Anda di halaman 1dari 16

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/321912229

PEMBANGUNAN MODUL 5E DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN


PEMIKIRAN SEJARAH.

Conference Paper · December 2017

CITATIONS READS

0 4,823

2 authors, including:

Sarmila Tamoh Deram


Universiti Kebangsaan Malaysia
2 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

I am a Master student in National University of Malaysia , specializing in History Education. My project is to create a module to be used in classroom to instill historical
thinking skills. I would like to read more about learning cycle/ model 5E and using it in my module. Thanks in advance. View project

All content following this page was uploaded by Sarmila Tamoh Deram on 19 December 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

PEMBANGUNAN MODUL 5E DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN


PEMIKIRAN SEJARAH

DEVELOPMENT OF 5E MODULE IN IMPROVING HISTORICAL THINKING


SKILLS
Sarmila Tamoh Deram dan Abdul Razaq Ahmad
Universiti Kebangsaan Malaysia

sharmtamohderam@gmail.com

Abstrak: Kertas kerja ini membincangkan tentang pembangunan modul menggunakan Model 5E
dalam meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah. Model 5E juga dikenali sebagai Learning Cycle
5E merupakan satu model yang dibina menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme melalui
pendekatan inkuiri. 5E membawa maksud lima fasa iaitu engagement(melibatkan diri),
exploration(eksplorasi), explanation(penerangan), elaboration(penjelasan) dan evaluation(penilaian)
yang dijalankan mengikut urutan untuk mewujudkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
efektif di dalam kelas. Kemahiran pemikiran sejarah(KPS) pula merupakan salah satu struktur
disiplin bagi mata pelajaran Sejarah yang merangkumi lima kemahiran iaitu kronologi, meneroka
bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. Pembangunan modul
yang digabung jalinkan dengan Model 5E untuk meningkatkan kemahiran pemikiran sejarah
merupakan satu inovasi dalam pedagogi Pendidikan Sejarah. Kertas ini turut membincangkan
tentang pelaksanaan mata pelajaran Sejarah melalui pembangunan modul menggunakan Model 5E.
Di samping itu, kekuatan dan kepentingan penggunaan Model 5E dalam meningkatkan kemahiran
pemikiran sejarah dalam kalangan murid turut dibincangkan. Kertas ini turut mencadangkan supaya
inovasi ini dapat dilaksanakan dalam bentuk kajian penyelidikan eksperimen untuk melihat
keberkesanannya dalam meningkatkan KPS melalui mata pelajaran Sejarah.

kata kunci: Modul, Model 5E, kemahiran pemikiran sejarah, Sejarah, Inovasi pedagogi

Abstract: This paper discusses the development of modules using Model 5E in improving the skills of
historical thinking. Model 5E also known as Learning Cycle 5E is a model built using constructivism
learning theory through inquiry approach. 5E means five phases namely engagement, exploration,
explanation, elaboration and assessment conducted in order to create an effective teaching and
learning session in the classroom. Historical thinking skills (HTS) are one of the discipline structures
for History subjects that include five skills namely chronology, exploration of evidence, interpretation,
imagination and rationalization. The development of the module combined with the Model 5E to
enhance the skills of historical thinking is an innovation in the pedagogy of History Education. This
paper also discusses the implementation of History subjects through the development of modules
using Model 5E. In addition, the strengths and significance of using the Model 5E in enhancing the
skills of historical thinking among students are also discussed. This paper also suggested that this
innovation be implemented in the form of an experimental research study to see how effective it is to
improve HTS through the History subject.

key words: module, Model 5E, historical thinking skills, history, innovation in pedagogy
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

1.0 PENGENALAN

Murid sekolah harus di ajar untuk menghargai sejarah melalui pembuktian sejarah yang jelas
yang menunjukkan perkaitan antara sesuatu peristiwa dengan peristiwa lain yang sentiasa
berkembang serta mempunyai kesan secara keseluruhan terhadap masyarakat(Seixas, 1996).
E.H.Carr(1965) turut menyatakan bahawa sejarah merupakan satu dialog antara masa lampau
dan masa kini. Ini jelas menunjukkan bahawa subjek ini mempunyai peranan yang penting
dalam kehidupan masyarakat. George Santayana(http://www.iep.utm.edu/santayan/ -
3/10/2017), berkata “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it”. Ini
menunjukkan bahawa peristiwa masa lampau yang dipanggil sebagai peristiwa sejarah boleh
dijadikan sebagai panduan dan iktibar dalam menghadapi masa kini dan masa depan.
Pernyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa subjek Sejarah merupakan satu subjek yang
dapat dijadikan sebagai alat kesedaran tentang peristiwa masa lampau , masa kini dan masa
depan jika kaedah pengajarannya adalah sesuai dan tepat. Ia selaras apabila subjek Sejarah
dikaitkan dengan pembentukan jati diri , semangat perpaduan serta nilai cintakan negara.
Menurut Dr. Aminudin Mansor seorang penulis dalam akhbar Utusan Online(2012) turut
menyokong bahawa asas kepada nilai patriotisme dan semangat cintakan negara ialah
pembentukan jati diri melalui pembelajaran sejarah negara dan bangsa.

2.0 PENDIDIKAN SEJARAH DI MALAYSIA

Secara umumnya, pendidikan sejarah di negara demokratik ditentukan oleh ahli politik yang
memberi fokus kepada melahirkan warganegara yang komited, berilmu dan yang berfikiran
kritikal(Seixas, 2017). Negara Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM)
bermatlamat untuk melahirkan warga negara yang dapat mewujudkan semangat kekitaan,
kesedaran kebangsaan , perpaduan serta mengukuhkan semangat cinta terhadap tanah
air(Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, 2016). Sejak tahun 1989, melalui
penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM), subjek Sejarah telah
dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua murid yang mengikuti
sistem pendidikan Malaysia(KPM, 2002 : Ahamad et al, 2008). Martabat subjek Sejarah
meningkat lagi apabila dijadikan sebagai subjek wajib lulus pada tahun 2013(Surat Pekeliling
Lembaga Peperiksaan, 08 Ogos,2011 : Rosy Talin , 2016).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) juga dilaksanakan bermula tahun
2013 yang meliputi 11 anjakan paradigma. Anjakan paradigma yang pertama melibatkan
penggubalan kurikulum baru bermula tahun 2016 untuk sekolah menengah. Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) dimulakan pada tahun 2016 untuk murid Tingkatan
Satu(Laporan PPPM, 2015). Buku teks Sejarah yang disemak semula berdasarkan KSSM
dan aturan bab dalam buku teks yang mengikut kronologi dapat membantu menarik minat
murid dalam mempelajari subjek sejarah. Perubahan kurikulum Sejarah melalui KSSM
memperlihatkan kesepaduan antara kandungan pengetahuan, kemahiran pemikiran sejarah
dan juga elemen kewarganegaraan serta nilai sivik(DSKP, 2015). Perkembangan ini jelas
menunjukkan usaha KPM dalam memberikan kepentingan serta penekanan terhadap
pendidikan Sejarah. Usaha ini, pastinya dapat membantu dalam menjayakan matlamat
Pendidikan Sejarah.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Walaupun berlaku perubahan dalam Dasar Pembangunan Kurikulum melalui PPPM untuk
meningkatkan kedudukan subjek sejarah, namun ia masih tidak membawa perubahan dalam
pandangan murid terhadap subjek sejarah. Murid masih beranggapan bahawa subjek ini amat
sukar dan membosankan(Alex Ford, 2015 : Seixas,2004). Kajian yang dijalankan oleh Arlene
Diaz et al(2008) turut menunjukkan bahawa murid mempunyai konsep yang salah terhadap
sejarah dan tidak memandang sejarah sebagai satu disiplin pengetahuan. Kelemahan
pengajaran guru Sejarah menjadi salah satu penyebab utama pencapaian yang rendah dan
sikap murid memandang negatif terhadap mata pelajaran Sejarah( Anuar et al ,2009).
Keberkesanan pengajaran subjek Sejarah bergantung pada perancangan dan kualiti
pengajaran oleh guru(Anuar et al, 2009 : Puteh et al,2010)). Kemahiran dalam memulakan
kelas, teknik penyoalan dan sikap sensitif terhadap persediaan dan pengetahuan sedia ada
murid sebelum pengajaran dan semasa pengajaran dijalankan adalah antara kualiti guru yang
berkesan. Aspek – aspek ini dapat membantu guru dalam mengadakan satu sesi pengajaran
dan pembelajaran yang efektif dan dapat menarik minat murid mengikuti pembelajaran dalam
kelas(Anuar et al , 2009 : Rohani et al, 2010). Ini disokong oleh Zahara Aziz dan Nik Azlena
Nik Ismail(2007) dalam kajiannya mendapati bahawa tahap pengetahuan guru menggunakan
sumber pengajaran serta melaksanakan pengajaran yang berpusatkan murid berada pada
tahap sederhana. Husbands(2011) turut mencadangkan supaya guru perlu mahir dalam
mengubah suai pengajaran mengikut kehendak dan keperluan semasa murid. Beliau juga
menyatakan bahawa ramai guru mempunyai pengetahuan tentang subjek tetapi tidak mahir
dalam membina kefahaman murid bagi mata pelajaran Sejarah.
Teknik pengajaran yang lama seperti penceritaan dan syarahan masih menjadi teknik
yang popular dalam kalangan guru(Kamarul dan Ishak,2013 : Nair.S & Muthiah.M,2005).
Hasil kajian menunjukkan bahawa murid tidak berminat dengan pengajaran yang tidak
kreatif seperti pengajaran yang berpusatkan guru seperti chalk and talk , tiada kepelbagaian
dalam penggunaan sumber pengajaran serta kaedah penyampaian yang tidak menarik
menyebabkan murid tidak berminat dan rasa bosan dengan subjek Sejarah(Ahamad et al,
2008 : Mohd dan Shahizan, 2012: Zahara Aziz dan Nik Azleena Nik Ismail, 2007).
Pembelajaran sejarah menjadi lebih berkesan melalui penguasaan kemahiran
pemikiran sejarah(KPS) oleh murid(Abdul Razaq, 2014). Ini kerana KPS dapat digunakan
sebagai alat yang dapat merangsang murid untuk menguasai tahap pemikiran yang tinggi dan
ini akan mewujudkan sesi pembelajaran Sejarah yang efektif(Ahmad et al ,2011 : Puteh,
2010). Walau bagaimanapun, kajian Van Sledright(2004) menyatakan bahawa guru
beranggapan bahawa murid tidak mempunyai kemampuan untuk tahap pemikiran yang
tinggi dalam pembelajaran sejarah. Kajian – kajian yang dijalankan turut menunjukkan
bahawa tahap penguasaan KPS dalam kalangan guru masih berada dalam tahap
sederhana(Puteh, 2010 : Meyer, 2006 : Zahara Aziz dan Nik Azleena, 2007). Kajian
Ahamad dan Sidek (2011) juga menyatakan tahap pengetahuan pedagogi dalam kalangan
guru Sejarah masih berada dalam tahap sederhana. Justeru, pengajaran dan pembelajaran
Sejarah serta penerapan KPS akan terjejas kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran
pedagogi dalam kalangan guru.
Pengetahuan pedagogi dan KPS merupakan dua perkara yang penting dalam
mewujudkan pembelajaran sejarah yang berkesan. Menurut Abdul Razaq (2014), aspek
kemampuan guru dalam menjana kemahiran , menggalakkan proses pemikiran serta
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

merangsang aktiviti pembelajaran melalui sumbang saran, proses inkuiri dan pembelajaran
sejarah secara reflektif merupakan perkara yang penting. Namun begitu, KPS kurang diberi
penekanan kerana ia memerlukan masa dan perancangan yang lebih teliti untuk murid
melalui proses pencarian maklumat berdasarkan KPS(Kamarul dan Ishak, 2013). Teknik
pengajaran yang lebih menekankan penghafalan telah menyebabkan berlaku limitasi dalam
pembelajaran sejarah serta melenyapkan sifat semula jadi sejarah sebagai satu disiplin
pengetahuan (Lesh, 2011: Mohd. Mahzan Awang et al, 2016).
Justeru, satu langkah yang lebih inovatif perlu diambil supaya KPS yang dianggap
sebagai salah satu struktur disiplin Sejarah dapat ditingkatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran subjek Sejarah. Pengkaji juga menyahut cadangan Zahara Aziz dan Nik
Azleena Nik Ismail(2007) supaya modul pengajaran dan bahan bacaan berkenaan KPS
dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan untuk guru- guru Sejarah. Selaras dengan
pernyataan Korber(2015) ,tugas guru untuk mereka bentuk sesi pengajaran yang lebih efektif
ialah dengan menggunakan pendekatan berpusatkan murid seperti aktiviti berkumpulan,
perbincangan kelas dan sebagainya. Kajian yang dijalankan oleh Mohd.Mahzan Awang et
al(2016) juga mengesyorkan supaya guru melaksanakan inovasi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek Sejarah. Langkah inovasi ini dapat membantu murid untuk mendalami
serta menarik minat murid untuk belajar sejarah serta membantu dalam menggunakan KPS
melalui pembelajaran Sejarah. Kajian Zarina Md Yassin(2013) juga mengesyorkan agar
penekanan terhadap KPS dilakukan dalam kalangan bakal guru kerana KPS dapat membantu
dalam mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan tidak membosankan.
Polemik ini telah menggalakkan pengkaji untuk membuat inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Sejarah. Inovasi untuk membangunkan sebuah modul yang
digabung jalinkan dengan Model 5E ini dapat membantu guru dalam mengajar subjek Sejarah
dengan lebih menarik dan efektif serta menerapkan KPS, selaras dengan objektif pendidikan
sejarah(DSKP,2016). Tujuan kertas kerja ini ialah untuk membincangkan tentang KPS,
Model 5E dalam kitaran pembelajaran, sorotan literatur tentang keberkesanan Model 5E dari
kajian lepas untuk meningkatkan pembelajaran Sejarah , melaksanakan model 5E untuk
meningkatkan KPS dalam kalangan murid dan membincangkan cabaran penggunaan model
5E dalam pengajaran.

3.1 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH(KPS)

Artikel A Model of Historical Thinking telah membincangkan tentang model pemikiran


sejarah yang dilaksanakan di empat buah negara Barat iaitu Britain , Jerman, Amerika
Syarikat dan Kanada adalah berbeza mengikut acuan negara masing - masing (Seixas, 2017).
Bagi negara Malaysia, model pemikiran sejarah yang digunakan meliputi lima kemahiran
iaitu, kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, imaginasi dan rasionalisasi(DSKP,
2015). Menurut Puteh et al(2010), KPS ialah satu proses menggunakan maklumat bersejarah,
membuat interpretasi tentang konteks, perspektif dan dapat melihat fakta sejarah untuk
memahami masa lampau. Yeager dan Foster(2001) pula melihat KPS merupakan satu alat
yang berkesan dalam memahami sejarah. Dari konteks Pendidikan Sejarah di negara
Malaysia, KPS dipandang sebagai teras struktur disiplin yang sistematik dalam mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik(DSKP, 2015).
Langkah KPM untuk menerapkan kemahiran ini dalam pembelajaran sejarah
merupakan satu langkah positif. Pusat Perkembangan Kurikulum(2002) telah menyenaraikan
enam struktur disiplin sejarah, KPS merupakan salah satu dari enam struktur tersebut.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

Langkah ini selaras dengan pernyataan Dewey(1916) iaitu, “apa yang boleh dilakukan oleh
sekolah ialah meningkatkan kemampuan berfikir dalam kalangan murid di sekolah”( dalam
Puteh et al, 2010). Pelaksanaan KPS ini menjadi lebih ketara apabila KPM membuat
rombakan dari segi pentaksiran yang melibatkan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif serta kemahiran berfikir aras tinggi (PPPM, 2013). Mansoor Fahmi
dan Nima Shakouri(2012) menyatakan bahawa murid yang berfikir secara kreatif merupakan
murid yang berupaya menguasai pemikiran mereka sendiri. Perkara ini yang cuba dicapai
melalui pembelajaran Sejarah dengan menggunakan KPS. Ini mengukuhkan lagi bahawa
pembelajaran sejarah menggunakan KPS dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
berfikir aras tinggi.
Kemahiran pemikiran sejarah dalam pendidikan sejarah yang pertama ialah
memahami kronologi. Kemahiran memahami kronologi melibatkan pengetahuan dari segi
urutan masa dan peristiwa yang berlaku mengikut periodisasi(DSKP, 2015). Rosy
Talin(2016) menyatakan bahawa kemahiran ini dapat membantu murid mengembangkan
pemahaman murid tentang tarikh, masa, tempat dan tokoh yang terlibat dalam sesuatu
peristiwa sejarah secara urutan. Kemahiran meneroka bukti pula membantu dalam
mendalami pemahaman murid tentang sejarah. Kemahiran ini akan memupuk kemahiran
dalam membuat banding beza sumber sejarah yang terdiri dari dua jenis sumber iaitu sumber
primer dan sumber sekunder. Penguasaan kemahiran ini dapat membantu murid untuk
menapis maklumat yang diterima secara lebih sistematik dan disokong dengan bukti yang
kukuh(DSKP, 2015).
Kemahiran interpretasi pula membantu dalam membuat tafsiran hasil pembacaan dan
pengumpulan maklumat dari sumber sejarah yang pelbagai. Ini dapat membantu murid dalam
menerima dan mengulas maklumat sejarah secara lebih kritikal berbanding secara naratif.
Tahap kemahiran yang memerlukan pemikiran kognitif yang tinggi ialah kemahiran
imaginasi. Peristiwa atau maklumat sejarah dapat difahami dengan lebih mendalam melalui
kemahiran imaginasi. Ini dilakukan secara visual seperti gambar, tayangan video,
dokumentari dan juga melalui nilai empati(DSKP, 2015). Kemahiran ini amat penting untuk
dikuasai supaya tidak berlaku anakronisme dalam fakta sejarah.
Penguasaan semua empat kemahiran ini akan membawa murid untuk mencapai
kemahiran rasionalisasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling tinggi dari segi
kognitif di mana, murid perlu berfikir secara kritikal, kreatif, menganalisis, sintesis dan
membuat penilaian maklumat dan peristiwa sejarah untuk menerima atau menolak sesuatu
maklumat atau peristiwa itu sebagai sejarah atau tidak secara rasional(DSKP, 2015). KPS
merupakan satu alat yang dapat digunakan untuk menganalisis maklumat sejarah secara
inkuiri. Stoel et al(2015) menyatakan bahawa menjadi tugas guru dalam mewujudkan
suasana kelas dan pengajaran yang dapat merangsang serta mengekalkan minat dan perhatian
murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk melibatkan murid dalam proses
pemikiran yang lebih tinggi.

3.2 MODEL 5E DALAM KITARAN PEMBELAJARAN

Model 5E juga dikenali sebagai 5E Instructional Model merupakan model yang dihasilkan
melalui inovasi oleh sekumpulan pengkaji dari organisasi Biological Science Curriculum
Study (Bybee et al,2006 : Bahagian Pendidikan Kurikulum, 2016) . Model ini dihasilkan
dalam usaha Biological Science Curriculum Study (BSCS) mereka bentuk satu kajian bagi
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

menghasilkan kurikulum baru bagi sains dan kesihatan untuk murid sekolah rendah. Model
ini berasaskan kitaran pembelajaran(Learning Cycle) yang diasaskan oleh J.Myron Atkin dan
Robert Karplus pada tahun 1962. Kitaran pembelajaran ini pada awalnya dikenali sebagai
Science Curriculum Improvement Study(SCIS) Learning Cycle yang melibatkan tiga
fasa(BSCS,2006). Walau bagaimanapun, pada tahun 1980-an, kajian dan usaha untuk
memperbaiki SCIS Learning Cycle dimulakan. Usaha ini menjadi lebih mudah apabila pihak
IBM menyediakan sumber kewangan untuk mereka bentuk kurikulum baru bagi sains dan
kesihatan untuk murid sekolah rendah(Bybee et al, 2006).
Model 5E ini juga dikenali sebagai model instruksional yang digunakan untuk
meningkat tahap pembelajaran bagi murid sains di Colorado , Amerika Syarikat. Model 5E
ini juga dikenali sebagai Learning Cycle 5E(Sapitry et al, 2014). Model ini dibina
menggunakan teori pembelajaran konstruktivisme dengan menggunakan pendekatan
inkuiri(Puteh & Fareed Mohamed Nawastheen, 2013 : Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2016 : Khairul Hasni Abdul Kadir et al,2015). Model 5E ini melibatkan lima fasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Lima fasa tersebut ialah : (i) engagement(melibatkan
diri), (ii) exploration(eksplorasi), (iii) explanation(penerangan), (iv) elaboration(penjelasan)
dan (v) evaluation(penilaian). Pengunaan Model 5E ini tidak membawa maksud bahawa
setiap fasa tersebut perlu dilaksanakan dalam satu – satu sesi PdP. Ia masih boleh dilakukan
secara berasingan mengikut kehendak dan keadaan murid dalam kelas(Tanner, 2010). Ini
adalah kerana tahap belajar murid adalah berbeza antara murid. Lima fasa yang dinyatakan
adalah seperti dalam Rajah 1 di bawah;

Rajah 1 : Model 5E
(Sumber : Bybee et al, 2006)

Fasa pertama ialah fasa melibatkan diri(engagement). Fasa ini digunakan untuk
menarik minat, perhatian serta meningkatkan motivasi murid untuk terus aktif secara mental
dan fizikal untuk mengikuti murid. Fasa ini juga akan meningkatkan semangat inkuiri dalam
diri murid kerana ia akan membantu dalam mewujudkan perkaitan antara pengetahuan sedia
ada murid dengan pengetahuan baru yang di pelajari oleh murid(Bybee et al, 2006 : Tanner,
2010). Fasa ini dilaksanakan pada awal kelas namun ia bukan sesuatu yang perlu
dilaksanakan hanya dalam kelas. Ia boleh dilaksanakan melalui pemberian kerja rumah
sebelum tajuk, subtajuk atau unit baru bermula(Tanner, 2010). Kerja rumah yang melibatkan
murid untuk mencari bahan dan pengetahuan melalui tontonan video, membaca artikel dari
internet atau laman web malah boleh juga diberikan dalam bentuk soalan dan murid mencari
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

jawapan(Tanner, 2010). Ini dapat memberi ruang kepada murid untuk membuat persediaan
bukan hanya dari segi fizikal malah dari segi mental.
Fasa kedua ialah fasa eksplorasi(exploration), fasa ini akan menyediakan ruang untuk
murid eksplorasi tentang dapatan mereka, perbincangan dalam kumpulan serta memerlukan
penglibatan yang aktif antara murid dan guru(Bybee et al, 2006 : Tanner, 2010). Fasa ini akan
membantu dalam menyelesaikan kekeliruan, ketidakfahaman, serta idea yang konflik yang
wujud selama ini dalam kalangan murid(Bybee et al , 2006). Menurut Bybee et al (2006) juga
menyatakan bahawa fasa ini dapat membantu dalam menguasai konsep, membetulkan
pemahaman konsep, menguasai proses pemikiran serta penguasaan kemahiran yang
diperlukan. Fasa ini merupakan satu proses meta-kognitif yang memberi laluan kepada
murid untuk berfikir tentang apa yang mereka tidak atau salah faham tentang konsep yang
dipelajari serta mengenali kekurangan dalam pengetahuan mereka tentang sesuatu tajuk atau
unit. Fasa ini juga mewujudkan peluang untuk meningkatkan minat murid, semangat inkuiri
serta merangsang untuk bertanya soalan(Tanner, 2010).
Kesemua fasa dalam Model 5E ini memerlukan penglibatan yang aktif daripada murid
dan keadaan ini tidak berbeza dengan fasa penerangan atau explanation iaitu fasa yang
ketiga(Tanner, 2010). Fasa ini memerlukan murid untuk fokus pada aspek tertentu yang
perlu ditingkatkan yang telah dikenali melalui fasa pertama dan kedua. Fasa ini juga memberi
peluang kepada murid untuk mendemonstrasikan pemahaman konseptual, kemahiran, proses
serta kelakuan yang dipelajari oleh murid(Bybee et al, 2006). Peranan guru amat penting
dalam fasa ini kerana guru akan memperkenalkan dan memberi penerangan tentang konsep ,
kemahiran dan proses yang baru untuk mengukuhkan serta mendalami lagi pemahaman dan
penguasaan murid(Tanner, 2010).
Fasa yang keempat iaitu fasa penjelasan(elaboration) pula ialah fasa yang
memerlukan murid mengaplikasikan pemahaman dan penguasaan mereka dalam aktiviti yang
dapat mengukuhkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka. Fasa ini merupakan fasa
yang memerlukan tahap kognitif yang tinggi kerana guru akan menyediakan aktiviti yang
dapat menjana minda murid untuk aplikasikan apa yang dipelajari oleh murid(Bybee et al,
2006 : Tanner, 2010). Fasa ini juga penting kerana selepas murid melalui kekeliruan dan
ketidakfahaman serta tidak mahir dalam sesuatu kemahiran, kini murid telah dapat belajar
perkara yang baru dan ilmu yang diperoleh perlu diaplikasikan supaya ia dapat difahami
dengan lebih mendalam.
Fasa terakhir iaitu fasa penilaian(evaluation) merupakan fasa guru akan menilai
pengetahuan, pemahaman, proses kemahiran serta konsep yang dipelajari oleh murid, sama
ada ia selaras dengan objektif pengajaran yang dirancang(Bybee et al, 2006). Penilaian boleh
dilaksanakan melalui soal jawab, soalan latihan , kuiz, atau menggunakan latihan yang dibuat
oleh murid dalam fasa keempat untuk menilai tahap penguasaan murid mengikuti
pembelajaran pada sesuatu sesi pengajaran. Selain itu, penilaian juga boleh dilakukan oleh
guru dengan meminta murid membentang atau mempersembahkan hasil aktiviti yang
dijalankan dalam sesi kelas, hasil kerja seperti brosur, buku skrap dan sebagainya(Tanner,
2010).
Artikel ini mempunyai kaitan sangat rapat dengan pembelajaran abad ke-21(PAK 21)
kerana mata pelajaran Sejarah merupakan salah satu disiplin pengetahuan yang dimasukkan
dalam PAK 21. Penggunaan Model 5E juga amat membantu dalam mewujudkan murid yang
mengamalkan PAK 21. Ini jelas kerana model 5E menggunakan pembelajaran instruksional
dengan pendekatan inkuiri. Menurut Cynthia Luna Scott(2015) menyatakan bahawa kajian
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

