Anda di halaman 1dari 17

10 Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad 21

Pelaksanaan Pembelajaran Abad 21 berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susunatur
dan keperluan fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancangan
mengajar dan pelaksanaan P&P Abad 21. Di sini dikongsikan 10 contoh aktiviti pembelajaran yang
boleh dilaksanakan untuk pembelajaran abad 21.
Himpunan Kaedah Pembelajaran Abad 21

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick
        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-
        gilir
·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas
·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan
·       Pelajar 3 :  jawab soalan
·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle
-  Cari pasangan
-  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi
pasangan
-  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
-  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
-  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
-  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
-  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine
·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan
·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 
      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej
yang disampaikan olehPelajar 1
·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh
·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different
·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang
ada pada setiap orang dari mereka
·       Kemudian mereka bandingkan jawapan
·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin
·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara
secara lisan

6. Round Robin
·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table


·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah
dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table


·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table


·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.
·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli
pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think
·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa
yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips
·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan
memberi pendapat
·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12. Jigsaw Problem Solving


·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan
bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match
Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang
ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem
·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari
penyelesaian

15. Team Stand-N-Share


·       Ahli pasukan berdiri
·       Guru/rakan lain memberi soalan
·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan
lain

16. Find the Fib/Guess the Fib


·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya
hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups


·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan
·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formations
·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane


·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi
konsep/perkara tersebut

20. Showdown
·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah
·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

21.  Lyrical Lessons


·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share


·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang
ditetapkan dengan Pelajar 2
·       Kemudian tukar peranan

23. Stir- the- Class


·       Pasukan duduk dalam bulatan
·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan
persetujuan
·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan
yang berikutnya

24. Team Word-Web


·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong
·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk
menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu


·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu
·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport


·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan
sebelumnya

27. Mix-Freeze Group


·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru
·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam
“Lost and Found”

28. Think-Pair-Share
·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan
·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan
yang lain secara berpasangan
·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29. Roam the Room


·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau
hasil kerja rakan-rakan
·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa
yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour


·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan
·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya
·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang
datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat
stesen lain pula
·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang
diperolehi

31. Three Stray, One Stay


·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan
kedudukan /hasil kerja pasukannya
·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review


·       Pasukan bincang topic
·       Buat carta/pengurusan grafik
·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang 
hasil perbincangan kumpulan itu
·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn


·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols


·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan pelajaran

35. Team Statements


·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu
·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui
semua

36. Who am I ?
·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)
·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang 
identity masing-masing.
·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”
·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh
menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share


·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut
akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka
·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk
kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File


·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk
dibincangkan
·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan
diedarkan kepada pasukan lain
·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan
jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.
·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-
jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview


·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri
berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project


·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk
pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines


·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam
aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup
·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya
seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain
·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

42.  Find-Someone-Who
·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan
televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang
mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu
43. Rotating Review
·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak
dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian
hasil kerja  setiap pasukan
·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas
berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview


·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan
·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang
ditemuduga
Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa
temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction


·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh
·       Fasilitator beri ransangan
·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui
oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut
Apa Itu Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21)

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan
globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia
perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang
perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan
matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21)
bermula pada tahun 2014.

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat
mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan
baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang
berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21. Adakah elemen-
elemen ini memberi kesan positif kepada murid-murid?

Komunikasi

Secara umumnya, komunikasi merupakan suatu proses pertukaran maklumat daripada


individu kepada individu yang lain. Dalam konteks pendidikan, komunikasi merujuk kepada
perbualan yang berlaku di antara guru dan murid atau murid dan murid untuk berkongsi
ilmu yang difahami bersama rakan-rakan lain. Ini yang dikatakan sebagai komunikasi
berpusatkan murid. Namun begitu, jika guru tidak memainkan peranannya dengan baik,
komunikasi yang berkesan tidak akan terhasil semasa proses pembelajaran berlangsung.
Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan murid-
muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan meminta murid-murid
untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum memulakan pembentangan di
hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga perlu memainkan peranannya sebagai
fasilitator kepada muridnya. Guru hendaklah memantau cara penyampaian murid-
muridnya supaya pembentangan tersebut menjadi pembentangan yang berkesan serta
dapat memberikan maklumat yang berkualiti kepada murid lain.

