Anda di halaman 1dari 50

Soalan No 2 Bahagian B Kertas 1 Tingkatan 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 : (Contoh Karangan

Kelas Sederhana dan Lemah)

Kasih sayang daripada ibu bapa menjadi elemen penting dalam kehidupan anak-anak. Jelaskan cara-cara untuk
memupuk kasih sayang dalam keluarga.

Dalam era dunia moden ini, hubungan kekeluargaan dilihat semakin renggang. Buktinya, pelbagai masalah sosial wujud dan
dikatakan berpunca daripada kepincangan dalam hubungan kekeluargaan. Antara masalah sosial yang wujud masa ini seperti
merempit, penderaan masalah komunikasi dan kurangnya kasih sayang menjadi faktor dominan kepada perlakuan di luar
batas oleh remaja pada masa ini. Oleh itu, pelbagai aktiviti bersama perlu dijadikan amalan oleh setiap keluarga bagi
memastikan hubungan kekeluargaan menjadi lebih intim.

Selain itu, ibu bapa boleh pergi bercuti ke lokasi menarik ketika cuti sekolah. Selain memanfaatkan masa senggang dan
mengelakkan anak-anak daripada melakukan kebejatan moral seperti melepak, vandalisme dan gengsterisme, percutian
dalam mengurangkan kadar stres anak-anak di sekolah dan ibu bapa di pejabat. Sepanjang percutian, buatlah aktiviti
sekeluarga yang menarik seperti berkelah, bermandi-manda di pantai, mendaki gunung, berfoto, menyelam di laut dan
sebagainya, Melalui cara ini, anak-anak akan lebih rasa dihargai kerana kehadiran mereka disedari dan mempunyai fungsi
dalam membahagiakan ibu bapa.

Malahan, ibu bapa perlu menemani anak-anak belajar dan mengulang kaji pelajaran. Walaupun sudah penat bergelut
dengan kerja dan masalah di pejabat, ibu bapa harus meluangkan masa bagi tujuan ini. Anak-anak yang tidak faham sudah
tentu akan mahu mencari rujukan. Bagi abang dan kakak yang mempunyai ilmu, maka boleh membantu adik-adik bagi
menyiapkan tugasan. Apabila perkara ini berlaku, sudah tentu ibu bapa berjaya menzahirkan teladan yang baik terhadap
keprihatinan dan keperluan anak-anak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang menemani anak-anak belajar menunjukkan tahap
motivasi untuk mereka belajar dengan tekun lebih tinggi.

Antaranya adalah dengan makan bersama-sama. Semasa penyediaan makanan, anak-anak boleh membantu ibu bapa
selain mengurangkan jumlah masa makan di luar seperti di restoran makanan segera. Misalnya, anak-anak perempuan
membantu ibu di dapur, sementara anak-anak lelaki menolong bapa mempersiapkan keperluan di meja makan. Dengan cara
ini, ibu bapa dapat memupuk perasaan saling bergantung antara satu sama lain, sandar-menyandar ‘bagai aur dengan
tebing’. Amalan ini juga membolehkan hubungan anak-anak dan ibu bapa menjadi bagai isi dengan kuku.

Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh meluangkan masa bagimenyelesaikan masalah anak-anak. Tidak dapat dinafikan, zaman
remaja merupakan era penuh konflik bagi diri mereka, sama ada konflik dalam atau konflik luaran. Semua orang menyakini
bahawa sifat ibu bapa ibarat ‘sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya’. Perubahan dalam diri anak-anak perlu usah
dipandang enteng. Untuk itu, ibu bapa perlu memiliki kemahiran komunikasi dan pendekatan psikologi dalam memastikan
anak-anak tidak takut dan malu untuk berkongsi masalah. Dengan cara ini, hubungan anak dan ibu bapa semakin erat kerana
kepercayaa anak terhadap kemampuan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah mereka.

Sesungguhnya, kebahagiaan sebuah keluarga terletak pada kebijaksanaan nakhodanya, iaitu ayah. Seandainya nakhoda ini
sering bertelagah dengan anak-anak kapal, maka sukar untuk sampai ke destinasi utama, iaitu pantai keluarga sakinah.
Dengan wujudnya hubungan yang erat antara ahli keluarga, maka anak-anak akan lebih kurang untuk keluar rumah dan
bercampur dengan kawan-kawan yang nakal. Kesannya, masalah sosial pasti tidak akan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi
keluarga yang bahagia.
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan
mereka itu tercapai.

      Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu
bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal tersebut. Setiap
ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Mereka perlu berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan
kemahiran keibubapaan ke tahap yang paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk
memiliki anak-anak yang berguna akan dapat direalisasikan. Persoalannya, apakah usaha-usaha
yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka tercapai?

        Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih sayang.
Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang mereka.
bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan perbuatan yang
secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan tidak diabaikan
oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-anak sama ada dengan
cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata positif apabila anak-anak
mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang positif daripada ibu
bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi kepada anak-anak untuk
terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin dan usaha, tangga kejayaan.
Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah masyarakat adalah kerana
keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa yang materialistik dan
mementingkan kerjaya. Sebagai contohnya, banyak ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab
mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa
tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif. Tegasnya, anak-anak akan menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, dan negara jika keluarga yang saling
berkasih sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.

        Selain itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep “Rumahku Syurgaku” demi keselesaan anak-anak.
Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak berasa
tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan di hadapan
anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anak-anak
mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan dalam
rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli keluarganya
seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anak-anak
menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa anak-anak yang tinggal di
kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan sesetengahnya tidak pulang ke rumah.
Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif seperti
merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar,
khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.

        Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa
haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi
kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas
pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak dan
pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang betul.
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan  baik atau buruk sesuatu
perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh, jika keluarga
tersebut berasal dari keluarga yang baik, kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika ibu bapa
mempunyai pegangan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan mempunyai tingkah
laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat mengawal diri daripada
melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya. Tegasnya, didikan agama yang
sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk memiliki anak-anak yang berguna.

        Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Ibu bapa
meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan. Peribahasa
Melayu “bapa borek anak rintik” sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak tanduk ibu bapa
akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah laku dan percakapan
ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan
yang baik akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. Oleh itu, ibu bapa haruslah
sentiasa mnenjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang kasar dalam kehidupan
sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi penentu tingkah laku anak-anak
pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh teladan yang baik agar anak-anaknya
turut menjadi insan yang baik dan berguna.

        Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang
lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian
kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk
membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah
“menjaga tepi kain orang lain” dalam masyarakat  adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa
perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah segera
membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan sedemikian rupa
agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jadi, untuk membentuk anak menjadi
insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran orang lain dengan hati yang
terbuka. Peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” atau “sudah
terhantuk baru tengadah” sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.

        Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama
ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat
ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu
bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum
ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak
kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang baik
dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa perlu
sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam bidang
pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anak-anak di
sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah serta
mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab anak-
anak keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya, ibu bapa perlu memantau perkembangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.

        Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk
anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk
mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah. Semua
ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh kesabaran.
Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara istiqamah
untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Setiap ibu bapa juga mengharapkan anak
mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta mempertahankan
maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka jadi sampah
masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan kepada masyarakat dan
negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.
Soalan No 2 Bahagian B Kertas 1 Tingkatan 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 : (Contoh Karangan
Kelas Cemerlang)

Kasih sayang daripada ibu bapa menjadi elemen penting dalam kehidupan anak-anak. Jelaskan cara-cara untuk
memupuk kasih sayang dalam keluarga.

Dalam meniti arus kemodenan ini, semangat kasih sayang dalam masyarakat semakin terhakis ditelan arus
pemodenan dan kemajuan negara. Hal ini terbukti apabila saban hari pelbagai kebejatan sosial seperti kes
pembunuhan, kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat, penderaan, gangsterisme,
vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah hinggalah kepada mat rempit yang melanda golongan
remaja. Hal ini umpama peribahasa bagai duri dalam daging yang kerap terpampang di dada-dada akhbar. Kejadian-
kejadian tersebut sekali gus memadamkan semangat kasih sayang dalam masyarakat. Antaranya ialah sikap
mengambil berat, prihatin dan saling menghormati dalam masyarakat sudah seperti tidak wujud lagi. Hal ini kerana
masyarakat yang berkasih sayang hanya boleh terbentuk melalui perasaan cinta yang mendalam dan saling
menghormati sesama ahli keluarga yang merupakan asas kepada pembentukan sesebuah masyarakat. Keutuhan
institusi keluarga begitu penting untuk memupuk kasih sayang dalam kalangan remaja sehingga hal ini boleh
diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha
memupuk kasih sayang dalam kalangan remaja sehingga kempen “Rumahku Syurgaku” yang menekankan
kepentingan keharmonian dalam rumahtangga diibaratkan sebagai syugra untuk memastikan keutuhan institusi
keluarga diadakan secara proaktif di dalam negara. Oleh itu, anggota keluarga perlulah menyahut cabaran bagi
memupuk kasih sayang dalam kalangan keluarga mereka. Persoalannya, sejauh manakah anggota keluarga
memainkan peranan masing-masing bagi memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga ?

Sebenarnya, golongan dalam institusi keluarga yang memainkan peranan dominan dalam hal ini ialah
golongan ibu bapa. Ibu bapa haruslah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak dan mengasuh anak-anak bagai
menatang minyak yang penuh. Ibu bapa seharusnya menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak
ternilai. Mereka seharusnya mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu
bapa yang hanya sibuk mengejar dan mementingkan kerjaya dan harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali.
Mereka tidak sedar akan nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka
terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan anak-anak. Kehidupan anak-anak haruslah diisi dengan kasih
sayang yang melimpah ruah antara ahli keluarga dengan menyemai sikap kasih sayang dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi. Pendidikan dan penyemaian sikap kasih sayang yang dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil
lagi boleh diibaratkan seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sikap kasih sayang yang dipupuk dan disemai
sejak kecil ini lebih mudah sebati dalam diri anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Keukhwahan dalam
perhubungan antara ahli keluarga amat penting dalam proses pembesaran anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa
bolehlah meluangkan masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama anak-anak. Ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak makan angin ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Hadis ada mengatakan
bahawa anak-anak diibaratkan sebagai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jelaslah bahawa ibu bapa
haruslah mencurahkan kasih sayang dan mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh untuk memupuk
kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

Rentetan daripada hal tersebut, ibu bapa juga perlulah memberikan ajaran agama dan penyemaian nilai-nilai
murni yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana agama merupakan senjata ampuh yang
mampu membantu menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Tiada agama di dunia ini yang mengajar
penganutnya bersikap kasar dan ganas kepada individu lain apatah lagi kepada ahli keluarga mereka sendiri.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan agama dan penyemaian nilai-nilai murni yang
secukupnya kepada anak-anak mereka. Anak-anak pula mestilah mendekatkan diri dengan Tuhan, mendalami ilmu
agama yang dipelajari dan menyemai serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh, setiap ibu bapa haruslah menekankan kepentingan bersolat, mentaati perintah ibu bapa dan
menghormati serta menyayangi orang tua dalam kalangan anak mereka. Dengan ini, anak-anak akan terhindar
daripada membuat keputusan yang salah dan terpesong daripada ajaran agama. Anak-anak yang diberikan
pendidikan agama dan penyemaian nilai-nilai murni dalam diri mereka akan sentiasa memupuk nilai kasih sayang
dalam diri mereka. Mereka akan sentiasa sedar akan kesilapan mereka dan menjadi pemaaf pada kesalahan orang
lain. Hal ini umpama peribahasa sesat jalan, pulang ke pangkal jalan. Kendatipun, ibu bapa yang memberikan
cahaya keimanan kepada anak-anak akan melahirkan adiwangsa yang soleh dan solehah. Sebaliknya, ada juga
keluarga yang makmur dari segi ekonomi, tetapi muflis nilai agama dan kerohaniannya. Tegasnya, tidak dapat
dinafikan lagi antara usaha memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga ialah ibu bapa perlulah
memberikan ajaran agama dan penyemaian nilai-nilai murni yang sempurna kepada anak-anak.
Lontaran idea yang seterusnya ialah setiap ahli keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, abang, kakak, adik
serta ahli keluarga yang lain haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana
setiap anggota keluarga seharusnya menjadi suri teladan dan “role model” yang berkesan. Janganlah bersikap
seperti ketam mengajar anak-anaknya berjalan betul. Dalam konteks ini, keperibadian anak-anak dapat
mencerminkan perwatakan anggota keluarganya. Terdapat banyak nilai yang boleh ditunjukkan kepada anak-anak.
Misalannya, anggota keluarga mengamalkan semangat kasih sayang dalam kehidupan seharian. Mereka boleh
sering pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek ataupun saudara mara yang sudah lanjut usia. Setiap
anggota keluarga boleh membantu membersihkan kediaman datuk dan nenek di kampung pada musim-musim cuti
sekolah. Nilai kasih sayang yang ditunjukkan inilah yang akan menjadi ikutan golongan muda kerana bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Secara tidak langsung, hal ini akan melahirkan individu yang berkasih sayang. Namun
demikian, janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit terhadap jasa dan pengorbanan golongan tua ini.
Malangnya pada masa ini, terdapat ramai anak muda yang menganggap datuk dan nenek mereka tidak penting dan
tidak relevan dalam dunia yang penuh dengan kecanggihan teknologi terkini. Akibatnya, ramai anak dan cucu yang
bersikap biadap dan lupa akan tanggungjawab mereka terhadap golongan tua tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa
setiap ahli keluarga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak untuk memupuk kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga.

Tambahan pula, setiap anggota keluarga boleh menyambut hari-hari penting untuk memupuk kasih sayang
dalam kalangan ahli keluarga mereka serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi masalah. Seperti
yang kita ketahui antara hari penting yang dimaksudkan ini ialah hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan, hari
keluarga dan sebagainya. Setiap anggota keluarga boleh merancang aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang
sambutan hari-hari penting ini. Hal ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk kasih
sayang dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa dan anak-anak akan merasa diri mereka disayangi dan dihargai oleh
ahli keluarga yang lain. Pada masa yang sama, ibu bapa dan anak-anak dapat berkongsi masalah dan menerima
pandangan ahli keluarga yang lain. Sebagai contoh, sewaktu sambutan hari keluarga, ibu bapa boleh bersedia
memasang telinga terhadap masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Sikap sesetengah anggota keluarga yang
berpeluk tubuh dan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dijauhi. Anggota
keluarga haruslah sentiasa bersedia untuk membantu antara satu sama lain jika ada masalah yang timbul. Sebagai
analoginya, jika ada kalangan anggota keluarga yang gagal dalam peperiksaan atau tidak mencatat kecemerlangan
yang diharapkan, peranan setiap anggota keluarga adalah sangat penting. Situasi ini amat perit dan sukar untuk
ditanggung oleh anak-anak secara sendirian. Namun, peranan anggota ahli keluarga yang lain terutamnya ibu bapa
adalah untuk memberi sokongan dan dorongan moral serta menenangkan perasaan anak-anak. Sekiranya, anak-anak
diberi sokongan dan dorongan serta kepercayaan bahawa kegagalan bukanlah penyudah bagi segala-galanya, sudah
pasti anak-anak ini akan membina kekuatan jangan cepat berputus asa dan kepercayaan diri untuk terus berusaha
mencapai kejayaan. Mereka akan rasa dikasihi walaupun telah melakukan kesilapan dan percaya bahawa segala
masalah yang dihadapi boleh diselesaikan dengan pertolongan ahli keluarga. Oleh sebab itu, setiap anggota keluarga
boleh menyambut hari-hari penting untuk memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga mereka serta dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi masalah.

Akhirnya, setiap anggota keluarga haruslah melakukan perkara-perkara lazim dalam kehidupan bersama-sama.
Hal ini secara tidak langsung akan dapat memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. Antara perkara
lazim yang boleh dilakukan bersama-sama seperti solat berjemaah, makan malam bersama, beriadah, melancong
dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini akan dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga di samping memupuk
kasih sayang yang mendalam dalam kalangan ahli keluarga. Hal ini umpama peribahasa sambil menyelam minum
air dan serampang dua mata. Keberadaan ibu bapa di samping anak-anak sewaktu melakukan apa-apa jua aktiviti
membolehkan anak-anak memahami bahawa kasih sayang yang bertaut antara mereka amat penting. Kasih sayang
inilah yang akan mengikat tali silaturahim dan hubungan mesra yang tidak dapat dijual beli oleh wang ringgit dan
kemewahan duniawi. Walaupun pada dasarnya, aktiviti-aktiviti seperti solat berjemaah atau makan malam bersama
nampak seperti biasa sahaja, namum aktiviti-aktiviti ini sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada
kehidupan anak-anak. Apa tidaknya, anak-anak akan rasa lebih disayangi dan diberi perhatian sepenuhnya oleh
anggota keluarga mereka. Kebajikan serta keperluan dan kehendak mereka sentiasa diambil berat oleh anggota
keluarga yang lain. Natijahnya, anak-anak tidak akan mencari kasih sayang dan perhatian orang asing dalam hidup
mereka serta peratusan untuk mereka berada di luar rumah atau di luar kawalan ibu bapa amat tipis. Jelaslah bahawa
setiap anggota keluarga haruslah melakukan perkara-perkara lazim dalam kehidupan bersama-sama untuk memupuk
kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Sebagai mengulung tajuk karangan di atas, terdapat banyak cara untuk memupuk kasih sayang dalam
keluarga. Hal ini demikian kerana anggota keluarga merupakan orang yang paling hampir dan dekat dengan anak-
anak. Sesungguhnya, anggota keluarga yang sudah berpengalaman dan lebih matang seperti ibu bapa, kakak dan
abang perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan
ahli keluarga mereka. Oleh hal yang demikian, setiap anggota keluarga haruslah memainkan peranan masing-
masing semaksimum yang mungkin. Kita berharap tiada ibu bapa atau anggota keluarga yang mencurahkan kasih
sayang secara pilih bulu terhadap anak-anak. Pihak kerajaan akan sentiasa memberi sokongan yang padu terhadap
usaha murni ini. Apa yang diharapkan oleh semua orang ialah kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga dapat
mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Ingatlah, institusi keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan keluarga
yang cemerlang dan seterusnya membentuk ummah dan negara yang terbilang.

(Dipetik daripada karangan Chan Mei Qi, 4 SN dan diubah suai oleh Pn. Kamariah binti Hj. Abd. Razak)
Soalan Bahagian A Kertas 1 Tingkatan 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 : (Contoh Karangan Kelas
Cemerlang)

Gambar rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri remaja berwawasan. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri remaja
yang berwawasan yang akan menjadi peneraju negara pada masa akan datang. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam dunia yang serba canggih ini, segala maklumat serta pengetahuan berada di hujung jari. Apabila
bangunan-bangunan yang dibina sudah mula mencakar langit, wajarkah fikiran masyarakat kita masih berada pada
kelas ketiga ? Hal ini sudah tentu memberi impak negatif kepada proses urbanisasi ummah kini terutamanya kepada
golongan remaja negara kita yang bakal menjadi khalifah pada masa akan datang. Mantan Presiden Republik
Indonesia, Bung Karno pernah berkata “Berikan aku 1000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya,
tetapi berikan aku 10 pemuda , nescaya akan kugoncangkan dunia”. Inilah mutiara kata seorang pemimpin negara
yang mahu golongan remaja menyahut cabaran untuk membangunkan sebuah negara yang merdeka. Maka, terdapat
beberapa ciri remaja berwawasan yang perlu dipenuhi sebagai permulaan sebelum menjadi peneraju negara pada
masa akan datang.

Sebagai pembuka bicara perbincangan kali ini, antara ciri remaja berwawasan yang dimaksudkan ialah
seorang remaja haruslah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Hal ini kerana sifat ini dapat membantu
golongan remaja dalam menguruskan sesuatu hal mahupun permasalahan yang berlaku. Sebagai contoh, sewaktu
perkhemahan berlangsung, jika terdapat sesuatu konflik yang berlaku, remaja yang mempunyai sifat kepimpinan
inilah yang akan berusaha membantu untuk menyelesaikan konflik tersebut. Malahan, sifat kepimpinan seseorang
remaja juga boleh dipamerkan melalui tindakannya sebagai ketua atau pengerusi sesebuah persatuan dan kelab yang
disertainya dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Tambahan pula, remaja yang mengamalkan sikap dan
perwatakan murni ini akan sentiasa menjadi pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. Oleh sebab itu,
wajarlah sifat kepimpinan yang tinggi perlu ada dalam diri setiap remaja.

Pada masa yang sama, remaja yang berwawasan mestilah seorang remaja yang berilmu pengetahuan. Hal ini
demikian kerana ilmu pengetahuan merupakan pelita hati yang menyuluh kehidupan. Petikan kata-kata seorang
pujangga bangsa, Profesor Hamka, “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya”. Hal ini amat bertepatan dengan nilai ilmu yang sangat
tinggi. Jika dahulu, ramai remaja yang cerdik terhenti pelajarannya kerana masalah kewangan keluarga tetapi tidak
sekarang. Kini, pihak kerajaan mahupun swasta amat memberi peluang yang luas dan terbuka kepada golongan
remaja yag ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, banyak kemudahan pinjaman pendidikan dan bantuan persekolahan yang ditawarkan kepada golongan
remaja seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan Pendidikan, Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan sebagainya. Yang diperlukan hanyalah usaha dan kerajinan remaja untuk
menuntut ilmu pengetahuan masa ini. Peribahasa Melayu ada menyebut hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jelaslah bahawa, kepentingan ilmu pengetahuan itu
perlu disedari oleh remaja agar lahir sebagai remaja yang berwawasan dan menjadi peneraju negara pada masa akan
datang.

Lontaran idea yang seterusnya pula ialah ciri remaja yang berwawasan sering dikaitkan dengan keperibadian
remaja yang berdisiplin tinggi. Hal ini wujud apakala disiplin yang tinggi merupakan tunjang utama dalam
melahirkan peneraju negara pada masa akan datang. Rentetan daripada perkara tersebut, bukan sahaja remaja yang
berwawasan dapat dibentuk malah remaja akan sentiasa dihormati dan menjadi suri teladan kepada orang lain. Kita
tidak boleh menafikan bahawa disiplin yang tinggi itu dapat menjadikan seseorang remaja itu lebih berjaya. Sebagai
contoh, tokoh pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007 iaitu Nur Amalina Che
Bakri berjaya mendapat 17 A1 kerana disiplin yang tinggi terhadap pelajaran. Hal ini membuktikan bahawa, remaja
yang berwawasan haruslah mempunyai disiplin yang tinggi agar segala percaturan akan lebih teratur dan efisien.
Oleh itu, benarlah bahawa disiplin yang tinggi mampu membantu remaja agar menjadi lebih berwawasan.

Akhir sekali, remaja yang berwawasan perlulah mempunyai fikiran yang kreatif dan inovatif. Hal tersebut
dikatakan demikian kerana, untuk bersaing dalam dunia yang serba canggih dan berteknologi tinggi ini, kita
memerlukan pendapat dan idea-idea yang segar dan bernas. Segala pendapat dan idea yang bernas ini datangnya
daripada pemikiran dasar langit terbuka dan maklumat tanpa sempadan. Remaja yang berwawasan seharusnya
pandai memanfaatkan ilmu tentang penciptaan teknologi era ini yang boleh didapati melalui Internet. Misalnya, jika
seseorang remaja itu menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif dan inovatif, justeru ciptaan tersebut boleh diguna
pakai oleh orang lain untuk memudahkan kehidupan seharian. Secara tidak langsung, remaja akan dapat menabur
bakti kepada orang lain seawal usia lagi. Tegasnya, antara ciri remaja yang berwawasan ialah remaja yang kreatif
dan inovatif.

Sebagai penghias bicara akhir, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak ciri remaja yang berwawasan
yang akan menjadi peneraju negara pada masa akan datang. Sesungguhnya, segala usaha yang padu dan komitmen
yang tinggi perlu digalas oleh semua pihak untuk melahirkan remaja yang berwawasan. Oleh sebab itu, golongan
remaja pula perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap pembangunan negara. Mereka perlulah
lebih berusaha dan bekerja keras bagi menyahut cabaran ini. Sikap sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan remaja
inilah yang dituntut untuk melahirkan golongan pemimpin negara pada masa akan datang. Hal ini persis dengan
kata-kata mutiara “orang yang takut menghadapi kesukaran, selamanya tidak akan maju,”. Ingatlah remaja, anda
merupakan cerucuk utama pembangunan negara dan bertanggungjawab menjulang negara ke puncak jagat.

