Anda di halaman 1dari 7

BAB 4 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) 4.

0 DEFINISI RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluankeperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluankeperluan individu murid kurang upaya. Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid. Melalui RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.

4.1 BIODATA MURID BIODATA MURID

Nama Murid Tarikh Lahir Tempat Lahir Umur Darjah Bangsa Agama Alamat Rumah Nama Bapa Pekerjaan Nama Ibu Bil.Adik-beradik

: Suganthan a/l Vellan : 24.11.2004 : Johor Bahru : 8 Tahun :2 : India : Hindu : No,4316 Taman Seri Hilir, On Lok Jasin, Melaka : En.Velan a/l Ramasamy : Buruh : Pn.Amirtham ( Meninggal Dunia) :3

4.3 ANALISA

Saya telah memnjalankan kajian ke atas seorang murid lelaki yang bernama suganthan a/l Velan. Nurid ini berumur lapan tahun dan tinggal bersama bapa , nenek dan dua orang adik-beradik. Murid ini belajara di dalam darjah 2. Murid ini suka mengganggu keteneraman kelas. Dia suka keluar dari kelas dan merayau-rayau, suka memukul rakan-rakan yang lain. Murid ini merupakan seorang murid yang slow learner. Dia juga tidak suka melakukan aktiviti menulis. Saya juga telah menjalnkan temuramah dengan murid berkenaan secara individu. Selain itu, saya menjalankan temubual dengan bapa dan neneknya. Mereka sangant sedih hati tentang sikap Sugantan.Ayah dan neneknya juga berjanji akan bekerjasama demi kemajuan anaknya. Sugantan tidak suka menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa p&p berlangsung.Dia suka mengganggu rakan-rakan disebelahnya. Namun begitu, dia juga merupakan seorang kanak kanak yang mampu menguruskan dirinya dan diri adiknya. Setelah ibunya meninggal dunia Suganthan tinggal bersama ayah dan neneknya.Neneknya telah melatihnya untuk berdikari. Walaupun dia mempunyai masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran namun kasih sayang terhadap kedua-dua adiknya juga adalah baik. Pelbagai kaedah dan teknik dijalankan demi kemajuan murid ini. Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) telah membantu saya dalam menganalisis serta mengubah Sugantan. Menurut Meese (2001), kanak-kanak bermasalah memerlukan pembelajaran boleh diajar menggunakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanakkanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.b)Pengajaran Secara IndividuZakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka

memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu tutoring, , Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui tutoring tidak bersesuaian atas murid Sugantan kerana ianya tidak bersesuaian dengan tahap murid tersebut. Penggunaan Bahan Bantu mengajar yang menarik seperti Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak seperti Sugantan dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera akan mempertingkatkan keupayaan mereka.Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran.Saya telah melakukan kajian terhadap seorang murid yang sering mengganggu p&p di dalam kelas. Namanya ialah Suganthan a/l Velan. Murid ini tinggal bersama ayah dan neneknya.Ibunya meninggal dunia semasa murid ini berumur 5 tahun. Bilangan adikberadiknya ialah 3 orang dan murid ini merupakan anak sulung. Suganthan suka bermain, mengusik rakan-rakan, berlari sana ke sini di dalam kelas, agresif, tidak akan ponteng ke sekolah, Dia merupakan seorang aktif yang mempunyai masalah tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai