Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGB5023
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

SET / KUMPULAN
SET 2 KUCHING

TUGASAN INDIVIDU
KRITIKAN ARTIKEL

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. ZOLKEPELI BIN HARON

DISEDIAKAN OLEH:
LYDIA ANAK SAWA (P123810)

1.0 Pengenalan
Kajian Tindakan (KT) adalah satu kaedah penyelidikan dalam Pendidikan. Ia melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang
sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Selain itu, KT dalam pendidikan menjadi
satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Jadi, perkara
utama dalam prinsip pelaksanaan KT ialah matlamat untuk memperbaiki amalan seseorang atau
mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati
tentang sesuatu amalan itu. Oleh itu, setiap guru perlu mengenal pasti setiap masalah yang
berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di samping itu, mana-mana masalah
memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik supaya dapat memberi kesan positif terhadap
PdP. Tambahan pula, setiap langkah yang dijalankan oleh guru perlu melibatkan proses dalam
akademik supaya ia dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru yang lain (Arumugham,
2019).

Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan KT sebagai


satu budaya penyelidikan di peringkat sekolah yang membantu guru untuk mengambil tindakan
yang sesuai ataupun relevan. KT merupakan salah satu cara yang telah diperkenalkan untuk
membantu guru mengenali kekurangan yang ada pada mereka serta mencari jalan penyelesaian
yang baik untuk menyelesaikan kekurangan tersebut (Tindowen, Guzman & Macanang, 2019).
Oleh itu, Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk
mempergiatkan amalan KT di kalangan guru. Melalui program ini, pemimpin di sekolah seperti
pengetua ataupun guru besar perlu memastikan setiap guru yang menjalan penyelidikan dalam
KT mendapatkan pencerahan supaya KT dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
penambahbaikan terus dapat dilakukan sepanjang PdP. Menurut Kalai Selvan 2021,
Penambahbaikan dalam PdP merupakan satu usaha berterusan yang akan dilakukan oleh guru
untuk memastikan mutu dan kualiti pengajarannya akan sentiasa bertambah baik.

1.1 Definisi Kajian Tindakan


Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar dalam
kajian Tindakan (Arumugham, 2019). Antaranya adalah seperti berikut:

a) Ebbut (1985) pula mendefinisikan KT sebagai suatu pengkajian yang sistematik oleh
sekumpulan pengkaji terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki
amalan Pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan
atau akibat tindakan tersebut.
b) McNiff (1988) mengatakan bahawa KT sebagai salah satu pendekatan untuk
memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru sedar akan amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan kerjasama daripada guru-guru yang
lain.
c) Somekh (1989) pula mendefinisikan KT sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat
untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing
d) Kember & Gow (1992) pula mentakrifkan KT melibatkan pengkaji untuk mencuba
membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan,
pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.
e) Kemmis (2008) telah mendefinisikan KT sebagai satu bentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan secara kolektif. Ia dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu
situasi sosial yang bertujuan untuk meningkatkan kerasionalan dan keadilan suatu amalan
dalam kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi-definisi daripada beberapa pakar


tersebut dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu kaedah dimana guru
dapat mereflek masalah yang mereka telah hadapi, memungut dan menganalisis data serta
melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang
mereka perolehi. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang
dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri.
1.2 Ciri-ciri Kajian Tindakan

Terdapat tiga ciri penting kajian tindakan yang membezakan daripada penyelidikan yang lain.

Ciri-ciri tersebut adalah:

a) penglibatan pendidik dalam penyelidikan yang dijalankan untuk memperbaiki amalan


pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.
b) dilakukan secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-kumpulan guru yang bersifat
kritis kendiri (self-critical) untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka dengan
menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan mengembangkan
pengetahuan secara serentak.
c) banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri.
d) dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu tinjauan,
perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

1.3 Tujuan Kajian Tindakan

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran, memperbaiki serta
meningkatkan kefahaman terhadap situasi di mana pengajaran dijalankan. Menurut Kalai Selvan
(2019), Kajian Tindakan ialah bertujuan untuk:

a) memupuk kalangan guru membudayakan penyelidikan.


b) membantu guru-guru membuat penambahbaikan PdP di dalam bilik darjah secara
profesional.
c) berkongsi idea-idea baru yang boleh diketengahkan kepada guru-guru lain sama ada di
sekolah sendiri mahupun sekolah lain.
d) menggalakkan guru-guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang amalan-
amalan terbaik profesionalisme mereka.
e) membuat refleksi terhadap amalan-amalan yang terbaik digunakan oleh mereka,
menganalisis kekuatan dan kelemahan peranan mereka, mengambil tindakan dan
membuat pemantauan atas kesan amalan-amalan yang diperkenalkan tersebut.

1.4 Kepentingan Kajian Tindakan


Terdapat berapa kepentingan dalam kajian tindakan iaitu:

a) mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan
pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
b) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan
pencapaian objektif mereka serta memahami, mengubah dan membuat refleksi kendiri.
c) membantu guru untuk meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja
yang aktif dan efektif.
d) Guru lebih memahami persekitaran bilik darjah dan proses pembelajaran.
e) Membantu guru untuk berhadapan dengan pelbagai masalah penyampaian pengajaran.

2.0 Teori & Model yang dirujuk/berkaitan

Pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh beberapa penyelidikan seperti
Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988), Model Kajian Tindakan Lewin (1946),
Model Kajian Tindakan Somekh (1989) dan sebagainya. Dalam beberapa model yang
disenaraikan tadi Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sangat sesuai digunakan
oleh guru dalam PdP. Hal ini kerana, model tersebut menyarankan empat langkah iaitu (Abd
Majid, 2016):

a) Mereflek (Reflect)

Pada peringkat ini, guru ataupun pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu isu
dalam pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Contohnya, isu bagaimana
hendak meningkatkan penglibatan murid yang sama rata di dalam aktiviti secara
berkumpulan. Selalunya, isu ini akan dikenalpasti melalui sesi refleksi ini dan guru akan
mencari jalan penyelesaiannya dengan melalui penyelidikan di peringkat bilik darjah
yang terancang.

b) Merancang (Plan)

Di dalam peringkat ini, guru ataupun pengkaji akan memikirkan cara ataupun
strategi yang terbaik untuk menangani isu tersebut. Kaedah dan strategi yang difikirkan
dan dipilih oleh guru ataupun pengkaji haruslah bersesuaian dengan kemampuan dari segi
masa dan fizikal. Di samping itu, kaedah dan strategi yang dirancang harus harmoni
dengan perjalanan dan objektif P&P di dalam kelas.

c) Bertindak (Action)

Selepas memikirkan perancangan kaedah dan strategi yang bersesuaian, guru


ataupun pengkaji akan melaksanakannya. Perlaksanaan ini akan dijalankan mengikut
seperti yang telah dirancangkan. Namun di dalam pelaksanaan tersebut, berkemungkinan
berlakunya sedikit perubahan terhadap perancangan awal. Hal ini kerana, guru ataupun
pengkaji sentiasa membuat pemerhatian dan akan bertindak balas mengikut hasil
pemerhatian mereka. Justeru, peringkat ini juga berkait rapat dengan peringkat yang
seterusnya.

d) Memerhati (Observe).

Di akhir peringkat ini guru ataupun pengkaji akan membuat pemerhatian


keseluruhan bagi memastikan kesan daripada perlaksanaan perancangan dalam
menangani isu yang telah dikenalpasti. Hasil pemerhatian ini juga merupakan refleksi
guru ataupun pengkaji untuk keperluan kitaran seterusnya di dalam kajian tindakan ini.
guru ataupun pengkaji.

Rajah 2.0 Model Kajian Kemmis & Mc Taggart

3.0 Artikel 1:

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Melalui Teknik 5 Kelopak Bunga Dalam Kalangan
Murid Tingkatan 3.
Penulis Artikel:

Nur Hazafirien Zakaria

SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal,

Pulau Pinang.

3.1 Pengenalan

Tajuk dan hala tuju pada artikel ini dinyatakan oleh pengkaji dengan jelas dan penyataan
berorientasikan tindakan. Tajuk pada artikel ini adalah meningkatkan kemahiran membina ayat
melalui teknik 5 Kelopak Bunga dalam kalangan murid Tingkatan 3. Artikel ini ditulis oleh Nur
Hazafirien Zakaria dari SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Selain itu,
kajian pada artikel ini difokuskan kepada 7 orang murid tingkatan 3 Inovatif yang masih lemah
dan tidak dapat membina ayat dan menulis karangan respons terhad dengan baik. Justeru itu,
Teknik 5 Kelopak Bunga diperkenalkan oleh pengkaji untuk membantu murid dalam membina
ayat serta mengembangkan idea murid dalam menulis karangan respons terhad. Di samping itu, 7
orang murid tingkatan 3 inovatif telah dipilih oleh guru untuk dijadikan peserta kajian. Peserta
kajian dipilih berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, temu bual dan skor ujian yang dibuat oleh
pengkaji.

Berdasarkan artikel ini, pengenalan dijelaskan dengan sangat baik, dimana dalam
pengenalan telah memberi penerangan mengenai latar belakang pendidikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar untuk memperoleh ilmu. Selain itu, KSSM Bahasa Melayu
menekankan tiga aspek kemahiran iaitu mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh
itu, tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memenuhi penguasaan salah satu aspek kemahiran iaitu
kemahiran menulis dalam kalangan murid tingkatan 3. Dalam kemahiran menulis, murid perlu
menguasai kemahiran membina ayat yang dijadikan asas untuk menulis karangan respons terhad
mahupun karangan respons terbuka.

3.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Refleksi merupakan salah satu proses mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui
oleh penulis ataupun pengkaji dan seterusnya membuat penilaian terhadap pengalaman tersebut.
Penulisan refleksi berperanan sebagai mengumpul, mengkategori, dan memunculkan
pengalaman lepas untuk dinilai dan kemudiannya diubah suai berdasarkan pengalaman baru
(Jaafa & Gaik, 2020). Dalam artikel ini, penulis telah menyatakan refleksi dan pembelajaran lalu
dengan jelas tetapi penulis kurang menghuraikan pengalaman PdP yang dilalui oleh pengkaji
berkaitan dengan masalah kajian. Namun begitu, refleksi ini disokong dengan data dimana
pengkaji menyatakan bahawa sebilangan murid hanya menyalin karangan pendek daripada rakan
sekelas atau hanya menyalin maklumat yang diberikan bulat-bulat tanpa menambah kata hubung
atau kata ganti nama diri. Ini berdasarkan pemerhatian dan latihan di dalam kelas yang dilakukan
oleh pengkaji dalam sesi PdP.

3.3 Objektif Kajian

Objektif kajian pada artikel ini selari dengan fokus kajian iaitu untuk meningkatkan
kemahiran murid menulis ayat yang lengkap dan gramatis dalam penulisan karangan respons
terhad dalam kalangan murid tingkatan 3 menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga. Dalam artikel
ini pengkaji telah mengkategorikan kepada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus.
Secara amnya, objektif umum ini bertujuan untuk mengorientasikan minda pembaca tentang apa
yang hendak dikaji (Mohamed Berawi, 2019).
Justeru itu, objektif umum pada kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis
ayat yang gramatis menggunakan teknik 5 Kelopak Bunga dalam kalangan murid tingkatan 3.
Bagi objektif khusus pula, penulis menyenaraikan tiga objektif iaitu meningkatkan kemahiran
murid untuk membina ayat yang mengandungi subjek, objek dan keterangan (ayat gramatis)
menggunakan teknik 5 kelopak bunga, meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran
menulis ayat dengan menggunakan teknik 5 kelopak bunga dalam penulisan karangan respons
terhad dan meningkatkan kemahiran murid mengembangkan ayat dalam penulisan karangan
respons terhad.
Secara keseluruhannya, objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini sangat
relevan dan dapat diukur serta dinyatakan dengan jelas tetapi tidak ada persoalan kajian yang
menyokong untuk membentuk objektif kajian dalam topik seterusnya.

