Anda di halaman 1dari 16

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

TIADA PROGRAM YANG KOMPREHENSIF BAGI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DI MALAYSIA


Ezleen Haniny Bt Abd Hamid Tengku Rusmawati Bt Raja Zaharin Bonsu Amin bt Sahiman Low Chiu Yen

Abstract Gifted students in Malaysia has been highlighted in education system when the Express Class were first applied on 1962 but it was abruptly stop in early 1970s. On 1980s , a National Symposium about Genius Children were being held and followed by MENSA Malaysia Society, BAKA Programme and also the Gifted Student Education were being organised on 1990. But unfortunately, there are no comprehensive programme were conducted to fullfill each of the gifted student needs in Malaysia. This paper examines Singapores policy for the giften children that hes been implemented on 1984 that are well known as Gifted Education Programme (GEP) that still being conducted until today. now is become more interest among us in our country. Abstrak Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962 dan telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Pada tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanakkanak Bergeliga telah diadakan diikuti dengan Persatuan MENSA Malaysia, Program BAKA serta Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990. Namun begitu, tiada program yang komprenhensif telah dibentuk dan dijalankan bagi memenuhi keperluan setiap kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia. Penulisan ini akan melihat bagaimana perjalanan dan perkembangan program khas untuk kanak-kanak pintar cerdas di Singapura yang telah diimplementasi sejak dari tahun 1984 yang dikenali sebagai Gifted Education Programme (GEP) yang masih berterusan sehingga kini. Penulisan ini juga akan membincangkan Program Pintar Cerdas yang semakin mendapat tempat di negara kita. , as well as the implementation paradigm. This paper also will discuss the Pintar Cerdas Programme that

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

1.0

PENGENALAN Sebelum membincangkan isu ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu kita perlu

memahami siapakah kanak-kanak pintar cerdas. Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah: Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance.These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998, ms. 18) Definisi pelajar pintar cerdas ini telah diterima pakai oleh Jabatan Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun1972. Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi; dan 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Potensi mereka akan hanya dapat dicungkil semaksimum mungkin sekiranya kita membuka peluang kepada mereka melalui program yang lebih berbentuk komprehensif serta sistematik. 2.0 ISU KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DI MALAYSIA Kanak- kanak pintar cerdas adalah satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. Mereka ini mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa, oleh sebab itu ramai di kalangan ahli pendidik menyarankan agar kanak- kanak pintar cerdas dan berbakat ini didedahkan kepada program pendidikan yang khusus, yang sesuai dengan kebolehan mereka sendiri. Namun begitu di Malaysia, keperluan mereka sebagai kanak-kanak pintar cerdas seolah-olah diabaikandan menurut Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999) apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada dalam sistem pendidikan biasa, bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang memuaskan tetapi mereka juga sering kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh kebanyakkan rakan sebaya mereka. 2

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Malaysia sepatutnya mencontohi Singapura dan Indonesia yang telah memikirkan dengan lebih serius tentang isu ini. Tidak hairanlah apabila kedua negara ini telah mewujudkan mekanisme bagi membantu kanak-kanak pintar dan cerdas dengan menubuhkan pusat pendidikan khas untuk melaksanakan program pendidikan pintar cerdas. Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999), menyatakan bahawa pendidikan khas untuk mereka ini wajar dilaksanakan di negara ini kerana mereka merupakan aset yang penting bagi negara dan mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara. Selain itu juga, kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai hak untuk belajar, hak untuk mengembangkan kebolehan diri, dan hak untuk menjadi manusia yang produktif. 3.0 KLASIFIKASI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Guru seharusnya memainkan peranan yang penting bagi mengenali kanak-kanak pintar cerdas ini di bilik darjah. Guru yang kurang peka dan menganggap kehadiran kanakkanak ini merupakan satu masalah bagi mengawal tingkah laku mereka yang mudah bosan dengan sistem pendidikan yang biasa, menyebabkan kerugian yang besar kepada negara kita. Kurangnya kepakaran dikalangan guru untuk mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas ini juga menyebabkan kita seolah-olahnya meminggirkan kanak-kanak ini serta tidak membenarkan mereka belajar ditahap kecerdasan mereka sendiri. Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang dikemukakan oleh Sutratinah Tirtonegoro (1984; 29) iaitu Superior, Berbakat (Gifted) dan Genius. Ketiga-tiga kelompok kanak-kanak tersebut memiliki peringkat kecerdasan Intelligence Quotien (IQ) yang berbeza seperti yang dihuraikan di bawah: a. Genius Genius ialah kanak-kanak yang memiliki kecerdasan yang luar biasa, sehingga dapat menciptakan dan menghasilkan sesuatu yang sangat tinggi nilainya. Tahap IQ kanak-kanak ini adalah diantara 140 sehingga 200. b. Berbakat Kanak-kanak ini disebut juga gifted and talented yang mempunyai tahap IQ diantara 125 sehingga 140.

