Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI PENDIDIKAN

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)

GGGB5023
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

SET / KUMPULAN
SET 2 KUCHING

TUGASAN INDIVIDU
KRITIKAN ARTIKEL

DISEDIAKAN UNTUK:
EN. ZOLKEPELI BIN HARON

DISEDIAKAN OLEH:
LYDIA ANAK SAWA (P123810)
1.0 Pengenalan 
Kajian Tindakan (KT) adalah satu kaedah penyelidikan dalam Pendidikan. Ia melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan pemahaman seseorang tentang
sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Selain itu, KT dalam pendidikan
menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik.
Jadi, perkara utama dalam prinsip pelaksanaan KT ialah matlamat untuk memperbaiki amalan
seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap
penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti
setiap masalah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Di samping
itu, mana-mana masalah memerlukan tindakan penyelesaian yang terbaik supaya dapat
memberi kesan positif terhadap PdP. Tambahan pula, setiap langkah yang dijalankan oleh
guru perlu melibatkan proses dalam akademik supaya ia dapat dijadikan sebagai panduan
kepada guru-guru yang lain (Arumugham, 2019).
Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan KT
sebagai satu budaya penyelidikan di peringkat sekolah yang membantu guru untuk
mengambil tindakan yang sesuai ataupun relevan. KT merupakan salah satu cara yang telah
diperkenalkan untuk membantu guru mengenali kekurangan yang ada pada mereka serta
mencari jalan penyelesaian yang baik untuk menyelesaikan kekurangan tersebut (Tindowen,
Guzman & Macanang, 2019). Oleh iut, Pelbagai program yang telah dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) untuk mempergiatkan amalan KT di kalangan guru. Melalui
program ini, pemimpin di sekolah seperti pengetua ataupun guru besar perlu memastikan
setiap guru yang menjalan penyelidikan dalam KT mendapatkan pencerahan supaya KT
dapat dilaksanakan dengan jayanya serta penambahbaikan terus dapat dilakukan sepanjang
PdP. Menurut Kalai Selvan 2021, Penambahbaikan dalam PdP merupakan satu usaha
berterusan yang akan dilakukan oleh guru untuk memastikan mutu dan kualiti pengajarannya
akan sentiasa bertambah baik.

1.1 Definisi Kajian Tindakan


Terdapat beberapa definisi kajian tindakan yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar
dalam kajian Tindakan (Arumugham, 2019). Antaranya adalah seperti berikut :
a) Ebbut (1985) pula mendefinisikan KT sebagai suatu pengkajian yang sistematik
oleh sekumpulan pengkaji terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan
memperbaiki amalan Pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta
refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

b) McNiff (1988) mengatakan bahawa KT sebagai salah satu pendekatan untuk


memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan guru-guru sedar akan amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap
amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru
dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan kerjsama daripada
guru-guru yang lain.

c) Somekh (1989) pula mendefinisikan KT sebagai satu kajian terhadap situasi


sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik
dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.

d) Kember & Gow (1992) pula mentakrifkan KT melibatkan pengkaji untuk


mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses
perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

e) Kemmis (2008) telah mendefinisikan KT sebagai satu bentuk inkuiri refleksi kendiri
yang dilakukan secara kolektif. Ia dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu
situasi sosial yang bertujuan untuk meningkatkan kerasionalan dan keadilan suatu
amalan dalam kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping
meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana
amalan itu dilakukan. Ia melibatkan proses membuat refleksi, merancang,
melaksanakan dan memerhati.

Kesimpulannya, berdasarkan pelbagai definisi-definisi daripada beberapa pakar tersebut


dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan merupakan satu kaedah dimana guru dapat
mereflek masalah yang mereka telah hadapi, memungut dan menganalisis data serta
melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang mereka
perolehi. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam
konteks amalan mereka sendiri.
1.2 Ciri-ciri Kajian Tindakam
Terdapa tiga ciri penting kajian tindakan yang membezakan daripada penyelidikan yang lain.
Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) menglibatan pendidik dalam penyelidikan yang dijalankan untuk memperbaiki amalan
pendidikan dan menambahkan kefahaman terhadap amalan tersebut.

(b) dilakukan secara kolaboratif dengan membentuk kumpulan-kumpulan guru yang


bersifat kritis kendiri (self-critical) untuk meningkatkan kefahaman praktis mereka
dengan menggunakan tindakan praktis bagi menyelesaikan masalah dan
mengembangkan pengetahuan secara serentak.

(c) banyak menggunakan aktiviti atau kaedah refleksi kendiri.

(d) dilakukan secara berterusan, berkembang mengikut kitar refleksi kendiri iaitu
tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan renungan atau refleksi.

1.3 Tujuan Kajian Tindakan


Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran, memperbaiki serta
meningkatkan kefahaman terhadap situasi di mana pengajaran dijalankan. Menurut Kalai
Selvan (2019), Kajian Tindakan ialah bertujuan untuk:
i. memupuk kalangan guru membudayakan penyelidikan.

ii. membantu guru-guru membuat penambahbaikan PdP di dalam bilik darjah secara
professional.

iii. berkongsi idea-idea baru yang boleh diketengahkan kepada guru-guru lain sama ada
di sekolah sendiri mahupun sekolah lain.

iv. menggalakkan guru-guru berkongsi pengalaman dan memberi publisiti tentang


amalan-amalan terbaik profesionalisme mereka.
v. membuat refleksi terhadap amalan-amalan yang terbaik digunakan oleh  mereka,
menganalisis kekuatan dan kelemahan peranan mereka, mengambil tindakan dan
membuat pemantauan atas kesan amalan-amalan yang diperkenalkan tersebut.  

1.4 Kepentingan Kajian Tindakan


Terdapat berapa kepentingan dalam kajian tindakan iaitu:
a) mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru,
amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan
sebagainya.

b) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan


pencapaian objektif mereka serta memahami, mengubah dan membuat refleksi kendiri

c) membantu guru untuk meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja
yang aktif dan efektif.

d) Guru lebih memahami persekitaran bilik darjah dan proses pembelajaran.

e) Membantu guru untuk berhadapan dengan pelbgai masalah penyampaian pengajaran

2.0 Teori dan Model dalam Kajian Tindakan 


Pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh beberapa penyelidikan seperti
Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988), Model Kajian Tindakan Lewin
(1946), Model Kajian Tindakan Somekh (1989) dan sebagainya. Dalam beberapa model yang
disenaraikan tadi Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sangat sesuai
digunakan oleh guru dalam PdP. Hal ini kerana, model tersebut menyarankan empat langkah
iaitu (Abd Majid, 2016) :
i. Mereflek (Reflect)
Pada peringkat ini, guru ataupun pengkaji menjalankan refleksi ke atas satu isu
dalam pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Contohnya, isu
bagaimana hendak meningkatkan penglibatan murid yang samarata di dalam aktiviti
secara berkumpulan. Selalunya, isu ini akan dikenalpasti melalui sesi refleksi ini dan
guru akan mencari jalan penyelesaiannya dengan melalui penyelidikan di peringkat
bilik darjah yang terancang.

ii. Merancang (Plan)


Di dalam peringkat ini, guru ataupun pengkaji akan memikirkan cara ataupun
strategi yang terbaik untuk menangani isu tersebut. Kaedah dan strategi yang
difikirkan dan dipilih oleh guru ataupun pengkaji haruslah bersesuaian dengan
kemampuan dari segi masa dan fizikal. Di samping itu, kaedah dan strategi yang
dirancang harus harmoni dengan perjalanan dan objektif P&P di dalam kelas.

iii. Bertindak (Action)


Selepas memikirkan perancangan kaedah dan strategi yang bersesuaian, guru
ataupun pengkaji akan melaksanakanya. Perlaksanaan ini akan dijalankan mengikut
seperti yang telah dirancangkan. Namun di dalam perlaksanaan tersebut,
berkemungkinan berlakunya sedikit perubahan terhadap perancangan awal. Hal ini
kerana, guru ataupun pengkaji sentiasa membuat pemerhatian dan akan bertindakbalas
mengikut hasil pemerhatian mereka. Justeru, peringkat ini juga berkait rapat dengan
peringkat yang seterusnya.

iv. Memerhati (Observe).


Di akhir peringkat ini guru ataupun pengkaji akan membuat pemerhatian keseluruhan
bagi memastikan kesan daripada perlaksanaan perancangan dalam menangani isu
yang telah dikenalpasti. Hasil pemerhatian ini juga merupakan refleksi guru ataupun
pengkaji untuk keperluan kitaran seterusnya di dalam kajian tindakan ini. guru
ataupun pengkaji.
Rajah 2.0 Model Kajian Kemmis & Mc Taggart
3.0 Artikel 1 : PENAMBAHBAIKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT
MENGGUNAKAN TEKNIK SKOP++ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Norsiah
Ismail Roa'ani Mohamed 275.
3.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
3.2 OBJEKTIF KAJIAN
3.3 Intervensi dan penilaian. 
3.4 KUMPULAN SASARAN
3.5 Cadangan untuk penambahbaikan 
4.0 Artikel 2: MODUL MUDAH MEMBACA BAHASA MELAYU MEMBANTU MURID
PEMULIHAN KHAS TAHUN TIGA MENGUASAI PERKATAAN YANG
MENGANDUNGI SUKU KATA TERTUTUP KVK Norhayati Mat Zain 482
4.1 Refleksi Awal
4.2 Objektif kajian
4.3 Intervensi dan penilaian. 
4.4 Cadangan untuk penambahbaikan 

5.0 Kesimpulan
Rujukan
Abd Majid, F. (2016). Kajian Tindakan dan Pembangunan Profesional Guru-guru di
Malaysia: Cabaran dan strategi.

Arumugham, K. S. (2019). Kajian Tindakan: Kearah Amalan PdPc Berkesan.:


https://www.researchgate.net/publication/341042330_Kajian_Tindakan_Kearah_Amala
n_PdPc_Berkesan

Arumugham, K. S. (2021). Kepimpinan Instruksional Melalui Kajian Tindakan: Kajian Kes


Pengetua Cemerlang. Evaluation Studies in Social Sciences, 2(2), 12-23.
https://doi.org/10.37134/esss.vol2.2.2.2021.

Tindowen, D. J., Guzman, J., & Macanang, D. (2019). Teachers' conception and difficulties
in doing action research. Universal Journal of Educational Research, 7(8), 1787-1794.

Anda mungkin juga menyukai