Bagi pembangunan diri murid itu sendiri, guru boleh memberi komen yang membina dari
segi penggunaan bahasa badan, nada suara, tulisan, cara bertanya kepada rakan-rakan
lain, cara menjawab soalan yang diaju, cara memberi maklum balas jika rakan bertanya
soalan yang tidak dijangka dan sebagainya.

Oleh yang demikian, murid-murid dapat membina keyakinan diri semasa berinteraksi
bersama rakan-rakan lain kerana mereka mampu mendengar dan memberi maklum balas,
mampu untuk memberi penerangan yang jelas dan ringkas, memahami kaedah-kaedah
untuk menyampaikan maklumat dan juga mereka akan berasa lebih terbuka jika diminta
untuk mengulas sebarang topik.

Kolaboratif

Kolaboratif merujuk kepada sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama atau


berkumpulan. Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud
antara guru dan murid atau murid dan murid secara aktif dan menyeluruh, di mana, ia
melibatkan pertukaran idea, pendapat atau pengetahuan antara murid-murid. Bagi
elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya.

Terdapat murid yang tidak suka membuat tugasan secara berkumpulan disebabkan
beberapa faktor. Sesetengah murid tidak selesa membuat perbincangan bersama rakan-
rakan kerana ideanya seringkali dipandang sepi oleh ahli kumpulannya, di samping
hubungan antara ahli kumpulan yang tidak begitu mesra antara satu sama lain.

Oleh itu, guru perlu menarik perhatian mereka supaya tugasan berkumpulan kelihatan
lebih seronok pada pandangan mereka. Ada sesetengah murid pula seronok jika diberi
tugasan berkumpulan kerana mereka tidak perlu mengerah otak untuk memikirkan idea-
idea yang bernas, sebaliknya dibiarkan rakan-rakan sahaja menyelesaikan tugasan yang
diberi.

Dalam hal ini, guru bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah sebegini


kerana jika elemen ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, ia dapat membantu murid-
murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dari masa ke masa.

Sekiranya wujud suasana kelas yang kolaboratif, maka, ia akan membawa kepada
metakognitif, iaitu kesedaran murid-murid tentang perkara yang diketahui dan tidak
diketahui semasa proses pembelajarannya. Melalui kolaborasi, guru boleh menerapkan
beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti bertanggungjawab terhadap
tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap terbuka untuk
menerima idea dan pandangan rakan-rakan lain serta mengeratkan hubungan silaturrahim
dalam kalangan mereka. Jadi, guru adalah insan yang paling sesuai untuk melakukan
sesuatu perkara dalam memancing emosi dan perhatian murid-muridnya.

Pemikiran Kritis

Ada sesetengah pihak seringkali keliru dengan istilah pemikiran kritis dan kreatif. Ia
merupakan dua istilah yang berbeza. Secara amnya, pemikiran kritis merujuk kepada
keupayaan individu untuk membuat penilaian mengenai sesuatu perkara, termasuk
kebaikan dan kelemahannya. Dari sudut pendidikan, pemikiran kritis berlaku apabila
murid-murid mula meneroka pemikiran mereka untuk menilai idea-idea yang diterima
secara rasional dan membuat pertimbangan mengenai idea tersebut melalui penggunaan
alasan-alasan yang wajar.

Pemikiran kritis boleh terhasil dengan berkesan melalui beberapa cara, seperti
penggunaan sumber yang meluas. Sumber yang meluas merujuk kepada maklumat yang
diperoleh oleh murid-murid. Oleh itu, guru perlu memantau sama ada maklumat yang
dicari oleh murid bersesuaian dengan topik pembelajaran ataupun tidak. Guru juga perlu
memastikan muridnya mahir untuk mencari maklumat yang berkaitan dan menilai sama
ada maklumat yang diperoleh itu cukup atau tidak untuk melaksanakan tugasan yang
diberi.
Kemudian, pemikiran kritis yang berkesan boleh terhasil sekiranya guru tidak
mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya. Di dalam kelas abad ke-21, guru
seharusnya menggalakkan murid untuk memberi pandangan tentang sesuatu topik yang
sedang dibincang. Pandangan yang tidak tersasar daripada topik perbincangan harus
diterima oleh guru supaya murid-murid berasa selesa dan seronok untuk mengutarakan
idea-idea mereka.

Dari situ, guru boleh menilai tahap pemikiran muridnya terhadap sesuatu perkara.
Adakah mereka melihat sesuatu perkara daripada sudut yang berbeza? Jika ya, ini
bermakna murid tersebut telah berfikir secara kritis.

Seterusnya, guru juga boleh menerapkan elemen perbahasan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran (PDP) berlangsung. Bagi memulakan sesi PDP, guru perlu meminta
murid untuk memberikan idea atau pandangan mengenai tajuk pembelajaran pada hari
tersebut. Idea yang diberi tidak perlu dibincangkan, tetapi, guru perlu bertanya kepada
murid mengapa idea tersebut yang diberi.

Guru juga perlu memberi galakan kepada murid-murid lain untuk membahas idea
tersebut supaya mereka dapat menjana pelbagai pandangan dan pengetahuan.

Oleh yang demikian, elemen pemikiran kritis berjaya diterapkan dalam diri murid-murid
melalui sesi PDP yang dilaksanakan oleh guru. Ia berlaku hanya dengan penerapan
beberapa perkara penting, seperti memiliki maklumat yang sesuai berdasarkan tajuk,
mempunyai sikap ingin tahu dan bersedia untuk meneroka sesuatu topik melalui
pembacaan, soal jawab bersama guru dan rakan serta melaksanakan aktiviti hands-on
bagi mendapatkan sesuatu maklumat, di samping mampu membuat sesuatu keputusan
berdasarkan maklumat-maklumat yang diperoleh dan berupaya untuk mempertahankan
keputusan tersebut dengan menggunakan bukti-bukti yang berasas.

Murid yang berfikiran kritis adalah murid yang berfikiran terbuka, di mana, mereka
mudah untuk menerima pandangan atau idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan lain
serta tidak merendah-rendahkan idea yang diterima. Dengan ini, guru-guru perlu
mengenali setiap muridnya supaya elemen ini lebih mudah diterapkan semasa PDP
berlangsung.

Kreativiti
Kreativiti merujuk kepada sesuatu proses yang berlaku, di mana, ia melibatkan
penghasilan sesuatu yang baru, berguna dan juga berkualiti. Elemen ini juga merupakan
salah satu elemen yang penting untuk diterapkan dalam diri murid. Hal ini demikian
kerana kreativiti bersifat meluas yang melibatkan sesuatu projek dan juga pemikiran
murid itu sendiri. Mereka perlu berfikir di luar kotak untuk menghasilkan sesuatu
ciptaan yang baru dan berguna.

Dalam kelas abad ke-21, guru boleh meminta muridnya untuk menghasilkan sesuatu
produk yang unik, iaitu produk yang lain daripada produk sedia ada. Perkara ini amat
bersesuaian dengan ciri-ciri kelas abad ke-21, iaitu pembelajaran berpusatkan murid.
Walau bagaimanapun, murid-murid masih memerlukan bimbingan daripada seorang guru.
Guru perlu menilai sama ada produk yang dihasilkan oleh murid adalah sebuah produk
yang baru atau sedia ada, di samping meneliti keunikan dan keaslian produk itu sendiri.
Komen-komen yang praktikal perlu diberi supaya murid dapat membuat penambahbaikan
terhadap produk ciptaannya.

