Anda di halaman 1dari 12

Lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan

dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang
boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan
pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu
yang mereka lakukan ketika itu.
Acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua dua
buah Negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga.Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara
lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun.
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada
mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.
Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara yang lain seperti
di Greek.
. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun
1896.Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk
Sukan Olimpik padatahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditu
kar kepadabentuk bulatan yang berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tem
pat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.


PENGENALAN
LONTAR PELURU



PELURU
Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru
untuk peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran
diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. Bagi peserta remaja bergantung
kepada umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4
kg manakala bawah 15 tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg. Perbezaan
berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta
berdasarkan peringkat umur.
KUMPULAN
UMUR
BERAT PELURU
LELAKI PEREMPUAN
BAWAH 18 TAHUN 5.45KG 4.0 KG
BAWAH 15 TAHUN 4.55KG 4.00KG
BAWAH 12 TAHUN 2.72KG 2.72KG
PERALATAN DAN KELENGKAPAN

GELENGGANG
Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan
melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi Kawasan yang
berdiameter 2.135 meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan
penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak
atau kaki melepasi papan penahan, lontaran dikira batal.
Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada
halangan dan gangguan.Ia bersudut 400 dari titik tengah bulatan melontar. Setiap
lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratanini, lontaran yang keluar
atau mengenai garisan dibatalkan.






PITA PENGUKUR
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang
peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan
penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

KASUT BERPAKU (SPIKE)
Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggan
yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada
simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.



Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua cara
untuk memegang peluru iaitu menggunakan tiga
jarCara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan meletakkan
peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang pada dasar
tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.
Jari kelengkeng boleh di bengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari
tengah.Kadang kala menggunakan lima jari ataupun kelima
lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik
disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan
biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.



KAEDAH PEGANGGAN PELURU



Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah gaya berdiri dan
melontar (tanpa lungsuran), gaya melungsur selangkah dan gaya Parry O Brien.
A)Gaya Berdiri dan Melontar (Tanpa lungsuran)
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kearah
lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih kurang dibawah
telinga) peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki
kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta
hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
Kilasan badan
Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti
dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.Serentak dengan
kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan
sambilmenekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun
dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan pelontar
mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti
pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan
badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
B) Gaya Melungsur Selangkah

Lakuan sedia
TEKNIK MELONTAR PELURU

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di tempat yang
sepatutnya,bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan
dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan
hujung kaki)Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan
pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini
dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas
kakikanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok ( jangan
tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan dihadapan
bulatan.

Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan
tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.



Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak
peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan
yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah
digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan
dengan tanah semasa peluru dilontar.

Pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada
pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke
hadapan bulatan(belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

C) Gaya Parry O Brien
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an.
Padatahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran,
beliau telah menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran
melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga kehari ini. Di
samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O Brien juga telah
membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan
bagi acara melontar peluru.


Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri
membelangkanarah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan
dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah.
Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas
kakikanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kakikanan
dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok)ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini,
kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di
dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah
bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan
kehadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang
diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini). Butiran yang penting
ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu
pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk
membuat lontaran.








TEKNIK BERDIRI
TEKNIK MEMBELAKAGI KAWASAN
LONTARAN




Latihan 1
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolakan
yang kencang (melontar dari kedudukan berdiri). Latihan ini dapat membiasakan para
pelajar menolak peluru dengan baik .






Latihan 2
Berdiri dengan bahu kiri menghadap kawasan lontaran. Kaki direnggangkan.
Putarkan bahu kiri ke kanan sambilmerendahkan badan.Berat badan dipusatkan di kaki
kanan yangdiletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.



Latihan 3
TEKNIK LONTARAN SISI TEKNIK PEMINDAHAN OBRIEN
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR
SELANGKAH
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian bulatan.Kaki kiri diletakkan di garis
pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran
bulatan.Condongkan badan sedikit. Ketingting kehadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak dibahagian belakang papan
penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buat lontaran.




Latihan 4
Pelontar berdiri dan membelakangkan kawasanlontaran. Badan dicondongkan
ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.Kemudian pelontar melungsur
selangkah kebelakang. Latihan ini dibuat secara berulang-ulang.Latihan ini merupakan
latihan pergerakan kakipelontar semasa membuat lungsuran.






Latihan 5
Pelajar digalakkan mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah.
Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran.



Peserta hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan.Peluru mestilah
dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Peserta
dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan atau papan penahan. Peserta
boleh menghentikan percubaan melontar yang telah dimulakannya dengan meletakkan
peluru di dalam bulatan, berdiri tegak semula dan memulakan percubaan yang baru.
Gangguan seperti ini dibenarkan sekali sahaja dalam setiap pusingan. Peluru yang
dilontar mestilah mendarat dalam kawasan garis sektor. Selepas peluru mendarat,
peserta dikehendaki keluar dari bulatan melalui bahagian belakang bulatan.



Jarak lontaran diukur dari kesan peluru dikawasan mendarat sehingga ke bahagian
dalampapan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur di tempatkan pada
bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar . Tarik pita ukur
secara lurus sehingga sampai di tandaan di tengah-tengah bulatan melontar. Bahagian
pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda akan menunjukkan
jarak lontaran itu.






PERATURAN ASAS ACARA LONTAR PELURU
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN





















Disediakan Oleh,
NAMA : SITHRA A/P SUBRAMANIAM
NO.K.PENGENALAN : 811111055418

LAKUAN LAKUAN YANG MEMBATALKAN LONTARAN

Anda mungkin juga menyukai