3.4 Intervensi dan penilaian.


Intervensi yang dipilih oleh pengkaji dalam artikel ini adalah Teknik 5 Kelopak Bunga bagi
mengatasi masalah murid yang kurang mahir dalam membina ayat dan menulis karangan respons
terhad. Pada artikel ini pengkaji telah menjalankan teknik ini selama empat minggu dalam sesi
PdP dijalankan.
Di samping itu, pengkaji juga menggunakan Model Penyelidikan Lewin (1946) dan di
adaptasi Laidlaw (1992), yang berkonsepkan satu proses lingkaran yang mengandungi lima
langkah iaitu mengenal pasti amalan, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan
implementasi, mengumpul data dan akhirnya refleksi untuk menjalankan kajian ini (Armugam &
Al, 2021). Model ini dirujuk kerana sesuai digunakan dalam kajian ini dimana ia selari dengan
objektif kajian dan refleksi kajian.
Selain itu, tindakan awal dijalankan oleh pengkaji untuk membuktikan masalah tersebut.
Kaedah yang digunakan adalah temu bual untuk mengumpul data. Menurut Kechot (2015) tujuan
temu bual adalah untuk mendapatkan maklum balas yang sah melalui temu bual yang dijalankan
serta dengan pemerhatian dan ujian diagnostik telah diambil terhadap murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dapatan kajian ini dapat dilihat melalui ujian pra dan
pos, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji.
Di samping itu, pengkaji menerangkan tindakan yang dijalankan dengan menggunakan
Teknik 5 Kelopak Bunga secara terperinci dimana intervensi ini dilaksanakan selama empat
minggu pada sesi PdP. Setiap langkah-langkah yang dijalankan oleh penulis diterangkan dengan
jelas. Misalnya pengkaji menjalankan ujian pra terlebih dahulu dan seterusnya pada hujung
minggu keempat ujian pos di jalankan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 5 Teknik
tersebut dan sesi temu bual juga dijalankan terhadap semua peserta kajian.
Secara keseluruhan intervensi yang dijalankan dalam artikel ini sangat sistematik iaitu
bermula dari tinjauan awal dan menganalisis masalah pelajar sehingga pelaksanaan intervensi
Teknik 5 Kelopak Bunga. Intervensi yang dijalankan berpandukan model yang dipilih oleh
pengkaji.
Rajah 3.4: Model Penyelidikan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)
Sumber: diadaptasi dari Artikel 1

3.5 Cadangan untuk penambahbaikan


Artikel ini telah memberi gambaran yang jelas kepada saya bahawa murid bermasalah
memerlukan satu pendekatan untuk menarik minat mereka untuk belajar. Pelajar bermasalah ini
bukanlah seburuk yang disangka tetapi masalah di sekeliling mereka membuatkan emosi,
tumpuan dan kesediaan mereka untuk menerima ilmu terbatas (Puteh, 2017). Pendekatan
menggunakan Teknik 5 Kelopak Bunga telah memberi kesan yang positif terhadap murid dalam
membina ayat. Sehubungan itu, penggunaan “Teknik 5 Kelopak Bunga” sebagai satu amalan
bagi penambahbaikan kepada guru khususnya dan sebagai langkah untuk mengatasi masalah
seperti yang dinyatakan oleh pengkaji dalam refleksi dan pembelajaran lalu. Oleh itu, kaedah
sebegini dapat dijadikan sebagai salah satu contoh untuk membantu murid dalam menulis
karangan dengan menggunakan kaedah terbaik dan menukar cara pembelajaran mengikut
kesesuaian pelajar, bagi memastikan kejayaan proses PdP (Astro Awani, 2021).
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis dengan baik dan jelas. Sumber yang digunakan
dalam oleh pengaji dari tahun 2010 - 2017. Dari segi susunan ayat serta laras bahasa yang
digunakan dalam perenggan mempunyai kesinambungan serta tiada kesalahan bahasa yang
dikenal pasti. Akhir sekali, kajian ini mempunyai model kajian, objektif kajian, persoalan kajian,
refleksi dan pembelajaran lalu, fokus kajian, sumber rujukan serta tindakan penyelesaian
masalah yang boleh dijadikan panduan dan sokongan dalam menjalankan kajian tindakan pada
masa hadapan. Akhir sekali, artikel ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk pengakaji yang
kan datang.
4.0 Artikel 2:

Penggunaan Kit “TuCan” Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Besar dan Huruf Kecil bagi
Murid Tahun 1.

