Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI AMALI BOMBA

Pada 8 September 2015, saya telah menghadiri satu program Amali bersama JABATAN
BOMBA yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan jasmani. Amali ini merupakan sebahagaian
daripada tugasan kami untuk subjek Pendidkan Keselamatan. Program amali ini telah
memberikan saya banyak ilmu pengetahuan tentang Jabatan Bomba..
Ini merupakan kali pertama saya dan kawan kawan saya menghadiri program amali
seperti ini. Saya telah diberi jawatan sebagai pengerusi untuk amali ini. Saya sebagai
pengerusi, telah menolong kawan-kawan saya dalam semua hal kerana kerja kumpulan amtlah
penting untuk menjayakan sesuatu program. Setelah pergi ke sana, kami telah menolong
antara satu sama lain. Saya berharap saya telah menjalankan tugas yang diberikan dengan
sempurna tanpa menyinggung perasaan orang lain.
Setelah menghadiri Amali tersebut, saya telah mendapat tahu bahawa, visi Jabatan
bomba adalah "Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi."
Manakala misi mereka adalah "Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang
Profesional bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda." Kami juga mendapat tahu sedikit
sebanyak tentang sejarah Bomba di mana Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun
1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy
bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di
setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.
Setelah menghadiri ke sana, pegawai di sana member sambutan yang mesra dan
seterusnya memulakan ceramah tentang keselamatan. Kami mendapat banyak ilmu baharu
melalui ceramah tersebut. Selepas itu, mereka juga mengadakan demonstrasi cara
menggunakan alat alatan yang digunakan semasa kecemasan. Kami berasa sangat gembira

semasa mengetahui semua perkara tersebut. Kami juga telah mengadakan demonstrasi
memadamkan api bersama Pihak Bomba. Ia merupakan satu amali yang paling berfaedah dan
ia telah menimbulkan satu perassan yang amat mendalam terhadap ahli bomba yang sanggup
berkorban untuk menyelamatkan orang lain dan juga negara.
Sebagai seorang bakal guru, saya hendaklah mengambil tanggungjawab untuk
mendedahkan perkara tersebut kepada pelajar-pelajar saya supaya mereka tahun tentang
Bomba dan mereka bertindak pantas dan cergas sewaktu kecemasan.
KISHANTINI NARANAN
4 PISMP TESL/LGA/PK

Anda mungkin juga menyukai