Anda di halaman 1dari 4

Apakah Dana PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan penambahbaikan pendidikan di sekolah. PIBG memainkan peranan sebagai agen meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dengan melibatkan peranan ibubapa dalam sistem pendidikan anak-anak mereka. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah telah dan boleh diatur dalam mengatasi pelbagai masalah dan kekangan yang secara tidak langsung boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Dana PIBG merupakan salah satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah. Kami mengalu-alukan pihak PIBG di sekolah untuk merealisasikan impian bagi menjayakan program serta aktiviti bagi meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran di sekolah.

Apa yang Anda Perlu Tahu


Apakah itu Dana PIBG? Dana PIBG merupakan sebuah dana berjumlah RM20 juta yang diperuntukkan oleh 1MDB bertujuan untuk membantu dan memperkasakan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah.

Apakah kategori-kategori yang diambilkira dalam kriteria permohonan? 3 kategori yang diambilkira adalah: 1. Aktiviti pendidikan 2. Aktiviti ko-kurikulum 3. Infrastruktur pembangunan kecil

Siapa yang layak memohon? Permohonan terbuka kepada semua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dari SekolahSekolah Kerajaan dan Sekolah-Sekolah Bantuan Kerajaan yang berdaftar di seluruh Malaysia.

Bagaimana untuk memohon? Permohonan boleh dilakukan dengan langkah-langkah mudah berikut: 1. 2. 3. 4. Muat turun borang permohonan dari www.danapibg.com.my. Melengkapkan borang permohonan. Melampirkan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan. Menghantar borang permohonan bersama kesemua lampiran secara pos ke Dana PIBG 1Malaysia, Level 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

Apa yang perlu saya lakukan untuk memohon? Baca dan fahami objektif serta tujuan Dana PIBG. Pastikan profil dan kertas cadangan anda memenuhi garis panduan yang dinyatakan sebelum anda melengkapkan dan menghantar borang permohonan anda.

Bila boleh saya memohon? Kami menerima permohonan sepanjang tempoh kempen dana ini. Walau bagaimanapun, pengumuman keputusan penganugerahan hanya akan dibuat dua bulan dari tarikh permohonan diterima di pejabat 1MDB.

Berapakah jumlah maksimum dana yang boleh dipohon? Jumlah dana yang boleh dipohon adalah: 1. Sekolah Rendah sehingga jumlah maksimum RM30,000. 2. Sekolah Menengah sehingga jumlah maksimum RM50,000.

Sejauh mana huraian justifikasi permohonon perlu dilakukan? Jumlah dana yang dipohon perlu dijustifikasi dengan jelas dan butiran terperinci pecahan perbelanjaan dana perlu dilampirkan. Adalah penting untuk pemohon

memberikan perincian yang jelas untuk kami membuat penilaian sama ada jumlah dana yang dipohon bertepatan dengan aktiviti yang dicadangkan.

Berapa lamakah tempoh proses permohonan? Proses permohonan dianggarkan selama 2 bulan dari tarikh permohonan diterima. Kami akan menghubungi pemohon yang layak ke peringkat seterus dari masa ke masa.

Apakah jenis permohonan yang tidak akan diterima oleh Dana PIBG? Dana PIBG tidak akan menerima dan menyokong permohonan: 1. Untuk kepentingan peribadi pemohon 2. Bermotif politik 3. Yang dianggap sebagai konflik kepentingan bagi individu-individu dalam PIBG dan sekolah yang diwakili.

Bagaimanakah saya boleh menyemak status permohonan? Pemohon boleh menyemak status permohonan secara bertulis ke danapibg@1mdb.com.my.

Apakah yang perlu saya hantar bagi tujuan semakan dan pemantauan? Jika permohonan anda diluluskan, anda perlu menghantar laporan status bulanan berserta dengan laporan kewangan kepada kami.

Bolehkah saya membuat permohonan kedua selepas permohonan pertama Berjaya? Hanya satu permohonan untuk satu sekolah dibenarkan sepanjang tempoh Dana PIBG. Jika PIBG telah berjaya mendapat peruntukkan dana, kami tidak akan menerima

permohonan kedua PIBG tersebut.

Jika saya mempunyai sebarang pertanyaan, siapakah yang perlu saya rujuk? Untuk sebarang pertanyaan mengenai Dana PIBG, anda boleh menghantar e-mel kedanapibg@1mdb.com.my atau menulis kepada: Dana PIBG 1Malaysia, Aras 8, Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai