Anda di halaman 1dari 12

KURSUS:

GGGA 5022 - PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN


KOHORT 3 | SEM 1 2023/2024

TUGASAN:
PENILAIAN RUBRIK (ANALITIK & HOLISTIK)

NAMA PENUH SEMUA 1. LUQMAN AFIQ BIN MOHD ADNAN – P133629 (KETUA)
AHLI KUMPULAN
2. MUHAMMAD HAZIRIE BIN ABDUL RAHIM - P133639

3. NURUL ASSILAH BINTI ISMAIL - P133448

4. NURUL SAZUWANI BINTI ZAINUN – P133474

5. SABRINA BINTI SO’AF – P133684

6. NURUL NAJIHAH BINTI TARMIZI – P 133472

7. MUHAMMAD ALIF FAHMIE BIN MAZELAM – P133843

EMEL (Ketua) p133629@siswa.ukm.edu.my

NO HP (Ketua) 017-9804951

SET 15 (KUMPULAN 2)

NAMA PENSYARAH DR. NUR SHAKILA BINTI MAZALAN

KUMPULAN 2
RUBRIK ANALITIK

DEFINISI RUBRIK ANALITIK

Rubrik analitik adalah suatu bentuk pemeriksaan dan penilaian terhadap setiap aspek
tugasan yang dibuat di mana pemarkahan diberikan secara pengkhususan dan lebih terperinci
berdasarkan kriteria dan elemen yang telah ditetapkan yang digunakan dalam konteks
pendidikan. Rubrik analitik memiliki beberapa kriteria dan komponen yang akan diberi skor
secara terpisah sehingga penilaian yang diberikan oleh guru menggambarkan kelebihan dan
kekurangan murid secara lengkap. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik ini juga dapat
meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran dan ia sesuai untuk pentaksiran
formatif kerana ia memberi maklumat yang jelas dan terperinci terhadap setiap aspek yang
ditaksir.

Selain itu, ia adalah satu instrumen pentaksiran untuk menskor tugasan yang dibina, di
mana tugasan tersebut boleh menjadi tugasan bertulis, prestasi atau projek dan tugasan tersebut
boleh dinilai daripada individu atau berkumpulan. Rubrik analitik adalah termasuk skala skor 1
hingga 3 mata atau sehingga 1 hingga 5 mata dengan kriteria dan deskriptor dalam memberikan
mata. Skala yang diberikan cenderung memberikan tumpuan kepada dimensi penting dalam
prestasi murid yang berkaitan tugasan.

Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan iaitu komponen yang diberikan skor secara
terpisah pada rubrik analitik ini membuatkan guru memerlukan masa yang relatif lama sehingga
guru rasa terbeban dan tidak mahu menggunakan rubrik ini sebagai alat penskoran untuk
memberi penilaian kepada murid. Sebagai contoh, pemeriksaan terhadap jawapan yang
berbentuk esei dilakukan secara fakta dan tiada penekanan terhadap kemahiran penulisan dan ia
boleh menjurus kepada bersifat negatif.

KUMPULAN 2
Mengapa Rubrik Analitik digunakan sebagai Penilaian Persembahan Poster ?

Dalam penilaian persembahan poster, rubrik analitik merupakan rubrik yang dilihat lebih
bersesuaian untuk digunakan untuk menjalankan penilaian tersebut. Hal ini kerana penjelasan
dan pemarkahan terhadap variasi setiap elemen yang diukur. Hal ini bermaksud dalam penilaian
rubrik analitik, prestasi dinilai secara berasingan bagi setiap elemen. Tambahan pula, penilai
boleh mengemukakan beberapa elemen yang penting yang perlu ada dalam rubrik tersebut.

Selain itu, rubrik analitik ini juga dipilih kerana skala pemarkahan adalah berdasarkan
keberadaan elemen dan kualiti penghasilan elemen yang dinilai. Dengan cara ini, penilai dapat
mengenalpasti sama ada peserta-peserta dapat menonjolkan elemen-elemen yang ada dalam
rubrik tersebut dengan mudah tanpa menghadapi sebarang masalah untuk membuat keputusan
dalam pemberian markah kepada setiap peserta.

Akhir sekali ialah perincian skema pemarkahan dalam memberikan pemarkahan dengan
tepat. Perincian skema pemarkahan boleh dikatakan salah satu asbab kenapa rubrik analitik ini
dipilih kerana dengan adanya perincian skema pemarkahan sedemikian penilai dapat menentukan
peserta manakah yang layak untuk mendapat markah yang tinggi dan peserta pertandingan
manakah yang layak untuk mendapat yang markah yang rendah tanpa adanya pilih kasih dalam
pemberian markah. Dengan ini, integriti pemberian markah dapat dijaga dan pemberian markah
dilakukan secara adil dan saksama.

KUMPULAN 2
JUSTIFIKASI TAHAP PENILAIAN SKOR MARKAH

Berikut adalah justifikasi untuk setiap penilaian dalam rubrik analitik bagi persembahan poster:

Cemerlang: Pencapaian kecemerlangan adalah penghasilan poster yang terbaik dan


memiliki kualiti yang pada tahap cemerlang dengan dengan memiliki tiada
kesalahan atau hanya 1 kesalahan minor sahaja. Pengolahan poster dalam
menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk pembacaan yang berkesan
dengan penghasilan isi kandungan 5 atau lebih, difahami dengan jelas,
kandungan yang disusun adalah sistematik. Poster yang dihasilkan bertepatan
dengan tema dan penerapan unsur kreativiti dalam poster adalah sebanyak 4
atau lebih ke dalam poster yang dipersembahkan. Pelajar berkredibiliti dalam
menyampaikan pembentangan poster, yakin ketika menyampaikan
pembentangan dengan mementingkan kualiti percakapan, kekerapan hubungan
mata yang optimum antara pembentang dan penonton. Pembentang poster
berupaya memberikan respon yang relevan semasa sesi soal jawab dan
berupaya menjawab soalan yang diajukan sebanyak 3 soalan atau lebih
dengan betul.

Baik: Pencapaian menunjukkan kriteria penghasilan poster adalah ditepati dan


menunjukkan kualiti pada tahap kepujian dengan hanya memiliki 2 kesalahan
minor sahaja. Kandungan poster yang diolah daripada sumber kandungan
adalah sebanyak 4 kandungan, difahami dengan jelas dan kandungan yang
disusun adalah teratur. Penampilan poster adalah bertepatan tema dan pelajar
memasukkan unsur kreativiti sebanyak 2 hingga 3 elemen ke dalam poster
yang ditonjolkan. Pelajar berupaya menyampaikan pembentangan poster
dengan keyakinan diri baik seperti cara bercakap, kekerapan hubungan mata
(eye-contact) antara pembentang dan penonton yang konsisten. Pembentang
poster memberikan respon yang relevan dalam sesi soal jawab dan berupaya
menjawab soalan yang diberikan sebanyak 2 soalan dengan betul.

KUMPULAN 2
Mencukupi: Tahap ini merupakan tahap sederhana lemah. Pada tahap ini, kandungan poster
dari segi pengolahan sumber kandungan yang lemah dan kurang teratur.
Kreativiti dan penampilan poster bertepatan dengan tema tetapi unsur
kreativiti ditampilkan sebanyak 1 sahaja. Seterusnya, dari segi penyampaian
persembahan poster pelajar tiada keyakinan diri dan kemahiran dalam
membincangkan idea poster dengan lebih mendalam. Akhir sekali, respon yang
diberikan kurang relevan dalam sesi soal jawab.

Lemah: Tahap ini merupakan tahap paling rendah. Dinyatakan pada tahap ini dari segi
kandungan poster tidak relevan. Kreativiti dan penampilan poster pula tidak
disertakan. Seterusnya, penyampaian persembahan poster pula pelajar tidak
membuat persediaan dan terakhir pelajar tidak memberi respon dalam sesi
soal jawab

KUMPULAN 2
RUBRIK ANALITIK: RUBRIK PENILAIAN PERSEMBAHAN POSTER

Kategori /
1-3 4-5 6-8 9-10
Skala Markah
(Lemah) (Mencukupi) (Baik) (Cemerlang)
Pemarkahan

Kandungan poster sangat Kandungan poster yang Kandungan poster yang Kandungan poster yang
kurang relevan dengan masih relevan dengan relevan dengan kehendak relevan dengan kehendak
kehendak tajuk dan kehendak tajuk dan tajuk dan huraian idea tajuk dan huraian idea
huraian idea yang tidak huraian idea yang masih yang jelas dan disertakan yang jelas, matang dan
jelas serta contoh yang jelas serta contoh yang contoh yang sesuai. disertakan dengan contoh
tidak sesuai. Pengolahan masih sesuai. Pengolahan Pengolahan sumber yang sesuai. Pengolahan
Kandungan sumber kandungan yang sumber kandungan yang kandungan yang baik, sumber kandungan yang
bercampur aduk, tidak lemah, kurang teratur bertepatan dengan tema sangat baik, bertepatan
poster
menepati tema dan tetapi masih bertepatan dan menggunakan dengan tema dan
penggunaan gambar yang dengan tema dan pelbagai gambar yang menggunakan pelbagai
terhad serta tidak menarik penggunaan gambar yang menarik dan kreatif. gambar yang sangat
dan kreatif. Terdapat kurang menarik dan Penggunaan ayat yang menarik dan kreatif.
banyak kesalahan ejaan kreatif. Terdapat beberapa betul tetapi terdapat Penggunaan ayat yang
dalam ayat. kesalahan ejaan dalam kesalahan ejaan yang betul dan tiada kesalahan
ayat. minimum. dalam ejaan.

KUMPULAN 2
Penampilan poster tidak Poster disertakan 1 elemen Poster disertakan 2 hingga Poster disertakan 5 atau
mempunyai elemen visual seperti gambar, 4 elemen visual seperti lebih elemen visual
visual. teks, grafik, animasi, audio gambar, teks, grafik, seperti gambar, teks,
atau video. animasi, audio atau video. grafik, animasi, audio atau
Susunan adalah tidak video.
kemas dan tidak Kekemasan poster boleh Kekamasan poster adalah
sistematik mengikut ditambah baik dan baik dan mencukupi serta Kekemasan poster adalah
kesesuaian kandungan. susunan sistematik susunan sistematik cemerlang dan jelas serta
Penampilan digalakkan untuk tercapai mengikut susunan poster adalah
Tiada unsur kreativiti ditambah baik mengikut kesesuaian kandungan. lengkap dan
&
yang diterapkan dalam kesesuaian kandungan. bersistematik mengikut
Kreativiti persembahan poster. Unsur kreativiti diterapkan kronologi kesesuaian
1 unsur kreativiti yang sebanyak 2 hingga 3 kandungan bagi
Poster
diterapkan melalui unsur melalui pemahaman pembaca.
persembahan poster. persembahan poster.
Pembentang menyertakan
4 atau lebih unsur
kreativiti melalui
persembahan poster.

Penyampai tidak Penyampai tidak Penyampaian dan Penyampaian penuh


membuat persediaan. menyampaikan dengan demonstrasi yang keyakinan dan
Penyampaian Menunjukkan beberapa penuh keyakinan diri atau disampaikan boleh bersemangat. Eye contact
persembahan kekurangan dari segi eye tidak ada kemahiran untuk diterima, menunjukkan yang baik. Idea yang
contact, penyampaian membincangkan idea yang beberapa kekurangan dari dicadangkan dapat
poster yang tidak jelas dan tiada dicadangkan dalam poster segi intonasi suara yang disampaikan dengan baik
keyakinan diri. dengan lebih mendalam. terlalu lembut, penggunaan dan mudah difahami.
istilah yang salah,

KUMPULAN 2
ragu-ragu dan tidak dapat Menjawab soalan yang
menjawab soalan yang diajukan dengan baik.
diajukan dengan tepat.

Tidak memberi respon Respon diberikan kurang Respon yang relevan Menjawab sebanyak 3
Respon dalam sesi soal jawab relevan dalam sesi soal dalam sesi soal jawab dan soalan atau lebih dengan
jawab betul dan penuh keyakinan
dalam sesi berupaya menjawab soalan
diri dan respon diberikan
soal jawab yang diberikan sebanyak cukup relevan dalam sesi
2 soalan dengan betul. soal jawab.

KUMPULAN 2
RUBRIK HOLISTIK

DEFINISI RUBRIK HOLISTIK

Rubrik holistik merujuk kepada alat penskoran yang digunakan dalam pendidikan untuk
mengukur pencapaian atau prestasi pelajar dalam sesuatu tugasan. Rubrik holistik mengandungi
beberapa kriteria pentaksiran yang berbeza dan diklasifikasikan secara terkumpul di bawah
standard atau prestasi yang sama. Ia bersifat umum yang menyenaraikan beberapa kriteria
prestasi bagi sesuatu standard dan biasanya menggabungkan kriteria tertentu ke dalam satu
tahap. Pendekatan holistik menggunakan skala yang kemudiannya diterjemahkan kepada
kategori seperti cemerlang, sangat baik, baik, sederhana atau lemah.

Skor markah bagi rubrik holistik dapat diletakkan dengan cara yang berbeza bergantung
kepada setiap konteks penggunaannya. Namun, secara umum, skor markah dalam rubrik holistik
sering kali diberikan secara menyeluruh berdasarkan penilaian keseluruhan terhadap prestasi
pelajar. Contohnya dalam rubrik holistik, pencapaian pelajar dinilai secara holistik berdasarkan
ketepatan fakta, olahan, dan kupasan yang komprehensif dan skor diberikan berdasarkan
penilaian keseluruhan terhadap aspek-aspek tersebut.

Dengan demikian skor markah bagi rubrik holistik dapat diletakkan berdasarkan
penilaian keseluruhan terhadap prestasi pelajar dan/atau berdasarkan pencapaian keseluruhan
terhadap kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam rubrik tersebut.

BAGAIMANA RUBRIK HOLISTIK DAPAT MEMBANTU MENGUKUR KEMAHIRAN


LISAN (KEMAHIRAN BERCERITA)
Rubrik holistik dapat membantu mengukur kemahiran lisan seperti kemahiran bercerita,
dengan memberikan panduan penilaian secara keseluruhan berdasarkan tahap pencapaian murid.
Rubrik holistik juga dapat membantu mengukur kemahiran bercerita dengan cara membolehkan
penilai untuk menilai keseluruhan pengalaman bercerita termasuk bagaimana pelajar
membangun plot, mengembangkan karakter, dan mengekspresikan emosi. Selain itu, rubrik

KUMPULAN 2
holistik juga membolehkan penilai untuk menilai bagaimana pelajar berinteraksi dengan
penonton dan membangun hubungan dengan mereka.

JUSTIFIKASI TAHAP PENILAIAN SKOR MARKAH


Berikut adalah justifikasi untuk setiap penilaian dalam rubrik holistik bagi kemahiran
lisan (kemahiran bercerita):

Cemerlang: Pencapaian yang mencerminkan kualiti yang sangat tinggi, melebihi harapan dan
secara konsisten memenuhi atau melebihi kriteria yang ditetapkan. Cerita yang diceritakan
sangat menarik, kreatif dan mampu membangkitkan emosi pendengar. Bahasa yang digunakan
sangat tepat dan efektif serta waktu penyampaian cerita sangat baik.

Sangat Baik: Pencapaian yang sangat kuat, memenuhi atau melebihi sebahagian besar kriteria
dengan sangat baik dan dengan sedikit atau tanpa kelemahan yang signifikan. Cerita yang
diceritakan menarik, kreatif dan mampu membangkitkan emosi pendengar. Bahasa yang
digunakan tepat dan efektif serta waktu penyampaian cerita baik.

Baik: Pencapaian yang memenuhi kriteria secara memadai tanpa mencapai tingkat keunggulan
yang konsisten namun tetap menunjukkan pemahaman yang baik dan penerapan yang cukup.
Cerita yang diceritakan cukup menarik dan mampu membangkitkan emosi pendengar. Bahasa
yang digunakan cukup tepat dan efektif serta waktu penyampaian cerita cukup baik.

Sederhana: Pencapaian yang kurang memadai dengan beberapa kelemahan yang signifikan
dalam memenuhi kriteria namun masih menunjukkan usaha dalam pencapaian. Cerita yang
diceritakan kurang menarik dan kurang mampu membangkitkan emosi pendengar. Bahasa yang
digunakan kurang tepat dan efektif serta waktu penyampaian cerita kurang baik.

Lemah: Pencapaian yang jauh dari memenuhi kriteria dengan banyak kelemahan. Cerita yang
diceritakan sangat kurang menarik dan tidak mampu membangkitkan emosi pendengar. Bahasa
yang digunakan sangat kurang tepat dan efektif serta waktu penyampaian cerita sangat kurang
baik.

KUMPULAN 2
RUBRIK HOLISTIK: PEMARKAHAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU
(KEMAHIRAN BERCERITA)

SKALA KRITERIA

● Keseluruhan isi kandungan menepati tajuk dengan penuh ketepatan


dan kreativiti.
● Plot cerita dibina dengan terperinci dan mengandungi elemen kejutan
yang membuat pendengar terpesona.
● Penggunaan perwatakan dan dialog yang membawa watak dan
suasana kehidupan dalam cerita.
Cemerlang ● Bahasa Melayu baku digunakan dengan cemerlang sepanjang aktiviti.
(81-100 markah ) ● Ayat-ayat adalah struktur gramatis dan lengkap, menunjukkan
penguasaan bahasa yang tinggi.
● Pemilihan kosa kata sangat sesuai dengan tajuk dan menyumbang
kepada pengayaan bahasa cerita.
● Pertuturan sangat jelas dan lancar, menyampaikan cerita dengan
penuh keyakinan.
● Intonasi suara sangat bervariasi, mencerminkan perasaan dan suasana
dalam cerita.

● Hampir keseluruhan isi kandungan menepati tajuk dengan baik.


● Plot cerita mempunyai perkembangan yang baik, meskipun mungkin
kurang beberapa elemen kejutan.
● Penggunaan perwatakan dan dialog memberi kesan yang baik tetapi
mungkin memerlukan sedikit penambahbaikan.
● Bahasa Melayu baku digunakan dengan baik, dengan beberapa
kecacatan kecil.
Sangat Baik
● Ayat-ayat adalah struktur gramatis dan lengkap, tetapi mungkin
(61-80 markah) terdapat beberapa ketidaksempurnaan.
● Pemilihan kosa kata adalah sesuai dengan tajuk dan memberikan
penjelasan kepada cerita.
● Pertuturan adalah jelas dan lancar, tetapi mungkin ada beberapa
kekangan dalam pengucapan.
● Intonasi suara bervariasi, tetapi boleh diperbaiki untuk memberikan
lebih banyak nuansa kepada cerita.

● Sebahagian besar isi kandungan menepati tajuk, tetapi terdapat


Baik
beberapa kekosongan atau ketidak jelasan dalam plot cerita.
(41-60 markah) ● Plot cerita mungkin kurang teratur dan memerlukan penyusunan yang
lebih baik untuk memudahkan pemahaman pendengar.

KUMPULAN 2
● Penggunaan perwatakan dan dialog memberi kesan tetapi mungkin
tidak konsisten sepanjang cerita.
● Penggunaan Bahasa Melayu baku ada tetapi mungkin disertai dengan
beberapa ketidaksempurnaan.
● Ayat-ayat kadang-kadang kurang lengkap dan mungkin ada beberapa
kekeliruan gramatik.
● Pemilihan kosa kata sesuai dengan tajuk, tetapi mungkin ada ruang
untuk penambahbaikan.
● Pertuturan bersifat memuaskan tetapi mungkin terdapat beberapa
ketidaklancaran.
● Intonasi suara kadang-kadang kurang bervariasi, menjadikan cerita
kurang dinamik

● Isi kandungan kurang menepati tajuk dan mungkin sukar difahami


oleh pendengar.
● Plot cerita mungkin tidak jelas atau kurang teratur, menyebabkan
kekeliruan.
● Penggunaan perwatakan dan dialog mungkin tidak menyelaraskan
dengan suasana cerita.
● Penggunaan Bahasa Melayu baku masih terdapat kecacatan yang
Sederhana
ketara.
(21-40 markah) ● Ayat-ayat sering tidak lengkap dan terdapat banyak kekeliruan
gramatik.
● Pemilihan kosa kata mungkin tidak sesuai dengan tajuk,
menyebabkan kekurangan kejelasan.
● Pertuturan mungkin kurang jelas dan terdapat kesukaran dalam
memahami cerita.
● Sebutan kata-kata sering tidak tepat, menyebabkan kekeliruan.
● Intonasi suara kurang bervariasi, menjadikan cerita kurang menarik
● Isi kandungan tidak menepati tajuk atau mempunyai kaitan yang jauh
dengan tajuk yang dipilih.
● Plot cerita tidak jelas atau tidak berstruktur, menyebabkan kekeliruan
dan kehilangan minat pendengar.
● Penggunaan perwatakan dan dialog mungkin tidak konsisten dan
tidak menyelaraskan dengan cerita.
● Penggunaan Bahasa Melayu baku sangat terhad atau hampir tidak
Lemah
wujud.
(1-20 markah) ● Ayat-ayat sering tidak lengkap, tidak gramatis, atau tidak teratur.
● Pemilihan kosa kata tidak sesuai dengan tajuk, menyebabkan
kekurangan kejelasan dan kefahaman.
● Pertuturan sangat tidak jelas dan sukar difahami.
● Sebutan kata-kata tidak tepat, menyebabkan kekeliruan dan
ketidakfahaman.
● Intonasi suara sangat terhad atau tidak ada, menjadikan cerita tidak
menarik

KUMPULAN 2

Anda mungkin juga menyukai