Anda di halaman 1dari 6

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

GGGE5014
KAEDAH MENGAJAR

SESI 2022/2023
SET 10

TUGASAN BERKUMPULAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
SAINS TINGKATAN 1

KUMPULAN 9

NAMA NO. MATRIK


SITI NURANIS NAJIHA BINTI AZHAR P122228
NURUL HAZWANI BINTI HARUN P123791
NUR AISYAH AMIRAH BINTI MOHD AZHAR P124501
NORHAYATIAKHMA BINTI ABDUL RAHIM P122615

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 37 HARI : SELASA TARIKH : 22/9/2022


MATA
Sains
PELAJARAN STRATEGI PdP
TINGKATAN Pembelajaran Berasaskan
1 Budiman
Inkuiri
MASA Pembelajaran Berasaskan
10.30 pagi – 11.30 pagi
Masteri
TAJUK Pembelajaran Berasaskan
Cahaya dan Optik /
Projek
STANDARD Penyerakan Cahaya Tgfu
KANDUNGAN Pendekatan Bersepadu
STANDARD Murid boleh: Pembelajaran Kontekstual /
PEMBELAJARAN Kecerdasan Pelbagai
1. Berkomunikasi mengenai penyerakan cahaya.
KEMAHIRAN ABAD KE-21
2. Menjelaskan dengan contoh penyerakan cahaya dalam
Berdaya Tahan
kehidupan seharian.
Mahir Berkomunikasi /
Pemikir
AKTIVITI Kerja Sepasukan /
Fasa: Aktiviti Pelajar Catatan Bersifat Ingin Tahu
Berprinsip

Permulaan Guru melakukan set induksi BBM: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
– Dengan menunjukkan (KBAT)
(15 Minit) - Gambar
gambar langit waktu siang Mengaplikasi /
- Buku teks
dan waktu senja.
Menganalisis
“Think pair share” Nilai Murni:
- Murid dikehendaki Sains dan Menilai
berbincang dengan Teknologi
pasangan tentang kenapa Mencipta
langit kelihatan seperti dalam
Strategi
gambar rajah tersebut.
Pelajar 1: Waktu siang P&P:
ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
Pelajar 2: Waktu senja - Set induksi
Bahasa Melayu /
- “Think pair Kelestarian Alam Sekitar
Guru menanyakan soalan share” Nili Murni
tentang pandangan murid
Sains Dan Teknologi /
dengan gambar rajah yang
Patriotisme
ditunjukkan.
PENTAKSIRAN
Perkembangan Teknik “scaffolding” BBM: /
Prestasi kemahiran
(30 Minit) - Menayangkan video - Penggunaan Senarai semak
penyerakan cahaya. teknologi rubrik
- Peralatan portfolio
Guru melakukan sesi soal
jawab dan menerangkan eksperimen Penilaian kendiri /
tentang ekperimen yang akan Kertas-pensel
dijalankan. Nilai Murni:
kreativiti dan
Murid duduk dalam inovasi
kumpulan.
- Melakukan eksperimen
Strategi P&P:
penyerakan cahaya
menggunakan bikar, air, - “Scaffolding”
tepung, lampu suluh, kotak - Soal jawab
board putih. - Eksperimen
Penutup Perbentangan BBM:
(15 Minit) - Murid membentang hasil - Buku teks
eksperimen yang dijalankan - Kad traffic light
kepada guru.
- Murid menjelaskan Nilai Murni:
perkaitan eksperimen dengan - Bahasa
kehidupan seharian.
Strategi
Guru mengukur kefahaman P&P:
murid menggunakan aktiviti - Pembentangan
sistem kad “traffic light”. - Sistem “traffic
- Murid diberi 3 kad berwarna light”.
merah, kuning dan hijau.
Merah tanda murid tidak
faham apa yang dipelajari,
kuning tanda murid masih
keliru dengan apa yang
dipelajari dan hijau tanda
murid faham apa yang
dipelajari.
REFLEKSI

36 / 36 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran


dan diberi latihan pengayaan / pengukuhan.
- Latihan pengayaan / pengukuhan seperti latihan berbentuk
nota.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI/KAEDAH PDP.