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Superior Kanak-kanak superior mempunyai tahap IQ di antara 110 sehingga 125. 4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Menurut buku yang dihasilkan oleh UKM yang bertajuk PERMATApintar: Pengalaman UKM (2010), terdapat tujuh ciri-ciri utama bagi mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas ini di dalam bilik darjah iaitu; a. Kebolehan Intelek yang Umum i. sangat suka membaca bahan bacaan yang lebih tinggi dari tahap usianya. ii. mempunyai minat yang mendalam dalam sains dan kesusasteraan. iii. mempunyai emosi yang stabil serta peramah dan mesra. b. Kebolehan Intelek yang Khusus i. menunjukkan ciri yang hampir sama dengan ciri keupayaan intelektual umum tetapi menumpu kepada satu atau beberapa bidang sahaja. ii. belajar dengan pantas, mudah dan tanpa memerlukan pengulangan dalam satu atau beberapa bidang (tidak semua bidang). c. Pemikiran Kreatif i. sangat lancar dan yakin ketika menyatakan serta menjelaskan idea yang telah difikirkannya. ii. mempunyai pola pemikiran yang luwes dan bersedia untuk meneka serta membuat hipotesis. d. Kepimpinan i. berkebolehan merangsang dan membangkitkan semangat orang lain dalam sesuatu perkara. ii. mudah berinteraksi dengan orang lain dan menunjukkan kemahiran sosial yang tinggi. e. Kebolehan Psikomotor i. mampu mengikut rentak dan irama dengan mudah seperti menari. 4

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

ii. sukakan permainan yang fizikal atau tarian yang lasak. f. Kesenian Visual dan Persembahan Sub Domain Muzik Kanak-kanak yang amat berbakat dalam bidang muzik adalah kanak-kanak yang; i. mempunyai kebolehan menghayati irama sesuatu lagu dengan mudah. ii. sangat bagus dalam memahami kordinasi irama, nada dan melodi. Sub Domain Drama i. menunjukkan minat yang mendalam dan sangat seronok melakukan aktiviti lakonan. ii. berupaya menukar peranan dari satu watak ke satu watak yang lain samada sebagai manusia, binatang mahupun objek yang berbeza. . Sub Domain Seni Lukisan i. berkebolehan melukis pelbagai objek dengan mudah. ii. memberikan tumpuan yang mendalam ketika menghasilkan sesuatu karya lukisannya. g. Sosial-emosi i. sangat menitikberatkan hal-hal keadilan serta mempunyai perasaan yang mendalam terhadap keadilan dan adakalanya mungkin akan menentang dengan tegas sesuatu yang dirasanya tidak adil. ii. berkeyakinan yang tinggi, percaya dirinya dihargai kerana kebolehannya bukan kerana siapa dia. iii. lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua dari usianya. 5.0 SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PROGRAM KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DI SINGAPURA Sebagai sebuah negara yang kecil dimana tiada sumber alam yang boleh dimanipulasikan bagi memajukan negara, Singapura sedar bahawa sumber manusia adalah penting bagi menjamin untuk mencapai kemajuan setanding dengan negara-negara lain. Oleh itu, misi pendidikan negara tersebut adalah untuk membentuk masa hadapan rakyatnya yang bertujuan untuk mendidik dan membangunkan kemahiran dan bakat setiap kanak-kanak 5

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

supaya mereka mampu menyedari potensi mereka yang sebenarnya.

