jumlahnya terbatas.
Selain itu keluarga bercorak informal sehinnga banyak tindakan yang
diizinkan menurut Suasana di dalam keluarga. Anak tersebut mengalami
perubahan suasana yang drastic. Ia bukan lagi seorang anak istimewa yang
selalu menjadi prioritas namun hanya sebagian murid diantara murid lainnya.
Ia mulai berinteraksi dengan lingkungan yang lebih luas yang dibawa oleh
murid lain, yang kadang kala sangat berbeda dengan lingkungan dimana ia
tinggal. Sehingga ia harus menyesuaikan dirinya dengan lingkungan baru
yang ia temui tersebut dan terbetuklah identitas dirinya yang sesuai dengan
lingkungan baru tersebut. Pada masyarakat tradisional yang masih sangat
sederhana (primitif ) keluarga merupakan lembaga paling dominan dalam
proses sosialisasi. Tetapi pada masyarakat modern fungsi menyosialisasikan
anak diganti oleh lembaga formal yang disebut sekolah.

Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

SOALAN UNIT 3
a) Berikan 1 fungsi tersurat dan 1 fungsi tersirat dalam teori fungsionalisme
beserta contoh.
Fungsi tersurat-
Sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktviti
masyarakatatau sosial tertentu.
Contoh- Tugas guru atau sekolah yang dirancang untuk memberi pengajaran.
Contohnya, giuru menyediakan rancangan pengajaran harian sebelum
bermulanya suatu sesi pembelajaran

Fungsi tersirat-
Sesuatu yang tidak dirancang atau tidak disedari.
Contoh- Murid pada waktu rehat tidak berkeliaran tetapi mengisi masa mereka
dengan perkara yang berfaedah seperti membca buku di perpustakaan

b) Huraikan 1 kepentingan teori interaksionisme dalam pendidikan.


Teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik yang terlalu
bergantung kepada manusia secara keseluruhan dan didasari oleh sistem
sosial. Teori interaksionisme beranggapan bahawa manusia bukanlah
makhluk yang pasif dan memerlukan interaksi sosial untuk membentuk
sebuah realiti. Teori ini berfokuskan penelitian makna-makna yang dibentuk
oleh masyarakat seperti antara guru dan pelajar. Antar kepentingan teori
interaksionisme ialah guru dapat memotivasikan pelajar supaya timbul minat
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi
untuk belajar (Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa
setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai
kesempurnaan dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan
ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-
murid belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif
dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid
dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis
aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika
berada dalam bilik darjah tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban
apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek
perkembangan diri setiap murid dengan memastikan keperluan asas wujud

Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru perlu
mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut
selesa atau tidak.
Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid
untuk memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik
darjah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers
bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan
matapelajaran adalah relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu
memberi ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan potensi mereka
ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini, guru boleh memberikan peluang
kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang mereka mahukan sesuai
dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami sesuatu pelajaran
sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara tersebut.
Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan
sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak
langsung minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan
murid itu mudah menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh
gurunya.Pembelajaran melalui proses kebebasan dapat memberi peluang
kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri
sendiri.

c) Huraikan 1 kepentingan teori konflik dalam Pendidikan.


Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik
dengan pendidikan. Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah
untuk mendidik pelajartentang status budaya. Hubungan di antara kuasa dan
kepentingan akan menimbulkan konflikdi antara individu dan kumpulan, ia
akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakattersebut. Beliau
juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana
status budayanya di perkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala
“orang luar” berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di
sekolah.
Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap, tingkah
laku,kemahiran,intelektual dansosialisasi. Mengikut ahli yang mengkaji teori
konflik jawatan berstatus tinggi dalam masyarakat akandikuasai oleh mereka
yang berasal daripada keluarga sosioekonominya tinggi manakala jawatan
berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada keluarga
yang tahap ekonominya rendah. Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya
pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat. Susun lapis ini wujud
mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga mereka. Randal Collins (Collins,
Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

