Anda di halaman 1dari 8

KPP 3014 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TUGASAN INDIVIDU
(PENULISAN KRITIS)

TAJUK TUGASAN : ULASAN PENULISAN

MENEROKA TINGKAH LAKU UNIK PELAJAR PINTAR CERDAS BERBAKAT


AKADEMIK

KUMPULAN KULIAH : B

NAMA YASMIN HANANI BINTI SALEHAN


NO. MATRIK D20211099713
PROGRAM ISMP MUZIK
PENSYARAH DR. NORLIZA BINTI ABDUL MAJID
TARIKH 16 JANUARI 2023
1.0 Pengenalan

Kewujudan pelajar pintar cerdas dalam arus pendidikan negara tidak dapat dinafikan lagi. Hal
ini dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan yang mana terbukti 1daripada 10000 orang
kanak-kanak adalah pintar cerdas. Menurut Agaliotis & Kalyva, 2019, kanak-kanak pintar
cerdas mempunyai keunikan dalam tingkah laku yang menjadikan mereka pelajar yang
cemerlang dalam akademik. Keunikan dalam diri kanak-kanak pintar cerdas ini bukan pada
akademik sahaja, namun pada sudut kehidupan seharian juga. Tingkah laku mereka tidak
seperti kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak pintar cerdas bertindak jauh lebih matang
berbanding usia mereka yang sebenar. Kadangkala, tindakan kanak-kanak pintar cerdas tidak
dapat diterima oleh masyarakat kerana tiada pendedahan untuk mendidik kanak-kanak ini.

Pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa ujian saringan untuk mengenalpasti pelajar cerdas
pintar dalam negara dan akan ditempatkan di sebuah sekolah khas. Program ini dilaksanakan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah dilancarkan pada 2 Mac 2009 oleh
YAB Datin Sri Paduka Rosmah Mansor. Sejumlah dana telah diberikan untuk memulakan
projek tersebut yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pengurusan bakat,
bahagian perkhemahan cuti sekolah, bahagian sekolah PERMATA pintar dan Program ASASI
Pintar. Saringan dilakukan secara dalam talian kepada pelajar sekolah harian dan sekolah
berasrama penuh. Pelajar yang berjaya melepasi ujian saringan akan menjalani saringan
seterusnya sehingga pelajar yang pintar cerdas dapat dikenalpasti dan akan ditempatkan di
sekolah Permata Pintar.

Kajian yang dilakukan bertujuan mengenalpasti tingkah laku unik pelajar pintar cerdas dalam
tiga keadaan berbeza iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran, di rumah dan pergaulan
bersama rakan. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi panduan kepada ibu bapa, guru dan
masyarakat untuk memahami pelajar pintar cerdas agar golongan ini mendapat layanan sama
rata seperti pelajar arus perdana dan tidak dipinggirkan kerana keunikan yang mereka miliki.
Kajian yang dilakukan juga untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali
pelajar cerdas pintar dengan lebih dekat di samping memahami tingkah laku dan tret kepintaran
yang ditonjolkan.
2.0 Ulasan penulisan

Artikel menjelaskan keadaan semasa dan situasi yang dihadapi oleh pelajar pintar cerdas di
Malaysia yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Pelajar pintar cerdas yang tidak dapat
dikenalpasti diletakkan bersama pelajar arus perdana telah menyebabkan banyak kesan negatif
kepada pelajar pintar cerdas itu sendiri. Hasil kajian mendapati masyarakat tidak terdedah
dengan kewujudan pelajar pintar cerdas lalu memberi pandangan serong kepada pelajar kerana
bakat atau kepintaran yang dimiliki. Pelajar ini juga tidak mendapat tahap pendidikan yang
sewajarnya jika bersekolah bersama pelajar arus perdana. Kajian dilakukan secara kualitatif
menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji telah menemubual lima orang ibu bapa pelajar pintar
cerdas, tiga orang pensyarah dan enam orang pelajar pintar cerdas. Responden ditemubual
secara mendalam semi berstruktur. Pelajar yang ditemubul berumur 13 tahun sedang
melanjutkan pelajaran di Kolej GENIUS @ Pintar Cerdas Negara.

Artikel ini menjelaskan tingkah laku pelajar cerdas yang tidak diketahui oleh masyarakat
umum. Pelajar pintar cerdas sering merasa tidak selesa jika berada di dalam kelas bersama
dengan pelajar arus perdana kerana pelajar arus perdana tidak mempunyai tahap pemikiran
yang sama seperti mereka. Pelajar cerdas pintar mempunyai masalah pengurusan emosi
disebabkan jurang umur kronologi dengan umur yang besar atau lebih mudah dikenalpasti
sebagai perkembangan tidak sejajar (asynchronous). Antara tingkah laku yang ditunjukkan
oleh pelajar pintar cerdas ini di rumah ialah pelajar dapat membaca seawal umur empat tahun
dan suka membaca dalam masa yang lama. Pelajar suka membaca buku fantasi Inggeris seperti
Harry Potter, Dork Diaries, Peter Pan dan banyak lagi. Pelajar juga boleh menceritakan hasil
bacaan mereka dengan baik dan teliti kepada orang lain.

Selain itu, pelajar juga gemar melukis sehingga mampu menghasilkan lukisan kreatif yang
cantik. Ibu bapa juga berpendapat anak-anak meluahkan perasaan mereka melalui lukisan yang
dihasilkan. Pelajar juga gemar mendengar muzik dan memainkan instrumen muzik yang
diminati. Pelajar dapat menghafal lirik lagu dalam masa yang singkat. Seterusnya, pelajar juga
gemar melakukan aktiviti yang mencabar minda mereka seperti bermain scrabble, silang kata,
rubik dan catur. Pelajar juga merupakan insan yang patuh kepada arahan dan nasihat yang
diberikan. Namun mereka sangat sensitive apabila dimarahi.
Tret pintar cerdas dapat diketengahkan melalui tiga perkara iaitu pendorong (catalyst). Catalyst
Persekitaran, Catalyst interpersonal dan peluang. Catalyst Persekitaran termasuklah milieu
yang bermaksud fizikal, budaya, sosial dan kekeluargaan. Seterusnya ialah Catalyst
Interpersonal iaitu faktor yang terdapat dalam diri merangkumi ciri-ciri fizikal seperti
kecacatan, kesihatan dan penampilan. Mereka akan menajamkan kepintaran dan kecerdasan
yang dimiliki apabila keperluan mereka dipenuhi. Faktor yang terakhir ialah peluang. Catalyst
Peluang ini menjadi komponen paling penting dalam mengawal keseluruhan catalyst pintar
cerdas. Misalnya, kanak-kanak yang lahir dalam keluarga berada sentiasa mengutamakan
pendidikan sekaligus bakat dapat dikembangkan sehingga ke tahap yang optimum.

Pelajar pintar cerdas mempunyai tingkah laku unik yang mana mereka sangat gemar meneroka,
sangat aktif, kurrang tidur sehingga menyebabkan ibu bapa berasa penat untuk melayan
karenah mereka. Mereka juga suka bertanya, tidak takut untuk mencuba, memberikan idea
yang pelik serta tidak suka duduk diam. Selain itu, pelajar juga mampu membezakan realiti
dan fantasi selain mempunyai kesempurnaan melampau (perfectionism). Komitmen tinggi
yang diberikan dalam menyelesaikan tugasan menyebabkan mereka mudah marah dan kecewa
sekiranya tidak dapat menyempurnakan sesuatu tugasan. Seterusnya mereka juga seorang
pemerhati yang baik dan gemar melakukan aktiviti intelektual yang mana mereka boleh
meluangkan masa yang lama untuk membaca atau melakukan aktiviti yan melibatkan
pemikiran. Namun, pelajar kurang pemahaman konsep yang abstrak seperti ketuhanan
menyebabkan mereka tidak menggemari program kerohanian.

Berdasarkan dapatan kajian, pensyarah mengatakan pelajar gemar menggunakan cara sendiri
untuk menyelesaikan masalah, kerap berbahas tentang cara penyelesaian masalah yang
dicadangkan dalam buku dan kerap bertanya sebab berlakunya sesuatu sehingga mereka berasa
puas dengan jawapan yang diperoleh. Terdapat juga pelajar yang mempunyai maklumat lebih
tinggi daripada pensyarah dan mempersoalkan pelajaran yang diperkenalkan oleh pensyarah.
Selain daripada itu, sikap pelajar di sekolah menunjukkan ego yang tinggi dan suka bersendiri.
Mereka berani menonjolkan diri di hadapan pensyarah dan tidak ingin dipandang rendah serta
berusaha untuk membuktikan diri mereka lebih hebat berbanding orang lain. Namun, perilaku
mereka berubah apabila mereka berada dalam kumpulan yang tidak setaraf dengan minat dan
pemikiran mereka.
3.0 Pernyataan Masalah
Setiap pelajar perlu mendapatkan pendidikan sewajarnya mengikut tahpap masing-masing.
Pelajar pintar cerdas tidak mendapat tahap pendidikan yang selayaknya mengikut tahap
keperluan IQ mereka. Anak-anak pintar cerdas terdedah kepada peminggiran sosial kerana ibu
bapa dan masyarakat tidak memahami tingkah laku unik mereka serta mengabaikan keperluan
mereka sebagai anggota masyarakat. Pelajar pintar cerdas juga berisiko menjadi mangsa buli
jika ditempatkan di sekolah yang sama dengan pelajar arus perdana di samping tidak akan dapat
berkawan dengan palajar yang tidak mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan mereka.
Masalah yang timbul akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran sekaligus
mengalami keciciran walaupun mereka hadir ke sekolah. Silibus pembelajaran untuk pelajar
cerdas pintar juga adalah terhad mengikut umur dan tahap pemikiran yang tidak sejajar.

4.0 Teori berkaitan

Teori Renzulli
Teori pintar cerdas yang digunakan dalam mengakaji tingkah laku unik pelajar pintar cerdas
ialah Teori Renzulli. Model yang digunakan ialah model Tiga Cincin Renzulli yang
membahagikan manusia kepada tiga kelompok iaitu kemampuan atau kebolehan, komitmen
tugas dan kreativiti. Kebolehan tidak bermaksud kepintaran yang tinggi namun harus dilihat
daripada perspektif intelligence quotients (IQ). Komitmen bermaksud kesungguhan individu
melakukan tugasan dalam bidang spesifik secara berterusan dalam jangka masa yang tertentu.
Kreativiti pula bermaksud cara berfikir yang berbeza daripada orang lain, baru dan keaslian
idea. Keseimbangan ketiga-tiga aspek ini adalah penting untuk memastikan pelajar boleh
membuat perbezaan antara kebolehan umum dan kebolehan khusus. Faktor personality dan
persekitaran turut mempengaruhi tingkah laku yang ditunjukkan.

Teori Gagne
Teori Gagne memperkenalkan Differentiated Model of Gifted and Talent (DMGT) untuk
menjelaskan pelajar pintar cerdas yang berbakat. Terdapat dua domain kebolehan semulajadi
iaitu mental dan fizikal. Domain mental merupakan elemen kepintaran seperti kepintaran
semula jadi, rasional, cepat faham dan kekuatan menghafal, kreatif ialah kebolehan
menyelesaikan masalah, imaginasi dan ketulenan, sosial iaitu memanipulasi orang,
berinteraksi, kebolehan mempengaruhi dan memujuk orang dan perseptual iaitu kebolehan
lihat, dengar, sentuh dan kinestatik. Domain fizikal pula terbahagi kepada dua iaitu otot
maskular yang melibatkan kuasa, kelajuan dan kekuatan manakala kawalan motor melibatkan
koordinasi, keseimbangan dan kelenturan.