yang dijalankan membuktikan pembelajaran murid menjadi lebih berjaya melalui pembinaan
meta kognitif , membuat reflektif tentang pembelajaran konsep baru dan mengintegrasikan
pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada. Lima fasa dalam Model 5E ini dapat
digunakan dalam mewujudkan PAK 21 dan inovasi untuk membangunkan modul berasaskan
strategi pengajaran menggunakan Model 5E ini juga selaras dengan PAK 21 dari aspek
tenaga pengajar(Bybee, 2009).

4.0 SOROTAN LITERATUR MODEL 5E

Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas merupakan satu sesi yang amat
mencabar bagi setiap guru, kerana ia menguji tahap keberkesanan guru dalam mengajar dan
mengadakan sesi pembelajaran yang menarik serta berkesan. Ini jelas dalam kajian yang
dijalankan oleh Polgampala & Hong(2016) menunjukkan bahawa penggunaan model 5E ini
dapat membantu guru dalam pengurusan kelas yang lebih baik. Justeru, penggunaan model
5E dalam sesi PdP kelas dapat membantu dalam mewujudkan sesi pembelajaran yang lebih
berkesan. Menurut Sapitry(2014) menyatakan bahawa pembelajaran mempunyai empat
komponen yang utama iaitu, tujuan, sukatan, kaedah dan penilaian. Perancangan yang
terperinci , pelaksanaan yang jitu , aktiviti yang berpusatkan murid serta penglibatan murid
yang aktif dalam kelas dapat mewujudkan satu sesi PdP yang efisien dan efektif(Sapitry,
2014).
Penglibatan murid yang aktif dalam sesi PdP dapat membantu murid yang
mempunyai tahap belajar yang berbeza ini turut terlibat dalam sesi PdP. Model 5E amat
membantu dalam pendidikan Sejarah kerana kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa
penggunaan Model 5E dalam pengajaran Sejarah telah berjaya meningkatkan tahap kognitif
murid di Indonesia(Sapitry, 2014). Model ini amat sesuai kerana penggunaan model ini
dapat merangkumi tahap belajar yang berbeza antara murid. Kajian – kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa murid dapat meningkatkan tahap meta kognitif, tahap pemahaman
konseptual , motivasi dan pencapaian dalam mata pelajaran(Feyzioglu E.Y. & Omar
Ergin,2012 : Sapitry, 2014 : Hatice Guzel, 2016). Aktiviti kumpulan dan suasana
pembelajaran yang melibatkan pelajar yang mempunyai pelbagai meta kognitif dengan
kerjasama dan perkongsian idea telah memberikan kesan terhadap meta kognitif antara
pelajar(Feyzioglu. E.Y. & Omar Ergin,2012). Justeru, penggunaan model 5E ini bukan
hanya sebagai strategi pengajaran yang membantu guru malah membawa kesan yang positif
dalam kalangan pelajar.
Model 5E ini juga membina serta meningkatkan pemahaman pelajar mengenai tajuk
yang dipelajari. Ini pasti kerana ia menggalakkan penglibatan aktif dari murid – murid.
Kajian Polgampala & Hong(2016) menyokong penggunaan Model 5E dalam kajian yang
dijalankan untuk mata pelajaran Sains melibatkan responden kajian iaitu bakal guru. Model
5E membuka ruang di mana guru menetapkan masalah, murid mengadakan eksplorasi, guru
membimbing inkuiri murid serta menggalakkan tahap pemikiran yang lebih tinggi untuk
menyelesaikan masalah dan mencari jalan penyelesaian(Polgampala et al, 2016). Hasil kajian
yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan model 5E dapat membawa sikap yang
positif dalam kalangan murid. Sikap dan pandangan murid berubah secara positif terhadap
mata pelajaran Sains. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa bakal guru menunjukkan
keinginan untuk menggunakan model 5E dalam pengajaran mereka dalam kelas.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

Model 5E ini juga membantu dalam meningkatkan tahap pemikiran kreatif dalam
kalangan murid, melahirkan murid yang bersikap aktif , berfikir kritikal dan
kreatif(Polgampala & Hong, 2016). Kajian ini menjawab pernyataan dalam kajian yang
dijalankan oleh Mansoor Fahmi dan Nima Shakouri(2012) bahawa dengan ada cara
pemikiran yang teratur tidak cukup dalam meningkatkan tahap pemikiran kritikal. Walau
bagaimanapun, masih terdapat juga guru yang merungut dan menyatakan bahawa
pembelajaran melalui Model 5E ini tidak dapat dijalankan kerana kekurangan bahan dan
peralatan dalam kelas. Kajian Polgampala & Hong(2016) menjawab bahawa kegagalan guru
menggunakan model 5E dalam kelas adalah kerana kegagalan guru merancang dan membuat
persediaan untuk mengadakan aktiviti dalam kelas mengikut Model 5E. Secara umumnya,
kajian yang dijalankan oleh Polgampala & Hong (2016) merupakan satu kajian yang
menyokong penggunaan model 5E dalam meningkatkan pembelajaran Sains serta membantu
dalam pengurusan kelas yang lebih efektif serta kondusif.
Kajian yang dijalankan dalam kalangan bakal guru menunjukkan bahawa kebanyakan
bakal guru berminat dan menunjukkan minat untuk menggunakan model 5E dalam
pengajaran dalam kelas(Polgampala, 2016 : Mustafa Metin et al , 2011). Kajian yang
dijalankan oleh Mohd. Mahzan Awang et al (2016) terhadap bakal guru yang menyambung
pengajian dalam Program Pendidikan Sejarah di universiti mendapati bahawa bakal – bakal
guru ini menunjukkan tahap yang tinggi dalam penguasaan KPS. Kajian Polgampala &
Hong (2016) , Mustafa Metin et al (2011) dan Mohd. Mahzan Awang et al (2016)
menunjukkan bahawa dengan penggunaan model 5E dan kemahiran guru untuk menerapkan
KPS dapat digemblengkan dalam meningkatkan penguasaan KPS dalam kalangan murid
sekolah menengah melalui pembangunan modul.
Penggunaan model 5E juga menggalakkan murid untuk kekal berminat dengan
pelajaran yang dipelajari. Ini juga yang menyebabkan murid melibatkan diri secara aktif
dalam kelas kerana minat untuk belajar dengan menggunakan model 5E(Mustafa Metin et al,
2016). Model ini yang menggunakan lima fasa seperti yang telah diterangkan dalam bahagian
yang terdahulu banyak membantu dalam mengukuhkan mata pelajaran yang diikuti. Fasa
eksplorasi yang digunakan dalam model 5E dapat mengukuhkan pemahaman serta
meningkatkan pengetahuan murid tentang subjek, konstruk serta konsep yang
dipelajari(Mustafa Metin et al, 2016). Kesan penggunaan model 5E juga bukan hanya kepada
murid malah guru pun mendapat kebaikan. Guru dapat menggunakan model ini dalam
merancang tentang apa dan bagaimana hendak mengajar sesuatu bab atau subtajuk dalam
mata pelajaran tersebut(Mustafa Metin et al, 2016).

5.0 MODEL 5E DALAM MENERAPKAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Bahagian ini akan menerangkan tentang pelaksanaan Modul menggunakan 5E dalam


pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Bab yang dipilih ialah Bab Tujuh,
Penyebaran Islam ke Asia Tenggara, Sukatan Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat(PPK,
2002). Pengkaji menggunakan subtajuk dalam bab tujuh, iaitu Teori Kedatangan Islam ke
Asia Tenggara. Secara umumnya terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu
Teori Islam dari Arab, Teori Islam dari China dan Teori Islam dari India.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

Fasa Pertama - Melibatkan diri(Engagement)

 Guru menggunakan kaedah sumbang saran untuk mengetahui pengetahuan sedia ada
murid tentang tajuk yang akan diajar. Guru menyoal dan menggalakkan maklum balas
serta jawapan dari murid untuk menyatakan pendapat serta berkongsi pengetahuan
mereka tentang bagaimana Islam sampai ke Asia Tenggara.
 Jawapan dan maklum balas murid dapat disenaraikan dengan menggunakan kertas
mahjung atau papan putih dalam kelas. Murid juga digalakkan untuk menyatakan
bukti yang dapat menyokong pernyataan mereka, namun jika murid tidak dapat
memberikan bukti, maka guru boleh merangsang pemikiran murid dengan
memberikan beberapa bukti sebagai contoh.
 Fasa ini amat penting kerana guru perlu meningkatkan semangat inkuiri dalam
kalangan murid supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam fasa yang
seterusnya.
 Semangat ingin tahu boleh diwujudkan dengan pertanyaan beberapa soalan seperti
siapa yang sebarkan, bagaimana penyebaran berlaku, bagaimana agama Islam boleh
sampai ke Asia Tenggara, adakah mudah agama Islam tersebar dan sebagainya.

Fasa Kedua – Eksplorasi(Exploration)

 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan menyokong teori yang
telah dibahagikan iaitu teori Islam dari Arab, teori Islam dari China dan teori Islam
dari India.
 Guru akan menyediakan bahan bacaan tambahan , diari pedagang serta gambar –
gambar yang menunjukkan tentang aktiviti penyebaran agama Islam. Murid melalui
fasa eksplorasi akan membaca dan menyusun secara kronologi tahun atau abad,
agama Islam sampai ke Asia Tenggara.
 Murid akan menyatakan tokoh yang menyokong teori tersebut serta menyenaraikan
bukti – bukti yang menyokong teori tersebut melalui pemilihan sumber – sumber
sejarah.
 KPS yang perlu diaplikasikan dalam fasa ini ialah kronologi dan meneroka bukti.
Fasa ini memerlukan kemahiran untuk menilai sumber – sumber sejarah yang
disediakan oleh guru berkenaan tajuk pelajaran iaitu Teori Kedatangan Islam ke Asia
Tenggara serta menyusun teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara secara
kronologi. Pada akhir fasa ini, murid akan berada dalam keadaan keliru tetapi
bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut tentang tajuk yang dipelajari. Murid
keliru kerana tidak mahir dalam memilih sumber sejarah yang sahih sebagai rujukan.

Fasa Ketiga – Penerangan(Explanation)

 Guru membuat penerangan kepada murid yang berada dalam keadaan yang keliru
namun bersemangat untuk mengetahui lebih lanjut. Guru membuat penerangan
tentang KPS, iaitu proses menyusun secara kronologi dan meneroka bukti . Guru juga
menerangkan tentang jenis – jenis sumber sejarah yang telah diberikan, sumber
primer dan sumber sekunder berdasarkan tajuk yang dipelajari.
 Guru membuat penerangan tentang cara menyusun teori kedatangan Islam ke Asia
Tenggara secara kronologi, iaitu menggunakan abad atau tahun yang terdapat dalam
sumber yang diperoleh. Penerangan boleh dilakukan dengan menggunakan
persembahan power point atau menggunakan video yang telah dimuat turun sebelum
sesi pengajaran dilakukan. Fasa ini dapat membantu murid untuk memahami cara
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

untuk menilai, menapis serta memilih maklumat bersejarah dari bahan serta sumber –
sumber yang diberikan.