1971) fokus kepada masyarakat hari ini yang mementingkan “credential” iaitu
satu alat pengukur untuk mencapai kedudukan tinggi dalammasyarakat.
Mereka yang datang daripada keluarga yang berpengaruh pasti akan
menikmatikeistimewaan ini untuk mendapat jawatan tinggi dalam
masysarakat. Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.
Contohnya guru diarahmelakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang
sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbulah konflik di
antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang diarah.Manakala bagi
pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-
kanak.Merekamasih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus
dalam jiwa kanak-kanak hariini telah membuat mereka terpaksa menerima
tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan sebagai pemalas dan lembap.
Teori konflik ini juga melibatkan ketegangan yang berlaku antara
individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat bagi
memperoleh kepentingan yang diingini. Max Weber adalah individu yang telah
mengaitkan teori konflik dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa
fungsi utama sekolah ialah mendidik pelajar tentang status budaya.
Penglibatan kuasa dan kepentingan mewujudkan konflik antara individu dan
kumpulan maka mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat
tersebut. Contohnya, para guru perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran dan
pada masa yang sama juga mesti melakukan tugas mengajar. Dari segi
perspektif pelajar pula mereka perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang
kerana tekanan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya. Oleh
itu, timbullah konflik kerana anak tersebut perlu sering mengulang kaji
pelajaran dan mengurangkan sesi bermain.

Selain itu, perspektif konflik dalam pendidikan moden lebih memberi


perhatian kepada masalah-masalah pendidikan dalam masyarakat moden.
Namun terdapat persamaan diantara teori konflik dengan fungsionalisme iaitu
pendidikan adalah sebagai alat untuk mencapai tujuan-tujuan ekonomi
masyarakat. Teori konflik menjelaskan bahawa pendidikan berfungsi untuk
memenuhi kehendak ekonomi dan pendidikan juga dianggap sebagai
superstruktur yang diguna oleh system kapitalis iaitupihak yang dominan
ialah mereka yang berkedudukan tinggi. Contoh, orang yang berkedudukan
tinggi atau bangsawan akan menghantar anak mereka ke sekolah-
sekolahswasta di mana kelulusan mereka telah pun terjamin. Berlainan
dengan anak-anak darigolongan yang miskin, mereka perlu berusaha gigih
untuk mencapai keputusan yang baik.Dan dengan ini wujudnya persoalan-
persoalan persaingan kelas sosial, ketidaksamaan dan ketidakadilan dalam
peluang pendidikan. Contoh, di Malaysia, konflik juga berlaku apabila
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
Contoh jawapan
azurawzaki2022
EEA7032- KOHORT 8 (A212)
ULANGKAJI UNIT 1-4

(PPSMI) dilaksanakan. Ini dikuatkan lagi denganbeberapa kajian daripada


beberapa pensyarah dan institusi pendidikan di Malaysia dan luar negara.

SOALAN UNIT 4
a) Apakah program transformasi sekolah 2025. Huraikan secara ringkas.
Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah
meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) PENGENALAN Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid
dan sekolah berkualiti. Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Objektif TS25 ini ialah a) mengaplikasi konsep dan Amalan PdP Terbaik,
b) membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan, c)
membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid. TS25 ini bermatlamat bagi a) emantapkan
kempimpinan sekolah, b) memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi
peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran, c) mengukuhkan pelibatan
ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid intipati
PPPM.
Oleh yang demikian, hasrat akhir PPPM adalah a) setiap murid dapat
menghasilkan kemenjadian murid berasaskan dokumen standard, pedagogi
dan pentaksiran, b) setiap sekolah akan menjadi sekolah berkualiti yang
berdasarkan kepada persekitaran pembelajaran yang bermakna yang disokong
oleh pemimpin berkesan, guru berkualiti dan sokongan PIBG dan komuniti.
Kesimpulannya, konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran
murid yang aktif lagi bermakna, kepimpinan yang berkualiti serta
berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen
komuniti yang padu.

Contoh jawapan
azurawzaki2022

Anda mungkin juga menyukai