Anda di halaman 1dari 22

(Pelajar-pelajar, anda boleh baca pandangan berikut, satu renungan bersama.

Bagaimanapun jika anda


ingin quote, pastikan terdapat sumber yang ada kebolehpercayaannya. Selamat membaca)
Dimuat turun pada 14 Julai 2014
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025: SUATU ANALISIS
Sambil baring melalui cuti sakit lepas pembedahan spine pada 29 Ogos 2012 dan diberi cuti oleh doktor
hingga 6 November 2012, saya berkesempatan mengikuti ucapan YAB Perdana Menteri dalam Pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Saya hampir pasti bersama rakan-rakan lain di KLCC hari ini
11 September 2012 jika sihat. Ada perasaan sedih, terharu dan bangga bercampur baur saat itu kerana
dalam beberapa bengkel dan perbincangan penyediaan pelan, saya turut sama tetapi saat pelancaran
saya hanya mampu baring di depan televisyen.
Saya terus menghantar mesej kepada Y.Bhg.Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (KPPM) dan Dato Dr Rosli Muhamad, KSU KPM mengucapkan tahniah.Setinggi-tinggi tahniah
diucapkan kepada YAB Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran atas kejayaan melancarkan Pelan
atau Blueprint Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Seperti disebut beberapa rakan, tugas semua pihak terutama peneraju pendidikan banyak lagi yang boleh
disumbang untuk mendaging dan mengisi segala mekanisma kerangka pelan itu sehingga dapat bergerak
lancar dalam tempoh 13 tahun mendatang.
Syukur, saya diberi kesempatan bersama sejak awal perbincangan dengan YAB Tan Sri Haji Muhyidin
Yasin dan pegawai-pegawai tinggi KPM di Melaka sebaik sahaja YAB Tan Sri memasuki pejabat di
KPM.Tiga atau empat tahun sebelum itu pun semasa YB DS Hishamuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran,
perkara mengubah sistem pendidikan kebangsaan telah dibincang.
Walaupun tidak dapat mengikutinya di KLCC, saya masih berpeluang mendapat salinan digital executive
summary dan buku untuk pembentangan YAB Menteri dalam kedua-dua versi bahasa. Terima kasih
kepada penghantarnya melalui email saya pada hari yang sama dengan pelancaran.
Sedikit penilaian awal saya terhadap laporan awal yang dapat saya ikuti melalui siaran televisyen dan
executive summary setebal 48 muka surat sahaja. Laporan penuh setebal 248 muka surat belum sempat
baca. Saya akan menulis beberapa artikel mengenainya untuk beberapa keluaran.
Saya tertarik untuk mengulas tentang kedudukan Malaysia dalam pendidikan dalam ranking antarabangsa
berdasarkan laporan McKinsey yang diketuai Sir Micheal Barber. Kedudukan Malaysia telah jatuh dari
kategori Fair dengan markah 470 dalam laporan yang sama yang dikeluarkan 2010 kepada kategori Poor
dengan markah 410 yang dikeluarkan 2012. Standard pendidikan antarabangsa ukuran McKinsey dibuat
berdasarkan lima kategori iaitu excellent (>560), great (520-560), good (480-520), fair (440-480) dan poor
(<440). Laporan yang dikeluarkan 2012 adalah berdasarkan pengukuran 2009+ sedangkan laporan 2010
berdasarkan pengukuran 2006+ semasa kita belum menyertai PISA.
Ukuran di atas adalah skor universal ciptaan McKinsey berdasarkan kaedah Hanushek R. Woessman ke
atas empat pentaksiran yang diskalakan termasuk PISA (Program for International Student Assessment),
TIMSS (Trend in International Mathematics and Science Study), NAEP (National Assessment of
Educational Program) dan lain-lain pentaksiran yang dinormalkan menjadi skala universal.
Saya pernah meramalkan kedudukan kita akan turun walaupun tidak berani menyatakannya kepada
sesiapa berdasarkan beberapa faktor. Namun seperti diakui YAB TPM dan disokong YAB PM kita tidak
perlu bimbang keadaan itu kerana ukuran PISA hanya sebagai sebahagian ukuran pencerapan (observed
measure) yang tidak bebas daripada ralat pengukuran. Berdasarkan indikator-indikator lain kita masih
berada pada kedudukan yang baik berbanding negara lain.
Antara empat pentaksiran itu, ukuran yang benar-benar mencerminkan standard pendidikan di Malaysia
dalam laporan McKinsey adalah TIMSS dan pentaksiran lain yang diuniversalkan. Malaysia hanya mula
menyertai PISA tahun 2010 untuk subjek Science.Oleh kerana penyertaan kita dalam PISA masih baru
sekali masih ada ruang untuk kita memperbaiki kedudukan.

Penyertaan negara lain dalam PISA menunjukkan perbezaan signifikan bukan sahaja dari segi pencapaian
dalam pembelajaran malahan mempengaruhi amalan pendidikan negara berkenaan. Sistem pendidikan
negara-negara atau bandaraya yang berada pada kedudukan tertinggi iaitu Shanghai (578 excellent),
Hong Kong (547 great), Finland (545), Singapura (544) dan Korea Selatan (540) bukan sahaja aktif
dalam PISA malahan menjadikan amalan pengajaran dan pembelajaran mereka ke arah pemupukan
kemahiran berfikir aras tinggi seperti diukur dalam PISA.
Kecuali Finland negara-negara di atas terkenal dengan peperiksaan kebangsaan berpusat seperti
Malaysia.Mereka menjadikan kejayaan dalam peperiksaan yang high stake sebagai suatu
perjuangan.Kadar kematian membunuh diri kerana gagal dalam pendidikan yang diukur dari kegagalan
dalam peperiksaan di Korea tertinggi di dunia iaitu 250 setahun. Jepun dan Taipei juga dalam kelompok
yang sama.
Kedudukan Finland selaku pengamal decentralization dan school based assessment terulung di dunia
telah jatuh dari excellent (561) ke great (545) diambil alih oleh Shanghai yang pertama kali memasuki
saingan. Hal ini memberi isyarat kepada kita bahawa peperiksaan kebangsaan seperti UPSR dan SPM
masih signifikan menentukan kejayaan dalam pendidikan negara. Namun mengambil contoh negaranegara Asia Timur, sistem pentaksiran kita perlu lebih mirip PISA iaitu mengukur high order thinking skill
supaya anak didik kita lebih kreatif, kritis dan inovatif seperti saranan YAB PM dan TPM.
Untuk persiapan ke arah itu guru memainkan peranan yang amat penting supaya murid bukan sahaja
ditaksir kemahiran berkenaan dalam peperiksaan kebangsaan malahan mereka benar-benar belajar dan
diajar dengan sempurna.
Saya pernah menyarankan kita menyertai PISA sejak 2003 lagi tetapi pada masa itu belum ada
rezeki.Saya pernah menulis artikel tentang PISA ciptaan OECD (Organization of Economic Cooperation
Development) sebuah pertubuhan ekonomi yang menjadikan pendidikan sebagai salah satu komoditi. Hal
ini sesuai dengan ucapan YAB PM hari ini bahawa asas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bukan
lagi sumber asli tetapi cluster of knowledge, technology and innovation.
Sir Micheal Barber pernah menyatakan "The combination of public with private, technology with teaching
and evidence of what works with innovation are the keys to unlocking human potential around the world in
the next decade".
Apabila saya menyatakan peperiksaan kebangsaan penting dan perlu dipertahankan tidak bermakna
pentaksiran berasaskan sekolah tidak penting.Ia penting bagi tujuan yang sama melahirkan modal insan
seimbang kecemerlanganya, berdaya maju, boleh dipasarkan dan menjadi warga negara yang baik bukan
sahaja di peringkat akhir persekolahan tetapi sepanjang persekolahan.
Sama seperti muridnya yang menjadi subjek utama pendidikan, sistem pendidikan negara juga amat wajar
diperiksa bukan sahaja secara dalaman yang berterusan tetapi juga secara luaran yang berkala dan
sumatif sifatnya. Socrates dipetik oleh Plato dalam Apology sebagai berkata The unexamined life is not
worth living.
Prestasi pendidikan kita merosot?
Oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
BEBERAPA orang rakan guru yang sedang berkhidmat bertanya kepada penulis, betulkah prestasi
pendidikan di negara kita kian merosot? Pertanyaan mereka mungkin merujuk keputusan kajian Program
Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Jawatankuasa Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) yang meletakkan negara dalam kumpulan sepertiga bawah dalam kalangan negara
Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Kenyataan itu turut terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Baru-baru ini pula Laporan Bank Dunia menyatakan prestasi pelajar merosot akibat sistem pendidikan kita
yang terlalu berpusat.
Sebagai pesara guru yang pernah berkhidmat lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, penulis
menyangkal kenyataan rakan-rakan tersebut.Ini disebabkan untuk menilai pencapaian pendidikan tidak
boleh hanya melalui kajian yang ringkas dan melibatkan responden dalam bilangan yang kecil.Kajian yang
komprehensif perlu merujuk kepada latar belakang sejarah, perbezaan lokaliti sekolah, kedudukan
masyarakat majmuk, sistem pentadbiran negara dan dasar pendidikan kebangsaan.

Oleh itu penilaian terhadap keberkesanan pendidikan tidak mencukupi hanya bersandarkan kepada
keputusan dua kajian iaitu PISA dan TIMMS sahaja.
Terdapat puluhan lagi kajian yang dilakukan oleh banyak badan antarabangsa.Ini termasuk dalam
kalangan negara-negara OECD iaitu Organisation for Economic Co-operation and Development atau
kajian pembangunan pendidikan oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Di antara kajian itu ialah Student to Teacher Ratio by Country 2010' dilakukan oleh Institute for Statistics,
UNESCO. Kajian ini membuat perbandingan nisbah bilangan guru dengan pelajar di peringkat sekolah
rendah terhadap 207 buah negara.Hasil kajian itu mendapati negara kita mempunyai nisbah 1 guru kepada
13 pelajar. Kedudukan negara berada di peringkat yang sangat baik jika dibandingkan dengan negara lain
malah termasuk di beberapa negara maju.
Kajian lain ialah National IQ Scores 2010' iaitu menilai tahap dan pencapaian inteligen pelajar
berasaskan analisis IQ oleh Richard Lynn, Tatu Vanhanen dan Jelte Wicherts yang merupakan pakar
psikologi dan sains politik. Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelajar di 187 negara.Negara kita berada
dalam kedudukan yang baik iaitu tempat ke-15 dengan jumlah skor 92 berbanding dengan negara yang
berada di tangga pertama mendapat skor 108.
Kajian HDI atau Human Development Index 1975-2005' merupakan program pendidikan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu mengukur tahap pembangunan melibatkan indikator kesejahteraan kehidupan,
pencapaian pendidikan dan kadar pendapatan tahunan. Kajian ini meletakkan negara di tangga ke-63
daripada 159 negara di seluruh dunia.Analisis statistik daripada kajian ini membolehkan setiap negara
mewujudkan kerangka rujukan dalam bidang ekonomi dan sosial untuk berbagai kegunaan.
Selain itu, GGG Index atau The Global Gender Gap Index 2008' yang dibentangkan dalam World
Economic Forum.Kajian ini dilakukan dengan kerjasama Universiti Harvard dan Universiti California,
Berkeley.Ia melihat sejauh mana peluang dan tahap pencapaian pendidikan berdasarkan perbezaan
jantina dalam kalangan 130 buah negara. Hasil kajian itu tidak mengecewakan kerana meletakkan negara
dalam kedudukan pertengahan daripada keseluruhan negara yang dikaji itu.
Dalam kajian Budget Expenditures 2013 Country Ranks melalui sumber rujukan CIA World Factbook
2013 didapati negara kita menduduki tempat ke-44 daripada 162 negara yang dinilai. Kajian ini menilai
jumlah bajet tahunan negara yang diperuntukan untuk bidang pendidikan.Bajet 2012 berjumlah RM75
bilion di mana 21% daripadanya diperuntukkan bagi bidang pendidikan. Sudah tentu bajet yang besar itu
akan memberi impak terhadap perkembangan sektor pendidikan. Tidak banyak negara yang menyediakan
peruntukan terbesar untuk pendidikan seperti yang diamalkan oleh negara kita.
Baru-baru ini dalam kenyataan akhbar Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan, Dr. Faridah Abu Hassan menyatakan bahawa kajian PISA atau Programme for
International Student Assessment, tahun 2012 membuat penilaian membabitkan empat bidang iaitu
Matematik, Sains, Bacaan dan Penyelesaian Masalah.
Menurutnya persampelan kajian ini melibatkan 164 buah sekolah dan responden seramai 5,729 orang
pelajar Tingkatan 2 hingga 5. Kajian yang bermula tahun 2000 akan diadakan setiap tiga tahun sekali.
Sementara itu, kajian TIMMS atau Trends in International Mathematics and Science Study dilakukan
oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement memberi fokus kepada isi
kandungan kurikulum.
Kajian ini menguji apa yang hendak diajar dan apa yang dipelajari oleh pelajar bagi mata pelajaran
Matematik dan Sains yang diadakan setiap empat tahun sekali. Responden kajian terdiri daripada pelajar
dalam satu kelas sahaja di Tingkatan 2 melibatkan 150 buah sekolah yang dipilih secara rawak.
Ternyata bahawa persampelan kedua-dua kajian PISA dan TIMMS tersebut adalah terlalu kecil jika
dibandingkan bilangan sekolah yang berjumlah 10,000 buah dan pelajarnya mencecah hampir 5.4 juta
orang.Tambahan pula kita mempunyai berbagai jenis sekolah dan kedudukan lokaliti yang berbeza di
seluruh negara.
Dalam situasi lain perbandingan pencapaian pendidikan antara sebuah negara dengan negara lain boleh
dipersoalkan kerana setiap negara mempunyai dasar dan matlamat pendidikannya yang berbeza dan
tersendiri.

Baru-baru ini pula Pengarah Bank Dunia bagi Asia Tenggara, Ulrich Zachau menyatakan sistem pendidikan
kita yang terlalu berpusat dalam mengawal pengambilan guru dan rancangan perbelanjaan menyumbang
kepada prestasi buruk pelajar dalam pengajian mereka.
Menurut laporan Bank Dunia sistem berpusat di mana Kementerian Pendidikan menetapkan perbelanjaan,
pengambilan tenaga pengajar, sukatan pelajaran dan buku teks menyebabkan prestasi sesebuah sekolah
sukar untuk diakses.
Sesungguhnya pentadbiran secara berpusat bukanlah suatu yang baharu.Sistem ini diamalkan sejak
negara mencapai kemerdekaan dan turut melibatkan semua kementerian.Penulis berpendapat dengan
wujudnya Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah berupaya mengurangkan
kerenah birokrasi malah memudahkan sistem penyampaian, penyaluran peruntukan dan penyediaan
segala keperluan sekolah.
Sistem pentadbiran berpusat diperlukan kerana pendidikan mempunyai peranan besar dalam
pembangunan negara dan untuk merealisasikan agenda nasional seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Natijahnya kualiti pendidikan kita tidak merosot.Setiap tahun ribuan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar
negara. Kini tumpuan tidak hanya di negara penutur jati Bahasa Inggeris tetapi beralih ke negara lain
seperti Perancis, Jerman, Mesir, Russia, Korea Selatan dan Jepun.
Ramai yang menerima anugerah dan mencapai keputusan cemerlang dalam pengajian mereka. Justeru
kejayaan dan kecemerlangan itu sudah tentu asasnya telah dibina ketika di bangku sekolah lagi!
PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga
Pengarah Universiti UniSZA.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140108/re_02/Prestasi-pendidikan-kitamerosot#ixzz377xCU8AG
Utusan Melayu (M) Bhd
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Ucapan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014
October 30, 2013Bajet 2014, Falsafah Pendidikan Negara, Laporan Ketua Audit Negara 2012, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, PPPM, PPSMI, Virtual Learning Environment, VLE
Pendidikan: Hasil yang tidak sepadan dengan pelaburan
Izinkan saya bermula dengan memetik Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pedoman utama ucapan
saya pada hari ini:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.[1]
Pada hemat saya, ini bermaksud bahawa dasar pendidikan negara seharusnya bertujuan untuk mencapai
dua matlamat teras.Pertama, untuk menghasilkan modal insan terbaik yang berpengetahuan dan berdaya
saing di peringkat antarabangsa. Kedua, untuk memastikan tiada anak Malaysia yang tercicir atau
ketinggalan dari segi peluang pendidikan, selari dengan Matlamat Pembangunan Milenium (Millennium
Development Goals) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Justeru, apa pun keputusan yang ingin kita
ambil, dasar yang ingin kita gubal dan tindakan yang ingin kita laksanakan harus berdasarkan dua
matlamat teras pendidikan ini.
Tuan Yang Dipertua,
Saban tahun Kerajaan memperuntukkan sekitar 20 peratus belanjawan Persekutuan untuk tujuan
pendidikan. Pola ini berterusan dalam Belanjawan 2014 yang baru dibentangkan Perdana Menteri, dengan
peruntukan sebanyak RM54 bilion untuk Kementerian Pendidikan atau 21 peratus daripada keseluruhan
belanjawan.
Ini menunjukkan Kerajaan meletakkan keutamaan yang besar terhadap pembangunan modal insan
negara. Berdasarkan Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perbelanjaan
awam Malaysia dalam pendidikan asas, dari prasekolah hingga menengah, sebagai peratusan KDNK,

adalah melebihi dua kali ganda purata negara ASEAN (3.8 peratus berbanding 1.8 peratus), dan juga lebih
tinggi daripada negara-negara Harimau Asia seperti Korea, Hong Kong, Jepun, dan Singapura. Malahan,
perbelanjaan pendidikan di negara kita juga lebih tinggi daripada purata negara OECD (3.4 peratus).
Jika dibandingkan pula dengan negara-negara yang setara dari segi KDNK per kapita seperti Turki, Chile,
Romania dan Mexico, Malaysia mempunyai perbelanjaan per murid yang lebih tinggi, iaitu USD1,808
setahun.
Tuan Yang Dipertua,
Walaupun jumlah yang dibelanjakan untuk pendidikan di negara kita adalah tinggi, persoalannya adalah,
adakah perbelanjaan itu menghasilkan pulangan atas pelaburan ataupun ROI (return on investment) yang
setimpal?
Malangnya, jawapan daripada laporan PPPM sendiri mengatakan tidak.Menurut laporan tersebut, prestasi
Malaysia ketinggalan berbanding negara-negara lain yang memperuntukkan perbelanjaan yang
setara.Malah laporan tersebut juga mengakui bahawa tahap perbelanjaan lebih tinggi tidak semestinya
dikaitkan dengan keberhasilan lebih baik.
Kegagalan ini dicerminkan dalam taraf kebolehupayaan murid kita apabila diukur bersama negara-negara
lain. Ambil sebagai contoh kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Kali
pertama anak-anak kita mengambil bahagian dalam kajian ini pada tahun 1999, skor purata murid negara
kita telah mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Namun, sejak itu prestasi kita telah
merudum sehingga ke kajian mutakhir pada tahun 2011 apabila negara kita mencatatkan penurunan yang
paling ketara antara semua 59 negara yang dikaji. Daripada kedudukan no.16 bagi subjek Matematik pada
tahun 1999, Malaysia telah jatuh ke no.26 pada tahun 2011, sementara subjek Sains pula menampakkan
kejatuhan daripada no.22 kepada no.32 dalam jangka masa yang sama. Tambahan pula, 38 peratus murid
kita telah gagal mencapai penanda aras minima dalam Matematik dan Sains. Kini, prestasi murid Malaysia
berada di bawah purata antarabangsa satu pola yang juga dicerminkan oleh kajian-kajian lain seperti
Programme for International Student Assessment (PISA) yang dijalankan oleh OECD.
Punca kemerosotan prestasi pendidikan
Tuan Yang Dipertua,
Tidakkah ia menghairankan? Bagaimanakah prestasi murid kita boleh semakin merosot walaupun
perbelanjaan pendidikan semakin meningkat?Jelas, hasil yang diperolehi adalah tidak setimpal dengan
pelaburan yang dibuat.Malah, kenyataan ini sendiri diakui oleh Perdana Menteri semasa membentangkan
Rang Undang-Undang Perbekalan 2013.
Namun, tidak sukar untuk kita memahami mengapa kritikan Perdana Menteri itu hanya setakat mengakui
kelemahan sahaja dan tidak pula sanggup untuk menyenaraikan punca-puncanya, apatah lagi mengambil
langkah-langkah proaktif untuk menangani kelemahan ini.
Maka yang demikian, saya akan membantu untuk merungkaikan punca-punca rendahnya prestasi murid di
negara kita di sebalik pelaburan tinggi yang diperuntukkan setiap tahun.
Pertamanya, ketirisan dan pembaziran yang berlaku akibat ketidakcekapan pengurusan seperti yang
dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.Contohnya pelbagai, seperti dalam isu
keselamatan di sekolah dan institusi pengajian. Walaupun RM2 bilion dibelanjakan, laporan Ketua Audit
Negara 2012 telah mendapati kepincangan dalam pemantauan di pintu masuk dan keluar sekolah, di
samping pengawal yang tidak mencukupi atau tidak menepati aspek kesihatan, kontrak keselamatan yang
diluluskan oleh Kementerian tanpa mengikuti prosedur yang ditetapkan serta pembayaran kepada
kontraktor yang tidak menunaikan tugas mereka.
Keduanya, tiada kajian yang menyeluruh sebelum sesuatu dasar dilaksanakan.Ini mengakibatkan dasar
flip-flop dan pembaziran besar-besaran. Ingatkah lagi kita kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang bukan sahaja gagal meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris murid, malahan juga menyebabkan pencapaian Sains dan Matematik murid
merosot berdasarkan penilaian antarabangsa.
Tambahan pula, PPSMI telah menelan belanja sebanyak RM3.2 bilion, di mana dua pertiga daripada kos
tersebut telah digunakan untuk pemerolehan perkakasan dan perisian. Apakah sudah terjadi dengan
peralatan komputer berjumlah lebih RM2 bilion itu, memandangkan dasar PPSMI sudah pun ditamatkan?
Kini, Kerajaan ingin melaksanakan projek besar-besaran 1BestariNet yang akan melibatkan pemasangan
jalur lebar berkelajuan tinggi 4G di kesemua 10,000 sekolah di Malaysia. Tujuan pemasangan internet di
setiap sekolah ini adalah untuk membolehkan pelaksanaan Virtual Learning Environment (VLE) ataupun

pelantar pembelajaran maya yang menyediakan akses kepada kelas maya, mata pelajaran maya, kerja
sekolah dan sumber-sumber lain.
Pendekatan pembelajaran maya ini kononnya akan meningkatkan prestasi pendidikan murid kita, demi
mencontohi negara seperti United Kingdom dan Korea Selatan. Namun, kita harus sedar bahawa sistem
pendidikan di negara-negara tersebut sudah berada di tahap yang matang, di mana pembelajaran maya
melalui VLE ini adalah langkah yang lazim, ataupun natural progression, manakala sistem pendidikan di
negara kita masih lagi jauh keterbelakang.
Pun begitu, laporan daripada Office for Standards in Education, Childrens Services and Skills (Ofsted),
sebuah badan pemantau pendidikan di United Kingdom, mendapati bahawa teknologi ini tidak semestinya
menghasilkan perkembangan murid yang memberangsangkan. Sebaliknya, kejayaan VLE sangat
bergantung kepada sikap dan kemahiran guru yang mengendalikannya.
Oleh itu, kita berbalik kepada persoalan kebolehupayaan guru kita.Mampukah guru dan murid kita
memanfaatkan penuh sistem yang canggih lagi mahal ini? Memandangkan dasar PPSMI telah gagal
kerana guru kita tidak mempunyai asas penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh, apakah jaminan
Kerajaan bahawa tragedi PPSMI tidak akan berulang lagi?
Tambahan pula, semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, Menteri Pendidikan telah berjanji untuk membekalkan
setiap murid di Malaysia dengan satu komputer riba menjelang tahun depan. Projek ini sekarang dikenali
sebagai 1 Murid 1 Peranti. Dengan jumlah 5.5 juta murid di peringkat sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara, apakah kos yang bakal dibelanja untuk memastikan setiap murid mempunyai satu peranti,
dan apakah asas kepada dasar ini? Adakah ia perlu?
Daripada keghairahan untuk melaksanakan program 1BestariNet atau 1 Murid 1 Peranti dan sebagainya,
saya mencadangkan adalah lebih baik Kementerian memberi tumpuan untuk memastikan satu sekolah
mempunyai satu padang dan satu murid mempunyai satu meja. Biar perbelanjaan itu mengutamakan
perkara yang asas terdahulu, daripada membazirkan wang dengan projek berbilion ringgit yang bakal
terbengkalai menjadi gajah putih.
Masalah profesion perguruan
Tuan Yang Dipertua,
Sekali lagi, saya mempersoalkan sama ada perbelanjaan Kementerian betul-betul disasarkan kepada
punca masalah. Saya percaya, faktor utama kemerosotan prestasi pendidikan di negara kita adalah
kelemahan tenaga pengajar.Masalah ini pula bertunjang kepada kegagalan untuk menarik calon guru yang
baik.
Mengikut laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), setiap tahun Kementerian Pendidikan menerima
lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion perguruan. Malangnya, hanya 7 peratus daripada
pemohon bagi program latihan di IPG merupakan pelajar cemerlang yang mendapat 7A dan ke atas.
Manakala, bagi kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, hanya 3 peratus pemohon mempunyai purata gred
terkumpul (CPGA) 3.50 dan ke atas.
Justeru, sasaran yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan II (Dato Seri Idris Jusoh) untuk
menetapkan keputusan 7A sebagai syarat minima permohonan program perguruan di Semenanjung
Malaysia adalah tidak realistik.
Pokoknya, kita harus memahami masalah ini dengan lebih mendalam. Berdasarkan Laporan RMK10, jelas
profesion perguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Persoalannya, mengapa?Sudahkah Kementerian
melakukan kajian berkenaan kegagalan untuk menarik pelajar cemerlang dalam profesion perguruan?Jika
ya, apakah hasil kajian tersebut?Adakah profesion perguruan kini bukan menjadi pilihan kerana
profesionalisme institusi pendidikan negara kita telah diabaikan? Adakah ia kerana sistem pendidikan
negara sudah menjadi mangsa percaturan politik, di mana dasar pendidikan tampaknya digubal atas
pertimbangan politik semata-mata?
Memperkasakan pengajian tinggi
Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin menyentuh mengenai sektor pengajian tinggi di negara kita. Dalam ucapannya Jumaat
lalu, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Kerajaan akan memberi fokus memperkasakan institut
pengajian tinggi ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja.
Namun begitu, usaha paling asas dalam hal ini nampaknya tidak mahu dilaksanakan oleh
Kerajaan.Sebaliknya, Kerajaan memilih jalan yang sukar serta membebankan dari segi kewangan dan
birokrasi dengan memusatkan segala pentadbiran, termasuk pemilihan Naib Canselor di Putrajaya.
Pemusatan kuasa ini sudah tentu tidak akan menggalakkan pembangunan sektor pengajian tinggi yang
sihat. Sebagaimana semua maklum, universiti sebagai medan pembentukan korpus ilmu seharusnya diberi
autonomi dan ruang untuk membangun. Tanpa memahami dan menghormati prinsip paling dasar institusi
keilmuan ini, segala usaha untuk memartabatkan ilmu di negara kita akan bertemu dengan kesukaran.
Sebagai contoh, kerajaan telah mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Universiti APEX
yang menurut laman web rasmi Kementerian adalah bertujuan untuk mencapai status universiti bertaraf
dunia.Namun begitu, berdasarkan QS World University Rankings 2013, kedudukan USM makin merosot
dan berada di tangga ke-355 sekarang.Malah, ironinya, ranking USM telah menurun tahun demi tahun
sejak penarafannya sebagai Universiti APEX.
Isu ini pernah saya bangkitkan dalam dewan yang mulia ini, tetapi jawapan yang saya terima menyatakan
bahawa ranking sama ada QS World University Rankings mahupun Times Higher Education World
University Rankings bukanlah indikator yang digunapakai oleh USM. Saya menyedari bahawa universiti
tidak seharusnya berorientasikan ranking semata-mata, namun dari segi pemetikan antarabangsa
(international citation) juga, prestasi USM tidak terlalu membanggakan.Lalu, apakah indikator sebenar
universiti bertaraf dunia mengikut pandangan Kementerian?
Persoalan ini sangat penting kerana universiti di Malaysia bukan sahaja sukar untuk menarik minat pelajar
terbaik rantau ini, malah kebanyakan pelajar tempatan yang mempunyai pilihan juga akan menyambung
pelajaran di luar negara.
Lebih parah lagi, jika dahulu universiti tempatan boleh berbangga dengan kehadiran ramai ahli akademik
bertaraf antarabangsa yang terhormat dalam bidang masing-masing seperti John Funston, Harold Crouch,
Clive Kessler, James C Scott dan Arndt Graf, kini amat sedikit yang masih kekal di universiti tempatan.
Malahan, ahli akademik tempatan yang mempunyai reputasi hebat seperti KS Jomo, Azly Rahman, Syed
Farid Alatas, Wang Gung Wu dan Johan Saravanamuttu telah memilih untuk berkhidmat di luar negara.
Justeru, gejalabrain drain berlaku bukan sahaja dalam kalangan anak-anak muda kita, tetapi juga para
pemikir negara kita.
Pendekatan pendidikan yang holistic
Tuan Yang Dipertua,
Hakikatnya, walaupun peruntukan untuk pendidikan di negara kita adalah besar, hasilnya amat
mengecewakan.Prestasi murid sekolah dan kedudukan universiti kita yang makin merosot membuktikan
bahawa peningkatan perbelanjaan semata-mata tidak mencukupi jika masalah sistemik tidak ditangani.
Projek-projek besar yang dicadangkan bukanlah penyelesaian kepada kemelut pendidikan negara kita.Apa
yang diperlukan adalah perancangan, pengurusan dan pelaksanaan yang cekap dan tepat pada
sasarannya. Dalam erti kata lain, penyelesaiannya haruslah holistik dan berupaya untuk menangani punca
masalah dan bukan sekadar menjadi alasan untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu.
Ambil sebagai contoh obsesi Kementerian untuk menggunakan khidmat perunding seperti McKinsey & Co
yang dibayar RM20 juta untuk menyediakan PPPM, seolah-olah kita tidak mempunyai pegawai yang
mampu melakukan kerja tersebut.Apakah fungsi Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD) dalam Kementerian Pendidikan jika tidak untuk merangka dasar?
Selain McKinsey, Kementerian juga telah membelanjakan RM270 juta untuk melantik tiga syarikat
perunding British Council, Brighton Education Group dan SMR HR Group untuk menyediakan mentor
penutur jati bahasa Inggeris dari luar negara bagi membimbing dan meningkatkan kapasiti guru Bahasa
Inggeris di sekolah rendah yang terpilih. Dalam program yang berlangsung sepanjang tiga tahun ini,
seramai 360 mentor telah dilantik, iaitu dengan kos RM21,000 sebulan untuk setiap mentor. Apakah hasil
yang dicapai daripada program ini dan adakah ia setimpal dengan perbelanjaan yang begitu besar?
Adakah program ini akan dilanjutkan setelah tamat tempohnya pada tahun ini?

Pada masa yang sama, ketidakcekapan pengurusan kewangan bukan sahaja terserlah dalam pelaksanaan
projek-projek yang tidak wajar, tetapi juga dalam kegagalan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang.
Sebagai contoh, dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri mencadangkan penubuhan
projek perintis taska OKU bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi down syndrome,
autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan masalah pembelajaran. Ini merupakan satu projek yang
sangat penting, sekiranya kita mahu memastikan matlamat tiada anak yang ketinggalan itu
dicapai.Malangnya, projek perintis ini sudah lenyap daripada pengetahuan awam.
Oleh itu, sudah tiba masanya Kerajaan merubah pendekatan pendidikan, khususnya dalam soal
perbelanjaan.Kerajaan harus lebih bertanggungjawab dalam tadbir urus kewangan, dan menghentikan
obsesi kepada projek besar dan pergantungan kepada khidmat nasihat perunding luar.Sebaliknya,
Kerajaan harus menumpukan perhatian kepada perkara pokok dan menangani punca dan bukan sekadar
mengubati masalah yang timbul.
Lebih daripada itu, Kerajaan juga harus menghayati bahawa peranan pendidikan itu bukanlah sekadar
penjana pekerja dan masyarakat yang patuh, tetapi sebagai satu cara untuk membebaskan dan
memperkasakan rakyat.
Bak kata pendidik terulung Paulo Freire dalam bukunya Pedagogy of the Oppressed:
Education either functions as an instrument which is used to facilitate integration of the younger generation
into the logic of the present system and bring about conformity or it becomes the practice of freedom, the
means by which men and women deal critically and creatively with reality and discover how to participate in
the transformation of their world.
Sekian, terima kasih.
[1] Falsafah Pendidikan Kebangsaan,http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php
NB: This speech was delivered on 30 October 2013 in Parliament.
Kerajaan mempunyai pakar pendidikan sendiri dan tidak perlu khidmat nasihat perunding RM20 juta
September 26, 2013Malaysian Education Blueprint, McKinsey, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Pemandu, PPPM
Kami berasa amat hairan membaca maklumbalas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pendedahan bahawa syarikat perunding McKinsey & Co
telah dibayar RM20 juta untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025.
Menurut laporan media, beliau dipetik sebagai berkata, Saya percaya itu satu kadar yang berpatutan
sebenar pasal dalam mana-mana usaha yang kita buat pun, kita memerlukan beberapa pihak yang agak
lebih pakar membantu.[1]
Sememangnya kami tidak menafikan bahawa pandangan, pendapat dan analisa daripada pakar,
khususnya pakar pendidikan, adalah diperlukan.Namun begitu, kami mempertikaikan mengapa perunding
bukan pakar pendidikan telah dilantik sedangkan kerajaan mempunyai ramai pakar yang mampu
melaksanakan tugas tersebut.
Sebagai contoh, laporan akhir PPPM sendiri telah menyenaraikan sumbangan daripada pakar-pakar
tempatan, termasuk kajian oleh enam buah universiti awam tempatan, iaitu Universiti Malaya (UM),
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Penguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT).
Malah, Kementerian Pendidikan juga telah memperolehi khidmat nasihat antarabangsa daripada pakarpakar seperti Unesco, yang telah menyediakan laporan terperinci mengenai pembangunan kurikulum,
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pendidikan guru, latihan dan pendidikan teknik dan
vokasional; serta peperiksaan dan pentaksiran murid.

Selain itu, Bank Dunia (World Bank) juga telah menjalankan kajian menyeluruh ke atas perbelanjaan awam
(Public Expenditure Review) termasuk sektor pendidikan pada tahun 2011. Pada masa yang sama, Panel
Dialog Nasional Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan Tan Sri Dato Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin
juga telah menyediakan laporan hasil daripada mesyuarat-mesyuarat Townhall yang telah diadakan di 14
negeri.
Pemandu pula melaksanakan Makmal Pendidikan dengan sokongan pasukan NKRA Pendidikan.Makmal
tersebut diketuai oleh pakar-pakar tempatan daripada Kementerian pendidikan termasuk daripada Institut
Aminuddin Baki.Di samping itu, Panel Penilai Bebas Malaysia juga telah ditubuhkan di bawah pimpinan
Prof Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak. Panel Penilai Bebas Antarabangsa pula telah ditubuhkan dengan
keanggotaan pakar-pakar seperti Dr Andreas Schleicher (Ketua, Analisis dan Indikator, OECD), Dr ByongMan Ahn (Mantan Menteri Pendidikan Korea Selatan), Prof Michael Fullan (Penasihat Khas kepada
Premier dan Menteri Pendidikan Ontaria, Kanada) dan Prof Sing Kong Lee (Pengarah, Institut Pendidikan
Kebangsaan, Singapura).
Ketersediaan khidmat nasihat pakar-pakar di atas adalah bukti bahawa Kementerian sudah mempunyai
pakar pendidikan yang bukan sahaja mampu tetapi bertaraf antarabangsa.Justeru, mengapa perlunya
Kementerian melantik perunding McKinsey dengan jumlah RM20 juta?Adakah ini berpatutan?
Tambahan pula, sumbangan sebenar McKinsey yang bukan pakar dalam bidang pendidikan adalah
tidak jelas kerana tidak disenaraikan langsung dalam laporan PPPM. Jika McKinsey tidak menyumbang
dari segi input, adakah peranan mereka itu hanya sekadar menulis laporan sahaja?
Tampaknya, jelas bahawa khidmat perunding McKinsey adalah tidak perlu, bukan sahaja dari segi input
malah dari segi penyediaan laporan. Ini kerana Kerajaan mempunyai pelbagai jabatan dan agensi yang
tidak kurang kemampuannya, seperti pasukan NKRA dan NKEA Pendidikan (Pemandu), Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan atau EPRD (Education Planning and Research Division),
serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) yang ditubuhkan pada bulan April 2012.Apakah
Menteri tidak mempunyai keyakinan pada pakar-pakar dan pegawai-pegawai sendiri untuk menjalankan
tugas mereka?
Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang
Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera
SISTEM KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)
" SKPM adalah Salah satu adaptasi inovasi yang merupakan suatu pembangunan dalam sistem
pendidikan negara yang telah berjaya dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada
tahun 2003. SKPM telah pun diperakui dan diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah)."
TUJUAN SISTEM KUALITI PENDIDIKAN NEGARA
DOKUMEN SKPM

SKPM yang dibangunkan oleh JNJK adalah berupa suatu usaha penambahbaikan untuk
memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan dalam memainkan peranan untuk
menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti.
Pengenalan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010
Sejarah SKPM

JNJK memperkenalkan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP)
pada 2001.

Berdasarkan maklumbalas, SKPM telah dipermudahkan untuk menggantikan STKP pada 2003.

Pada tahun 2009/2010, SKPM disemak semula sejajar dengan Hala Tuju JNJK 2010-2015 dan
pengenalan NKRA berkaitan pendidikan - Tawaran Baru.
Tujuan SKPM 2010

Menetapkan satu nilai tara atau sukatan aras atau tahap kecemerlanagan yang dikehendaki atau
yang sepatutnya dicapai oleh sekolah.

Memerihalkan secara eksplisit maksud frasa "taraf (atau standard) pengajaran yang memuaskan"
seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 - Sub Seksyen 117 (a)

SKPM juga dapat meluaskan jangkauan tindakan JNJK dengan mengupayakan sekolah untuk
mengaplikasikan sendiri sisitem pemastian standard kualiti tanpa kehadiran Nazir Sekolah.

Satu inisiatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme warga pendidik di sekolah.

Mencetus kesedaran/gerakan memelihara kualiti pendidikan di sekolah melalui:

o
Memperkasakan sekolah selaras dengan perubahan/perkembangan/cabaran semasa seperti
globalisasi/ dunia tanpa sempadan (borderless world).
o
Memenuhi dasar negara seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
Wawasan 2020, Program Transformasi Kerajaan (GTP) misalnya NKRA, NKEA dan pembangunan modal
insan.
Kepentingan SKPM 2010

JNJK/ Bahagian KPM - Sebagai panduan untuk mengukur standard kualiti sekolah semasa
melaksanakan penaziran/pemantauan/penyeliaan.

Pihak sekolah - sebagai panduan pemastian kualiti pendidikan melalui:


o
Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM)

mengukur standard di sekolah

mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan isu


o
Penyediaan Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP)
Harapan daripada Penggunaan SKPM

Budaya mementingkan kualiti dalam pengurusan pendidikan di sekolah diperkukuhkan.

Sekolah yakin bahawa pemastian kualiti boleh diuruskan sendiri oleh pihak sekolah.

SKPM diterima oleh sekolah sebagai gagasan profesional lebih daripada gagasan pentadbiran
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada
sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun
2025.
Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan
sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan
dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP .
ASPEK DALAM PELAN PEMBANGUAN PENDIDIKAN ( PPP )
Secara umum, terdapat 9 perkara iaitu :
Memartabatkan profesion perguruan.

Meningkatkan kualiti guru

Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang

Kualiti dalam latihan perkhidmatan

Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru
16 orang pelajar.
Meningkatkan kepimpinan sekolah.

Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang
cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.

Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
Meningkatkan kualiti sekolah.

Meningkatkan kemudahan ICT disekolah

Kemudahan Internet dan jalur lebar


Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.

Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa

Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.


Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.

Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga


Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.

Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah


Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.

Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam
pekerjaan

Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan
kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.

Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.

Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan

Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.


Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) : Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar &
Guru!
Berita Semasa mencari-cari juga kalau-kalau laporan terbaru bagi ranking Sistem Pendidikan Malaysia
yang menduduki kedudukan kedua tercorot di Asia Tengara yang dikeluarkan melalui penarafan Program

Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) mendapat liputan dan diperbincangkan di media arus perdana baik
di Buletin Utama TV3, Berita Perdana RTM ataupun Utusan Malaysia. Malangnya, Berita semasa tidak
menjumpainya. Sejak..
Sejak daripada dahulu lagi, Berita Semasa perhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem
pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan
pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen.Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih
baik?
Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara
yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam.Vietnam dihadapan Malaysia?
Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang
panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau.uuuuuhhh tertinggal di belakang
Malaysia.Sekarang?
Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru
PISA 2012 ini dan memberikan beberapa lasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini :
1.
Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius
2.
Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman
3.
Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar
4.
Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan
pemahaman konsep kepada pelajar.
Semak Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA)
Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-guru yang
dipersalahkan.Patutkah?Kongsikan pendapat anda?
Menganjak pendidikan Negara Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Awal Pembangunan Pendidikan
Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.
KEMAJUAN DAN KEJAYAAN
Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu.
Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.
Enrolmen murid pada peringkat pendidikan rendah, termasuk di sekolah swasta, telah mencapai tahap
hampir sejagat, iaitu 96 peratus (%) berbanding hanya 40% pada tahun 1950. Kadar enrolmen pada
peringkat menengah rendah pula telah mencapai 91%, dan menengah atas 82%.Peningkatan yang
signifikan dalam enrolmen disusuli oleh peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah
meningkat daripada 88% pada tahun 1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini. Kadar
literasi dewasa juga telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada 52% semasa negara mencapai
kemerdekaan kepada 93% pada tahun 2010. Kesemua pencapaian ini amat membanggakan kita.
Kerajaan juga telah memperuntukkan secara tekal sebanyak 16% daripada bajet negara setiap tahun
untuk Kementerian Pelajaran.Pelaburan yang besar telah dibuat dalam latihan guru, emolumen dan
pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan yang telah berhasil meningkatkan penyertaan
murid pada peringkat pendidikan rendah dan menengah, termasuk di kawasan luar bandar dan
pedalaman.Hasilnya, jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar telah berkurangan. Dalam
peperiksaan UPSR, jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar telah berkurangan daripada 8% pada
tahun 2005 kepada 4% pada tahun 2011.
Mutakhir ini, berkat usaha gigih warga pendidik dan kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah
Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi sektor pendidikan, enrolmen murid prasekolah juga telah berjaya
ditingkatkan daripada 67% pada tahun 2009 kepada 77% pada tahun 2011. Penguasaan Literasi dan
Numerasi murid juga telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Berdasarkan keputusan
ujian LINUS 2011, kadar literasi murid kohort Tahun1 telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010,
kepada 95% apabila mereka berada di Tahun 2 pada tahun 2011. Begitu juga dengan kadar numerasi
murid kohort yang sama telah meningkat daripada 87% pada tahun 2010 kepada 97% pada tahun 2011.
Semua kejayaan ini adalah hasil komitmen dan usaha gigih para guru, ibu bapa, anggota masyarakat dan
kerajaan untuk meningkatkan pencapaian murid di negara kita.Namun, di sebalik lakaran kejayaan ini,
masih banyak lagi yang perlu kita capai. Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan
penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak
pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia.

Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke
hadapan.Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid
kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid
di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian
Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat
sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.
Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan
menuju negara maju.Tidak ada jalan pintas untuk kita melakukannya.Tidak ada tongkat ajaib yang boleh
menjelmakan hasil yang terbaik dalam sekelip mata.Sebaliknya, kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur
melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara.
PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, 2013-2025
BERTITIK tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula
sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011.Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah
dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil
oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang
diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta
yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai
pertubuhan dan individu.Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa
telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Kementerian juga
telah mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh UNESCO, OECD, Bank Dunia dan
Institusi-Institusi Pendidikan Tinggi Awam tempatan.
Hari ini, ketika kita masih lagi dalam semangat sambutan ulang tahun kemerderkaan negara yang ke-55,
tercatat satu lagi peristiwa penting dalam lembaran sejarah negara kita. Laporan Awal Pelan Pembangunan
Pendidikan yang akan memacu pendidikan negara ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf
antarabangsa. Pelan ini tidak ubah seperti satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan
pengharapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
MATLAMAT DAN PENDEKATAN
KEMENTERIAN Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara
yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping
itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti
nasional.
Dalam merangka Pelan ini, 9 bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian
Pendidikan Negara telah diperhalusi. Sembilan perkara tersebut ialah:
* Pertama, memartabatkan profesion keguruan;
* Kedua, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah;
* Ketiga, meningkatkan kualiti sekolah;
* Keempat, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran;
* Kelima, meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa;
* Keenam, mengukuhkan pelibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam
pendidikan;
* Ketujuh, meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran
kerja;
* Kelapan, memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber; dan
* Kesembilan, membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
Daripada keseluruhan 9 bidang keutamaan ini, Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu
dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebahagian daripada
anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan, manakala anjakan yang lain
merupakan perubahan operasi yang telah dan sedang dilaksanakan. Sama ada perubahan bersifat strategi
atau operasi, semuanya menggambarkan perubahan amalan semasa.
11 ANJAKAN
ANJAKAN PERTAMA (1) ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf
Antarabangsa.Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya
menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan

berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara
maju.
Sehubungan dengan itu, Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian
juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada
sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan
kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu ini, kementerian akan mengkaji kemungkinan
melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana. Ini termasuklah membenarkan
murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun
berbanding lima tahun sekarang, dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun berbanding
enam tahun.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh
menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras
tinggi.
Selain itu, tempoh pendidikan wajib juga akan dilanjutkan daripada 6 tahun sekarang kepada 11 tahun,
dengan disokong oleh pelbagai inisiatif untuk mengekalkan murid dalam sistem pendidikan, termasuk
memperluaskan laluan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.
Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan
akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus.
Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan
menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain.
Dari segi penguasaan bahasa, Kementerian akan melaksanakan AJAKAN YANG KEDUA (2), iaitu
memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan ini, Kementerian akan memperluas program LINUS supaya meliputi literasi
Bahasa Inggeris. Kementerian juga akan meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dengan
memastikan semua 70,000 orang guru bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam
tempoh dua tahun.
Guru yang tidak mencapai standard yang ditetapkan akan mengikuti latihan intensif untuk meningkatkan
kemahiran. Di samping itu, murid akan diberi pendedahan yang lebih meluas terhadap bahasa Inggeris
dengan memperkenalkan modul Sastera Inggeris yang akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah.
Bagi memantapkan penguasaan bahasa Malaysia di semua jenis sekolah, kementerian akan
memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi sekolah
jenis kebangsaan. Dengan pelaksanaan kurikulum standard ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah
kebangsan akan dimansuhkan mulai tahun 2017. Selain itu, Kementerian juga akan menggalakkan setiap
murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab serta bahasa
ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
Seterusnya, Kementerian akan melaksanakan ANJAKAN yang ketiga (3), iaitu melahirkan rakyat Malaysia
yang menghayati nilai. Dalam mengharungi dunia yang semakin mencabar hari ini, anak-anak kita perlu
memiliki nilai-nilai murni sejagat yang selaras dengan tuntutan moral, etika dan agama. Pada masa yang
sama, sebagai warganegara, anak-anak kita juga perlu sentiasa dipupuk dengan semangat patriotisme
untuk membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.
Untuk itu, menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan ini, kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan
Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang tahun 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role play),
simulasi, perbincangan, dan tugasan dalam kumpulan kecil. Selanjutnya, Kurikulum Pendidikan Islam akan
melibatkan tumpuan terhadap pemahaman nilai teras dan falsafah Islam serta agama-agama yang lain.
Bagi murid bukan Islam pula, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua
agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam
berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. Program-program yang sedia ada seperti
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan program 1Murid 1Sukan 1Kelab dan 1Badan
Berunifom juga akan diteruskan.Segala langkah yang akan diambil ini tidak akan berhasil tanpa sokongan
dan dokongan guru-guru yang berkualiti.
Sehubungan dengan itu, kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEEMPAT (4), iaitu meningkatkan
kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan. Anjakan ini adalah selari dengan
pandangan sebahagian besar peserta Dialog Nasional Pendidikan Negara yang mahukan kualiti guru

diberikan keutamaan. Untuk itu, kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan
dengan menyasarkan hanya 30% teratas daripada kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion
keguruan. Selain itu, bagi guru-guru yang sudah berada dalam sistem, kementerian akan mengukuhkan
pembangunan kerjaya berterusan guru-guru dengan melaksanakan program pembangunan kerjaya secara
in-situ di sekolah.
Untuk menyokong peningkatan prestasi guru, kementerian akan menyediakan laluan kerjaya guru
berasaskan kompetensi dan prestasi. Dalam hal ini, guru berprestasi tinggi akan berpeluang menikmati
kenaikan pangkat bermula daripada gred DG41 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu
kurang daripada 25 tahun yang merupakan purata tempoh kenaikan pangkat secara time-based yang baru.
Selain itu, kementerian akan memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran
dengan mengurangkan beban pentadbiran; memperluaskan laluan kerjaya guru untuk peranan
kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus; dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu
skim pensijilan yang dikaitkan dengan penguasaan kecekapan guru.
Seterusnya, ANJAKAN YANG KELIMA (5) ialah memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan
disetiap sekolah. Untuk itu, kKementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru
besar berasaskan kompetensi, serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan
guru besar mulai tahun 2013. Selain itu, kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar
cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar bertujuan untuk
meningkatkan prestasi sekolah.Kementerian juga akan menyediakan sokongan yang secukupnya kepada
pengetua dan guru besar untuk membantu mereka meningkatkan prestasi sekolah.
Untuk itu, Kementerian akan melakukan ANJAKAN YANG KEENAM (6), iaitu mengupaya JPN, PPD dan
sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Kementerian akan menempatkan
Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Specialist
Coaches atau SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement
Partners atau SiPartners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Para jurulatih ini
bertanggungjawab memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah, iaitu sekolah
yang berada dalam band 5, 6 dan 7. Satu projek rintis akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Kedah mulai
Januari 2013, manakala pelaksanaan seluruh negara akan bermula Januari 2014.
Selain itu, untuk meningkatkan autonomi sekolah, kementerian akan membenarkan fleksibiliti
pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan Sekolah Berprestasi
Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Amanah dan sekolah-sekolah yang menunjukkan peningkatan prestasi
yang ketara. Dari semasa ke semasa, lebih banyak sekolah akan diberikan hak membuat keputusan dan
akauntabiliti berdasarkan prestasi yang ditunjukkan. Dalam dunia yang pantas berkembang hari ini,
teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT mempunyai potensi yang besar untuk memacu proses
pembelajaran.
Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KETUJUH (7), iaitu memanfaatkan (ICT) bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran. Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran
pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi kesemua 10,000 buah sekolah yang dijangka
selesai sepenuhnya pada penghujung tahun 2013. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan
mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk pelaksanaan
pembelajaran secara interaktif.
Seterusnya, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KELAPAN (8), iaitu mentransformasi
kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran. Struktur organisasi kementerian akan
disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih. Lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD,
iaitu agensi utama dalam rantaian penyampaian pendidikan. Dalam konteks ini, PPD bukan lagi sematamata berperanan sebagai saluran penghubung antara kementerian dan sekolah, tetapi sebagai agensi
penting yang terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. Kementerian akan
mengekalkan fungsinya dalam perancangan makro dan penggubalan dasar, manakala JPN akan
memberikan tumpuan kepada penyelarasan dan penyampaian segala perancangan, serta menjadi
penghubung yang penting antara penggubal dasar dan pelaksana di peringkat bawah.
Menyedari hakikat bahawa proses pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah, tetapi turut merangkumi
aktiviti-aktiviti di luar sekolah yang melibatkan penyertaan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta,
kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEMBILAN (9), iaitu memperluaskan jalinan
kerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta. Kementerian akan memperluaskan capaian
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), untuk membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak

mereka di sekolah secara atas talian. Perhatian khusus akan diberikan kepada usaha membantu ibu bapa
luar bandar dan miskin bandar meningkatkan prestasi anak masing-masing.
Selain itu, pihak kementerian akan mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai
pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai tahun 2016. Untuk menggalakkan pelibatan sektor
swasta dan komuniti, kementerian akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah
menjelang tahun 2025 dengan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan yang
berpotensi sebagai penganjur.
Saban tahun, sekitar 16% daripada bajet negara diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran, dan jumlah
ini merupakan yang terbesar antara semua kementerian.Bajet pendidikan di Malaysia, sebagai sebahagian
daripada KDNK juga merupakan satu daripada yang tertinggi di dunia.
Untuk itu, kementerian akan melaksanakan ANJAKAN YANG KESEPULUH (10), iaitu memaksimumkan
pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Kementerian akan mengaitkan setiap program yang
dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak
rendah pada setiap tahun, seiring dengan anjakan pengurusan kewangan negara ke arah Bajet
Berasaskan Keberhasilan (Outcome-Based Budgeting). Kementerian juga akan meningkatkan kecekapan
dalam mengurus perbelanjaan dengan memberikan keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti
peningkatan kemahiran dan latihan guru.
ANJAKAN YANG KESEBELAS (11), iaitu yang terakhir, ialah meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Sepanjang pelaksanaan Pelan ini, semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan
telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian. Laporan Tahunan
mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan ini akan diterbitkan untuk tatapan umum mulai tahun 2013.
Kementerian juga akan melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi
memastikan pelan ini sesuai dengan sifat dinamis dan perkembangan semasa sektor pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan ini adalah satu dokumen komprehensif yang bukan sahaja mengenal
pasti bidang-bidang keutamaan dan meletakkan sasaran-sasaran yang hendak dicapai, malah turut
menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas, dan
menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Misalnya, rakyat boleh menjangkakan dalam Gelombang Pertama pelaksanaan, iaitu dari tahun 2013
hingga 2015, akan berlaku peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di
peringkat negeri dan daerah, dan mutu kepimpinan sekolah.
Dalam Gelombang Kedua pula, iaitu dari tahun 2016 hingga 2020, akan berlaku perubahan struktur sistem
pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar
menikmati pakej kerjaya baharu; bahagian-bahagian di Kementerian distruktur semula untuk menjajarkan
dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang Pertama; dan kurikulum sekolah rendah dan
menengah disemak semula untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia
hari ini.
Manakala dalam Gelombang Ketiga, iaitu dari tahun 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua
atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Kementerian akan memberikan
tumpuan kepada usaha meningkatkan keluwesan operasi dan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada
model pengurusan berasaskan sekolah, serta membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan
inovasi dalam pengajaran.
Keseluruhan anjakan ini akan memberikan impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan
negara. Sekiranya kesemua 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang kita akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem
pendidikan negara, iaitu daripada pendidikan yang berfokuskan akses kepada pendidikan yang
berfokuskan kualiti.
Untuk itu, sepanjang tempoh pelaksanaan, pegawai-pegawai di Kementerian, khususnya kumpulan
pengurusan tertinggi, mempunyai KPI masing-masing yang dikaitkan dengan pencapaian setiap sasaran
yang ditetapkan. KPI ini akan disebarkan ke peringkat bawah, dari Kementerian hingga ke sekolah, untuk
memastikan matlamat yang hendak dicapai adalah tekal dan selari.
Selain itu, Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampkian Pendidikan (Education Delivery Unit) untuk
memacu pelaksanaan Pelan ini. Unit ini akan bertanggungjawab memantau kemajuan, menyelesaikan isu
pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklumbalas

secara berterusan. Pegawai yang ditempatkan di unit ini akan terdiri daripada mereka yang berbakat besar
dan berpengalaman luas dalam mengurus transformasi, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta.
Dalam konteks ini, Pelan ini agak berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Di
samping menghuraikan hasrat dan sasaran yang hendak dicapai, Pelan ini lengkap dengan kaedah
pelaksanaan, dan strategi penyampaian yang jelas.Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas
Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan kita telah dilakukan dengan amat teliti, dan kualiti
analisanya menepati standard antarabangsa.
Inilah julung-julung kali dalam sejarah negara kita, satu pelan pembangunan pendidikan untuk rakyat
disediakan hasil rundingan awam secara telus dan terbuka. Sukacita saya maklumkan di sini bahawa
sehingga kini, lebih 90 peratus pandangan yang dikemukakan oleh orang ramai menerusi siri jelajah Dialog
Nasional Pendidikan Negara telah diambilkira dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan yang
saya bentangkan pada hari ini.
Selepas ini, kementerian akan mengadakan Hari Terbuka untuk membolehkan masyarakat umum meneliti
kandungan Pelan ini, mendapatkan penjelasan dan mengemukakan maklum balas lanjut kepada kerajaan.
Saya percaya, apabila pelan ini dibentangkan kepada Kabinet kelak dan dimuktamadkan pada bulan
Disember nanti, apa yang terhasil adalah satu pelan pendidikan yang sarat dengan cita-cita dan harapan
rakyat. Inilah tanda kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak, untuk menzahirkan matlamat Dasar Transformasi Nasional yang berasaskan
jangkaan dan pengharapan rakyat.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2025: SUATU ANALISIS
.
Saya tertarik untuk mengulas tentang kedudukan Malaysia dalam pendidikan dalam ranking antarabangsa
berdasarkan laporan McKinsey yang diketuai Sir Micheal Barber. Kedudukan Malaysia telah jatuh dari
kategori Fair dengan markah 470 dalam laporan yang sama yang dikeluarkan 2010 kepada kategori Poor
dengan markah 410 yang dikeluarkan 2012. Standard pendidikan antarabangsa ukuran McKinsey dibuat
berdasarkan lima kategori iaitu excellent (>560), great (520-560), good (480-520), fair (440-480) dan poor
(<440). Laporan yang dikeluarkan 2012 adalah berdasarkan pengukuran 2009+ sedangkan laporan 2010
berdasarkan pengukuran 2006+ semasa kita belum menyertai PISA.
Ukuran di atas adalah skor universal ciptaan McKinsey berdasarkan kaedah Hanushek R. Woessman ke
atas empat pentaksiran yang diskalakan termasuk PISA (Program for International Student Assessment),
TIMSS (Trend in International Mathematics and Science Study), NAEP (National Assessment of
Educational Program) dan lain-lain pentaksiran yang dinormalkan menjadi skala universal.
Saya pernah meramalkan kedudukan kita akan turun walaupun tidak berani menyatakannya kepada
sesiapa berdasarkan beberapa faktor. Namun seperti diakui YAB TPM dan disokong YAB PM kita tidak
perlu bimbang keadaan itu kerana ukuran PISA hanya sebagai sebahagian ukuran pencerapan (observed
measure) yang tidak bebas daripada ralat pengukuran. Berdasarkan indikator-indikator lain kita masih
berada pada kedudukan yang baik berbanding negara lain.
Antara empat pentaksiran itu, ukuran yang benar-benar mencerminkan standard pendidikan di Malaysia
dalam laporan McKinsey adalah TIMSS dan pentaksiran lain yang diuniversalkan. Malaysia hanya mula
menyertai PISA tahun 2010 untuk subjek Science.Oleh kerana penyertaan kita dalam PISA masih baru
sekali masih ada ruang untuk kita memperbaiki kedudukan.
Penyertaan negara lain dalam PISA menunjukkan perbezaan signifikan bukan sahaja dari segi pencapaian
dalam pembelajaran malahan mempengaruhi amalan pendidikan negara berkenaan. Sistem pendidikan
negara-negara atau bandaraya yang berada pada kedudukan tertinggi iaitu Shanghai (578 excellent),
Hong Kong (547 great), Finland (545), Singapura (544) dan Korea Selatan (540) bukan sahaja aktif
dalam PISA malahan menjadikan amalan pengajaran dan pembelajaran mereka ke arah pemupukan
kemahiran berfikir aras tinggi seperti diukur dalam PISA.
Kecuali Finland negara-negara di atas terkenal dengan peperiksaan kebangsaan berpusat seperti
Malaysia.Mereka menjadikan kejayaan dalam peperiksaan yang high stake sebagai suatu
perjuangan.Kadar kematian membunuh diri kerana gagal dalam pendidikan yang diukur dari kegagalan
dalam peperiksaan di Korea tertinggi di dunia iaitu 250 setahun. Jepun dan Taipei juga dalam kelompok
yang sama.

Kedudukan Finland selaku pengamal decentralization dan school based assessment terulung di dunia
telah jatuh dari excellent (561) ke great (545) diambil alih oleh Shanghai yang pertama kali memasuki
saingan. Hal ini memberi isyarat kepada kita bahawa peperiksaan kebangsaan seperti UPSR dan SPM
masih signifikan menentukan kejayaan dalam pendidikan negara. Namun mengambil contoh negaranegara Asia Timur, sistem pentaksiran kita perlu lebih mirip PISA iaitu mengukur high order thinking skill
supaya anak didik kita lebih kreatif, kritis dan inovatif seperti saranan YAB PM dan TPM.
Untuk persiapan ke arah itu guru memainkan peranan yang amat penting supaya murid bukan sahaja
ditaksir kemahiran berkenaan dalam peperiksaan kebangsaan malahan mereka benar-benar belajar dan
diajar dengan sempurna.
Saya pernah menyarankan kita menyertai PISA sejak 2003 lagi tetapi pada masa itu belum ada
rezeki.Saya pernah menulis artikel tentang PISA ciptaan OECD (Organization of Economic Cooperation
Development) sebuah pertubuhan ekonomi yang menjadikan pendidikan sebagai salah satu komoditi. Hal
ini sesuai dengan ucapan YAB PM hari ini bahawa asas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bukan
lagi sumber asli tetapi cluster of knowledge, technology and innovation.
Sir Micheal Barber pernah menyatakan "The combination of public with private, technology with teaching
and evidence of what works with innovation are the keys to unlocking human potential around the world in
the next decade".
Apabila saya menyatakan peperiksaan kebangsaan penting dan perlu dipertahankan tidak bermakna
pentaksiran berasaskan sekolah tidak penting.Ia penting bagi tujuan yang sama melahirkan modal insan
seimbang kecemerlanganya, berdaya maju, boleh dipasarkan dan menjadi warga negara yang baik bukan
sahaja di peringkat akhir persekolahan tetapi sepanjang persekolahan.
Sama seperti muridnya yang menjadi subjek utama pendidikan, sistem pendidikan negara juga amat wajar
diperiksa bukan sahaja secara dalaman yang berterusan tetapi juga secara luaran yang berkala dan
sumatif sifatnya. Socrates dipetik oleh Plato dalam Apology sebagai berkata The unexamined life is not
worth living.
Pendidikan, dan ke mana arah tuju kita? Syed Ahmad Safwan Syed Ahmad
Published: 28 December 2013
Setiap kali keputusan peperiksaan umum dikeluarkan, kerap kali kita diberitakan dengan peningkatan
prestasi yang telah berjaya dicapai berbanding tahun-tahun sebelumnya, baik dalam UPSR, PMR dan
SPM.Ia adalah suatu menggembirakan buat semua pihak; termasuk sekolah, guru, ibu bapa.
Berdasarkan keputusan PMR bagi tahun 2013 yang diumumkan baru-baru ini, jumlah keseluruhan pelajar
yang mendapat semua 'A' mencatat kenaikan sebanyak 0.51% atau 514 pelajar berbanding tahun
sebelumnya.
Ia menunjukkan pencapaian semakin baik secara keseluruhannya. Keputusan ini tidaklah menghairankan
memandangkan kita juga menjangkakan peningkatan pencapaian seperti beberapa tahun kebelakangan.
Namun, kita perlu jujur dan berani dalam membuat analisa. Walaupun setiap pihak menyatakan bahawa
pendidikan kita adalah antara yang terbaik di dunia, setaraf dengan negara-negara maju, kita sendiri masih
perlu jawab satu persoalan, adakah ia terbukti benar?
Laporan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) yang terbaru, menunjukkan Malaysia
memperolehi peningkatan yang sedikit dalam kategori Matematik, dan mencatat penurunan dalam Sains
dan Bacaan.
Laporan untuk tahun kedua Malaysia berada dalam penilaian ini, melaporkan Malaysia mendapat 421 mata
untuk Matematik, 420 untuk Sains, dan 398 untuk Bacaan berbanding 404 untuk Matematik, 422 untuk
Sains dan 414 untuk Bacaan pada tahun pertama, 2009.Ini sesuatu yang membimbangkan, kerana ia
adalah tidak selaras dengan dapatan untuk analisa pencapaian dalam UPSR, PMR mahupun SPM.
Berdasarkan mata pencapaian tersebut, pelajar kita ketinggalan beberapa tahun persekolahan, berbanding
negara-negara lain di Asia Tenggara.Juga, antara kesemua negara Asean yang menyertai penilaian
tersebut, kita hanya berada di atas Indonesia.

Matematik/
Mata dicapai

Membaca/
Mata dicapai

Sains/
Mata dicapai

Singapura

573

542

551

Vietnam

511

508

528

Thailand

427

441

444

Malaysia

421

398

420

Indonesia

375

396

382

Purata mata negaranegara OECD

494

496

501

Untuk setiap 38 mata, ia bersamaan dengan beza setahun waktu persekolahan. Mudahnya, murid 15
tahun Malaysia tertinggal 2 tahun setengah berbanding pelajar di Vietnam negara yang sudah pasti kita
tidak jangka akan mengatasi pencapaian negara kita.
Murid Tingkatan 3 kita juga hanya setaraf dengan murid 10 tahun di Singapura negara jiran yang begitu
dekat geografinya, namun meninggalkan kita jauh di belakang dalam prestasi pendidikan.
Yang saya kemukakan sebelum ini, cumalah secebis dari penilaian terhadap murid berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara sendiri, iaitu aspek Intelek.Belum lagi melihat aspek Jasmani, Rohani mahupun Emosi.
Bukan tujuan tulisan ini untuk kita bincangkan semua itu.Tulisan ini juga bukan cadangan untuk kita meniru
dan mengambil sistem mereka untuk kita aplikasikan di tempat kita.Ia bukan saranan untuk menghantar
anak-anak ke negara luar untuk mendapat pendidikan. Ini adalah seruan untuk kita semua muhasabah,
dan merenung bagaimanakah hasil sistem pendidikan yang sekian lama negara kita jalankan.Ia adalah
proses yang biasa namun perlu, untuk mencari harapan baru demi generasi masa hadapan.
Kita tidak mahu menjadi jaguh kampung, serta cuma mampu dipuji diri sendiri, namun gagal bertanding di
arena yang lebih besar.Ini dibuktikan sekali lagi melalui graf pencapaian peperiksaan umum yang
dikeluarkan Lembaga Peperiksaan makin meningkat namun semakin mundur dalam kedudukan menurut
skala antarabangsa.
Kontradiksi yang ada cukup menyakitkan.Saya juga sebenarnya masih tercari-cari, apakah sisi kekuatan
pendidikan kita.Jika akademik yang dipentingkan, mana hasilnya?Pemikiran yang kritis dan kreatif,
adakah?Atau mungkin secara rohani melalui pendidikan keagamaan? Saya masih ragu...
Kalau kita betul-betul serius ingin selesaikan kemelut ini, maka kita dengan ikhlas perlu segera mengakui
krisis yang kita sedang hadapi. Kata Dr. Siddiq Fadzil, "Kita sombong untuk akui adanya krisis." justeru kita
tidak berbuat apa-apa dek anggapan sebenarnya tiada krisis pun!
Apa masalahnya?
Menurut Laporan Bank Dunia 24 Disember, akses kepada pendidikan di Malaysia adalah tinggi, namun
akses sahaja tidak cukup.Ia perlu namun, akses sahaja tidak mampu membawa apa. Kunci kepada
perubahan pendidikan adalah institusi, dan bukan kuantiti bahan ajar ataupun sumber kewangan.
Laporan yang sama juga menunjukkan kedudukan Malaysia yang menyediakan dua kali ganda sumber
kewangan kepada sektor pendidikan dan dengan silibus pengajaran yang kian bertambah berbanding
negara Asean yang lain, namun kekal tidak mampu memberi kesan yang jelas.
Sistem kita terlalu "berpusat" sehingga mewujudkan ketandusan kreativiti dan inovasi.Di sekolah, idea
terbantut dan tenaga yang ada tidak mampu digunakan sepenuhnya kerana pada kebanyakannya, perlu
akur pada arahan dan peraturan yang sedia ada.Dan segalanya serupa di mana-mana sekolah.
Cara di bandar, secara kasarnya serupa dengan di kampung.Ia mungkin mencerminkan keselarasan
namun, ia tidak semestinya sesuatu yang baik.
Oleh itu, sewajarnya cadangan memberi autonomi yang lebih banyak kepada sekolah juga perlu
dipertimbangkan secara serius. Ini akan membantu meningkatkan kebersamaan sekolah dan tenagatenaga yang ada untuk lebih memajukan institusi masing-masing melalui sentuhan yang bersesuaian
mengikut keperluan.
Guru-guru terlalu disibukkan dengan masalah administratif dan kerja-kerja perkeranian, manakala anakanak murid dibebankan dengan ujian selepas ujian sehingga Cinta sebagai falsafah makin jauh daripada
wujud.Kerana terlalu sibuk dengan persaingan dengan rakan-rakan sekelas, murid-murid yang miskin,

yatim, dan kekurangan juga semakin terpinggir.Sistem kita menyediakan terlalu banyak ujian, sehingga
mengurangkan masa untuk pendidikan.
Ya, pendidikan sebagaimana yang Malek Bennabi takrifkan iaitu memanusiakan manusia.Hasilnya,
keluaran sekolah kita menjadi berpelajaran namun jauh sekali berpendidikan.
Apakah 'cinta' solusi terbaik?Melihat kepada negara-negara seperti Finland - antara negara yang diiktiraf
beberapa tahun kebelakangan ini sebagai memiliki pendidikan terbaik dunia, kita tidak boleh meniru bulatbulat segala yang mereka lakukan.Seperti kata YB Nurul Izzah, "Menjadi futuristik tanpa pengetahuan
adalah seperti menuju pasir jerlus!"Ini juga mengambil kira cadangan Malek Bennabi bahawa kita perlukan
pengadaptasian mengikut suasana masyarakat dan keperluan negara sendiri.Ia adalah kriteria penting
untuk melakukan perubahan kepada struktur sosial.
Untuk Malaysia, kita sudah semestinya ingin identiti agama, budaya serta bangsa yang sedia ada terus
dikekalkan malah diperkukuh.Pendekatan TFTN yang mencadangkan Falsafah Cinta dalam Pendidikan
juga amat menarik dalam usaha menjadikan sekolah-sekolah yang kini dilihat sebagai hambar, dan
membosankan selain "menyeksa", menjadi institusi mulia yang wajib menyeronokkan.
Kesannya juga amat besar terhadap pendidikan itu sendiri.Nilai Cinta yang mempunyai takrifan yang
sangat luas telahpun ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Baginda amat kaya dengan kasih sayang sepanjang usaha pendidikan baginda mendidik umat ketika
itu.Bukankah Melayu juga jelas terbukti Cinta dalam pendidikan, melalui perkataan "anak murid" yang jelas
menunjukkan ikatan yang kukuh dan rapat?Saya juga percaya, Cinta adalah unsur yang kuat dalam manamana kepercayaan.
Melalui Mazhab Cinta Dalam Pendidikan yang dicanangkan TFTN, anak-anak tidak perlu untuk bersaing
sesama mereka. Dengan itu, tiada yang akan ditinggalkan.
Yang lebih pandai, tidak pula perlu diasingkan. Yang diajar, adalah untuk punya rasa cinta terhadap rakan
yang kurang pandai, dengan harapan mereka akan saling membantu untuk sama-sama berjaya.
Dalam Mazhab Cinta juga, murid dididik untuk melihat manusia dengan hati, dan bukan sekadar
mata.Untuk mengejar kebahagiaan, dan bukanlah kekayaan material.Setelah itu, yang terhasil adalah
pendidikan yang tulus, untuk membantu, merungkai dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Bukan berfikir bagaimana mahu kaya sebelum umur 30 semata-mata!
Mazhab Cinta juga mementingkan pembelajaran yang berasaskan cinta kepada ilmu, dan bukannya untuk
peperiksaan.
Guru yang mengajar kerana "cinta" akan anak didik, bukan semata-mata memenuhi duit sambil menantinanti gaji.
Juga mengharapkan politikus yang merangka polisi pendidikan, kerana cinta akan anak bangsa, bukan
untuk kepentingan mana-mana pihak yang khusus dan tertentu.
InsyaAllah, kejayaan akan terhasil selepas semua pihak rasa "cinta" dalam diri masing-masing,
menghidupkannya, sehingga lahirnya perasaan untuk menjalankan tanggungjawab yang terpikul.
Semoga anak-anak murid itu diraikan potensi-potensi tanpa batasan mereka, dan pilihan mereka juga
diraikan - tidak kira dalam sastera mahupun sains tulen, sambil kita biarkan mereka meneroka dan
mencari...
"Makin ramai yang bercinta, makin cerah dan berjaya pendidikan negara!" Zulfikri Zamir
* Penulis adalah pelajar A-Level persiapan ke Jerman dan merupakan sukarelawan TFTN.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pendidikan-dan-ke-mana-arah-tuju-kitasyed-ahmad-safwan-syed-ahmad#sthash.unfDUvyX.dpuf
Krisis Pendidikan Negara Zairil Khir Johari
7 Februari 2014
Kini sudah ternyata bahawa sistem pendidikan Malaysia berada dalam keadaan krisis ekoran keputusan
kajian Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012 yang dikeluarkan pada awal Disember lepas.
Laporan PISA merupakan sebuah kajian yang dijalankan tiga tahun sekali oleh badan antarabangsa
Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang melibatkan 510,000 murid berusia
15 tahun dari 65 buah negara dari seluruh dunia.
Dalam edisi terkini, Malaysia mendapat tempat ke-55 secara keseluruhan, lantas meletakkan Malaysia
dalam kelompok 20 peratus tercorot daripada 65 buah negara yang dikaji. Lebih teruk lagi, prestasi murid
kita adalah lebih rendah berbanding dengan negara jiran seperti Singapura (ke-2), Vietnam (ke-17) dan
juga Thailand (ke-53).

Walaupun murid Malaysia mencatatkan peningkatan dalam Matematik berbanding kajian 2009, namun
peningkatan skor hanya sedikit, daripada 404 kepada 421, dan masih jauh di bawah paras 494, iaitu skor
purata bagi negara-negara OECD.
Sementara itu, Vietnam yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi, berjaya
mencapai skor purata 511 dalam Matematik, sekaligus membuktikan bahawa reformasi pendidikan yang
dilaksanakan di negara itu beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengasah kebolehan kognitif murid
mereka sehingga setanding dengan negara-negara maju seperti Jerman dan Australia.
Pelajar Vietnam juga menunjukkan keputusan cemerlang dalam Bacaan (508) dan Sains (528), yang
masing-masing melebihi purata negara OECD, iaitu 496 dan 501. Malangnya, hal yang sama tidak
ditunjukkan oleh murid kita. Misalnya, skor Bacaan kita mencatatkan keputusan yang memalukan 398
(Thailand mencatatkan 441) iaitu lebih rendah daripada keputusan kita pada tahun 2009 apabila kita
mencapai 414. Hal ini juga sama bagi Sains, di mana murid Malaysia hanya mencatat 420, sekali lagi
menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lalu.
Lebih mendukacitakan lagi, prestasi murid kita yang lemah ini bukanlah sesuatu yang terpencil, tetapi
sebenarnya sebahagian daripada corak penurunan yang jelas dilihat dalam kajian-kajian lain seperti Trend
in International Maths and Science Study (TIMSS) yang dilakukan empat tahun sekali.
Belanja melebih, prestasi mengurang
Keputusan murid negara kita dalam kajian-kajian antarabangsa seperti PISA dan TIMSS tidaklah terlalu
mencolok mata sekiranya tidak dilihat bersama jumlah besar yang dilaburkan dalam sektor pendidikan
sejak kebelakangan ini.
Dalam belanjawan terbaru Persekutuan, RM54 billion atau 21 peratus daripada jumlah perbelanjaan
negara telah diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE) bagi tahun 2014, iaitu peruntukan
kementerian yang paling besar. Malah, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah
mengakui bahawa perbelanjaan pendidikan awam di negara kita dari segi peratusan KDNK adalah lebih
dua kali ganda purata negara-negara ASEAN, serta melebihi negara-negara OECD dan Harimau-harimau
Asia seperti Korea, Hong Kong, Jepun dan Singapura.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaburan yang besar dalam pendidikan tidak semestinya diterjemahkan
kepada hasil yang lebih baik. Misalnya, keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini
menunjukkan penurunan prestasi dalam kertas Bahasa Inggeris meskipun MOE menghabiskan RM270
juta untuk melantik tiga firma perunding selama tempoh tiga tahun yang lalu untuk menyediakan mentor
asing Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
kebangsaan.
Maka, persoalannya bukan apakah kita cukup berbelanja, tetapi apakah perbelanjaan kita itu berbaloi
dengan harga.
Pada tahun-tahun akan datang, kerajaan akan melabur berbilion-bilion ringgit dalam pelbagai projek besar
seperti 1BestariNet, yang melibatkan pemasangan jalur lebar berkelajuan tinggi di semua 10,000 sekolah
di seluruh negara, penubuhan sistem Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) untuk
membawa murid kita ke zaman siber, serta projek 1 Murid 1 Peranti yang akan membekalkan kesemua
murid kita dengan peralatan komputer.
Sama ada pelaburan infrastruktur yang mewah ini dapat meningkatkan prestasi murid kita masih menjadi
tanda tanya. Namun yang pasti, jika sejarah lampau boleh dijadikan sebagai petunjuk, kita boleh yakin
bahawa lebih banyak dana awam akan dibazirkan manakala masa depan anak-anak kita dikorbankan.
Apabila yang terbaik tidak cukup baik
Sebagai cubaan menyedapkan hati, ada pihak telah mencadangkan bahawa walaupun skor purata murid
Malaysia tidak cemerlang, masih ada golongan tertentu yang mencapai keputusan yang baik.Sebagai
contoh, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pernah dipetik sebagai berkata bahawa
terdapat segelintir sekolah dan murid kita yang mampu bersaing dengan yang terbaik di dunia.
Oleh itu, masalah yang dihadapi negara kita boleh dianggap sebagai masalah jurang antara bandar dan
luar bandar, di mana sekolah-sekolah bandar yang lebih lengkap prasarananya, dengan guru yang lebih
cekap dan persekitaran pembelajaran yang lebih sesuai untuk menelaah pembelajaran, mampu
menghasilkan keputusan yang lebih baik. Walaupun ini adalah satu kesimpulan yang agak nyata, namun
adakah murid yang paling berkemampuan ini benar-benar berdaya saing?

Menurut analisis keputusan PISA oleh portal berita antarabangsa The Huffington Post, apabila skor
Matematik dibandingkan dengan latar belakang sosio-ekonomi murid tersebut, adalah didapati bahawa,
secara umum, andaian ini adalah benar: lebih kaya murid, lebih baik keputusan.
Hal ini tampaknya benar di Malaysia, di mana keputusan menunjukkan jurang yang ketara antara prestasi
10 peratus murid terkaya dengan baki murid yang lain. Ini tidak mengejutkan kerana murid dari latar
belakang sosio-ekonomi atasan dapat menikmati kemudahan sekolah yang lebih moden, guru yang lebih
berkualiti, kelas tambahan dan sebagainya. Mereka juga berkemungkinan besar berpendidikan swasta
atau mendaftar di sekolah berasrama elit.
Namun, ukuran sebenar dilihat dalam perbandingan dengan negara-negara lain. Daripada analisis,
didapati bahwa skor purata bagi 10 peratus murid yang terkaya di Malaysia sebenarnya lebih rendah
daripada skor purata murid termiskin dari berbagai negara Asia seperti Singapura, Hong Kong, Korea dan
Macau (lihat Rajah 1).

Sumber: The Huffington Post (terj.)


Lebih mengejutkan lagi, didapati bahawa 10 peratus murid terkaya Malaysia hanya berupaya untuk
melebihi sedikit prestasi 20 peratus murid termiskin Vietnam, iaitu sebuah negara yang mempunyai KDNK
per kapita enam kali lebih rendah berbanding kita.
Dalam erti kata lain, kemerosotan murid negara kita bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid
kebanyakan, bahkan murid dari keluarga berpendapatan tertinggi yang mempunyai segala kemewahan
dan kemampuan juga masih jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan serantau mereka yang berasal dari
keluarga-keluarga yang termiskin.
Masa depan yang suram
Prestasi lemah pelajar Malaysia, khususnya dalam Matematik, amat membimbangkan memandangkan
penguasaan dalam mata pelajaran ini dianggap oleh OECD sebagai kunci kepada masa depan yang
positif, kerana ia mempengaruhi keupayaan remaja untuk mengambil bahagian dalam pengajian tinggi di
samping mencapai pendapatan yang diingini. Tambahan pula, Kajian Kemahiran Dewasa oleh OECD juga
menunjukkan bahawa kemahiran matematik yang lemah akan menghalang ketercapaian masyarakat
kepada gaji yang lebih tinggi serta pekerjaan yang lebih memuaskan.

Hal ini bermaksud Malaysia sedang menghadapi krisis yang membimbangkan dalam pendidikan dan
sekiranya tidak ditangani, maka ia akan membawa kepada kesan jangka panjang yang negatif ke atas
pembangunan ekonomi.
Dalam dunia yang global dan penuh cabaran ini, kegagalan untuk bersaing akan melumpuhkan harapan
Malaysia untuk menjadi ekonomi berpengetahuan tinggi, serta menakdirkan negara kita untuk terus terjerat
dalam perangkap pendapatan sederhana buat selama-lamanya. Roketkini.com

Anda mungkin juga menyukai