Kumpulan kami telah merangka satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang bertajuk cahaya
dan optik dimana standard kandungannya penyerakan cahaya. Menurut pandangan kami, kaedah set
induksi dan aktiviti “think pair share” sesuai digunakan pada permulaan bagi menarik minat pelajar.
Manakala pada perkembangan kami menggunakan 3 pendekatan iaitu Teknik “scaffolding”, sesi soal
jawab dan kaedah ekperimen untuk membantu murid lebih memahami tentang pengajaran dan
pembelajaran hari tersebut serta menggunakan kaedah pembentangan dan aktiviti sistem kad “traffic
light” di penutup bagi menilai kefahaman murid.
Fasa permulaan memfokuskan kepada pemerhatian dan analisis serta bertujuan sebagai
pengenalan kepada murid mengenai pelajaran yang akan mereka pelajari pada hari tersebut. Fasa
permulaan amatlah penting kerana disamping memberi pengenalan tajuk kepada murid, melalui fasa ini
juga guru dapat memaklumkan kepada mereka mengenai objektif pembelajaran yang harus dicapai pada
akhir pembelajaran.
Pada fasa ini, saya menggunakan set induksi bagi merangsang minat murid untuk belajar dan
menerbitkan semangat ingin tahu mereka. Set induksi yang kreatif boleh menjadikan murid lebih aktif
untuk aktiviti seterusnya. Set induksi yang kami gunakan adalah dengan menunjukkan gambar langit
waktu siang yang berwarna biru dan waktu senja yang berwarna merah jingga dimana setiap hari mereka
nampak dalam kehidupan seharian. Seterusnya, kami menggunakan pendekatan “think pair share” juga
pada fasa permulaan dimana murid akan dipasang-pasangkan dan diberi masa yang singkat untuk
membincangkan tentang kenapa langit kelihatan seperti dalam gambar. Kemudian kami akan menanya
soalan secara rawak kepada murid apa yang mereka dapat dari perbincangan dan pandangan mereka
tentang gambar tersebut. Dengan cara ini murid dapat melahirkan idea secara spontan melalui pemikiran
yang drastik.
Fasa berikutnya adalah fasa perkembangan. Fasa ini sangat penting dan perlu perancangan
pengajaran yang berkesan agar murid dapat memahami dan menguasai segala ilmu yang diajar oleh
guru serta berupaya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam fasa ini, kami telah menggunakan Teknik “scaffolding” iaitu proses yang dapat membantu
dan membimbing pelajar mengenai tajuk pada hari tersebut. Hal ini dapat dilihat apabila kami
menayangkan video pendek tentang pengenalan penyerakan cahaya. Setelah video habis ditayangkan
saya akan membuat sesi soal jawab dengan murid dimana kaedah soal jawab digunakan. Murid juga
digalakan untuk bertanya dan memberi jawapan yang betul bagi soalan yang diajukan. Jika murid yang
menjawab soalan dengan betul akan mendapat hadiah bagi meningkatkan lagi daya tumpuan dan minat
murid. Seterusnya kami menggunakan kaedah ekperimen dalam fasa ini. Dalam mata pelajaran sains
tidak akan lari dari melakukan ekperimen dan kaedah ini amat digemari oleh murid. Pada tajuk
penyerakkan cahaya murid diberi peluang melakukan ekperimen tersebut dalam kumpulan yang kecil.
Secara langsung, murid dapat memahami apa yang dipelajari melalui ekperimen yang diakukan. Murid
lebih mudah memahami sesuatu perkara jika mereka melakukan dan memerhatinya dengan sendiri.
Fasa yang terakhir adalah fasa penutup dimana guru boleh menilai tahap kefahaman murid
tentang pembelajaran pada hari tersebut dan secara tidak langsung dapat mengetahui tahap
penguasaan murid.
Pada fasa ini, kaedah pembentangan digunakan bagi menilai kefahaman murid. Murid diminta
untuk membentangkan hasil ekperimen yang mereka perolehi serta mengaitkan denga kehidupan
seharian mereka. Dengan ini dapatlah mengetahui bahawa objektif pembelajaran dapat dicapai
sepenuhnya atau tidak. Selain itu, bagi mengetahui tahap kefahaman murid kami juga menggunakan
pendekatan sistem kad “traffic light” dimana murid dibekalkan 3 kad berwarna hijau, kuning dan merah.
Setiap warna kad membawa maksud yang tersendiri sebgai contoh merah membawa makna murid tidak
faham apa yang dipelajari, kuning pula membawa maksud masih terdapat kekeliruan terhadap apa yang
dipelajari dan hijau membawa maksud murid faham apa yang dipelajari dan secara tidak langsung dapat
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai atau tidak.
Kesimpulannya strategi yang kami gunakan bagi setiap fasa ialah lebih terhadap berpusat kepada
bahan. Hal ini ditunjukkan dimana banyak bahan yang digunakan seperti gambar, video, bahan
ekperimen, kad warna dan buku teks. Penggunaan strategi berpusat kepada bahan lebih mudah untuk
menarik minat murid dan secara tidak langsung membantu murid mengingati proses pembelajaran yang
mereka lalui pada hari tersebut.
LAMPIRAN

Lampiran 1: Gambar rajah bagi set induksi

Lampiran 2: Video Penyerakan Cahaya

https://www.youtube.com/watch?v=b5vobPLI0Jg&t=29s
Lampiran 3: Latihan pengukuhan

Anda mungkin juga menyukai