Anda di halaman 1dari 5

Isu seterusnya adalah menyentuh tentang kandungan kurikulum yang kurang memberi

manfaat dan impak kepada pelajar dalam memupuk pengetahuan dan kemahiran
keusahawanan. Budaya memupuk pengetahun dan kemahiran keusahawanan bukanlah
budaya yang baru diterapkan di negara kita. Pendidikan usahawan telah lama dipergiat sejak
di bangku sekolah rendah dan menengah melalui mata pelajaran kemahiran hidup yang kini
telah di tukar kepada mata pelajaran reka bentuk dan teknologi. Usaha membudayakan
keusahawanan diteruskan sehingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk
menyediakan pelajar menghadapi realiti yang baru, IPT semakin sedar bahawa mereka bukan
sahaja mampu untuk mencipta produk baru, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk
mengenal pasti peluang, memahami kuasa pasaran dan mengkomersialkan penggunaak
teknologi alam maya. Trend ini telah mendorong meningkatkan dalam penyampaian
pendidikan keusahawanan kepada mahasiswa di IPT awam dan swasta. Menurut Yu et Al
(2017), aktiviti keusahawanan dilihat dapat meningkatkan ekonomi kerana ia mampu
menyumbang kepada taraf hidup masyarakat sesebuah negara. Pelbagai usaha telah dilakukan
untuk meningkatkan aktiviti keusahawanan, salah satu daripadanya adalah melalui
pendidikan keusahawanan.

Jika dilihat daripada Dasar Keusahawanan National (DKN), pendidikan


keusahawanan di Malaysia diberi penekanan bagi menarik lebih ramai masyarakat terutama
golongan muda menceburi bidang keusahawanan. Kesan daripada itu, ia memberi manfaat
dari segi peluang pekerjaan dan membantu dalam meningkatkan ekonomi negara.
Kebanyakan universiti seperti University of Houston, Babson College, William Marsh Rice
University dan Stanford University, mata pelajaran keusahwanan diintegrasikan dengan
perniagaan sebenar yang membolehkan pelajar memberi tumpuan kepada kes perniagaan
sebenar dan aktiviti secara praktikal. Hal ini membolehkan pelajar mendapat pendedahan
perniagaan dan memahami proses pembelajaran keusahawanan sebenar. Sebagai contoh di
Babson College, pelajar dikehendaki mengambil kursus asas dalam pengurusan dan
keusahawanan, serta mengurus perniagaan sekurang-kurangnya selama setahun.

Namun, keadaan ini berbeza dengan di Negara kita. Sistem pendidikan keusahawanan
kurang memberi kesan terhadap individu untuk menceburkan diri dan meminati bidang
keusahawanan. Hal ini kerana, kandungan kurikulum yang baik akan membentuk identiti
keusahawanan bagi memastikan kejayaan mereka mencipta perniagaan dan syarikat baharu.
Walau bagaimanapun, ilmu keusahawanan yang dimiliki masih diperingkat umum dan asas
untuk dikongsi memandangkan sukatan pelajaran keusahawanan disampaikan dalam masa
yang singkat dan kurang memberi inspirasi. Subjek keusahawanan bukanlah merupakan
subjek teras yang perlu diberi penekanan kepada pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar sambil
lewa dan tidak meletakkan subjek keusahawanan sebagai mata pelajaran penting dalam
akademik mereka. Akhirnya, pelajar hanya mampu dalam merancang strategi secara kognitif,
tidak berupaya untuk menghadapi masalah yang rumit dan kurang ketekunan serta
kerohanian untuk menjadi seorang usahawan sejati.

Perantis Keusahawanan dan Kurikulum Tambahan

Perlu direka untuk meningkatkan penggunaan ilmu dan pembangunan kemahiranm dalam
kalangan pelajar. Para pelajar yang mempunyai minat yang mendalam dalam keusahawanan
dan perniagaan perlu diberi kebenaran untuk mengambil perantis keusahawanan bagi
menggantikan Latihan amali industry yang konvensional. Pilihan ini mesti diperluaskan
kepada pelajar keusahawanan perniagaan dan pelajar bukan keusahawanan perniagaan.
perantis keusahawanan perlu menitikberatkan sangkutan pelajar-pelajar untuk memulakan
syarikat atau melalui proses bimbingan untuk memulakan perusahaan baru. bagi pelajar yang
bukan latar belakang perniagaan platform perantis keusahawanan dan kurikulum tambahan
membolehkan mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan lanjutan dan kemahiran dalam
keusahawanan. Perantis keusahawanan dan kurikulum tambahan membolehkan para pelajar
mempertingkatkan ilmu dan pengalaman mereka dengan mengambil bahagian dalam
pertandingan perniagaan dan pitching, pertandingan-pertandingan inovasi, pertandingan
pembentukan idea, pendedahan kepada rangka kerja hak milik intelektual serta aktiviti dan
proses pengkomersialan. Sebagai contoh, termasuklah penubuhan Student Street dan Student
Mall untuk perniagaan, program kepimpinan komuniti bercirikan keusahawanan sebagai
kurikulum tambahan dan sebahagian daripada aktiviti keusahawanan sosial.