(Dipetik daripada karangan Mohd Zahiruddin Bin Mohd Salleh, 4 PA dan diubah suai oleh Pn. Kamariah
binti Hj. Abd. Razak)
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya jerebu di negara ini. Panjangnya huraian anda hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

Dalam zaman teknologi maklumat ini, aktiviti untuk meningkatkan ekonomi negara telah menjadi agenda utama bagi
negara kita. Hal ini berlaku kerana ekonomi sesebuah negara bergantung kepada peningkatan mata wang negara tersebut.
Secara tidak langsung, perkara ini akan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Oleh itu, kerajaan telah menggunakan
pelbagai cara yang boleh meningkatkan ekonomi seperti menarik pelabur asing dari luar negara untuk melabur di negara kita
dengan membuka kilang. Walaupun peningkatan ekonomi ini adalah perkara yang bermanfaat kepada negara kita, tetapi
perkara ini juga memberikan kesan yang negatif dari aspek pencemaran udara iaitu jerebu. Fenomena jerebu sangat
membimbangkan kerana dapat menjejaskan kesihatan serta melumpuhkan ekonomi negara jika hal ini berterusan. Hal ini
umpama peribahasa adat juara kalah menang. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya jerebu di
negara kita ?
Pembakaran hutan secara besar-besaran adalah salah satu faktor berlakunya jerebu di negara kita. Hal ini disebabkan
oleh sikap sesetengah pengusaha ladang yang tidak bertanggungjawab iaitu ingin membuka kawasan pertanian. Sebagai
contoh, pada tahun 2013, kebakaran hutan di Sumatera untuk pembukaan kawasan pertanian telah menyebabkan jerebu di
negara kita dengan kadar indek pencemaran udara (IPU) yang tinggi. Secara tidak langsung, hal ini akan menyebabkan
masalah kesihatan seperti masalah pernafasan. Situasi ini juga akan menjejaskan aktiviti harian penduduk dan ekonomi
khususnya. Seperti mana yang kita ketahui, masyarakat tidak boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti bersenam,
berekreasi di taman, melakukan aktiviti gotong-royong di luar rumah dan sebagainya. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
seekor kerbau yang membawa lumpur, semuanya akan terpalit juga. Oleh itu, kebakaran hutan yang dilakukan oleh sesetengah
pengusaha yang hanya memikirkan keuntugan untuk tujuan pertanian wajar dielakkan. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya
jerebu yang akan mendatangkan banyak keburukan kepada penduduk dan negara kita.
Lontaran idea yang seterusnya berkisar pada isu peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Hal ini juga telah menyebabkan masalah jerebu yang teruk di negara kita. Kini, kenderaan dianggap
sebagai suatu keperluan dalam kehidupan manusia. Hal ini telah dibuktikan dengan kajian yang menunjukkan bahawa setiap
rumah di negara kita sekurang-kurangnya memiliki sebuah kenderaan persendirian. Secara tidak langsung, hal ini telah
mengakibatkan jumlah kenderaan sama ada kenderaan persendirian mahupun kenderaan awam di jalan raya semakin
meningkat. Sebagai contoh, kempen berkongsi kereta yang telah dilaung-laungkan oleh pihak kerajaan selama ini nampaknya
kurang berkesan. Kesesakan lalu lintas akibat daripada peningkatan bilangan kenderaan di atas jalan raya telah menyebabkan
keadaan jerebu bertambah parah. Hal ini kerana kenderaan yang tidak bergerak telah menyebabkan pelepasan asap karbon
monoksida yang mencemarkan udara dan turut menyumbang pada masalah jerebu di negara ini. Jelaslah bahawa, isu
peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya menjadi salah satu faktor berlakunya fenomena jerebu.
Rentetan daripada itu, kegiatan perindustrian juga boleh menyebabkan faktor berlakunya fenomena jerebu di negara
kita. Hal ini demikian kerana negara kita amat bergantung pada sektor perindustrian. Secara tidak langsung, hal ini
menyebabkan sektor perindustrian negara berkembang dengan begitu pesat. Kesannya, banyak kawasan perindustrian telah
diwujudkan di negara kita. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa ada gula, adalah semut justeru menunjukkan
peningkatan jumlah kawasan perindustrian yang dibuka di negara kita semakin lama semakin banyak. Malangnya, pembukaan
kawasan perindustrian ini telah menyumbang kepada masalah pelepasan asap beracun ke udara lalu memburukkan lagi
fenomena jerebu ini. Akhirnya, pelepasan asap ini bukan sahaja telah mencemarkan udara tetapi kesan yang lebih buruk ialah
penipisan ozon berlaku. Hal ini jelas menyebabkan masalah pemanasan global. Tegasnya, kegiatan perindustrian boleh
menyebabkan faktor berlakunya fenomena jerebu di negara kita.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pembakaran terbuka juga boleh menjadi punca berlakunya
fenomena jerebu di negara kita. Bagi sesetengah masyarakat, pembakaran terbuka dilakukan bertujuan untuk menghapuskan
sampah-sarap yang terdapat di rumah. Dalam konteks ini, sikap masyarakat yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing memang tidak boleh dinafikan. Mereka telah mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan
melakukan pembakaran secara terbuka secara sewenang-wenangnya. Namun tanpa disedari, hal ini telah menyebabkan
masalah jerebu berlaku. Sebagai contoh, sampah-sarap yang dibakar seperti plastik, tayar, polistirena tidak mampu dilupuskan.
Bahan-bahan ini akan bertukar menjadi pepejal yang berbahaya kepada alam sekitar. Dengan perkataan lain, tindakan
sesetengah masyarakat yang bersikap mementingkan diri ini tanpa memikirkan akibat yang bakal berlaku telah menyebabkan
berlakunya masalah jerebu di negara ini. Kualiti udara akan bertambah buruk akibat pembakaran terbuka yang dilakukan oleh
mereka. Hal ini jelas dinayatakan dalam peribahasa kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh sebab itu, pembakaran
terbuka merupakan punca berlakunya fenomena jerebu di negara kita.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, fenomena jerebu berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Hal ini
demikian kerana sikap sesetengah manusia dan kealpaan manusia itu sendiri. Jika masyarakat tidak mahu mengubah sikap,
masalah ini akan terus berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian. Sesungguhnya, semua pihak harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing dan ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menangani masalah ini. Sekiranya usaha menangani ini
berkesan dan dilakukan secara lestari, sudah pasti masyarakat dan negara akan memperoleh pelbagai faedah. Dengan ini
diharapkan, usaha yang diambil dapat melahirkan masyarakat yang sentosa dan sejahtera di samping melahirkan generasi
muda yang sihat untuk menjadi pemimipin dan pewaris bangsa pada masa akan datang.

Kumpulan 1 : Ching Gim Sheng, Mohd Nabil, Chua Chooi Fong, Foo Zi Ying, Mohd Amirul, Dee Wen Hao
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan pencemaran udara . Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Sejak kebelakangan ini, pencemaran udara sering berlaku di negara kita. Pencemaran udara ini sangat
membimbangkan kerana masalah ini dapat menjejaskan kesihatan manusia. Bukan itu sahaja, pencemaran udara
telah menyebabkan pelbagai aktiviti di luar terpaksa ditangguhkan. Sebagai contohnya, pada tahun 2013 yang lalu,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menangguhkan sesi persekolahan di seluruh negara akibat
masalah jerebu yang kritikal. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa kerana nila setitik , rosak susu
sebelanga. Persoalannya, apakah kesan-kesan pencemaran udara ini kepada kehidupan manusia ? Jawapan bagi
permasalahan tersebut akan dikupas di dalam penulisan ini satu persatu. Jelaslah bahawa, masalah ini boleh
mendatangkan pelbagai kesan buruk bukan sahaja kepada masyarakat tetapi juga kepada negara.

Sebagai pembuka bicara perbincangan kali ini, antara kesan pencemaran udara ialah pencemaran udara
menyebabkan masalah kesihatan. Antara faktor pencemaran udara yang kerap menjejaskan kesihatan manusia ialah
gas-gas yang dilepaskan dari kenderaan. Kenderaan boleh menghasilkan pelbagai gas yang boleh membahayakan
kesihatan manusia. Akibatnya manusia akan terdedah kepada penyakit. Sebagai contoh, karbon monoksida gas yang
terhasil daripada ekzos kenderaan akan diserap oleh manusia dan boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru.
Dalam nada yang sama, bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan ederma dan pendarahan
pulmonari. Selain itu, bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan
ketidakupayaan untuk bergerak. Bahan-bahan tercemar tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan dan juga
menyebabkan penyakit yang serius. Tegasnya, masalah-masalah kesihatan yang serius boleh disebabkan oleh
pencemaran udara.

Dalam hal ini, kesan pencemaran udara boleh menjejaskan sektor pelancongan di negara kita. Hal ini boleh
menyebabkan hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu
berikutan kurangnya aktiviti oleh orang ramai. Disebabkan hal itu , agensi-agensi pelancongan asing tidak
mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang melancong ke rantau ini apabila berlaku masalah pencemaran udara.
Sebagai contoh, pembakaran terbuka di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kawasan pelancongan. Hal ini
lantaran pembakaran secara terbuka telah membebaskan asap-asap bertoksik yang boleh menjejaskan kesihatan para
pelancong. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit.
Jelaslah bahawa pencemaran udara boleh menjejaskan sektor pelancongan di negara kita yang menyebabkan
pelancong asing tidak mahu lagi datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar sebagai pilihan.

Bukan itu sahaja, kemusnahan alam sekitar juga merupakan salah satu kesan pencemaran udara pada hari
ini. Hal ini bersangkut paut kerana pencemaran udara akan menyebabkan penipisan ozon. Contoh yang paling dekat
dengan kita ialah pembebasan gas klorofluoro karbon atau CLC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat
penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon ini mampu
menyebabkan peningkatan suhu bumi yang dapat memusnahkan alam sekitar dan keselurahan penduduk. Rentetan
daripada hal ini, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menangani kemusnahan alam sekitar umpama
peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jelaslah bahawa, kemusnahan alam sekitar merupakan
sebahagian daripada kesan pencemaran udara.

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, pencemaran udara ini telah memberi kesan
menyeluruh kepada manusia. Oleh hal yang demikian, langkah-langkah menyeluruh perlu diambil oleh semua pihak
bagi mengatsi masalah pencemaran udara. Dalam konteks ini,undang-undang lebih ketat perlu digubal dan
penguatkuasa undang-undang perlu dilaksanakan agar pencemaran udara di negara kita dapat dikurangkan. dengan
ini diharapkan perbuatan yang menyebabkan pencemaran udara hendaklah diketepikan. Hal ini diwarisi daripada
nenek moyang, tetapi dipinjam daripada generasi akan datang. Jelaslah bahawa kita perlu menjaga alam sekitar dari
sekarang kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Kumpulan 2 : Haress, Heng Xi Yi, Muhammad Haider, Khor Pei Ying, Lam Zheng Yu
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan banjir terhadap masyarakat setempat.. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sedasarwasa ini, isu banjir telah menjadi buah mulut yang sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru dunia ini. Isu ini juga selalu terpapar dalam pelbagai media massa. Hal ini berlaku kerana
banjir telah semakin serius dan ditakuti oleh segenap strata sosial pada masa ini. Banjir antara bencana alam yang
ditakuti kerana boleh maragut nyawa dan memusnahkan harta benda. Oleh sebab itu, bencana banjir dapat
menimbulkan pelbagai kesan terhadap masyarakat setempat. Persoalannya, apakah kesan-kesan banjir terhadap
masyarakat setempat? Isu inilah yang akan dikupas di dalam penulisan karangan di bawah.
Sebagai pembuka topik perbincangan yang pertama, banjir yang sering berlaku di sejagat dunia akan
menyebabkan berlakunya kemusnahan harta. Hal ini dikatakan demikian kerana banjir yang tidak kita duga ini akan
mengakibatkan penduduk setempat ditimpa kerugian.Sebagai contoh, mereka akan mengalami kehilangan wang,
rumah dan kenderaan. Kesannya,penduduk setempat akan kehilangan tempat tinggal dan tidak mempunyai wang
untuk membeli makanan. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan, bencana ini pasti akan mengundang kes
kematian di tempat tersebut. Hal ini selaras dengan peribahasa malang tidak berbau. Bukti yang paling nyata dan
paling dekat dengan kita ialah banjir yang berlaku di negari Kedah, negeri Kelantan dan negeri Terengganu pada
akhir tahun 2014 sehingga awal tahun tahun 2015 yang lalu. Fenomena banjir yang dahsyat ini berlaku kerana
manusia hari ini tidak lagi menghargai alam sekitar yang dikurniakan oleh Tuhan dengan sebaik-baiknya. Ayat-ayat
suci al-Quran dalam surah ar-Rum menyatakan bahawa kerosakan yang berlaku sama ada di laut mahupun di
daratan adalah akibat daripada perbuatan tangan manusia sendiri. Oleh hal yang demikian jelaslah bahawa banjir
akan menyebabkan kemusnahan harta benda kepada masyarakat setempat.
Antara kesan banjir yang lain ialah bencana banjir boleh menjejaskan kesihatan masyarakat setempat. Hal
ini disebabkan oleh penyebaran wabak penyakit berjangkit daripada persekitaran yang kotor. Bukan itu sahaja, air
banjir yang bercampur dengan sampah-sarap, najis-najis daripada haiwan atau sisa-sisa kotoran daripada ladang-
ladang yang tercemar amat mudah menularkan lagi penyakit kepada masyarakat setempat. Kesannya, mangsa banjir
yang menggunakan air yang tercemar tersebut berisiko diserang penyakit seperti penyakit taun atau penyakit kulit.
Penyakit-penyakit berjangkit ini boleh menyerang setiap golongan usia. Hal ini sangat membimbangkan kerana
penyakit-penyakit tersebut bukan sahaja menjejaskan kesihatan tetapi juga boleh membawa maut jika terus merebak
dan jika tidak diberi rawatan dengan segera. Hal ini boleh diumpamakan seperti peribahasa sudah jatuh, ditimpa
tangga kepada masyarakat setempat. Tegasnya, bencana banjir boleh menyebabkan penyakit merebak dan
menjejaskan kesihatan masyarakat.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kita dapat menyaksikan bahawa bencana banjir juga boleh menjejaskan
aktiviti sosial dan ekonomi penduduk. Hal ini demikian kerana dalam aspek ekonomi, bencana banjir boleh
mengakibatkan penduduk tidak dapat pergi bekerja dan menjana sumber pendapatan mereka. Contoh yang boleh
diketengahkan ialah bencana banjir menyebabkan kebanyakan petani di negara kita mengalami kerugian disebabkan
hasil tanaman mereka sudah musnah dimamah banjir. Dalam aspek sosial pula, aktiviti sosial penduduk seperti
majlis perkahwinan dan sambutan perayaan juga akan terjejas. Seperti mana yang kita tahu, persiapan perkahwinan
seperti persediaan dewan dan khemah tidak dapat didirikan akibat bencana banjir. Malah bukan itu sahaja, aktiviti
harian masyarakat setempat seperti bersekolah dan beriadah terganggu sama sekali akibat banjir. Hal ini
menyebabkan masyarakat setempat akan mengalami kerugian yang besar. Jelaslah bahawa banjir memberi impak
negatif kepada aktiviti sosial dan ekonomi penduduk. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga.
Kesimpulannya, bencana banjir telah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan negara.
Maka, bencana banjir ialah salah satu bencana alam yang mampu dielakkan berlaku di Malaysia. Oleh sebab itu,
semua pihak perlu menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing bagi mengelakkan bencana
banjir daripada berlaku. Hal ini boleh dilakukan dengan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah tersebut. Selain itu, masalah seperti ini haruslah mendapat perhatian dan liputan media massa
supaya masyarakat mempunyai kesedaran untuk bersedia dalam menghadapi bencana alam seperti banjir. Dengan
ini diharapkan, semua pihak berganding bahu agar kesan-kesan buruk yang timbul akibat masalah ini dapat
diselesaikan. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat. Usaha pasti
akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah
bersarang lama di negara kita ini.

Kumpulan 3 : Ong Yik Hern, Kok Zheng Yu, Maisarah, Nur Afiqah dan Lee Jia Jin
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan perkembangan sains dan teknologi. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kemajuan teknologi maklumat merupakan suatu keistimewaan kepada penduduk dunia dan penduduk negara kita
amnya. Pihak kerajaan dan penduduk negara ini sedang bekerjasama untuk mengembangkan bidang sains dan teknologi pada
masa ini. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa muafakat membawa berkat. Teknologi yang canggih pada masa ini banyak
mempengaruhi kehidupan manusia. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi seperti komputer, teknologi komunikasi,
mesin untuk pertanian dan perubatan telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, negara Jepun yang
terkenal dalam bidang teknologi telah berupaya mencipta pelbagai robot yang boleh memudahkan kerja manusia. Kini,
perkembangan sains dan teknologi dalam bidang komunikasi sudah mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk negara
kita khususnya penciptaan inovasi dalam telefon bimbit. Penduduk negara kita sangat taksub terhadap penggunaan telefon
bimbit yang canggih seperti skrin sentuhan, gambar berdefinisi tinggi, aplikasi-aplikasi untuk melayari Internet dan
sebagainya. Sebagai analoginya, golongan generasi muda gemar bermain dengan telefon bimbit di mana-mana sahaja. Walau
bagaimanapun, perkembangan sains dan teknolgi yang canggih dapat memberikan kesan-kesan negatif dalam kehidupan
manusia jika kita tidak mengambil peluang yang baik daripada perkembangan tersebut. Persoalannya, apakah kebaikan-
kebaikan yang dapat kita peroleh daripada perkembangan sains dan teknologi ?
Sebagai pembuka bicara yang pertama, kebaikan yang perlu diperlihatkan dalam perkembangan sains dan teknologi
ialah manusia dapat mendalami ilmu dengan mudah melalui Internet. Hal ini mengambarkan bahawa komputer telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan murid dan guru di sekolah kini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan sistem e-buku kepada murid-murid di sekolah-sekolah terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti
Terengganu dan Kelantan. Dalam konteks ini, murid-murid tidak perlu membawa buku teks yang berat dan banyak ke sekolah
sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) .Murid-murid hanya perlu melayari Internet untuk mencari maklumat di
seantero dunia dan dapat menimba ilmu pengetahuan melalui e-buku. Dalam zaman perkembangan sains dan teknolgi yang
canggih ini, guru-guru sekolah boleh menjalankan proses PdP dengan penyampaian dalam bentuk visual yang dapat menarik
perhatian murid melalui Internet. Di samping itu, guru dapat mengajar murid-murid melalui tontonan video yang berkaitan
dengan pelajaran dengan menggunakan aplikasi FrogVLE dan SchoolNet. Murid-murid tidak akan berasa bosan dan
mengantuk sepanjang waktu PdP. Seterusnyanya, PdP juga boleh dijalankan secara maya melalui aplikasi skye, wechaat,
instagram, snapchat dan sebagainya. Kaedah ini telah dijalankan oleh beberapa institusi pengajian tinggi swasta seperti
Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya, Selangor. Jelaslah bahawa dengan perkembangan sains dan teknolgi, manusia dapat
mendalami ilmu dengan mudah melalui Internet.
Rentetan daripada hal tersebut, perkembangan sains dan teknologi juga dapat membantu manusia dalam urusan
perniagaan dan urusan harian. Sebagai contoh, e-niaga ialah perniagaan yang dijalankan atas talian seperti Lazada, mudah.my,
elevenstreet, goshop, wow shop dan sebagainya. Peniaga juga tidak perlu lagi bersusah payah ke hulu dan ke hilir untuk
mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan dengan mengedarkan risalah. Sebaliknya, peniaga
dapat mengiklankan produk jualan dan perkhidmatan mereka secara percuma dengan lebih berkesan dan mudah iaitu
menggunakan Internet ataupun di kaca-kaca televisyen dan di corong-corong radio. Hal ini secara tidak langsung dapat
membantu peniaga mempercepat urusan perniagaan serta menjimatkan kos mereka. Selain itu, e-pembayaran secara atas talian
juga dapat memudahkan manusia untuk membayar bil-bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil telefon dan lain-lain lagi. Hal ini
secara tidak langsung mengurangkan kos pengangkutan, menjimatkan masa dan memudahkan pengguna.Tegasnya,
perkembangan sains dan teknolgi dapat membantu manusia dalam urusan perniagaan dan urusan harian.
Lontaran idea yang seterusnya ialah kebaikan sains dan teknologi berkait rapat dengan memudahkan perhubungan
masyarakat. Hal ini sangat penting kerana perhubungan yang erat dalam masyarakat merupakan tunjang utama dalam
memajukan negara. Manusia boleh berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan aplikasi Internet, telefon bimbit dan
sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah menjaga perhubungan yang telah kita bina selam ini dengan menghindarkan perkara-
perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya. Sikap
sesetengah rakyat yang menjadi api di dalam sekam akan menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran
negara kita. Kita perlu mengakui hakikat bahawa dengan kewujudan alat teknologi yang moden, urusan perhubungan antara
satu sama lain bertambah baik kerana kos tenaga yang digunakan sangatlah rendah. Sebagai analoginya, kita dapat berhubung
dengan rakan yang jauh melalui ‘Facebook’, ‘Wechat’, ‘Whatsapp’ dan sebagainya. Dalam konteks ini, kita juga dapat
berkenalan dengan kawan baharu di seluruh pelosok dunia dan dapat memperluas bulatan perhubungan dalam kehidupan.
Sikap seperti enau dalam belukar perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni perlu
diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk mempererat hubungan silaturahin sesama manusia. Jelaslah bahawa
kebaikan sains dan teknologi berkait rapat dengan memudahkan perhubungan masyarakat.
Kesimpulannya, setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, terdapat banyak kebaikan perkembangan sains
dan teknologi dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana perkembangan sains dan teknologi mendatangkan banyak manfaat
kepada masyarakat. Sesungguhnya, sebagai masyarakat yang bijak, kita tidak harus menyalahgunakan alat-alat canggih
ciptaan sains dan teknologi ini tetapi kita harus menjadi penjaring yang baik. Oleh itu, jika semua masyarakat berganding bahu
bagai aur dengan tebing, pasti perkembangan sains dan teknologi membawa impak yang besar kepada kehidupan manusia.
Walau bagaimanapun, penciptaan pelbagai alat hasil daripada perkembangan sains dan teknologi boleh membawa keburukan
kepada manusia jika tidak dimanfaatkan dengan cara yang betul.

Kumpulan 4 : Loke Wei Yee, Voon Hao Le, Chan Mei Qi, Nadya Maisarah dan Yau Yi Jun
Arahan soalan : Baca contoh karangan respons terbuka di bawah. Internet merupakan satu ciptaan manusia yang
amat dikagumi pada masa ini. Terdapat banyak kepentingan Internet dalam bidang pendidikan Kenal pasti
kesalahan-kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan bahasa yang terdapat dalam karangan tersebut. Kemudian,
betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Pada  zaman serba canggih ini, kemudahan Internet merupakan satu kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) yang amat diperlukan oleh masyarakat zaman sekarang. Internet amat berguna dalam
melakukan tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan urusan-urusan penting mereka
dalam kaedah yang cepat dan mudah serta menjimatkan kos. Pengguna Internet di Malaysia telah meningkat sekali
ganda daripada tahun lalu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kebanyakan pengguna berusia dalam
lingkungan 15 hingga 25 tahun. Berdasarkan kajian yang dibuat, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak
RM552 setahun dengan bayaran Internet sebanyak RM46 sebulan.

Kini, penggunaan Internet tidak hanya terhad di tempat kerja sahaja malah institusi pendidikan seperti
sekolah dan universiti turut menggunakan Internet sebagai salah satu kaedah pembelajaran bagi para pelajarnya.
Penggunaan Internet membolehkan bidang pendidikan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dunia dan
peredaran zaman sekali gus melonjakkan status pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan
pendidikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik. Persoalannya,
apakah kepentingan-kepentingan Internet kepada bidang pendidikan terutamanya di Malaysia?

Kata-kata hikmat ada menyatakan bahawa “ilmu itu luas dan tiada sempadan”. Baru-baru ini, berita di
televisyen telah menyiarkan lawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi ke
sebuah sekolah berprestasi tinggi di Alabama, Amerika Syarikat. Semasa lawatan beliau ke sekolah tersebut, beliau
telah meninjau sebuah kelas yang menggunakan aplikasi Internet sebagai sumber pembelajarannya. Para pelajar di
dalam kelas tersebut hanya perlu mendengar penerangan daripada guru dan mampu mencari maklumat dalam
pelbagai laman web / laman sesawang yang dipaparkan dengan hanya satu klik sahaja. Hal ini menunjukkan
bahawa Internet mampu menyediakan kepelbagaian maklumat termasuk maklumat yang tidak disediakan dalam
buku kepada para pelajar. Dengan ini, para pelajar mampu menyediakan bahan berlainan untuk aktiviti
pembelajaran di dalam kelas seperti pembentangan dalam masa yang singkat.

Pada masa dahulu, buku teks dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting di dalam kelas. Kini, mentaliti
pelajar zaman sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan pelajar zaman dahulu. Pelajar zaman sekarang
menganggap buku teks menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menggalas beg sekolah yang sarat dengan
buku teks sepanjang sesi persekolahan. Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir pelajar lebih rela
meninggalkan buku-buku teks mereka di rumah sekali gus menyebabkan mereka melanggar peraturan sekolah yang
telah ditetapkan. Seperti yang kita tahu, tidak semua pelajar gemar membaca melalui buku kerana masa mereka
banyak dihabiskan di hadapan komputer. Di samping itu, terdapat pelajar yang menggunakan aplikasi Internet
seperti e-book sebagai sumber bacaan kerana aplikasi ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan cepat
kepada pembaca jika dibandingkan dengan pembaca terpaksa ke kedai buku untuk membeli buku  rujukan selain
harga buku juga dijual mengikut jenis buku tersebut.
Selain itu, penggunaan Internet membolehkan perkongsian maklumat antara pelajar. Projek Jaringan
Pendidikan (JP) di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti  dalam
Progrem Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Projek ini mampu meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi. Di samping itu, penggunaan aplikasi seperti e-mel
membolehkan segala maklumat yang ingin dikongsi oleh para pelajar dan guru dapat dikirim dengan lebih cepat dan
mudah.

Menurut kenyataan salah seorang pengkaji penggunaan Internet, Dr.Jane Lasarenko, kebaikan utama
penggunaan e-mel adalah dapat/untuk menanam semangat belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar dalam
setiap pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, para pelajar tidak akan ada alasan lagi untuk tidak menghantar kerja
rumah mereka pada hari yang ditetapkan kerana aplikasi e-mel ini memudahkan urusan pembelajaran antara murid
dan guru menjadi senang malah hubungan murid serta guru dapat dieratkan.

Internet juga membolehkan para pelajar dan guru untuk mengetahui dan mengambil bahagian dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Misalnya pembangunan laman web sekolah mampu dijadikan sebagai
alternatif untuk menyalurkan segala maklumat mengenai sekolah kepada semua pihak. Selain itu, laman web
sekolah juga membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan anak-anak seperti rekod
disiplin, akademik dan juga kokurikulum. Ibu bapa hanya perlu melanggan laman web sekolah ataupun
menggunakan e-mel untuk berhubung terus dengan guru. Secara tidak langsung, hubungan antara ibu bapa dengan
pihak sekolah dapat ditingkatkan. Ibu bapa tidak akan ada alasan lagi untuk tidak berkunjung ke sekolah dengan
alasan sibuk untuk mendapatkan perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Oleh yang demikian, masalah
disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dengan mudahnya dapat ditangani.

Guru-guru boleh menggunakan Internet sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas. Internet mempunyai
pelbagai/berbagai-bagai komponen pengajaran seperti grafik, animasi atau audio visual. Dengan adanya
kepelbagaian komponen pengajaran ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan mampu
meningkatkan minat belajar yang tinggi dalam diri para pelajar. Guru-guru juga mampu mengakses pelbagai jenis
bentuk latihan dan soalan untuk para pelajar mereka terutamanya bagi para pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan awam yang patut didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan bagi menyiapkan diri mereka
untuk peperiksaan yang bakal dihadapi. Maka, guru-guru tidak perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah
ataupun pihak penjual buku bagi mendapatkan buku yang diperlukan oleh guru dan para pelajar.
 
Kesimpulannya, peranan semua pihak amat penting dalam memastikan bidang pendidikan di Malaysia tidak
ketinggalan  dalam arus pemodenan agar negara kita mampu membangun dengan kemahiran dan ilmu yang
dimiliki oleh rakyat kita sendiri. Oleh yang demikian, impian/hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai negara maju pada tahun 2050 akan tercapai sekali gus mampu melahirkan generasi yang berilmu
pengetahuan tinggi selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu masyarakat Malaysia yang terlatih
dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk
mentadbirkan alam bagi meningkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.
Arahan soalan : Baca contoh karangan respons terbuka di bawah. Internet merupakan satu ciptaan manusia yang
amat dikagumi pada masa ini. Terdapat banyak kepentingan Internet dalam bidang pendidikan Kenal pasti
kesalahan-kesalahan ejaan, imbuhan, istilah dan bahasa yang terdapat dalam karangan tersebut. Kemudian,
betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Pada  zaman serba canggih ini, kemudahan Internet merupakan satu kemudahan Teknologi Komunikasi dan
Maklumat (ICT) yang amat diperlukan oleh masyarakat zaman sekarang. Internet amat berguna dalam melakukan
tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan urusan-urusan penting mereka dalam kaedah
yang cepat dan mudah serta menjimatkan kos. Pengguna Internet di Malaysia telah meningkat sekaliganda daripada
tahun lalu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kebanyakan pengguna berusia dalam lingkungan 15
hingga 25 tahun. Berdasarkan kajian yang dibuat, rakyat Malaysia membelanja sebanyak RM552 setahun dengan
bayaran internet sebanyak RM46 sebulan.

Kini, penggunaan Internet bukan hanya dihadkan di tempat kerja sahaja malah institusi pendidikan seperti
sekolah dan universiti turut menggunakan Internet sebagai salah satu kaedah pembelajaran bagi para pelajarnya.
Penggunaan Internet membolehkan bidang pendidikan bergerak seiring dengan kemajuan teknoloji dunia dan
peredaran zaman sekali gus melonjakan status pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan
pendidikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik. Persoalannya,
apakah kepentingan-kepentingan Internet kepada bidang pendidikan terutamanya di Malaysia?

Kata-kata nikmat ada menyatakan bahawa “ilmu itu luas dan tiada sempadan”. Baru-baru ini, berita di
televisyen telah memaparkan lawatan Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi di
sebuah sekolah berprestasi tinggi di Alabama, Amerika Syarikat. Semasa lawatan beliau ke sekolah tersebut, beliau
telah meninjau sebuah kelas yang menggunakan aplikasi Internet sebagai sumber pembelajarannya. Para pelajar di
dalam kelas tersebut hanya perlu mendengar penerangan dari guru dan mampu mencari maklumat dalam pelbagai
website yang dipaparkan dengan hanya satu klik sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa Internet mampu menyediakan
kepelbagaian maklumat termasuk maklumat yang tidak disediakan dalam buku kepada para pelajar. Dengan ini,
para pelajar mampu menyediakan bahan berlainan demi untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas seperti
pembentangan dalam masa yang singkat.

Pada masa dahulu, buku tek dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting di dalam kelas. Kini,
mentaliti pelajar zaman sekarang amat berbeza jika membandingkan dengan pelajar zaman dahulu. Pelajar zaman
sekarang menganggap buku teks menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menjinjing beg sekolah yang sarat
dengan buku teks sepanjang sesi sekolah. Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir pelajar lebih rela
meninggalkan buku-buku teks mereka di rumah sekali gus menyebabkan mereka melanggar peraturan sekolah yang
telah ditetapkan. Seperti yang diketahui oleh kita, tidak semua pelajar-pelajar gemar membaca melalui buku kerana
masa mereka banyak dihabiskan di hadapan komputer. Di samping itu, terdapat pelajar yang menggunakan aplikasi
Internet seperti ebook sebagai sumber bacaan kerana aplikasi ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan laju
kepada pembaca jika dibandingkan dengan pembaca terpaksa ke kedai buku untuk membeli buku  rujukan selain
harga buku juga dijual mengikut jenis buku tersebut.

Selain itu, penggunaan Internet memboleh perkongsian maklumat antara pelajar. Projek Jaringan Pendidikan
(JP) di bawah kelolaan kementerian pendidikan dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti  dalam Progrem
Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan. Projek ini mampu meningkatkan kuantiti pendidikan di
Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi. Di samping itu, penggunaan aplikasi seperti e-mel membolehkan segala
maklumat yang ingin dikongsi oleh para pelajar dan guru dapat dikirim dengan lebih cepat dan mudah.

Menurut kenyataan salah seorang pengaji penggunaan Internet, Dr.Jane Lasarenko, kebaikan utama
penggunaan e-mel adalah menanam semangat belajar yang tinggi di dalam kalangan pelajar dalam setiap
pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, para pelajar tidak akan ada alasan lagi untuk tidak menghantar kerja rumah
mereka pada hari yang ditetapkan supaya aplikasi e-mel ini memudahkan urusan pembelajaran antara murid dan
guru menjadi senang malah hubungan murid serta guru dapat dieratkan.

Internet juga membolehkan para pelajar dan guru untuk mengetahui dan mengambil bahagian dalam setiap
tugasan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Misalnya pembangunan laman web sekolah mampu dijadikan sebagai
altenatif untuk menyalurkan segala maklumat mengenai sekolah kepada semua pihak. Selain daripada itu, laman
web sekolah juga membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan anak-anak seperti
rekod disiplin, akademik dan juga kokurikulum. Ibu bapa hanya perlu melanggan laman web sekolah atau pun
menggunakan e-mel untuk berhubung terus dengan guru. Secara tidak langsung, hubungan antara ibu bapa dengan
pihak sekolah dapat ditingkatkan. Ibu bapa tidak akan ada alasan lagi untuk tidak mengunjungi ke sekolah dengan
alasan sibuk untuk mendapatkan pegembangan anak-anak mereka di sekolah. Oleh yang demikian, masalah disiplin
pelajar yang memerlukan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dengan mudahnya dapat ditangani.

Guru-guru boleh menggunakan Internet sebagai bahan bantu belajar di dalam kelas. Internet mempunyai
berbagai komponen pengajaran seperti grafik, animasi atau visual audio. Dengan adanya kepelbagaian komponen
pengajaran ini, sesi pengajaran dan pemelajaran akan menjadi seronok dan mampu meningkatkan minat belajar
yang tinggi dalam diri para pelajar. Guru-guru juga mampu mengekses pelbagai jenis bentuk latihan dan soalan
untuk para pelajar mereka terutamanya bagi para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam yang patut
didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan bagi menyiapkan diri mereka untuk peperiksaan yang bakal
dihadapi. Maka, guru-guru tidak perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah ataupun pihak penjual buku bagi
mendapatkan buku yang diperlukan oleh guru dan para pelajar.

Kesimpulannya, peranan semua pihak amat penting dalam memastikan bidang pendidikan di Malaysia tidak
ketinggalan  dalam arus permodenan agar negara kita mampu membangun dengan kemahiran dan ilmu yang rakyat
kita sendiri miliki. Oleh yang demikian, kehendak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada
tahun 2050 akan tercapai sekali gus mampu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi
melahirkan tenaga manusia yang prudoktif, berinsentif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam bagi meningkatkan
daya keluaran ke arah pembangunan negara.
Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab yang menyumbang kepada risiko menghidap penyakit. Panjangnya huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Pada era globalisasi ini, risiko menghidap penyakit semakin meningkat dari sehari ke sehari. Hal ini lantaran
terdapatnya sesetengah masyarakat sekarang yang tidak menjaga kesihatan mereka. Mereka juga tidak mengamalkan
pemakanan yang seimbang. Persoalannya, apakah sebab-sebab yang menyumbang kepada risiko menghidap penyakit dalam
kalangan rakyat Malaysia pada masa ini ? Masyarakat Malaysia hari ini lebih suka duduk di rumah sambil menonton
televisyen atau melayari Internet dan makan makanan ringan. Hal ini telah menyebabkan masyarakat Malaysia amnya mudah
menghidap penyakit yang berisiki tinggi. Antara penyakit yang dikaitkan dengan kehidupan manusia ialah obesiti, penyakit
kencing manis atau diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, masyarakat Malaysia perlulah
mengelakkan sebab-sebab yang boleh menyumbang kepada risiko menghidap penyakit kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Jelaslah bahawa terdapat banyak sebab yang boleh menyumbang kepada risiko menghidap penyakit.
Kita sering menonton iklan-iklan tentang kesihatan di kaca-kaca televisyen dan mendengar kempen-kempen kesihatan
melalui corong-corong radio di seluruh negara. Malangnya, jumlah masyarakat Malaysia yang menghidap pelbagai jenis
penyakit yang berisiko tinggi saban hari saban meningkat. Antara sebab yang boleh menyumbang kepada risiko menghidap
penyakit ialah masyarakat Malaysia tidak melakukan senaman atau bersukan. Sebagai analoginya, golongan orang dewasa
lebih gemar untuk menghabiskan waktu seharian mereka dengan berada di pejabat sepanjang hari. Apabila mereka pulang dari
pejabat, mereka akan melepak bersama kawan-kawan di kedai-kedai mamak atau di kafe-kafe yang biasanya menyediakan
kemudahan ‘wifi’ secara percuma. Menurut pakar perubatan, setiap manusia mestilah melakukan senaman selama 20 hingga
30 minit sehari iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu agar kesihatan terjamin. Namun, bilangan golongan dewasa yang
melakukan aktiviti senaman atau bersukan boleh dibilang dengan jari. Ibu bapa seharusnya membawa anak-anak ke taman
rekreasi untuk melakukan aktiviti bersukan atau bersenam. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak ialah
seperti bermain badminton, berjoging, menunggang basikal dan sebagainya. Orang tua-tua pernah berkata hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih. Kebanyakan ibu bapa sekarang memberikan pelbagai alasan seperti sibuk bekerja, penat, tiada waktu
lapang dan sebagainya untuk tidak membawa anak-anak mereka bersukan atau bersenam. Tabiat ibu bapa yang suka bersenam
atau bersukan boleh menjadi ikutan kepada anak-anak bak kata peribahasa bagaimanna acuan, begitulah kuihnya. Penyataan
yang menyatakan bahawa golongan dewasa yang masih sihat sepatutnya mengamalkan senaman atau bersukan agar masa tua
mereka tidak dihabiskan di hospital atau membeli ubat-ubatan amatlah dipersetujui. Tegasnya, setiap individu haruslah
bersenam atau bersukan supaya dapat menghindari risiko menghidap penyakit.
Begitu juga halnya dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak. Amalan pemakanan yang
tidak sihat ini menjadi sebab yang boleh menyumbang kepada risiko menghidap penyakit. Sejak akhir-akhir ini, kehidupan
manusia telah bergerak mengikut arus kemodenan untuk mengejar kemewahan hidup. Hal ini telah menyebabkan mereka
terpaksa bekerja sepanjang masa bagai sudah mengilang, membajak pula. Tuntutan kos sara hidup yang tinggi menyebabkan
mereka terpaksa bekerja bagi menjana pendapatan untuk menjadikan kehidupan lebih senang-lenang. Lantaran itu, hal ini juga
turut menjejaskan cara pemakanan seharian mereka. Secara realitinya, pasangan suami isteri yang bekerja tidak mempunyai
masa untuk memasak di rumah. Oleh itu, mereka terpaksa membawa anak-anak untuk makan di restoran-restoran, di warung-
warung atau di kedai-kedai makan sekitar temapt tinggal mereka. Malangnya, makanan yang disediakan di restoran, di
warung atau di kedai makan ini tidak terjamin kebersihannya. Lebih teruk lagi makanan yang dihidangkan mungkin
mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jika perkara ini berlanjutan tanpa batasan, pasti kita tidak dapat
mengelak daripada risiko menghidap penyakit. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan
pada tahun 2013, hampir sebahagian besar masyarakt kita mengalami masalah obesiti akibat pemakanan yang tidak teratur.
Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebelum nasi menjadi bubur, masyarakat Malaysia haruslah
mengawal nafsu makan terutamanya pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak.
Yang seterusnya, lontaran idea yang ketiga tentang sebab-sebab yang menyumbang kepada risiko menghidap penyakit
adalah kerana masyarakat tidak membuat pemeriksaan kesihatan dan mengambil ubat yang diperlukan serta mendapatkan
rawatan. Dalam konteks ini, setiap orang perlu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk
mengesan sebarang penyakit dalam tubuh supaya kesihatan manusia tidak terjejas. Bukan itu sahaja, dengan pemeriksaan
kesihatan, kita dapat mengesan penyakit dengan lebih awal. Seterusnya, kita juga dapat mengambil tindakan untuk merawat
penyakit tersebut dengan lebih awal. Hal ini juga sesungguhnya dapat membantu kita mengelakkan penyakit. Secara
bertentangan, sekiranya penyakit tidak dikesan dari awal, kemungkinan besar masyarakat akan terdedah kepada bahaya
penyakit yang serius seperti jantung dan darah tinggi. Situasi ini boleh diperjelaskan melalui peribahasa sediakan payung
sebelum hujan.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada risiko menghidap
penyakit. Oleh itu, kita tidak boleh memandang rendah terhadap risiko-risiko tersebut. Sesungguhnya, semua pihak haruslah
bekerjasama dan mengambil berat untuk mengatasi risiko-risiko tersebut bagai aur dengan tebing dan hati gajah sama dilapah,
hati kuman sama dicecah. Selain itu, pihak berkuasa dengan kerjasama pihak media boleh mengadakan kempen atau ceramah
tentang cara-cara yang dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit atau menganjurkan aktiviti-aktiviti luar yang sihat
untuk masyarakat Malaysia amnya. Dengan ini diharapkan, setiap individu masyarakat memainkan peranan masing-masing
agar generasi akan datang lebih sihat dan sejahtera.

Kumpulan 5 : Thoo Jun Ji, Siti Nur Izzati, Murali Reddy, Levindran dan Cheh Qi Zuen
Soalan : Mutu perkhidmatan pengangkutan awam di tempat anda kurang memuaskan. Selaku ahli masyarakat yang
prihatin, anda telah menulis surat kepada pihak berkenaan untuk memberikan teguran serta cadangan tentang
langkah-langkah untuk memperbaik mutu perkhidmatan. Tulis surat tersebut selengkapnya.

No 12 , Jalan Aman 4,
Taman Damai Jaya,
81300 Skudai ,
Johor Bahru,Johor.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,


Aras LG, Menara MSC Cyberport,
No 5, Jalan Bukit Meldrum.
80300 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. 22 OGOS 2016

Tuan,

Masalah Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam di Taman Damai Jaya.

Merujuk perkara di atas ,saya Mohamad Nabil Ramadhan Bin Mohd Fadzil, wakil penduduk Taman Damai Jaya
ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang mutu perkhidmatan pengangkutan bas awam yang kurang
memuaskan. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah sehingga menggugat kesejahteraan hidup masyarakat di
sini.

2. Sebagai makluman tuan, terdapat banyak kelemahan tentang mutu perkhidmatan pengangkutan bas awam di
kawasan tempat tinggal kami. Hal ini banyak menyusahkan penduduk. Pertama sekali , terdapat banyak bas
beroperasi tidak mengikut masa yang telah ditetapkan . Perkara ini akan menyebabkan penumpang terlepas untuk
menaiki bas atau terpaksa menunggu lama. Akibatnya, ramai penumpang bas sering terlewat ke tempat kerja atau
ke detinasi yang hendak ditujui .

3. Seterusnya, yang kedua, keadaan pondok-pondok menunggu bas yang disediakan oleh pihak pengurusan
untuk penumpang sangatlah daif. Bumbungnya bocor, dindingnya diconteng-conteng oleh budak-budak nakal dan
tidak diperbaiki. Hal ini menyebabkan penumpang terpaksa menunggu bas dalam keadaan yang tidak selesa
khususnya apabila hujan. Malah, keadaan ini menyakitkan mata yang memandang. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak
puas hati dalam kalangan penumpang. Tegasnya , kami meminta agar pengusaha lebih bertanggungjawab dan
mengambil tindakan segera bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

3. Selain itu, sikap pemandu yang tidak baik juga merupakan salah satu masalah dalam mutu perkhidmatan. Hal
ini kerana pemandu suka memarahi penumpang tanpa sebab dan tidak mengamalkan amalan mesra penumpang.
Mereka juga suka melepak di warung-warung yang berdekatan dengan stesen bas sehingga menyebabkan
kelewatan waktu perjalanan. Kesannya, hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penumpang
kepada pemandu bas.

4. Di samping itu, keadaan bas yang tidak selesa juga perlu diambil tindakan segera. Terdapat banyak bas yang
mempunyai tempat duduk yang rosak. Kusyen-kusyennya sudah tidak empuk lagi malah ada yang sudah terkoyak.
Hal ini menyebabkan penumpang terpaksa berdiri termasuk golongan warga emas dan orang kelainan upaya.
Beberapa buah bas juga didapati mempunyai masalah penghawa dingin yang rosak. Perkara ini mengakibatkan
penumpang berasa panas dan tiada selesa. Terdapat juga bas yang kotor dan tidak dibersihkan sebelum digunakan.
Akibatnya, ramai penumpang tidak berminat untuk menggunakan bas awam tersebut. Oleh sebab itu, pihak
pengusaha bas perlu lebih peka terhadap kebersihan bas supaya penumpang berasa selesa untuk menaiki bas awam.

5. Sehubungan dengan masalah yang kami hadapi, saya mencadangkan agar tuan dapat mengambil tindakan
segera terhadap pihak pengusaha bas awam tersebut. Antara langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah
kami mencadangkan agar pihak pengusaha bas awam menambah bilangan bas. Hal ini kerana bilangan bas yang
disediakan tidak mencukupi untuk memenuhi bilangan penumpang yang semakin bertambah. Selain itu , pihak
pengusaha bas awam perlu memastikan pemandu bas mematuhi jadual perjalanan mengikut waktu yang ditetapkan.
Hal ini kerana pemandu bas yang tidak mengikut jadual perjalanan yang betul akan menyebabkan penumpang
lewat ke destinasi yang hendak ditujui.

6. Tambahan pula, pihak pengusaha bas awam juga boleh menambah baik keadaan bas yang sudah daif.
Kusyen-kusyennya perlu ditukar, alat penghawa dingin yang rosak perlu diperbaiki untuk keselesaan penumpang.
Hal ini juga termasuk membaiki pondok-pondok menunggu bas yang telah rosak. Bukan itu sahaja, pihak
pengusaha bas awam juga perlu memastikan mutu perkhidmatan pemandu bas mereka sentiasa berada pada tahap
yang baik. Mereka perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi dan sifat mesra penumpang agar penumpang berasa
selesa dan seronok apabila menaiki bas.

Saya berharap aduan dan cadangan yang diberi akan mendapat perhatian pihak tuan. Sekiranya pihak tuan
memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk Taman Damai Jaya ini, kami sedia menghulurkan bantuan
yang diperlukan agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini. Kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

Nabil

(MOHAMAD NABIL RAMADHAN BIN MOHD FADZIL)


Wakil Penduduk Taman Damai Jaya

Kumpulan 1 : Ching Gim Sheng, Mohd Nabil, Chua Chooi Fong, Foo Zi Ying, Mohd Amirul, Dee Wen Hao
Soalan: Masalah remaja lari dari rumah semakin berleluasa di negara ini. Tulis perbualan anda dengan rakan anda
tentang masalah ini.

Narisha sedang berjalan-jalan di sekitar taman berdekatan dengan rumahnya. Dia terserempak dengan Nayli lalu
menegurnya. Mereka berbual sebentar kerana sudah lama tidak berjumpa. Topik perbualan mereka berkisar pada isu
remaja lari dari rumah yang semakin berleluasa di negara ini.

Narisha : Hai Nayli, awak apa khabar?

Nayli : Hai, Narisha. Saya baik-baik sahaja.

Narisha : Sudah lama kita tidak berjumpa. Maklumlah awak pun sudah melanjutkan pelajaran ke universiti di
Kuala Lumpur. Bilakah awak pulang bercuti ?

Nayli : Ya, betul tu. Awak pun apa kurangnya, bukankah sekarang awak berada di tingkatan enam ? Saya
pasti awak juga akan melanjutkan pelajaran ke universiti suatu hari nanti. Saya baru sahaja pulang ke sini semalam.

Narisha : Banyak rasanya cerita yang ingin saya kongsikan dengan awak. Awak sudah membaca berita di
akhbar Harian Metro hari ini?

Nayli : Sudah. Saya amat terkejut apabila membacanya. Saya tidak menyangka berita tentang salah seorang
rakan kita menjadi tajuk utama akhbar tersebut. Mengapakah dia mengambil keputusan untuk lari dari rumah ?
Berita akhbar pada minggu lepas juga berkisar tentang remaja lari dari rumah. Hai, masalah ini sudah menjadi
semakin serius hari demi hari.

Narisha : Betul tu, Nayli. Saya pun seperti tidak percaya. Namun, pada pendapat saya, banyak faktor yang
menyebabkan remaja lari dari rumah. Antara punca utama yang menyebabkan masalah ini berlaku disebabkan oleh
ibu bapa yang sering sibuk dengan kerjaya mereka. Mereka bekerja setiap hari hingga lewat malam sehingga
menyebabkan waktu bersama anak-anak mereka terbatas. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberi perhatian
terhadap anak-anak menyebabkan anak-anak berasa tidak dipedulikan. Pergerakan anak-anak juga tidak dapat
dipantau oleh ibu bapa jika ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya mereka. Hal ini akan menyebabkan remaja
melakukan perkara yang negatif untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Keadaan ini telah menyebabkan jurang
antara ibu bapa dan anak-anak semakin besar sehingga akhirnya mereka akan berasa lebih selesa untuk mencari
rakan di luar rumah bagi meluahkan perasaan.

Nayli : Saya juga bersetuju dengan kamu. Selain itu, punca yang seterusnya ialah kebebasan remaja kini.
Namun begitu, remaja pada era globalisasi ini cenderung pada kehidupan bebas tanpa kawalan. Remaja pada zaman
sekolah menengah sentiasa terjebak dalam zaman pemberontakan dan suka untuk melarikan diri dari rumah. Dalam
konteks ini, mereka suka berpeleseran dan berbual-bual dengan rakan sebaya yang mempunyai pendapat yang sama.
Mereka akan berasa terkongkong apabila dilarang membuat sesuatu oleh ibu bapa. Hal ini bertambah rumit apabila
mereka membuat sesuatu yang dilarang oleh ibu bapa, ibu bapa akan memarahi dan menyalahkan mereka. Dengan
itu, hubungan antara ibu bapa dengan anak- anak akan menjadi semakin renggang. Remaja juga akan berasa iri hati
terhadap rakan sebaya yang mempunyai kebebasan dan menyebabkan mereka akan mudah terpengaruh. Oleh itu,
mereka sanggup lari dari rumah semata-mata ingin mengikuti rakan sebaya untuk membuat sesuatu yang tanpa
batasan. Jadi, kes remaja lari dari rumah bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jelaslah bahawa, ibu
bapa haruslah memberi kebebasan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Narisha : Saya setuju. Di samping itu, keadaan keluarga juga menjadi punca remaja lari dari rumah. Kita
mengakui hakikat bahawa ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak akan membuatkan mereka berasa
tertekan. Oleh itu, mereka akan mencari jalan untuk lari dari rumah supaya dapat lari dari masalah tersebut.
Sebenarnya, ibu bapa haruslah mengambil berat tentang keadaan anak-anak dengan mencurahkan kasih sayang dan
mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar
dan mementingkan kerjaya dan harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar akan nilai
kebendaan dan materialistik yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja
sehingga mengabaikan anak-anak. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa tidak dihargai lalu melakukan
sesuatu yang negatif seperti lari dari rumah untuk menarik perhatian orang lain.