Gifted Education

Programme (GEP) telah diinspirasi sejak tahun 1981 lagi. Berikut merupakan kronologi dan rentetan kepada program ini berdasarkan web Kementerian Pendidikan Kerajaan Singapura. 1981 Menurut laman web Kementerian Pendidikan Kerajaan Singapura, Gifted Education Programme (GEP) telah diilhamkan oleh mendiang Dr Tay Eng Soon, yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan di Singapura yang mempunyai misi untuk mengkaji program bagi pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di negara-negara lain. Melalui kajian yang telah dilakukan, misi ini telah mendapat dapatan yang begitu positif dan telah menanamkan kepercayaan tentang keperluan untuk memulakan program untuk kanak-kanak pintar cerdas di Singapura. Sebenarnya program untuk kanak-kanak pintar cerdas bukanlah satu program yang unik di Singapura. Negara-negara seperti Amerika Syarikat, China, Russia dan Israel telah pun membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan intelektual kanak-kanak tersebut. 1983 Satu kertas kerja konsep telah dibentuk bagi menyediakan rasional dan objektif kepada program kanak-kanak pintar cerdas ini. Program GEP adalah dikhususkan hanya kepada kanak-kanak pintar cerdas. Kertas ini juga menghuraikan dengan lebih terperici mengenai masa hadapan program tersebut serta pemilihan guru dan proses pemilahan muridmurid untuk program ini. Pada bulan May, satu unit projek khas, kini yang dikenali sebagai Gifted Education on Branch telah dibentuk. Tugas utama unit ini adalah untuk memilih murid-murid dan guru-guru untuk GEP, melatih guru-guru, menyediakan bahan-bahan pengajaran untuk kurikulum baru serta mengimplementasikan program tersebut dengan membuat pemerhatian setiap kemajuan yang telah dicapai. Unit ini sebenarnya telah menerima latihan dari pakar dalam pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Amerika Syarikat dan mempunyai penasihat khas bagi memudahkan kajian keatas program ini. 1984 Gifted Education Programme (GEP) mula diiplementasikan di Singapore di 1984. Program ini telah dimulakan oleh Menteri Pendidikan (MOE) dimana satu polisi telah diwujudkan dibawah sistem pendidikan baru pada tahun 1979 dimana sistem ini akan 6

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

menyediakan kanak-kanak yang bersekolah dengan pengalaman pendidikan yang terbaik yang mampu memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut bagi meningkat minat mereka untuk ke sekolah dalam kalangan kanak-kanak tersebut.

1985 Anglo-Chinese School (Primary) menjadi sekolkah rendah yang ketiga menjadi pusat GEP.

1988 Anglo-Chinese School (sekolah persendirian) menjadi sekolah rendah ketiga menjadi menjadi pusat kepada GEP. 1990 Nanyang Primary School menjadi sekolah keempat menjadi pusat GEP. 1996 Dunman High School menjadi sekolah menengah keempat GEP centre dan Tao Nan School, merupakan sekolah rendah kelima menjadi pusat GEP.

1997 Henry Park Primary School menjadi sekolah rendah keenam menjadi pusat GEP.

1998 Catholic High School (Primary) dan St. Hildas Primary School menjadi sekolah rendah ketujuh dan kelapan pusat GEP.

1999

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Chinese High School and Nanyang Girls High School menjadi sekolah kelima dan keenam sekolah menengah pusat , dan Nan Hua Primary School, menjadi sekolah kesembilan menjadi pusat GEP.

2001 Victoria School menjadi sekolah ketujuh menjadi pusat GEP.

2004 Chinese High School, Raffles Girls School (Secondary) dan Raffles Institution telah menawarkan program integrasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 3. Anglo-Chinese School (Independent) dan Nanyang Girls High School menawarkan pilihan program integrasi kepada pelajar sekolah menengah. Pelajar-pelajar GEP yang memilih untuk memasuki program integrasi ini akan diletakkan di kelas yang berdasarkan School-Based Gifted Education (SBGE). 2005 School-Based Gifted Education (SBGE) telah diiplementasikan dari pelajar tingkatam 1 hingga 6 schools program integrasi: Anglo-Chinese School (Independent), Dunman High School, Hwa Chong Institution (formerly The Chinese High School), Nanyang Girls High School, Raffles Girls School (Secondary) and Raffles Institution. NUS High School of Mathematics and Science menjadi sekolah pertama pakar untuk matapelajaran Matematik dan Sains.

2006 Untuk sekolah rendah masih kekal 9 buah pusat sekolah GEP.

2007 Satu program khas telah dirancang untuk melayani keperluan kanak-kanak pintar cerdas bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan matematik khusunya. Manakala untuk Matematik pula diadakan karnival Matematik. Peluang pembangunan profesionalisme juga telah diwujudkan bagi guru-guru yang mengajar kanak-kanak pintar cerdas ini. Kursus Foundation Course in Teaching High8 Bagi Bahasa Inggeris telah diadakan aktiviti seperti Language Arts Festival dan National Spelling Championship.

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Ability Learners (FCTHAL), dan juga sijil Certificate for Teaching Pupils of High Ability (CeTPHA) dan sijil Certificate of Gifted Education (COGE) telah di bertambah dari semasa ke semasa pada setiap tahun.

2008 Objektif bagi matapelajaran Bahasa Inggeris adalah untuk mendedahkan Kesenian Bahasa di sekolah rendah. Di sini, kanak-kanak ini akan didedahkan dengan kemahiran bercakap melalui program yang lebgih berbentuk berterusan dengan mengadakan bengkel bahas untuk menyediakan peserta ke pertandingan bahas.

6.0

PERSEDIAAN TENAGA PENDIDIK Menurut Tannenbaum, A.J. (1989), perbincangan mengenai pendidikan kanak-kanak

pintar ini tidak akan lengkap jika tidak dimasukkan mengenai tenaga pengajar iaitu guru. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab secara langsung untuk meiplementasikan apa sahaja program kerana mereka berhubung terus dengan murid-murid setiap hari di dalam bilik darjah. Guru-guru GEP merupakan guru-guru yang dipilih khas oleh Gifted Education Branch. Guru-guru tersebut mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi dan mempunya pengalaman mengajar yang relevan dengan kehendak program akan ditawarkan untuk ditemuduga. Tawaran ini akan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak untuk mengajar untuk program ini. Semua guru GEP perlu menghadiri kursus asas pendidikan yang dianjurakan sebelum mereka boleh mula mengajar murid-murid GEP. Pada 2 tahun pertama, guru-guru ini perlu menghadiri Affective Education untuk kanak-kanak pintar cerdas dan kursus Curriculum Differentiation bagi menyediakan guru-guru ini. Mereka juga diwajibkan membuat praktikum dalam bilik darjah GEP itu sendiri. Semua guru GEP yang baru akan dimentor oleh pakar kurikulum dari GE Branch. Pada mulanya, guru-guru ini akan dipantau sekurang-kurangnya dua kali setahun, dibawah penyeliaan mentor mereka berdasarkan isi kandungan dan pedagogi. Oleh kerana lebih banyak masa diperlukan untuk mrnyediakan pengajaran, alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid-murid GEP ini, guru-guru GEP ini akan dikurangkan waktu sesi pengajaran dari guru di sekolah-sekolah biasa.

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

7.0

PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DI MALAYSIA Program kanak-kanak pintar cerdas pernah dijalankan di Malaysia. Namun, setiap

program yang diadakan sentiasa berubah selang beberapa tahun. Oleh itu suatu program khusus yang berterusan perlu dilakukan. Ia bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas(gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem

pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakanrakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka

10

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983, bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. Pada tahun 1985, pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini, Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990, di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Hasil 33 daripada seminar tersebut, didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat.

Ekoran dengan itu, pada tahun 1996, satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan, yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar tahun tiga sekolah rendah. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5, tanpa perlu mengikuti persekolahan di Tahun 4. Walau bagaimanapun, penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja. 8.0 PROGRAM PERMATA PINTAR Permata Pintar merupakan sekolah pertama di Malaysia untuk kanak-kanak istimewa iaitu untuk kanak-kanak pintar cerdas. Ia adalah usahasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Centre for Talented Youth, John Hopkins University, Amerika Syarikat. Jika lain-lain sekolah di dunia ini mempunyai sekolah pintar cerdas, maka Malaysia juga perlu ada sekolah yang sedemikian supaya pelajar pintar cerdas Malaysia dapat belajar di tanahair sendiri. Pada ketika ini, ramai pelajar pintar cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa

11

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

masing-masing yang berkemampuan untuk belajar di sekolah pintar cerdas luar Negara dan ada di antara mereka yang mendapat biasiswa dan kewarganaan Negara berkenaan. Oleh sebab itu, Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah diberi kepercayaan oleh Bahagian PERMATA, JPM untuk mengendalikan sekolah pintar cerdas pertama di Malaysia. Beberapa siri lawatan juga telah dilakukan oleh Penaung PERMATApintar, YABhg Datin Paduka Seri Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri ke sekolah-sekolah pintar cerdas di seluruh dunia bersama dengan ahli akademik Pusat PERMATApintar untuk memformulasikan konsep Akademi PERMATApintar UKM. Antaranya sekolah yang dikendalikan oleh universiti National University of Singapore - NUS High School of Science and Mathematic dan Mahidol University - Mahidol Wittayanusorn School. Selain itu lawatan ke Beijing No. 8 High School juga dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang konsep sekolah khas untuk pelajar. Program yang akan diterapkan nanti lebih berbentuk umum dan bukannya berbentuk matematik. Beliau juga telah menggunakan khidmat nasihat serta segala maklumat yang dimiliki oleh ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24, bagi mengenalpasti modul dalam kandungan program berkenaan dan kaedah pembelajaran yang terbaik bagi anak-anak pintar. Akademi PEMATAPintar merupakan sekolah khas untuk pelajar pintar cerdas yang pertama di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan Akademi PERMATApintar UKM yang akan bermula pada bulan Januari 2011. Akademi ini hanya mengambil pelajar-pelajar yang telah tamat tingkatan tiga. Pada tahun pertama 2011, akademi dijangka mengambil sejumlah 150 orang pelajar pintar cerdas berumur 16 tahun dari seluruh Malaysia. Akademi ini terletak dalam kampus UKM. Pelajarpelajar ini akan disaring melalui ujian-ujian PERMATApintar UKM 1 dan UKM 2 dan akan melalui program perkhemahan cuti sekolah PERMATApintar. Kerjasama daripada Pengarah Pelajaran Negeri serta guru di seluruh negara adalah diharapkan bagi memastikan murid terbabit mengambil Ujian Permata Pintar UKM 1 secara online sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Ujian Permata Pintar UKM 1 membolehkan pihaknya mengenal pasti murid yang layak untuk mengikuti Ujian Permata Pintar UKM 2 dan UKM 3. Daripada ujian saringan UKM 1 hanya 1,900 pelajar yang berjaya menamatkan ujian dalam tempoh satu jam dengan markah tertinggi adalah 68 daripada markah penuh 140. Pelajar diberi peluang untuk 12

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

memilih dua mata pelajaran dalam mana-mana bidang sama ada matematik, sains atau penulisan kreatif. Pemilihan tersebut bergantung kepada Ujian PERMATApintar UKM 1 dan Ujian PERMATApintar UKM 2 yang telah diduduki. Tiga ujian saringan yang dilaksanakan itu setara dengan ujian IQ yang diguna pakai di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Seramai 300 pelajar yang mencapai markah yang ditetapkan dalam semua ujian itu akan dipelawa menyertai program Perkhemahan Cuti Sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tiga mata pelajaran akan diajar semasa di perkhemahan tersebut iaitu Sains, Matematik dan Penulisan Kreatif. Akademi ini menawarkan program berbentuk pecutan dan pengayaan, bersandarkan kurikulum kebangsaan, Falsafah Pendidikan Negara dan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Akademi ini boleh dianggap sebagai satu makmal pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar cerdas. Kaedah pengajarannya lebih tertumpu kepada pembelajaran berbentuk differentiated learning yang berpusatkan pelajar. Pelajar-pelajar belajar mengikut kemampuan diri sendiri dengan dibantu oleh guru pakar yang memang mahir dalam setiap bidang yang diajar. Sekolah dalam kampus ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar berinteraksi secara terus dengan mentor yang terdiri daripada profesor-profesor, pakar-pakar dan pelajar-pelajar UKM dari pelbagai bidang di UKM . Mereka juga berpeluang melakukan penyelidikan dengan pakar-pakar UKM supaya mendapat pendedahan awal tentang sesuatu bidang yang dikaji. Mereka juga berpeluang menggunakan infrastruktur penyelidikan dan lain-lain kemudahan dalam kampus UKM. Pada ketika ini kampus Akademi PERMATApintar UKM dalam peringkat pembinaan untuk fasa pertama yang terdiri dari blok pentadbiran, bilik darjah, bilik makmal, ruang beribadat/surau dan menara pemerhatian. Ia dijadualkan siap dalam bulan November 2010. Sebahagian besar kos sekolah ini adalah dari Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri, di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia. Selain itu, akademi juga mendapat dana dari penderma. Majlis Pecah Tanah Kompleks PERMATApintar Negara telah diadakan pada 6 Februari 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Pembinaan fasa ke dua merangkumi bahagian ke dua blok sekolah, tempat tinggal pelajar dan auditorium yang boleh digunakan untuk tujuan seminar. Setiap ruang yang dibina di sekolah ini membolehkan pelajar berinteraksi dengan persekitaran dan menjadikan persekitaran sebagai punca pengetahuan yang boleh menyumbang kepada pembelajaran mereka.