Fasa Keempat – Penjelasan(Elaboration)

 Hasil penerangan daripada guru dapat membantu murid dalam menjelaskan lagi tahap
pengetahuan dan pemahaman mereka tentang fakta yang diperoleh dari sumber –
sumber yang disediakan oleh guru. Guru hanya memainkan peranan sebagai
pembimbing atau fasilitator sahaja.
 Murid akan membetulkan hasil perbincangan kumpulan mereka dalam fasa ini dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman mereka untuk mengumpulkan
maklumat berkenaan sub tajuk yang dipelajari pada hari ini, Teori Kedatangan Islam
dari Tanah Arab, China dan India. Murid juga akan membuat interpretasi berdasarkan
maklumat yang diperoleh melalui sumber – sumber yang diberikan.
 Murid akan menyusun dan menyediakan bahan untuk pembentangan tentang tajuk
yang telah dibahagikan secara kumpulan tadi. Fakta – fakta yang dipersembahkan
akan diterangkan menggunakan kemahiran pemikiran sejarah iaitu kronologi dan
mengukuhkan bukti tentang teori kedatangan Islam dari Tanah Arab, China atau India
dengan menggunakan kemahiran meneroka bukti serta membuat interpretasi.

Fasa Kelima – Penilaian(Evaluation)

 Fasa ini ialah fasa penilaian , guru akan menilai pemahaman dan pengetahuan murid
tentang tajuk yang dipelajari melalui pembentangan yang dilakukan oleh murid.
 Sesi soal jawab akan dijalankan pada akhir setiap pembentangan kumpulan. Ini dapat
membantu guru dalam mengetahui tahap pengetahuan serta penguasaan kemahiran
yang telah dipelajari dalam kelas. Sesi soal jawab ini bukan hanya antara guru dan
murid , malah antara dengan murid lain juga.
 Fasa ini juga dapat membantu guru untuk meneruskan pengajaran bagi subtajuk yang
seterusnya. Penilaian juga boleh dilakukan melalui latihan atau kuiz selain
pembentangan yang dijalankan. Sesi soal jawab yang diadakan juga merupakan salah
satu cara penilaian yang boleh dilaksanakan oleh guru.
 Guru dapat menggunakan fasa ini untuk memberikan latihan pengayaan atau
pengukuhan bagi murid yang dapat menguasai dan yang masih lemah.
 Pada akhir sesi, guru akan membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari serta
mengaitkan dengan KPS dan mengingatkan murid tentang kegunaan KPS bukan
hanya dalam mata pelajaran Sejarah malah dalam kehidupan seharian.

6.0 CABARAN DALAM PELAKSANAAN MODEL 5E

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan Model 5E. Beberapa kajian
yang dijalankan melaporkan beberapa kelemahan dalam Model 5E. Kajian yang dijalankan
merangkumi mata pelajaran sains dan juga sains sosial. Cabaran yang dihadapi dalam
pelaksanaan model 5E ialah (i) kekurangan bahan yang sesuai untuk merancang pengajaran
berasaskan model 5E, (ii) masih terdapat guru yang tidak mahir dalam melaksanakan
pengajaran berasaskan 5E, (iii) perancangan pengajaran menggunakan model 5E mengambil
masa yang lama , (iv) kekurangan kemahiran guru dan bakal guru untuk mengaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelas , (v) bukan semua tajuk dan subtajuk yang
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

boleh diajar dengan menggunakan Model 5E dan (vi) guru perlu didedahkan tentang
pengajaran konstruktivisme(Hatice Guzel,2016 : Mustafa Metin et al , 2016 : Polgampala &
Hong, 2016). Kelemahan yang terdapat dalam penggunaan Model 5E ini dapat diatasi
dengan inovasi, iaitu melalui pembangunan modul dan menggunakan strategi pengajaran
berasaskan model 5E. Langkah ini selaras dengan cadangan Bahagian Pembangunan
Kurikulum(BPK) yang mengesyorkan penggunaan Model 5E dalam pengajaran semua mata
pelajaran di sekolah dengan menggunakan pendekatan inkuiri(BPK, 2016)

7.0 KESIMPULAN
Perbincangan artikel ini menunjukkan bahawa Model 5E merupakan satu model yang bukan
hanya digunakan untuk mata pelajaran Sains sahaja malah juga untuk mata pelajaran lain
seperti Matematik, Sejarah dan Geografi. Keberkesanan modul yang dibina menggunakan
Model 5E dapat diketahui dengan melaksanakan satu kajian eksperimen. Hasil kajian dapat
membantu dalam menentukan potensi penggunaan model 5E ini untuk meningkatkan KPS
dalam kalangan murid sekolah menengah di samping mencapai matlamat pendidikan Sejarah
seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran Pendidikan
Sejarah.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

RUJUKAN

Ahamad Rahim, Azwani Ismail, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Sharifah Nur Puteh
(2008). Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di Malaysia.
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=9608d3d5-544d-4bd1-
83e0-e0d961f5fb40.[10/10/2016].
Ahmad Ali Seman, Abdul Razaq Ahmad, Zahara Aziz dan Ahmad Rafaai Ayudin.(2011).
The Effectiveness of Teaching and Learning History based on Multicultural Towards
National Integration in Malaysia. Procedia Computer Sciences. 3: 1588-1596
Ahmad, A. R. (2014). Determination of Teaching Aids and Methods to Inculcate Thinking
Skills in History Subjects, 6(October), 1–12.
Alex. F. (2015). What is a History education? Marc Bloch, The Historian’s Craft, and the
case for an Annaliste Model of School History. Disertasi Sarjana Sastera. Universiti
Leeds Trinity.
Anuar. A, Rahman.S.T, A., & Abdullah.N.A. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru
Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi
Rendah ( The Relationship Between History Teachers ’ Level of Capability and
Students ’ Performance in Low Performance Schools ). Jurnal Pendidikan
Malaysia, 34(1), 53–66.
Awang, M. M., Ahmad, A. R., Yakub, N. M., & Seman, A. A. (2016). Historical Thinking
Skills among Pre-Service Teachers in Indonesia and Malaysia, (January), 62–76.
http://doi.org/10.4236/ce.2016.71007
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran
Berasaskan Inkuiri. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bybee et al, R. W., Taylor, J. a, Gardner, a, Scotter, P. V, Powell, J. C., Westbrook, a, &
Landes, N. (2006). The BSCS 5E Instructional Model: Origins, Effectiveness, and
Applications. Bscs, (September 2015), 1–19.
http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Bybee, R. W. (2009). The BSCS 5E instructional model and 21st century skills. National
Academies Board on Science Education, Washington,DC: Retrieved 2 November 2017.
Carr, EH (1965). What is history? Prism.
Díaz, A., Middendorf, J., Pace, D., & Shopkow, L. (2008). The History Learning Project: A
Department “Decodes” Its Students. The Journal of American History, 94(4), 1211–
1224. http://doi.org/10.2307/25095328
Fahim, M., & Masouleh, N. S. (2012). Critical thinking in higher education: A pedagogical
look. Theory and practice in language studies, 2(7), 1370.
Feyzioğlu, E. Y., Ergin, Ö., & Kocakülah, M. S. (2012). The Effect of 5E Learning Model
Instruction on Seventh Grade Students’ Conceptual Understanding of Force and
Motion. International Online Journal of Educational Sciences, 4(3), 691–705.
Retrieved from
http://proxy1.ncu.edu/login?url=http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&
db=ehh&AN=83196381&site=eds-live
Foster, S., & Yeager, E. (2001). The role of empathy in the development of historical
understanding.
Hatice, G. (2016). The effect of brightness of lamps teaching based on the 5E model on
students academic achievement and attitudes. Educational Research and Reviews,
11(17), 1670–1678. http://doi.org/10.5897/ERR2016.2915
Husbands, C. (2011). What do history teachers (need to) know. Debates on history teaching,
84-95.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

Kamarul Afendy bin Hamimi & Ishak bin Saat. (2013). Kemahiran Pelestaria Pemikiran
dalam Pendidikan Sejarah. Dalam Seminar Pendidikan Sejarah Dan Geografi, Kota
Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah (pp. 226-249).
Khairul Hasni Abdul Kadir, Norazah Mohd Nordin & Zanaton Iksan.(2015). Reka bentuk
dan Pembangunan Modul Sains(e-Smart) Berasaskan Pendekatan Konstruktivisme
5E dan Analogi : Satu Alternatif Strategi Pengajaran Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid.
https://documents.tips/documents/pembangunan-modul-e-smart.html, 20/10/2017
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM
Tingkatan 4 dan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala
Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KSSM Tingkatan Satu. Bahagian Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KSSM Tingkatan Dua. Bahagian Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2015). Laporan Tahunan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(PPPM).
Körber, A. (2015). Historical consciousness, historical competencies –and beyond? Some
conceptual development within German history didactics.
Lembaga Peperiksaan .(2011). Surat Pekeliling Peperiksaan. bertarikh 8 Ogos 2011.
Lesh, B. A. (2011). Interpreting John Brown : Infusing Historical Thinking into the
Classroom, 25(2), 46–50. http://doi.org/10.1093/oahmag/oar003
Metin, M., Coskun, K., Birisci, S., & Yilmaz, G. K. (2011). Opinions of prospective teachers
about utilizing the 5E instructional model. Energy Education Science and Technology
Part B: Social and Educational Studies, 3(4), 411–422.
Mayer, R. H. (2006). Learning to teach young people how to think historically: A case study
of one student teacher's experience. The Social Studies, 97(2), 69-76.
Mohd Samsudin, & Shahizan Shaharuddin. (2012). Pendidikan dan Pengajaran Mata
Pelajaran Sejarah di Sekolah di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History,
Politics & Strategy, 39(2), 116–141.
Nair, S., & Muthiah, M. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa needham
dalam pembelajaran sejarah. The Asia Pacific Journal of Educators and Education
(formerly known as Journal of Educators and Education), 20(1), 1-22.
Noria Munirah Yakub dan Anuar Ahmad.(2015). Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Dalam Kalangan Bakal Guru Di Institut Pengajian Tinggi Awam.
https://www.academia.edu/16516299/, 20/10/2017
nor Puteh, S., & Nawastheen, F. M. (2013). An evaluation on the implementation of 5e
instructional model in teaching geography in Sri Lanka. Middle-East Journal of
Scientific Research, 16(5), 721-728.
Polgampala, A. S. V., & Hong, S. (2016). The Impact on Teaching through 5E Model:
Perspectives of Prospective Teachers in Teaching Science in Secondary Schools in
Gampaha District, Sri Lanka. Education Perspectives, 5(1), 33–47.
Puteh, S. N., Maarof, N., & Tak, E. (2010). Students’ perception of the teaching of historical
thinking skills. In Pertanika Journal of Social Science and Humanities.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar ? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2),
61–69.
2nd International Conference in Education and Regional Development 20-21/11/2017,
Bandung , Indonesia

Rosy Talin, D. (2016). Why historical thinking skills was not there? International Journal of
Learning, Teaching and Educational Research.
Sapitry, H., Maskun, M., & Ekwandari, Y. S. (2014). Efektivitas Model Learning Cycle 5e
Dalam Pembelajaran Sejarah Untuk Meningkatkan Kemampuan Kognitif. PESAGI
(Jurnal Pendidikan dan Penelitian Sejarah), 2(3).
Scott. Cynthia Luna.(2015). The Future of Learning 3: What kind of pedagogies for 21st
century?: Education , research and and foresight : working papers: vol:15
Seixas, P. (1996). Conceptualizing the growth of historical understanding.
Seixas, P. (2017). A model of historical thinking. Educational Philosophy and Theory, 49(6),
593-605.
Seixas, P., & Peck, C. (2004). Teaching historical thinking. Challenges and prospects for
Canadian social studies, 109-117.
Stoel, G. L., Van Drie, J. P., & van Boxtel, C. A. M. (2015). Teaching towards historical
expertise. Developing a pedagogy for fostering causal reasoning in
history. Journal of Curriculum Studies, 47(1), 49-76.
Tanner, K. D. (2010). Order matters: using the 5E model to align teaching with how people
learn. CBE-Life Sciences Education, 9(3), 159-164.
VanSledright, B. A. (2004). What Does It Mean to Think Historically... and How Do you
Teach It? Social Education, 68(3), 230–233. http://doi.org/10.4324/9780203841273
Zahara Aziz, N. A. (2007). Kajian Tinjauan Kesediaan Guru-guru Sejarah Menerapkan
Kemahiran Pemikiran Sejarah kepada Para Pelajar. Pendidikan, 32, 119–137.
Zarina Md Yasin, 2013. Penilaian Penerapan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
Peringkat Menengah Atas. Tesis Dr. Falsafah : Universiti Kebangsaan Malaysia.

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai