Anda di halaman 1dari 5

GGGE5013: KURIKULUM DAN INOVASI

DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU:
(REFLEKSI 2)

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

NAMA : NURUL FATIN ADAWIYAH BINTI


SUHAIMI
NO. KAD MATRIK : P124091
PENSYARAH : DR. NOR HAFIZAH BINTI ADNAN
Tugasan Individu – Refleksi 2
Arahan: Ini adalah soalan/panduan bagi tugasan ini. Gunakan ruang yang disediakan
untuk menulis refleksi anda.

Apakah kriteria yang penting bagi anda dalam proses merancang, membangun dan seterusnya
membuat penilaian bahan pengajaran? Kongsikan perkara yang dipertimbangkan sepanjang
menyiapkan tugasan berkumpulan anda (video/multimedia dan gamifikasi/AR)?

Dalam proses merancang, membangun dan membuat penilaian bahan pengajaran pelbagai
aspek dan elemen yang perlu dititikberatkan bagi guru yang mana elemen itu mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud di dalam bilik darjah malah terdapat juga di luar
bilik darjah. Dalam pengajaran yang efektif, seorang guru itu hendaklah merancang topik, objektif,
cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan minat serta pengetahuan sedia ada murid.

Oleh itu reka bentuk pengajaran merupakan kriteria yang penting dalam perancangan
pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses menyiapkan tugasan berkumpulan ini, perkara yang
dipertimbangkan sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah pendekatan pengajaran yang
digunakan dalam memastikan tahap pemahaman pelajar bagi tajuk yang dipelajari. reka bentuk
pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh para pelajar.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif. Ini kerana
pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa
dan sistematik. Dalam proses pemilihan bahan pula sesuatu model reka bentuk pengajaran itu
mampu membimbing dan membantu guru untuk membuat pilihan, menghasilkan serta
menggunakan media tersebut secara lebih tepat berlandaskan kriteria yang dinyatakan seperti
bersesuaian dengan ciri-ciri pelajar, memenuhi objektif pengajaran serta melalui proses penilian
bahan agar penggunaannya nanti lebih mantap, berkesan dan mendapat respons yang positif
daripada pelajar.

Selain itu, dalam proses merancang, membangun dan membuat penilaian bahan
pengajaran ini juga dapat memberi gambaran dalam membuat penentuan bagi tajuk subjek yang
ingin disampaikan kepada murid-murid dan juga digabungkan dengan penemuan yang sedia ada
oleh guru agar objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid-murid pada akhir pembelajaran
tersebut. Dalam pemilihan reka bentuk pengajaran ini, kami memilih model ASSURE. Model ASSURE
mengandungi enam langkah: analisis ciri pelajar, nyatakan objektif, pilih media dan bahan, gunakan
media dan bahan, libatkan pelajar, nilai dan semak semula media dan bahan.

1. Analisis Pelajar – menganalisis kefahaman pelajar terhadap konsep ketumpatan dan target
audience adalah murid tipikal.
2. Menyatakan Objektif – mengaplikasikan konsep ketumpatan dalam kehidupan seharian.
3. Pemilihan Media – menggunakan video animasi yang direka melalui Adobe After Effect.
4. Penggunaan Media dan Bahan - menayangkan video kepada murid melalui youtube.
5. Penglibatan Murid dalam Pembelajaran – murid terlibat dalam aktiviti pengukuhan.
6. Penilaian/Semakan semula – menilai bahan dan pengetahuan murid.
Disamping itu, bagi proses menyiapakan tugasan berkumpulan ini, perkara yang
dipertimbangkan sepanjang gerak kerja dilakukan adalah proses dalam mencipta video animasi,
yang mana dalam video tersebut merupakan penanan yang penting bagi mencapai objektif
pembelajaran itu. Video tersebut dapat memberi gambaran ringkasan kepada murid-murid dalam
memahami sesuatu topik dan juga menarik minat murid-murid dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Selain itu juga, saya dapat mengetahui sekiranya dalam video animasi yang disediakan
tidak boleh copy atau ambil dari mana-mana website atau goggle yang tertulis watermark pada
gambar tersebut ataupun muzik-muzik dari luar. Ini akan menyebabkan video tersebut akan di
hilangkan gambar yang diambil itu atau muzik-muzik daripada youtube. Ini menunjukkan bahawa
video yang dihasilkan perlulah daripada sumber aslinya sendiri daripada aplikasi-aplikasi yang
digunakan sahaja.

Apakah pengalaman terbaik anda sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini? Ceritakan
kenapa.

Banyak pengalaman terbaik saya sepanjang menyiapkan tugasan berkumpulan ini


antaranya pengalaman dalam mencuba aplikasi baru dapat mengetahui cara atau konsep yang
mudah dalam merangka perancangan pembelajaran dan juga dapat berkongsi pandangan dan
bekerjasama dalam menyiapkan tugasan sehinggakan sanggup bersengkang mata sampai ke pagi
bersama-sama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Di samping itu, ada
segelintir sahabat yang tidak mahir dalam menggunakan coggle.it, tapi masing-masing saling
memberi tunjuk ajar kepada yang kurang mahir dan sentiasa sokongan serta dorongan di antara
satu sama lain.

Selain itu, yang lagi menarik perhatian saya adalah merangka sesuatu perkara itu dengan
menggunakan kaedah atau konsep peta minda dengan menggunakan coggle.it. Peta minda
merupakan suatu kaedah yang digunkan untuk menjelaskan suatu perkara dengan lebih mudah dan
ringkas. Malah, dengan membina konsep peta mind aini dapat membantu saya untuk mudah
mengingati akan sesuatu perkara yang lebih lancer dan efisien. Peta minda banyak kelebihannya
berbanding dengan menggunakan penulisan yang panjang lebar. Tambahan pula, Coggle memiliki
fungsi yang menarik dan setiap rangkaiannya yang diwujudkan dengan berubah-ubah warna. Ini
akan menarik lagi minat kepada pengguna untuk menggunakannya.

Sejauh manakah kolaborasi anda di dalam kumpulan telah membantu dalam menyiapkan
tugasan kumpulan? Apakah aplikasi yang anda rasakan telah banyak membantu dalam
menyiapkan tugasan kumpulan ini?

Ada pepatah mengatakan “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” itulah
peribahasa yang sesuai dapat digambarkan dalam kebersamaan kumpulan. Kami sentiasa
berhubung di antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi whatsapp, goggle meet dan
zoom dalam menyiapkan tugasan-tugasan. Malah kami juga akan sentiasa memaklumkan setiap
proses kerja yang dilakukan dan salng mengingatkan diantara yang lain.
Antara aplikasi yang telah banyak membantu dalam menyiapkan tugasan kumpulan ini
seperti berikut:
1. Aplikasi Web Coggle.it
Dengan konsep peta i-think yang digunakan melalui aplikasi Coggle.it dapat memudahkan
lagi proses gerak kerja bagi menyiapkan tugasan yang diberi setiap individu dan
tugasannya juga lagi teratur. Malah dengan Coggle ini dapat membina peta minda yang
menarik dengan pelbagai elemen dan memuat turun dalam bentuk imej, pdf ataupun text
outlines. Selain itu, melalui Coggle ini juga, saya boleh berkolabirasi dan berkongsi peta
minta dan juga idea menerusi aplikasi tersebut yang boleh semua ahli kumpulan untuk
mereka cipta peta minda tersebut. Aplikasi web Coggle ini juga merupakan aliran rangka
kerja yang utama dalam proses gerak kerja dilakukan.

2. Adobe After Effects


Aplikasi ini digunakan untuk mencipta video animasi. Tools asas untuk menyiapkan
animation prosesnya mudah akan tetapi tidak mudah bagi permulaannya kerana aplikasi
ini kadangkalanya mempunyai masalah teknikal yang diluar jangkaan. Secara umumnya,
tools asas yang digunakan adalah seperti Scale, Position, Opacity, dan Keyframe.

Fungsi Scale adalah untuk membesarkan dan mengecilkan objek atau gambar yang
digunakan. Bagi Position pula, untuk membuat penjarakkan antara objek bergerak dari
satu tempat ke tempat yang lain. Seterusnya, opacity adalah untuk mengurangkan warna
objek dan Keyframe untuk mengawal objek atau lapisan dalam pergerakkan.