5.0 Objektif artikel

Objektif umum kajian ini ialah mengenalpasti tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar
pintar cerdas untuk menyerlahkan bakat akademik. Objektif khusus kajian ini pula meliputi
perkara berikut:

i. Mengenal pasti tingkah laku pelajar pintar cerdas yang ditunjukkan semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti tingkah laku pelajar pintar cerdas yang ditunjukkan semasa di
rumah.
iii. Mengenal pasti tingkah laku yang ditunjukkan dalam pergaulan bersama rakan.

6.0 Kepentingan kajian

Kajian ini dilakukan kerana penting kepada ibu bapa dan masyarakat untuk mengetahui tingkah
laku unik yang dimiliki oleh pelajar pintar cerdas yang tidak sama seperti pelajar arus perdana.
Masyarakat tidak sepatutnya menyisihkan golongan pelajar pintar cerdas ini maka, mereka
perlu mengenali golongan ini dengan lebih dekat supaya tidak timbul sebarang perselisihan
faham. Pihak sekolah juga perlu memastikan pelajar menjalani saringan permata pintar dan
memastikan pelajar pintar cerdas dihantar ke Kolej Genius @ Permata untuk mereka mendapat
pendidikan yang sewajarnya mengikut tahap yang diperlukan.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenalpasti tret kepandaian dan tingkah laku anak-anak yang
berbeza daripada kanak-kanak lain. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak pintar cerdas
mereka mendapat pendidikan sama seperti pelajar arus perdana kerana bakat mereka boleh
dikembangkan dengan lebih luas daripada yang sedia ada. Luangkan masa bersama anak-anak
untuk mengenalpasti tingkah laku dan rutin harian anak-anak supaya bakat yang diperolehi
tidak dibazirkan begitu sahaja.
7.0 Implikasi

Penerokaan tingkah laku unik pelajar pintar cerdas berbakat akademik membantu pelajar untuk
lebih maju dalam mencapai matlamat dalam hidup. Pelajar juga dapat lebih mengenali potensi
diri dengan adanya galakan daripada ibu bapa, guru, sekolah mahupun masyarakat. Ibu bapa
yang faham tentang tingkah laku unik ini akan mengambil langkah sewajarnya untuk
memanfaatkan sepenuhnya bakat yang diperolehi anak-anak mereka. Guru dan sekolah juga
harus menggalakkan penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan membenarkan melakukan
aktiviti yang berkaitan untuk mengembangkan bakat dan kebolehan pelajar. Namun jika
sekolah tidak mempunyai kepakaran, hantarkan pelajar kepada institusi berkaitan yang
mempunyai kepakaran sewajarnya demi menghargai kebolehan pelajar pintar cerdas.
Masyarakat pula akan hidup harmoni kerana memahami tingkah laku unik pelajar pintar cerdas
berbakat dengan baik.

8.0 Rumusan

Secara keseluruhannya artikel ini merupakan artikel yang baik. Artikel ini boleh digunakan
untuk tujuan memahami tingkah laku unik pelajar pintar cerdas berbakat akademik. Artikel ini
juga membuka minda tentang tindakan yang perlu diambil oleh ibu bapa, guru dan masyarakat
untuk membela nasib pelajar pintar cerdas untuk memastikan mereka mendapat pendidikan
sewajarnya mengikut tahap mereka. Selain itu, masyarakat juga dapat dididik untuk
menghargai bakat pelajar pintar cerdas walaupun terdapat tingkah laku unik pelajar yang
menimbulkan rasa kurang senang antara mereka. Tingkah laku yang ditunjukkan juga adalah
berbeza mengikut lokasi dan situasi yang dihadapi oleh pelajar. Kesimpulannya, banyak
informasi dan pengajaran yang diperolehi daripada artikel ini.
Rujukan

Ismail, M. J., Hamuzan, H. A., & Maarof, N. H. (2021). Meneroka tingkah laku unik pelajar
pintar cerdas berbakat akademik. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 18(2), 301-
328. https://doi.org/10.32890/mjli2021.18.2.11

Sejarah Pusat GENIUS@Pintar Negara – Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM. (n.d.).


https://www.ukm.my/geniuspintar/history-estabishment/

Anda mungkin juga menyukai