Penulis Artikel:

Parames Munusamy

SJK(T) Ladang Prye, Pulau Pinang.

4.1 Pengenalan

Artikel ini merangkumi tajuk yang jelas dan ringkas terhadap kajian yang dilakukan serta
berorientasikan tindakan. Fokus utama dalam kajian ini mudah difahami dan mempunyai ciri
tajuk yang baik iaitu Penggunaan Kit “TuCan” meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan
kecil bagi murid Tahun 1 yang ditulis oleh Cikgu Parames Munusamy dari SJK (T) Ladang Prye,
Pulau pinang. Selain itu, Lima orang murid tahun 1 Jeyam yang terdiri daripada tiga orang murid
lelaki dan dua orang murid perempuan dijadikan sebagai subjek kajian. Kelima-lima murid ini
dipilih berdasarkan alat kajian pemerhatian, analisis dokumen dan ujian yang dijalankan ke atas
mereka. Kajian ini memfokuskan kepada kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil
dengan betul.
Selain itu, artikel ini juga merupakan satu kajian yang dapat dirumuskan bahawa
penggunaan Kit “TuCan” sebagai intervensi yang dapat membantu murid tahun 1 untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, Penggunaan Kit “TuCan” mampu mengatasi masalah
tulisan huruf besar dan huruf kecil serta memberi kesan yang baik kepada murid dalam menulis
dengan tulisan cantik dan kemas.
Dari aspek pengenalan penulis telah menjelaskan dengan sangat baik, dimana dalam
pengenalan telah diberitahu bahawa kandungan dalam mata pelajaran bahasa Melayu
merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa seperti lisan, bertutur,
membaca dan menulis yang berteraskan Bahasa Melayu baku. Namun begitu, dalam artikel ini
memfokuskan kemahiran menulis di kalangan murid tahun 1. Di samping itu, dalam pengenalan
juga dihuraikan secara berperingkat iaitu dari fakta umum ke fakta khusus. Seterusnya dari segi
laras bahasa yang digunakan mudah difahami.

4.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu


Dalam artikel ini, penulis telah menyatakan masalah yang dihadapi murid. Antara
masalah yang dikesan pada artikel ini adalah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Oleh itu,
pengkaji telah menulis satu refleksi berdasarkan PdP yang dijalankan sebelum ini. Refleksi pada
artikel ini, dinyatakan dengan jelas dan berdasarkan pengalaman penulis. Secara amnya, Refleksi
ini dapat membantu dalam perkembangan profesionalisme guru (Dervent, 2015, p. 260). Di
samping itu, penulis juga menekankan penggunaan Kit “TuCan” dalam mempelajari kemahiran
menulis dan ini merupakan satu strategi yang berkesan untuk mengatasi masalah dalam kajian.
Menurut Abdullah & Mohamod, 2021, penggunaan strategi yang betul dan sesuai juga dapat
membantu murid membuat penulisan dengan lebih mantap. Pada bahagian menjelaskan beberapa
instrumen seperti soalan temu bual, borang soal selidik dan borang pemerhatian telah digunakan
untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan.

4.3 Objektif kajian

Berdasarkan artikel ini, objektif kajian yang ditulis oleh pengkaji berlandaskan refleksi
pengajaran dan pembelajaran lalu. Objektif kajian adalah intipati kepada tujuan kajian yang
dijalankan untuk menjawab persoalan yang tersenarai dalam persoalan kajian (Mohamed Berawi,
2019).
Objektif kajian dalam artikel ini adalah untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan” dalam
mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu
bagi murid tahun satu dan untuk mengkaji penggunaan Kit “TuCan” dalam peningkatan
kekemasan tulisan huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun. Dari
objektif tersebut timbul dua persoalan kajian pula iaitu adakah penggunaan Kit “TuCan”
mengatasi masalah kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu
bagi murid tahun 1 dan adakah penggunaan Kit “TuCan” meningkatkan kekemasan tulisan huruf
besar dan huruf kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun 1.
Berdasarkan artikel tersebut objektif kajian dan persoalan kajian yang dipilih bersesuai
dengan tajuk kajian dan berdasarkan refleksi dan pembelajaran lalu yang dinyatakan dengan jelas
dan merujuk kepada tujuan melaksanakan kajian ini dijalankan iaitu untuk mengenalpasti
keberkesanan kit “TuCan” dalam meningkatkan kemahiran menulis bentuk huruf besar dan huruf
kecil dalam Bahasa Melayu bagi murid tahun satu.

4.4 Intervensi dan penilaian.


Berdasarkan artikel ini, kit “TuCan” digunakan sebagai intervensi sepanjang kajian ini
dijalankan. Intervensi yang dipilih berdasarkan permasalahan kajian. Menurut Ali & Sahal
(2016), Dengan memberikan intervensi yang bersesuaian kepada murid bermasalah pembelajaran
diharapkan dapat membantu meningkatkan daya tumpuan mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya adalah Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart (1988) yang dirujuk
oleh pengkaji. Selain itu, Model ini bersesuaian dengan objektif kajian serta langkah yang
diambil oleh pengkaji dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan membuat
refleksi peringkat awal (tinjauan awal), merancang aktiviti dan bertindak menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat refleksi selepas setiap aktiviti
yang dijalankan. Pencapaian pelajar dianalisiskan melalui ujian pra dan ujian pos (Wei et al.,
2021). Bagi pelaksanaan kajian pula, pengkaji menggunakan tiga kaedah iaitu analisi dokumen,
pemerhatian dan ujian untuk memastikan data yang dikumpul mencukupi dan sebagai bukti serta
sokongan dalam menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.
Oleh itu, Model kajian ini pilih oleh pengkaji adalah berdasarkan objektif yang ingin
dicapai dalam kajian ini. Dari segi pengumpulan data, penulis telah menggunkan tiga kaedah
iaitu kaedah analisa dokumen, pemerhatian dan ujian untuk memastikan data yang dikumpul
mencukupi dan menyeluruh serta berupaya memberi bukti dan sokongan dalam menjawab
soalan-soalan kajian tindakan ini.
Rajah 4.4: Model Kemmis & McTaggart (1988)
Sumber: diadaptasi dari Artikel 2.

4.5 Cadangan untuk penambahbaikan


Pada bahagian ini, pengkaji menjelaskan bahawa kit “TuCan” boleh diterapkan unsur
Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK). Menurut Kaware & Sain, 2015, Teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) adalah gabungan peranti dan sumber teknologi yang digunakan untuk
memanipulasi dan menjalinkan informasi. Justeru itu, penggunaan TMK dalam PdP merupakan
satu idea yang sangat bagus dan relevan. Dimana penggunaan teknologi sebegini dapat dijadikan
manfaat oleh semua murid tanpa mengira umur dan digunakan di mana-mana sahaja tanpa talian
internet.
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis dengan baik dan mudah difahami. Mempunyai
kesinambungan di antara susunan ayat dan tiada kesalahan dikenal pasti tetapi rujukan yang
digunakan untuk menyokong isi ataupun idea masih belum mencukupi. Model yang digunakan
bersesuai dengan objektif kajian objektif kajian, persoalan kajian dan dapat dijadikan sebagai
panduan dan sokongan dalam menjalankan kajian tindakan pada masa hadapan. Akhir sekali,
artikel ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk pengakaji yang kan datang.
5.0 Kesimpulan