Selain itu, guru perlu meminta murid untuk memberi penerangan tentang produk yang
dihasilkan. Dari situ, guru boleh menilai sama ada murid tesebut mampu memberi hujah-
hujah yang kukuh atau tidak dalam mempertahankan keistimewaan produk ciptaannya. Di
sini guru boleh menerapkan unsur pemikiran kritis dengan meminta murid-murid lain
untuk turut memberi pandangan dan idea bagi tujuan penambahbaikan terhadap produk
tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid dapat menjana pelbagai idea daripada rakan-
rakan mereka sendiri.

Guru hanya perlu membimbing muridnya untuk berfikir mengenai sesuatu perkara
daripada pelbagai sudut. Dengan itu, hasil sesi PDP yang dilaksanakan oleh guru akan
menghasilkan murid-murid yang berani mengambil risiko, seperti berani untuk
mengemukakan idea tanpa merasa bimbang terhadap kritikan yang bakal diterima, di
samping berupaya untuk berpandangan jauh tentang sesuatu perkara.

Nilai Murni dan Etika

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik, beradab dan menjaga
tatasusila, manakala, etika pula merujuk kepada keperibadian atau perwatakan
seseorang. Dalam dunia pendidikan, elemen ini amat penting untuk diterapkan dalam diri
murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri yang tinggi. Guru merupakan insan yang
paling rapat dengan murid ketika mereka berada di sekolah. Oleh itu, guru seharusnya
berusaha untuk menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri murid-murid semasa sesi
PDP berlangsung.

Ketika sesi PDP, guru boleh meminta murid untuk menyatakan nilai murni yang
bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Kemudian, guru perlu menilai
sama ada murid tersebut memahami nilai murni yang dinyatakan ataupun tidak. Jika
mereka memahami nilai murni tersebut, guru perlu melihat pula dari segi kelakuannya.
Adakah mereka tahu cara-cara untuk menerapkan nilai-nilai murni itu dalam tingkah laku
mereka? Di sini, guru memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik murid-murid
untuk sentiasa berkelakuan sopan.

Terdapat sesetengah murid yang suka untuk merendah-rendahkan rakan-rakan yang


mengamalkan nilai-nilai murni. Namun begitu, jika guru berupaya untuk mengubah
persepsi mereka terhadap nilai murni, maka, terhasillah seorang murid yang beretika
dan berkelakuan baik. Guru perlu meminta mereka untuk memberi pandangan tentang
nilai-nilai murni dan etika yang harus diterapkan dalam diri mereka, dari segi kesan
amalan nilai tersebut terhadap diri, masyarakat, agama dan juga negara.

Guru juga boleh memberi penghargaan kepada murid yang sentiasa mengamalkan nilai-
nilai yang dipelajari semasa sesi PDP. Perkara ini boleh menjadi satu galakan kepada
murid-murid lain untuk bersama-sama mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian mereka. Oleh itu, guru perlu kreatif dan kritis dalam mendidik murid-murid
untuk menjadikan mereka seorang insan yang berguna dan berkualiti setelah tamat alam
persekolahan kelak.

Kelas abad ke-21 ini amat sesuai dilaksanakan kerana ia banyak memberi impak-impak
yang positif dalam diri murid. Dengan wujudnya kelas abad ke-21 ini, murid-murid akan
dilatih untuk memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang, seperti
kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan masalah
berdasarkan realiti kehidupan. Selain itu, murid juga bersedia untuk menghadapi
peperiksaan, di mana peperiksaan kini diterapkan dengan unsur-unsur kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT).

Ia tidak menjadi masalah bagi murid itu sendiri kerana pemikiran mereka sentiasa
dicabar semasa sesi PDP di dalam kelas. Kelas abad ke-21 juga membantu murid untuk
bersedia ke alam pekerjaan. Majikan kini amat mementingkan beberapa aspek, seperti
kemahiran komunikasi, mampu menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif
bagi membolehkan individu yang ditemuduga diterima bekerja di syarikat mereka.
Impak-impak ini dilihat dapat memberi kesan positif terhadap diri murid itu sendiri,
sekolah dan juga negara, seiring dengan hasrat untuk menjadikan pendidikan di Malaysia
sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.

Anda mungkin juga menyukai