Melalui petunjuk pentaksiran, kesan perantis keusahawanan bergantung kepada ideologi di


mana usahawan adalah tingkah laku yang dirancang secara sedar. Perhubungan antara sikap,
tujuan dan tingkah laku adalah berdasarkan Teori Gelagat Terancang (TPB) yang diambil
daripada domain psikologi (Ajzen, 1991; Bandura 1997). Sekiranya sikap pelajar-pelajar
terhadap keusahawanan adalah dipengaruhi secara positif oleh perantis keusahawanan, maka
matlamat mereka juga akan berubah dan kemudiannya membawa kepada tingkah laku
keusahawanan yang diharapkan. Oleh itu, kedua-dua aspek kognitif dan bukan kognitif perlu
dinilai. Terdapat empat komponen pentaksiran kurikulum keusahawanan iaitu pencapaian
ilmu baharu, pemerolehan set kemahiran baharu, bilangan syarikat pemula dan perusahaan
dan bilangan projek-projek kolaboratif yang sangat penting untuk mengukur kejayaan
usahawan graduan serta usahawan pelajar. Domain-domain pentaksiran akan merangkumi
kognitif, afektif dan psikomotor. Walau bagaimanapun, kekuatan setiap domain adalah
bergantung kepada hasil pembelajaran dan peringkat kursus samada ianya asas atau domain
lanjutan pengetahuan.

Cadangan- KPM/KPT mewajibkan kandungan aktiviti keusahawanan sebagai program


kurikulum berkreadit

Fenomena siswazah menganggur semakin ketara khususnya selepas zaman pandemik covid
19. Menurut statistic data yang dikeluarkan oleh jabatan perangkaan Malaysia (DOSM),
menunjukkan siswazah menganggur sebanyak 22.5 peratus menjadi 202,400 orang pada
tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya (Berita Harian, 2022). Penerokaan bidang
keusahawanan sangat penting agar pelajar yang tidak bernasib baik dalam pencapain
akademik sewaktu di sekolah mahupun di IPT mempunyai pilihan kedua untuk menceburkan
diri mereka dalam bidang keusahawanan. Pendidikan keusahawanan seharusnya diberi
penekanan sejak di bangku sekolah lagi dengan menjadikan subjek ini sebagai subjek teras
yang berkredit dalam penilaian kendiri pelajar. Hal ini sebagai Langkah untuk memupuk
pelajar untuk terus fokus dan tidak memandang remeh subjek keusahawanan sebagai subjek
yang tidak penting dalam keputusan akademik pelajar.

Begitu juga dengan pendidikan diperingkat pengajian tinggi, pihak kementerian pengajian
tinggi seharusnya menetapkan agar aktiviti dan program keusahawanan di universiti akan
diambil kira sebagai merit dan dimerit melalui aktiviti luar waktu kuliah untuk menarik lebih
ramai mahasiswa menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Hal ini kerana, mahasiswa
itu sendiri dapat menilai betapa pentingnya penerapan aspek-aspek keusahawanan dalam
sebagai contoh mencipta branding, menghasilkan produk mengikut kreativiti, menjalankan
marketing dan melaksanakan program usahawan agar mahasiswa berminat dan mengambil
peluang untuk mengikuti program sedemikian.

Menurut ucapan bekas Menteri pengajian tinggi, di bawah lonjakan 1 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 bagi Pendidikan Tinggi, iaitu “Graduan Holistik, Berciri
Keusahawanan dan Seimbang”, penerapan nilai dan kemahiran keusahawanan dalam
kalangan pelajar merupakan fokus yang diberikan penekanan utama. Antara program yang
digariskan termasuklah menerapkan budaya dan nilai-nilai keusahawanan ke dalam sistem
pendidikan tinggi negara, serta menganjak minda pelajar IPT dari bermatlamatkan pencari
kerja (job seeker) kepada pencipta pekerjaan (job creator) apabila mereka menamatkan
pengajian kelak.

Rujukan

Nor Azam Abdullah (16 Mac 2022). Pergiat program keusahawanan sejak di bangku sekolah
Berita Harian.
Kementerian Pendidikan Tinggi. 2015. Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan
Tinggi 2016-2020. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pendidikan Tinggi. 2015. Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Tinggi

Yu, M.-C, mark Goh, H.Y.K, & Wu, W.-H. 2017. A comparative study of entrepreneurship
education between Singapore and Taiwan. Management Decision 55(3): 1426-1440

Anda mungkin juga menyukai