Nayli : Gejala remaja lari dari rumah ini akan mendatangkan kesan-kesan negatif kepada remaja. Hal ini
demikian kerana, dunia luar yang asing tanpa pemerhatian ibu bapa menyebabkan mereka mudah terjerumus ke
dalam pelbagai masalah. Golongan remaja kini sering terpengaruh dengan kebebasan dan sikap individualistik.
Malahan, gaya hidup bebas yang penuh keseronokan menjadi idola ramai remaja. Oleh itu, mereka akan cuba
berbohong kepada ibu bapa mereka untuk menghabiskan masa yang banyak bersama rakan-rakan mereka untuk
berhibur. Perkara ini akan menjadi lebih teruk jika remaja terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan menjadi
keldai dadah sehingga dipenjarakan.

Narisha : Pada pendapat saya masalah ini perlu diatasi dengan segera. Boleh awak berkongsi idea cara-cara
untuk menangani masalah ini agar kesan-kesan negatif ini tidak akan terus berlaku?

Nayli : Ya boleh, apa salahnya. Pada pendapat saya, ibu bapa haruslah sentiasa memasang telinga kepada
segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan memberi nasihat serta dorongan kepada anak-anak. Sikap
sesetengah ibu bapa yang berpeluk tubuh dan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing perlu dielakkan. Ibu bapa juga haruslah menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak dan
janganlah bersikap seperti ketam mengajar anak berjalan betul. Dalam konteks ini, keperibadian anak-anak dapat
mencerminkan perwatakan ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu
bapa perlulah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak dan nilai ini akan menjadi ikutan anak-anak
kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Natijahnya, ibu bapa haruslah lebih prihatin akan anak-anak agar tidak
berlaku konflik yang akan menggugat keharmonian keluarga. Hal ini secara tidak langsung dapat membendung
masalah remaja lari dari rumah.

Narisha : Saya amat berharap agar kerjasama dari pelbagai pihak dapat menangani masalah ini. Saya juga
berharap agar rakan-rakan kita tidak terjebak dalam isu ini.

Nayli : Saya juga mengharapkan perkara yang sama.

Narisha : Baiklah Narisha, hari sudah lewat petang. Saya perlu pulang ke rumah sebelum ibu bapa saya risau.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk berbual-bual dengan saya. Jumpa lagi!

Narisha : Sama-sama, jumpa lagi!

Kumpulan 4 : Loke Wei Yee, Voon Hao Le, Chan Mei Qi, Nadya Maisarah dan Yau Yi Jun
TAJUK: Sempena Kempen Masyarakat Penyayang, anda selaku pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diundang
untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Rumahku Syurgaku” di sebuah sekolah.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya,
Encik Zainudin bin Kusnin, yang saya dihormati barisan Penolong Kanan , barisan Guru Kanan, guru-guru dan seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikan dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya menyampaikan syarahan yang bertajuk “Rumahku Syurgaku”
bersempena Kempen Masyarakat Penyayang. Jemputan ini amat besar maknanya kepada saya kerana dengan kesempatan ini,
saya dapat berkongsi maklumat berkenaan dengan slogan “Rumahku Syurgaku” kepada murid-murid.

Hadirin sekalian,

Kita biasa mendengar slogan “Rumahku Syurgaku”. Apakah yang didefinisikan dengan slogan “Rumahku Syurgaku”
ini? Slogan ini menunjukkan bahawa rumah merupakan tempat yang selesa untuk didiami. Untuk pengetahuan para hadirin,
cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 negara kita adalah untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.
Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti,
memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan,
bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Secara amnya usaha membentuk
masyarakat penyayang bermula daripada keluarga. Pada masa ini, terdapat banyak masalah yang berkaitan dengan keluarga
meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Salah satu masalah ialah penceraian ibu bapa dalam keluarga. Kajian
mencatatkan bahawa hampir 33,842 pasangan pada 2014 hingga tahun ini telah melalui proses penceraian. Hal ini sudah tentu
memberi pelbagai impak kepada keluarga terutamanya menjejaskan kebahagian keluarga. Bukan itu sahaja, pergaduhan dan
perselisihan faham antara ahli keluarga juga antara contoh masalah dalam keluarga. Bertitik tolak daripada itu, semua keluarga
haruslah mengamalkan konsep “Rumahku Syurgaku” supaya masalah keluarga dapat diselesaikan serta dapat membentuk
suatu keluarga bahagia dan kondusif untuk semua anggota keluarga.

Mengapakah pentingnya mengamalkan konsep “Rumahku Syurgaku” yang menjadi antara persoalan yang pasti timbul
dalam minda para hadirin sekalian. Slogan “Rumahku Syurgaku” penting sebagai asas membina kebahagiaan dalam sesebuah
institusi keluarga. Bukti yang jelas daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa anak-anak yang lahir dan membesar
dalam keluarga bahagia berpotensi besar untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Kejayaan golongan ini penting sebagai aset
untuk melonjakkan kemajuan negara dalam pelbagai bidang serta merealisasikan Wawasan 2020 untuk negara kita. Contoh
yang paling dekat ialah, ibu bapa yang memberikan segala kemudahan, pendidikan, didikan agama dan moral serta
mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi mampu melahirkan anak-anak yang berjaya. Sebaliknya, anak-anak
yang lahir dan membesar dalam keluarga porak peranda akan memberikan pelbagai konflik dalam masyarakat. Statistik yang
pernah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa hampir sebanyak 1529 orang remaja lari dari
rumah akibat masalah dalam keluarga. Terdapat juga laporan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Bukit Aman, kadar remaja lari
dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Malangnya kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan
kerjaya menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti peribahasa anak kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan juga punca dominan masalah ini. Oleh itu, konsep “Rumahku Syurgaku” penting diamalkan bagi
memperkukuh institusi keluarga.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang paling nyata ialah, konsep “Rumahku Syurgaku” penting kerana cabaran hidup remaja sekarang semakin besar.
Pada era globalisasi ini, kebanyakan remaja sedang berhadapan dengan tekanan dalam pelajaran, pergaulan dan juga pengaruh
Internet yang begitu dahsyat. Ada segelintir remaja yang berputus asa apabila mereka menghadapi cabaran hidup yang amat
berat seperti kegagalan dalam peperiksaan, tekanan rakan sebaya, kesukaran dalam mendapatkan peluang pendidikan yang
diinginkan di universiti dan sebagainya. Apabila sesebuah rumah mengamalkan “Rumahku Syurgaku”, ibu bapa yang bersifat
prihatin dan penyayang dapat memberi kekuatan kepada remaja untuk menghadapi cabaran hidup mereka. Remaja yang
dicurahkan dengan kasih sayang dan perhatian oleh ibu bapa terutamanya pada ketika mereka menghadapi tekanan atau
konflik akan menjadi lebih bermotivasi, tenang dan yakin pada keupayaan diri. Malahan, apabila mereka gagal dalam
menggapai cita-cita atau impian yang diidamkan, ibu bapa menjadi insan terawal memberikan inspirasi untuk mereka bangkit
dan terus melangkah ke hadapan. Ibu bapa yang kuat dalam menangani masalah kehidupan akan diikuti oleh anak-anak juga
kerana bapak borek anak rintik. Contoh yang amat bertepatan dengan situasi ini ialah pada tahun 2008, terdapat seorang
pelajar mencatat sejarah kebangsaan, iaitu Nik Nur Madihah telah mendapat keputusan 19 A1 dan satu A2 dalam peperiksaaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun hidup di dalam sebuah rumah yang bumbungnya berlubang dan agak kecil tanpa
sebarang alatan canggih dan kemudahan sempurna, dorongan , sokongan dan lebih-lebih lagi kasih sayang yang dicurahkan
oleh ibu bapanya telah menjadi resepi kejayaan utama Nik Nur Madihah.
Hadirin yang dihormati,

Apakah langkah-langkah membentuk konsep “Rumahku Syurgaku” ini? Siapakah yang memainkan peranan dalam
usaha membentuk “Rumahku Syurgaku”? Golongan yang memainkan peranan dominan untuk membentuk “Rumahku
Syurgaku” ialah keluarga itu sendiri, sudah tentu daripada ahli keluarganya sendiri. Sebagai ibu bapa yang bergred ‘A’,
mereka mestilah memupuk rasa tanggungjawap menjaga keharmonian keluarga masing-masing. Hal ini kerana, merekalah
merupakan tunjang asas untuk menjadikan keluarga mereka sebagai keluarga yang bahagia di samping merealisasikan konsep
“Rumahku Syurgaku”.  Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa
bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan diri sendiri berjalan mengiring. Sesungguhnya, bukan sahaja ibu bapa yang mengalas tugas ini. Ahli keluarga yang
lain seperti abang, kakak, adik beradik juga turut sama memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keharmonian
dalam rumah tangga. Tamsilnya, ahli keluarga perlulah saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Contohnya
dalam pembahagian tugas seperti menyapu sampah, mengelap tingkap dan lain-lain. Setiap ahli keluarga sepatutnya bertolak
ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham yang boleh menjejaskan
kebahagian keluarga. Ahli keluarga perlu mengingati peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih dengan melupakan
segala perselisihan faham yang berlaku antara anggota keluarga dan membaiki semula hubungan tersebut. Lantaran itu, ibu
bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga. Jelaslah bahawa
“Rumahku Syurgaku” ini bermula daripada keharmonian dalam keluarga itu sendiri.

Jika dilihat dari dimensi yang lain, peranan pihak lain tidak wajar dikesampingkan. Selain ahli keluarga dan ibu bapa,
anggota masyarakat harus mengamalkan konsep “Rumahku Syurgaku”. Masyarakat merupakan antara elemen yang penting
yang dapat menentukan pembentukan seorang individu yang kamil dan seterusnya menyumbang kepada keluarga bahagia. Hal
ini dapat membina negara yang sejahtera dan harmonis serta menjadi teras pembangunan negara. Konsep “Rumahku
Syurgaku” ini bukan hanya diamalkan di rumah sahaja malah harus diperluaskan di sekitar kawasan petempatan. Sebagai
analoginya, masyarakat di sesuatu kawasan tempat tinggal hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain bagai aur
dengan tebing dengan melibatkan diri dalam aktiviti seperti majlis kenduri, gotong royong, majlis perkahwinan, sukaneka dan
rumah terbuka. Penduduk yang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut bersama keluarga mereka dapat menjalin semangat
ukhuwah yang baik dan sikap toleransi sesama penduduk dapat dieratkan. Masyarakat setempat haruslah mengamalkan sikap
menjaga tepi kain orang dan tidak sesekali bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing bagi membendung
krisis rumah tangga yang berlaku dalam kalangan jiran mereka. Masyarakat perlu menasihati pasangan suami dan isteri yang
menghadapi konflik supaya berdamai demi kebaikan bersama terutamanya anak-anak. Jika terdapat anak jiran terlibat dalam
gejala sosial seperti merokok, berkawan dengan orang yang tidak dikenali maka masyarakat harus melaporkan kepada pihak
berkuasa. Tindakan sebegini mengelakkan remaja daripada terlibat dalam kancah maksiat yang lebih serius dan dapat
memupuk “Rumahku Syurgaku” serta dapat juga membentuk sebuah masyarakat yang penyayang.

Sebagai menggulung apa yang telah saya perkatakan dalam syarahan pada hari ini, saya berharap agar semua pihak
dapat menuruti dan mengamalkan garis panduan yang saya kongsikan dalam syarahan saya sebentar tadi demi kebaikan dan
keharmonian hidup berkeluarga. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Tuhan, yang buruk itu datang daripada saya
sendiri. Saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun.

Dua tiga kucing berlari;

Berlari-lari di tepi telaga;

Rumahku cantik lagi berseri;

Tempat berhimpun seisi keluarga.

Sekian, terima kasih.

Kumpulan 5 : Thoo Jun Ji, Siti Nur Izzati, Murali Reddy, Levindran dan Cheh Qi Zuen

Perbahasan : Kuasa Merotan Murid Patut Diberikan kepada Semua Guru


Salam sejahtera kepada yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang bijaksana, barisan pencadang
yang sentiasa berusaha menegakkan kebenaran mereka dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin serta rakan-rakan
pelajar yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berdirinya saya di sini sebagai pembangkang adalah untuk menyampaikan hujah-hujah saya untuk tajuk perbahasan
kita pada hari ini, iaitu “Kuasa Merotan Murid Patut Diberikan kepada Semua Guru”. Sebagai pihak pembangkang, saya
menolak seratus peratus kebenaran tajuk perbahasan ini dengan rantaian hujah saya bagi menegakkan prinsip kami sebagai
pihak pembangkang. Namun begitu, sebelum saya membentangkan hujah saya, saya ingin mendefinisikan satu perkataan yang
penting dalam tajuk perbahasan kita pada hari ini, iaitu hukuman rotan.Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat,
hukuman rotan bermaksud hukuman yang dijalankan dengan menyebat orang yang bersalah dengan rotan. Di bawah adalah
hujah-hujah untuk menegakkan kami sebagai pihak pembangkang.

Hadirin yang dimuliakan,

Hujah saya yang pertama ialah pelaksanaan hukuman rotan akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa dan
penganiayaan kepada segelintir murid. Hal ini boleh terjadi sekiranya hukuman rotan tersebut dilaksanakan di hadapan
khalayak ramai. Murid yang dirotan oleh guru tersebut akan mengalami trauma dan perasaan malu yang berpanjangan. Oleh
hal yang demikian, murid-murid tidak mahu pergi ke sekolah. Akibatnya, murid akan hilang minat untuk belajar. Mereka
berasa bosan seandainya guru yang merotannya mengajar di dalam kelas yang sama. Dengan ini, sikap tidak bersungguh-
sungguh dalam menuntut ilmu akan wujud pada murid itu sendiri. Rentetan daripada hal tersebut, murid tidak dapat mengikuti
proses pembelajaran dan pengajaran dengan sisitematik. Mereka juga tidak menyiapkan kerja sekolah dan enggan membantu
guru yang meminta pertolongan. Oleh itu, sikap suka memberontak terbentuk secara semula jadi. Sebagai contoh, seorang
murid di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulaijaya dirotan oleh guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan sehingga berbirat di bahagian punggung dan tapak tangan hanya kerana dia minum air di dalam kelas. Hal ini akan
menyebabkan murid yang dirotan berasa trauma dan fobia. Hukuman tersebut boleh dikira sebagai hukuman yang mengaibkan
murid dan menjadikan tiada siapa yang ingin berkawan dengannya. Akibatnya,murid melakukan kesalahan seperti melanggar
peraturan sekolah,bergaduh untuk mendapat tumpuan orang lain. Lama-kelamaan, mereka akan mengundang masalah yang
lebih besar seperti ponteng sekolah, gengsterisme, vandalisme, menagih dadah hinggalah kepada mat rempit yang melanda
golongan pelajar. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa sedikit-sedikit,lama-lama menjadi bukit. Dalam keghairahan sekolah
memupuk disiplin, pelaksanaan hukuman rotan meningkatkan keciciran murid dengan drastik. Tegasnya, guru-guru haruslah
menggunakan kaedah yang lebih baik untuk mendidik murid yang berumur setahun jagung.

Para hadirin dan hadirat,

Jika ditinjau dari sudut kodifikasi yang berbeza, penggunaan hukuman rotan di sekolah juga akan menimbulkan
perasaan dendam murid terhadap guru. Hal ini dikatakan demikian kerana pelajar pada hari ini menganggap bahawa hukuman
rotan tidak bersesuaian dengan zaman kini. Misalnya, sekiranya pelajar dirotan oleh guru,mereka akan menyimpan dendam
terhadap guru yang merotan mereka. Mereka tidak akan berminat untuk belajar mata pelajaran tersebut kerana mereka berasa
marah dan benci terhadap guru yang merotannya. Oleh hal yang demikian, pelajar yang dikenakan hukuman rotan akan
bertindak di luar batasan termasuklah mencederakan harta benda guru. Perkara yang sering berlaku di sekolah setelah pelajar
dirotan oleh guru ialah pelajar tersebut akan mencalarkan kereta guru untuk menghilangkan perasaan marah dalam hati
mereka. Terdapat satu contoh yang relevan tentang hukuman rotan yang pernah berlaku di sekolah, iaitu seorang guru Bahasa
Inggeris mendenda murid dengan merotan hanya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Kes ini berlaku di sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng , Sungkai, Perak pada tahun 2014. Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan, pasti
akan menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Hal ini amat membimbangkan guru kerana keselamatan mereka akan
terancam. Sebaliknya, guru-guru sepatutnya haruslah bersabar dengan karenah pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan kecil
dan bukannya mengenakan hukuman yang serius kepada mereka. Pelajar-pelajar pula perlulah cuba menerima nasihat yang
diberikan oleh guru-guru. Hal ini kerana nasihat yang diberikan lebih baik daripada jeritan marah yang membuang masa dan
tenaga bak kata mutiara ,orang yang takut menerima nasihat orang lain, selamanya tidak akan maju. Oleh itu, jelaslah bahawa
hukuman rotan tidak sepatutnya dijatuhkan kepada pelajar-pelajar kerana hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan
perasaan dendam murid terhadap guru.

Saudara dan saudari,

Hujah saya yang seterusnya ialah hukuman merotan pada masa ini gagal mendidik murid. Di sekolah, guru akan
bertindak merotan pelajar sebagai pengajaran dan hukuman kepada pelajar. Hukuman ini hanya sekadar dapat menakutkan
murid secara luaran sahaja. Namun, kesannya pelajar-pelajar menjadi keras kepala dan tidak menghormati peraturan sekolah.
Malah, mereka akan cuba melakukan kesalahan dengan lebih licik untuk mengelakkan hukuman rotan. Perkara ini diibaratkan
seperti mencurahkan air ke daun keladi dan menyumbang kepada peningkatan masalah disiplin pelajar di sekolah. Terdapat
juga sesetengah ibu bapa bertindak membuat aduan kepada pihak sekolah kerana anak mereka dirotan. Hal ini memang
menyusahkan pihak sekolah dan akan merenggangkan hubungan antara guru, ibu bapa dan pelajar. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa mendidik dan mengajar anak-anak pelajar bukan sesuatu perkara yang mudah. Oleh itu, guru-guru perlu
lebih peka dan mencari inisiatif baru untuk mendidik dan membimbing anak-anak pelajar. Hal ini umpama kata peribahasa,
batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memperkukuhkan lagi hujah perbahasan kami pada kali ini, ingin saya tegaskan bahawa hukuman rotan ini
juga mengakibatkan murid malu kepada rakan lain. Dengan perkataan lain, hukuman rotan ini mengaibkan murid lebih-lebih
lagi jika hukuman itu dilaksanakan di khalayak ramai iaitu hukuman secara umum.Bagi pemikiran seorang guru, hukuman
yang dilaksanakan adalah untuk menjadi pengajaran dan iktibar kepada pesalah dan murid-murid lain. Namun,perkara ini
dianggap berbeza bagi murid. Guru mungkin tidak memikirkan kesan negatif yang akan ditanggung oleh murid akibat
perbuatannya. Contoh yang boleh diketengahkan ialah hukuman yang menjadi tatapan kepada guru-guru dan murid-murid
menyebabkan murid yang berbuat salah diketawakan. Maka,timbullah perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan murid dan
guru pula dianggap tidak bertimbang rasa. Rentetan daripada hal ini, tatapan ini akan menjadi buat mulut di sekolah.Hal ini
boleh menyebabkan murid hilang keyakinan diri seterusnya merasakan dirinya sudah tidak berguna lagi. Sesetengah murid
yang dipulau enggan ke sekolah pada hari berikutnya kerana trauma akan perkara yang terjadi. Hal ini seterusnya
menimbulkan kerisauan ibu bapa. Ingin saya ketengahkan satu kes yang berlaku di Sungai Petani pada awal bulan Januari
tahun ini, seorang pelajar maahad tahfiz trauma kerana dirotan oleh ustaznya sehingga lebam di beberapa bahagian anggota
badannya. Oleh sebab kes seperti ini kerap kali berlaku, maka ramai ibu bapa yang menyuarakan pendapat bahawa hal ini
merupakan kesalahan pihak sekolah bak peribahasa yang berbunyi kerana nila setitik,rosak susu sebelanga. Kesan yang
mendatang ialah kadar keciciran bagi sesebuah sekolah meningkat. Pihak sekolah akan kehilangan murid-murid yang
berpotensi dek kerana kes merotan seperti ini. Ada ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menyaman pihak sekolah.
Tidak kurang juga ada ibu bapa yang memutuskan untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain bagi mengelakkan anak-
anak mereka daripada mengalami trauma yang berpanjangan yang seterusnya memudaratkan masa depan murid. Sudah terang
lagi bersuluh, pelaksanaan hukuman rotan akan mengakibatkan pelajar berasa malu terhadap rakan dan seterusnya enggan
hadir ke sekolah.

Nampaknya masa seakan-akan cemburu melihat saya berbicara di sini bak kata orang, setiap yang bermula pasti akan
berakhir, begitu juga dengan hujah saya ini. Perbahasan ini akan diteruskan oleh barisan pencadang untuk menentang
pendirian kami bahawa “Kuasa Merotan Murid Tidak Patut Diberikan kepada Semua Guru”. Hukuman disiplin seperti rotan
ini merupakan satu cara untuk mendisiplinkan pelajar sekolah. Hal ini kerana, jika pelajar yang melakukan kesalahan tidak
dihukum,mereka akan menganggap bahawa perbuatan dan kesalahan yang mereka lakukan itu bukanlah satu perkara yang
besar tetapi jika dijalankan secara berterusan, kesalahan tersebut sedikit sebanyak boleh menjejeskan pelajaran mereka dan
juga maruah sekolah. Apabila adanya hukuman sebegini, ia pasti dapat memberi kesedaran terhadap pelajar yang melakukan
salah laku. Setelah dikenakan hukuman,mereka akan mengetahui bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka dan
juga mengingati hukuman yang dikenakan. Hal ini mengelakkan mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi.
Walaupun niat merotan itu murni iaitu untuk mendidik pelajar tetapi boleh mendatangkan mudarat dan menjadi mimpi ngeri
kepada guru jika dilakukan secara berlebihan. Oleh sebab itu, hanya pengetua atau guru yang diberi kuasa secara bertulis
seperti guru disiplin boleh merotan murid yang melanggar peraturan. Rotan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk
pendidikan dan bukannya penderaan. Akhirnya, pengetua atau guru yang diberi kuasa secara bertulis harus mematuhi etika
memberi hukuman rotan kepada murid. Guru yang diberi kuasa secara perlu diberi pelbagai kursus yang berkaitan dengan hal
ini bagi membolehkan guru mengawal emosi dan memberi hukuman tersebut dengan cara yang betul supaya hukuman yang
dikenakan tidak menyebabkan kecacatan kepada pelajar

Kumpulan 3 : Kok Zheng Yu, Ong Yik Hern, Maisarah, Lee Jia Jin, Nur Afiqah

Soalan : Seorang sahabat pena anda yang tinggal di luar negara ingin mengetahui masalah kepupusan hutan di
Malaysia. Dia meminta penjelasan anda tentang langkah-langkah yang diambil bagi pemuliharaan hutan di negara
ini. Tulis surat tersebut selengkapnya.

265, Taman Seri Cheril,


Jalan Changkat Jang,
3600 Teluk Intan,
Perak.

Menemui sahabatku,Charles yang berada di Australia. Saya berharap agar kamu sentiasa sihat sejahtera dan
bahagia di samping keluarga. Buat saya di sini, alhamdulillah berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maaf kerana
saya terlambat membalas surat kamu. Maklumlah, banyak ujian dan peperiksaan yang terpaksa saya lalui untuk
penggal kedua persekolahan ini. Walaupun begitu, saya tidak lupa untuk memenuhi permintaan kamu yang bertanya
tentang langkah-langkah yang diambil bagi pemuliharaan hutan di negara saya.

Saudaraku Charles,

Hutan merupakan warisan semula jadi yang berharga dan perlu dilindungi bahkan hutan juga merupakan
ekosistem kehidupan sihat kepada manusia. Malangnya, hari ini isu pembalakan haram dan pembakaran hutan
secara berleluasa semakin menjadi-jadi. Hal ini telah menimbulkan kebimbingan kepada rakyat dan kerajaan.
Bagaimanapun, masalah ini boleh ditangani dan dikawal dengan kerjasama semua pihak. Segala akitiviti hutan
seperti pembalakan haram, pembakaran hutan secara terbuka atau sebarang pengeksploitasian hutan perlu diawasi
secara terkawal oleh pihak berkuasa.

Umumnya, pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap semua pesalah yang melakukan
aktiviti mengeksploitasi hutan. Atas dasar keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap kepentingan hutan, kerajaan
telah menggubal Akta 313 iaitu Akta Perhutanan Negara sejak tahun 1984 lagi. Antara hukuman yang boleh
dikenakan kepada pesalah seperti denda, penjara atau kedua-duanya sekali. Bukan itu sahaja, akta ini juga
melibatkan pemantauan secara berkala boleh dilakukan melalui udara untuk memastikan tiada sebarang aktiviti
pengeksplotasian hutan berlaku di negara ini.

Sahabatku Charles,

Seterusnya, kerajaan Malaysia juga telah mengadakan pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan
pemuliharaan hutan. Antara contoh kempen yang telah dilancarkan di peringkat kebangsaan ialah Kempen Cintai
Hutan Kita, Kempen Hargailah Hutan, Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan sebagainya. Kempen-kempen ini boleh
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga hutan. Selain itu, Badan Bukan Kerajaan
(NGO) juga turut membantu memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti
ceramah, seminar dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung dapat menimbulkan kesedaran dalam
diri masyarakat tentang kepentingan menjaga hutan.

Dalam konteks ini, pihak kerajaan Malaysia juga telah mengambil langkah proaktif tentang pendidikan alam
sekitar kepada generasi muda terutamanya golongan pelajar di sekolah. Perkara ini bertujuan untuk menanamkan
rasa prihatin generasi muda terhadap hutan yang semakin terancam. Dengan ini diharapkan agar ancaman terhadap
hutan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan mata pelajaran Geografi, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan. Sukatan mata pelajaran ini bertujuan untuk menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar.
Oleh hal yang demikian, pendidikan dan penyemaian rasa cinta dan tanggungjawab ini perlu dipupuk dan dipelajari
oleh generasi muda kini umpama peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Situasi ini dapat diperjelaskan
lagi melalui mutiara kata, alam ini bukan diwarisi daripada nenek moyang kita, tetapi dipinjam daripada generasi
akan datang.

Sahabatku,

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan
aktiviti penghutanan semula. Rakyat Malaysia dapat melakukan aktiviti memulihara hutan dengan cara melakukan
penanaman semula hutan. Penghutanan semula ialah kegiatan mananam semula pokok-pokok yang telah ditebang
khususnya spesis-spesis pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Langkah tersebut haruslah dijalankan oleh para
pengusaha ladang agar dapat mengekalkan ekosistem dan bilangan tumbuh-tumbuhan yang telah diterokai. Di
kawasan bandar pula, kawasan hutan buatan manusia diwujudkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi menanam
semula pokok-pokok hiasan di tepi-tepi jalan di samping mewujudkan kawasan rekreasi yang memelihara alam
sekitar. Dengan ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan masalah peningkatan suhu alam dapat dielakkan
dengan peningkatan bilangan pokok serta dapat menyelesaikan masalah pemuliharaan hutan dengan berkesan.
Setakat ini, Malaysia mempunyai banyak hutan simpan yang telah diwartakan seperti Hutan Simpan Kemasul , di
Pahang, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Endau Rompin, di Johor.

Oleh itu, langkah pemuliharaan hutan merupakan satu usaha yang dilakukan secara berterusan oleh kerajaan
Malaysia. Hal ini demikian kerana kerajaan Malaysia amat menitikberatkan kepentingan hutan. Sesunguhnya,
langkah-langkah yang dijalankan ini diharap dapat memastikan kawasan hutan kekal untuk generasi akan datang.
Saya juga berharap agar kamu berpuas hati dengan penerangan yang diberikan tadi. Saya rasa lebih baik jika kamu
mencari kesempatan untuk datang sendiri ke Malaysia bagi menyaksikan sendiri usaha-usaha tersebut. Akhir kata,
semoga berjumpa lagi di lain lembaran. Sampaikan salam sayang dan kasih saya kepada kedua-dua ibu bapa dan
keluarga kamu di sana.

Sekian.

Sahabatmu,
Haris

Kumpulan 2 : Haress, Heng Xi Yi, Muhammad Haider, Khor Pei Ying, Lam Zheng Yu

Kebaikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) kepada penduduk luar bandar
Pembangunan luar bandar adalah satu proses untuk memajukan kawasan luar bandar serta membantu dalam
meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar .Di bawah Dasar Transformasi Nasional, pihak kerajaan telah
memperkenalkan satu program khusus untuk masyarakat luar bandar iaitu Program Transformasi Luar Bandar
(RTC) . Program Transformasi Luar Bandar (RTC) ialah satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
meningkatkan taraf hidup masayarakat di luar bandar. Terdapat banyak manfaat yang diperoleh oleh masyarakat
daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTC) ini.

Sebagai permulaan perbincangan ini, kebaikan pertama yang dibawa oleh RTC ialah produk pertanian dapat
dijual di sini .Hal ini kerana terdapat satu konsep iaitu merasionalkan permasaran semula melalui pengurusan
rantaian bekalan dari peringkat ladang terus kepada pengguna . Dengan ini ,produk pertanian tidak perlu dijual
kepada pengguna yang tinggal di luar kawasan melalui agen. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan penduduk
luar bandar boleh mendapat untung bersih yang lebih banyak. Seterusnya , petani luar bandar juga boleh melibatkan
proses perancangan , pelaksanaan dan kawalan operasi dalam rantaian bekalan barang-barang pertanian secara
cekap dan berkesan di RTC. Proses yang melibatkan petani luar bandar ini merangkumi pergerakan dan penstoran
bahan mentah, inventori dan keluaran akhir daripada titik pengeluar sehingga kepada pengguna. Pendek kata,
penduduk luar bandar dan petani luar bandar dapat melibatkan diri sendiri dalam banyak proses pengeluaran
sehinggalah proses penjualan bahan pertaniannya.

Sebagaimana yang kita tahui, kebaikan yang seterusnya ialah RTC disediakan untuk penduduk luar bandar
agar mereka dapat membeli bekalan barang keperluan dan perkhidmatan pada harga yang rendah. Disebabkan hal
itu , RTC telah dibina oleh pihak kerajaan agar memudahkan masyarakat luar bandar membeli barangan dengan
harga yang lebih murah. Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan pada harga yang berpatutan. Oleh itu,
pengguna boleh membeli barangan keperluan harian secara borong atau runcit. Sebagai contoh, beras, biskut, air
mineral, sayur-sayuran, alat tulis, berus gigi dan lain-lain lagi. Mereka juga boleh mendapatkan perkhidmatan
seperti memperbaharui cukai jalan, cukai harta, membayar bil-bil domestik, memperbaharui kad pengenalan,
passport dan sebagainya di RTC. Penduduk luar bandar tidak perlu lagi pergi ke bandar untuk mendapatkan barang
keperluan dan perkhidmatan yang diperlukan. Tegasnya, kewujudan RTC ini telah banyak memudahkan masyarakat
luar bandar agar mereka dapat membeli bekalan barang keperluan dan perkhidmatan pada harga yang rendah.

Selain itu, kebaikan yang lain ialah RTC membantu penduduk luar bandar dengan menyediakan
peluang kemahiran latihan secara berterusan kepada masyarakat luar bandar di pusat-pusat RTC dan kawasan
sekitar. Hal ini bertujuan untuk menambah pengetahuan, kemahiran dan keupayaan bagi meningkatkan pendapatan,
peluang pekerjaan dan taraf hidup penduduk luar bandar. Antara jenis latihan yang ditawarkan adalah seperti kursus
keusahawanan , program motivasi keusahawanan , program pembungkusan dan penjenamaan, program
persembahan produk , program pengurusan makanan ternakan ,teknik tertigasi , kemahiran baik pulih penghawa
dingin, kemahiran teknologi kimpalan dan banyak lagi. Tegasnya, terdapat pelbagai latihan dan kemahiran yang
boleh diikuti oleh penduduk luar bandar khususnya golongan generasi muda yang telah disediakan oleh RTC untuk
meningkatkan taraf hidup mereka.

Kesimpulannya , sudah terang lagi bersuluh, pelaksanaan program-program ini adalah hasrat kerajaan
agar masyarakat luar bandar lebih berdaya saing dan berdaya maju serta berupaya meningkatkan kualiti, kuantiti
produk serta taraf hidup mereka. Hal Ini akan membolehkan produk tersebut dapat dipasarkan di seluruh negara dan
akhirnya dapat menembusi pasaran global. Secara tidak langsung , pendapatan penduduk luar bandar akan dapat
ditingkatkan dan menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya.
Oleh itu , usaha ini wajar diteruskan dan dikembangkan oleh kerajaan supaya masyarakat luar bandar turut merasa
hasil kemajuan negara kita.

Disediakan oleh Kumpulan 1 : Ching Gim Sheng, Mohamad Nabil dan Chua Chooi Foong

Keistimewaan Sambutan Perayaan Di Malaysia.


Pada era globalisasi ini, arus pembangunan dan kemajuan bergerak begitu lincah di tanah tumpah darah kita.
Malaysia didiami oleh pelbagai kaum dan bangsa. Arus kemajuan yang dikecapi membolehkan sambutan perayaan
kaum tertentu di Malaysia bertambah meriah kerana disambut oleh bangsa-bangsa lain juga. Antara perayaan utama
yang disambut ialah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali dan sebagainya. Semua perayaan
tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Persoalannya, apakah keistimewaan sambutan perayaan di
Malaysia?

Sambutan perayaan yang diadakan akan mendatangkan banyak kelebihan. Antaranya termasuklah dapat
merapatkan hubungan pelbagai bangsa di negara ini. Hal ini demikian kerana sambutan perayaan di negara ini tidak
hanya melibatkan satu kaum malahan semua kaum menyambutnya secara bersama-sama. Sebagai contoh,
penganjuran rumah terbuka di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan telah membuktikan bahawa rakyat
Malaysia menyambut perayaan bersama-sama. Sebagai contoh, sambutan Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri tahun
ini di sambut di padang SMK Hutan Melintang, Perak pada 24 Julai 2016 telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pelbagai pihak. Sambutan rumah terbuka juga diadakan oleh penduduk Malaysia di rumah
masing-masing. Keadaan ini dapat membentuk sikap saling menghormati, sikap toleransi, saling membantu
terhadap bangsa lain. Kesannya, kita akan dapat hidup dengan harmoni dan sejahtera. Jelaslah bahawa sambutan
perayaan yang diadakan dapat merapatkan hubungan pelbagai bangsa di negara ini.

Rentetan daripada itu, sambutan perayaan di Malaysia juga dapat mempamerkan keunikan budaya sesuatu
kaum. Keunikan yang ditunjukkan dalam setiap perayaan telah menyatupadukan setiap kaum yang wujud di
Malaysia sejak sekian lama. Contohnya, keunikan tarian singa dan pembakaran mercun semasa Tahun Baharu Cina
umpamanya, mampu memberikan keseronokan kepada sesiapa saja yang melihat persembahan tersebut. Terdapat
juga keunikan seni hiasan kolum dan nyalaan pelita semasa sambutan Deepavali. Amalan masyarakat Malaysia
yang menyambut perayaan bersama-sama inilah menjadi keunikan di negara ini. Contoh yang paling nyata ialah
sewaktu sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina yang telah diadakan di Dataran Keris, Alor Gajah
Melaka pada 20 Februari 2016 dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
bersatu teguh, bercerai roboh. Jelaslah bahawa perpaduan yang ditunjukkan melalui keunikan budaya ini akan
menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Lontaran idea yang seterusnya ialah sambutan perayaan mampu memperkenalkan budaya Malaysia kepada
pelancong asing. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi
mereka juga dapat mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini
semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Pelancong yang pulang boleh dikatakan sebagai agen kepada
kita. Hal ini kerana mereka boleh memberitahu kepada rakan-rakan dan saudara-mara mereka tentang budaya
Malaysia dan membuatkan lebih ramai orang mengenali serta mengetahui budaya kita.Setiap tahun, kerajaan
melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan
akan mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Keamatan,
Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. Majlis ini mampu memperkenalkan kelebihan setiap bangsa di Malaysia
terutamanya makanan tradisional.Sebagai contohnya, Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan telah diadakan di
Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Kuala Lumpur pada 3 Jun 2016 telah berjaya menarik pelancong asing yang
hadir. Selain itu, sambutan perayaan ini juga dapat memperkenalkan masakan tradisional semasa hari perayaan
seperti orang Melayu terkenal dengan ketupat dan rendang, orang India terkenal dengan thosai dan capati manakala
orang Cina pula terkenal dengan Dim Sum dan kuih bakul serta masakan tradisional kaum-kaum lain di Malaysia.
pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama
Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus
dapat merancakkan industri pelancongan negara. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa sambil menyelam
minum air. konsep Rumah Terbuka Malayisa dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong
asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian. Oleh sebab itu,kita
haruslah bangga akan kebudayaan di Malaysia.

Kesimpulannya, sambutan perayaan oleh rakyat sesebuah negara amat penting terutamanya di negera kita
yang mempunyai rakyat berbilang kaum.Hal ini kerana budaya sangat unik dan telah memberikan banyak
keistimewaan kepada negara.Oleh hal yang demikian,kita haruslah meneruskan sambutan ini secara turun-temurun
supaya budaya ini tidak akan hilang.Akhirnya, kita wajar menitikberatkan sambutan yang diadakan setiap kali.

Disediakan oleh Kumpulan 2 : Dee Wen Hao,Mohammad Amirul dan Foo Zi Ying
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Sesuatu Kawasan Tersebut Mempunyai Penduduk yang Padat.
Pada era globalisasi ini, semua negara yang maju dan membangun di dunia ini mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi. Hal ini menyebabkan negara- negara tersebut memiliki perubahan populasi penduduk yang
besar sehingga menyebabkan banyak projek pembangunan terpaksa dilaksanakan dengan lebih giat lagi. Sebagai
contoh negara yang membangun dan semakin maju serta mempunyai kepadatan penduduk yang pesat ialah
Malaysia. Di Bandaraya Kuala Lumpur sahaja misalnya, taburan penduduk yang padat berlaku di hampir
keseluruhan tempat. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di sesuatu tempat.
Jelaslah terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kepadatan penduduk di sesuatu kawasan.

Antaranya ialah faktor kepadatan penduduk biasanya berpunca daripada pemilihan kawasan yang memiliki
pelbagai aktiviti ekonomi. Hal Ini kerana penduduk akan lebih mudah untuk mencari rezeki di kawasan tersebut.
Misalnya, penduduk akan lebih tertumpu di kawasan yang mempunyai kawasan perindustrian. Kawasan ini
merupakan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan. Hal ini bak kata peribahasa ada gula, adalah semut.
Penduduk akan bertumpu di kawasan ini sehingga menyebabkan berlakunya persaingan hebat untuk mendapatkan
pekerjaan. Persaingan yang begini hebat akan memberi kesan yang positif pada taraf hidup seseorang kerana
mereka terpaksa memperuntukkan masa dan sumber kewangan yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran dan
mendapat kerja yang baik. Tegasnya, faktor kepadatan penduduk biasanya berpunca daripada pemilihan kawasan
yang memiliki pelbagai aktiviti ekonomi.

Dalam masa yang sama, faktor kepadatan penduduk juga bergantung pada kemudahan asas yang lengkap di
sesuatu tempat. Hal ini kerana sesuatu kawasan yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap akan memudahkan
urusan harian dalam kehidupan manusia. Contohnya, kepadatan penduduk akan berlaku di kawasan yang
mempunyai sekolah, hospital, balai polis, balai bomba, kedai runcit dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan –
kemudahan ini, penduduk akan lebih mudah untuk melakukan setiap urusan harian mereka. Tambahan pula,
penduduk lebih suka memilih untuk tinggal di kawasan bandar daripada tinggal di kawasan luar bandar. Hal ini
disebabkan oleh di kawasan luar bandar biasanya kekurangan kemudahan asas manakala kemudahan asas yang
terdapat di bandar pula lebih lengkap dan bersistematik. Tegasnya, faktor kepadatan penduduk juga bergantung
pada kemudahan asas yang lengkap di sesuatu tempat.

Seterusnya, faktor kepadatan penduduk di sesuatu kawasan bergantung pada kemudahan jalan raya. Hal ini
kerana kemudahan jalan raya merupakan kemudahan asas dalam system perhubungan dan pengangkutan di sesuatu
kawasan. Selain itu, faktor ini jugalah yang menyumbang pada kepadatan penduduk di sesuatu kawasan kerana
adanya jaringan jalan raya yang sistematik, landasan kereta api dan juga lapangan terbang. Jalan raya awam yang
disediakan seperti berikut dapat menghubungkan sesuatu kawasan dengan kawasan yang lain. Dengan adanya
kemudahan ini, penduduk akan lebih mudah untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai
contoh, seseorang itu akan lebih cepat sampai ke destinasi yang dituju dengan menggunakan kemudahan jalan raya
awam ini. Kesannya, kita dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga. Tegasnya, faktor kepadatan penduduk di
sesuatu kawasan bergantung pada kemudahan jalan raya.

Akhir sekali, sejarah sesebuah kawasan juga mempengaruhi penduduk menjadi padat. Dasar pemerintahan
penjajah pada masa dahulu adalah untuk memajukan kawasan dan negeri yang berpotensi sahaja. Sejarah lampau
menyaksikan negeri – negeri yang kaya dengan sumber seperti bijih timah, perak, emas dan tanaman pokok getah
menjadi faktor tarikan banyak penduduk. Antara negeri yang padat dengan penduduk ialah Perak dan Selangor.
Namun, kini kerajaan telah memberi tumpuan kepada kebanyakan tempat sebagai kawasan yang perlu dibangunkan.
Tempat-tempat tersebut boleh dijadikan tempat petempatan penduduk kerana kemudahan asas yang disediakan di
situ.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kepadatan
penduduk di sesuatu kawasan. Hal ini kerana penduduk menginginkan kawasan tempat tinggal mereka dapat
menjamin keselamatan, keselesaan dan kemudahan kepada mereka. Sesungguhnya, pihak kerajaan sentiasa
berusaha untuk menjadikan kawasan petempatan manusia tersebut sebagai tempat yang selesa dan kondusif untuk
diduduki. Walaupun, kepadatan penduduk ini banyak mendatangkan kesan positif dan kesan negatif namun sebagai
penduduk kita perlu bijak menggunakan kemudahan yang ada agar kita mendapat faedah daripadanya.

Disediakan oleh Kumpulan 3 : Heng Xi Yi, Haress, Mohamad Haider

Kepentingan sungai terhadap manusia


Pada era globalisasi ini, isu pencemaran sungai acap kali menjadi polemik hangat yang tidak pernah habis
diperkatakan mahupun di warung-warung kopi ataupun dewan parlimen. Isu tersebut semakin hari semakin serius
bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru. Masalah ini sudah menjadi bagai duri dalam daging.
Perkara ini harus diatasi dengan segera. Hal ini demikian kerana sungai sangat penting kepada manusia. Sungai
merupakan satu wahana yang penting untuk kita mendapatkan bekalan air. Contohnya, manusia memerlukan air
dalam pelbagai urusan seharian seperti mandi, memasak dan mencuci pakaian. Oleh itu, masyarakat haruslah
menghargai air dan tidak membazirkan air dengan sesuka hati .Persoalannya, apakah kepentingan sungai terharap
manusia? Isu inilah yang akan dijelaskan di dalam penulisan karangan di bawah.

Sebagai pembuka bicara yang pertama, kepentingan sungai yang perlu diperlihatkan dalam membantu
manusia ialah sungai merupakan salah satu sumber bekalan air bagi manusia untuk mendapatkan air bersih dengan
mudah. Hal ini adalah sangat penting kerana setiap manusia pasti akan memerlukan air untuk mereka menjalankan
aktiviti harian. Bagi membuktikan perkara ini, ,manusia menggunakan air untuk tujuan pembersihan. Manusia perlu
membersihkan diri daripada kekotoran dengan mencuci badan atau mandi. Barang yang hendak digunakan oleh
manusia seperti pinggan dan mangkuk perlu dicuci dan pakaian yang hendak dipakai juga perlu dibasuh.
Penggunaan air juga membenarkan manusia untuk membersihkan rumah dengan lebih mudah dan lebih bersih
berbanding dengan tidak mengguna air. Selain itu,air juga boleh digunakan untuk tujuan memasak. Makanan yang
paling utama yang membekalkan tenaga kepada manusia untuk menjalankan aktiviti iaitu menanak nasi dengan
menggunakan air. Manusia juga perlu mendapatkan air disebabkan oleh manusia memerlukan air untuk diminium.
70 peratus badan manusia mengandungi air. Manusia perlu minium air untuk hidup kerana manusia tidak boleh
hidup lebih daripada tujuh hari tanpa minum air. Jelaslah bahawa antara kepentingan sungai adalah merupakan
sumber bekalan air bersih kepada manusia.

Dalam konteks,yang lain, sungai dapat dijadikan kawasan untuk manusia beriadah dan bersukan. Hal ini
disebabkan oleh pelbagai aktiviti air boleh dijalankan di sungai. Sebagai contoh, berakit, berkayak, berkhemah,
memancing dan sebagainya.Hal ini akan menarik minat golongan muda untuk menghabiskan masa dengan perkara
yang lebih berfaedah. Secara tidak langsung, dapat mengurangkan masalah sosial daripada belaku. Hal ini juga akan
membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan serta membenam segala perkara-perkara yang
tidak berfaedah. Seperti mana yang kita ketahui, sungai yang bersih dan terjaga juga dapat menarik kedatangan
pelancong ke negara kita. Pelancong bukan sahaja dapat menikmati keindahan semula jadi tetapi juga dapat
merancakkan sektor pelancongan. Aktiviti pelancongan ini membantu menjana ekonomi negara di samping mampu
menjulang negara ke puncuk jagat. Hal ini secara tidak langsung,menambah pendapatan penduduk yang tinggal di
sekitar kawasan sungai. Jelaslah bahawa sungai amat penting untuk manusia jadikan sebagai kawasan unuk
beriadah.

Lontaran idea yang seterusnya ialah sungai telah dijadikan oleh manusia sebagai cara perhubungan dan
pengangkutan.sejak dulu lagi. Walaupun dalam zaman yang serba canggih ini, sungai masih merupakan salah satu
jalan pengangkutan yang sangat penting kepada manusia terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan -
kawasan pedalaman. Hal ini kerana tiada jalan pengangkutan darat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat
yang lain. Biar kita ambil contoh, sesetengah pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah
menggunakan sungai sebagai laluan mereka untuk pergi ke sekolah. Hal ini kerana mereka sangat susah dan
mengambil masa yang lama untuk pergi ke sekolah dengan menggunakan pengangkutan darat. Selain itu, sungai
juga digunakan untuk mengangkut kayu balak dari hutan ke kawasan bandar. Hal ini bukan sahaja,menjimatkan
tenaga pekerja dan kos pengangkutan ,malah secara tidak langsung juga dapat meningkatkan pendapatan penduduk
setempat dengan menjalankan aktiviti perdagangan. Oleh hal yang demikian ,jelaslah bahawa sungai adalah sangat
penting kepada manusia sebagai cara perhubungan dan pengangkutan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak kepentingan sungai kepada manusia. Hal ini
kerana khazanah yang berharga ini perlu sentiasa terpelihara untuk generasi yang akan datang. Sesungguhnya,
diharapkan semua pihak haruslah berusaha untuk menjaga kebersihan sungai. Orang bijak pandai pernah berkata
alam ini bukan diwarisi daripada nenek moyang tetepi dipinjam daripada generasi akan datang dan Samuel Johnson
juga berkata masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Oleh itu, kita perlu bekerjasama untuk melindungi sungai
kita daripada tercemar bagai aur dengan tebing. Dengan berbuat demikian,kita mampu menjaga khazanah negara
yang penting di negara kita ini.

Disediakan oleh Kumpulan 4 : Khor Pei Ying, Lam Zheng Yu, Fatin Shafikah
Cara-Cara Mencegah Penyakit Demam Denggi.
Dasawarsa ini, isu tentang penyakit deman denggi telah menjadi buah mulut yang meniti dari bibir ke bibir
segenap strata sosial. Hal ini kerana peyakit ini sudah menjadi masalah utama di negara kita kerana kematian akibat
nyamuk Aedes di negara ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Deman denggi ialah sejenis penyakit berbahaya
yang disebabkan oleh nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi. Penyakit demam denggi merebak melalui
gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana penyakit ini boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit
tenat atau maut. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti
demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan
ruam. Biasanya, pesakit harus dimasukkan ke hospital untuk rawatan sehingga sembuh. Persoalan yang terlintas
dalam kotak fikiran kita ialah apakah cara-cara mencegah penyakit demam denggi ? Terdapat banyak jawapan yang
berlegar-legar dalam benak kita.
Sebagai pembukaan kata dan bicara, lontaran idea yang pertama berkaitan dengan cara-cara mencegah
penyakit demam denggi adalah dengan memastikan tiada takungan air yang dibiarkan. Hal ini kerana nyamuk
Aedes boleh membiakkan dalam takungan air tersebut. Tempat-tempat takungan yang dimaksudkan tersebut seperti
di dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi atau sebagainya. Selain itu, kita haruslah memastikan nyamuk
tidak membiak di dalam tempat-tempat ini dengan menyalinkan airnya pada setiap minggu dan dibasuh sehingga
bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk Aedes. Seterusnya, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat
untuk mencegah nyamuk Aedes daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan
dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam. Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi
tempat pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan
daun yang menyekat air daripada mengalir. Jelaslah bahawa antara cara untuk mencegah penyakit demam denggi
adalah dengan memastikan tiada takungan air yang dibiarkan.
Jika ditinjau dari sudut kodifikasi yang berbeza, penyakit demam denggi dapat dicegah sekiranya
masyarakat sendiri mempunyai kesedaran untuk sentiasa menjalankan tindakan pencegahan yang efisien. Dalam
konteks ini, masyarakat haruslah membuang air yang bertakung di dalam piring pengalas pasu bunga secara berkala.
Misalnya seminggu sekali. Hal ini dikatakan demikian kerana nyamuk aedes selalu membiak di dalam piring
pengalas pasu bunga yang berisi air akan mengakibatkan seseorang itu mengidap penyakit demam denggi. Oleh hal
yang demikian, masyarakat harusalah sentiasa menjaga kebersihan rumah kediaman mereka untuk mencegah diri
ataupun ahli keluarga daripada dihidapi penyakit demam denggi. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang
berbunyi mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya kita tidak menjalankan tindakan tersubat, pasti
seseorang itu akan menghidap penyakit demam denggi. Jika penyakit ini tidak sembuh selama seminggu, mungkin
akan menyebabkan kes kematian di negara kita. Perkara ini dapat dibuktikan dengan statistic yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bilangan pesakit di negeri Johor yang menghidap penyakit demam
denggi baru-baru ini telah meningkat sehingga 165 orang. Oleh itu, jelaslah bahawa tindakan pencegahan yang
efisien ini mampu menghalang nyamuk aedes daripada membiak di dalam rumah kita dan penyakit demam denggi
dapat dicegah.
Tidak ketinggalan juga, penyakit demam denggi boleh dielakkan dengan menggunakan penyembur racun
serangga di dalam rumah. Hal ini demikian kerana penyembur racun serangga merupakan satu alat yang canggih
untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membiak di persekitaran rumah. Sebagai contoh, kita haruslah
menyembur racun serangga di rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali dan biasanya dilakukan pada waktu
petang. Memang tidak dinafikan bahawa tindakan ini mampu menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah
serta membunuh nyamuk yang berada di dalam rumah. Langkah-langkah tersebut pasti dapat mengelakkan nyamuk
aedes daripada membiak di rumah kita. Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa sediakan payang sebelum
hujan. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan
menyembur serangga di kawasan-kawasan petempatan awam. Tegasnya, sebelum nasi sudah menjadi bubur,
masyarakat haruslah melakukan tindakan pencegahan yang sistematik iaitu menggunakan penyembur racun
serangga di dalam rumah agar penyakit ini tidak dijangkiti oleh orang ramai.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak cara mencegah penyakit demam denggi. Hal ini
kerana usaha membasmi nyamuk aedes ini tidak seharusnya diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja.
Sesungguhnya, peranan semua pihak hendaklah diambil kira untuk menjaga kebersihan persekitaran agar nyamuk
aedes tidak membiak. Persekitaran yang sihat akan wujud jika semua berganding bahu untuk mencegah masalah ini
daripada berlarutan. Hal ini bak kata peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah.

Disediakan oleh Kumpulan 5 : Ong Yik Hern, Kok Zheng Yu, Maisarah
Kebaikan Mempromosikan Industri Kraf Tangan.
Pada era globalisasi ini, industri kraf tangan Malaysia kian lenyap di telan zaman. Antara contoh barangan kraf tangan
di negara ini ialah labu sayung, tembikar, songket, batik, wau, barangan tembaga dan sebagainya. Namun demikian, industri
kraf tangan merupakan industri yang berpotensi besar untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama
masyarakat desa walaupun industri kraf tangan bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia. Mengapakah keadaan
ini berlaku? Sesetengah orang berpendapat bahawa kerajaan kurang memberikan perhatian terhadap industri ini sehingga
menjadi masalah yang berlarutan. Tambahan pula, kurangnya pengusaha-pengusaha daripada golongan muda yang terlibat
dalam industri ini. Hal ini boleh diperjelaskan melalui peribahasa Melayu yang berbunyi kera di hutan disusukan, anak di
rumah mati kelaparan. Inilah gambaran yang tepat dan dapat dirumuskan mengenai stigma masyarakat Malaysia seolah-olah
memandang sepi terhadap produk kraf tangan buatan tempatan. Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan yang dapat diperoleh
dengan mempromosikan industri kraf tangan ini.
Dalam usaha mempromosikan industri kraf tangan, permintaan terhadap barangan kraf tangan semakin berkurangan.
Hal ini kerana masyarakat Malaysia yang lebih mendewa-dewakan produk moden dan berjenama antara bangsa. Perkara ini
dilihat sebagai ancaman terbesar bagi industri kraf tangan tempatan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan dan pihak media
massa berusaha mempromosikan industri kraf tangan dengan melakukan pelbagai inisiatif termasuk promosi yang diadakan
melalui kempen-kempen dan ceramah-ceramah pelancongan serta percutian di Malaysia. Melalui kempen-kempen dan
promosi yang berlebihan ini, industri kraf tangan telah mula diberi tumpuan oleh masyarakat umum dan pelancong. Rentetan
daripada itu, permintaan terhadap barangan kraf tangan sudah semakin meningkat. Pengusaha kraf tangan sudah mula
menambahkan pengeluaran bagi menampung jumlah permintaan . Terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk
bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila
penduduk luar bandar dapat menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Industri kraf tangan akan
menjadi sumber kewangan mereka. Tambahan pula, jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara ,hal ini bukan
sahaja dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan negara ,malahan dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia .Kelama-
lamanya, industri ini akan semakin berkembang dan menjadi kegiatan ekonomi yang terutama di Malaysia dengan melakukan
pelbagai inisiatif.
Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang seterusnya iaitu kehadiran industri kraf tangan dapat
memperkenalkan barangan buatan Malaysia ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Hal ini demikian kerana, melalui industri
kraf tangan yang wujud ini, masyarakat antarabangsa dapat mengenali hasil kraf tangan di negara kita. Usaha giat yang
dilakukan dalam mempromosikan barangan kraf tangan negara tentunya dapat menarik minat masyarakat antarabangsa
terhadap seni kraf tangan negara kita. Secara tidak langsung, industri kraf tangan menjadi produk yang mempunyai kelainan
dan keistimewaan yang mampu menarik minat para pelancong. Jika digiatkan lagi, tidak mustahil bagi industri ini untuk
menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pelancongan. Pihak bertanggungjawab boleh mengeksploitasi
keistimewaan kraf tangan sebagai daya penarik. Maka, secara tidak langsung, industry ini dapat meningkatkan pendapatan
industri pelancongan melalui penjualan hasil kraf tangan kraf tangan. Tegasnya, kehadiran industri kraf tangan dapat
memperkenalkan barangan buatan Malaysia ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sementelahan itu, industri kraf tangan juga dapat memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat
khususnya anak-anak muda di kawasan luar bandar. Industri ini membuka peluang pekerjaan kepada para remaja serta
golongan belia untuk menaik taraf kehidupan mereka. Di samping itu, golongan muda dapat mengenali seni kraf tangan
negara. Tenaga kerja sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan bagi meningkatkan kadar pengeluarannya.
Tidak dinafikan bahawa berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini. Selain itu, tenaga kerja yang
terlatih juga diperlukan bagi melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif serta mempunyai daya semangat yang tinggi.
Walau bagaimanapun, persaingan dalam industri kraf tangan amatlah sengit. Hal ini kerana, suatu produk yang dihasilkan
tidak mudah untuk mendapat tempat di hati masyarakat. Produk yang dihasilkan mestilah mempunyai nilai komersial untuk
menarik perhatian pembeli. Oleh itu, produk haruslah mempunyai kualiti agar dapat menghasilkan kraf tangan yang menarik
bukan sekadar hentam kromo sahaja kerana usaha menghasilkan kejayaan perlulah secara berterusan bak kata peribahasa
sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Oleh sebab itu, antara kebaikan mempromosikan kraf tangan ini adalah untuk
mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat..
Konklusinya, terdapat banyak kebaikan yang diperoleh dengan mempromosikan kraf tangan negara. Hal ini kerana
semua pihak tidak harus memandang sebelah mata terhadap industri kraf tangan ini. Lebih malang lagi terdapat segelintir
masyarakat yang menganggap industri kraf tangan seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh itu , marilah sama-sama kita
berganding bahu menyedarkan masyarakat yang dibuat mimpi dalam arus pemodenan dunia pada hari ini. Jelaslah bahawa
kraf tangan merupakan satu inisiatif bagi menyelamatkan ekonomi negara dan sekali gus akan tercapai hasrat Malaysia yang
ingin menjadikan negara maju menjelang Wawasan 2020. Sekiranya terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf
tangan yang diwarisi daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa biar mati
anak, jangan mati adat seharusnya dijadikan prinsip hidup masyarakat agar dapat menjayakan usaha yang suci murni ini bagi
mengekalkan industri kraf tangan yang kita warisi sejak turun temurun lagi.

Disediakan oleh Kumpulan 6 :Lee Jia Jin, Nur Afiqah, Thoo Jun Yi

MANFAAT KONSEP 1 MALAYSIA.


"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan ini menunjukkan betapa penting rakyat terhadap pencapaian
negara. Konsep 1 Malaysia merupakan satu konsep baharu yang dilancarkan di Malaysia yang telah diperkenalkan oleh
Perdana Menteri Malaysia keenam, iaitu Datuk' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Konsep ini
merupakan satu formula untuk menjayakan Wawasan 2020. Seterusnya, Konsep 1 Malaysia merupakan lanjutan daripada
usaha kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan
seumpamanya. Walau bagaimanapun, tindakan dan sokongan daripada rakyat jelata masih kurang. Pada hemat saya, konsep
ini sebenarnya mendatangkan seribu satu kemaslahatan kepada kita. Pihak kerajaan nusa kita haruslah melipatgandakan usaha
mereka untuk menekankan semangat dan kesedaran rakyat Malaysia. Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, hanya
sokongan daripada pelbagai pihak diperlukan untuk memastikan semua masyarakat mendapat manfaat daripada konsep ini.
Persoalan yang terlintas dalam kotak fikiran kita ialah apakah manfaat konsep 1 Malaysia? Terdapat banyak jawapan yang
berlegar-legar dalam benak kita.
Sebagai pembuka bicara yang pertama, faedah yang ingin dititikberatkan ialah konsep 1 Malaysia dapat mengelakkan
konflik perkauman serta menggalakkan peningkatan pencapaian. Tragedi 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam bagi negara
kerana berlaku perbalahan di antara kaum di Malaysia sehingga mengakibatkan rakyat haru-hara dan negara kucar-kacir.
Tambahan pula, setiap individu wajar menjaga sensitiviti kaum-kaum lain sama ada dari segi cara hidup, cara mengamalkan
kepercayaan, cara bertutur dan sebagainya . Hal ini kerana perkara-perkara yang melibatkan mudah berlakunya perselisihan
faham dan persengketaan. Rakyat Malaysia haruslah membantu antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, agama dan
bangsa. Hubungan antara setiap lapisan masyarakat Malaysia dapat dijalin erat dan kedamaian negara akan tercapai. Setiap
kawasan perumahan haruslah sering mengadakan Rumah Terbuka 1 Malaysia dengan mengajak setiap kaum untuk melibatkan
diri dalam aktiviti tersebut. Oleh hal yang demikian, mereka dapat mengetahui dan memahami adat-adat resam dan
kebudayaan setiap kaum. Selain itu, pemimpin haruslah bijak merancang dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada rakyat dengan sifat keadilan dan tidak kurang memenuhi tuntutan kebajikan rakyat. Tuntasnya, manfaat
konsep 1 Malaysia adalah untuk mengelakkan konflik perkauman serta menggalakkan peningkatan pencapaian.
Sehubungan dengan itu, konsep 1 Malaysia juga dapat meneyemarakkan semangat perpaduan dan persaudaraan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini adalah untuk meneruskan agenda pembangunan sesebuah negara bangsa yang berjaya.
Konsep 1 Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan perpaduan etnik dan penerusan
agenda membina negara. Kerajaan boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang 1 Malaysia bagi menyebarkan konsep 1
Malaysia. Sebagai contoh, sambutan perayaan, kempen, dan lain-lain. Rakyat Malaysia perlu aktif dalam menyertai aktiviti-
aktiviti yang berkaitan. Sewaktu bersama menjalani aktiviti tersebut, rakyat akan saling memahami antara satu sama lain.
Melalui program-program yang berikut, rakyat Malaysia dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan bangsa. Hal ini
boleh diperjelaskan umpama peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Melalui konsep 1 Malaysia juga,
rakyat akan dapat manfaat hidup dalam keadaan yang bersatu padu dan aman damai. Jelaslah bahawa antara manfaat konsep 1
Malaysia adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembangunan
sesebuah negara bangsa yang berjaya.
Seterusnya, konsep 1 Malaysia juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia. Untuk mencapai
kemajuan negara, sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh perlu diamalkan. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Konsep 1 Malaysia menuntut setiap
warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara ini
perlu berfikir tentang kaedah yang terbaik untuk melepasi sempadan kaum masing-masing. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu
memahami dan mengamalkan sikap bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara dan bukan
kepentingan sesuatu kaum sahaja. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia yang cinta akan
tanah air. Natijahnya, segala kejayaan dan kemakmuran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial perlu dinikmati secara
bersama-sama. Konsep ini juga menyarankan agar pemimpin menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan amanah
demi kepentingan rakyat. Hal ini untuk memenuhi segala keperluan serta hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama umpama
peribahasa kepimpinan melalui teladan. Tegasnya, konsep 1 Malaysia juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di
Malaysia.
Sebagai penghias bicara akhir, sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak manfaat konsep 1 Malaysia. Hal ini kerana
konsep 1 Malaysia dapat menaikkan lagi imej negara ke peringkat antarabangsa. Sesungguhnya, Konsep 1 Malaysia akan
membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang
lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada
menikmati pembangunan dan pembelaan dalam negara ini. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini
tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan
rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Oleh itu, semua lapisan
masyarakat perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menjayakan konsep 1 Malaysia agar menjadi realiti dan
bukanlah fantasi semata-mata.

Disediakan oleh Kumpulan 7 ; Loke Wei Yee, Nur Nadyah Mysarah, Voon Hao Le
Faedah-Faedah Aplikasi Internet :
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Oleh itu, pada zaman revolusi teknologi telekomunikasi
dan multimedia tanpa limitasi ini,  Internet merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi
ini. Kita mengakui hakikat bahawa saban hari penggunaan Internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di negara
kita. Tahukan anda bahawa penggunaan Internet di negara kita ibarat cendawan tumbuh selepas hujan keran pertambahan
penggunaannya amat ketara sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar. Penggunaan Internet juga
bertambah dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, WeChat,
Whatsapp dan sebagainya dalam Internet yang semakin meluas. Sesungguhnya, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara
yang paling banyak menggunakan jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan Internet juga telah sampai di
segenap desa apatala lagi selepas wujudnya teknologi '3 Generation'(3G) dan '4 Generation'(4G). Apa yang pasti, kajian telah
menunjukkan bahawa Sembilan daripada sepuluh buah rumah di negara kita menggunakan kemudahan Internet untuk pelbagai
tujuan. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan
Internet dalam kalangan masyarakat sekali gus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era teknologi maklumat kini
kerana maklumat berada di hujung jari. Persoalannya apakah faedah-faedah aplikasi Internet yang dapat kita peroleh ?
Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan Internet dalam kalangan masyarakat
kini. Sebagai pembuka bicara yang pertama, faedah yang perlu diperlihatkan melalui aplikasi Internet ialah perkembangan
terkini dapat diketahui secara mudah dalam masa yang singkat. Aplikasi Internet kini sebagai sumber informasi yang dapat
membantu kehidupan masyarakat. Hal ini kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal
telah dimuat naik dalam rangkaian Internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga mengalahkan media cetak seperti surat
khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam enjin pencarian google atau
yahoo dan segala maklumat yang diperlukan akan tertara di skrin komputer. Sebagai tamsilan, jika kita ingin mencari
maklumat berkenaan berita terkini di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir   semua akhbar telah
dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia kini dan News Strait Times. Malahan, kita
juga boleh mendapat maklumat mengenai berita terkini yang berlaku di dunia kerana dengan Internet, dunia ibarat tanpa
sempadan. Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengetahui perkembangan terkini dan kita juga akan
memperoleh berita terbaharu kerana dalam media mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan
mengetahui peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan di Jepun, serangan Israel ke atas Palestin.
Natijahnya, sekiranya kita tidak mengetahui apa-apa perkembagan terkini, kita boleh diibarat seperti katak di bawah
tempurung. Jelaslah bahawa faedah aplikasi Internet berkait rapat dengan memudahkan kita untuk mengetahui perkembangan
dunia terkini.
Seterusnya, laman sosial turut memberi ruang dan peluang untuk pengguna berkongsi suara fikiran masing-masing
bergantung kepada isu-isu semasa yang mahu diketengahkan. Hal ini dapat dilakukan sesama rakan, antara guru dan murid,
media massa dan orang awam, artis dan peminat, malah antara pemimpin dengan rakyat sebagai medan komunikasi. Dengan
adanya medium komunikasi baharu seperti aplikasi Twitter, secara tidak langsung membolehkan para peminat mengenali artis
kesayangan mereka dengan lebih dekat apabila mereka berpeluang membaca apa-apa juga komen yang ditulis oleh setiap artis.
Malah, sebagai pemimpin negara nombor satu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut gemar
melayari web sosial Facebook dan Twitter. Selain beliau, Presiden AS, Barack Obama, dan Presiden Perancis, Nicholas
Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook. Mereka ini merupakan antara jutaan manusia di seluruh dunia
yang terpanggil untuk menyertai rangkaian laman web sosial bagi berhubungan dengan orang ramai terutama rakyat Malaysia
yang ingin merapatkan jurang politik antara golongan muda dan tua. Tegasnya, dengan jaringannya yang begitu meluas
menjadikan hubungan antara insan semakin mesra, rapat dan dekat seperti diwarkan-warkan – “Rakyat Didahulukan;
Pencapaian Diutamakan”.
Namun demikian,satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah hubungan sesama manusia juga semakin meluas
dan bertambah erat. Hal ini demikian kerana penggunaan Internet dapat merapatkan hubungan silaturahim. Jaringan Internet
telah dapat merapatkan hubungan manusia dengan manusia. Hubungan silaturahim ini boleh dirapatkan dan dieratkan melalui
jaringan Internet sama ada dalam kalangan keluarga mahupun rakan dari negara luar Para pengguna Internet dapat berhubung
antara satu sama lain melalui pelbagai kaedah seperti melalui mel elektronik ,sembang melalui talian , persidangan video dan
sebagainya. Walaupun ahli keluarga kita berada  di luar negara , tetapi hubungan antara ahli keluarga masih boleh dieratkan
umpama biduk lalu kiambang bertaut dan air dicincang tidak akan putus. Hubungan antara ahli keluarga atau dengan rakan
boleh dihubungkan melalui Internet disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial seperti Facebook, WeChat, Whatsapp dan
sebagainya dalam Internet yang semakin meluas. Jelaslah bahawa internet dapat mengeratkan hubungan yang erat antara
manusia dengan internet walaupun dI luar negara.
Nahtijahnya, Internet telah mendatangkan banyak faedah kepada kita semua. Dengan demikian, pengguna hendaklah
menggunakan Internet dengan baik tetapi bukannnya menyalahgunakan internet dengan sesuka hati . Oleh itu, ibu bapa
haruslah memantau anak mereka semasa melayari Internet supaya tidak terjerumus ke dalam lembah kejahatan . Dengan ini
diharapkan, semua pihak haruslah menggembleng tanaga untuk memperbanyak Pusat Jalur Lebar terutamanya di kawasan
pedalaman supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati kebaikan Internet juga . Maka, slogan " Rakyat didahulukan ,
Percapaian diutamakan" dapat diimplimentasikan dan dilestarikan untuk malahirkan negara yang celik teknologi seiring
dengan Wawasan 2020 .

Disediakan oleh Kumpulan 8 : Siti Nur Izzati, Chan Mei Qi, Yau Yi Jun
Kebaikan Mempelajari Seni Mempertahankan Diri.
Dalam menongkah arus perdana alaf ini, seni mempertahankan diri memainkan peranan mega dalam menjalani
kehidupan seharian. Apakah yang dimaksudkan dengan seni mempertahankan diri? Menurut laman sesawang Wikipedia, seni
mempertahankan diri didefinisikan sebagai kemahiran yang dimiliki oleh seseorang dalam mempertahankan diri daripada
sebarang ancaman serta gangguan yang boleh mendatangkan bahaya kepada mangsa. Keadaan sekarang ini amat menyedihkan
kerana seni pertahanan diri telah semakin dilupakan oleh masyarakat ibarat melukat di tepi gantang. Ada yang beranggapan
bahawa seni pertahanan diri tidak releven pada zaman ini apatah lagi kehadiran arus kemodenan yang tiada sempadan.
Menurut peribahasa Melayu, adat lama pusaka usang, seni pertahanan diri ialah khazanah negara yang harus dikekalkan untuk
tatapan generasi yang akan datang. Terdapat banyak jenis seni pertahanan diri seperti, silat gayung, silambam, wushu,
taekwando, karate dan lain-lain. Apakah faedah-faedah yang akan diperoleh jika seseorang mempelajari seni pertahanan diri
dalam kehidupan ? Persoalan inilah yang akan dijawap dan dikupas secara terperinci sepanjang karangan ini.
Sebagai idea dominan bagi perkara di atas, seni pertahanan diri memberikan manfaat dari aspek kesihatan diri.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Hal ini kerana, seni pertahanan diri menyihatkan tubuh badan kita dan seterusnya
mengelakkan diri kita daripada terjebak dengan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Gerakan-
gerakan dalam seni pertahanan diri bertindak sebagai suatu senaman yang menyihatkan badan sekali gus menguatkan otot-otot
badan seseorang. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan oleh sesebuah universiti di Amerika Syarikat, dipercayai bahawa
apabila badan kita mengeluarkan peluh semasa melakukan aktiviti riadah, senaman ataupun seni pertahanan diri, toksik-toksik
berbahaya dikeluarkan daripada badan. Hal ini seterusnya mengundang kepada kita berasa lebih sihat dan bertenaga untuk
menjalankan aktiviti seharian. Bukan itu sahaja, aktiviti ini turut melancarkan peredaran darah dalam badan dan membolehkan
organ-organ dalaman seperti jantung, peparu dapat berfungsi secara efisien. Seni pertahanan diri juga diambil sebagai satu cara
untuk mengurangkan berat badan kerana aktiviti ini membakar lemak yang berlebihan yang terkandung dalam badan kita serta
menjadikan badan lebih kurus. Bertitik tolak daripada itu, apabila badan kita cergas secara tidak langsung minda kita akan
turut menjadi cerdas, bak kata peribahasa Arab otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat. Secara deduksinya,
memang tidak dapat dinafikan bahawa mempelajari seni pertahanan diri dapat menyihatkan badan.
Jika difikir dari dimensi lain, seni mempertahankan diri memberikan manfaat dalam soal mempertahankan diri
daripada sebarang ancaman khususnya kepada golongan wanita. Dalam konteks ini, ramai wanita sekarang keluar rumah atau
berjalan secara bersendirian di jalan raya pada malam yang gelap. Disebabkan oleh golongan wanita merupakan golongan
yang lemah, alasan ini digunakan oleh penjenayah untuk melakukan jenayah seperti mencuri, merogol, menculik dan
sebagainya. Apabila seseorang wanita mempelajari seni pertahanan diri, mereka dapat mempertahankan diri dengan
menggunakan segala kemahiran yang dipelajari dalam seni pertahanan diri. Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes jenayah yang
menyebabkan kehilangan harta mahupun nyawa semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kes-kes
jenayah tersebut banyak berlaku dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. Kes-kes tersebut telah menjadi perkara yang izhar
dan menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya masyarakat. Secara tidak langsung, kemahiran seni pertahanan
diri yang dimiliki seperti silat dan taekwando dapat digunakan untuk membantu orang lain ketika mereka memerlukan
pertolongan pada saat-saat kecemasan. Jelaslah bahawa dengan mempelajari seni pertahanan diri, seseorang akan dapat
mempertahankan diri daripada segala ancaman penjenayah yang tidak diingini kerana malang tidak berbau.
Umum juga mengetahui bahawa seni mempertahan diri dapat membolehkan seseorang mengisi masa lapang dengan
lebih berfaedah. Hal ini kerana berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan
bahawa penglibatan remaja dalam gejala sosial berada pada tahap yang amat membimbangkan. Selain daripada itu, punca ibu
bapa yang tidak prihatin terhadap anak-anak remaja inilah menyebabkan mereka terlibat dalam gejala sosial. Kebanyakan
remaja kini membazirkan masa mereka dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat beli belah,
vandalisme, gangsterisme, menagih dadah, bermain permainan komputer dan lain-lain lagi. Sekiranya, remaja menyertai seni
pertahanan diri mereka akan mengisi masa lapang dengan lebih berguna dan berfaedah. Hal ini secara tidak langsung
mengelakkan mereka agar tidak akan mudah terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Hal ini boleh diperjelaskan melalui
peribahasa masa itu emas kerana masa mereka diisi dengan perkara yang berfaedah seperti latihan seni mempertahankan diri.
Seni pertahanan diri juga menekankan konsep disiplin diri yang tinggi kepada mereka yang terlibat kerana aktiviti ini amat
mementingkan pematuhan peraturan dan pematuhan masa dalam diri pesertanya. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa seni
mempertahankan diri membantu seseorang individu dalam mengatur masa dengan lebih bijak.Tegasnya, antara kebaikan seni
mempertahankan diri adalah untuk mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah.
Intihanya, kita boleh memperoleh banyak kebaikan dengan mempelajari seni pertahanan diri. Jadi, kita tidak
seharusnya beranggapan bahawa seni pertahanan diri tidak lagi sesuai dengan arus pembangunan kini dan mengabaikannya.
Hal ini turut disebabkan oleh seni pertahanan diri merupakan warisan budaya yang tidak ternilai harga dan sepatutnya
dikekalkan oleh masyarakat. Dengan itu, kita perlulah menggalas tanggungjawab dalam memastikan aktiviti tersebut tidak
pupus seperti bak kata peribahasa, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sebagai idea cadangan, ibu bapa haruslah
menggalakan anak-anak mereka untuk terlibat dalam seni pertahanan diri agar aktiviti ini dapat memberikan banyak manfaat
kepada mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga haruslah mengadakan kempen yang berkaitan dengan seni pertahanan diri
untuk merealisasikan dan mengubah fikiran masyarakat terhadap aktiviti tersebut. Pihak media massa seperti televisyen, radio
dan surat khabar haruslah menyiarkan kepentingan tentang mempelajari seni pertahanan diri dalam bentuk ilustrasi. Sekiranya
semua pihak dapat menyumbangkan kerjasama, sudah pasti keindahan seni pertananan diri dapat dipelihara kerana bak kata
mutiara bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Disediakan oleh Kumpulan 9 : Levandiren, Cheh Qi Zuen, Murali


Arahan soalan : Sekolah anda telah mengadakan Minggu Keceriaan Sekolah. Sebagai setiausaha Kelab
Keceriaan Sekolah, anda telah diminta menulis laporan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
Minggu Keceriaan tersebut. Tulis laporan anda selengkapnya.

Laporan Minggu Keceriaan Sekolah

Pada hari Rabu bersamaan dengan 9 Ogos 2016, Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Damai Jaya telah mengadakan Minggu Keceriaan Sekolah di peringkat sekolah
SMK Damai Jaya. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang Minggu Keceriaan Sekolah tersebut. Seramai
40 orang ahli Kelab Keceriaan Sekolah telah menyertai program ini dengan diiringi oleh empat orang guru
penasihat yang diketuai oleh Tuan Haji Alimudin bin Majid. Pihak sekolah juga telah menjemput seramai 20
orang ibu bapa untuk turut serta dalam program tersebut.

Tujuan diadakan Minggu Keceriaan Sekolah ini adalah untuk menjalankan aktiviti - aktiviti
membersihkan dan menceriakan sekolah supaya pelajar dapat belajar di tempat yang selesa dan bersih .
Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga boleh menjalinkan hubungan antara pelajar , ibu bapa serta pihak sekolah.
Hal ini adalah kerana komunikasi dan sifat bekerjasama akan wujud apabila setiap individu menjalankan
aktiviti tersebut . Situasi ini boleh diperjelaskan melalui peribahasa sambil menyelam minum air . Aktiviti
yang dijalankan pada hari pertama ialah program gotong-royong mega . Program ini turut disertai oleh ahli
kelab dan ibu bapa mereka. Peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan
tugasan-tusan tertentu.Antara tugasan yang diberikan adalah seperti mengecat bilik gerakan, membersihakan
tingkap dan kipas, mengemop lantai dan sebagainya. Setiap kumpulan telah melaksanakan tugas masing-
masing dengan cemerlang sekali. Sebagai analoginya , beberapa ibu bapa menyumbang tenaga untuk
mengecat dinding bilik gerakan dan beberapa orang pelajar diaarahkan membersihkan longkang . Tegasnya ,
antara aktiviti yag dijalankan sepanjang minggu ialah program gotong-royong mega. .

Selain itu ,aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti menghias papan kenyataan kelab di bilik gerakan.
Setiap ahli menyertai aktiviti tersebut. Pelajar dan guru bersama-sama menghias dan membersihkan papan
kenyataan. Hal ini bak kata peribahasa Melayu ,bersatu teguh,bercerai roboh. Ahli jawatankuasa diberikan
masa untuk membeli barang hiasan dan menghias papan kenyataan tersebut. Sebagai contoh, kertas warna,
reben, sticker dan lain-lain. Setiap ahli juga menyediakan bahan ilmuan seperti berita dunia, maklumat
terkini, maklumat sejarah carta organisasi, peraturan bilik gerakan dan sebagainya. Kesemua bahan-bahan
ini telah ditampalkan di papan kenyataan bilik gerakan. Usaha murni ini telah mendapat penghargaan oleh
pengetua semasa perhimpunan. Ahli kelab sangat gembira semasa penghargaan tersebut diumumkan di tapak
perhimpunan. Selain itu, aktiiti yang ialah pertandingan syarahan,mencipta slogan,dan melukis poster.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memupuk minat murid-murid dalam aktiviti koakademik di
samping mencari bakat terpendam dalam kalangan murid. Pelbagai bakat dan hasil karya poster yang
menarik telah dipamerkan oleh murid-murid. Beberapa orang murid yang berbakat dalam bidang
pengucapan awam menyertai aktiviti syarahan yang telah dijalankan Aktiviti syarahan ini diadakan di bilik
tayang dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pemenang dalam acara syarahan ini telah
dianugerahkan hadiah yang menarik sebagai dorongan dan galakkan untuk menyertai pertandingan yang
bakal diadakan pada tahun hadapan .

Aktiviti yang seterusnya,ialah lawatan sambil belajar ke Bandaraya Melaka Bersejarah. Ahli
rombongan kami terdiri daripada 40 orang murid dan diiringi oleh empat orang guru penasihat kelab. Tujuan
lawatan ini untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid berkaitan tempat-tempat bersejarah. Kami
bertolak pada pukul 7.00 pagi. Kemudian, kamiberhenti sebentar di Hentian Machap untuk bersarapan pagi.
Kami meneruskan perjalanan dan tiba di Bandar Hilir, Melaka pada pukul 11.00 pagi. Tempat pertama yang
kami lawati ilah Tugu A Farmosa. Kami melihat tinggalan sejarah di Laman Penjajahan Portugis di Melaka
dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan
peluang untuk membeli cenderamata di situ sebagai kenangan. Selepas itu, kami dapat menaiki Menara
Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka dari ketinggian beberapa kaki ke
bawah. Kemudian, kami dibawa oleh guru menaiki rivers cruise menyusuri selat Melaka. Pemandangan
sepanjang Selat Melaka itu amat menarik dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kami. Guru-
guru pengiring kemudiannya membawa kami makan tengah hari dan bersolat. Kemudian, murid-murid juga
dibenarkan melawat sebuah pusat beli-belah berdekatan di Bandar Hilir itu. Ramai murid dan guru
mengambil kesempatan untuk mencuci mata dan membeli cenderamata di situ. Selapas itu, kami bertolak
balik pada pukul 4.30 petang. Kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk bersembahyang zohor dan
membeli cemil-cemilan untuk dimakan di dalam bas. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di Hentian
Pagoh untuk bersolat maghrib dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 9.00 malam. Kami
berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut.

Pada hari terakhir Minggu Keceriaan Sekolah, kelab Kecerian Sekolah telah mengadakan majlis
perpisahan untuk ahli-ahli kelab tingkatan 5 di dewan sekolah. Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk
memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli tingkatan 5 yang telah memberi
sumbangan kepada kelab ini sepanjang tahun. Majlis tersebut bermula pada pukul 11.15 pagi dan bersurai
pada pukul 5.00 petang. Kelab Keceriaan Sekolah telah menjemput Tuan Pengetua, Encik Zainuddin bin
Kusnin untuk memberi ucapan sebagai permulaan majlis tersebut. Selepas ucapan Tuan Pengetua, Ketua
Guru Penasihat, Pn. Zaminah pula diminta memberikan ucapan. Perasaan sebak mula menyelubungi pelajar-
pelajar apabila Puan Melati memberikan kata-kata dorongan dan semangat untu murid-murid tingkatan 5
tersebut. Ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 5 telah diberi penghargaan
berbentuk sijil dan cenderamata oleh kelab. Selepas iti, ahli-ahli menjamu selera juadah yang disediakan
oleh ahli-ahli jawatankuasa tingkatan 4. Mereka menjamu selera sambil menghayati tayangan video yang
disediakan oleh ahli tingkatan 3 dengan gelak ketawa. Pelbagai persembahan juga telah dijalankan dengan
lancar seperti drama, nyayian dan tarian bagi memeriahkan lagi suasana majlis. Selepas itu, ahli-ahli
tingkatan 5 berkumpul dalam segelintir untuk membaca autograf yang ditulis oleh junior. Pelbagai
permainan yang seronok telah dijalankan dapat memupuk semangat bekerjasama antara ahli-ahli. Sebelum
majlis berakhiran, ahli-ahli kelab telah mengambil foto sebagai kenang-kenangan.

Program ini memang besar maknanya kepada semua ahli kerana memberikan kesan yang besar
dalam usaha menjadikan mereka lebih bertanggungjawab dan berwawasan. Semua ahli berharap agar kelab
keceriaan sekolah akan dapat mengadakan aktiviti menarik yang serupa pada tahun-tahun akan datang
kerana banyak aktiviti-aktiviti lain yang tidak sempat kami jalankan lagi kerana kesuntukan masa. Namun
begitu, setiap ahli mengharapkan usaha dan daya kreativiti ini akan berterusan.

Laporan disediakan oleh , 12 OGOS 2016

Ching

(Ching Gim Sheng)


Setiausaha Kelab Keceriaan Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya.

Disediakan oleh Kumpulan 1 : Ching Gim Sheng, Mohd Nabil, Chua Chooi Fong, Foo Zi Ying, Mohd Amirul,
Dee Wen Hao
Arahan soalan : Suatu kejadian tanah runtuh telah berlaku di tempat anada. Selaku penulis rencana akhbar di
sebuah syarikat penerbitan, anda telah ditugaskan untuk menulis rencana tentang kejadian tersebut. Tulis rencana
tersebut selengkapnya.

Kejadian Tanah Runtuh


Oleh:Lam Zeng Yu

Pada era globalisasi ini, isu tanah runtuh kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media
elektronik. Isu tanah runtuh ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di
jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapakan perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Kejadian tanah
runtuh merupakan sejenis malapetaka yang tidak boleh dipandang rendah kerana bencana ini sering dan mudah
berlaku sama ada disebabkan oleh hujan lebat di kawasan yang berhampiri dengan bukit yang tidak mempunyai
pokok ataupun faktor-faktor yang lain. Hal ini adalah kerana tiada akar pokok yang boleh memegang tanah dan
tanah akan menjadi longgar. Baru-baru ini telah berlakunya satu kejadian tanah runtuh yang dianggap sebagai satu
kejadian yang amat serius. Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat ini terjadi pada 12 Oktober 2016 di sebuah premis
di Batu 14 Jalan Cheras, Hulu Langat,Selangor, Malaysia.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi ketika penduduk masih tidur. Menurut seorang mangsa yang telah
diselamatkan dari kawasan kejadian, kejadian tersebut telah memusnahkan rumahnya dan mengejutkan keluarganya
daripada tidur. Berdasarkan pemeriksaan awal yang diumumkan oleh unit siasatan Jabatan Pertahanan Awam
(JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada hujan lebat selama
enam jam tanpa henti iaitu daripada pukul 10.00 malam 12 Oktober 2016 hingga pukul 4.00 pagi 13 Oktober 2016.
Disebabkan oleh kejadian tersebut berlaku pada waktu malam ketika penduduk masih tidur, kebanyakan penduduk
tidak mengetahui tentang berlakunya kejadian tanah runtuh ini dan hanya beberapa orang bangun daripada tidur
tepat pada masanya apabila mereka dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Hujan yang lebat tanpa henti
telah menyebabkan tanah di kawasan tinggi menjadi longgar dan seterusnya menyebabkan kejadian tersebut. Selain
itu, unit siasatan juga mendapati bahawa sistem pencegahan di kawasan kejadian tidak lengkap dan sebahagian
daripada sistem pencegahan bencananya yang lama juga tidak dapat berfungsi lagi.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh unit siasatan tentang kejadian tanah runtuh ini, kerja untuk
menyelamatkan mangsa telah dilakukan oleh pihak penyelamat dan bilangan keseluruhan mangsa dalam kejadian ini
masih belum diketahui. Kebanyakan penduduk berada di rumah semasa kejadian tanah runtuh itu berlaku.
Malangnya,hanya sebilangan kecil daripada penduduk berjaya menyelamatkan diri daripada kejadian tersebut.
Sebilangan besar penduduk tidak menjangka tentang kejadian ini dan tidak dapat lari dari rumah mereka kerana
kejadian ini berlaku secara tiba-tiba. Keadaan di tempat kejadian menjadi semakin buruk, kebanyakan penduduk
masih tidak boleh menerima akibat daripada kejadian tersebut. Banyak rumah telah musnah akibat kejadian tanah
runtuh ini. Sesetengah penduduk yang telah diselamatkan meminta bantuan daripada pasukan penyelamat untuk
menyelamatkan ahli keluarga mereka. Hal ini kerana mereka berasa cemas dan bimbang tentang ahli keluarga
mereka yang masih belum dijumpai.

Kita seharusnya memberikan pujian yang tinggi kepada pasukan bomba dan penyelamat yang telah memberikan
pelbagai bantuan kepada para penduduk yang mengalami masalah dalam bencana yang amat serius ini. Semasa
kejadian tanah runtuh ini berlaku, terdapat sebilangan kecil penduduk yang tidak terlibat dalam bencana ini telah
bertindak dengan segera untuk menyelamatkan penduduk yang lain. Selain itu, terdapat juga orang yang
berhampiran dengan tempat kejadian tersebut mengambil inisiatif untuk menjadi penyelamat bagi mangsa-mangsa
bencana. Para penyelamat telah memberikan banyak bantuan kepada mangsa semasa berada di tempat kejadian
tersebut. Sebagai contoh,penduduk yang tercedera telah diberi rawatan kecemasan dan luka mereka telah dibalut
oleh orang yang berpengalaman. Pasukan bomba juga membawa jentera dan peralatan untuk menyelamatkan
mangsa. Mereka berusaha menggerakkan benda yang menghalang kerja menyelamat seperti tanah dan batu bata
untuk menyelamatkan penduduk yang berada di dalam timbunan tanah bagi tujuan untuk memudahkan proses
menyelamat. Menurut maklumat yang telah diberikan, sejumlah 12 orang mangsa berjaya dikeluarkan sepanjang
kerja menyelamat dilakukan.

Semasa kerja menyelamat di tempat kejadian tanah runtuh dijalankan, kakitangan ambulans juga datang untuk
membantu mangsa dalam kejadian ini. Hampir semua mangsa yang berjaya dikeluarkan cedera dan mereka telah
dibawa ke hospital dengan ambulans. Keadaan ini menjadi semakin serius. Orang ramai juga banyak membantu
dengan memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa apabila mengetahui tentang kejadian ini. Hal ini demikian
kerana mereka berasa simpati terhadap mangsa. Antara contoh bantuan yang telah diberikan oleh orang ramai ialah
bantuan kewangan kepada mangsa yang mengalami bencana dan kemusnahan harta benda. Bantuan kewangan yang
diberi kepada mangsa ini boleh digunakan untuk membina semula kehidupan para mangsa. Tempat perlindungan
sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa untuk membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal. Pihak
bomba dan pasukan penyelamat telah memberi nasihat kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan
kejadian kerana ini adalah sangat bahaya.

Sebagaimana yang kita ketahui, tanah runtuh merupakan satu malapetaka yang memberi impak yang berbahaya
kepada manusia dan hidupan lain. Tanah runtuh bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk
malah boleh menyebabkan maut. Ekonomi negara juga akan merosot akibat daripada kejadian ini. Hal ini demikian
kerana jutaan ringgit diperlukan bagi proses membaik pulih kerosakan akibat tanah runtuh. Sebagai analoginya,
terdapat dua faktor berlaku tanah runtuh iaitu faktor alam dan faktor manusia. Oleh itu, segala kerosakan yang
berlaku sama ada di laut mahupun di daratan adalah akibat daripada perbuatan tangan manusia sendiri. Alam ini
bukan diwarisi daripada nenek moyang tetapi dipinjam daripada generasi akan datang. Dengan ini diharapkan, kita
sebagai rakyat Malaysia, haruslah mengamalkan amalan sediakan payung sebelum hujan bagi mengelakkan lagi
banyak nyawa terkorban. Semua pihak juga hendaklah bekerjasama umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni dengan memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan bagi meringankan kesengsaraan
mereka.

Akhir kata, kejadian tanah runtuh ini telah membawa banyak kesan kepada penduduk di tempat kejadian dan
juga beberapa kesan buruk kepada negara. Kerja menyelamat sukar untuk dijalankan kerana kejadian ini merupa satu
kejadian besar. Kebanyakan mangsa telah dikeluarkan tetapi terdapat beberapa orang penduduk yang masih belum
dijumpai oleh pihak bomba dan pasukan penyelamat. Walau bagaimanapun, para penyelamat tidak akan berputus
asa untuk melakukan kerja menyelamat dan kerja-kerja akan diteruskan sehingga kesemua mangsa berjaya
dikeluarkan atau dijumpai. Semua mangsa dalam kejadian ini seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan
ataupun masyarakat kerana mereka akan diberi bantuan yang secukupnya. Contohnya, pihak berkuasa akan memberi
beberapa jenis bantuan dalam pembinaan rumah. Semua mangsa diyakini boleh kembali semula kepada kehidupan
biasa dalam masa yang sesuai. Dengan ini diharapkan manusia hendaklah mempunyai kesedaran tentang isu alam
sekitar yang semakin serius agar tidak akan berlaku lagi bencana yang besar seperti kejadian tanah runtuh ini.

Disediakan oleh Kumpulan 2 : Lam Zheng Yu,Fatin Shafikah,Haress,Heng Xi Yi, Muhammad Haider,
Khor Pei Ying
Arahan Soalan : Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah anda telah menganjurkan Hari Keluarga.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program itu berlangsung. Gambarkan keadaan dan suasana
sepanjang program tersebut.

Pada hujung minggu yang lalu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan
Damai Jaya (SMKDJ) telah mengajurkan Hari Keluarga di sekolah. Program ini bertujuan untuk
merapatkan hubungan silaturahim antara guru, ibu bapa dan murid-murid. Program ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa. Sejak awal pagi lagi,
murid-murid, guru-guru dan para ibu bapa yang hadir sudah mula berkumpul di dataran sekolah pada
pukul 7.30 pagi. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan antaranya ialah acara
membasuh kereta, pertandingan menganyam ketupat untuk murid, mengukur kelapa, sukaneka, jualan
gerai dan sebagainya.

Tepat pada 8.00 pagi, upacara perasmian diadakan. Para tetamu yang hadir mengambil tempat.
Pengerusi majlis yang terdiri daripada murid sekolah telah memulakan majlis dengan rasminya. Bacaan
doa telah dibacakan oleh salah seorang pengawas sekolah. Kemudian, majlis perasmian diikuti dengan
nyayian lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, iaitu Zainudin bin Kusnin. Beliau telah
memulakan majlis tersebut dengan ucapan alu-aluan kepada semua hadir dan mengucapkan tahniah
kepada semua ahli jawatankuasa penganjur yang telah berjaya menjalankan aktiviti hari keluarga ini.
Ucapan yang seterusnya telah disampaikan pula oleh Yang Dipertua PIBG sekolah iaitu Encik Shamsul
Bahari bin Hasyim. Beliau turut memuji usaha murni yang dilakukan oleh pihak sekolah dan PIBG ini.
Seterusnya, ucapan perasmian hari keluarga SMKDJ telah dijalankan oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Johor Bahru, Yang Berbahagia Tuan Haji Helmi bin Ahmad. Dalam ucapan perasmian itu, beliau
berharap agar aktiviti hari keluarga ini dapat membuka peluang kepada yang hadir untuk berkenal-
kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Hal ini kerana selama ini, kesibukan bekerja telah
membataskan masa untuk murid-murid, guru-guru dan ibu bapa semua bertegur sapa dan berbual-bual
dengan lebih mesra. .Beliau juga memuji usaha PIBG SMKDJ dan berharap agar aktiviti ini akan
diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Upacara perasmian tersebut dimeriahkan dengan paluan
kompang daripada ahli-ahli kelab kompang sekolah. Sejurus kemudian, majlis diikuti dengan
persembahan nyayian daripada kaum ibu dan guru-guru perempuan. Mereka mendendangkan
lagu"Getaran Jiwa"yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Para hadirin yang hadir amat
teruja dan terhibur dengan persembahan tersebut. Semua hadirin memberikan tepukan yang gemuruh
setelah persembahan tamat. Semua hadirin berasa sangat terhibur dengan persembahan itu.

Bersempena dengan sambutan hari keluarga yang julang-julang kali diadakan itu, para ahli PIBG
sekolah telah mengaturkan beberapa aktiviti dan permainan yang tentunya menyeronokkan dan sesuai
untuk setiap peringkat usia. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah sukaneka, pertandingan menganyam
ketupat untuk pelajar dan lakonan spontan keluarga. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam acra
mengayam ketupat menunjukkan bakat mereka menganyam ketupat iaitu sejenis makanan tradisi
masyarakat Melayu apabila menyambut perayaan hari raya. Yang menjadikan pertandingan ini lebih
menarik ialah pertandingan menganyam ketupat ini turut disertai oleh murid-murid bukan Melayu. Gelak
ketawa berderai apabila terdapat murid-murid yang kurang mahir mengambil bahagian. Mereka dibantu
oleh ibu bapa mereka secara spontan sehingga melahirkan suasana riuh yang penuh dengan gelak ketawa.
Tidak kurang juga acara mengukur kelapa yang disertai oleh kaum bapa menarik perhatian para hadirin
sehingga menggeletek hati. Pelbagai aksi yang ditunjukkan kaum bapa dalam acara ini untuk
mendapatkan kemenangan. Sementara itu, di padang aktiviti sukaneka seperti bola sepak, bola baling,
bola jaring turut diadakan serentak. Acara-acara padang ini juga turut mendapat sambutan yang
menggalakkan dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa.

Seterusnya, acara membasuh kereta juga tidak kurang menarik perhatian para pengunjung. Gabungan
murid-murid lelaki dan guru-guru lelaki telah membuat aktiviti ini bersama-sama. Mereka telah
menunjukkan bakat membasuh kereta dengan teliti supaya kereta yang dibasuh kelihatan bersih dan
cantik. Bayaran dikenakan kepada mana-mana pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan
tersebut. Manakala, murid-murid perempuan,guru-guru wanita pula menolong mengutip dana untuk
tabung sekolah supaya boleh menceriakan sekolah. Dengan bantuan tabung dana ini, sekolah kita akan
menjadi lebih ceria dan cantik. Hal ini juga dapat sifat bekerjasama dalam kalangan pelajar. Akhirnya,
aktiviti ini berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM758.00. Di samping itu, jualan-jualan gerai juga
mendapat perhatian dalam kalangan pengunjung. Banyak gerai yang menjual makanan. Namun begitu,
terdapat juga gerai yang menjual barangan keperluan dengan harga yang berpatutan, gerai yang menjual
barangan kesihatan, pakaian dan sebagainya.

Selain daripada itu, terdapat juga acara kemuncak yang telah dijalankan pada hari tersebut iaitu
pertandingan tarik tali antara kumpulan guru lelaki dengan kumpulan bapa. Pertandingan ini tekah
dijalankan dengan riuh-rendah sekali. Semasa pertandingan itu berlangsung, para penonton bersorak
dengan kuat untuk memberi sokongan kepada para pemain. Terdapat juga kaum ibu yang bersorak
memberikan galakan kepada suami-suami mereka yang sedang menarik dengan besungguh-sungguh.
Tambahan pula, terdapat ramai pelajar bertepuk tangan dengan kuat di tepi padang untuk memberi
sokongan kepada guru-guru yang disayangi oleh mereka. Setelah pertandingan tersebut tamat, semua
guru dan bapa yang mengamblil bahagian dalam acara tarik tali telah berasa letih. Pertandingan itu telah
dimenangi oleh kumpulan kaum bapa. Hadiah yang ditawarkan bagi acara ini juga agak lumayan. Para
bapa tersenyum girang. Manakala, para guru tidak dilupa, mereka juga mendapat hadiah yang tidak
kurang hebatnya.

Kira-kira pukul 1.00 tengah hari, semua hadirin diminta berkumpul di dewan untuk acara yang akhir.
Acara penyampaian hadiah untuk menutup program tersebut. Semua pemenang telah menerima hadiah.
Selepas itu, semua ibu bapa, guru-guru dan murid-murid pulang dengan perasaan gembira dan puas hati.
Program hari ini telah menghiburkan dan mencapai objektifnya. Semua pihak berharap agar aktiviti
seperti ini akan diadakan lagi pada tahun -tahun yang akan datang.

Disediakan oleh Kumpulan 3 : Thoo Jun Ji, Ong Yik Hern, Kok Zheng Yu, Maisarah, Nur Afiqah
dan Lee Jia Jin
Peribahasa “genggam bara api biar sampai jadi arang” bermaksud untuk mencapai kejayaan dalam
hidup, kita hendaklah sanggup mengalami kepayahan. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis
sebuah cerpen yang menggambarkan kepayahan seseorang sebelum dia berjaya.

Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang bermaksud untuk mencapai kejayaan dalam
hidup, kita hendaklah sanggup mengalami kepayahan. Peribahasa tersebut dapat dikaitkan dengan
peristiwa yang dilalui oleh Nasri. Peguam Nasri sedang menikmati kopi hasil tangan isterinya sambil
menghirup udara segar di persekitaran rumah dan menikmati pemandangan yang cantik , riak wajah beliau
berubah. Bukan kerana rasa kopinya yang sedikit pahit, tetapi fikiran peguam Nasri terganggu. Dalam
ketenangannya merehatkan diri, dia terbayang akan wajah ibu dan adik-adiknya yang tinggal di kampung.
Pada saat ini, perasaan rindu yang membuak-buak membuatkan hatinya memberontak ingin pulang ke
kampung untuk menziarahi mereka. Bagi peguam Nasri, ibu dan adik-adiknya merupakan kurniaan Tuhan
yang paling bermakna buat dirinya dan tiada yang lebih penting selain daripada keluarga.

Sedang peguam Nasri terbayang akan keluarganya di kampung, dia teringat akan peristiwa lalu.
Pada tahun 1981, ketika umurnya 17 tahun, dia akan menduduki peperiksaan SPM. Pekerjaan bapanya
hanyalah sebagai pemandu lori. Oleh sebab itu, dia dan keluarganya hidup dalam kehidupan yang
sederhana dan serba kekurangan. Bapanya perlu menanggung perbelanjaannya dan adik-beradik yang lain.
Oleh itu, sukar untuk dia membeli peralatan sekolah dan buku rujukan untuk mengulang kaji pelajarannya.
Walau bagaimanapun, peguam Nasri tetap tidak lemah semangat disebabkan oleh Cikgu Zakaria dan
rakannya, Melissa banyak memberikan dorongan kepadanya. Kata mereka, walaupun kehidupan kita
miskin, pelajaran hendaklah diteruskan. Oleh itu barulah kita akan memperoleh kejayaan serta dapat
membuatkan kedua-dua ibu bapa kita gembira.

Peguam Nasri belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM. Dia ingin mencapai kejayaan pada masa akan datang. Hal ini kerana, kehidupan
keluarganya yang miskin akan berubah jika dia berjaya. Dia sangat fokus terhadap pelajaran dan sentiasa
menyiapkan kerja sekolah. Dia sentiasa mencatat nota semasa cikgu mengajar supaya mudah difahami dan
senang mengulang kaji sebelum peperiksaan. Apabila dia mempunyai sebarang masalah, dia akan bertanya
cikgu sehingga faham. Dia turut membantu ibu dan bapanya di rumah walaupun sibuk dengan membuat
persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM.

Malangnya,,keadaan keluarganya bertambah susah apabila ayahnya terlantar di rumah kerana sakit.
Ayahnya telah disahkan mengidap penyakit kanser terminal. Hal ini membawa keperitan dan kesusahan
kepada mereka. Maka, ibu Nasri dibasuh dengan air mata setiap malam. Peguam Nasri teragak-agak kerana
tiada cara untuk menyejukkan hati ibu. Ibunya bermandi peluh memerah keringat dengan menjual kuih dan
nasi lemak. Nasi lemak dan kuih tersebut diperbuat oleh ibunya sendiri untuk menyara keluarga.
Kehidupan mereka diibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun keadaan keluarga
Peguam Nasri pada masa itu sangat susah. Peguam Nasri tetap meneruskan pelajaran. Hal ini tidak
mematahkan semangatnya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan
ibu bapanya. Dia juga belajar sambil bekerja bagai menyelam minum air supaya dapat meringankan beban
ibu. Nasibnya sangat baik, pembelajarannya tidak terganggu. Dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa
memberi tumpuan yang lebih kepada pelajaran. Namun, malang tidak berbau, ajal menjemput ayahnya
ketika peperiksaan hampir tiba. Keadaan ketika itu sungguh menyedihkan bagai anak ayam kehilangan ibu.
Namun begitu, Peguam Nasri tetap bersikap tabah dan reda menghadapi segala dugaan dan cabaran.

Peperiksaan telah menjelang, namun dengan sikap pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air,
Peguam Nasri telah melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini. Disebabkan Peguam Nasri
mengulang kaji pelajarannya setiap hari, dia dapat menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yakin.
Anggota keluarganya tidak bimbang dan risau untuk Peguam Nasri. Sementara menunggu keputusan SPM
diumumkan, Peguam Nasri telah membuka gerai burger secara kecil-kecilan. Fikiran Peguam Nasri
memanglah matang berbanding dengan remaja yang tidak mampu membezakan yang mana intan dan yang
mana kaca. Setelah menunggu beberapa bulan, keputusan SPM telah diumumkan. Peguam Nasri
memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke
luar negara. Anugerah ini telah meringankan seribu beban anggota keluarganya. Ibunya bersyukur terhadap
Tuhan kerana mempunyai anak yang cerdik dan bertanggungjawab. Peguam Nasri telah memilih jurusan
undang-undang kerana dia ingin menjadi peguam sejak kecil lagi.
Secara kesimpulannya, kita hendaklah mengamalkan sikap gigih dan tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan seperti Peguam Nasri. Walaupun Peguam Nasri sering berhadapan dengan
cabaran dan rintangan yang dihadapinya, tetapi dia masih mempunyai pegangan agama yang kuat. Orang
tua-tua pernah berkata di mana kemahuan, di situ ada jalan. Tiba-tiba Peguam Nasri tersedar dari
lamunannya yang panjang, dia berhasrat untuk pulang ke kampung hujung minggu nanti bagi menziarahi
keluarganya. Hal ini kerana dia tidak pernah lupa akan ibu dan adik-adiknya yang masih tinggal di
kampung. Dia juga sentiasa menasihati anak-anaknya agar mengikut jejak langkahnya. Walaupun Peguam
Nasri telah mencapai kejayaan, tetapi dia tidak melupakan akan jasa ibu dan ayahnya dan tidak akan
bersikap umpama kacang lupakan kulit. Dia sentiasa mengingati dugaan hidupnya sebelum berjaya dan
berharap agar kejayaannya menjadi inspirasi kepada adik-adiknya dan anak-anaknya.Hai ini bersesuaian
dengan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.

Disediakan oleh Kumpulan 4 : Yau Yi Jun, Loke Wei Yee, Voon Hao Le, Chan Mei Qi dan Nadya
Maisarah
Soalan : Anda merupakan salah seorang peminat novel. Anda merasakan bahawa minat membaca boleh
membantu anda menambah ilmu pengetahuan. Ulaskan sebuah novel yang telah anda baca dengan
selengkapnya.

Budaya membaca dalam kalangan rakyat negara kita amatlah rendah. Pelbagai usaha telah dijalankan
oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan budaya membaca. Menurut kajian yang telah dilakukan, secara
purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam tempoh setahun. Hal sebegini tidak
seharusnya berlaku kerana amalan membaca mendatangkan banyak faedah dalam kehidupan kita.
Rakyat Malaysia perlu membuka minda dengan memperbanyakkan amalan membaca untuk menambah
pengetahuan am. Hanya dengan membaca seseorang itu dapat meningkatkan tahap penguasaan sesuatu
ilmu yang diperolehnya. Persoalannya, adakah anda salah seorang ulat buku ? Rakyat Malaysia harus
sedar bahawa amalan membaca memberi kita terlalu banyak faedah. Hal ini boleh diperjelaskan lagi
melalui peribahasa membaca itu jambatan ilmu. Oleh sebab itu, saya ingin mempromosikan sebuah
novel yang pernah saya baca iaitu Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Berikut ialah ulasan tentang
novel yang saya baca itu.

Tema yang terdapat dalam Novel Di Sebalik Dihara ialah persaingan antara golongan saintis
sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan. Persaingan antara golongan saintis untuk
membuktikan kehebatan masing-masing dalam bidang teknologi dan kajian mereka boleh dibuktikan
melalui pengolahan plotnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila pada awalnya, watak Karl dapat menerima
Medina atau Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya tetapi apabila dia Karl rasa tercabar dengan
kehebatan Medina, dia membuat rancangan sulit untuk melenyapkan Medina. Lebih malang lagi, Karl
telah menjadikan Medina pula sebagai bahan uji sehingga akhirnya dia menjadi hampir gila. Walaupun
Medina dikatakan gila, dia berjaya melarikan diri dari kekejaman Karl. Namun, Medina menyimpan
hasrat untuk meneruskan dendamnya bagi menjatuhkan Karl. Medina meneruskan ciptaan sainsnya.
Menerusi ciptaanya itu , Medina telah berjaya mencipta virus untuk dihantar ke dalam sistem komputer
kajian teknologi Karl iaitu Sistem Dinara. Selain itu, tema novel ini juga menyentuh tentang ketaksuban
golongan saintis terhadap dunia sains dan teknologi sehingga menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan.
Hal ini boleh dibuktikan melalui watak Karl yang sanggup melakukan kekejaman terhadap ahli
keluarganya sendiri seperti tindakannya yang kejam dengan menanam mikcocip ke dalam tubuh
anaknya sendiri iaitu Farisha sejak Farisha masih bayi lagi.

Seterusnya, pengarang novel telah menggarap banyak persoalan tersurat dan tersirat didalam
novel ini. Hal ini bertujuan untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca novel tersebut.
Antaranya ialah persoalan kasih sayang seorang ibu kandung terhadap anak kandungnya. Medina yang
merupakan ibu kandung kepada Farisha telah mengarahkan pembantunya iaitu Amin dan Farid untuk
menculik Farisha . Hal ini kerana Medina teringin benar untuk melihat anaknya yang terpisah selama 20
tahun. Medina terpaksa bertindak sedemikian rupa untuk menyelamatkan nasib anaknya Farisha yang
telah dikejami oleh bapa kandungnya sendiri. Medina juga ingin menbongkar rahsia tentang bapa
kandung Farisha yang sudah sekian lama terpendam itu. Bukan itu sahaja, terdapat juga persoalan
kecanggihan peralatan dalam bidang sains dan teknologi. Makmal Soft Lab (M) Sdn. Bhd yang dibina
oleh Karl mempunyai kelengkapan dan sistem keselamatan yang serba canggih. Manakala, abang Azraai
pula telah memasang alat keselamatan di rumah Farisha yang dipanggil sebagai “retinal scanner”. Selain
itu, terdapat juga persoalan kasih sayang keluarga angkat terhadap anak aangkatnya. Abang Azraai
sangat menyayangi adik angkatnnya Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam
keadaan yang terbaik.

Pengarang juga mewarnai pengolahan novel ini dengan pelbagai watak. Terdapat banyak watak
yang memainkan peranan dalam mengerakkan cerita dalam novel ini. Bertitik tolak daripada itu, watak
utama yang terdapat dalam novel ini ialah Farisha. Farisha digambarkan sebagai seorang gadis yang
berusia 26 tahun dan anak kandung kepada Medina dan Karl. Dia merupakan seorang gadis yang cantik
dan genius serta merupakan pakar dalam bidang IT. Farisaha juga berkhidmat sebagai seorang jurutera
keselamatan sistem di syarikat miliknya sendiri iaitu Secured Shell Sdn. Bhd. Dia merupakan seorang
pakar penggodam sistem teknologi maklumat kerana dia pernah berjaya melepasi sistem keselamatan
Bank Saputra. Kemahiran Farisha ini menyebabkan Dr Maxi meminta dia untuk menggodam sistem
Dinara yang dicipta oleh Karl di Soft Lab,Cyberjaya . Selain itu, Farisha juga seorang yang berhati-hati
dalam membuat keputusan apabila dia tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram untuk projek mini
bernilai tinggi dari Soft Lab . Sebaliknya , dia meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu abang Azraai. Selain itu, pengarang juga mencipta watak sampingan yang
antoganis di dalam novel ini. Pembaca mungkin berasa benci terhadap watak Karl yang menjadi watak
sampingan di dalam novel ini . Karl digambarkan sebagai seorang saintis yang sangat taksub terhadap
dunia sains dan teknologi sehingga dia sanggup menggunakan manusia sebagai bahan uji kaji dalam
penciptaanya. Dia juga mendera isterinya Rusmena sehingga dia diseksa hingga menjadi cacat. Karl
juga telah menjadikan Rusmena sebagai cyborg yang diberi nama Alia. Karl turut menanam mikrocip ke
dalam tubuh darah dagingnya sendiri iaitu Farisha . Namun begitu, terdapat juga watak-watak
sampingan yang lain seperti Dr. Maxi, Aqram, Khairul Anwar, Shida dan sebagainya.

Selain daripada tema , persoalan dan watak perwatakan, terdapat juga beberapa nilai yang dapat
kita peroleh daripada novel karya Dayang Noor ini. Antara nilai yang dapat kita teladani ialah nilai
kasih sayang terhadap ahli keluarga. Nilai itu dapat kita lihat daripada perilaku abang Azraai terhadap
adiknya, Farisha. Abang Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya Farisha sehingga
sanggup memasang “retinal scanner” dan “interleom” di apartmen Farisha yang bersambung ke
rumahnya. Di samping itu, terdapat juga nilai ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup. Nilai ini jelas
diterangkan melalui watak sampingan yang bernama Medina . Dia merupakan seorang saintis yang
tersohor suatu ketika dahulu dan pada akhirnya menjadi seorang yang tidak waras kerana Karl telah
memasukkan otak seorang banduan ke dalam dirinya. Namun demikian Medina tetap tabah meneruskan
kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Selain itu, terdapat juga nilai
kegigihan dalam mengusahakan sesuatu. Sebagai contohnya, Farisha seorang usahawati yang gigih
berusaha dalam bidang perniagaan sistem keselamatan komputer. Dia bersama dengan rakan kongsinya
Rosman terpaksa berusaha gigih untuk meneruskan perniagaan syarikat Secured Shell Sdn. Bhd.
Terdapat juga beberapa nilai lain di dalam novel ini iaitu nilai kesyukuran, nilai kebijaksanaan, nilai
kepatuhan dan sebagainya.

Dalam pada itu, setiap novel yang dihasilkan mestilah mempunyai pengajaran yang dapat
dicontohi oleh para pembacanya. Begitu juga dengan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor ini,
terdapat banyak pengajaran yang perlu kita contohi. Antaranya ialah kita hendaklah menyayangi ahli
keluarga kita sendiri walaupun mereka cuma keluarga angkat. Sebagai contoh, Abang Azraai dan
Farisha sangat sayang-menyayangi walaupun mereka hanyalah adik-beradik angkat. Abang Azraai
sentiasa memastikan keselamatan adiknya itu dengan memasang pelbagai alat keselamatan canggih di
rumahnya. Pengajaran yang seterusnya ialah kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan dan
seharusnya memikirkan kebaikan atau keburukan sesuatu keputusan itu. Sebagai contoh, Farisha tidak
tergesa-gesa menerima tawaran Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Malah, Farisha berbincang
tentang projek ini bersama abang Azraai sebelum membuat keputusan. Selain itu, terdapat juga
pengajaran, kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Sebagai
contoh, Shida yang sedang giat menerbitkan artikel tentang Soft Lab berusaha dengan gigih untuk
mencari maklumat tentang Medina, seorang saintis wanita yang dikatakan hilang dari Soft Lab.
Tegaslah bahawa , setiap novel mempunyai pengajaran yang dapat kita contohi. Hal ini umpama kata
peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih.

Kesimpulannya,amalan membaca boleh menyeronokkan kita. Hal ini demikian kerana apabila
kita membaca novel, otak kita akan membayangkan cerita tersebut. Kita diajak berimaginasi oleh
penulis ke dalam dunia penulisannya. Natijahnya, kita juga boleh menguatkan imaginasi kita. Selain
itu,kita juga boleh belajar nilai-nilai yang terkandung di novel tersebut. Saya memilih novel tersebut
untuk dipromosikan kerana novel tersebut mempunyai banyak nilai yang berfaedah dan pengajaran yang
bernilai untuk kita dalam kehidupan seharian. .Selain itu, jalan cerita novel tersebut sangat menarik
sehingga membuatkan pembaca tidak berasa bosan. Jalan ceritanya juga tidak terlalu rumit dan senang
difahami oleh pembaca terutamanya golongan remaja. Oleh sebab itu, novel Di Sebalik Dinara karya
Dayang Noor ini boleh menarik lebih ramai remaja untuk memupuk minat membaca. Membaca juga
boleh meningkatkan taraf kehidupan kita dan imej negara . Ibu bapa juga boleh memupuk anak-anak
mereka sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sesungguhnya, kerjasama antara
semua pihak amat penting dalam memupuk amalan membaca. Dengan ini diharapkan amalan membaca
ini dapat digunakan oleh golongan remaja sebagai agen meningkatkan kemuliaan diri serta mengisi
masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kumpulan 5 : Cheh Qi Zuen, Siti Nur Izzati, Murali Reddy dan Levindran
Arahan soalan : Semangat kejiranan dalam masyarakat moden ketika ini semakin luntur. Bincangkan faktor-faktor
yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masayakat kini dan langkah-langkah
mengatasinya.

Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Semangat kejiranan merupakan unsur
penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat
sebegini dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita. Pada zaman dahulu,
hubungan sesama jiran sangat rapat, bak kata peribahasa hidup sandar-menyandar seperti aur dengan tebing. Pada
zaman ini, hubungan sesama jiran renggang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Pelbagai punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin luntur. Antaranya, perubahan gaya hidup
masyarakat sekarang yang terlalu sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga masing-masing. Kos sara hidup
yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota bekerja sepanjang hari. Sebagai
akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan masa untuk bertegur sapa sesama jiran mereka. Corak pekerjaan yang
dilakukan oleh masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Pekerjaan masyarakat zaman dahulu yang
berasaskan pertanian amat memerlukan semangat bekerjasama antara mereka, bak kata peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing. Manakala, masyarakat sekarang bekerja sendiri malah tidak mementingkan amalan
kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat
kejiranan masa ini.

Selain itu, kemajuan dalam bidang teknologi turut mempengaruhi kelunturan semangat kejiranan masa kini.
Pada zaman sekarang., bidang teknologi semakin berkembang dengan maju dan pesat. Penggunaan media elektronik
seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer pada masa sekarang yang menyebabkan semangat kejiranan kini
semakin hilang. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan yang terdapat di sekeliling mereka
yang tidak memerlukan mereka keluar rumah dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kemudahan peralatan
canggih seperti ini selalunya terdapat di dalam rumah mereka yang menyebabkan mereka semakin tidak
menghiraukan semangat kejiranan. Budaya sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjung sesama jiran
semakin berkurangan. Oleh itu, kemajuan dalam bidang teknologi pada masa sekarang turut mempengaruhi
kelunturan semangat kejiranan.

Arus pembangunan yang semakin pesat melanda negara kita juga menjadi punca semangat kejiranan
semakin luntur pada masa kini. Dewasa ini, pembangunan negara berlaku dengan pesat sekali. Hal ini
mengakibatkan semangat kejiranan semakin luntur kerana masyarakat akan menghabiskan masa terluang mereka
dengan mengunjungi tempat-tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang
tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Situasi ini perlu ditangani dengan segera demi kebaikan semua pihak. Kita
tidak ingin melihat wujudnya masyarakat yang mementingkan diri sendiri berpanjangan dalam masyarakat. Hal ini
demikian kerana masyarakat yang bersikap seperti ini tidak akan berjaya kerana perpaduan mereka amat rapuh dan
mudah dipengaruhi oleh anasir luar. Tuntasnya, pembangunan yang begitu pesat melanda negara juga menjadi
punca kepada lunturnya semangat kejiranan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan, antaranya menghidupkan kembali
amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama menjalankan pelbagai aktiviti seperti
membersihkan kawasan kediaman, memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-
samun yang mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan bergotong-royong
ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan
dan latar belakang. Aktiviti ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran , bak kata peribahasa hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, kita mestilah menghidupkan kembali amalan bergotong-
royong kerana amalan ini dapat menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Di samping itu, kempen mengadakan majlis rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh
menghidupkan kembali semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan dalam
kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing. Amalan rumah terbuka ini memberi
ruang kepada masyarakat untuk menjalin kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai
contoh, penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari Raya Aidil Fitri dan
orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian akan mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat
mengeratkan hubungan kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen majlis rumah terbuka harus diperhebatkan lagi
agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada seluruh warga Malaysia yang mendiami bumi
bertuah ini.
Intihanya, semangat kejiranan dapat dipupuk sekiranya masyarakat menyedari peri pentingnya semangat
tersebut dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat kejiranan juga penting dalam konteks negara kita sebagai
sebuah masyarakat berbilang bangsa. Semangat kejiranan yang kental sekali gus dapat membantu usaha-usaha
perpaduan negara yang selama ini menjadi agenda utama kerajaan untuk memastikan keharmonian negara. Marilah
kita sama-sama mempraktikkan slogan jiran sepakat membawa berkat ini dalam kehidupan berjiran agar negara kita
terus aman dan harmoni sepanjang masa.
Anda selaku Setiausaha Kelab Bimbingan dan Kerjaya, ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah syarikat pengeluar
barangan elektronik di sebuah kawasan perindustrian.Untuk tujuan itu, anda perlu membuat permohonan. Tulis surat permohonan
untuk mengadakan lawatan sambil belajar tersebut dengan lengkap.

Kelab Bimbingan dan Kerjaya,


SMK Damai Jaya,
Jalan Aman, Taman Damai Jaya,
81300 Skudai,
Johor.

Pengurus Besar,
Panasonic Malaysia Sdn Bhd,
Lot 1941, Persiaran Jalan Selesa,
Taman Selesa Jaya,
81300 Skudai,
JOHOR.                                                                                       13 OGOS 2017

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Merujuk perkara di atas, saya ___________________________ selaku setiausaha Kelab Bimbingan dan Kerjaya Sekolah Menengah
Kebangsaan Damai Jaya (SMKDJ) ingin meminta kebenaran tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan. Hal ini
demikian kerana syarikat tuan amat terkenal di kawasan perindustrian Johor Bahru dan saya pasti pemilihan syarikat tuan tidak akan
menghampakan para peserta yang mengikuti lawatan sambil belajar ini. Selain itu, perjalanan dari sekolah saya ke syarikat tuan hanya
mengambil masa 20 minit sahaja.

2.     Berikut merupakan keterangan berkenaan lawatan sambil belajar tersebut :


Tarikh                       : 17 Ogos 2017
Hari                           : Khamis
Masa                         : 2.00 hingga 4.00 petang
Jumlah peserta           : 35 orang peserta
Jumlah guru pengiring : 5 orang
Pengangkutan             : bas akan disediakan oleh pihak sekolah.

3.     Tujuan lawatan sambil belajar ini adalah untuk menambahkan pengetahuan dalam kalangan murid mengenai cara-cara pembuatan
barangan elektronik dan teknologi terbaharu dalam proses pembuatan tersebut. Selain itu, lawatan ini dapat membantu murid-murid untuk
menyiapkan kajian mengenai industri perkilangan di Malaysia. Saya berasa amat yakin bahawa maklumat yang tepat hanya dapat diperoleh
melalui lawatan ini.

4.     Di samping itu, lawatan ini dapat memenuhi aktiviti tahunan kelab pada tahun 2017. Di sekolah saya, setiap persatuan atau kelab
dikehendaki untuk mengadakan pembentangan pada akhir tahun nanti kerana penilaian akan dilakukan berdasarkan jumlah aktiviti yang
dijalankan olah setiap persatuan atau kelab.

5.     Saya amat berbesar hati jika pihak tuan dapat mencadangkan beberapa tempat atau syarikat lain yang harus dilawati oleh murid-murid
selain daripada lawatan sambil belajar ke syarikat tuan. Saya juga ingin meminta izin daripada pihak tuan agar membenarkan murid-murid
megambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan dalam laporan dan pembentangan murid-murid nanti.

6.     Jika pihak tuan tidak keberatan, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan seorang kakitangan syarikat untuk
memberi tunjuk arah di kawasan kilang dan dapat memberi penerangan yang diperlukan serta apa-apa sahaja maklumat tambahan
mengenai syarikat tuan sebagai rujukan.

7.     Saya berjanji akan memastikan setiap peserta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak tuan. Pihak sekolah juga berjanji
akan bertanggungjawab sekiranya timbul sebarang masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.

8.     Saya amat berharap permohonan ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Segala usaha tuan dan kerjasama yag
diberikan oleh pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

…………………………………….
( )
Setiausaha Kelab Bimbingan dan Kerjaya,
SMK Damai Jaya

Anda mungkin juga menyukai