Penggunaan aplikasi ini juga banyak dibantu oleh saudari Syazwani dalam menyiapkan
video animasi daripada langsung tidak pandai sekurang-kurangnya saya dapa berlajar
perkara yang baru walaupun sikit.

3. Aplikasi Zapsplat
Aplikasi ini digunakan untuk memuat turun muzik/instrusment secara percuma dan tiada
had. Malah aplikasi ini juga mempunyai pelbagai jenis muzik yang ada dan ini mudahkan
juga bagi kami dalam proses menyiapkan video animasi.

4. Aplikasi Movavi Video Editor Pluss 2022


Tujuan aplikasi ini digunkan untuk mencantumkan video-video menjadi satu video dan
digunakan juga untuk memasukkan bunyi latar belakang ataupun muzik dan juga rakaman
suara bagi dialog watak-watak animasi.

Apakah perkara utama yang anda telah pelajari sepanjang pertemuan kedua ini?
Perkara utama yang telah dipelajari sepanjang pertemuan ini adalah bagaimana dalam
merancang strategi pengajaran dan pembelajaran serta kepentingan pembelajaran digital.
Perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dalam menjayakan
seuatu gerak kerja itu. Malah dapat memudakan setiap individu itu lebih sistematik dan lebih
bersedia. Selain itu, melalui pembelajaran digital ini dapat memberi peluang kepada pendidik untuk
meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran sedia ada. Selain itu, dengan pembelajaran
menggunakan alat-alat teknologi ini dapat memberi peluang dan ruang untuk pendidik lebih kreatif
dan berinovatif bagi memastikan tiada murid-murid yang keciciran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung malah melalui kaedah pengajaran secara digital ini dapat menarik lagi
minat murid-murid untuk belajar. Tambahan pula, murid-murid dikala ini lebih tertarik dengan
gajet.

Melalui kerja kursus ini saya dapat memahami tentang cara-cara membuat video animasi
untuk murid-murid. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya dengan lebih mendalam serta
terperinci mengenai tentang pergerakan asas dalam penyediaan video ini. Kami juga dapat berfikir
dengan lebih kreatif dan kritis selepas menyiapkan kerja kursus ini.

Apakah pandangan anda tentang peranan guru dan inovasi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di rumah (pdpr)?

Peranan guru dan inovasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
merupakan peranan yang sangat penting bagi proses penyampaian kepada para pelajar. Oleh itu,
seorang guru itu perlu kreatif dalam mencari kaedah terbaik dan menukar cara pembelajaran
mengikut kesesuaian pelajar, dalam memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR).

Jika dilihat, kaedah PdPR secara dalam talian ini sebagai cara mudah untuk memastikan
proses PdPR dapat diteruskan. Namun ada juga beberapa cabaran yang perlu dihadapi semasa
proses PdPR dijalankan seperti jaringan internet yang baik. Oleh itu, sebagai guru kita hendaklah
sentiasa melakukan variasi dalam proses pengajaran seperti mengaplikasikan jenis pembelajaran
segerak dan tidak segerak bersesuaian dengan keadaan semasa supaya segala proses penyampaian
ilmu dapat disampaikan berkesan.

Selain itu, guru juga disarankan untuk menggunakan strategi PdP agar pengukuhan dapat
dilakukan terhadap minat pelajar untuk belajar. Teknik pengajaran yang diaplikasikan sebaiknya
sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan pelajar-pelajar agar pembelajaran bermakna
dapat diberikan. Antara contohnya aplikasi kuiz yang berasaskan permainan Quizzizz, Kahoot
sebagai medium penilaian. Ini juga dapat diselaraskan dengan gaya pembelajaran abad ke-21 sekali
gus membina suasana menarik dan menyeronokkan kepada pelajar.

Pada waktu yang sama, peranan guru juga penting dalam melaksanakan strategi
berpusatkan murid. Sebagai contohnya modul yang berasakan video dapat membantu
memudahkan tugas guru disamping mencipta suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Aplikasi video dalam pengajaran berpontensi sebagai medium untuk meningkatkan asas
pengetahuan dan kefahaman, memberi motivasi serta menjamin keberkesanan pengajaran agar
objektif dapat dicapai.

Oleh itu, pelaksanaan PdPR adalah lebih berkesan sekiranya corak pengajaran guru
berfokus kepada penglibatan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai