Anda di halaman 1dari 1

Reakreasi Matematik

Cuba cari pasangan saya, masih ingat posisi saya di mana?


Tujuan: Mencari pasangan pecahan termudah melalui daya ingatan
Bahan Rekreasi: Kad Pecahan termudah

Panduan bermain:
1. Guru memberikan arahan bahawa para murid akan bermain satu
permainan berkaitan pecahan termudah.
2. Setiap kad ini mempunyai 8 buah kad pecahan termudah.
3. Permainan ini hanya boleh dimainkan 2 peserta sahaja.
4. Kad yang disediakan haruslah bertaburan dan berselerak sebelum
bermain supaya pasangan pecahan termudah tidak mudah
dicarikan.
5. Selepas itu susunkan kad tersebut di mana pecahan-pecahan
termudah yang disediakan diterbalikkan supaya para murid tidak
dapat melihatnya.
6. Permainan ini dimainkan secara bergilir-gilir.
7. Setiap murid diberi satu peluang untuk mencarikan pasangan
pecahan termudah.
8. Jika kedua-dua kad yang diterbalikkan adalah pecahan termudah,
maka murid boleh mengumpulkan kad tersebut.
9. Manakala, kad yang diterbalikkan bukan pasangan pecahan
termudah yang betul, kad tersebut akan ditutup semula.
10. Pemenang akan ditentukan dengan bilangan pasangan kad
yang berjaya dikumpul oleh murid tersebut.

Anda mungkin juga menyukai