Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pengenalan

Pada era pembelajaran abad ke-21, istilah kecerdasan bukanlah satu istilah yang asing lagi.
Pendidikan yang merupakan satu proses yang sistematik dalam meningkatkan martabat
manusia secara menyeluruh memerlukan setiap individu yang terlibat dalam dunia pendidikan
mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi bukan sahaja daripada aspek kecerdasan
intelektual teteapi juga sosial, emosi, spiritual dan budaya. Perubahan zaman telah
memperlihatkan di mana manusia sebelum era globalisasi ini lebih mementingkan kecerdasan
intelektual. System pendidikan yang berasaskan akademik menyebabkan ibu bapa, para
pendidik dan pelajar menekankan aspek akademik di mana ramai pelajar yang pintar dan
bijaksana berjaya dilahirkan. Walau bagaimanapun, kemampuan intelektual yang diperolehi
tidak sejajar dengan sikap, perilaku dan cara hidup yang ditunjukkan. Ramai individu yang
bijak pandai dan Berjaya dalam akademik tetapi gagal dalam pekerjaan dan dalam kehidupan
sosial. Fenomena tersebut telah menyedarkan pelbagai pihak bahawa kejayaan seseorang
individu bukan ditentukan oleh kecerdasan intelektual semata-mata tetapi juga banyak
dipengaruhi oleh kecerdasan emosi,sosial dan spiritual.

1.1 Kecerdasan Intelektual

Mengikut gabungan definisi umum mentakrifkan sebagai satu istilah umum yang digunakan
untuk menjelaskan sifat pemikiran yang mencakupi sejumlah kemampuan, seperti
kemampuan menalar, merencanakan, memecahkan masalah, berpikir abstrak, memahami
gagasan, menggunakan bahasa, dan belajar. Nama ringkasnya ialah, IQ.

1.2 Masa Depan

Secara umum bahawa masa depan adalah gambaran keadaan pada beberapa kurun waktu
ke depan sebelum kita meninggal. Jadi kalau kita bertanya pada diri kita sendiri,
bagaimanakah masa depanku? Bererti kita sedang memikirkan seperti apakah gambaran
tentang kehidupan kita pada beberapa kurun waktu ke depan.

2.0 Kaitan Dengan Kriteria 5 Minda Masa Depan

Lazimnya, kecerdasan intelektual akan mempengaruhi sesuatu perkembangan


kurikulum. Jika kurikulum yang berorientasikan akademik semta-mata akan merencatkan
sedikit tahap perkembangan kurukulum itu sendiri. Penambahan elemen perlu dititikberatkan
jika mahukan sesuatu objektif kurikulum itu tercapai. Kaitan kurukulum itu sendiri perlu
menarik dan fleksibel untuk digunapakai.
Unsur-unsur kreativiti, disiplin, dan buatan akan memantapkan lagi perkembangan
kurikulum tersebut. Tahap IQ yang dimiliki setiap individu adalah berbeza. Bagi yang lahir
dengan kategori pintar cerdas memerlukan pengisian kurikulum yang sepandan dan mampu
untuk mencabar minda pelajar tersebut. Seperti contoh, matapelajaran Teknologi
Maklumat(IT) yang di ajar guru perlu selari dengan perkembangan IT seantero dunia. Pelajar
yang mahir dan pintar akan menjadikan minat kerjaya mereka untuk menerokai dunia IT.
Mereka boleh membina pengisian yang baik serta boleh menjual program semula program
ciptaan mereka. Secara tidak langsung pemikiran yang kreatif dan inovatif dapat dijana dan
disuai padan dengan keperluan semasa.

Selaian itu, usaha kreatif dan inovasi pelajar pendidikan khas boleh dibuktikan melalui
Karnival Kemahiran Pendidikan Khas yang diadakan saban tahun. Pada pertandingan ini,
pelbagai acara yang dipertandingan mengikut kategori pelajar itu sendiri. Pada tahun 2016,
karnival ini telah diadakan di Negeri Sembilan. Untuk acara kreatif, tajuk yang diberikan ialah
Hasilkan 5 kumtum bunga telur yang diperbuat daripada bahan buangan. Unsur-unsur kitar
semula digunakan untuk menguji kretiviti dan daya inovasi pelajar pendidikan itu sendiri.
Walaupun pelajar dibimbing oleh guru, namun apabila tiba masa bertanding, pelajar itu tidak
dibenarkan untuk berhubung dengan guru bimbingan tersebut. Secara tidak langsung, daya
juang telah wujud dalam diri untuk terus bertanding dan menang .

Manakala, minda disiplin yang perlu ditekankan oleh setiap pelajar hasil daripada
pemberatan kurikulum yang sedia ada perlulah meliputi aspek pemikiran yang kritis dan
logical. Sesuatu bidang yang di dalami oleh penggubal atau pencipta kurikulum mendapat
perhatian yang sewajarnya. Kesan jangka panjang mahupun jangka pendek amat
dititikberatkan bagi mengambil langkah seterusnya sebelum langkah yang lebih serius.

Contohnya, dalam pendidikan khas, pelajar yang dibimbing mempunyai kekurangan


upaya mereka sendiri. Lazimnya, mereka terdiri daripada golongan terbesar yang terdiri dari
kategori Bermasalah Pembelajaran(BP). Maka, kurikulum yang mereka lalui harus dan wajib
diwujudkan berdasarkan kemampuan intelektual yang terhad. Matapelajaran yang dipelajari
tidak perlu pemberatan kearah peperiksaan bertulis dan fakta semata-mata. Malahan kaedah
praktikal perlu dinilai dalam menentukan tahap kemahiran yang telah mereka miliki.

Bidang disiplin yang diutamakan dalam pemberatan kurikulum pendidikan khas perlu
dipengaruhi oleh dapatan pakar dari bidang-bidang tertentu. Antara yang boleh dijadikan
rujukan ialah doktor, pakar terapi, ibu bapa serta penjaga, malahan orang-orang
berkepentingan lain yang berkaitan. Rujukan dan panduan yang diberi secara tidak langsung
akan mendapat bimbingan sewajarnya bagi mencambahkan lagi nilai positif bagi diri pelajar
pendidikan khas itu sendiri.
Contoh terkini yang boleh ditunjukkan kepada masyarakat umum tentang kejayaan
pelajar pendidikan khas ini dari segi intelektual ialah dari segi hafalan. Setiapa tahun Bahagian
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis diperingkat
kebangsaan yang dinamakan Majlis Tilawah dan Al-Quran Pendidikan Khas. Antara acara
yang dipertandingkan ialah Hafalan. Pelajar pendidikan khas yang masuk bertanding akan
diuji oleh hakim mengikut surah-surah pilihan juri. Rata-rata yang menyertai bukan sahaja
bijak mengalunkan suara malahan bacaan tajwid yang mempesonakan hakim-hakim serta
penonton. Ini membuktikan KPM telah melaksanakan satu program besar yang
berorientasikan intelektual dan praktikal dalam kehidupan seseorang insan Orang Kelainan
Upaya(OKU) yang bermatlamatkan dunia dan akhirat.

Kecerdasan masa depan yang berfokuskan intelektual, boleh jua dikaitkan dengan
minda buatan. Minda ini akan mencabar kemahiran seseorang agar berfikir di luar kotak.
Kemahiran komputer yang dimiliki oleh setiap orang sekarang adalah kesan ledakan teknologi
yang hebat. Setiap manusia tidak kira usia dan lokasi, sudah memiliki telefon bimbit mereka
sendiri. Pelbagai perisian yang terkini yang mengenengahkan tarikan tersendiri. Ada yang
berkaitan dengan kehidupan seharian, ramalan masa depan dan permainan computer.

Sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita, ada lokasi yang ingin dituju. Dengan
kebanjiran peta-peta virtual/alam maya ini, akan mempercepatkan lagi untuk sampai ke
destinasi yang dituju. Contoh perisian yang sering digunapakai ialah Goole Maps, Waze dan
Garmin. Kecanggihan teknologi ini adalah hasil positif daripada satelit yang dilancarkan oleh
Mantan Perdana Menteri dahulu. Gagasan pemikiran Perdana Menteri yang mementingkan
Malaysia menjadi Negara Maju menjelang 2020 akan tercapai tidak lama lagi.

Dasar Pandang ke Timur yang membudayakan buku dan bacaan diluang waktu
adalah pemangkin kepada perkembangan intelektual ini. Jepun sebuah negara yang bangkit
dengan pantas selepas negaranya dibom atom sekitar 50 tahun dahulu telah bangkit dan
menjadi bangsa Asia yang maju dan dipandang tinggi. Kelebihan yang dimiliki oleh Jepun
telah memberi semangat kepada negara asia lain seperti Korea Selatan. Negara Korea
selatan yang memiliki kepakaran yang hebat dalam teknik pembedahan plastic telah
membuka minda masyarakat dunia dengan kehebatan yang mereka miliki.

Kecerdasa intelektual di Jepun boleh dibanggakan dengan penciptaan robot-robot


mereka. Dari peringkat sekolah rendah lagi, generasi mereka sudah didedahkan dengan
pelbagai rekaan dan kepentingan robot dalam menggantikan tenaga manusia di bidang-
bidang tertentu. Contohnya dikilang-kilang, bagi menjimatkan kos upah buruh, ramai
pengusaha membeli mesin/ robot bagi menggantikan tenaga manusia. Bagi mereka dengan
menggunakan mesin/robot,ketua tidak akan mengalami masalah emosi dan masalah
kehidupan pekerja-pekerja. Setiap masalah peribadi yang timbul akan membantutkan proses
operasi kilang ataupun menggangu motivasi pekerja.

Kesimpulannya, kecerdasan masa depan yang meliputi asaoek intelektual amat


penting bagi menjamin kemajuan dan halatuju sesuatu sesebuah negara. Jika negara
mundur, rakyat hidup susah, tidak mungkin negara tersebut boleh teguh bersaing dengan
negara yang lebih maju dalam menguasi ekonomi negara mereka. Pasaran ekonomi yang
gawat dan tegang yang dialami satu dunia akan membangkitkan lagi semangat sesebuah
negara untuk terus berjuang agar tidak muflis. Tenaga muda yang mempunyai daya fikiran
yang optimum akan membantu usaha negara tersebut agar lebih maju dan konsisten dalam
menerajui Abad 21 ini.

3.0 Pegenalan Kecerdasan Emosi

Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan sosial yang

dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan

oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat

perhatian khusus dalam bidang akademik. Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan

kecerdasan emosi dengan konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam

kerangka Pelbagai Kecerdasan nya. (Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan

oleh Goleman (1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting

daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya Emotional Intelligence, maka

kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.

3.1 Definasi Kecerdasan Emosi

Definasi Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotation (EQ) ialah kemampuan

mengungkapkan perasaan,kesedaran serta pemahaman tentang emosi dan kemampuan

untuk mengatur dan mengendalikannya. Menurut Goleman (1998, p 317): kecerdasan

emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari
aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan kepintaran untuk

mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.

Menurut Mayer dan Salovey (1997), kecerdasan emosi mendefinasikan sebagai

keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain, untuk membezakan antara emosi

tersebut dan untuk menggunakan kefahaman itu untuk memantau pemikiran dan tindakan diri.

Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal

dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk

kepada keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut.

Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya

menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.

Nelson dan Low (2003) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai satu kombinasi

kemahiran dan kebolehan untuk :-

(i) mengenal diri dengan tepat, berasa nilai diri dan sanggup berkelakuan secara

bertanggungjawab sebagai seorang yang bernilai dan bermaruah;

(ii) membina dan mengekalkan berbagai perhubungan yang sihat, kuat dan berkesan;

(iii) berhubung dan bekerjasama dengan baik dengan orang lain;

(iv) menguruskan keperluan dan tekanan harian dengan berkesan.

Mereka menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah satu proses berterusan dalam

pembangunan kemahiran emosi yang khusus. Mereka telah mengemukakan satu system

pembelajaran emosi yang melibatkan lima langkah untuk membangunkan kecerdasan emosi

seseorang itu. Lima langkah tersebut merangkumi (i) penilaian diri; (ii) kesedaran diri; (iii)

pengenalan diri; (iv) pembangunan diri; (v) pemajuan diri. Tiga belas kemahiran kecerdasan

emosi dalam empat bidang kompetensi telah dikenalpasti oleh mereka seperti berikut:

(a) Kemahiran Interpersonal

(i) Assersi - Kebolehan untuk menyampaikan secara jujur dan jelas perasaan dan pemikiran

diri kepada orang lain dalam satu komunikasi yang selesa, berterus terang, dan bersesuaian.
(ii) Pengurusan kemarahan - Kebolehan untuk menunjukkan kemarahan dengan membina

dalam perhubungan intrapersonal dan interpersonal.

(iii) Pengurusan kebimbangan - Kebolehan untuk mengurus kebimbangan diri (ketakutan) dan

dapat menyampaikan perasaan ini kepada orang lain dengan berkesan.

(b) Kemahiran Kepimpinan

(iv) Kesedaran sosial- Kebolehan untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan membina

keyakinan dan hubungan mesra dengan orang lain.

(v) Empati- Kebolehan untuk memahami dengan tepat dan membalas dengan membina

terhadap perasaan, pemikiran dan keperluan orang lain.

(vi) Membuat keputusan- Kebolehan untuk menggunakan strategi penyelesaian masalah dan

konflik dalam menangani isu.

(vii) Pengaruh positif- Set kelakuan arahan diri yang dapat membina konsensus, momentum

dan memperoleh sokongan aktif daripada orang lain.

(c) Kemahiran Pengurusan Diri

(viii) Kekuatan desakan dalaman- Kebolehan untuk mencapai matlamat bermakna yang

mendatangkan kepuasan diri dan perasaan positif.

(ix) Etika komitmen- Kebolehan untuk menyempurnakan kerja, tugas dan tanggungjawab

dengan berdikari dan berjaya.

(x) Pengurusan masa- Kebolehan untuk mengatur tugas dalam jadual waktu dan

menggunakan masa dengan berkesan untuk menyempurnakannya.

(xi) Perubahan positif- Kecenderungan untuk berubah dari keadaan semasa untuk mencapai

keberkesanan diri dan profesional yang lebih tinggi.

(d) Kemahiran Intrapersonal


(xii) Estim diri- Kebolehan untuk menilai diri sebagai seorang yang positif, kompeten dan

berjaya.

(xiii) Pengurusan tekanan- Kebolehan untuk memilih dan melaksanakan kawalan diri yang

sihat semasa berdepan dengan perkara yang membawa tekanan.

4.0 Kecerdasan Emosi dalam Pendidikan

Sejak dipopularkan oleh Goleman pada tahun 1995, kecerdasan emosi telah mendapat

perhatian yang luas baik dalam bidang akademik mahupun dalam masyarakat umum. Ini

disebabkan kepentingan kecerdasan emosi baik dalam kerjaya atau kehidupan persendirian

yang kian disokong oleh kerja-kerja sarjana. Kerja Richburg dan Fletcher (1999) menyatakan

bahawa kecerdasan emosi dan bukan kecerdasan kognitif yang menjamin kejayaan,

kebahagiaan dan kekayaan hidup seseorang. Six Seconds (2005), satu organisasi

mempromosi pembelajaran kecerdasan emosi mendapat kesimpulan bahawa kecerdasan

emosi boleh meningkatkan pencapaian, motivasi, optimisme, kegembiraan dan matlamat

daripada kerja-kerja sarjana. Kesemua ini telah mendatangkan satu kesan yang nyata, iaitu

masyarakat kini lebih sedar dan bersedia untuk mempelajari kecerdasan emosi.

Berasaskan kesedaran dan kesediaan sedemikian, pembelajaran kecerdasan emosi

kian ditekankan baik dalam bidang formal atau bidang informal. Dalam bidang informal,

kursus-kursus kecerdasan emosi telah dibangunkan dan ditawarkan kepada masyarakat

umum sebagai kursus perkembangan diri. Dalam bidang formal pula, perubahan polisi berlaku

supaya elemen kecerdasan emosi diterapkan dalam sistem pendidikan. Sebagai contohnya,

Kementerian Pendidikan Britain dalam Curriculum 2000 telah menggariskan polisi untuk

menekankan perkembangan sosial dan personal remaja di samping mengkehendakkan guru

supaya mencapai kesihatan emosi yang ditetapkan. (Tomlinson,1998) Di bawah perubahan

polisi sedemikian, pengaruh dan implikasi kecerdasan emosi dalam pendidikan semakin

meluas dan boleh dilihat dalam tiga bidang seperti berikut:

(i) Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi


(ii) Pembangunan pentadbir dan guru kecerdasan emosi

(iii) Penggunaan kecerdasan emosi sebagai peramal kejayaan pendidikan

4.1 Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi

Perkembangan kurikulum kecerdasan emosi adalah berdasarkan dua sebab yang utama, iaitu

untuk menangani masalah pencapaian akademi serta kelakuan devian, dan memperkembang

potensi pelajar supaya menjadi pemimpin atau dewasa yang seimbang dan efektif. Banyak

kerja sarjana yang telah menyokong keberkesanan kecerdasan emosi dalam menangani

masalah pencapaian akademi serta kelakuan devian. Kajian Nada AbiSamra (2000) terhadap

500 orang pelajar gred kesebelas menunjukkan hubungan signifikan antara kecerdasan

emosi dengan pencapaian akademik.

Kerja Dan Budny (1997) menunjukkan hubungan kecerdasan emosi dengan

pencapaian akademik tahun pertama dalam pendidikan tinggi. Beliau kemudiannya

mendapati bahawa pencapaian tahun pertama berkolerasi tinggi dengan pencapaian

keseluruhan. Dick Culver (1998) menunjukkan bahawa keupayaan untuk melambatkan

kepuasan (satu spesifikasi kecerdasan emosi) membantu dalam pencapaian akademik. Kerja

Perry (1968) pula menunjukkan bahawa individu yang belajar dalam zon gembira dapat

berprestasi dengan paling tinggi, sedangkan optimisme adalah satu daripada kemahiran

kecerdasan emosi. Di samping itu, kerja Julie Coultas(2002) menunjukkan bahawa latihan

kemahiran kecerdasan emosi boleh membangunkan kelakuan pro-sosial di kalangan pelajar

dan ini amat membantu dalam menangani kelakuan devian.

Bekas Menteri Pendidikan Britain Estelle Morris (2001) juga pernah menyarankan

supaya memasukkan program kecerdasan emosi dalam sekolah kerana beliau percaya

bahawa kawalan emosi dan pengurusan perhubungan dengan orang lain dapat menyekat

kelakuan devian. Selain menangani masalah pendidikan, kurikulum kecerdasan emosi adalah

untuk melahirkan dewasa yang produktif, seimbang dan gembira (Davies, 2000) dan melatih

bekas pemimpin yang efektif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi
adalah kompetensi yang mesti dimiliki seorang pemimpin yang berkesan. William (1994) telah

menunjukkan bahawa CEO yang mempunyai kompetensi kecerdasan emosi membawa

perkembangan dan keuntungan yang lebih tinggi kepada organisasinya. Kajian McClelland

(1998) terhadap ketua divison satu syarikat makanan juga mendapat kesimpulan yang sama

iaitu pemimpin berkecerdasan emosi berprestasi tinggi. Ada sarjana pula menyatakan

bahawa suasana organisasi dapat meningkatkan prestasi kerja, dan pemimpin yang

mempunyai kompetensi kecerdasan emosi pula dapat membina satu suasana yang

menggalakkan dalam organisasi. (Litwin & Stringer, 1968; Tagiuri & Litwin, 1968). Tidak

kurang pula, kurikulum kecerdasan emosi dimanfaatkan dalam melatih bekas pekerja sosial

(Smith, 2005), jururawat (Cadman dan Brewer, 2001) dan pengurus (Boyatzis, Stubbs dan

Taylor, 2001) yang berkes

5.0 Kecerdasan Sosial

Kecerdasan intelektual adalah sangat penting dalam bidang pendidikan pada masa kini lebih-

lebih lagi dengan perubahan bidang pendidikan yang memerlukan murid-murid perlu

berfikiran aras tinggi. Walau bagaimanapun, aspek-aspek kecerdasan yang lain seperti

kecerdasan sosial juga perlu turut sama dilkembangkan. Hal ini kerana masyarakat moden

pada masa kini lebih cenderung untuk memenuhi keperluan, impian dan cita-cita masing-

masing, saling bersaing dalam pelbagai bidang dan juga keperluan untuk memenuhi

keperluan material menyebabkan hubungan sosial antara sesama semakin renggang.

5.1 Definisi Kecerdasan Sosial

Kecerdasan sosial merupakan kemampuan seseorang dalam berinteraksi dengan

orang lain dan memahami orang lain. Thorndike (dalam Goleman, 2006) menyatakan bahawa

kecerdasan sosial adalah keupayaan seseorang untuk memahami dan menguruskan orang

lain dan melibatkan diri dalam interaksi sosial. Cantor dan Kihlstrom (1987) mentakrifkan

kecerdasan sosial sebagai sumber pengetahuan seseorang individu berkaitan dengan dunia

sosial. Kecerdasan sosial didefinisikan oleh Marlowe (1986) sebagai keupayaan untuk
memahami orang lain dan interaksi sosial dan mengaplikasikan pengetahuan itu untuk

memimpin dan mempengaruhi orang lain untuk kepuasan bersama.

Kecerdasan sosial juga kadang kala disebut sebagai kecerdasan interpersonal, iaitu

kemampuan individu untuk memahami, berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dengan

orang lain. Albrecht (2006) mengemukakan bahawa kecerdasan sosial adalah kemampuan

individu untuk bergaul dengan baik dan mengajak orang lain untuk bekerja sama. Riggio

(2014) menyatakan bahawa kecerdasan sosial adalah dipelajari hasil daripada pengalaman

dan pembelajaran yang diperolehi daripada kejayaan dan kegagaglan dalam hidup serta

interaksi dengan orang lain.

Goleman (2006) pula menyatakan bahawa kecerdasan sosial adalah kemampuan

individu tersebut untuk memahami orang lain dan bagaimana mereka berreaksi terhadap

situasi yang berbeza.Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan sosial yang baik dapat

membantu individu berkenaan untuk berinteraksi dengan rakan sebaya dan seterusnya

mempengaruhi prestasi akademik ataupun kerja individu tersebut. Kecerdasan sosial menurut

Goleman (2006) adalah satu kumpulan ketrampilan yang membolehkan seseorang individu

berinteraksi dengan lebih baik.

Secara kesimpulannya, kecerdasan sosial boleh ditakrifkan sebagai kemampuan

seseorang individu itu untuk berinteraksi, bergaul dan memahami serta kemampuan individu

untuk berkerjasama dengan orang lain dalam situasi yang pelbagai dengan menggunakan

keterampilan-keterampilan sosial yang dimilik.

5.2 Kecerdasan sosial menurut Karl Albrecht

Menurut Albrecht, kemahiran sosial dibahagikan kepada lima kategori, iaitu social

awareness, presence, authenticity, clarity, dan empathy. Social awareness adalah

kemampuan seseorang untuk memahami dan peka akan keperluan serta hak orang lain.

Presence pula merupakan persepsi yang diberikan kepada orang lain berdasarkan kepada

perlakuan seperti penampilan, perlakuan, dan tutur kata individu itu sendiri. Authenticity
merupakan tingkah laku seseorang yang akan membuatkan orang lain menilai individu

tersebut sebagai orang yang boleh dipercayai, jujur dan terbuka. Clarity adalah kemampuan

seseorang individu untuk menyampaikan pendapat dan idea dengan baik dan menyakinkan

sehingga orang lain dapat meyakinkan orang lain untuk menerima idea tersebut secara

terbuka Allbrecht berpendapat bahawa idea yang baik tetapi gagal disampaikan dnegan baik

menyebabkan orang lain tidak dapat menerima idea tersebut. Empathy dinyatakan sebagai

kemampuan untuk merasa keadaan emosi orang lain, merasa simpati dan mencuba untuk

menyelesaikan masalah daripada perspektif individu tersebut.

Perkembangan sosial bererti seseorang individu itu memiliki kemampuan untuk

memahami dan bergaul dengan orang lain. Perkembangan sosial seseorang individu itu boleh

dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran individu. Keluarga merupakan individu-individu

pertama yang akan ditemui oleh seseorang individu untuk mempelajari kehidupan sosial.

Individu itu akan mempelajari berkaitan dengan norma-norma, tingkah laku dan tutur kata

daripada keluarganya sendiri. Pengalaman berinteraksi dengan keluarga akan memberi

panduan bagi individu tersebut untuk berinteraksi dengan masyarakat luar. Cara asuhan, taraf

sosioekonomi, hubungan kekeluargaan dan sikap ibu bapa dapat mempengaruhi

perkembangan sosial individu.

Persekitaran seseorang individu terutamanya persekitaran sekolah sangat

mempengaruhi perkembangan sosial individu. Sekolah bukan sahaja tempat untuk

menambah ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga tempat untk mengembangkan kemahiran

sosial pelajar. Interaksi pelajar dengan rakan sebaya, guru dan komuniti sekolah dapat

mengajar pelajar mengenai erti berkerjasama dalam kumpulan, peraturan yang harus dipatuhi

dan juga dapar meningkatkan sifat empati pelajar tersebut.

5.3 Kecerdasan Sosial dalam Pendidikan

Kecerdasan sosial sangat penting dalam pendidikan pada masa kini dan pada masa

depan. Hal ini kerana kecerdasan sosial mampu membantu seseorang pelajar untuk bersedia
dalam menghadapi dunia sebenar pada masa akan datang terutamanya dalam aspek

pekerjaan di mana menurut Albrecht dalam kisah yang ditulis di dalam bukunya Social

Intelligence : The New science, majikan lebih mementingkan aspek kecerdasan sosial dalam

diri pekerjanya bagi membolehkan mutu pekerjaan setiap pekerja dapat ditingkatkan

seterusnya membolehkan objektif sesebuah organisasi tercapai dengan jayanya.

Kecerdasan sosial juga sangat penting dalam diri setiap pelajar bagi membolehkan

pelajar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya, guru dan masyarakat di sekitarnya. Selain

itu, kecerdasan sosial yang dikembangkan dalam diri seseorang pelajar dapat memberi

keberanian dan keyakinan kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat dan ideanya

sendiri dan seterusnya memberikan panduan dan bekalan kepada diri setiap pelajar untuk

menghadapi dunia akan datang yang lebih kompleks lagi.

Individu yang memiliki kecerdasan sosial yang baik akan mampu berkomunikasi

dengan orang lain dengan menggunakan akan dan juga tubuhnya. Mereka berkemampuan

membaca bahasa tubuh orang lain dan juga mampu menjadi pendengar yang baik. Dalam

bidang pendidikan, seorang guru haruslah mempunyai kecerdasan sosial yang tinggi bagi

membolehkannya untuk mengetahui dan memahami akan keperluan para pelajarnya.

Seseorang guru juga perlu menerapkan dan mengaplikasikan kecerdasan sosial dalam diri

setiap pelajar dan di dalam pengajaran dan pembelajarannya.

6.0 Kecerdasan Budaya

Konsep tentang kecerdasan budaya pertama kali diperkenalkan oleh Early dan Soon
Ang pada tahun 2003.Globalisasi yang terjadi telah meningkatkan interaksi antara budaya,
sehingga meningkatkan kemungkinan terjadinya kesalah fahaman, kerisauan dan konflik
antara budaya (Ang, Dyne, & Tan, 2010). Kecerdasan Budaya merujuk pada kemampuan
individu dalam memahami, berfikir dan bertingkahlaku secara efektif dalam situasi-situasi
yang bercirikan perbezaan antara budaya (Ang., et.all., 2008).

Livermore (2011) mendefinisikan kecerdasan budaya sebagai kemampuan untuk


berfungsi secara efektif dalam berbagai konteks budaya yang pelbagai. Menurut Ang, dkk.
(2014), kecerdasan budaya ini mirip dengan kecerdasan sosial dan kecerdasan emosional.
Kecerdasan sosial merujuk pada kemampuan untuk memahami dan mengurus hubungan
sosial dengan orang lain. Kecerdasan emosi merupakan kemampuan dalam memahami
dan mengurus (mengelola) emosi diri sendiri dan emosi orang lain. Sedangkan kecerdasan
budaya adalah kemampuan untuk memahami, mengelola, dan berhadapan dengan
emosi-emosi orang lain dalam konteks antara budaya.

6.1 Faktor yang mempengaruhi Kecerdasan Budaya

Menurut Earley & Ang (2008), kecerdasan budaya mempunyai empat faktor penting
iaitu pengetauan, strategik, tingkahlaku dan motivasi. Faktor pertama ialah pengetahuan.
Kecerdasan Budaya berkaitan dengan pengetahuan sebeberapa luas dan mendalam
pengetahuan individu tentang budaya dan perbezaan - perbezaan antara budaya. Menurut
Dyne.et all (2012) kecerdasan budaya dalam pengetahuan merujuk kepada pengetahuan
individu tentang institusi budaya, norma dan amalam dalam sesuatu budaya yang berbeza.
Pengetahuan yang dimiliki individu yang cerdas budaya meliputi pengetahuan umum dan
pengetahuan khusus.

Faktor seterusnya ialah strategi. Kecerdasan budaya dalam faktor strategi


merangkumi kesedaran akal fikiran untuk mengembangkan dan menemukan cara-cara dan
peraturan baru bagi interaksi sosial. Dalam faktor strategi, individu berharap dapat
bertingkahlaku yang sesuai dengan budaya dimana individu tersebut berada.Seseorang yang
memiliki kecerdasan budaya berstrategi yang tinggi akan selalu berfikir tentang tingkahlaku
seperti apa yang diharapkan oleh individu yang berlainan budaya berinteraksi dengannya.
Terdapat 3 langkah penting dalam kecerdasan budaya berstrategi iaitu kesedaran tentang
wujudnya perbezaan budaya, melakukan analisis dan berfikir strategi dalam mengenalpasti
perbezaan antara budaya dan melakukan refleksi atas tindakan yang sedang dan telah kita
lakukan dalam interaksi antara budaya

Faktor ketiga adalah motivasi Menurut Dyne. et all (2012), faktor motivasi dalam
kecerdasan budaya dapat di kenalpasti dengan adanya minat intrinsi, minat ekstrinsik dan
kemampuan melakukan penyesuaian diri (self-efficacy to adjust). Minat intrinsik adalah
tarikan atau dorongan yang muncul dari dalam diri sendiri untuk belajar dan melakukan
penyesuaian diri dengan budaya orang lain. Dorongan dari dalam akan mucul apabila
seseorang menikmati dan mendapatkan pengalaman yang menyenangkan apabila
berinteraksi dengan individu dari pelbagai budaya.

Minat ekstrinsik adalah tarikan atau dorongan yang muncul dari luar diri individu, yang
menariknya untuk belajar dan menyesuaikan diri dengan budaya orang lain. Minat ekstrinsik
muncul apabila individu mendapat manfaat dan berasa seronok berinteraksi dengan individu
yang mempunyai perbezaan budaya. Selfefficacy to adjust adalah keyakinan seseorang
bahawa individu akan dapat mempelajari dan melakukan penyesuaian diri dalam interaksi
antara budaya. Individu yakin bahawa ia akan dapat mengatasi tekanan-tekanan / stress yang
mungkin timbul saat ia berada dalam situasi antara budaya. Faktor motivasi dalam
kecerdasan budaya menjadi faktor yang sangat penting dalam usaha kita meningkatkan
kemahiran interpersonal. Tanpa motivasi yang baik susah bagi kita untuk mengawal ataupun
menikmati perbezaan antara budaya.

Faktor terakhir ialah tingkahlaku. Menurut Ang,et all (2008), kecerdasan budaya dalam
tingkahlaku merupakan kemampuan individu dalam menunjukkan tingkahlaku verbal dan non-
verbal yang sesuai semasa berinteraksi dengan individu lain dari budaya yang
berbeza.Kecerdasan budaya tingkahlaku juga meliputi tingkah laku verbal maupun non-
verbalnya. Contohnya antara lain dalam pemilihan kata, intonasi suara, gerak badan, bahasa
tubuh dan ekspresi wajah yang sesuai dengan konteks budaya dimana dia berada.
Termasuklah tingkah laku yang terkait dengan ungkapan-ungkapan berupa sapaan, salam,
undangan, permintaan, penghargaan ataupun tentang bagaimana cara kita mengatakan
tidakdalam suatu konteks budaya tertentu.

Kecerdasan budaya dalam faktor tingkahlaku merupakan faktor penentu dalam suatu
hubungan interpersonal. Kemampuan mental (pengetahuan & strategi) dan dorongan
motivasi saja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu efektif dalam kepelbagaian antara
budaya. Kemampuan mental dan dorongan motivasi tersebut harus disertai dengan tingkah
laku individu berbeza budaya.

6.2 Kecerdasan Budaya dalam Pendidikan

Kecerdasan budaya dalam pendidikan masa depan dapat kita lihat melalui pelaksanaan
program RIMUP (program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) di sekolah. Program
ini telah pun dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Malaysia bagi
menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah
dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas
secara bersama. Walaupun program ini sudah lama diperkenalkan, Kementerian Pendidikan
Malaysia masih lagi meneruskan program ini untuk memupuk semangat perpaduan antara
kaum agar tidak terus terhakis.

Seterusnya penerapan nilai murni di dalam bilik darjah adalah usaha dalam meningkatkan
kecerdasan budaya dalam sistem pendidikan. Guru perlu menerapkan nilai - nilai yang baik
kepada murid yang pelbagai di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pada
semua matapelajaran yang di ajar.

Selain itu, penyusunan tempat duduk murid yang pelbagai latarbelakang juga penting
dalam membentuk kecerdasan budaya untuk kurikulum masa depan. Guru perlu menyusun
tempat duduk mereka dengan pelbagai kaum yang berbeza latarbelakang agar mereka lebih
menghormati perbezaan budaya yang wujud dalam kelas mereka. Pembabitan ibu bapa
dalam aktiviti sekolah yang berkaitan dengan perayaan antara kaum perlu di pertingkatkan
agar semua kaum boleh bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain. Perayaan -
perayaan yang diraikan di negara kita perlu diraikan bersama - sama di sekolah dengan
kerjasama ibu bapa agar perpaduan dapat di pupuk dan disatukan.

Lawatan penanda aras ke sekolah - sekolah seluruh Malaysia juga perlu dilakukan agar
berlaku perkongsian budaya antara kaum. Lawatan sekolah ini perlu dipergiatkan lagi dalam
membentuk dan meningkatkan kecerdasan budaya dalam pendidikan masa kerana dengan
lawatan Penanda aras ini sekolah yang terlibat boleh berkongsi idea dan pengurusan sekolah
selain boleh bertukar- tukar kebudayaan seperti tarian, bahasa dan lain - lain yang berkaitan
budaya setempat.

Secara keselurahannya, setiap kita perlu memiliki kecerdasan budaya yang tinggi agar
kita boleh menyesuaikan diri dengan perbezaan budaya di tempat baru selain boleh
berinteraksi dengan baik dengan masyarakat sekeliling yang berbeza budaya dan kefahaman.

7.0 Kecerdasan Spiritual

Kecerdasan spiritual dalam bahasa Inggeris: spiritual quotient, disingkat SQ adalah

kecerdasan jiwa yang membantu seseorang untuk mengembangkan dirinya secara utuh

melalui penciptaan kemungkinan untuk menerapkan nilai-nilai positif.

Amalan spiritual dikenali sebagai amalan kerohanian. Kerohanian menurut al-Ghazali

(2000: 532) adalah merujuk kepada empat elemen kerohanian manusia iaitu al-ruh, al-qalb,al-

aql dan al-nafs. Ini menjelaskan bahawa aspek kerohanian adalah aspek manawi yang

tersimpan di dalam diri manusia. Aspek ini tidak sepatutnya diabaikan dalam aktiviti

pembelajaran terutama dalam kalangan pelajar Islam bagi menjamin kebergantungannya

dengan Tuhan dalam usaha mencapai kejayaan.


Kecerdasan sepiritual merupakan sumber dari kebijaksanaan dan kesedaran akan

nilai dan makna hidup, serta memungkinkan secara kreatif menemukan dan mengembangkan

nilai-nilai dan makna baru dalam kehidupan individu.Hujah ini disokong oleh Mohammmad

Shatar (2005: 15) yang menyatakan bahawa pengukuhan kerohanian dan aspek-aspek

kerohanian mampu menyumbang kepada pembelajaran berkesan. Ia berkait rapat dengan

aspek psikologi dan mental manusia dalam konteks kebergantungan manusia kepada Allah.

Persediaan kerohanian termasuk sentiasa beriltizam untuk tidak meninggalkan solat dan tidak

sentiasa menangguhkannya, memelihara rukun dan syarat sahnya serta bersembahyang

nawafil seperti solat hajat, solat tasbih, solat syukur, solat tahajjud, solat dhuha dan

sebagainya haruslah menjadi kebiasaan bagi orang yang ingin berjaya.

Para penyelidik Barat juga mengakui kepentingan kajian spirituality. Terdapat kajian

yang telah dijalankan yang memfokuskan kepada elemen kerohanian dalam pendidikan

(Buchanan, 2009; Campbell, 2010; Daniliuk et al., 2010; Revell, 2008).Kajian yang dilakukan

oleh Revell (2008) di Boston dan Chicago membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk

menerapkan nilai kerohanian dalam pembelajaran di sekolah sebagai salah satu reaksi

menghadapi gejala negatif kesan pemodenan masyarakat.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Daniliuk et al. (2010) mendapati sekolah baru di Rusia

perlu melaksanakankomponen kerohanian dalam pembangunan personaliti warga Rusia.

Malah dalam piagam umum pendidikan Rusia, kerohanian telah dianggap sebagai kunci

utama pendidikan di Rusia.

Pendidikan kerohanian atau spirituality merupakan elemen yang turut dititik beratkan

dalamproses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Malaysia.Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah memasukkan elemen Pendidikan Islam dan Moral di dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Hal ini dilakukan untuk melahirkan individu yang seimbang dan

pembangunan potensi secara menyeluruh dari aspek fizikal, emosi, rohani dan intelektual

berdasarkan keyakinan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Walaubagaimanapun, terdapat jurang di antara amalan semasa perlaksanaan sistem

pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam isu pembangunan

domain kerohanian.

7.1 Pengenalan Program j-QAF

Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan

Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke

Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah

diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5

Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3

bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju

program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

7.1.1 Objektif program j-qaf

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah

rendah akan dapat:

a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;

b. khatam al-Quran;

c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan

d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

7.1.2 Kepentingan program j-qaf

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang

sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah,

Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam

kehidupan.
Program j-QAF Pendidikan Khas adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan

Islam (PI) di Pendidikan Khas untuk :-

Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran, Bermasalah Pendengaran dan

Bermasalah Penglihatan.

Bagi Murid Bermasalah Pendengaran program ini memberi penekanan khusus dalam

Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran menggunakan Modul Kaedah Iqra', Pengajaran dan

Pembelajaran Fardhu Ain menggunakan Modul Amali Solat dan Pengajaran dan

Pembelajaran Jawi menggunakan Modul Pembelajaran Jawi. Manakala bagi Murid

Bermasalah Penglihatan menggunakan sepenuh modul j-QAF aliran perdana yang

dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Program j-qaf di pendidikan khas adalah satu

usaha lanjutan daripada usaha bagi memperkasakan

Pendidikan Islam seuai dengan keperluan semasa dan era teknologi kini sebagai teras

kepada kurikulum pembelajaran pendidikan Islam di Malaysia. Pengurusan program ini perlu

di rancang dan di laksanakan dengan sistematik agar bersesuaian dengan keperluan murid

pendidikan khas. Panduan ini juga merangkumi pengurusan j-qaf di pendidikan khas di

sekolah, organisasi dan fungsi, dokumen pentadbiran dan pengurusan, serta penjadualan dan

pekeling-pekeliling yang bersesuaian

7.1.3 Kecerdasan Moral dari perspektif agama Islam

Moral secara bahasa bermakna tingkah laku, kebiasaan, sedangkan dalam bahasa agama,

dalam hal ini Islam, Moral sama dengan Akhlak. Secara bahasa, akhlak berasal dari kata al-

khuluq yang berarti kebiasaan (as-sajiyah) dan tabiat (at-thabu).Sedangkan menurut istilah,

akhlak adalah sifat-sifat yang diperintahkan Allah kepada seorang muslim untuk dilaksanakan

ketika ia melakukan aktivitasnya. Sifat-sifat akhlak ini tampak pada diri seorang muslim tatkala

ia melaksanakan berbagai aktivitas seperti ibadah, muamalah dan lain sebagainya.

Akhlak merupakan bagian dari syariat Islam, yakni bagian dari perintah dan larangan

Allah yang berhubungan dengan sifat-sifat seperti : jujur, sabar, lemah lembut, berbbuat adil,
kasih sayang, dan lain sebagainya. Sebagai contoh yakni firman Allah SWT dalam surat (Ali

Imron: 200 ) sebagai berikut

Artinya:

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah

bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu

beruntung.

Firman Allah dalam surat Al- Hajj:46

Ertinya:

Tiadakah mereka mengembara di muka bumi, sehingga mereka mempunyai hati yang

dengan itu mereka mengerti, dan mempunyai telinga yang dengan itu mereka mendengar?

Sungguh, bukanlah matanya yang buta, tetapi yang buta ialah hatinya, yang ada dalam

(rongga) dadanya. (QS. Al Hajj :46)

Menurut Ary Ginanjar Agustian dalam bukunya yang berjudul Emotional Spiritual

Quotient Suara hati yang terletak pada God Spot yang menjadi landasan kacerdasan spiritual

(SQ). Suara hati adalah suara yang cocok dengan sifat-sifat Tuhan (Allah) yang terdapat

dalam Asmaul Husna seperti Maha Penolong, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha

Melindungi. berikut sebuah contoh yang menunjukan bahwa salah satu sifat Allah ditiupkan

dalam hati manusia.

Menurut Robert K Cooper PhD, Hati mengaktifkan nilai-nilai kita yang terdalam,

mengubahnya dari sesuatu yang kita pikir menjadi yang kita jalani. Hati mampu mengetahui

hal-hal mana yang tidak boleh, atau yang tidak dapat diketahui oleh pikiran kita. Hati adalah

sumber keberanian dan semangat, integritas serta komitmen. Hati juga adalah sumber energi

dan perasaan mendalam yang menuntut kita untuk melakukan pembelajaran, menciptakan

kerjasama, memimpin serta melayani.


Suatu hari kita melihat seorang teman yang sedang bersedih, kita bertanya apa yang

terjadi dengannya kemudian ia menceritakan bahwa ia sedang memerlukan uang untuk biaya

operasi anaknya. Mengetahui teman kita sedang dalam mendapat cobaan,muncul suara kita

untuk menghibur, memberi semangat, dan juga memberikan bantuan. Suara hati yang keluar

tersebut adalah salah satu sifat Allah yang ditiupkan dalam hati manusia. Suara hati yang

sama akan dirasakan oleh manusia di seluruh dunia baik ia orang kaya, miskin, penganut

agama apapun jika ia berada dalam kondisi fitrah. Manusia memiliki nilai yang 1 (satu) bersifat

universal dan ihsan. Menurut Al Quran, sebelum bumi dan manusia diciptakan, ruh manusia

telah mengadakan perjanjian dengan Tuhannya.

Bukankah Aku Tuhanmu? Lalu ruh menjawab: Ya, kami bersaksi! (QS.Al Araf:172).

Menurut Muhammad Abduh bukti perjanjian tersebut ialah adanya fitrah iman dalam diri

manusia dan menurut Prof Dr N Dryarkara SJ hal ini juga dikuatkan dengan adanya suara

hati manusia yaitu yang mana itu adalah suara tuhan.Oleh karena itu, jika manusia berbuat

keburukan, kemungkaran, suara hati nurani akan melarang. Jika manusia berbuat sesuatu

yang tidak sesuai dengan nurani, ia akan menyesalinya.Menurut Mac Scheler, penyesalan

adalah tanda kembalinya seseorang kepada tuhan

Adakalanya suara hati terbelenggu dan hati nurani menjadi buta. Ary Ginanjar

mengungkap ada 7 belenggu yang menghalangi munculnya suara hati pada God Spot yaitu

Prasangka, Prinsip hidup, Pengalaman, Kepentingan, Sudut pandang, Pembanding, dan

Fanatisme. Belenggu-belenggu ini mempengaruhi cara berpikir sehingga membuat manusia

pasif, tidak produktif, tidak kreatif, berpikir sempit, tidak maju, tidak sinergi, tidak bahagia,

dapat membawa manusia pada kesengsaraan bahkan kehancuran.

Suara Hati adalah sifat-sifat Tuhan yang ditiupkan dalam diri manusia, agar suara hati

selalu muncul dan menjadi kekuatan dalam diri, harus kita ketahui maknanya, sehingga ketika

kita mengucapkannya terus menerus hal tersebut akan membangun kekuatan pikiran bawah

sadar ynag akhirnya membentuk sebuah kekuatan yang mampu mengikis belenggu-

belenggu. inilah yang disebut Repetitive Magic Power yaitu zikir dan tasbih .Misalnya ucapan
Subhanallah , dengan mengingat kesucian nama serta sifat Tuhan setiap,akan terus

membantu mengendalikan kejernihan hati, tanpa didasari latar belakang, sudut pandang dan

belenggu lain yang mengkotori kejernihan hati.

Allah berfirman : Yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram

dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tentram.

(QS.Ar Rad : 28)

Dengan berzikir kita akan menjadi tenang dan memiliki harapan atas apa yang Allah

janjikan, dalam sebuah hadits Nabi bersabda : Barangsiapa yang membaca: Maha Suci

Allah dan aku memujiNya dalam seratus kali maka kesalahannya dihapus sekalipun seperti

buih air laut.

Suara hati manusia adalah kunci spiritual, dalam Islam, ia adalah pancaran sifat-sifat

Ilahi. Misalnya, keinginan diperlakukan adil, hidup sejahtera, ingin mengasihi dan dikasihi

adalah sifat-sifat Allah. Al Quran menyebutkan ada 99 sifat-sifat Allah yang dikenal dengan

Asmaul Husna. Ary Ginanjar menyederhanakan sifat-sifat ini atau menjadi 7 nilai dasar dalam

mengasah kecerdasan spiritual yaitu : Jujur, Tanggung Jawab, Disiplin, Kerjasama, Adil,

Visioner, Peduli.

Sifat-sifat ini harus dijadikan dasar dan nilai yang akan memberikan meaning (nilai )

bagi yang melaksanakan sehingga hidup menjadi lebih terarah dan bermakna bagi diri sendiri

dan juga orang lain.Agar sifat-sifat ini mendarah daging dalam diri, kita perlu melatih diri,kita

perlu mengasah kecerdasan spiritual kita. Sukidi, dalam bukunya yang berjudul Kecerdasan

Spiritual, Rahasia Sukses Hidup Bahagia memberikan langkah-langkah cara mengasah

kecerdasan spiritual yaitu:

1. Kenali diri sendiri. Karena orang yang sudah tidak mampu mengenal dirinya sendiri akan

mengalami krisis makna hidup maupun krisis spiritual.

2. Lakukan introspeksi diri. Dalam bahasa agama dikenal dengan pertobatan lakukan

pertanyaan pada diri sendiri. Apa saja yang kita sudah lakukan, benar atau salah.
3. Aktifkan hati secara rutin. Dalam konteks orang beragama ini disebut mengingat Tuhan,

karena Dia adalah sumber kebenaran tertinggi dan kepada-Nya kita kembali. Mengingat

Tuhan dapat dilakukan melalui sholat, berzikir, dan lain sebagainya yang dapat mengisi hati

manusia dengan sifat-sifat Tuhan.

Setelah kita mengingat Sang Khalik, kita akan menemukan keharmonisan dan

ketenangan dalam hidup. Misalnya kita tidak akan takut rezeki kita akan hilang karena rezeki

kita sudah dijamin, namun kita justru harus takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang.

Kita tidak akan lagi menjadi manusia yang rakus akan materi, tapi dapat merasakan kepuasan

tertinggi berupa kedamaian dalam hati dan jiwa, sehingga kita mencapai kesseimbangan

dalam hidup dan merasakan kebahagiaan spiritual.

8.0 Penutup

Kejayaan seseorang individu bukan hanya bergantung kepada kecerdasan intelektual

semata-mata sahaja tetapi hasil gabungan pelbagai kecerdasan, seperti kecerdasan sosial,

budaya, dan kecerdasan lain yang dirangkumi sebagai kecerdasan masa depan. Kecerdasan

masa depan ini haruslah diterapkan dan diajarkan kepada generasi yang akan datang agar

mereka bersedia dalam mengharungi dunia masa depan.

Kecerdasan emosi dan spiritual pula merupakan nutrient kepada seseorag individu

agar individu berkenaan dapat berfikir secara tenang dan secara optima sehngga dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya dapat membuat keputusan yang lebih

tepat lagi. Menurut kata-kata Imam Al-Ghazali setiap manusia mempunyai kecerdasan

masing-masing. Kecerdasan yang ada pada setiap manusia ibarat seperti benih di dalam

pasir. Sekiranya benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan

subur, tetapi sekiranya sebaliknya, ia akan lenyap begitu sahaja. Oleh itu, sebagai pendidik,

seorang guru perlulah berusaha untuk menerapkan, mengaplikasikan dan mengembangkan

kecerdasan yang pelbagai dalam diri setiap pelajarnya.


Rujukan

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak
Ratu Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Ang, Soon., Dyne, Linn Van., and Tan, Mei Ling., Cultural Intelligence dalam The Cambridge
Handbook of Intelligence, pp. 582-602, Edited by Robert J. Sternberg& Scott Barry
Kaufman, Cambridge University Press, Online Publication 2011

Ang, Soon., and Dyne, Linn Van. (2008). Conceptualization of Cultural Intelligence :
Definition, Distinctiveness and Nomological Network, dalam Handbook of Cultural
Intelligence : Theory, Measurement and Applications, pp. 3-15, Edited by Soon Ang,
Linn Van Dyne, M.E. Sharpe.Inc.

Ang, Soon., Rockstuhl, Thomas., and Tan, Mei Ling. (2014). Cultural Intelligence and
Competencies,. Manuscript for International Encyclopedia of Social & Behavioral
Sciences (2nd Ed.).,

Dyne, Linn Van, et .al, (2012). Sub-Dimention of the Four factor Model of Cultural Intelligence
: Expanding the Conceptualization and Measurement of Cultural Intelligence,
dalam Social and Personality Psychology Compass 6/4 (2012), Blackwell
Publishing.

Livermore, David. (2011).The Cultural Intelligence Difference, Special Ebook Edition: Master
the One Skill You Cant Do Without in Todays Global Economy, American
Management Association,

Ng, Kok-Yee., Dyne, Linn Van., Ang, Soon. (2012). Cultural Intelligence : A Review,
Reflections, and Recommendations for Future Research :Conducting Multinational
Research : Applying Organizational Psychology in the Workplace (pp. 29-58).,
Washington, C, American Psychological Association

Gardner, Howard., (2003), Multiple Intelligences : Kecerdasan Majemuk- Teori dalam


Praktek, Interaksara, Batam Center.
Ari Ginanjar. (2007). Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual ESQ. Cet
33, Jakarta: Arga. Hal 115.

Albrecht K. (2006) Social intelligence: the new science of success , San Francisco Jossey-
Bass A Wiley Imprint

Goleman. D (2006) Social Intelligence: The New Science Of Human Relationship; Random
House Publishing Group

Kihlstrom, J.F, Cantor. N. (2011) Social Intelligence. Dimuat turun daripada

http://socrates.berkeley.edu/~kihlstrm/social_intelligence.htm

Riggio R.E (2014). What is social intelligence? Why does it matter? Dimuat turun daripada

https://www.psychologytoday.com/blog/cutting-edge-leadership/201407/what-is-

social-intelligence-why-does-it-matter

Anda mungkin juga menyukai