Berdasarkan kedua-dua artikel tersebut dapat disimpulkan bahawa menggunakan kaedah


yang baru mampu menyelesaikan masalah pelajar ataupun masalah dalam PdP. Setiap
penyelesaian memerlukan proses iaitu bermula dari membuat refleksi terhadap pembelajaran
lalu, setelah itu baru membuat tinjauan awal mengenai masalah tersebut. Seterusnya, merancang
apa strategi untuk mengatasi masalah dengan menggunaan beberapa pendekatan ataupun
menggunakan model yang sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam menganangi masalah
di dalam kelas ataupun dlm PdP. Selain itu, apa-apa kaedah haruslah bersesuai dengan objektif
kajian, persoalan kajian, fokus kajian dan begitu juga dengan peserta kajian atupun kumpulan
sasaran. Dari segi penulisan kedua-dua artikel, pengkaji menjelaskan kajian dengan terperinci.
Setiap susunan ayat serta isi dalam perenggan mempunyai kesinambungan dan berorentasikan
kajian.
Secara keseluruhan, kajian tindakan ini adalah salah satu penglibatan pengkaji dalam
proses penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu, ia
menggalakkan pengkaji untuk mencari jalan penyelesaian masalah bagi amalan harian dengan
membuat refleksi untuk mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa
pembaharuan dan kemajuan. Selain itu, peranan pengkaji dalam kajian tindakan ini adalah
sebagai penyelidik dimana guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam PdP di
dalam kelas setelah itu menjalankan tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
Dalam hal ini guru diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam kelas yang boleh
meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam pendidikan. Oleh itu, kajian tindakan ini perlu
dijalankan oleh guru supaya guru dapat mengenalpasti masalah PdP dan mencari jalan
penyelesaian terhadap permasalah tersebut.
Rujukan

Abdullah, S. Y. H. H., & Mahamod, Z. (2021). KEBERKESANAN TEKNIK (SIAPA,


AKTIVITI, MENGAPA)" SAM" DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN
PENULISAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN 3 DI SJKC DAERAH HULU
LANGAT.

Ali, M. M., & Sahal, N. (2016). Intervensi meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran murid
bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 1-6.

Arumugham, K. S. (2019). Kajian Tindakan: Kearah Amalan PdPc Berkesan. In Seminar


Pendidikan Negeri Kedah Darulaman 5p.

Armugam, S., & Ali, S. R. (2021). Use of Representations through “Multiplication Drawer” to
Improve Students Ability in Mastering Multiplication Concepts and Basic Facts:
Penggunaan Perwakilan melalui “Laci Darab” untuk Membantu Murid Tahun Dua
Memahami Konsep dan Fakta Asas Darab. Evaluation Studies in Social Sciences, 2(2),
24-31.

Arumugham, K. S. (2021). Kepimpinan Instruksional Melalui Kajian Tindakan: Kajian Kes


Pengetua Cemerlang. Evaluation Studies in Social Sciences, 2(2), 12-23.

Astro Awani. (2021, Julai 16). PdPR: Pengajaran perlu disesuaikan dengan keadaan pelajar.

Dervent, F. (2015). The effect of reflective thinking on the teaching practices of preservice
physical education teachers. Issues in Educational Research, 25(3), 260–275.

Jaafa, N., & Gaik, L. P. (2020). KEBERKESANAN PENULISAN REFLEKSI TERHADAP


SISWA GURU. Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN.
Kaware, S. S., & Sain, S. K. (2015). ICT application in education: an overview. International
Journal of Multidisciplinary Approach & Studies, 2(1), 25-32.

Kechot, A. S. (2015). Bentuk komunikasi dalam menangani peranan kepimpinan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) perfileman. Malaysian Journal of Communication, 31(2), 423-439.
Mohamed Berawi, F. (2019, January). Panduan Menulis Tesis.

Puteh, A. (2017, Februari). Masalah Disiplin Dan Emosi Pelajar: Cabaran Pembangunan Modal
Insan Di Malaysia.

Tindowen, D. J., Guzman, J., & Macanang, D. (2019). Teachers' conception and difficulties in
doing action research. Universal Journal of Educational Research, 7(8), 1787-1794.

Wei, K. K., Wooi, C. C., Omar, N. S. B., & Azid, K. A. B. A. (2021). Keberkesanan Penggunaan
GeoGebra 3D Kalkulator Dalam Meningkatkan Kecekapan Pelajar Menentukan Isipadu
Janaan. Journal on Technical and Vocational Education, 6(2), 27-41.

Anda mungkin juga menyukai