13

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

8.1

PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATA PINTAR Perlaksanaan Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS) yang diadaptasi dari Center

for Talented Youth (CTY) John Hopkins University dicadangkan untuk dua kategori peringkat umur iaitu kategori sekolah rendah dan sekolah menengah. Kategori sekolah rendah dalam peringkat umur 9 hingga 12 tahun seramai 200 orang berlandaskan perkadaran 1 dalam 100,000. Manakala, Kategori sekolah menengah rendah untuk peringkat umur 13 hingga 15 tahun seramai 200 orang. Setiap kategori pelajar akan dibahagikan kepada 20 kumpulan iaitu seramai 10 orang bagi setiap kumpulan. Pelajar yang dikenal pasti pintar cerdas berbakat akan mengikuti program perkhemahan musim cuti sekolah. Ia mengandungi komponen pengayaan kurikulum seperti yang dilaksanakan di Center for Talented Youth (CTY) John Hopkins University. Pengayaan Kurikulum memberi ruang kepada pelajar untuk mempelajari aspek-aspek berkaitan dengan sesuatu bidang ilmu secara lebih mendalam dalam konteks yang berbeza dari persekitaran di sekolah. Perkhemahan ini akan dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh fasilitator yang dipilih oleh Jawatankuasa Program Pintar Cerdas Berbakat UKM. Mereka boleh terdiri daripada ahli profesional dalam bidang yang ditawarkan, pensyarah, guru, pelajar UKM di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah. 9.0 KESIMPULAN Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Konsep pintar cerdas
sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan seseorang dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan sesuatu bahan atau teori, kebolehan seni yang hebat dan kebolehan muzik juga merupakan menifestasi kepintaran dan kecerdasan seseorang. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan

berkesan,

suatu

program

pendidikan

khusus

amat

diperlukan.

Usaha

untuk

menguruskan pelajar pintar cerdas di sesebuah sekolah memerlukan beberapa proses pengurusan tertentu agar pelajar mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang disediakan untuk mereka. Dengan adanya program PERMATA pintar kepada pelajar-pelajar yang pintar cerdas ini diharapkan ia dapat membimbing mereka khusus untuk menyesuaikan diri

14

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

bagi mencapai kecemerlangan dan berfungsi secara proaktif dalam era globalisasi kini yang membabitkan anjakkan paradigma terhadap perubahan sosial dan teknologi. Kita tidak boleh menganggap pelajar pintar cerdas akan memperolehi kemahiran belajar yang berkesan dan menjadi pelajar yang berautonomi hanya disebabkan oleh mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi. Untuk itu, kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan bagi menjayakan program ini supaya mereka dapat mengecapi kejayaan dalam pembelajaran malah dalam kehidupan sepanjang hayat.

RUJUKAN

Bee. H. L. 2000. The developing child. 9th Edition. Allyn & Bacon : New York. Davis, G. A, & Rimm, S. A (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston, MA:Allyn. Davis, G., & Rimm, S. 1998. Education of the gifted and talented. 4th Edition. Allyn & Bacon: New York Gargiulo, R. M. 2006. Special Education in Contemporary Society : An Introduction to Exceptionality. 2nd Edition. Thompson Wadsworth : USA http://www.moe.gov.sg/education/programmes/gifted-education-programme/high-abilitylearners/ Rimm, S. 2008. Why bright kids get poor grades : And what you can do about it. 3rd Edition. Great Potential Press Inc. : USA Sousa, D. A.2003. How the gifted brain learns. Corwin Press Inc. : USA

15

KAP 6023 : Isu-Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Talay-Ongan, A. 2004. Early Development Risk and Disability : Relational Context. Pearson Prentice Hall: Malaysia Tannenbaum, A.J. (1989). Report on a visit to Singapore and its programmes for the gifted. Unpublished report to the Singapore Ministry of Education. Tirtonegoro, Sutratinah, (1984), Anak Supernormal dan Program Pendidikannya, Jakarta, PT. Bina aksara. Willis, J. A. 2009. Inspiring middle school minds : Gifted, creative and challenging. Great Potential Press Inc. : USA

16

Anda mungkin juga menyukai